|
Post by pakteh on Dec 2, 2007 10:24:16 GMT 7
Bagi saya..Dato' Wan adalah cadangan....tapi sesiapa sahaja yg berkemampuan...silakan..masalahnya...camna nak tahu itu lebih bagus dari Tok Mid....hebat ari Tok Wan.....? sebagai ahli UMNO...saya tidak pernah menoktahkan sesiapapun secara wajib menjadi pilihan saya utk memimpin UMNO sik. Mungkin berusgigi sendiri lebih layak...sapa tau....atau ada diantara AJK bhg tu yg lebih layak...lebih berkemampuan..... bab tidak menyertai UMNO sik tu.....itu pilihan masing2....takdak paksaan dalam berparti....yg ada cuma cadangan.... mungkin agus menyertai UMNO or PAS di Bhg lain selain Sik.....or..Agus memang tidak berminat menyertai mana2 parti......terpulang pada diri masing2.... tapi bagi saya.....selain UMNO dan PAS....parti apa yg boleh disertai di Sik? KEADILAN (PKR)? hehe.....jangan buat malu kaum kerabat laaa...tu parti picisan yang busuk lagi membusukkan... tak mau join UMNO...p join PAS...xmau pas...mai UMNO....atau dok diam2.... Saya masuk ke sini sebab tercari2 jugak wadah lain yg disediakan oleh orang2 sik secara online utk bersembang2 sesama rakan sedaerah... kalau tak ke sini....ke www.fuyyo.net ...dua2 dari Sik
|
|
|
Post by Dato Wan on Dec 2, 2007 10:34:35 GMT 7
Saudara,terima kasih,mesej yang disampai itu saya faham.Sebagai seorang pemimpin adalah menjadi satu kewajipandemi menjaga harga diri dan bangsa yang didukung oleh saudara dan saya serta penduduk di kawasan Sik .Saya berasa bershukur kerana dalam keadaan usia yang sebigini nama Dato Wan Azmi masih mampu bermain di bibir penduduk di kawasan Sik sebagai penganti Dato Hamid. Walaupun saya tidak di ketegorikan sebagai peminpin ulung tetapi apa yang ada di dalam diri saya adalah kesinangbungan dari pada yang tersirat yang tak sempat di terjemahkan kepimpinan yang terdahulu.
|
|
|
Post by berusgigi on Dec 5, 2007 16:18:46 GMT 7
Saya berpendapat inilah masanya utk menterjemahkan semua yg tersirat & tersurat tersebut. Dato' dan mereka yg bersependapat sudah tiada masa. Kurangkan berpolitik dlm sesama UMNO. Bekerja utk bangsa, agama dan negara melalui wadah UMNO.
Sdra agus, utk tidak menyertai mana-mana parti adalah pilihan sdara. tetapi waktu pilihanraya nanti undilah BN. Itu yang penting
|
|
|
Post by sukusuku on Feb 19, 2008 15:45:33 GMT 7
Undi BN saja kerana BN saja yang dapat memberi kita hidup senang, sapa bagi rezeki? kalau kita tak tolong BN, BN tak tolong kita..
|
|
|
Post by langkasuka on Mar 17, 2008 8:22:51 GMT 7
salam untuk semua ruangan ini pada mulanya untuk membincangkan isu-isu berkaitan pak lah dan menantunya si khairi jamaluddin.. dan ada baiknya kita berbalik kepada tajuk asal kita apa dah jadi dengan si khairi selepas menang kerusi parlimen pada pilihanraya umum yang lepas.. best kan dia.. baru ja dalam politik terus di angkat martabat untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan pejuang-pejuang umno sebelum ini.. kerapa apa ya? apakah kerana si khairi jamaluddin ini berkelulusan di luar negara seperti yang dibanggakan keluarga beliau sebelum ini.. apa pun dia.. dia dah jadi ahli parlimen.. tahniah dan syabas diucapkan kepada KJ.. lepas ni akan di anugerakan dengan bintang dan pingat maka bergelarlan si KJ ni dengan gelaran Dato' Seri KJ.. dan seperkara lagi yang harus di ingat.. seandainya dalam senarai pengumuman anggota kabinet pak lah ni akan tersenarai nama khairi jamaluddin dan maka dengan secara sendirinya, saya dan pihak pihak tertentu di dalam umno ini akan terlucutlah keahliannya secara automatik.. dan akan bermulalah sesuatu yang akan menjadi sejarah dalam united malays national organisation atau pertubuhan kebangsaan melayu bersatu.. tapi tak jadi apanya pun.. sebab langkasuka ini bukannya siapa siapa di malaysia ini.. makanya, tidak akan berlaku lah apa apa juga yang bisa mengganggu gugat kestabilan politik negara.. kita tunggu dan lihat bagaimana jadinya nanti ADIOS
|
|
akudahbosannganpaklah
Guest
|
Post by akudahbosannganpaklah on Mar 17, 2008 10:10:50 GMT 7
hehehehe dah lama dah... org dok bercakap pasal depa anak beranak ni... punca kekalahan besar bn dlm PRU kali ni sebab depa dua beranak ni la...bukannya pembangkang yg kuat... cuma undi protes dr org2 umno sendiri... tu pun paklah ni dok xsedaq2...masih ingat org suka kat dia lg memang bebal betui la paklah ni... rakyat dah bg mesej yg jelas dlm PRU ni pun masih dok tidoq lg... musnahlah masa depan org melayu ngan paklah n kj ni... isk..isk...apa nak buat...semua pemimpin umno skang lebih suka n pentingkan jawatan memasing drpd nak perjuangkan nasib bangsa sendiri...dah nampak dah.. semua dah lari dr perjuangan asal... nampaknya sejarah akan berulang lg...
|
|
|
Post by berusgigi on Mar 17, 2008 14:07:42 GMT 7
Sdra Agus Pada pandangan saya, Dato' Wan mempunyai pengalaman luas dalam membentuk UMNO Sik menjadi kukuh dan kuat. Pengalaman itu yang kita perlukan. Banyak strategi dan cara yg dia ada yang boleh generasi sekarang pelajari. Dengan itu mereka-mereka yang berjuang dengan ikhlas dapat menimba pengalaman dan pengajaran tersebut. Saya tidak menafikan yg dia pun adaka kejatuhan dan sebagainya. Tetapi tidak semestinya kita tidak boleh mempelajari sesuatu dari beliau. Beliau tidak akan berada disana selama-lamanya.
Beliau seorang yang ikhlas. Jawatan Ketua pun beliau pernah serahkan tanpa ada sebarang pertandingan. HAsrat beliau ialah untuk melihat UMNO sik kukuh dan baik.
Kalau ikut dari segi kecewa, saya juga pernah kecewa. Hasrat utk membantu UMNO Sik tidak tercapai kerana masuknya saya sebagai AJK Pemuda dulu dianggap sebagai menjadi penghalang kepada cita-cita pihak tertentu utk menjadi ketua. Maka saya dicantas awal2 lagi. Tak apa ... Alhamdulillah. Saya tidak teruk dan tak habis duit.
Ada permintaan utk saya kembali membantu UMNO sik, tapi saya kata pemimpin yg ada sudah baik dan boleh memperbaikinya. Tetapi nampaknya UMNO sik semakin teruk.
Tetapi kekecewaan saya tidak pula membawa saya lari dari menjadi pengikut UMNO. Kerana saya percaya parti inilah yg telag membawa Melayu ke araha kejayaan. Dan InsyaAllah jika di tadbir dan diurus dgn baik, orang Sik akan lebih berjaya. Saya juga adalah produk kejayaan UMNO sik.
Mari kita sama2 membantu UMNO Sik. Kita jadikannya sebuah organisasi cemerlang yg dapat membawa org Melayu Sik ke arah kegemilangan. Dgn lari jauh tidak akan membantu apa-apa.
|
|
|
Post by gen2dberiss on Mar 17, 2008 15:25:09 GMT 7
saudara berusgigi
saya juga sependapat dengan saudara dan berhasrat untuk mengembalikan umno kepada keadaan asalnya.. kerana saya juga percaya dan yakin bahawa umno itu menjadi seperti tidak reliven adalah kerana pemimpin dan kepimpinan yang ada..oleh yang demikian itu, ada baiknya kita memulakan nya dan mempunyai seseorang untuk mengepalai hasrat suci ini..
berhubung dengan dr. wan... adalah menjadi tanggungjawab dan tugas beliau untuk membentuk kembali umno bahagian sik menjadi baik dan sempurna.. memang tidak dinafikan bahawa beliau pernah menjadikan umno bahagian sik berada ditahap yang amat cemerlang suatu ketika dahulu.. selaras dengan kehendak dan matlamat kita yang sama itu... kita mintaklah sokongan kembali kepada dr. wan dan kita sama sama dengan beliau membantu dalam usaha mengembalikan keyakinan kepada umno itu sendiri..
kalau kita sebut nama tokoh politik ini.. maka akan ada pihak pihak tertentu didalam umno yang tidak suka dan tidak berminat untuk melihat dr. wan kembali memperjuangkan nasib dan maruah umno bahagian sik.. bukan maksudnya hanya dr. wan sahaja yang mampu melakukan semua itu.. ya,, kita juga mempunyai keyakinan bahawa selain dr. wan juga, terdapat ramai lagi tokoh tokoh politik di dalam daerah sik yang juga sebagai produk keluaran dari jenama umno itu sendiri... ya,, ada.. tetapi apa salahnya kita memberi penghormatan kepada dr. wan dan kita yang lain nya menjadi ekor ekornya bagi merealisasikan hasrat kita ini..
sebelum kita jauh tersasar dari landasan sebenar.. maka kita perlu kembali segera ke persimpangan yang sepaptutnya... andai ada usaha usaha sebegini.. jangan kita menjadi penghalang kepadanya.. mungkin kita terpaksa untuk menelan sesuatu yang teramat pahit... tetapi, adakalanya yang pahit itu jugak lah kita kena telan untuk memastikan kita mendapat kemanisandipenghujungnya.. walaupun bukan kita yang merasai kemanisan itu.. cukuplah untuk jenerasi yang akan datang menikmatinya...
demi agama bang dan negara.. bersatulah kita dan kita satukan tekad dan matkamat.. kita pastikan kegemilangan umno kembali seperti sebelum ini... ayuh..
wassalam
|
|
|
Post by xpdckehidupan on Mar 18, 2008 1:27:40 GMT 7
Assalamualaikum WB,
Dok baca komen2 forum ni buat saya tak mau ketinggalan nak mencelah dan bertukar pendapat dgn warga2 forum kalian. Yg menjadi topik hangat kini lebih hebat dari siapa akan menang Akademi Fantasia menandingini kehebatan Mawi! Mawi ni bukan anak mantan AP Sik, tapi Mawi dari Johor.
Mawi anak Tok Wan tu ok, tapi tak la hensem sangat. Dulu dengaq kata dia jgk ada hati nak masuk politik Sik, nak jadi ketua pemuda, tapi ntah sampai hari ni crita tu dah tak dengaq lgi. Tapi dia pernah belajar di luar negara (tapi bukan Perth), belajar di universiti di sana dan bukan sekadar mengaku ada ijazah! Tapi saya ragu ciri2 ini dapat menjamin Mawi anak Tok Wan mewarisi karier ayahnya menjadi ahli politik Sik yg hebat. Untuk naik dlm UMNO Sik mungkin Mawi kena banyak lagi buat kerja di Sik bagi semua orang Sik nampak, tak kira kerja apa pun – kacau bubur lambuk ka, kacau dodoi ka, bubur asyura ka, tapi jgn kacau tunang org sudah! Adusssss …. Berbalik pada topik asal saya.
Budaya UMNO Sik mesti diubah. Org2 Sik yg bukan ahli UMNO dah jauh lebih matang dan celik. Depa dah boleh menilai isu2 semasa tapi depa dah tak bergantung kepada parti untuk mencari rezeki. Lain dgn org2 UMNO, terutama sekali yg berjawatan, di mana pendirian depa terikat dgn sumber rezeki yg diharapkan. Depa selalu diingatkan – kena sokong UMNO dan kerajaan sebab depa yg bayar gaji kita. Sebenarnya kita segan nak pikir banyak2, janji aku boleh dapat, sudah! UMNO dah tolong aku dah, tak payah aku buat kacau, aku sokong saja. Minda macam ni yg akan mengkhinati perjuangan.
Kita akan membunuh proses demokrasi bila kita serah bulat2 semua keputusan parti kepada org atas, itu bukan demokrasi tapi autokrasi. Tambah2 lagi keputusan yg telah dibuat oleh rakyat (termasuk jugak pengundi Sik) dah tak sama dgn apa yg UMNO dan BN harapkan. Kadang2 kalau kita aysi dok setuju tanpa soal periksa, apa yg di sampaikan ke bawah pun bukan maklumat sebenar, tapi depa kecoh dgn fakta sebenar.
Justeru itu orang2 UMNO Sik yg masih memegang pada kalimah “perjuangan untuk membela Agama, Bangsa dan Tanahair” janganlah berpeluk tubuh atau menipu diri sendiri tetapi hendaklah ikhlas berani menagani masalah ini.
Apa yang mesti kita buat? Banyak. Tapi biarlah para2 ahli forum usulkan dulu supaya jangan forum ini juga jadi macam mesyuarat UMNO, sorang saja yg cakap tapi semua yg lain hanggok setuju, lepas tu satu pun tak jadi. Tauk gula kopi …
Sambil kita merencanakan masa depan UMNO untuk Sik dan Malaysia elok jugak kita tau perkembangan parti tok nenek kita ni. Dengan kemudahan IT yg jugak hasil kemajuan negara yg pernah ditadbir secara cemerlang dan gemilang dulu kita boleh membaca (1) surat Tengku Razaliegh Hamzah, (2) surat Datuk Mukhriz Mahathir, dan (3) deraf petitsyen untuk PM. Malangnya saya tidak mempunyai alamat2 dokumen tersebut, maaf, tapi kalau ada yg dah tau tolong panjangkan dalam forum ini. Dah tau semua maklumat baru kita boleh buat keputusan dan pertimbangan yg sewajarnya.
Hingga lain pertemuan, wassalam …
|
|
akudahbosannganpaklah
Guest
|
Post by akudahbosannganpaklah on Mar 18, 2008 22:34:24 GMT 7
la kalo hangpa nak bermacam2 jenis cita yg latest pasai politik kat mesia ni...p la jenguk2 kat laman web ni.. forum.mykmu.netbg sapa yg xtau lg kewujudan laman web tu p la jengok2 sat.. kalo yg dah tau tu xpa la... surat mukhriz ka surat tengku ka surat dr prowaris ka semua ada dlm tu...pandai2 la hangpa cari dlm banyak2 topik tu... macam2 ada...hehehehe... ;D
|
|
|
Post by pakteh on Mar 19, 2008 9:06:27 GMT 7
Untuk makluman....myKMu tu asalnya KMU jaaa...tapi ditukar kemudiannya... berusgigi adalah antara org yg terlibat mewujudkan KMU...pakteh ingat lagi bagaimana beliau berada di sisi Tun Dr Mahathir (TDM) (ketika itu PM) di Putrajaya memberikan userID dan password dan menjadikan TDM antara ahli KMU (Kelab Maya UMNO) terawal di Malaysia seperti berusgigi dan pakteh. itulah perjumpaan rasmi pertama Kelab Maya UMNO dan dirasmikan oleh TDM....bangga pakteh...sayangnya ketika di era paklah....KMU tidak dihargai malah dilemparkan jauh2 kerana tidak boleh menerima kritikan membina dari ahli KMU. hari ni plak pakteh baca...nihaz dari KMU mengucapkan selamat tinggal kpd UMNo....sayang seribu kali sayang....seorang yg berkomited tanpa mengira wang ringit, pangkat darjat....membawa diri kerana kedangkalan paklah.
berusgigi....camna cadangan nak aktifkan semula KMU utara....(dulu kami pernah adakan perjumpaan di SIK utk mantapkan UMNO sik...sayangnya....UMNO SIk masa tu buta IT...skang xtau laaa)
|
|
|
Post by org sik on Mar 19, 2008 9:23:09 GMT 7
terima kasih kpd dato wan jugak sb memberi kami kemudahan internet percuma pi pekan sik tak tau la sampai bila nak free ni
baru kami boleh masuk website macam kmu, wanazmisik.com dan lain lain
sekarang dah ada youtube, macam2 lagi boleh tengok video sana..
internet lani dah tak mcm dulu, memang betul macam2 ada!
|
|
|
Post by org sik on Mar 19, 2008 9:24:21 GMT 7
Untuk makluman....myKMu tu asalnya KMU jaaa...tapi ditukar kemudiannya... berusgigi adalah antara org yg terlibat mewujudkan KMU...pakteh ingat lagi bagaimana beliau berada di sisi Tun Dr Mahathir (TDM) (ketika itu PM) di Putrajaya memberikan userID dan password dan menjadikan TDM antara ahli KMU (Kelab Maya UMNO) terawal di Malaysia seperti berusgigi dan pakteh. itulah perjumpaan rasmi pertama Kelab Maya UMNO dan dirasmikan oleh TDM....bangga pakteh...sayangnya ketika di era paklah....KMU tidak dihargai malah dilemparkan jauh2 kerana tidak boleh menerima kritikan membina dari ahli KMU. hari ni plak pakteh baca...nihaz dari KMU mengucapkan selamat tinggal kpd UMNo....sayang seribu kali sayang....seorang yg berkomited tanpa mengira wang ringit, pangkat darjat....membawa diri kerana kedangkalan paklah. berusgigi....camna cadangan nak aktifkan semula KMU utara....(dulu kami pernah adakan perjumpaan di SIK utk mantapkan UMNO sik...sayangnya....UMNO SIk masa tu buta IT...skang xtau laaa) ya berus dan jebon yg buat
|
|
|
Post by jton on Mar 19, 2008 16:36:34 GMT 7
salam untuk semua
bagus lah kalau ada sesapa nak hidupkan semula KMU.. tapi kalau di wanazmisik.com ni pun dah ramai orang atau penunjung yang dok masuk dan tau apa yang kita dok tulis dalam blog ni, kita teruskan disini pun ok jugak
lagi pun, kerajaan kita sekarang ni bukannya nak buat apa-apa walaupun ada makhluk yang mintak dia letak jawatan, kalau masa kecik-kecik dulu.. bila budak laki gaduh ja dan yang sorang tu tak melawan.. apa yang biasa dikatakan oleh satu pihak lagi? ltak lain dan tak bukan "tak dak teloq ka?" macam tu lah bunyinya.. tapi tak kan kita nak kata kat pemimpin ulung kita ni tak dak teloq pulak, kuang ajaq namanya tu..
hakikatnya, begitu lah.. kita berkuasa, tapi kita perlu tunduk dengan tekanan.. kadang kala.. itu penting jugak.. takut kita terus tak dak tempat di hati rakyat..
yang peliknya.. pasai pa dalam umno ni khususnya.. kalau terjadi sesuatu seperti kejatuhan, kekalahan, dan apa saja la.. yang ianya lahir dari suara rakyat.. ada pihak akan mengeluarkan kenyataan.. SAYA SOKONG.. KAMI SOKONG.. KAMI DIBELAKANG.. KAMI DI DEPAN... tak boleh ka kita ubah sikit.. kalau benda tu betui tak pa la.. kalau benda tu dah sememangnya tak betui.. nak sokong apanya.. buang karan ja.. buang masa ja.. takut ka kalau tak sokong nanti tak da tempat.. apa la nak ditakutkan... kalau takdir mengatakan kita di situ.. disitu jugak lah kita.. ish ish ish.. malaysia oh malaysia..
hari ni kita dengaq pulak si menantu kesayangan pak lah, si khairi jamaluddin mengatakan selagi pak lah menjadi perdana menteri, beliau tak akan menjawat sebarang jawatan dalam kabinet.. syabas dan tahniah diucapkan.. tapi adakah itu merupakan satu langkah untuk mendapatkan sokongan rakyat malaysia terhadap khairi.. dan yang pastinya, si khairi ni berhajat besar untuk duduk jugak dalam kabinet kerajaan (kalau BN masih berkuasa la) suatu hari nanti..
disaat semua makhluk mengatakan punca keputusan pilihanraya umum ke-12 ni adalah daripada si khairi dan pak lah.. khairi masih tak pandai nak mengaku yang dia ni lah puncanya... apa katanya?..bukan masa nak tuding jari cari kesalahan orang.. apa pulak.. mesti la kena cari kesalahan dulu baru tau kat mana nak perbaiki...
ok lah.. berbalik pulak pada si mukhriz.. ada pendapat mengatakan kalau mukhriz tak hantar surat dan mintak PM letak jawatan, dia akan dianugerahkan tempat untuk mewakili masyarakat kedah berada dalam barisan kabinet pak lah.. mungkin kah?
tapi kalau la pak lah ni ikhlas.. pasai pa dia tak lantik jugak si budak kepala botak tu duduk dalam kabinet dia... awat dia takut ka nak bagi peluang kat muka baru macam anak bekas pemimpin terulung tu.. hal hal yang sebegini jugak lah yang sering terjadi dalam arus kehidupan umno bahagian sik.. sampai bila la kita pun tak tau kan..
bila dikaitkan dengan umno sik pulak.. mungkin ada pihak yang terasa.. "sapa kata umno sik tak bagi ruang pada muka barui" "tengok saja pilihanraya umum ke-12 baru ni.. muka baru diletak"... hasilnya... apa? 2 sepol PM menyungkur tersembam ke bumi.. terpalit taik ayam pandu pulak tu.. ha ha ha.. yang sekor tu hidup lagi la.. pun terpaksa jadi pembangkang.. apa orang selalu kata tu... calon popular? dia ni nak jadi YB berkhidmat kat rakyat ka nak cari populariti... baik masuk akademi fantasia macam saudara XPDC pernah kata sebelum ni.. hari ni buat majlis kesyukuran dan suruh budak budak dia botakkan kepala.. maju sangatlah cara macam tu kan?
entah apa apa lah umno...
|
|
akudahbosannganpaklah
Guest
|
Post by akudahbosannganpaklah on Mar 19, 2008 22:05:24 GMT 7
tu la..dulu aku dok post jugak kat sini pasai kerajaan dua beranak ni..pasai depa dua ni la agen kehancuran org melayu dan parti umno...abis2..pastu aku plak yg kena marah ngan dato wan ngan beberapa kerat penyokong dato wan...siap suh aku balik bertanding tu...apa raaa... last2...tgk dato wan yg paklah tolak sendiri...bg kroni dia jd calon ari tu..nasib baik kalah...hehehehe... xpa la dato wan...baik dato join mukhriz ngan ku li tu lawan balik paklah aka imam besar hadari tu...mana tau kot2 dapat naik balik nanti hehehehe ;D
|
|