Post by Dato Wan on Aug 5, 2006 23:15:54 GMT 7
Semua orang di kampong ini tidak ambil kisah tentang kegilaan Tok Hawa terhadap Tengku Putra dan banyak pula yang mengusiknya.Suasana menjadi tenang kemkali apabila Tok Haji Sahakdan rakan-rakannya mulakan berzanji dan membaca marhaban dan lagu LALAGUB ,lagu gubahan Tok Gurunya Tok Haji Mat Lala dari Jeneri.Mereka berkhasidah sehingga hampir subuh,kerana dihidangkan air kopi dibancuh dengan air dimasak dengan campuran akar xxx dan akar yyyy yang disediakan oleh Husing Kapak Api.Semua para hadirin dan tetamu pada malam itu begitu ashek sekali dengan kemerduan suara Tok Haji Sahak .Tiba-tiba melompat naik keatas balai Dolah Tok Pong yang umum dikenali sebagai seniman tiga puluhan,kerana dia suka menyanyi lagu-lagu tahu tigapuluhan.Dolah Tok Pong terlalu banyak memimun air kopi bancuhan Husing Kapak Api.Siang tadi dia telah menyanti sebuah lagu apabila tugasnya membasuh pinggan telah selesai dilakukan.
Lagu PENGANTIN nyanyiannya adalah seperti berikut;
Assalammualaikum wahai tuan-tuan sekelian,
yang mana ada laki-laki dan perempuan,kami menyanyi berkawan-kawan,
yang mana silap minta maaf ampunkan.
Kacang lah kacang bukan sebarang kacang
ikutlah orang sebut kacang kayu,
kamilah bukan sebarang datang,
datang mengadap pengantin baru.
Wahai tok tukang jangan haloba,
bawa lah turun cucur atas para,
kami nak makan menyucikan suara,
supaya hati kami jadi gumbira.
Anaklah itik anaklah udang,
sayang tekukur terbang tinnggi,
samalah cantik samalah padan,
jikalau ukur samalah tinggi.
Anakalah itik anaklak udang,
pergilah maaaaaaaaandi di tepi paya,
samalah cantik samalah padan,
seperti pinang di belah dua.
dengar lagu klik sini: tvradio.wanazmisik.com/pengantin.wma
Semua orang bertepuk dengan nyanyian Dolah Tok Pongh itu dan mereka,terutama anak-anak muda menjerit minta dia menyanyi sebuah lagi lagi.Dolah tidak menollak permintaan itu dan terus menyampaikan sebuah lagi lagu yang bercorak jenaka.Lirik lagu ini adalah sepeerti berikut;
Apa kata sebelah Kelantan,
negeri aku teguhlah jantan,
betinanya cantik sebagai intan,
pandai berniaga mengalah orang jantan.
Apa kata Pulau Pinang,
negeri aku cukup menang,
dengan Singapura aku bertentang,
aku lawan sambil ku berenang.
Pulau Pinang laut keliling,
jahit baju benang terobak,
sirih pinang siapa nak kirim,
dendam rindu siapa yang nampak.
Pulau Pinang meniaga pinang,
anak petani jatuh ke kapal,
tidur malam ingat dan kenang,
airlah mata jatuh ke bantal.
Hitam sungguh bunga selasih,
hendak bercucuk tidak bertali,
apalah guna kita sayang dan kasih,
kita sayangi jauh sekali.
Buki Kecil Batu Melintang,
tempat orang pergi menjala,
tubuhlah kecil sanggul melintang,
disitulah tempat orang dok main mata.
Lagi-lagi teriakan anak-anak muda,tetapi Tok Cik Ya menjerit-cukup-cukup ,sudah masuk waktu subuh.
Lagu PENGANTIN nyanyiannya adalah seperti berikut;
Assalammualaikum wahai tuan-tuan sekelian,
yang mana ada laki-laki dan perempuan,kami menyanyi berkawan-kawan,
yang mana silap minta maaf ampunkan.
Kacang lah kacang bukan sebarang kacang
ikutlah orang sebut kacang kayu,
kamilah bukan sebarang datang,
datang mengadap pengantin baru.
Wahai tok tukang jangan haloba,
bawa lah turun cucur atas para,
kami nak makan menyucikan suara,
supaya hati kami jadi gumbira.
Anaklah itik anaklah udang,
sayang tekukur terbang tinnggi,
samalah cantik samalah padan,
jikalau ukur samalah tinggi.
Anakalah itik anaklak udang,
pergilah maaaaaaaaandi di tepi paya,
samalah cantik samalah padan,
seperti pinang di belah dua.
dengar lagu klik sini: tvradio.wanazmisik.com/pengantin.wma
Semua orang bertepuk dengan nyanyian Dolah Tok Pongh itu dan mereka,terutama anak-anak muda menjerit minta dia menyanyi sebuah lagi lagi.Dolah tidak menollak permintaan itu dan terus menyampaikan sebuah lagi lagu yang bercorak jenaka.Lirik lagu ini adalah sepeerti berikut;
Apa kata sebelah Kelantan,
negeri aku teguhlah jantan,
betinanya cantik sebagai intan,
pandai berniaga mengalah orang jantan.
Apa kata Pulau Pinang,
negeri aku cukup menang,
dengan Singapura aku bertentang,
aku lawan sambil ku berenang.
Pulau Pinang laut keliling,
jahit baju benang terobak,
sirih pinang siapa nak kirim,
dendam rindu siapa yang nampak.
Pulau Pinang meniaga pinang,
anak petani jatuh ke kapal,
tidur malam ingat dan kenang,
airlah mata jatuh ke bantal.
Hitam sungguh bunga selasih,
hendak bercucuk tidak bertali,
apalah guna kita sayang dan kasih,
kita sayangi jauh sekali.
Buki Kecil Batu Melintang,
tempat orang pergi menjala,
tubuhlah kecil sanggul melintang,
disitulah tempat orang dok main mata.
Lagi-lagi teriakan anak-anak muda,tetapi Tok Cik Ya menjerit-cukup-cukup ,sudah masuk waktu subuh.