|
Post by afza on Oct 4, 2007 8:44:45 GMT 7
sama cam kita dok buat survey tahap kepuasan pengguna 1. amat baik 2. baik 3. sederhana 4. lemah 5. amat lemah letakkan ketiga2 parti tadi iaitu 2 parti yg bertunjangkan melayu dan 1 parti campuran....di tahap yg afza rasa sesuai...kalau ketiga2nya dalam kategori amat lemah...hehe...buat parti sendiri dan mula kempen dari sekarang..... im wondering la sape sebenarnya pakteh ni? bg cadangan yg xmembina langsung xpa balik raya ni aku try recce tgk sapa pakteh ni hehehehe
|
|
|
Post by pakteh on Oct 4, 2007 9:29:14 GMT 7
hehe...takyah pikiaq la sapa pakteh...but ok gak kalu jumpa time raya...pakteh cuti sampai 17HB. ingat raya pertama ka kedua kaa nak p beraya umah Dato' Wan...jom pi skali.
|
|
|
Post by afza on Oct 4, 2007 9:55:42 GMT 7
dia bg duit raya ka? ;D maklumla raya thn ni pak lah xbg bonus hahahaha
|
|
|
Post by kaklong on Oct 5, 2007 20:27:43 GMT 7
Nak jugak duit raya... pakteh mai arr raya kat umah. ;D ;D
|
|
|
Post by berusgigi on Oct 8, 2007 11:21:55 GMT 7
Sebab itu mereka yg ikhlas berjuang agak susah utk menang... Agak kurang org yg ikhlas berjuang memagang jawatan dlm parti sekarang. Ramai lebih suka menjauhkan diri.
|
|
|
Post by afza on Oct 8, 2007 13:45:46 GMT 7
PM arah penghuni rumah tsunami hubungi pihak berkuasa untuk berpindah
KEPALA BATAS 7 Okt — Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini meminta semua penghuni rumah penempatan sementara mangsa tsunami supaya terus menghubungi pihak berkuasa bagi mendapatkan penjelasan mengapa mereka masih belum dibenarkan berpindah ke rumah tetap yang disediakan kerajaan.
Perdana Menteri berkata, mereka sememangnya patut berpindah dan memasuki rumah baru yang ditawarkan jika telah memenuhi syarat dan layak memiliki rumah berkenaan.
“Siapa yang layak dan penuhi syarat sepatutnya sudah boleh masuk (rumah baru)... tunggu apa lagi?,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada fakir miskin anjuran UMNO Bahagian Kepala Batas di sini hari ini.
Beliau berkata, penduduk terlibat seharusnya menghubungi pihak berkuasa dengan segera dan nyatakan sebab-sebab mereka layak untuk berpindah ke rumah baru.
Mangsa-mangsa tsunami tiga tahun lepas di negeri ini masih ditempatkan di rumah panjang sementara di sekitar Tanjung Bungah sedangkan kawasan perumahan tetap siap dibina sejak 22 Februari lepas.
Mereka telah dijanjikan untuk berpindah ke rumah baru sejak bulan lepas tetapi tidak dapat berbuat demikian kerana kerajaan negeri dan kerajaan pusat dikatakan tidak ada persepakatan dalam menentukan harga rumah kos rendah itu.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dipetik sebagai berkata, bahawa kerajaan negeri mahu harga rumah itu ditetapkan pada RM42,000 tetapi Kerajaan Pusat dikatakan mempertahankan harga iaitu RM52,000.
Dr Koh berkata, kerajaan negeri telah mengemukakan usul supaya kesemua mangsa dipindah masuk terlebih dahulu sementara perbincangan untuk memutuskan harga bagi 100 unit pangsapuri di kawasan Tanjung Bungah ditentukan.-Utusan
ish,ish awatla yang bengap ni paklah aka pm aka presiden umno ni mcm ni punya statement lembab pun bleh kuar dr seorang pm ke? sapa la yg dok jd advisor dia bg kes ni, lembab nak mampus, dah lama la penduduk tu dok hubungi pihak bkuasa dok tanya pasai umah depa tu pasai pa xbleh masuk lg dah xdak pape action tu pasai la mengadu kat pm last2 dia suh penduduk tu tanya kat pihak yg berkuasa plak hal tu penduduk tu nak suh pm la tanya kot2 pihak berkuasa tu bleh cepat sikit proses tu.. awat hang jd pm hang xbleh ke suh depa tu buat keje? kalo paklah pun xbrani nak suh apatah lg la penduduk melayu yg miskin ni sian depa raya dah dekat xdapat umah lg maklumla dapat pemimpin yg bengap lg bodo n tau tidoq je hehehehe
cepat2 para penyokong pak lah kat sini bg komen sikit awatla bengap pm kita ni patutla tun m menyesal lantik pak lah bodowi jd pengganti dia hahahaha
|
|
|
Post by pakteh on Oct 8, 2007 21:21:01 GMT 7
hehe...yg susah bertambah pening laa camtu. lama dah dok habaq kat pihak berkosa di penang tu...kluaq TV3 pun selalu dahh...cuma tunggu PM jaa..last2 PM kata lagu tu jaa...hehe... kalau paklah buang ayat suruh p tanya pihak berkuasa tu ..rasa sedap la sikit..ni bila lagu tu...iskk..pakteh pun xsyok aihhh
|
|
|
Post by berusgigi on Oct 10, 2007 10:32:00 GMT 7
Walaupun kes dah selesai, tapi nampaknya ada sesuatu yg tak kena disini. 1. Pada awalnya, ada blok khas yg telah siap diberikan kpd org2 tertentu, tapi selepas kena protes baru dibuka utk undian. 2. Kenapa terlalu banyak kerenah dalam proses pembinaan & pemberian rumah ini? Tak faham langsung saya .... Adakah ini caranya Gerakan nak menghapuskan penempatan Melayu di Penang? 3. Kenapa terlalu lama utk dapat rumah gantian ini. Telah 3 tahun dah Tsunami, tapi baru2 ni jer dapat rumah. Tanah penduduk dah habis disapu utk projek.
Banyak lagiiiiii. UMNO kena perintah Penang semula!
|
|
|
Post by afza on Oct 10, 2007 12:25:45 GMT 7
Walaupun kes dah selesai, tapi nampaknya ada sesuatu yg tak kena disini. 1. Pada awalnya, ada blok khas yg telah siap diberikan kpd org2 tertentu, tapi selepas kena protes baru dibuka utk undian. 2. Kenapa terlalu banyak kerenah dalam proses pembinaan & pemberian rumah ini? Tak faham langsung saya .... Adakah ini caranya Gerakan nak menghapuskan penempatan Melayu di Penang? 3. Kenapa terlalu lama utk dapat rumah gantian ini. Telah 3 tahun dah Tsunami, tapi baru2 ni jer dapat rumah. Tanah penduduk dah habis disapu utk projek. Banyak lagiiiiii. UMNO kena perintah Penang semula! yang ni aku sokong gerakan pun dah berani bersuara skang ni kena tanya pak lah ni hehehe ;D nanti kuarla jawapan yg ntahpape ni buat statement lawak lg hehehe
|
|
|
Post by afza on Oct 24, 2007 15:38:33 GMT 7
salam semua pakteh ngan berus gigi raya lg ka? hehehehe nak tanya sikit perhimpunan agung umno nanti perwakilan sik dtaja oleh sapa? KJ gak ka? kalo sik pun kroni KJ gak ish dah tak tau la apa nak jd ngan politik umno skang ni dah nampak umno punya perjuangan dah lari dr tujuan asal skang ni semua org berebut masuk politik dan pegang jawatan tinggi bukannya betui2 nak perjuangkan agenda agama dan bangsa cuma nak bolot kekayaan negara utk kepentingan keturunan depa semua hahahaha ish..ish...sian nasib bangsaku nanti....
|
|
|
Post by berusgigi on Oct 28, 2007 16:48:34 GMT 7
Kami sudah kembali bekerja. Setahu saya perwakilan dari Sik tiada siapa yg taja. Semuanya dipilih secara persetujuan ramai. Tiada pertandingan.
Pemilihan kesemua perwakilan adalah atas dasar persetujuan semua wakil cawangan yg hadir. Ini utk mengurangkan lobi-melobi dsb.
|
|
|
Post by afza on Oct 30, 2007 14:22:18 GMT 7
so perwakilan sik pun p la kulompo utk menghadiri pesta puja memuja imam besar hadari hahahahaha ;D walaupun skang ni dah macam2 dia dok buat rakyat marhaen ni dok merana sebab semuanya akan naik rege kenaikan gaji yg dia kata agak lumayan tu xakan memberi erti pape kepada kita semua kerana semuanya sama saja sebab kerajaan imam besar hadari ni "kami bukan nak tolong, kami along" hahahahaha ;D
|
|
|
Post by Dato Wan on Oct 31, 2007 9:36:48 GMT 7
Afza,saya berpendapat lebih baik kita curahkan semua fikiran dan usaha kita mencari jalan bagaimana nak majukan lagi bangsa kita,khususnya di Sik.
|
|
|
Post by afza on Oct 31, 2007 15:51:10 GMT 7
la dato saya buka thread ni nak tgk mcmana penerimaan org sik tentang isu paklah ngan menantunya ni nak gak tau pendapat org sik ni hehehehe ;D
|
|
|
Post by pakteh on Nov 1, 2007 10:23:48 GMT 7
sekali dengaq berita...marah jugak barang naik....tapi xlama....hilang marah... samy vellu pikiaq dah utk naikkan TOL....marah jugak....jenuh la org2 kampung nak bayaq TOL....pastu pikiaq balik....isk...jarang2 ja guna highway....reda sikit marah tu.... Pakat bising gula susah dapat...mahal...marah lagi pakteh ngan paklah.....pastu...pikiaq balik...biaq pi laaa...rakyat Malaysia ni merupakan yg antara yg tertinggi guna gula....redaaa...marah tuu... Petrol naik...lagi marah...hari2 guna kereta....xkan Malaysia sbg pengeluar minyak kena tanggung harga minyak yg mahai...1L sampai 1.92 sen...cekik darah....orang kaya ngan bisnessman tu xpa laa..duit banyak....tapi bila pikiaq...org kaya tu la yg dok bayaq cukai utk tampung subsidi minyak tu.....redaaa sikit marah tu....baru rasa syukur kerana cukai xkena...cuma bayaq minyak ja mahai...org kaya tu...cukai kena...minyak still bayaq 1L 1.92 sen. Bila tengok pikap SIAM sanggup berbaris 2 jam utk isi diesel di Padang Besaq tu....lagi la rasa syukur. tup tup....tepung plak naik harga...marah lagi...dan lagi dan lagi....camtu laa... tup tup.....paklah kata gaji kakitangan kerajaan naik...bukan sikit....15% hingga 42%....fuh....syukur..... tup tup...paklah kata...xdak bonus....marah lagi....apa la paklah ni....bonus pun xbagi...tapi bila pikiaq balik....bonus tu satu pemberian bukan HAK....xmalu kaa dok mintak apa yg org xmau bagi....redaaa balik.... akhirnya....betullah kata TDM masa jadi PM dulu... kita perlu jadi rakyat yg bersyukur walau apa status kita....marhean ka xmarhean...bersyukurlahhh
|
|