|
Post by afza7977 on Sept 24, 2007 9:33:50 GMT 7
salam semua kalo pakteh ka sapa2 ka yg faham politik kat mesia ni explain kat sini tgk apa masalah pemerintahan Pak Lah skang ni? siapa KJ tu yg zaman Tun Mahathir xdak sapa yg kenai tiba2 skang jd org yg berkuasa selepas Pak Lah? kenapa mca,gerakan dan mic dah berani bersuara menyoalkan isu2 sensitif org melayu? saya rasa zaman Tun M dulu depa xbrani nak cakap benda2 ni apsal zaman Pak Lah ni depa dah daring semacam jek? pak lah tidoq ka? ke pak lah dah xbleh nak kontrol kerajaan dia skang ni?
|
|
|
Post by charens on Sept 24, 2007 15:49:00 GMT 7
Sawaddi... Mungkin zaman Pak Lah lebih demokrasi.... 1. Siapa saja boleh berkuasa termasuk KJ 2. Siapa saja boleh tidoq waktu kerja termasuk pembesar... 3. Siapa saja boleh bersuara walaupun isu sensitif 4. Siapa saja boleh jadi proksi untuk kayakan keluarga pembesar 5. Pemimpin boleh tinggalkan negara semasa rakyat ditimpa bencana 6. Boleh guna duit rakyat sewenang-wenangnya dalam pilihan raya kecil 7. Macam-macam lagi boleh termasuklah jatuhkan Tun di Kubang Pasu.
Zaman Tun... 1. Ahli-ahli keluarga beliau tak boleh berkuasa dalam politik 2. Orang yang malas/bodek tidak mendapat tempat 3. Beliau suka menulis dan membaca buku walaupun sibuk 4. Bercuti sambil bekerja 5. Undang-undang dikuatkuasa tanpa memilih kasih 6. Isu-isu sensitif diselesaikan secara rundingan 7. Macam-macam lagi yang boleh kita tumpang hingga ke hari ini.
|
|
|
Post by pakteh on Sept 24, 2007 21:34:36 GMT 7
hehe...bab politik ni...xreti la sangat...tapi tau la bahawa Malaysia skang ni dibawah pemerintahan kerajaan BN yang memenangi pilihanraya 2004 melebihi 2/3 majoriti, Dan inilah yang berlaku semenjak Pilihanraya pertama Persekutuan diadakan pada 27 Julai 1955 dimana Parti Perikatan atau BN kini tidak pernah kalah walau sekali. Begitu juga peralihan kuasa PM dari Tunku Abdul Rahman hingga kini Paklah....semuanya dari presiden UMNO.
Percayalah bahawa kelima-lima yg dilantik sebagai PM itu...tidak seorang pun disukai secara total 100% rakyat Malaysia. Tidak perlu kita merenung kezaman lama dulu....fikirkan sebelum 2003....bagaimana Tun Dr Mahathir (TDM) dituduh, difitnah, dikata, dimaki, dicerca dan sebagainya selama puluhan tahun seolah2 TDM adalah PM Malaysia yg paling teruk dalam sejarah.
Hari ini TDM diangkat sebagai hero atau pejuang oleh sebilangan orang yg berkepentingan sendiri semata2 untuk mengutuk Paklah. TDM tidak perlukan org2 ini utk disanjung kerana TDM adalah ikon atau wira negara yg tiada tolak bandingnya. Hari ini TDM dibandingkan dengan Paklah seolah2 dizaman TDM dahulu adalah lebih baik dari zaman Paklah.....hehehe...Sedangkan orang yang sama juga mencaci maki MAHAFIRAUN...MAHAZALIM dan sebagainya kepada TDM.
Percayalah...jika hari ini Paklah meletak jawatan dan Najib diangkat sebagai PM Malaysia ke 6. Esok orang yg sama merungut bahawa Malaysia rugi kerana Mr. Clean sudah tiada. Paklah dulu lebih baik dari Najib. Begitulah seterusnya walau siapapun menjadi PM...orang2 sebegini akan terus tidak berpuas hati.
Tentang KJ tu...harap2 selidik sendiri la latarbelakangnya...
p/s: Siapapun PM..yg penting mesti dari UMNO...pakteh akan sokong. lemah/kuat itu bagi pakteh lumrah sebagai manusia...sure ada sikit kelemahannya agar tidak sentiasa meninggi diri.
p/s: pakteh masih ingat bagaimana seorang pemimpin pembangkang (dikatakan ayam sabung) mengutuk TPM ketika itu (1998) sebagai ***** Al-Juburi....dan macam2 dihinanya....sebulan (lebih kurang) kemudian..pemimpin yg sama dengan suara sedih berkata " Hari ini kita kehilangan seorang pejuang/wira Islam sejati yg ingin berjuang dari dalam"(apabila TPM dipecat oleh TDM) and bla bla bla....Kedua2 ceramahnya pakteh hadir.....so...fikir2kan.....
|
|
|
Post by berusgigi on Sept 25, 2007 19:04:12 GMT 7
Dalam psychology TDM adalah boleh dikatakan seorang yg Analytical dan Decisive. Sebab itu kita nampak banyak idea-idea yg kita tidak terfikir menjadi kenyataan. Pernahkah kita fikir utk membawa penduduk dunia memberi fokus kepada Malaysia pada satu hujung minggu setiap tahun? Tetapi melakukannya dgn membina Sepang F1. Pernahkan kita fikir untuk memandu kereta buatan anak-anak Malaysia? Beliau melakukannya. Selain anaytical & Decisive, beliau juga boleh dikatakan Open. Boleh menerima pendapat orang lain tapi dengan fakta. Bukan hanya cakap-cakap kosong saja. Sebab itu dizaman beliau banyak kemajuan berjalan dgn pantas.
Pak Lah kepada Neutral dan Analytical. Sebarang masalah atau isu, kumpul maklumat, kita bincang dalam kabinet dan buat keputusan. Jadi sebarang action agak lambat tetapi dibuat secara konsensus. Setakat ini kita belum nampak banyak kemajuan lagi tetapi jika diberi peluang dan tanpa gangguan, beliau mungkin boleh melakukan sesuatu. Mengenai WPI dan Coridor yg lain, saya rasakan perkara ini sudah lama dibincangkan (mungkin zaman pemerintahan sebelumnya), cuma approach dan penyampaian mungkin telah ditukar pada zaman Pak Lah. Tetapi beliau berjaya melahirkannya.
KJ mungkin menjadi satu masalah kepada PM sekarang, biarpun beliau atau Pak Lah kata mereka tidak mempengaruhi karier atau keputusan antara satu sama lain. Tetapi setiap keputusan atau kejadian akan dianggap orangramai yg semua itu dipengaruhi oleh salah seorang dari mereka berdua. Malah kenaikan KJ sebagai ketua bangayk dipengaruhi oleh kedudukan Pak Lah sendiri. Dan Pak Lah sendiri tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan semasa beliau hendak bertanding dulu. Ini membuatkan spekulasi menjadi-jadi. Spekulasi kalau disebut oleh ramai orang dan disebut pula berulang-ulang akan dianggap kenyataan.
Perkara terbaik utk KJ ialah perlahankan pace nya dalam politik supaya tidak membawa kepada banyak spekulasi yg tidak baik utk PM.
|
|
|
Post by berusgigi on Sept 25, 2007 19:06:25 GMT 7
Leader does right thing. Manager does thing right. Pendapat anda PM sekarang yg mana satu? Manager atau Leader? Heheh
|
|
|
Post by afza7977 on Sept 28, 2007 7:52:04 GMT 7
so ape pandangan umno sik mengenai KJ ni? adakah umno sik juga merupakan penyokong kuat KJ? ;D
|
|
|
Post by afza7977 on Sept 28, 2007 7:58:13 GMT 7
pak lah dua2 bukan.. yg dia tau tidoq ngan p oversea n copycat idea tun M n mengaku idea dia.. pastu bg ulasan ka, ucapan ka ntah apa apa cepat la benti pak lah oii..
|
|
|
Post by afza7977 on Sept 28, 2007 10:53:19 GMT 7
puisi ka sajak ka ni aku amik kat forum MYKMU NET kalo hangpa semua org umno mesti tau laman web ni kan Puisi khas untuk Imam besar Ameeno
Tunku Abdul Rahman Cemerlang Tun Abdul Razak Gemilang Tunku Abdullah Hadari – selalu hilang Maklumlah tak payah bayar tambang Walaupun negara banyak berhutang Tapi dia beli juga kapalterbang Rakyat susah tapi pemimpin senang-lenang Rasanya inilah Piem yang paling malang Lingkop negara engko orang Tanah kita pun telah dikangkang Dijual secara borong kepada orang seberang Aku tidak cari harta untuk hidup senang Itu semua syair palsu tipu engko orang Yuran periksa baru dua puluh ringgit sekupang Kononnya supaya beban ibubapa menjadi kurang Kalau betul betul nak tolong kita orang Jangan naikkan minyak dan harga barang Orang miskin ditolong tak payah isi borang Tol leburhraya cukup takat lima kupang Bukan macam tol yang ada sekarang Ini daylight robbery rompakan siang Mana rakyat marhain tak meradang Yang kaya cuma kroni dan anak engko orang Tender cuci jamban pun disapu engko orang Sehingga hari ni jasa Tun Razak sentiasa dikenang Sebab membangunkan negara ini menjadi gemilang Tak payah slogan cemerlang gemilang terbilang Macam pak lebai hadari yang ada sekarang.
|
|
|
Post by pakteh on Sept 28, 2007 21:00:10 GMT 7
hehe...rasa pakteh afza pun minat ngan politik ni..but xtau la penyokong parti mana. mungkin umno...mungkin pas...mungkin pkr...or...hehe..dap kaa mic kaa mca kaaa..yg penting afza nii...menjadi rakyat yg prihatin dan tidak menjadi rakyat yg tak tau apa benda pasai politik dan akhirnya menyokong sesebuah parti hanya kerana menjadi pengikut. bab umno sik sokong sapa nii...hehe kena tanya ajk bhg sik laa...tanya ketua bahagian kaa...ketua pemuda kaa...baru leh jawab. rasa pakteh xramai or takdak kot org bahagian yg suka menulis menggunakan medan ni utk jawab. tang myKMU.net tu yg best. Mengembalikan kenangan pakteh bagaimana detik pertemuan awal dengan berusgigi yg kebetulan juga org sik. masa tu mykmu xwujud lagi....yg ada hanya MIRC (chatting server webnet) chanel #antireformasi. Dari situ berusgigi membentuk ahli kelab dibawah kelab maya umno KMU yang dirasmikan oleh PM ketika itu di putrajaya (TDM). pakteh ingat lagi bagaimana bangganya menjadi sebahagian dari perintis kepada KMU hasil usaha gigih berusgigi dan rakan2. selepas itu wujudnya www.kmu.net sehingga terbaru ini terpaksa ditukar kepada mykmu.net. pembangkang melihat kritikan dari golongan penyokong kuat umno sebagai kelemahan umno dan umno kini lemah. tetapi percayalah bahawa dengan kritikan sebegitu sejak dari dulu kini dan selamanya lahh...umno akan terus utuh. pembangkang merasa pelik kerana mereka tidak boleh dikritik. p/s: buat masa ini pakteh masih melihat TDM tiada tandingannya.....tetapi paklah perlu diberi peluang seperti peluang yg dimiliki TDM. pakteh percaya jika paklah terlalu teruk...dia akan jatuh dengan sendirinya tanpa perlu dijatuhkan.
|
|
|
Post by berusgigi on Sept 30, 2007 22:07:53 GMT 7
Ahli UMNO menghormati dan mematuhi arahan pemimpin atasan selagi arahan tersebut tidak lari dari asas-asas perjuangan UMNO. Jika ada perbuatan atau arahan yg menyimpang, ahli2 ada forum yg sesuai utk menyuarakan pendapat dsbnya. Mereka tidak secara sembrono mencurahkan rasa hati atau tentangan mereka terhadap pemimpin diluar forum UMNO.
Itulah cantiknya UMNO.
Tidak seperti parti lain yg menghantam lawan secara bebas di ceramah dsb. Ada juga yg sanggup berdemonstrasi demi nak meluahkan rasahati.
|
|
|
Post by afza7977 on Oct 2, 2007 12:00:16 GMT 7
saya xberminat pun ngan politik ni tp sentiasa la dok ikuti perkembangan politik mesia ni dan saya pun bukan dr mana2 parti mana2 kerajaan yg memperjuangkan agama, bangsa dan negara jek yg saya sokong: agama- mempertahankan islam sebagai agama rasmi negara ini bangsa- memperjuangkan nasib melayu supaya tidak tergadai di negara sendiri negara- berjaya memajukan serta memakmurkan negara
|
|
|
Post by pakteh on Oct 2, 2007 13:51:37 GMT 7
hehe...sama la kita afza.... pakteh cuma sokong sama yg afza kata cuma....tafsiran dan andaian sokongan kita tu...pakteh xtau la sama ka dak.
|
|
|
Post by afza7977 on Oct 3, 2007 9:38:23 GMT 7
UMNO- skang nampak mcm lg parah...nasib melayu dah nak tergadai...cina khinzir kat mlaka pun takut nak halau...ada islam ada hari...
PAS- xkonfiden plak kat depa ni...bleh ka depa nak memerintah kalo asyik nak mainkan isu yg remeh temeh dan memecah belahkan ummah
KEADILAN- yg ni lg la xbleh nak pakai, tergadai abis maruah melayu kalo depa menang ni....
so mcm mana kami org2 muda belia ni nak mengundi? depa dah konfius nak pilih sapa lg dah
|
|
|
Post by pakteh on Oct 3, 2007 14:54:49 GMT 7
sama cam kita dok buat survey tahap kepuasan pengguna 1. amat baik 2. baik 3. sederhana 4. lemah 5. amat lemah
letakkan ketiga2 parti tadi iaitu 2 parti yg bertunjangkan melayu dan 1 parti campuran....di tahap yg afza rasa sesuai...kalau ketiga2nya dalam kategori amat lemah...hehe...buat parti sendiri dan mula kempen dari sekarang.....
|
|
|
Post by charens on Oct 3, 2007 16:17:01 GMT 7
Dalam BN terdapat 14 parti komponen yang tunjangnya UMNO, MCA dan MIC. Yang amat membimbangkan sudah tentulah UMNO sebabnya terdapat amalan politik wang (rasuah) yang kebal dan tak boleh disiasat oleh BPR. Yang lain-lainnya belum dengar lagi pasai politik wang ni. Parti-parti dalam BA tak dengar langsung politik wang. Jangan dok bangga sangat yang UMNO tu kuat. Di Sik pun bila sampai musim pemilihan pkl 2 pagi pun ada orang mai ketuk pintu rumah bagi no calon dan... Selama ini pun tak pernah ada orang UMNO nafikan yang wujudnya politik wang. Parti yang mengamalkan politik wang akan menjadi amat lemah.
|
|