Post by xpdckehidupan on Mar 21, 2008 1:14:18 GMT 7
hmmm …. macam kata Jiton bukan nak cari kesalahan orang tapi hakikatnya kita kena tau punca kekalahan BN dlm PRU 12. Bila kita sendiri tak ikhlas dengan post mortem punca kekalahan BN alamatnya anak cucu kita akan cuma tau UMNO dari buku2 sejarah sebagai parti yang memerdekakan Malaya macam Parti Congress di India yang sekarang sekadar pembangkang saja.
Kenapa kita kena “rapatkan barisan untuk menguatkan balik parti” bila barah dalam badan UMNO tu sendiri masih kita biakkan? Tak salah saya ada ketua pemuda sebuah negeri mencadangkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti tahun ini tidak dicabar. Ni lah contoh kuasa tangan ajaib KJ yang mempengaruhi ketua pemuda negeri sanggup menggadaikan kepentingan perjuangan murni parti kerana mungkin dah dijanjikan jawatan, pangkat, projek atau duit. Dia sanggup membelakangkan tanggungjawab & amanah menyuarakan hasrat akar umbi semata2 utk kepentingan peribadi.
Masalahnya depa2 ni kalau tak jadi ketua pemuda sekadar mampu pakai kereta cabuk ja (tu pun 3 bulan bayaq sekali), pi KL dok kat Chow Kit ja, tapi bila dah celik tengok gaya hidup pemuda2 yg “elit” depa pun nak ikut. Depa pun nak pi karaoke! ada awek! makan di hotel Concorde KL! padahal bil api, ayaq dah 2 bulan tangguh. Mai KL jumpa menteri nak lobi projek utk towkay2 konon. Bila semua projek2 tu KJ yg kontrol maka cara tak langsung depa pun kena ikut telunjuk KJ. Maklumla depa pun nak pakai keta besaq, baju, seluar, kasut kena ada brand! Pi KL mesyuarat pemuda 2 jam saja, tapi dok KL sampai 3 hari bohong kat bini nak jumpa menteri konon tapi dok seronok2 dgn puteri. Seian anak bini kena tipu.
Sabit tu org2 UMNO yg berjawatan penting ni tak mau nak ubah status quo, keadaan sekarang. Depa takut kemewahan palsu ni hilang. Cara mudah, sokong KJ! Semua KJ tanggung, tapi kena ikut apa dia nak!
Bila KJ kata selagi pak metua dia jadi PM dia takkan terima jawatan kabinet. Sebenarnya itu adalah satu helah bohong besar! Hakikatnya keadaan KJ sekarang semacam dialah PM Malaysia, semua keputusan Pak Lah la adalah hasutan KJ jahanam ni.
Kita kaji balik kenyataan Rafidah Aziz. Dia kata kalau Pak Lah tak ada niat nak lantik balik kak Pidah ni jadi menteri, kenapa Pak Lah pilih dia sebagai calon di Kuala Kangsar? Dari bisik2 pemberita yg tak boleh menyiarkan berita sepenuhnya di media, Rafidah tak dilantik sebagai menteri sebab dia menegur & menasihati P Lah supaya jangan lantik KJ dalam kabinet baru. Teguran yg sama juga dibuat oleh Datuk Jamaluddin Jarjis dan Setiausaha Agung UMNO Datuk Radzi Sheikh Ahmad. Habuan depa kerana menegur demi kepentingan parti – depa tidak dilantik semula. Padahal kesemuanya berpengalaman dan menang tanpa bantuan undi pos. Bila ditanya pemberita kenapa mereka2 ni tak dilantik semula, P Lah jawab dengan angkuhnya “it’s my perogative!” – itu hak saya, tanpa memberikan sebarang alasan.
Macam kata Kak Pidah, kalau tak nak lantik dia jadi menteri lepas dia menang – kenapa suruh dia bertanding? Kalau niat nak ambik ahli parlimen Kuala Kangsar utk jadi ahli palimen biasa saja awat tak ambik org baru untuk jadi pelapis? Ni kan dah rugi tiga kerusi parlimen untuk latih pelapis UMNO. Pak Lah cakap tak serupa bikin.
Dalam hal ni nampaknya pendekar2 UMNO Sik sanggup berpeluk tubuh. Kot2 Tok Mid ka, Tok Wan ka, timbalan/naib ketua atau YB baru kita ka, tolongla hidupkan demokrasi untuk UMNO Sik kita? Kalau YB baru Belantik kita amik sikap tunggu dan lihat nampaknya dia pun pentingkan kedudukan dia saja. Tu pun menang dgn undi pos. Kalau kemampuan dia sekadar nak buat majlis kesyukuran dan suruh budak budak dia botakkan kepala, nampaknya budaya UMNO Sik masih di takok lama lagi, kesian kita. Atau dia sengaja nak kontrol hensem sebab dia takut KJ marah, dengaq kata dia lobi kuat kat KJ utk dapat jadi calon.
Entahle, nampaknya XPDC perjuangan UMNO di Sik ni penuh dengan ranjau di sepanjang jalan …. adussssss