|
Post by dato wan azmi on Jul 19, 2006 15:46:09 GMT 7
TAJUK NOBEL;DAHULU LAIN SEKARANG LAIN Nama sebenarnya bukan PakSenik,Senik adalah nama anaknya.Adalah menjadi amalan penduduk-penduduk di daerah ini menamakan seseorang itu mengikut nama anak sulung mereka.Nama sebenar PakSenik ialah Kulob,oleh kerana dia adalah anak sulung,maka bapanya dikenali di kampong sebagai Pak Kulob.PakSenik bukan berasal dari Kampong Banggul Derdap,beliau dilahir dan dibesarkan di Lubuk Kemahang,yang sekarang ini telah ditenggelami air Ampangan Muda.Pada zaman darurat dahulu semua penduduk di Kampong Lubuk Kemahang terpaksa perpindah,disebabkan ancaman Kumunis.PakSenik masih ingat lagi peristiwa itu,semua penduduk Lubuk Kemahang dipaksa berpindah oleh pihak kerajaan masa itu.Dengan menggunakan rakit buluh mereka hanya dapat membawa bersama beberapa barang dan harta benda tertentu sahaja.Mereka terpaksa meninggalkan kampong halaman dan ternakan kerbau lembu.Keluarga Pak Kulob telah berpindah ke Kampong Nammi dan disinilah mereka membuka kampong baru bersama-sama yang lain,mereka semua kini terpaksa berjiran dengan orang-orang Siam yang berkampong di seberang sungai.Kini PakSenik tidak lagi tinggal di Kampong Nammi,tetapi telah berpindah ke Kampong Banggol Derdap setelah berkahwin kali kedua dengan Jenab,janda arwuah Lahuma.(sila sambung).
|
|
|
Post by amzar on Jul 20, 2006 10:33:32 GMT 7
Paksenik masih ingat masa mula-mula nak pindah dulu, siang malam dok pikir macam mana nak mula hidup baru di tempat baru, orang kata nami atau nammi tu banyak siam, meremang jugak bulu roma....kawan-kawan yang mudik ke hulu sungai labua ujung sempadan nu pakat dok royat kata siam perut hijoo ni makan orang. Tapi arahan dah suruh pindah, hakik golok sepuluh bilah pong nak leh buat paa, mbhoh tak mboh khena ikut la jugak. itu dulu, la ni paksenik dah lupa dah pasai lubuk kemahang, lupa dah macam mana nak buat rakit buluh, la ni dok di banggol derdap dekat sangat ngan pekan Sik. pekan sik dulu ngan pekan sik la ni bukannya sama...paksenik pun dah ingat-ingat lupa kawan-kawan yang sama2 redah utan terubik ke Nami dulu. Tok Che Besar tu pong dah arwah, anak dia Hamood pun dah arwah, tinggal tak jenuh dah la ni, hak dok di belatik nu ada banyak la lagi tapi ingatan paksenik bukan macam muda-muda dulu. dulu napoh kijang pelandok tu leh makan hari-hari. tahan ciding pagi petang dah khena. tak perlu tunggu 4 orang nak perebah rusa, paksenik sorang pun dah leh sembelih. la ni paksenik mata pun dah napak bayang, telinga pun malas nak mencari irama. (sila sambung) -----------------------------------------Modify---------------------------------- Paksenik masih ingat masa mula-mula nak pindah dulu, siang malam asyik berfikir macam mana nak mulakan hidup baru di tempat baru, orang kata Nami atau Nammi tu banyak Siam, meremang jugak bulu roma....kawan-kawan yang mudik ke hulu sungai labua hujung sempadan pernah bercerita bahawa siam perut hijau ni makan orang. Tapi arahan dah suruh pindah, julang golok sepuluh bilah pun takkan merubah keadaan, arahan dah jelas meminta penduduk Lubuk Kemahang berpindah. Itu dulu, kini Paksenik dah lupa tentang Lubuk Kemahang, Dah lupa bagaimana nak buat rakit buluh, Paksenik kini di banggol derdap, terlalu dekat dengan pekan Sik. Pekan sik dulu dan pekan sik kini bukannya sama...paksenik pun dah ingat-ingat lupa kawan-kawan yang sama-sama redah hutan menuju ke Nami dulu. Tok Che Besar yang hebat pun dah arwah, anaknya Hamood pun dah arwah, yang ada pun dah boleh dikira dengan jarii, Di Belantik mungkin masih ada tetapi sudah bertahun lamanya Paksenik tidak bersua muka, tambahan pula kini ingatan paksenik bukan macam muda-muda dulu. dulu napoh, kijang, pelandok tu orang kampong boleh rasa hari-hari. Pasang ciding pagi, petang pasti kena. Tak perlu tunggu 4 orang untuk melapah rusa, Paksenik seorang pun dah memadai. Kini paksenik mata pun dah nampak berbayang-bayang, telinga pun malas nak mencari irama. (sila sambung)
|
|
|
Post by Dato Wan on Jul 20, 2006 12:01:32 GMT 7
DSaudara AMZAR,sudi ubahkan loghat Sik ke Bahasa Baku,kita berhasrat menghasilkan sebuah nobel rakyat yang dapat memberi gambaran perubahan pembangunan;kita mahu lawan nobel RANJAU SEPANJANG JALAN;ini bererti kerja kita adalah berat dan perlu membuat penyelidikan rapi.Kita berhasrat merekodkan semua faktor sejarah perubashan sosial,politik dan ekonomi kita orang-orang Sik.Terima kasih.
|
|
|
Post by Dato Wan on Jul 20, 2006 13:01:10 GMT 7
Walaupun umur Pak Senik hampir menjangkau satu abad,tenaga yang ada padanya adalah seperti orang muda baru berkahwin.Pak Senik adalah bomoh terkenal bukan sahaja di kampong asalnya Nammi,tetapi juga kerkenal sehingga ke Kampong Naka.Beliau pernah belajar ilmu kuat dari Tok Tan Bau,ketua sami wat Naka.Amalan harian beliau ialah makan ikan becat dan ikan becat dari hujung Becah Badong adalah juga merupakan sumber rezekinya.Semua orang tahu perkara ini,jika mahu kekuatan kelamin,Pak Seniklah tempat mereka minta bantuan.
|
|
|
Post by amzar on Jul 20, 2006 14:12:21 GMT 7
Mungkin kalau kerajaan tidak membina empangan muda/pedu dulu, Paksenik masih di Lubuk Kemahang. Mengimbau kembali kenangan di Lubuk Kemahang memang indah. Paksenik masih ingat, walaupun tampak agak berbalam-balam, air jernih mengalir tenang tanpa gangguan, sesekali berkocak mengusik ketenangan oleh mainan ikan tengas dan sebarau. Paksenik masih ingat tidur malam sering diulit teriakan kijang. Pernah juga mimpi malam diusik oleh ngauman sang belang. Tetapi itu semua tidak menjadi halangan kepada penduduk kampung untuk terus menetap di Lubuk Kemahang. Kehidupan juga amat mudah, anak-anak tidak perlu bertungkus lumus belajar, cukup boleh membaca Al-Quran sudah cukup, apa perlunya sekolah jika kehidupan harian hanya bersumberkan hasil hutan. Setiap musim padi huma cukup menjadi, daging salai tidak habis dimakan anak-beranak, ikan pekasam penuh setempayan, pucuk paku tak pernah henti dari memberi pucuk baru walaupun dipetik setiap hari. Ketika British memerintah, Paksenik masih menikmati ketenangan menetap di kampung tercinta dan hanya selepas Jepun menyerah kalah dan Parti Komunis Malaya cuba mengambil alih teraju pemerintahan negara, kehidupan penduduk kampung mula dibayangi ketakutan. Petang sebelum malam lagi tiada siapa yang berani keluar rumah. apatah lagi kawasan Gubir merupakan antara kawasan utama pergerakan Parti Komunis Malaya. Paksenik juga masih ingat, (sila sambung)
|
|
|
Post by pak itam chawan on Jul 22, 2006 6:28:23 GMT 7
disyorkan pada amzar masukkan unsur nostalgik yang pelbagai dalam minda paksenik,lebih2 lagi dizaman romantis bersama isterinya.....juga huraikan imajan2 zaman sebelum merdeka.
selitkan juga unsur2 lucu dari masyarakat lama supaya pembaca tak kering gusi........seperti makan kecor umpamanya.
doakan anda sukses......hip,hip,hooray
|
|
|
Post by pak itam chawan on Jul 22, 2006 6:36:28 GMT 7
paksenik juga pernah menyertai 'home guard'........bila dah tua teringin pula nak masuk askar wataniah.Banyak unsur lucu sewaktu dalam home guard dan askar wataniah.
insyaallah saya akan terus berikan maklumat.
|
|
|
Post by pak itam chawan on Jul 22, 2006 8:29:01 GMT 7
kaitkan dengan wan ibrahim mekong,yang berhijrah dari pattani.......minta maklumat kat Dato Wan Azmi,kerana dia dari keturunan Wan Ibrahim mekong.
dari semasa ke semasa saya akan berikan isi2 untuk novel DLSL.
|
|
|
Post by pak itam chawan on Jul 22, 2006 10:42:29 GMT 7
paksenik nikah dgn jeha (bekas isteri lahuma),salah seorang anak tirinya berjaya masuk ke sekolah asrama penuh Sekolah Tun Fatimah..........mula timbul berbagai konflik dalam diri anak desa di asrama,dan konflik2 dalam keluarga paksenik dengan masyarakat banggol derdap.Pak senik gi jumpa Tok Wan Dho minta nasihat......Tok Wan Dho bawa paksenik gi jual ubat akar kayu di Alor Setar.......timbulkan konflik pak senik dgn alam,dengan traffic light,lampu neon.........dia juga melihat kejijikan pelacur2 di lorong selak kain di alor setar.
Tok Wan Dho berjaya motivate pak senik......pak senik buat pinjaman bank,dia beli mesin bajak KOBOTA............konflik2 dgn masyarakat bersambong-ekor.
Silakan amzar tulis.
|
|
|
Post by pak itam chawan on Jul 22, 2006 11:14:05 GMT 7
semaun jadi gila bila kekasihnya pergi ngaji di sekolah asrama penuh......paparkan konflik jiwa dalam diri semaun yang dah gila...........masuk pelbagai interior-monolog dalam diri orang yang gila.......citerkan ngalamunan orang yang gila yang bukan2nya.
masukkan watak Che Hat bomoh orang gila. citerkan kelucuan2 di wad gila ,bila semaun di bawa ke Tanjung Rambutan.Kaseng ( asal dari Kg Kemelong) penarik beca di pekan Tanjung Rambutan gi ziarah semaun di wad gila.Timbulkan konflik jiwa dalam diri Kaseng,kerana sedih melihat kawannya dikampung dulu.Huraikan babak2 gembira semasa mereka di kampung dulu.
insyaallah akan saya sambung lagi.
|
|
|
Post by pak itam chawan on Jul 22, 2006 14:24:35 GMT 7
amzar saya sambung lagi............ masuk berbagai mesej dalam novel...........tema yang kita nak tampilkan ialah orang melayu dulu dan orang melayu sekarang....DLSL.....
paksenik bila gi banggol derdap masih seorang duda.Terdapat banyak janda di banggol derdap seprti bedah,semah,munah,besah,jeha dllnya.Tapi pak senik tertarik kat jeha.Selepas dia kawin dgn jeha barulah dia tau keistemewaan sebenar jeha.Jeha pandai jaga diri sebab tu arwah lahuma cukup sayang kat jeha dan mereka dikurnia banyak anak. Jeha suka makan kecor,buah cenere masak dan sokmo makan ulam pucuk samak......ubat awet muda katanya.Lagi satu jeha suka bertungku berlapik daun mengkudu.Dia bagi tau pak senik bahwa bertungku dgn daun mengkudu mengecutkan farajnya. Pasai tu bila bersetubuh dengan jeha paksenik dapat merasai lain dari yang lain.Berbanding dengan arwah isterinya dulu di becah kemahang,Jeha tak dak tandingnya.Tiap malam jeha hiasi dirinya dengan memakai bedak sejuk buatan sendiri. Seminggu sekali jeha membasuh farajnya dengan ayiak rendaman daun sireh.Ini akan membuat farajnya lebih berseri-seri.Jeha akan layan suaminya sebaik mungkin.Suami jeha seperti arwah lahuma dan pak senik sekarang ni mendapat kepuasan optima.Pak senik juga mula menjagai diri supaya tidak akan tewas dalam pertarongan setiap minggu di malam jumaat. Pak senik sering gi jumpa tak bomoh pak wahab di kampung tanjung belit.Disamping mengurut dia juga membeli akar2 kayu supaya pucuknya tak mati.Masa tu Tok Wan Dho tak dak kat namek dia gi meniaga kat alor setar.Kat Tok Wan Dho paksenik sokmo beli ubat tahan lama.Kekadang tok wan dho beri percuma.
saya sambung lagi.....doakan amzar berjaya menulis.
|
|
|
Post by pak itam chawan on Jul 22, 2006 20:00:17 GMT 7
sambung lagi novel DLSL........
hari tu hari jumaat...pagi2 lagi pak senik bangunkan Jeha. waktu subuh belum masuk lagi.Pak senik sedikit keletihan kerana semalam ada satu pertarungan yang cukup sengit,selepas mendapat akar kayu dari pak wahab.....cukup mujarab,pak senik seorang diri memberi pengiktirafan akar kayu pak wahab...pak senik akan jumpa Tok Wan Dho,supaya Tok Wan Dho juga mencubanya. PakSenik cukup berbangga dengan keturunannya dari Wan Ibrahim Mekong.Bukan sebarang keturunan...asal dari Pattani...dikejar oleh kerajaan Siam......semua anak2 Wan ibrahim membawa diri ke kedah.Malam sebelum melarikan diri mereka secara diam2 pergi ke kubur Panglima Wan Ibrahim....mereka sama2 berdoa untuk arwah sepuas2nya.Mereka yakin tak dapat pulang kembali kerana politik masa itu tak menentu. Subuh2 lagi mereka menjelajah melalui hutan belantara,membawa bersama apa yang patut.Malahan lembu,kerbau dan gajah yang mereka punyai turut ikut menyelamatkan diri.Semasa tu pak senik masih lagi kecil,tapi peristiwa itu masih terbayang dalam pikirannya.Dan dari penghijrahan itulah sekarang ini berselerak cucu-cicit Wan Ibrahim di Kedah dan di negeri Perak.
Pagi itu entah bagaimana,tiba2 berasa nak makan kecor.Pak Senik suruh Jeha pegi kutip kecor sebelum matahari tinggi menggalah.Bila matahari dah tinggi kecor akan menghilangkan diri. Pada pagi jumaat lah kecor2 akan keluar beramai2........itulah pesanan dari tok nenek paksenik dan juga Jeha. -pak mu saja lah gi kutip-kata jeha. -mu lah gi kutip,aku rasa sakit pinggang- jawab paksenik. -tu lah pulon sangat,macam tak pernah jumpa- - bukan tak pernah jumpa,tapi sedap Jeha oo- pak senik mencelah.
|
|
|
Post by pak itam chawan on Jul 23, 2006 14:22:05 GMT 7
saya sambungkan.........DLSL
Bukit srengenge di banggol derdap nampak seperti biasa.........tersergam hudoh macam hantu.Srengenge menjadi pusat penduduk banggol derdap mendapat hasil harian mereka : akar,rotan,buah2an,berangan,tampoi,pelanduk,rusa,napoh,daunan2 sayur2an .Didalamnya juga terdapat buah lemba yang dijadikan sumber ubatan .Akar kayu juga banyak terdapat di kawasan srengenge ini.Pak senik sokmo diajak oleh Tok Wan dho masuk srengenge mencabut akar kayu.Akar keras pele tumbuh berselerak,dan dapat dijual cukup laris di alor setar oleh Tok Wan Dho.Akar keras pele cukup keras,tapi mudah di cabut.Untuk mencabutnya ada doa2 yang di baca Tok Wan Dho,kalau tidak ia tak akan mujarab.Kalau tak baca doanya,makan habis seperiok pun dia tak bangkit.Bila doa itu dibaca dengan faseh dan baik,didahului dengan bismillah dan selawat kat Nabi,masa dok rebus akar tu awang kita dah mula bangkit.Selalunya bila Pak Senik dok rebus akar keras pele,Jeha dah mula mempersiapkan gelanggangnya.Membedak seluruh tubuhnya,dan memakan pinang dengan gambirnya,supaya bibirnya nampak merah berseri.Selalunya Pak Senik masuk gelanggang waktu tengah malam,bila anak2 dah tidur semuanya.Sokmonya dia akan suluh kelililng rumahnya dengan torchlight berubat 3 yang dibelinya di alor setar,pertama kali dia ke sana.Dia suluh kerana bimbang kat Sahak Haji deraman,kaki mengendap di Banggol Derdap.Semua di kampong banggol derdap kenal feel sahak.Semua anak dara dan janda di kampung banggol derdap dia boleh citer....apam besar ni,bulu banyak ni dan sebagainya.
|
|
|
Post by pak itam chawan on Jul 23, 2006 22:05:59 GMT 7
Hari ni pak senik cukup berselera makan.Jeha menghidangkan petai jerok,sambal belacan yang diperahkan limau asam kerat lintang.Sambal tu pula ditenyeh dengan ikan keli bakar.Itu saja lauk untuk hari ni.Memang sambal Jeha cukup kamceng dengan petai jerok pemberian Che Penk kelmarin dulu.Pak senik adalah sekeluarga dengan Che Penk,sama2 dari keturunan wan Ibrahim mekong. Selalunya bila Pak senik berdua dengan Che Penk tajuk perbincangan mereka tidak lain,selain citer2 datuk nenek mereka yang berhijrah dari Kampong Kabu di Pattani.Citer2 yang turun temurun itu di ulang2kan mereka dan mereka tak berasa jemu2 mendengarnya.Malah Pak senik dan Che Penk bercita2 nak pergi mencari kubur2 keluarga mereka di sana satu hari nanti.
Selepas makan Pak Senik memakan sireh sepiak-dua.Kemudian bersama jeha mereka terus mengatur langkah ke becah badung. Di belakang Pak senik terhinggut2 serkap yang dibawanya diikat di pinggang,apabila Pak senik terus melangkah.Jeha mengikut di belakangnya yang sama nadanya seperti langkah askar berkawat.sekali-sekala Jeha bertanya Pak senik tentang benda2 yang akan diambilnya di becah badong.Pucuk sudu,buah labu,jalai keladi,pucuk kadok dan buah genuak.Semua itu adalah untuk mereka ,dan selebihnya dibagi2 pada jiran.Pak senik tak menjawab sepatah kata pun.Dia cuma mengaku dengan bunyi hmmm,hmmm saja.Dia tak sempat menjawab kerana dalam kepalanya berlumba2 ikan keli badong ,bersimpang-siur.Dia akan serkap semuanya,dan bawa balik dikurung dalam buyung besar di rumahnya.Mereka boleh makan berminggu2.Dia akan suruh Jeha buat gulai campor dengan biji cempedak.Pak senik sukakannya kerana dia boleh kentut deras2,boleh buang angin dalam badan.Sekor-dua dibakar untuk ikan tawar.Ditenyeh dalam sambal asam kerat lintang,sebagai teman petai jerok yang masih ada sedikit lagi itu.
Sampai saja di becah badong,pak senik terjun kedalam paya dan mula menyerkap.Rezekinya cukup murah hari ni.Dia dapat sekor,lepas sekor sekor.Dia dapat lagi sekor dan lagi,dan lagi. Dia ingat petua orang tua2 dulu.Kalau nak menyerkap keli badong,waktunya tengah hari.Masa tu keli badong suka berkubang,suka main lumpur.Macam orang putih yang suka berjemor di tengah panas.Pak Senik tangkap sekor dan sekor lagi. Jeha pergi kutip ulam2 yang di hajatinya.Lama2 sekali jeha melaung panggil Pak senik,supaya Pak senik tak bimbang padanya.Juga bila dengar suara orang,binatang buas akan melarikan diri.khinzir akan lari,rimau akar akan lari.musang akan lari.
Pak senik cukup gembira kerana dapat keli badong penuh sumpit mengkuangnya.Ikan ni tak akan mati.Balik nanti dia akan masukkan dalam buyung besar yang sudah pun diisi ayiak. -Dapat banyak bang ? - Tanya Jeha. Pak senik tak menjawab.Memang dia dah begitu,tak suka nak jawab soalan.
_ Jong kita kelik - itu saja keluar suaranya. Jeha membisu dan terus mengikut jejak langkah Pak senik.
|
|
|
Post by amzar on Jul 24, 2006 7:35:26 GMT 7
Sahak Haji Deraman bukan orang asing, kaum kerabat jugak dengan PakSenik, tapi Sahak bukan ingat semua tu, Sahak tak pernah lepaskan peluang jika ada anak dara mandi sungai. Bagi Sahak, pengkalan mandi merupakan tempat istirehat yang tiada tolok bandingnya. Bukan sekali dua Sahak ditangkap mengendap anak dara, parut di tengah kepala menjadi bukti betapa nama Sahak menjadi igauan buruk kepada kaum perempuan di Banggol Derdap. Senah menjadi pilihan utama Sahak. Sahak amat seronok menanti Senah turun mandi sebelum ke bendang. Sahak suka melihat Senah terjenguk-jenguk sekeliling sambil jari-jemari sibuk membuka kancing baju. Detik Senah meluruhkan kain batik kebawah dan segera memakai kain basahan boleh memecahkan jantung, meranapkan jiwa apatah lagi Sahak memang sengaja menanti diseberang sungai bertentangan dengan Senah, menanti Senah membongkok mencedok air sungai menggunakan baldi yang dibuat dari upih pinang. Sahak yang tolong buatkan timba upih tersebut, sengaja dibuat lebih kecil agar Senah lebih lambat selesai mandi. Waktu Senah bongkok mencedok air sungai, mata Sahak bagai terkeluar melihat indahnya harta pusaka Jali, arwah laki Senah. Walaupun Senah dah agak berumur tetapi masih munggil dan menarik, masakan tidak, arwah suaminya baru sempat bersama Senah 2 bulan sebelum mati ditanduk kerbau Seman di baruh. Sahak pernah menyuarakan hasrat hatinya kepada Senah tetapi ditolak mentah-mentah kerana perangai buruk Sahak. Kadang-kadang paksenik memang sengaja membiarkan Sahak hanyut sendirian melihat dirinya dan Mak Jeha berdayung meredah lautan. Pernah sekali Paksenik mengajak Sahak naik kerumah minum kopi sebaik sahaja selesai bertarung. Sahak memang muka tak malu kerana menerima pelawaan paksenik malah sempat bermain mata dengan Mak jeha, itu yang merisaukan Paksenik. Sebab itulah setiap pagi mengadap cermin menyikat rambut Paksenik tak pernah lupa membaca jampi pemanis muka. Sahak juga pernah melarikan anak dara Lebai Dolah Hujung Becah, lebih seminggu menghilang baru muncul, itupun setelah kakinya hampir patah diketuk orang kampung. Tijah pula tidak pernah menceritakan apa yang berlaku sampai hari ini walaupun ditendang, disepak, ditampar dan diikat dipokok cenerai yang penuh dengan kerengga, mulutnya tetap terkunci mati sehinggalah Mat Junoh masuk meminang dan berkahwin dua bulan kemudian.
|
|