|
Post by berusgigi on Apr 7, 2008 8:35:43 GMT 7
Yg sabotaj Sik ialah Paklah sendiri. 1. Calon parlimen letak org luar ... tak sabotaj ka tu? 2. Belantik pun last minute menantu dia tukar nama calon. Tak sabotaj juga ka. Nasib baik menang ... tapi kita tahu apa sebab Belantik menang ....
So yg sabotaj UMNO ialah Paklah & KJ sendiri ... depa la yg patut kena pecat
|
|
|
Post by pakteh on Apr 7, 2008 13:30:57 GMT 7
ya.....sayang seribu kali sayang...rupa2nya hasil analisis Paklah....punca kejatuhan Kedah dan Perak adalah kerana sebotaj oleh??? maka bukan paklah yang bersalah dalam hal ini.....yang salah org yang sebotaj..jangan ditanya mengapa berlaku sebotaj...yang perlu ditanya....bila nak pecat org yg dituduh sebotaj dan gantikan orang baru..lebih penting...org baru ini akan jadi pemangku ketua Bhg sat...than.....pemilihan nanti...pemangku ini terus jadi ketua...dan sudah pasti.....ini akan jadi satu lagi kubu kuat paklah.... memang betoi tu...yang salah orang yang sebotaj tu....paklah tak salah...
p/s: penang dan selangor pulak kalah kerana apa??....
|
|
|
Post by YB on Apr 8, 2008 7:26:15 GMT 7
kerana pemikiran yang mengetepikan semangan perjuangan harmoni dan mengangkat martabat politik keluarga dan politik wang
|
|
|
Post by berusgigi on Apr 8, 2008 8:13:50 GMT 7
YB sendiri telah sebut politik wang ... jadi benarlah kata saya.
|
|
|
Post by pakteh on Apr 9, 2008 8:38:21 GMT 7
Dalam berita hari ni disebut Sik Pas menang majoriti 400 lebih...undi rosak 500 lebih..... itu belum campoq undi yang tidak dipulangkan.....lebih 1000.... maka betullah kata paklah.....Orang Sik juga sebotaj parti....... Puncanya??? 1. Orang sik xsuka paklah 2. Orang sik xsuka calon paklah
senang kata...punca sebotaj adalah paklah... p/s: kepada paklah..jangan tau sebut ja ahli sebotaj parti...kena habaq la punca org sebotaj tu adalah kerana kelemahan paklah...bukan susah pun nak habaq.....
|
|
|
Post by berusgigi on Apr 9, 2008 14:44:06 GMT 7
Orang Sik tak suka calon Pak Lah ... confirmed dah Jadi ketua2 cawangan Sik tak payah lah dok pi ambik orang rakyat tak berkenan!
|
|
akudahbosannganpaklah
Guest
|
Post by akudahbosannganpaklah on Apr 10, 2008 23:37:14 GMT 7
Umno Kedah hentam Abdullah Apr 10, 08 8:05pm kemaskini 9:42pm Tekanan terhadap perdana menteri semakin meningkat - dengan pemimpin-pemimpin Umno Kedah pula mengkritik kepemimpinan beliau hari ini.
Dalam satu pertemuan tertutup 15 bahagian dengan timbalannya Datuk Seri Najib Razak, mereka menyalahkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi atas ketewasan teruk parti itu, termasuk kehilangan Kedah kepada Pakatan Rakyat, dalam pilihanraya umum 8 Mac.
Difahamkan, ada pihak mendorong Najib mengambil langkah mencabar Abdullah dalam pemilihan Umno pada 16-20 Disember.
Menurut sumber-sumber Umno negeri, mesyuarat antara dua tiga tiga jam di sebuah resort di Sungai Petani menyaksikan perdebatan panas, termasuk nada menyalahkan presiden Umno itu, sehingga memaksa Najib mententeramkan keadaan.
"Pemimpin-pemimpin bahagian itu menyatakan (mantan perdana menteri Tun) Dr Mahathir (Mohamad) sepanjang pentadbirannya selama 22 tahun tidak menyebabkan BN dan Umno kalah seteruk itu.
"Mereka juga mengkritik Abdullah kerana enggan mendengar laporan dari pihak bawah (rasa tidak puas hati orang ramai) tetapi meneruskan juga rancangannya sendiri," kata sumber itu.
Turut hadir dalam mesyuarat yang bermula 11 pagi tadi, dua naib presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam, ketua Wanita Datuk Seri Rafidah Aziz, setiausaha agung Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, ketua penerangan Tan Sri Muhammad Muhd Taib, ketua Puteri Datuk Noraini Ahmad dan ketua Putera Datuk Abdul Azeez Abd Rahim.
Pemimpin di peringkat negeri yang turut serta termasuklah bekas menteri besar Datuk Seri Mahdzir Khalid, bekas menteri penerangan Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir, adiknya Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir dan ketua bahagian Kubang Pasu Datuk Mohd Johari Baharum.
Beberapa ketua bahagian yang dihubungi Malaysiakini malam ini enggan mengulas dengan memberi ulasan tentang butiran mesyuarat itu diadakan secara tertutup.
Hanya Abdul Azeez menyatakan perkara sedemikian - mendorong Najib mencabar Abdullah - tidak pernah dibangkitkan dalam pertemuan tersebut.
Malaysiakini difahamkan, sekumpulan ahli akar umbi Umno menaikkan kain pemidang sebelum pertemuan itu yang menggesa Najib mengambil alih kepemimpinan Umno.
Setiap bahagian menghantar sembilan pemimpin, termasuk ketua dan jawatankuasanya, ke mesyuarat tersebut.
Menurut sumber-sumber itu lagi, pertemuan untuk penilaian punca kekalahan Umno negeri itu bertukar menjadi pentas mengecam cara Abdullah memilih calon-calon BN baru-baru ini.
Oleh kerana ramai yang mahu "meluahkan perasaan" di majlis itu, kata sumber lagi, Najib menyarankan mereka menulis laporan kepada jawatankuasa pengurusan Umno yang diketuainya.
Agensi berita Bernama melaporkan, kaedah pemilihan calon yang tidak dipersetujui di bahagian-bahagian didapati satu daripada punca-punca penyebab BN kalah teruk.
Najib, menurut laporan itu lagi, berkata kebanyakan ketua bahagian dan ahli jawatankuasa mereka kecewa apabila calon-calon yang disenaraikan dari Putrajaya tidak dirujuk kepada mereka.
p/s: dato wan p dak perjumpaan ni? xmau update cita kat sini ka?
|
|
akudahbosannganpaklah
Guest
|
Post by akudahbosannganpaklah on Jun 30, 2008 10:45:08 GMT 7
salam semua.. aku tgk forum ni makin lama makin layu jek.. takkan perjuangan dah luntur kot.. tp xpa la..saja ja aku paste kat sini satu artikel yg menarik aku dpt dr blog mana ntah...dah lupa la hehehe... ;D
50 THINGS I HATE ABOUT YOU (PAKLAH)
1) Tidak menghormati serta menolak nasihat dan teguran oleh Negarawan Negara iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad dan pemimpin-pemimpin lain.
2) Penglibatan Ahli Keluarga terutama anaknya Kamaludin dan menantunya Khairy Jamaluddin di dalam menentukan dasar dan keputusan pentadbiran Pak Lah.
3) Mempunyai “Penasihat Tingkat 4” yang kurang cerdik lagi lembab sombong
4) Beliau tidak membenarkan ahli-ahli umno menegur serta mengkritik beliau. Sekiranya ada, mereka akan dikenakan tindakan, diugut ataupun dipecat.
5) Tidak fokus dan mendapat maklumat tidak tepat tentang kepercayaan rakyat kepada beliau terutamanya ahli akar umbi UMNO semasa Pilihanraya Umum ke-12 (PRU12) yang lepas.
6) Kerajaan BN kalah teruk, sehingga hilang 6 negeri (termasuk Wilayah Persekutuan) kepada pembangkang – sesuatu yang memalukan dan mengaibkan Barisan Nasional (BN) terutamanya UMNO.
7) Paklah selalu membuat keputusan yang berubah-ubah (Flip-flop). Sekejap ada sekejap tiada.
8) Terlalu banyak membazirkan wang rakyat untuk kepentingan peribadi seperti mengubahsuai rumahnya di Sri Perdana, dan menganjurkan parti sosial bersama kroni-kroninya di rumahnya.
9) Membatalkan Projek Jambatan Bengkok dan Landasan Berkembar Keretapi Laju
10) Hilangnya kedaulatan negara berkenaan Pulau Batu Putih kepada Singapura
11) Penglibatan Khairy Jamaludin dan Kalimullah dalam kes ECM Libra - Pengabungan dengan Avenue Capital. Ibarat syarikat kecil menelan syarikat besar. Setelah di bongkar kegiatannya, dengan cepat beliau menjual saham-sahamnya di dlam ECM Libra dan memperolehi keuntungan berjuta-juta ringgit.
12) Penglibatan Kamaludin dalam penganugerahan kontrak secara terus dari Petronas kepada SCOMI. Dimana Scomi lah satu-satunya syarikat yang diluluskan oleh kerajaan yang membekalkan minyak penggerudian (drilling fluid)
13) Memecat Tan Sri Mahalel sebagai CEO Proton yang dianggap berjaya membawa keuntungan kepada proton dan melantik orang yang tidak punya apa-apa pengalaman dalam industri ini.
14) Penjualan MV Agusta (Milik Proton) kepada Gevi Spa dengan harga 1 euro - Beli dengan harga RM315 juta (70 juta euro)dan menjualnya dengan harga RM4.50 sahaja. Dan bukannya RM4.50/unit saham.
15) Indek jenayah meningkat akibat ketidakseimbangan sosio-ekonomi negara. contohnya Kes Nurin Jazlin serta Kes Sharlini dan Asmawi yang sehingga kini masih belum selesai.
16) Penglibatan Pak Lah dalan scandal “Oil for Food” dengan Iraq. Program dimana pertukaran makanan dengan minyak dengan negara Iraq. Oleh Syarikat yang dimiliki oleh Kakak iparnya.
17) Menubuhkan Islam Hadhari yang nyata lari dari landasan “Islam” yang sebenar
18) Penyelewengan Wang Ehsan Terengganu kepada Patrick Lim (Patrick Badawi)seperti penganjuran Monsoon Cup, Pembinaan Masjid Kristal, Perkampungan Hadhari dsb.
19) Pembangunan Wilayah Iskandar Malaysia yang memihak kepada kepentingan singapura. Namanya pula sudah 3 kali di tukar ganti. kpentingan bumuputera juga diabaikan.
20) Tidak menunjukkankan keprihatinan atau tindakan segera kepada nasib malang rakyat yang mengalami sesuatu bencana seperti banjir, tsunami dan kes hilang anak.
21) Menaikkan harga petrol dan diesel dengan terlalu tinggi hingga menyusahkan rakyat yang berpendapatan rendah semenjak mengambil alih tampuk pemerintahan dari Tun Dr Mahathir.
22) Tidak memainkan peranan yang besar dalam OIC semasa malaysia mempengerusikan mesuarat OIC. Tidak berani bersuara langsung.
23) Pemberian kontrak secara runding terus daripada Kerajaan kepada kroni-kroninyer sahaja tanpa tender terbuka ataupun dengan tender terbuka.
24) Menubuhkan GLC di bawah kementerian kewangan untuk menyelia dan mentadbir berkenaan projek-projek di bawah RMK-9 seperti Pembinaan BLT , Pelaburan Hartanah Bumiputera Berhad, dsb. Bukankah Kementerian Kewangan ini dibawah Pak Lah. – Disinilah antara tempat kroni menagih projek-projek.
25) Penglibatan Anak Syarikat Scomi, Scope dalam penghasilan centrifuges untuk membuat senjata nuklear melalui agennya BSA Tahir (Dia di tahan dibawah ISA dan kini dikhabarkan dbeliau telah bebas)
26) Kenaikan harga barang pengguna yang tidak terkawal hari ke hari sehingga menyusahkan rakyat. Dan adakalanya sampai stok tiada di pasaran. seperti minyak, gula, tepung dsb.
27) Membuatkan menteri-menteri serta ahli Umno menjadi takut untuk menegur kepimpinan beliau walaupun mereka tahu akan kesalahan dan kesilapan beliau. Cari makan katakan.
28) Indek rasuah dilaporkan meningkat dari tahun ke tahun. Rasuah di mana-mana. Untuk jadi pemimpin pun kena memberi rasuah. MasyaAllah.
29) Kaum lain mengambil kesempatan di atas kelemahan beliau untuk menuntut hak mereka yang dianggap keterlaluan. – contohnya Hindraf.
30) Segala ucapan dan mesej beliau kepada rakyat tiada isi dan tidak menarik minat orang ramai mendengarnya. Hanya membaca teks yang telah disediakan. Bosan.
31) Tidak mempunyai “aura” sebagai seorang pemimpin yang berwibawa dan berwawasan demi kepentingan agama, bangsa dan negara.
32) Selalu menafikan sesuatu perkara yang akan berlaku dan akhirnya berlaku juga – “Denial Syndrome”
33) Pemberian kontrak membekal bas kepada SCOMI untuk dibekalkan kepada Syarikat Prasarana Negara untuk RapidKL dan Rapid Penang.
34) Tidak menjawab segala tuduhan yang dilemparkan oleh Tun Dr Mahathir dengan jelas dan berfakta. Sampai sekarang diam membisu. Dan juga tuduhan-tuduhan terbaru di laman blog chedet.com.
35) Suka "Tidur" dan selalu menguap semasa sesi penerangan dan majlis-majlis tertentu.
36) Selalu mengambil cuti untuk ke Perth, Australia bersama anak dan cucu-cucunya walaupun rakyat di dlam kesusahan semamsa banjir yang berlaku di johor tahun lepas – Kampung kedua selepas Pulau Pinang.
37) Tidak peka dan tidak berani memberi tekanan kepada kuasa luar di atas tindakan mereka menindas dan menyerang umat islam di seluruh dunia.
38) Tidak mengambil langkah drastik untuk merangsangkan kedudukan ekonomi negara yang agak perlahan dan tidak bermaya ini.
39) Peluang pekerjaan yang terhad dan jumlah penggangguran yang tinggi.
40) Mengatur dan melantik wakil-wakil calon untuk diketengahan semasa penamaan calon PRU12. Orang lama digugurkan tanpa sebab.
41) Melindungi dan menafikan akan penglibatan menteri serta orang berkepentingan yang mempunyai rekod buruk ataupun rasuah.
42) Memberi peluang DAP (parti bukan Melayu) menawan Pulau Pinang iaitu negeri kelahirannya.
43) Menghapuskan subsidi minyak dan digantikan dengan pemberian rebat tunai yang mungkin akan melibatkan penyelewangan di bawah POS Malaysia.
44) Dasar yang diutarakan sentiasa berubah-ubah akibat tiada membuat kajian yang mendalam dan adakalanya bertindih dengan keputusan menteri-menteri lain.
45) Mengawal media-masa di bawah pengaruh Kalimullah untuk kepentingan politik Pak Lah yang Terlampau. Dia ini lah yang dikatakan “Spin Doctor” oleh Tun Mahathir.
46) Memecat Ketua Editor Melayu Di NST yang dimiliki oleh UMNO dan diganti dengan Brendan Parera. (akhirnya diberhentikan juga atas desakan)
47) Membenarkan Kapal perang Amerika berlabuh Di Pelabuhan Kelang semasa Perang Iraq.
48) Memberi kontrak secara runding terus kepada Patrick Lim (Patrick Badawi) berkenaan projek Jambatan Kedua Pulau Pinang dan Sistem Monorel di Pulau Pinang
49) Pihak Kerajaan membayar ex-gratia kepada Tun Salleh Abbas dan bekas-bekas hakim lain sebagai tanda memohon maaf bagi pihak kerajaan. Jumlahnya juga dirahsiakan untuk pengetahuan umum.
50) Pembelian pesawat peribadi (yang dikatakan disewa dan diselengagarakan oleh PMB) yang menelan kos sebanyak hampir RM200 juta
|
|
|
Post by pakteh on Jul 1, 2008 14:08:41 GMT 7
sebenarnya tiada yg layu..... agenda tetap diteruskan....
|
|
akudahbosannganpaklah
Guest
|
Post by akudahbosannganpaklah on Jul 4, 2008 10:54:00 GMT 7
aik???..xdak respon pun 50 list tu dr org2 sik ni...dah pakat xminat berpolitik lg ka? atau pun dah lupa tentang kerajaan anak beranak paklah ni...biasala tun m pun pernah cakap dulu..melayu ni mudah lupa....walaupun bermacam2 isu yg kuar skang ni...jgnlah kita semua lupa kepada perjuangan asal ni..iaitu jatuhkan paklah anak menantu ni...semua2 isu tu hanya nak divert isu kelemahan pentadbiran paklah ja..baik dr segi pilitik dia atau cara pengurusan ekonomi negara ni...dengan keluarnya isu2 panas ni, secara xlangsung rakyat akan lupa ttg paklah anak menantu ni sat...aku berani bet paklah skang malam2 bleh tidoq lena dah...rakyat semua dah lupa sat nak pikir pasai dia... sbg kita xbg lupa dan lari dr perjuangan asal ni..aku cadangkan la kalo ada sesapa ketua caw ka pemuda ka ataupun ahli2 umno yg perihatin ni...senarai 50 list tu..printkan dan bagi kenkawan baca...bg depa xlupa sket jasa2 paklah anak menantu ni kat kita semuanya..terutamanya org melayu ni...
|
|
|
Post by pakteh on Jul 4, 2008 15:19:05 GMT 7
hehe...senarai 50 list tu mungkin baru utk org sik....tapi kawan2 yg selalu online....dah jumpa seblom ni lagi jadi...biarkan jer laaa.... apapun..skang paklah memang tidoq lena.....dua musuh utama....anwar N najib dok bertumbuk sakan......hebat2...
|
|
akudahbosannganpaklah
Guest
|
Post by akudahbosannganpaklah on Jul 4, 2008 17:35:10 GMT 7
tu pasai la kawan suh demo printkan edarkan percuma kat pekan sik tu..bukan semua org sik online ni...hehehehe... tambah2 org2 kg yg umno tegar tu...depa bukan online pun..depa xtau byk sgt pasai paklah ni...
|
|