( sambungan kenduri rumah Tok Hammad Mekong)
Malam bersanding tidak kurang meriahnya.Sebelum pengantin duduk di atas pelamin Tok Haji Sahak dengan kumpulan merhabannya akan meguasai balai .Sebelum mereka marhaban dan berzanji,Tok Haji SahAK yang menyampai beberapa lagu yang bercorak patriotik dan juaga bercorak dakwah dan nasihat.Lagu-lagu itu ialah seperti SEMANGAT PEMUDA,LAGU MERDEKA DAN PAHLAWAN CANGKUL.Seni kata lagu-lagu ini adalah seperti berikut:
Lagu Semangat Pemuda.
Pemuda-pemuda bangun bersama,
Taat setia membina semangat
Pahlawan nenek moyang kita,
Pahlawan jati mengorbankan darah,
Jasad dan jiwa,
Membela watan dari kezaliman;Di bumi putera.
Pemuda-pemuda inilah masanya,
Tak ada halangan,
Tunjuk kesaktian Pahlawan Hang Tuah,
Di medan perjuangan,
Hidup berjasa kepada Negara,Menjadi kenangan,
Mengajar belajar ambil tauladan,dari JUNJUNGAN.
Dengarkan lagu ini di
tvradio.wanazmisik.com/patriotik1.wmaLagu ini diikuti pula dengan lagu MERDEKA,
Saudara-saudara marilah bersama ,Tunjukkan setia kepada negara,
Tunjukkan setia kepada negara,
Ugama Islam dan Raja kita,
Ugama Islam dan Raja kita.
Asuhkan jiiwa korbankan tenaga,
Untuk agama dan juga bangsa,
Canaikan fikiran bagi kemakmuran,
Negara Malaysia.
Saudara-saudara marilah bersama,
Tunjukkan setia kepada negara,
Ugama Islam dan raja kita.
Merdeka-merdeka berkembang ugama,
Hidup bahagia,
Berilah pengorbanan wahai saudara,
Tenaga dan Jiwa.
Saudara-saudara marilah bersama,
Tunjukkan setia kepada negara,Ugama Islam dan raja kita,
Ugama IslaM DAN RAJA KITA,
Dengarkan lagu ini di
tvradio.wanazmisik.com/merdeka1.wmaBerdirilah di belakang Tengku Putera,
Meninggikan bangsa,
Meninggikan negara,
Bendera UMNO kibarkanlah segera,
Membawa Malaya menuju merdeka,
Membawa Malaya menuju merdeka.
Tuntutan UMNO dengan perlembagaan,
Bukan darah yang kena korban,
Tetapi jiwa dan semangat kebangsaan,
Kuat dan berani dengan satu tujuan.
Berdirilah dddi belakang Tengku Putera,
Meninggikan bangsa,
Meninggikan Nwgara,
Bendera UMNO kibarkan segera,
Membawa Malaya menuju merdeka,
Membawa Malaya menuju merdeka.
UMNO,MCA,MIC besar perikatan,
Kamulah tuan negeri ini di masa depan,
Bersama berjuang kerana kemerdekaan,
Bersama berjuang kerana kemerdekaan.
dengarkan lagu ini di
tvradio.wanazmisik.com/merdeka2.wmaDisamping lagu untuk meniup semangat kebangsaan menuntut kemerdekaan Tok Haji Sahak juga menyru dan mengajak pemuda-pemuda untuk membangunkan pertanian.Lagu untuk membangunkan semangat bertani adalah seperti berrrikut;
Lirik Lagu;PAHLAWAN CANGKUL,
O....Pahlawan cangkul sudah berjaya
memugar hutan rimba dan paya,
setiap masa bersuka ria,
menambah kemakmuran Tanah Malaysia.
Mari kita jadi orang bertani,
hati lebih senang dari jadi kerani,
hatipun senang perut pun kenyang,Makanan sedia bergundi-gundi.
Mari kita jadi orang berladang,
tentu ada sawah dan juga bendang,
dan juga ada kerbau sekandang,
bertanam kacang,cabai dan pisang,
buah terong,petola buah timun batang,
Biarpun kita tinggal di darat atau di hulu,
bukan jadi hina dan bukan jadi malu
,perut kita tentu kenyang selalu,
bertanam tebu,tembikai dan labu,
rambutan,mempelam dan buah jambu,
bertanam bayam,membela ayam itik kambing kerbau lembu,
Orang berladang tak kenangkan ceti,
kerana wangnya banyak ada di dalam peti,
kerja sehari dua hari dah berhenti,
boleh ke Mekah,boleh ke Medinah,
boleh melawat ke Makam Nabi.
dengarkan lagu ini di
tvradio.wanazmisik.com/pahlawan.wma