|
Post by pak itam chawan on Jul 24, 2006 8:56:19 GMT 7
Menarik kupasan anda amzar....sila teruskan,saya rehat sebentar kepenatan.Lelah menyerang lagi,kerana lama tak makan kecor.
|
|
|
Post by Dato WanIchq4cd on Jul 24, 2006 15:41:28 GMT 7
Sahak dan Senik adalah dua sahabat yang rapat,malah sebenarnya mereka berdua adalah sepupu sebelah ibu Pak Senik;iaitu Tok Timah Dike.Mereka berdua pernah berkhidmat dengan pasukan SC semasa zaman darurat dahulu.Atas dorongfan dan galakan Pak Senik yang pernah berkhidmat dalam pasukan Home Guard dahulu.Pak Senik selalu teringat semasa menjadi Home Guard dahulu,pasukan Home Guard Banggol Kiat yang di ketuai oleh Mat Cik Noh pernah dilatih orang seorang askar orang putioh bergelar Seargant Johng yang mengajar mereka menembak dengan senapang patah ,menggunakan peluru jenis kacang-kacang.Mengikut cerita dari Pas Senik sendiri pernah mereka memberi Seargant Johng makan buah lemba dan selepas makan buah lemba itu,mereka memberi air kepada Mat Saleh itu untuk diminumnya.Terperanjat sekali si Mat Saleh tu,kerana air yang diminumnya yang diambil oleh Pak Senik dari kubang kerbau berhampiran rasanya terlalu manis.Maka seargant pin menyuruh mereka mengambil air itu,dimasukkan kedalam flask airnya untuk dihantar kembali ke London,supya dibuat kajian tentang air kubang kerbau di Banggol Kiat yang rasanya begitu manis.
|
|
|
Post by pak itam chawan on Jul 24, 2006 20:56:58 GMT 7
Selepas peristiwa Johng nak menghantar air kubang kerbau banggol kiat untuk disiasat di London menjadi tergempar seketika di rumah Lebai Che ya.Che Ya dipermainkan oleh kawan2.
- Mu akan mapuh Che ya kalau orghang putih tu tau dia di tipu- -Kerbau mu akan di tembak oleh senapangnya- -Mu akan di bubuh dalam lokap- -Lepas tu bini mu akan minta pasah-
Che ya yang kurang semangat ,tak seperti mana orghang2 jantan masa tu,rasa cukup cemas dan takut.Kubang kerbau tu ialah tempat berkubangnya kerbau kesayangannya.Nasib baik Pak senik tiba ketika tu.Pak senik dapat mententeramkan Che Ya. Che Ya berasa lega.Lepas tu mereka ramai2 ketawa terbahak2 ,memperli Che Ya.
Pak senik adalah lambang patriotik orghang Melayu di kawasan Sik.Semua orang kenal tentang semangatnya dan cinta kasihnya pada tanahair........lebih-lebih lagi Pattani yang ditinggal oleh keturunannya.
Ditengah rioh-rendah kawan2 memperli Che Ya,Pak senik mengeluarkan suara garangnya.
-Siapa tipu siapa ?, Kita tipu orang putih ke orang putih tipu kita ?- Tak seorang pun berani menyahut soalan Pak Senik. Sunyi sepi. Pak Senik berpidato panjang pada malam itu.Semua yang ada paham dan akur segala pesanannya tentang perpaduan,kerjasama ,kesungguhan dalam kerja dan semangat juang.Pak senik tak mau lagi diusir oleh sesapa saja dari bumi yang dipijak sekarang ini.Biarlah penghijrahan keluarga Wan Ibrahim Mekong jadi pengajaran untuk keturunan yang ada sekarang hingga ke hari kiamat. Pak senik paham bahawa kerana kurangnya semangat juang lah yang menyebabkan keturunan Wan Ibrahim Mekong melarikan diri ke kedah. Semangatnya cukup membara pada ketika itu,dan dilihat Pak senik bukit enggang yang tinggi tu dapat di lompat hingga kesebelah sana.Dia boleh lompat setinggi awan bila tiba ketikanya.Dia boleh terjun kedasar lahar banggol kiat yang terdapat ribu2 hantu air.Dia akan membelasah sekor demi sekor hantu yang ada. Selepas tu Pak senik akan menebus segala kekalahan datuk neneknya.Dia akan tuntut bela.Bukan nak jadi hero,tapi nak tunjuk bahawa hidup adalah perjuangan.
Malam selepas itu menjadi sepi.Embun jantan dah galak turun dari langit.Masing-masing melangkah balik kerumah sendiri.Sahak tak ada pada malam itu.Entah di mana pula programnya malam tu.Mungkin ke rumah Dollah Eron.Dollah eron ada seorang anak gadis yang akan kawin dengan anak Imam hamad tak lama lagi.Sahak pun ada hati kat anak Dollah Eron,tapi cita2nya tak kesampaian,kerna Mezah anak Imam Hamad dah memetiknya lebih dahulu.Melepas lah Sahak.Lagi pun tak kan Dollah Eron nak menerima Sahak,kerana Sahak dah terkenal dengan perangai buruknya.Sahak kena pergi jauh2 kat Bendang Man mencari isteri.Kat Serendah , kat Sekebun atau kat kampung bunga mungkin Sahak boleh menjumpai jodohnya.Kerana kat Serendah, kat Sekebun dan kat Kg.Bunga orang tak mengenalinya.....Ketua kampung kat situ ialah Zeming. Pak senik patut maklumkan kat Zeming perilaku Sahak ni.Zeming juga adalah berkeluarga dengan Pak Senik.Kalau Zeming tertipu,macamlah Pak Senik juga tertipu.
Esoknya pagi2 lagi Pak Senik menuju ke Bendang Man,Serendah,Sekebun dan kg.Bunga.Jeha menyediakan bekalan nasi berlauk keli badung dan sambal percikan asam kerat lintang.Boleh Pak senik makan bila sampai di Bendang Temingat. Biasanya dari banggol derdap bertolak pagi2,waktu petang baru sampai ke Bendang Man.Malam itu Pak senik akan tidor di rumah Zeming.Rumah Zeming ni lain dari yang lain.Orang biasa buat rumah dengan tiang merbau.Tapi Zeming buat rumah dengan tiang batang kelapa.Katanya batang kelapa lebih kuat dari merbau.Isteri Zeming bernama Piah. Baik orangnya,berbudi bahasa cukup tinggi.Zeming pun tak tau macam mana dia boleh dijodohkan dengan Piah.Walhal Piah bukan dari keturunan Wan Ibrahim Mekong.Bapak Piah berasal dari Aceh.Dia datang ketanah Melayu berdayung sampan bersama dengan Ayah Non.Ayah non yang memperkenalkan Piah kepada ayah Zeming.Itulah jodoh di tangan Allah.Asam di darat,ikan dilaut bertemu di Serendah,bendang Man.
Malam tu Pak senik akan citer semua kat Zeming,lebih2 lagi kalau Sahak melangkah kaki ke Sekebun./color]
|
|
|
Post by Dato Wan on Jul 24, 2006 22:04:58 GMT 7
Pak Senik berjalan kaki pergi ke Bendang Man,tidak tidak mahu naik perahu tunggek Keling Mat Rosang sentiasa berulang alek dari Banggol DERDAP melalui Lubuk Bedil,Namek danKampong Bendang Temingat.Di kampong -kampong ini Pak Senik ada banyak kawan -kawan yang rapat dan setia,seperti Pak Cik Peng,Tok kaseng,Pak lang Husin Keling ,Cik Noh Tok Kapo dan lain-lain mempunyai keistimewaan masing-masing.Pak Lang Husin Keling dari Tanjong Setar adalah individu yang paling menarik,kerana dalan bulan Januari tiap-tiap tahun semua budak-budak yang bertemu dengannya pasti akan lari sehingga keluar air kencing kerana mereka sangka PakLang Husin ialah keling kerat kepala nak jamu jin kepela titi;tamdahan pula ketika itu sebuah jambatan sedang dibina di pekan ini,berdekatan dengan rumah Tok Jakpa Koce.Bulan Januari adalah merupakan bulan yang amat dibenci dan ditakuti oleh semua budak-budak di seluruh kampong.Semua budak-budak tahu cerita fasal Keling Januari'
|
|
|
Post by GB92TIZ on Jul 24, 2006 22:15:26 GMT 7
Pak Senik berjalan kaki pergi ke Bendang Man,tidak tidak mahu naik perahu tunggek Keling Cik Rosdari Banggol DERDAP melalui Lubuk Bedil,Namek danKampong Bendang Temingat.Di kampong -kampong ini Pak Senik ada banyak kawan -kawan yang rapat dan setia,seperti Pak Cik Peng,Tok kaseng,Pak lang Husin Keling ,Cik Noh Tok Kapo dan lain-lain mempunyai keistimewaan masing-masing.Pak Lang Husin Keling dari Tanjong Setar adalah individu yang paling menarik,kerana dalan bulan Januari tiap-tiap tahun semua budak-budak yang bertemu dengannya pasti akan lari sehingga keluar air kencing kerana mereka sangka PakLang Husin ialah keling kerat kepala nak jamu jin kepela titi;tamdahan pula ketika itu sebuah jambatan sedang dibina di pekan ini,berdekatan dengan rumah Tok Jakpa Koce.Bulan Januari adalah merupakan bulan yang amat dibenci dan ditakuti oleh semua budak-budak di seluruh kampong.Semua budak-budak tahu cerita fasal Keling Januari'
|
|
|
Post by pak itam chawan on Jul 24, 2006 23:39:06 GMT 7
Dua bulan lagi Imam Hamad akan buat kenduri kawin anaknya Mezah.Mezah ni anak teruna tua.Dulu dia tak mahu kawin bila dijodohkan dengan anak Jakfa Koce.Dia lari masuk hutan selama 2 hari.Rioh-rendah penduduk kampong.Pergi cari di rumah pak cik peng di kampung sadu, kot kot dia lari kesitu,kerana pak cik peng baik dengan Mezah.Dulu masa Mezah masuk jawi pak cik peng yang gendong dia.Tak jumpa di situ.Lepas tu pergi cari di rumah pak cu Isa,tak dak juga.Puas Tok che Long dok jampi,kot,kot di sorok hantu.tak jumpa juga.Akhirnya Mezah balik sendiri.Dia jumpa rimau bawa anak kecik.Dia takut dan terpaksa balik ke rumah.Mak dia dua hari tu dok teriak kerana sayang kat Mezah.Selepas tu Imam hamad tak cari bini kat Mezah lagi.Hingga akhirnya dia sendiri rhoyat kat mak dia nak berbini dan dia sendiri pilih anak Dollah Eron.Bila kawan2 tanya pasal apa Mezah ubah perangai.Mezah jawab dia dah tak tahan lagi. Tiap pagi budak kecik tu dok junjung kain.
|
|
|
Post by pak itam chawan on Jul 25, 2006 10:16:03 GMT 7
Gamat rioh-rendah di rumah Imam Hamad.Dua bulan lagi nak kenduri bukannya lama.Banyak nak kena sedia supaya kenduri berjalan licin.Padi nak kena di hirik,di tapi,di jemur dan di tumbuk .Semua ni kerja orang pompuan.Kayu api juga nak kena di himpun banyak2,dan kayu pilihan saja yang hendak di cari,seperti kayu halban,taklamu di bukit,dan kayu kayu yang boleh mempertahan baranya.Kayu2 tu semua membuatkan nasi cukup sedap,gulainya menjadi berselera.Atap rumah juga kena ditukar yang baru.Jadi daun2 rembia dihangkut oleh kerbau dan di semat dengan menggunakan rotan buku emas.Buluh2 diraut oleh pakar2 bahagiannya,untuk dijadikan tulang atap.Daun yang baru dibuat atap boleh memberi rasa sejuk di dalam rumah.Mereka menjahit beramai2.Dan di masa mennyemat atap rembia tu bermacam2lah cerita dapat di dengar .Masing mengeluarkan cerita2 kemegahan sendiri.Masing2 juga ada kepakaran bahagian itu.Disamping itu pompuan2 yang sedang menghirik padi masa itu di jadikan tempat mereka melepaskan kegatalan mereka.Yang janda2 diuji dengan kata2 yang memberahikan.Diusek dengan pelbagai kerenah yang boleh melonjakan keinginan seks.Janda2 pula tersenyum simpul dan gelak2 kecil menunjukkan respon mereka. Mereka tidak merasa keletihan dalam keadaan begini. Di tempat menumbuk padi juga begitu,rioh-rendah dengan hilai ketawa.Ada yang menegur tentang batang lesong tu terlalu besar.dan suruh tukar halu yang kecil sedikit supaya beras tak hancur.Kerja anak2 gadis ialah menganyam tikar.Dan diantara mereka juga ada cerita masing2.Pegu dengan si dia dan sidia.Tersenyum simpul pada yang ada malu2 sikit.Anak2 muda yang lelaki juga ada2 saja nak cari dekat tempat menganyam tikar,untuk mengintai anak2 dara untuk di jadikan pilihan mereka. Masing2 menunjukkan lagak tersendiri untuk menarik perhatian. Hanya musim nak kenduri-kendara inilah saya kesempatan mereka bergaul dengan sedikit kebebasan.
Kayu untuk tongkat rumah juga perlu dicari di hutan.Itu semua kerja anak2 muda yang jeredong2.Setiap rasok rumah perlu di tungkat,supaya pada hari kenduri nanti ,rasuk tak patah.Jadilah rumah kenduri itu tiang seribu.Jemboran juga perlu dibaiki dengan lebih kemas.Lantai jemoran di buat dengan buluh duri,kerana buluh duri tebal dan kuat.Ataupun kekadang dibuat saja dengan batang pinang.Batang pinang tu di belah dua,supaya ia tak bergolek bila di susunkan nya.Di malam bulan purnama inilah tempat sanak-saudara berhimpun untuk makan ubi keling rebus,ataupun makan buah berangan kalau itu musim buah berangan.Di masa inilah kalau ada Saad Cik wan suasana menjadi lebih gembira dan ceria.Saad cik wan pandai berbahari. Macam2 cerita lucu dan lucah ada padanya.Dan para pendengar tak jemu2 mendengar ceritanya,walaupun diulang berkali-kali. Saad Cik wan ada sifat2 kelucuan pada dirinya.Dan bila dia bercerita seolah2 mereka sedang menonton menora siam.Saad menggunakan segala gerak-gerinya untuk memantapkan lagi citernya.Kekadang ketawa rioh-rendah bukan kerana ceritanya semasa dia melompat2 bercerita , penonton dapat melihat kemaluannya bila kain dipakainya itu tertiup angin malam.
Satu lagi kerja ialah mengutip gelok2 untuk digunakan sebagai bekas minum.Gelok2 dibuat dari buah nyior ,iaitu tempurongnya. Di pangkas bahagian kepalanya.Setiap rumahada gelok. dan gelok2 ni dikutip dibasuh dan dijemur sebelum hari kenduri.Semua gelok perlu dibasuh kerana ia ada lekat warna hitam kerana lama disalai diatas para dapor rumah. Itu semua kerja paklang bakar.Sesuai dengan nama nya.dan sesuai dengan warna tubuhnya.Pak lang bakar dan huseng hitam tanjung setar satu kapal.Sama2 cendawan malam.Bila pak lang bakar ada,huseng tak dak.Bila huseng ada,paklang bakar tak dak.Masing2 cuba tak mau bersemuka.Kalau mereka berduaada di datu majlis,rioh-rendah lah juga meliputi suasana.Kalau hari itu ada hujan lebat kedua mereka akan basah kuyup dikerjakan oleh kawan2.Huseng dan bakar tak pernah memarahi kawan2nya. Jadi dua bulanlah mereka akan berpesta sebelum tibanya hari kenduri.Mereka tak heran kalau satu jelapang padi habis,kerana meraka ada banyak padi.Ada padi bendang dan ada padi huma. Kekadang padi2 mereka menjadi usang begitu saja,kerana memang padi mereka jenoh.Mereka kaya dengan harta-benda,tapi miskin dengan duit.Duit pada mereka tiada harganya.Cuma di perlukan untuk membeli pakaian saja.Gula mereka boleh dapati dari tebu mereka,kerana mereka mempunyai ladang tebu masing2.Garam boleh didapati dari garam bukit,jauh lebih berkhasiat dari garam laut. Bedak mereka perbuatkan dari beras2 usang.Lebih bermutu dari jenama2 lainnya.color]
|
|
|
Post by amzar on Jul 25, 2006 16:14:09 GMT 7
Sudah agak lama Paksenik tidak merasa meriahnya kenduri kawin. Mungkin takkan ada lagi kenduri yang segalanya dibuat secara gotong royong. Imbauan kenangan kepada kenduri rumah iman Hamad tu membawa kepada kenangan yang lainnya. Paksenik teringatkan arwah paksu Besar atau Awang Besar, Ketika Paksenik membuat keputusan berpindah ke Banggol Derdap, Paksu Besar seolah-olah tak ambil peduli. Bagi Paksu Besar, cukuplah sekali merasa peritnya berkayuh rakit membawa anak bini, ayam itik meredah sungai sebelum selesa berumah di Nami. Bukan Paksu Besar tak ingin berpindah ke Banggol Derdap seperti yang dicadang oleh Paksenik, ramai kaum keluarganya juga turut berpindah ke Kampung Sadu, tapi Paksu Besar sudah mula sayangkan Nami. Jeram sungai Sok sudah mula mengikat dirinya. Pertemuan hulu sungai muda dan sungai sok sudah memeluk erat hati Paksu Besar. Biarlah orang lain berpindah, biarlah orang lain mencari tempat baru, aku tetap akan disini hingga aku mati, hingga ada perintah baru dari kerajaan, tetapi sebelum menurut sahaja perintah kerajaan, aku akan Tanya kepada jugak kepada tuan DO, sebab apa dulu suruh pindah ke Nami, tidak sahaja terus dibawa kami dengan trak askar ke Kampung Sadu, Kampung Namek, Kampung bangol Derdap. Atau biarkan sahaja kami di Belantik. Betapa siksanya untuk menghilir dari Lubuk Kemahang ke Nami, detik hati Paksu Besar. dua hari Paksu Besar menyiapkan rakit. Dipilihnya buluh yang benar-benar matang, buluh muda takkan tahan dengan batu yang banyak di sepanjang sungai. Buluh muda senang patah. Paksu Besar tidak tebang buluh yang terlalu tua, buluh yang terlalu tua dah liat, boleh sumbing mata parang yang di beli di ketika keluar ke Sik tujuh tahun dulu. Buluh tua berat dan susah nak terapung. Pagi-pagi lagi Paksu Besar dah keluar untuk membuat rakit. Sarapan pagi air kopi tumbuk di alas dengan ubi gadung yang digaul dengan kelapa memang enak dan menambat selera, boleh tahan sampai petang. Ditengah jalan sebelum sampai ke sungai Paksu Besar memotong akar yang berjuntai untuk dibuat tali. Akar yang sesuai juga penting, kalau silap pilih akar, rakit boleh pecah. Paksu Besar takkan biakan rakitnya pecah. Hamood anaknya masih kecil. Baru belajar berenang, tapi takkan anaknya mampu berenang bila sampai di lubuk cenerai nanti. Paksu Besar juga mencari anak kayu yang lurus. Kayu yang lurus juga penting, untuk ikat buluh-buluh. Kayu apa pun boleh yang penting tahan. Kayu bongor pun boleh tetapi susah nak cari kayu bongor yang lurus. Paksu Besar ambil lapan potong kayu dan setiap satunya lebih kurang sedepa. Kayu dan akar tadi diletak di tepi sungai tempat yang sudah dicadang awal-awal lagi untuk buat rakit disitu. Matahari hampir tinggi segalah paksu Besar sudah menebang 35 batang buluh yang setiap satunya lebih kurang 30 kaki. itulah jumlah yang diperlukan untuk membina sebuah rakit yang tahan. Paksu Besar akan buat rakit ranting, lebih selesa untuk anak bininya duduk. Paksu Besar juga akan bina pelantar di atas rakit tersebut. 15 batang buluh dilapis bawah, dan 15 di bahagian atas, rakitnya pasti kuat. Cukup kuat untuk menghilir sampai ke Nami, cukup kuat untuk merempuh jeram piring, jeram gajah, dan banyak lagi lubuk dan reba yang akan ditempuh. Sebab itulah Paksu Besar perlu buat rakit yang cukup kuat. Sebab itulah Paksu Besar buat dua lapis, 15 dibawah 15 di atas
|
|
|
Post by Dato WAN on Jul 25, 2006 16:27:05 GMT 7
Saad Cik Wan bukan sahaja pandai bercerita dan berceloteh,tetapi beliau juga pandai bernyayi.Pada zaman itu lagu yang paling digemari oleh anak-anak muda di daearah ini alah lagu Nona Singapura,nyayian R.AZMI.Saad Cik Wan selalu menyanyi lagu ini apabila ada majlis kenduri kahwin,terutama disebelah malam buat kerja persiapan kenduri kahwin.Dia pandai sungguh pinda sedikit lagu itu,dari Nona Singapura menjadi Nona Tiruan.Lirik lagu Nona Tiruan adalah seperti berikut; "Macam itik pulang petang Ia jalan melenggang pipinya merah Bak Delima merekah
Kain tinggi sebelah Betisnya membayang Itu dia Nona tiruan Itu dia Nona tiruan
Tudung Pelangit dia tak pakailagi Nak-nak moden waktu tengahari Kasut Tumit rendah, dia lemparlah ketepi Dia ganti tumit tumit tinggi
Baju-bajunya macam gila khinzir Itudia nona tiruan
Apabila Saad Cik membawa lagu ini semua orang berhenti buat kerja,anak-anak dara mengintai di celah-celah lubang dinding buluh.Selepas sahaja lagu ini dinyanyikan,kadang-kadang sampai tiga empat kali disuruh ulangi oleh para pendengar,Saad Cik Wan akan dihadiah cerut cap teko oleh Tok Jakpa Koce.Hampir semua penduduk kampong boleh menghafal lagu Nona Singapura,yang mereka dapat dengar dari pembesar suara radio DO Pak Mat Deli yang diikat di atas pokok cempedak di hadapan rumahnya.Pandai sungguh Saad Cik Wan menyusun semula lagi Nona Singapura.
|
|
|
Post by pak itam chawan on Jul 26, 2006 10:36:42 GMT 7
;D ;D ;D ;D ;D ;D ;D ;D ;D ;D ;D
Sudah 3 minggu berlalu.Ada lagi sebulan lebih.Ada lagi banyak kerja yang belum siap.Salin atap belum lagi,cuma baru dok menyemat daun2 rembia supaya cukup kawannya.Memerlukan lagi 143 kawan atap.Jemboran buloh dah siap petang kemarin.Anak2 gadis masih bertungkus-lumus menganyam tikar.Tikar kelarai diperlukan sebanyak 10 bidang.Untuk digunakan di serambi,bila kedua pengantin akan disandingkan . Teras dari dahan2 merbau dah banyak terkumpul di halaman rumah Pak Imam.Tunggu masa saja untuk menungkat setiap ruang rasok rumah. Sekarang masanya belum sesuai,kerana anak2 gadis dok menganyam tikar.Yang nak memacak dan menungkat ni kerja anak2 muda ceredong.Pak Senik yang mengatur kerja2 ini.Pak Senik tau bahayanya bila anak2 gadis ni bertembong dengan kumpulan teruna ceredong ini.Jadi dia tangguhkan kerja menungkat buat sementara. Padi semua dah selesai di hirik di tampi dan dijemor.Dan sekarang sedang rancak menumbok.Kerja2 dibahagikan ikut kumpulan oleh mak Jeha.Semua lesong di kampong digunakan. Kedengaran dentuman lesong2 di sekitar kampung bagaikan satu temasya besar2an.Dum sana,dum sini......dan bila dicantumkan bunyi dentuman itu,mengeluarkan satu irama yang cukup harmonis.Kekadang sesekali-sekala dengar bunyi sioh sana,sioh sana,menandakan ayam datang mematuk biji2 padi yang terpelanting keluar dari lubang lesong.Ayam lari sekejap kemudian datang lagi untuk mendapatkan rezekinya,dan sioh,sioh lagi bunyi suara datang menghalau ayam.Begitu lah berterusan sehingga habis padi di ceroh.
Hari ini giliran Che Long dan Mad Mekong memasak nasi untuk yang bekerja.Che Long masak lauk anak haruan asam pedas di campor dengan buah setol dan setial.Ulamnya pelbagai, kerana dunia masyarakatnya cukup kaya dengan makanan sebegini.Petai jerok sokmo ada dalam guri.Pucuk salam,pucuk bayam,daun tepus kesing,bunga kunyit,pucuk sudu,keladi agas, pegaga,isi temung,geduak cambah,jering cambah,buah beka,jambak,pucuk selon,pucuk paku dan serba mak-nenek lagi. Mereka tak pernah bersungut dengan memakan benda2 yang hampir sama setiap hari.Mereka cukup bersyukur pada Allah diatas pemberianNya.Lebai Che Nik sokmo memesan mereka supaya selalu bersyukur pada Allah yang memberi rezeki.Lebai Che Nik ialah seorang orang alim di kampong.Dia berjiran dengan Imam Hamad ( yang kekadangnya di panggil tok Mekong).Tapi apabila dia diangkat jadi imam,gelaran mekong tu jarang digunakan.
Minggu depan Huseng kapak api akan memulakan kerjanya mengorek telaga.Huseng tak perlu banyak pembantu.Cuma 2 orang saja.Seorang untuk menarik naik tanah yang digali dan seorang membuang tanah tersebut jauh dari telaga yang digali. Ini untuk mengelakkan supaya air tidak keroh apabila hujan turun.Takut airnya mercik masuk dalam telaga.Selepas itu Huseng akan membina satu menara,tempat tuang air masuk dalam buloh yang disambung hingga sampai kerumah imam hamad.Jadi air tak perlu diangkut.Seorang petugas saja yang mencedok air dengan timba upeh,dan tuangkan dalam saluran buluh.Air akan berlari-lari menuju ke tempat takongannya.Selalunya bila habis kenduri kanak2 datang mandi beramai2 di paip air buluh tersebut.Mereka akan bergilir2 mencebok air dan tuangkanya dalam saluran buluh.Masa ini lah kanak2 kampong berpesta mandi-manda.Rioh-rendah lah jadinya.Gamat seharian.Berbogel seorang,lepas seorang apabila sampai giliran.Kekadang Pak Senik , seorang yang cukup mesra dengan kanak2 kampong,datang juga mandi di situ.Kanak2 dengan gembiranya menerima Pak senik,dan masing2 bergilir2 menggosok belakang Pak Senik.Selalunya Pak Senik membawa akar sintok yang dah di hancurkan untuk menggosok badannya. Sesiapa yang dapat menggosok Pak Senik menjadi begitu bangga sekali.Tetapi Pak Senik yang tinggi ilmu saikologi memberi peluang pada semua kanak2 menggosok belakangnya. Lepas gosok pergi pula cedok air di telaga.Gamat seluruh kampong.Dengan senyuman terkerenyih Lebai Che Nik melihat dari jauh telatah Pak Senik.
-Macam budak-budak- Jeha menegor Pak Senik sambil memuncongkan mulutnya. Pak Senik tak pernah marah pada Jeha.Dia cuma senyum2 saja bila Jeha perlinya.
|
|
|
Post by MDli on Jul 26, 2006 13:45:04 GMT 7
Hamid Semang menuggu dengan penuh sabar,menanti siapnya telaga yang dikorek oleh Huseng Kapak Api,Dalam kampong ini hanya Hamid Semang sahajalah yang sanggup buat kerja kandar air rumah kenduri.Dia tidak mengambil sebarang upah mengandar air,tugas ini dilakukannay dengan penuh minat,kerana cara ini sahaja dia boleh berjumpa dan bercakap dengan Jeha di rempat membasuh pinggan mangkok.Dia juga menaruh harapan terhadap Jeha,tetapi Pak Senik yang berjaya mengikat hati Jeha.Hamid Semang tidaklah segagah Pak Senik;sudah banyak kali dia minta minta bantuan dari Tok Wan Dohl,berikannya akar pecah kelambu dan akar mertua derhaka,tapi pucuknya masin juga layu.Walaupun begitu dia mempunyai gaya jantannya sendiri,dengan penuh gaya paip pinang kote dengan tembakau darat sentiasa berada di mulutnya dan cuba bergaya macam Sarjan Jonhg,jurulatih memenbak Home Guard yang gonggong paip dari England dengan tembakau cut-cut.
|
|
Orang Hujung Bandar
Guest
|
Post by Orang Hujung Bandar on Jul 26, 2006 20:58:58 GMT 7
Zaman perang Jepun dulu,cara mengambil air untuk kenduri kahwin adalah berbeza ;iaitu rang dibina di atas pokok yang tumbuh di atas tebing sungai.Di atas rang Hamid Semang akan berdiri sambik menceduk air dengan bekas upeh yang diikat tangkainya dengan tali yang dipintal dari akar perut ayam atau akar minyak.Air yang diceduk dengan bakul upeh itu dituang kedalam buluh beting sebesar betis ,bersambong-sambong sehiggalah sampai kerumah kenduri.Apa bila ada kenduri di kampong ini cara inilah dilakukan.Sekarang ini cara itu tidak dilakukan lagi apabila tukang dan pakar membuatnya Tok Sakri Jerai telah meninggal dunia apabila terjatuh pokok jerai di lubuk Tok Jakpa Koce semasa membuat persiapan kenduri kahwin Lahuma dengan Jeha dulu.Selepas itu tiada siapa yang berani b uat rang di pokok jerai itu kerana mereka sangat takut kepada hantu Tok Sakri Jerai.Dengan demikian Hamid Semang terpaksalah mengandar air sungai.Sebelumadanya tin minyak tanahyang dibawa balik oleh bapanya dari Pekan Kuala Ketil.cara membawa air ialah dengan menggun bulu betong yang besarnya hampir besar paha,buku-buku dubuang kucuali yang terakhir.Air dimasuk kedalam buluh betong itu dan dipikul diatas bahu kiri dan bahu kanan.Dua batang buluh betong yang hampir penuh boleh mengisi satu tempayan besar.Kini cara itu juga sudah tidakdilakukan lagi kerana pada suatu hari Hamid Semang terjatuh dengan kedua-dua batang buluh betong yang berisi dengan air.Semua orang suruh dia kandar sahaja air.;itupun tidak diisi penuh timba.Dia sudah kehabisan kuderat mudanya.Apabila Husing Kapak Api setuju nak korek telaga tepi becah dekat dengan rumah Tok Hamad Mekong,Hamid Semanglah yang paling gembira sekali.
|
|
|
Post by pak itam chawan on Jul 26, 2006 22:19:32 GMT 7
Tiba2 saja hari esoknya hujan turun tak renti2,dan besoknya juga terus mengganas.Sehingga semua lopak dah kubang dipenuhi air. Gotong-royong terpaksa ditanggohkan,atap yang telah disemat terpaksa menanti hujan berenti.Kerja mereka menjadi susah kalau hujan tak mau berhenti lusa atau tulatnya.Padi disawah yang baru nak menguning mungkin akan rebah,dan kalau terendam air lebih dari 2 hari ,sudah tentu biji-bijinya akan rosak.Kalau berlaku banjir pula,mungkin ada kerbau2 dan lembu2 akan dibawa arus. Dua malam berturut2 Lebai Che Nik membaca Yassin,sembahyang hajat dan berdoa kepada Allah supaya mereka dijauhi sebarang bencana.Lebai Che Nik berdoa tak putus2 pada malam keduanya.
Besoknya bila selesai Lebai Che Nik sembahyang subuh, hujan mulai reda,dan bila sang suria mula menampakkan diri hujan dah tidak turun lagi.Suasana menjadi cerah terang benderang.Kicauan beburung memenuhi setiap pelusok kampong. Sesekali terdengar deruan air hujan jatuh ke tanah pabila angin meniup pokok2 yang berdaun rimbun.Menimbulkan satu melodi yang menyambut kedatangan rahmat dari Allah yang Maha Esa. Selepas berserok apa yang ada di rumah masing2,mereka mula keluar ke padang untuk melihat pokok2 padi mereka.Alhamdulillah semuanya selamat.Tidak ada pokok padi yang rebah.Air hujan tak memusnahkan padi mereka.Mereka cukup sebati dengan hujan.Mereka tak pernah memaki-hamun hujan.Hujan adalah rezeki dari langit.Tiada hujan ,tiada rezeki. Allah menurunkan rezeki melalui asbab hujan. Di padang semua turun melihat apa yang mereka hajati nak lihat. Ada yang masih berselimut telanjang kerana suasana sejuk masih menyelubungi suasana. Pak Senik mengambil kesempatan di pagi itu untuk memaklumkan bahawa mereka akan menyambung kerja gotong-royong mereka seperti biasa.Hari itu mereka bebas dengan kerja masing2.
Lahman ,Junus,Meli, terus membawa pelompat2 untuk menangkap ikan2 haruan yang galak merempoh air hujan yang deras itu.Ikan2 yang mereka dapat boleh di buat lauk pada besok harinya dan hari2 seterusnya kalau banyak haruan yang mereka dapat.Ikan haruan sedap dibuat ikan tawar.Sudah tentunya di gauli dengan sambal dengan percikan air limau kerat-lintang.Cukup sedap dicecah dengan ulam buah genuak ataupun petai jerok. Pak senik pula cukup suka ikan haruan itu dibaluti tanah liat dan dibakar dalam api yang ganas.Ia tidak akan hangit,kerana yang hangit tu ialah tanah liat.Bila dah masak,tanah liat yang keras terbakar itu di ketok.Ikan haruan yang masak diambil dibuat kawan sambal percikan limau kerat-lintang.Di hari yang sejuk,dengan nasi yang panas dan ulam pucuk heng Pak Senik boleh menghabiskan sebelah periok yang boleh memuatkan 10 kepol beras.Maknanya nasi lima kepol beras boleh dikebas oleh Pak Senik.
|
|
|
Post by pak itam chawan on Jul 27, 2006 9:54:38 GMT 7
Hari berlalu tanpa hentinya . Keesokan mereka semua dah tiba di perkarangan rumah Tok Imam. Macam2 cerita di bawa mereka.Masing2 bercerita silih-berganti.Lepas sorang,sorang.Sebelumnya datang Pa Senik mereka bertenggek di dahan2 merbau yang mereka pungut dari hutan tempoh hari.Masing2 memuncong mulut menyedut asap rokok daun.Menghembus dan menghisap.Suasana penuh dengan asap.Nyamuk2 terbang lari berkeliaran melindongkan diri di celah2 daun kopi.Seekor dua lalat hijau juga tidak berani menghampirkan diri.Pokka2 diranting pokok2 rambutan terhanggok2 melihat telatah anak-buah Pak Senik.Tupai mula melompat dari satu ranting ke ranting yang lain.Titik2 air embun gugur ke bumi setiap kali tupai membuat lompatan.Ayam jantan membawa tiga ,empat ekor ayam betina.Di kaisnya kesana dan ke sini melayan ibu2 ayam. Entah ibu ayam yang mana satu akan menjadi korbannya.Kekadang ayam jantan akan memperkosakan ibunya sendiri.Dia tak pantang dalam hidupnya.Sesiapa saja boleh diperkosakan.
Sinar cahaya sang suria mula melemparkan jala sinarannya di permukaan bumi.Pagi yang sejuk mula menerima bahang kepanasan.Dedaunan mula tersenyum lebar kerana dah dua hari mereka ditimpa hujan.Titik-titik hujan yang menimpa mereka kekadang menyakitkan juga.Sekali ditimpa titik yang besar boleh mencederakan mereka.Dua tahun yang berlalu hujan batu memusnahkan keseluruhan fizikal mereka.Sehingga hancor lebur jadinya.Kesakitan yang mereka rasai tak terbayang pahitnya.Nasib baik juga kesejukan yang keluar dari air batu itu menangkis keperitan luka2 dan calar2 dari terlalu sakit yang amat sangat.
Bila Pak Senik tiba semua bangun berdiri memberi hormat.Bersalam-salaman seorang lepas seorang.Mak Jeha datang bersama sambil menjunjung sebiji bakul berisi ulam-ulaman . Semua tersenyum sinis melihat Mak Jeha berambut basah . Sudah tentu ada pertempuran semalam. Tiada sapa berani menegor.Pak cik Peng dengan isterinya Tanjung tiba kemudiannya. Pak Cik peng membawa lebih-kurang 50 keping petai . Mak Tanjung juga didapati membasah rambutnya. Memang semalam malam istemewa kerana kesejukan yang dibawa hujan lebat selama 2 hari 2 malam itu membawa semangat dan memulihkan kehendakkan peribadi masing2.
Sebelum mula berkerja mereka semua dijamu pulut kukus ubi gadong . Sepinggan setiap orang . Di tabur dengan isi nyior yang di kukur oleh anak2 gadis yang ada di dapur. Mereka mengendap dari celah-celah dinding buluh,melihat orang2 jantan membaham dengan penuh lahap. Mereka berasa puas kerana masakan mereka di nikmati dengan penuh minat. Mereka juga ingin tubuh2 mereka disantap begitu bila berkahwin nanti. Masing2 ketawa kecil sambil menutup mulut supaya tak termaklum kegatalan juga ada dalam diri mereka.
Dalam rioh rendah mereka mejamu selera,Lebai Che Nik datang membimbit sebuah baldi . Seolah2 yang dibawanya itu benda cecair. Dari lenggok badannya mereka tau benda yang dibawanya ialah jenis cecair. Mereka cukup alim . Kerana alam ni telah memasuki dalam benak mereka. Segala gerak-geri dan lenggang-lenggok boleh di tafsirkan dengan tepat dalam benak mereka.Itu semua adalah kerana dapat bermesra semesra2nya dengan alam dan tingkah-lakunya.
- Ini susu kerbau aku perah pagi ni - ujar Lebai Che Nik. -Di hari hujan mula turun,kerbau aku telah beranak betina - jelasnya tanpa ditanya.
Baldi itu disambut dengan penuh sopan oleh Pak Imam.Lebai Che Nik dijemput naik ke serambi . Dia makan bersama Pak Imam. Pak senik duduk disisi Lebai Che Nik.Selepas itu susu kerbau dihulur keluar untuk yang hadir. Ada yang dicampor dengan air kopi. Ada yang minum susu semata2.Tapi Pak Cik peng lebih bijak memakannya.Dia tuangkan susu dalam pulut dan digaul-gaulnya merata dalam pinggan sebelum di suap semulut-semulut. Pak Senik asyik melihat Pak Cik Peng dengan adunannya.Terasa sedap,Pak senik juga mengikut jejak Pak Cik Peng.Dituangnya susu dalam pulut.Digaul-gaulnya seperti yang dilakukan Pak cik Peng. Bila susu bersalut merata dengan biji2 pulut pak senik membahamnya dengan penuh lahap . Sedapnya tidak terkira. Bintik2 putih air susu mencecah setiap urat misai Pak senik.Dia mengambil kain lilit-kepalanya menyapu kekanan-kiri bibir mulutnya. Lepas itu seorang lepas seorang belahak menandakan mereka puas dengan makanan yang dihidangkan pagi itu.
Selepas makan mereka bersedia memulakan kerja hari itu.Mereka akan menukar atap rumah . Kerja ini mesti siap dalam satu hari.Mereka mesti kerja tanpa henti hingga kepetang.Hanya berenti sekejap untuk makan dan sembahyang.Orang2 muda diarah naik atas rumah mencantas tali2 ikatan dan menggugurkan atap2 lama sepenapang-sepenapang. Proses penukaran ini mesti dibuat dengan hati2 dan penuh bijaksana.Kalau tidak bahaya menanti.Kerana mereka tidak tau yang mana satu kayu2 perabong yang dah reput ditelan zaman. Buat kerja tak perlu bergopoh-gapah . Otak kena berjalan semasa membuat kerja. Itulah nasihat2 yang selalu di beri oleh orang2 tua di kampong.Pak Senik dan Pak Cik Peng arah anak2 buah membuat kerja. Rioh juga jadinya,kerana masing2 dengan adegan tersendiri2. Ada yang meminta tali rotan benang emas untuk diikat kawan2 atap. Ada yang suruh suakan atap2 kesana dan kesini.Ada yang sudah dahaga,meminta disuakan air.Ada yang dah penat,minta nak turun digantikan orang lain.Ada yang meminta disuakan tangga kerana nak turun buang air besar dan sebagainya.
|
|
|
Post by pak itam chawan on Jul 27, 2006 12:28:59 GMT 7
Hari telah tinggi berdiri,panas terik tidak tercerita.Badan habis basah dimandikan peloh.Bau hangit ketiak tak terperi.Bila masuk zohor kerja mesti berhenti,berehat sebentar pergi mandi sembahyang berjamaah dan makan nasi.Lepas tu akan sambong kerja semula.Dolah mak yong yang bertugas dibumbong dapor dah tak boleh dikenali.Habis hitam legam seluruh tubuh.Yang nampak putih cuma biji mata dan bibirnya saja.Habis berlumuran dengan jelaga hitam kesan dari api masakan di dapor.Dia nampak terhinggut2 macam lutong di bukit srengenge.Mereka akan pergi mandi di sungai chepir,kat pengkalan mandi Tok Keghesom.Di pengkalan Tok Keghesom ada satu banir merbau melintang arus.Mereka boleh bertenggek di situ menggosokkan badan . Mereka akan menyelam,dan menyelam.Mereka akan menggosok dan menggosak sehingga ke buah pele masing2. Air sungai berdanor hitam kesan dari kekotoran hitam dari badan mereka.Air kotoran dibawa arus berlari hingga ke batu lapan,titi semang,carok sejuk,carok pelandok dan berlari lagi dan lagi kehingga ke sungai pau.Mulai dari situ air dah hilangkan identitinya sebagai kekotoran,kesan dari badan2 penduduk banggol derdap dan sanak saudara dari lubok bedil,kampong sadu dan namek. Sudah pasti kanak2 ikut bersama mandi di sungai.Berenang ke sana sini.Yang besar2 tu panjat tebing terjun dalam lubok.Yang kecil2 mandi berdekatan pantai ditempat yang tahor2.sambil menyelam sambil meragau kote kawan2 mereka.Masing2 meragau kote kekawan yang ada bersama.Dah menjadi hiboran pada mereka.Yang belom bersunat tu mengambil kesempatan meloceh awang masing supaya terbuang tahi kalat yang terlekat ditepi takok.Bila mudah loceh bersunat menjadi lebih mudah.Pak senik terdampar dekat pantai di kelilingi anak2 kecil . Menggosok belakangnya dengan sabut yang mereka dapat hanyut dalam sungai.Selepas bersih selerah tubuh badan,Pak senik ajar anak2 semua mengambil air semhayang,dengan segala sunnat2nya.Bermula dari berkumur dan menggosok gigi dengan menggunakan pasir lait ( pasir halus) yang terkumpul dekat tebing sungai hinggalah membasuh kaki. Selepas sembahyang nasi sudah terhidang.Sama mereka makan dengan penoh berselera.Pukulan sambal belacan percikan asam limau kerat-lintang dan ikan tawar dari keli dan haruan cukup memukau.Masing2 perut terjuntai keluar kekenyangan.Sireh-pinang pula berkumat-kamit dalam setiap mulut menamatkan jamuan tengahari itu.
|
|