|
Post by pak itam chawan on Jul 27, 2006 15:29:05 GMT 7
Detik berlalu tanpa keletihan.Matahari bergerak tanpa jemu2.Angin bertiup tak putus2.Air mengalir tak henti2.Tanah menumbuhkan tak kira apa benihnya.Tanah , air , Api dan angin . Empat unsur pemberian Allah . Empat unsur yang selama ini menyelubungi dan membiakkan segala makluh2 lain ciptaan Allah. Tanpa air semua makhluk akan mati.Tanpa tanah semua makhluk akan mati.Tanpa api (matahari) semua makhluk akan mati.Tanpa angin semua makhluk juga turut mati.
-Tanpa kerjasama budaya hidup akan mati - , sambung Pak Cik Peng.
Itu semua adalah perbincangan mereka semasa berehat2 sambil mengunyah sireh-pinang.Buat seketika mereka berehat untuk mengumpulkan semula tenaga baru . Mereka akan sambung semula kerja2 mereka yang tinggal cuma sedikit saja lagi. Tiba2 muncul Pak Lang Makseng mengandar dua perdu ubi kayu. Ubinya cukup cantik dan besar2 sebaya.
-Mintak maaf semua aku tak boleh mari awal tadi- ceritanya. -Bini ku bersalin subuh tadi,aku ke Banggol kiat ambil Tok Jenab bidan- disambungkan ceritanya. -Aku boleh anak kembar,pompuan keduanya- Pak lang makseng menerus cerita .
Semua yang ada rioh-rendah memberi tahniah.Mu hebat la Makseng,jarang2 penduduk kampong banggol derdap dapat anak kembar.20 tahun dulu ada sekali orang dapat anak kembar.Kata mereka Tok They.Namanya Tohir.Sekarang sudah berpindah ke Selama . Katanya sekarang tinggal kat Sungai Bayor.
Pak Teh Sidik yang sedikit jenaka orangnya mencelah - Semasa bini mu pantang,kering kote la mu - . Semua yang ada ketawa keras perut mendengar kelakar Sidik.
Ubi kayu yang dibawa oleh Makseng disambut oleh Tok Imam,diserahkan pada orang2 pompuan . Tok Imam suroh bakar saja ubi itu,supaya boleh berserok petang nanti .Dia menyuroh isterinya mengeluarkan manisan tebu dalam pasu yang tersimpan rapi di bilik tidornya.Nanti ubi kayu bakar akan dicicahkan dengan manisan tebu.Dia pun dah lama tak makan ubi bakar cicah manisan.Semoga 2 anak pompuan Makseng manis2 keduanya,macam manis manisan tebunya.Tok Imam terfikir dalam otaknya seorang diri.Dia malu nak berkelakar.Maklum lah dia Imam di kampong . Tapi sifat lucunya ada juga .Tak pernah dia tunjuk,cuma isterinya saja yang tahu kelakarnya.Lebih2 lagi bila mereka bercumbu berdua2an.
Lepas itu mereka mula menyambungkan kerja2 yang belum habis.Orang2 pompuan pula masing2 bertanya khabar tentang isteri Makseng.Makseng terpaksa menjawab berbagai soalan yang diajukan kepadanya.Sampai cerita tentang uri2 pun mereka tanya.Orang pompuan semua berpakat akan ke rumah Makseng petang itu juga,rioh-rendah jadinya.Hang tepok aku,aku tepok hang.Dan yang tua2 melatah tu pun tak sunyi melatah.Ikut saja apa orang kata.Disuruh berjoget dia berjoget.Disuruh menyanyi dia menyanyi.Dan sebagainya. Bila selesai berseronok-seronokan begitu ,mereka mula membuat persiapan makan petang seperti yang diarahkan oleh Imam Hamad. Makseng minta diri nak balik cabut akar kayu dan mengutip daun2 ubatan untuk nak mandikan isterinya. Kawan2nya sekampong memahaminya.Itu tanggong-jawab suami.Semasa Makseng melangkah nak balik,Sidik sekali usek Makseng.
- Kering kote la mu- Makseng tak marah,malahan dia juga turut tersenyum. Sambil Makseng melangkah pulang,usekan sidik berdengung2 di telinganya. -Kering kote la mu- -Kering kote la mu- -Kering kote la mu-
Makseng dapat mendengarnya lagi ,lagi dan lagi. -Kering kote la mu-
|
|
|
Post by pak itam chawan on Jul 27, 2006 18:41:20 GMT 7
;D ;D ;D ;D ;D ;D ;D ;D ;D ;D ;D ;D ;D ;D ;D ;D
Sebelah petang cuaca jaong saja.Ada tahi hujan,tapi petanda nak hujan tak ada.Tahi hujan belarak ke sebelah timur , itu tanda musim kemarau akan menjelang.Kena ketika mereka nak mengetam padi nanti.Mereka cukup paham dengan cuaca.Mereka hidup beriringan dengan cuaca dan alam.Mereka cukup mesra.Alam bermesra dengan mereka dan begitulah sebaliknya.Padi dah menguning jadi mudahlah mereka mengetam di musim kemarau. Rioh-rendahlah kawasan bendang dengan serunai batang padi.Untuk menambahkan kuat suara serunai itu mereka buat corong dari daun mengkuang.Yang pandai bermuzik akan meniup ikut irama lagu.Lagu yang paling top zaman itu ialah "Rinjis2 dipilih". Kalau dengar lagu itu Pak Senik sendiri pun ingin bergencok.Lebih2 lah lagi Pak Cik Peng dan Mak tanjungnya.Apa nak dimalukan,mereka dalam bendang masing2,dan mereka terlindong kerana pokok padi berdiri melampaui kepala.
Di rumah Tok Imam,kerja menukar atap selesai dikerjakan.Selepas memakan ubi bakar cicah manisan tebu dan dijolok dengan air kopi , perut mereka penuh mengisi.Malam ini semua akan kentut2.Phoot sana,phoot sini,kerana isian ubi bakar akan mengeluarkan banyak gas.Bila Pak senik berphoot,Jeha akan lari tidor di hujung serambi,kerana bukan busuk tapi menyakitkan telinga.
Selepas mandi-manda dipengkalan Tok Keghesom mereka balik ke rumah masing2 sebelum ke surau.Malam itu ada majlis ilmu.Lebai Che Nik akan mengajar Kitab Muhimmah.Tidak sesiapa akan berponteng kalau Kitab Muhimmah dibaca , kerana syoknya isi kitab tersebut.Semua akan tergelak terbahak2 bila contoh dan ibarat di ketengahkan secara terbuka.Sahak yang paling rajin menadah kitab Muhimmah.Seleranya penuh dalam kitab Muhimmah.Lebai Che Nik pula pandai memikat hati mereka dan ibarat yang diutarakan kekadang mengenai sasaran pada orang tertentu.Masing2 berdekah termasuk Lebai Che Nik.
Malam itu mereka akan balik tidor senyenyak2nya. Mereka cukup letih seharian diatas bumbong Tok Imam.Tidak ada mimpi ngeri akan menyelinap masuk dalam tidor mereka.Ubi kayu bakar dicicah manisan tebu akan mengulek mereka tidor sehingga ke subuh.Bini pun tidak akan mereka sentoh pada malam itu,seperti juga Pak Lang Makseng.Aku,aku.........kamu,kamu.Letih melemahkan setiap jasad dalam tubuh badan.Yang berdenyut hanya nafas turun-naik,yang keras pun tak berkuasa berdenyut.
|
|
|
Post by pak itam chawan on Jul 27, 2006 22:43:31 GMT 7
Malam 15,bulan jamadil-akhir,cahaya purnama memenuhi segenap pelusok bumi Banggol Derdap dan persekitarannya. Selepas Isyak beramai2 pergi berkumpul di atas jemboran rumah Pak Lang Makseng.Berita Mak Munah melahirkan anak kembar tersebar luas sampai ke Chepir dan Bendang Man dan Serendah di sebelah timor.Jauh ke Sungai Pau di sebelah barat.Di sebelah selatan , Carok Tok Uban menerima beritanya juga.Besok tentu ramai yang akan sampai ke rumah Makseng.Dan Esok jugalah Lebai Che Nik akan merasmi doa selamat membuka mulut kedua bayi yang baru lahir.Lepas itu Lebai Che Nik akan memberikan nama kedua bayi Pak Lang Makseng.Pak Senik,Tok Imam,Pak Cik Peng dan lain2nya sudah tentu akan turut hadir.Sudah tentulah berbotol2 manisan lebah disusun berderet2 dekat dengan tempat Mak Munah berdiang.Mak Munah terpaksa berdiang sekurang2nya 40 hari,begitu juga mesti bertungku selama 40 hari dan minum air kulit halban.Nasi tak boleh ditambah,makan hanya sepinggan di peroi dengan serbok lada hitam,berlauk ikan haruan bakar.Kalau teringin nak makan yang lain2 tak dibenarkan oleh bidan Tok Jenab.Pagi2 kena mandi air panas yang direbus dengan pelbagai daun ubat2an yang Makseng sendiri tak kenal namanya.Ramuan dedaunan itu di petik oleh Tok Jenab sendiri.Lepas mandi minum sesudu-dua manisan lebah yang dipukul bersama telor ayam,dicampor pula dengan serbok halia yang di goreng.Benda2 sejuk tak boleh dimakan.Nanti lambat bertenaga dan luka dibahagian sulit pompuan lambat semboh.Yang paling bimbang takut dia bernanah. Lelaki tak boleh bertahan lebih dari 40 hari.Lepas tu mereka naik galak semula.Lepas tu mereka akan buat feel nak tambah lagi satu.Takut berselerak keamanan rumahtangga.Tok Jenab nak pastikan permit jalan boleh digunakan selepas 40 hari. Tok Jenab akan mengurut selama tujuh pagi dan tujuh malam,untuk memulihkan urat-saraf seluruh badan.Lepas itu dia akan memastikan urat cengkaman kuat dan boleh berdenyut2.
Secerana sireh-pinang habis,ditambah lagi isi cerana.Buah pinang ada penuh sumpit mengkuang yang terletak tepi tangga. Daun sireh boleh dipetik terus dari atas jemboran.Pokoknya rimbun dan daunnya cukup lebat.Pokoknya sihat kerana terletak dekat acar rumah.Dan di perdunya juga setiap pagi Makseng membuang air kecilnya.Daunnya menghijau kehitaman.Yang bersembang masih bersembang,yang lain pula dah mula berdengkor lena di atas jemboran.
Yang dah lena dihulur bantal seorang satu,dan bercelapak mereka naik ke serambi luar untuk orang lelaki.Dengkoran mereka sama naik dengan bunyi katak kuang di paya.Sama2 berselang-seli mengeluarkan irama sunyi malam yang cukup menyayukan.Sesekali-sekala kedua bayi kecil itu menangis.Beberapa orang pompuan bergilir-berganti membantu Mak lang Munah yang berpantang itu.Pak lang Makseng yang dah keletihan sudah pergi jauh dari alam nyata.Lenanya keras macam seketol balak.Entah sedang bermimpi bermandi2an di tepi kolam bersama bidadari syurga.Mungkin dia masih diusek2 oleh kata2 Sidek siang tadi. -Kering kote la mu- -kering kote la mu-
|
|
|
Post by pak itam chawan on Jul 28, 2006 11:05:29 GMT 7
Murai berkicauan,melompat dari satu ranting ke ranting yang lain.Mencari makan,mencari ulat,mencari unggas,semut sambil menghisap air embun yang terkumpul di daun.Mencari rezeki yang telah tersedia dan disediakan Allah.Rezeki yang telah ditentukan sejak azalli lagi.Murai terbang laju untuk melindungi dirinya apabila dari nalurinya ia dapati ada sewah yang sedang memerangkapkan mangsanya.Sewah terserempak dengan kehadiran Lebai Che Nik.Dia terkejut besar apabila Lebai CheNik dengan tiba2 muncul.Dia teruskan terbang jauh ke Bukit Srengenge .Murai berkicau lagi kerana terselamat dari gangguan sewah.
Lebai Che Nik terus ke tangga rumah Makseng,mengambil cebok bertangkai rotan sebesar ibu jarinya.Dia mencedok air dalam pasu besar lalu membasuk kakinya.Dikilir2kan kedua belah kakinya sambil air dari cebok di jurus berdikit-dikit.Dikilir atas-bawah,kiri-kanan,jejari kaki kiri dengan jejari kaki kanan,tumit kaki kanan dengan tumit kaki kiri.Dua ,tiga cedokan dibuat seterusnya untuk membilas semua jejari dan keseluruhan kakinya.Kemudian dengan ucapan bismillah dia terus melangkah naik tangga bermula dengan kaki kanannya.Lepas satu , satu anak tangga di langkahinya,sambil tangan kanannya bergayut pada kayu pemegang-tangga,yang diikat kemas2 dengan rotan mata-rusa dari atas dan bawahnya dekat penumangnya. Assalamualaikom, Semua diatas rumah menjawab salamnya.
Makseng mempersilakan Lebai Che Nik sambil menghulurkan kedua tangannya bersalaman.Lepas itu datang lagi beberapa orang tua2 di kampong Banggol derdap.Pak Senik dan Imam Hamad dah lama sampai menunggu ketibaan Lebai Che Nik.
-Semua dah siap ?-menyapa Lebai Che Nik. -Kalau siap bawa keluar kat sini , sekali dengan budak2 tu-ujarnya menyambong.
Lebai memulakan upacara dengan berkumat-kamit membaca dan bersalawat kepada Nabi s.a.w. Kemudian didalam sebuah piring terdapat limpahan madu lebah dan sebentuk cincin emas.Sambil berkumat-kamit Lebai che Nik menggunakan jari telunjuknya memusing-musing cincin emas di dalam manisan madu.Selepas tujuh kali memusingnya,dipegangnya cincin emas yang bersalut manisan madu itu,didekati nya ke bibir mulut kedua2 anak kecil.Kedua2 anak kecil itu juga berkumat-kamit menghisap madi yang tercecah ke bibir mereka.Selesai sudah upacara tersebut,Imam Hamad di suruh berdoa.Semua yang hadir mengaminkan doa. Selepas doa dibaca sekali lagi Lebai Che nik beristigfar dan membaca ayat kursi.Kemudian diseru pada semua yang hadir membaca Fatihah untuk disedekahkan kepada Rasulullah. Kemudian dia mengumumkan nama yang dipilih untuk kedua anak kecil itu.Yang sulungnya diberi nama Latifah dan Norhayati untuk si adiknya. Upacara disudahi dengan doa penutup,dibaca sendiri oleh Lebai Che Nik.
Selepas itu hadirin dijamu dengan pulut tanak,isi nyior yang dikukur dan juga berlauk ikan budu goreng. Dengan air kopi panas membuatkan nafsu cukup berselera.Habis makan masing2 memohon diri.Ada yang nak kehutan,nak mengerat rumput kerbau dan lembu,nak kebendang untuk mengeringkan air kerana padi2 mereka dah mula menguning.Dan selepas kenduri rumah Tok Imam mereka semua akan turun ke bendang mengetam padi pula.
Lepas seorang,seorang turun menghayunkan langkah ke arah masing2.Yang bawa bini.masing2 diikuti oleh bini mereka.Terconget2 si bini mengikut jejak langkah si suami.
|
|
|
Post by pak itam chawan on Jul 28, 2006 15:36:04 GMT 7
Lebai Che Nik juga terus pulang ke rumah menukar uniform basahannya.Kemudian bergegas2 ia ke kandang kerbaunya. Kerbaunya juga beranak kecil,sama juga dengan Makseng.Mak munahnya beranak kecil.Lebai kena jaga juga kerbaunya,sepertimana Makseng menjaga mak Munah.Lebai tambat kerbaunya di bawah teduh supaya dia dapat meragut rumput di situ.Disamping itu lebai kena juga cari makanan tambahan untuk ibu kerbau.Semestinya satu kenarang rumput juluk2 dan daun tadah bumi untuk dijerok.Daun tadah bumi dijerok selama 3 malam dalam baldi di campor sedikit belacan untuk memulihkan seleranya.Sama seperti menjagai Mak Munah.Waktu malam juga perlu diperun kayu2 supaya tidak dikacau oleh agas2 dan nyamok.Semua batang kayu sebesar paha telah disediakan . Anak kerbau juga setiap petang perlu diperiksa pusatnya.Bimbang lalat membiakkan renganya di pusat.Dan pusat akhirnya akan berulat.Ini akan mendatangkam masaalah,dan pertumbuhan anak kerbau akan terencat.Jadi setiap petang Lebai akan sapukan cecair camporan tembakau dan kemian kayu bukit di pusatnya.Selepas tujuh hari bila pusat dah luroh anak kerbau tidak akan diganggu lagi lalat.Lebai juga kena bermain2 dengan anak kerbau supaya ia menjadi jinak apabila besar nanti.Ia mengambil masa selama 3 bulan sebelum ia menjadi jinak dan manja.Bila dah besar lebai kena gosok2kan kemaluan anak kerbau itu supaya ia cepat galak.Diurut,digosok,diurut dan digosok berkali2,sehingga ia pandai mengangkat ekornya.Bila ia dah galak,galak secukupnya ia akan mula menguek nak mengawan.Dimasa mengawan ia tak pilih mana2 betina.Ibunya sendiri pun dia sapu.Itu lah perangai kerbau,dan binatang2 lain sesetengahnya pun begitu juga.
|
|
|
Post by pak itam chawan on Jul 28, 2006 20:34:33 GMT 7
;D
Dulu keduduk berbunga banyak,kini sudah hampir masak,dan dah ada pun yang sudah masak.Musim keduduk masak inilah satu lagi anugerah Allah kepada anak-anak di seluruh kampong.Bila sampai ketikanya kulit buah keduduk akan terbuka menunjukkan isi hitamnya.Isinya cukup lunak dan manis dimakan.Warna hitam isi keduduk akan mewarnai setiap mulut .Mulut jadi hitam.Tidak menjadi satu yang pelek bila mulut menjadi hitam.Setiap pokok keduduk dijelajahi kanak2.Memetik sebiji demi sebiji,dimasukkan kedalam mulut,dimamah,dikunyah hingga lumat sebelum menelannya.
Kemudian dengan terube tersangkut di leher,mereka berarak ke sungai untuk menangkap ikan dan udang sambil mandi.Kekadang buat permulaan mereka akan bermain aci.Kejar mengejar,berenang sana,berenang sini untuk menangkap lawan.Kalau lawan panjat pokok,sama2 panjat pokok kemudian terjun beramai2 dalam sungai,dan kejar mengejar bersambung arus. Bila dah cukup penat mereka berehat sambil berjuntai kaki kedalam air,disamping menyepak air dengan hayunan kaki .Percikan air nampak bermanik-manik bila terpanah oleh pancaran matahari.Mereka akan hanya kembali kerumah apabila terdengar panggilan dari orang2 tua mereka.Bila seorang dipanggil,semua akan berangkat balik kerumah.Itu petanda bahawa waktu makan dah sampai. Masing2 berlari lintang-pukang bagaikan di kejar harimau.Siapa yang cepat dialah yang dulu diikuti satu lepas satu,nampak sederet diatas batas bendang.Dan mereka hilang tak kelihatan lagi kerana pokok padi lebih tinggi dari mereka.Tiba2 ternampak timbul semula di sebelah sana.Rioh-rendah mereka bersorak kepada yang terakhir sampai keseberang. Selalunya Moin yang tertinggal di belakang. Moin tak pantas berlari kerana badannya bulat macam tempayan manisan tebu.Memang pun dia macam tempayan tebu kerana kulitnya hitam berkilat, suka bermain panas dan suka masuk ke dalam selut. Terbahak2 keletihan bila Moin sampai keseberang.Nafasnya kencang,nampak turun-naik dadanya.Temasya tamat dengan sorakan ; hore,hore,hore.Suara sorakan mereka bergema bila terpantul di bukit srengenge.Kera2 dihutan melompat membawa diri kerana takut di terube oleh Moin dan kawan2nya.
|
|
|
Post by Dato Wan on Jul 29, 2006 12:48:00 GMT 7
Lebai Cik Nik dan Pas Senik,walaupun kerkawan baik,mereka berdua selalu bertikam lidah mengenai kematian Tokakri Jerai,yang mati jatuh pokok jerai semasa membuat rang di atas pokok jerai tepi tebing lubuk Tokakpa Koce.Lebai CikNikernah belajar di pondok Tok Guru Haji Haleng,yang membuka pondok di Kampong Carok Sejuk.Pak Senik pula hanya sekadar tahu membaca Mukhadam sahaja yang dipelajari dari Pak Su Besar semasa mereka menetap di Lubuk Kemahang dahulu.Pak Senik tetap dengan kepercayaannya bahawa kematian Tok Sakri Jeraiadalah berpunca dari tolakan hantu Lubuk Tok Jakpa Koce semasa dia sedang membina rang di atas pokok jerai,untuk persiapan kenduri kahwin arwah Lahuma dengan Jeha dahulu.Lebai Cik Nik sudah berkali-kali menjelaskan kepada semua penduduk Banggul Derdap bahawasanya kematian Tok Sakri Jerai itu adalah mati shahid.kerana sanggup kerkorban diri demi kepentingan semua penduduk;bukan sahaja di Banggul Derdap tetapi juga untuk kampong-kampong lain seperti Banggul Kiat.Pak Senik masih tetap dengan juga dengan kepercayaan lamanya yang dibawa dari Lubuk Kemahang.Pernah juga Lebai Cik Nik mengajak Pak Senik pergi belajar di Pondok Tok Guru Haji Haleng,tetapi dia menolak cadangan itu,kerana rata-rata orang sebang membahas isu fatwa yang dikeluarkan oleh beliau bahawa biawak pasir tidak haram,dan harus boleh dimakan.Ketika itu seluruh daerah ini menjadi gempar,konflik ugama diantara golongan muda dengan golongan lama,
|
|
|
Post by pak itam chawan on Jul 29, 2006 14:42:22 GMT 7
;D ;D ;D ;D ;D ;D ;D ;D ;D ;D ;D ;D ;D ;D ;D
Semalaman perut Jusoh berlagu.Tak selesa dibuatnya hingga ke pagi.Siah cuba menyapu minyak angin yang dia beli dari Che Rus Keling.Tak juga menjadi.Dia tidor menunggeng,biar punggungnya ke atas supaya mudah keluarkan angin kentut.Sikit saja angin yang keluar.Tak membantu kesenakannya.Berpusing ke sana,berpusing ke sini untuk mendapat kepuasan tidornya.Sehingga dekat nak masok subuh baru dia boleh lena.
Pagi2 lagi Siah mengejutnya memberi makan pucuk jambu.Dimamah dan ditelannya.Ia akan mengambil sedikit masa untuk pucuk jambu itu memberi kesan pada sakitnya.Pucuk jambu memasuki perut jusoh,menjelajah kesegenap usus jusoh.Kelatnya mesti akan menujah keluar segala isi yang degil tak mau keluar.Bila isi2 degil itu dapat dikeluarkan ia akan membawa bersamanya lendir2 berkarat yang liat dan juga angin2 yang memberi kerjasama mengacau perut Jusoh.Masing2 nanti akan terpusu2 mencari jalan keluar melalui lubang jubur Jusoh . Lepas itu lubang juburnya akan terkemut2 memberi ruang mereka keluar satu persatu.Pucuk jambu akan menerajang keluar satu persatu,dan di masa itu Jusoh akan merasa puas sepuas2nya.Sambil mencangkung diatas batang kayu yang dia letak melintang di atas parit,Jusoh akan meneran,meneran dan meneran supaya musuh2 perutnya dapat terjun dengan mudah dari lubang jubornya.Sesekali dikemutnya dan dikemutnya,seolah-olah bagaikan mencekek-cekek leher-leher ketulan dan lendiran yang terpusu keluar itu.Satu persatu ketulan dan lendiran itu di cekek-cekek oleh kemutan jubor Jusoh.
Lubang jubornya terasa cukup pedih kerana terlalu kerap dan terlalu banyaknya ketulan dan lendiran keluar.Masing2 melarikan diri bersama anak-pinak,dan kekadang kerana terlalu laju larinya terpercik keluar menampan keping punggong dan paha Jusoh.Menyumpah-nyumpah Jusoh dibuatnya.Busuknya sudah tidak terkira lagi,kerana ketulan dan lendiran juga mengeluarkan kazanah mereka kerana takut dihambat oleh pucuk jambu.
Jusoh memamah lagi pucuk jambu.Inilah yang akan memberi bantuan terakhir menerajang saki-baki ketulan dan lendiran yang masih berdegil tak mau keluar.Kerja pucuk jambu ini menjadi lebih mudah kerana ketulan dan lendiran dah cukup letih dibelasah oleh pucuk2 jambu yang awal2 memasuki perut Jusoh. Jusoh memberi bantuan kepada pucuk jambu dengan air mero yang diminumnya.Dengan parang yang dibawa jusoh,dia mencantaskan akar mero dan menganga mulutnya luas seluasnya supaya air mero mudah masuk ke kerongkongnya dan terus membuat temporan terakhir membelasah ketulan dan lendiran yang ada dalam perutnya.
Jusoh menjadi lesu pada hari itu kerana perutnya menjadi medan peperangan pucuk jambu,air mero dengan ketulan dan lediran2nya,yang entah kemana dibawa oleh arus air parit.Mungkin seketul dua akan singgah di tepi pokok2 keduduk yang tumboh begitu banyak di tepi parit.Sehabisnya akan terus berlari di bawa arus air ke petak2 sawah padi.Seterusnya akan mati semuanya kekeringan apabila semua petak2 padi dikeringkan,supaya mudah penduduk Banggol Derdap mengetam padi mereka bila masak nanti.
|
|
|
Post by pak itam chawan on Jul 29, 2006 18:18:35 GMT 7
;D ;D ;D ;D ;D ;D ;D ;D ;D ;D ;D
Berita Jusoh sakit perut merebak kesegenap penjuru kampong.Itulah berita yang paling sensasi pagi hari itu .Kemarin berita Mak Lang Munah beranak -dua . Dan esok2 seterusnya juga akan ada berita2 yang akan menonjol , membisik ke telinga2 mereka. Itulah istimewanya mereka , dan mereka tidak akan merahsiakan sesuatu , dan mereka akan berkongsi hidup mengambil tahu apa2 yang berlaku disekeliling mereka. Sahak juga tidak akan berahsia kepada sesiapa. semua di ceritakan pada kawan2nya . Siapa punyai apam besar dan siapa banyak bulunya pun telah diceritakan sejak dulu2 lagi.
Debasa muncul di rumah Tok Imam bersama isterinya,Sarah.Banyak lagi kerja yang perlu disiapkan.Debasa tinggal di Tanjung Setar dekat umah Huseng Keling. Hari ini Debasa tak banyak cakap.Suaranya parau dan garok,sebab dah banyak sangat berjerekah hambat khinzir makan padi. Jadi dia tak ambil peluang bercerita berbagai2 seperti mereka2 yang lain. Gigi Debasa rompong dan bila dia bercakap jadi ngut-ngap , ngut-ngap. Semua yang hadzir akan ketawa,bukan ketawakan ceritanya,tapi ketawa kan dia berngut-ngap begitu. khinzir jenoh di Tanjong Setar.Di banggol Derdap pun jenoh juga, tapi babi2 itu tak berani masuk ke bndang lagi. Mungkin dipagari oleh Lebai Che Nik dengan doa2 yang dibacanya.
Lebai Che Nik belajar banyak doa dekat Tok Guru Haleng.Tok Guru haleng alim orangnya,tapi dia ditegah mengajar oleh Penghulu kerana salah paham.Ceritanya begini : Satu hari Tok Guru Haleng mengajar Hadiths tentang binatang dhob.Dhob katanya halal di makan dan ia boleh menguatkan urat-saraf. Semua yang hadzir mengaji bertanya apa dia dhob itu.Tok Guru jawab dhob itu ialah biawak pasir.
Berita tersebut tersebar luas dan tanpa usul-periksa Tok Guru Haleng di larang mengajar oleh penghulu.Mengajar ajaran sesat katanya. Itulah akibatnya bila sesuatu tidak di periksa sehalus2nya. Boleh merugikan seluruh masyarakat. Oleh kerana dimalukan ,Tok Guru Haleng pindah dari Batu Lapan/Caruk sejuk ke mana pun tidak di ketahui orang ramai. Akhirnya mendapat berita bahawa dia meninggal dunia Di Mekah dan dikuburkan di Ma'ala berhampiran dengan kubur Siti Khadijah....alfatihah.
|
|
|
Post by pak itam chawan on Jul 30, 2006 12:07:25 GMT 7
Perut Jusoh masih meracau2 tak tentu pasal.Seleluruh badannya lesu dan terasa pedih di lubang duburnya kerana kerap menolak keluar lendir2an dan ketulan2 . Kemutan2 dari urat 2 di sekeliling duburnya juga sudah tidak berapa upaya mengemekkan kepala ketulan2 yang cuba melalui keluar. Dia akan tambah lagi pucuk2 jambu dan air mero supaya lendir2an dan ketulan2 yang masih ketegaq tak mau keluar dapat dikepong dan diheret keluar dengan cara paksa.Tertidor diserambi rumahnya Jusoh sesekali terjaga menampar lalat yang cuba hinggap di hidongnya.Esok.lusa dia akan aktip semula . Dia akan minum air nyior muda untuk memulihkan tenaga yang telah banyak hilang sejak diserang sakit perut.Sudah dua hari dia tidak melihat air di bendang,mungkin gelong yang dipokahnya dapat mengeringkan air bendangnya,supaya mudah mengetam nanti kerana tanah dah tidak berselut lagi.Mungkin ikan keli dan haruan kerkodek2 membawa dari masing2 menuju ke baroh.Siah juga tidak kemana2,asyik melayan Jusoh.Sudah lama mereka mendirikan rumahtangga,dan cinta kasih-sayang antara mereka tak pernah luntur.Semakin tua jadi semakin erat.Hidup mereka masih tetap romantis seperti muda2 dulu juga.Masih juga galak sekali-sekala. Siah juga kerap membasahi rambutnya bila mandi pagi.Jusoh akan tersenyum tersengeh macam kambing menjilat buntut kambing betina ,bila melihat Siah membasahi rambutnya di telaga.Selepas mencedok dicedoknya lagi air telaga supaya seluruh badannya dibasahi air.Air memasuki sampai ke celah2 tampat yang sulit2.Lepas itu sampai pula giliran Jusoh mandi.
Makseng pula sibok menguruskan rumahnya dan menjaga Mak Munah.Pagi2 lagi sudah ke sungai membawa kain lampin untuk di basuh.Membasuh di pengkalan Tok Keghesom lebih mudah kerana ada sebatang banir merbau melintasi laluan air.Dia boleh meng hempas2kan kain ke batang merbau.Semasa balik dia akan kutip pucuk paku rawan untuk dibuat ulam kelak.Sebahagiannya dia akan berikan kepada Jusoh.Pucuk paku rawan itu sejok dan ia boleh sedikit sebanyak merawat perut Jusoh. Semasa ke sungai tadi dia tak kejut Jusoh yang sedang tidor di serambi.Dalam pikirannya dia menyangka Jusoh tentu masih tak dapat tidor.Macam isterinya juga sebelum bersalin dulu,tak dapat tidor kerana sakit perut.Meracau-meracau anaknya yang dua orang itu kehulu ke hilir menjelajahi kesegenap pelusok perut isterinya.Ingatnya ia sikit berbeza dengan kesakitan Jusoh.
Lebai Che Nik pada pagi itu sibok dengan ibu kerbau beranak kecil.Dia memerah susu di awal2 pagi.Cukup banyak dsusu yang di dapatinya.Dia akan mejamu lagi rumput2 juluk supaya susu lebih banyak di keluarkan.Jerok daun tapak bumi juga akan ditambahkannya. Sambil memerah Lebai Che Nik mengurut2 tetek kerbaunya supaya lebih cantik dan sihat.Teringat Lebai pada buah dada isterinya.Tapi buah dada isterinya dah luntur dan tak menarikkan nafsu lagi.Tidak seperti muda2 dulu, cukup mantap dan tegak berdiri macam Bukit Srengenge.Dari situ lah Lebai Che Nik dapat pengalaman memerah susu.Sebab itulah kerbaunya cukup mesra dengan tangan dan jejari Lebai che Nik.Tangan dan jejari yang telah dapat banyak pengalaman memerah dan meramas buah dada.Lebai Che Nik tersenyum sendirian bila teringat kisahnya dan isteri masa muda2 dahulu.Lebai tak memerah semua susu kerbaunya,tapi ditinggalkan juga untuk anak kerbaunya.
Pak Senik dan kawan2 yang lain sibok di rumah Tok Iman,menyiapkan sedikit sebanyak kerja yang belum beres.Bini masing juga ikut bersama menyiapkan apa yang perlu di atas para dan dapor.Para disediakan untuk menyimpan cucur dan kuih dan sudah semestinya tapai pulut dalam daun keladi.Yang lainnya pergi ke Becah Badong di Bukit Srengenge mengutip labu yang dah cukup matang di huma untuk dibuat serawa dihari kenduri nanti.Tak sah kalau kenduri takada serawa labu.Mereka beramai2 mengandar buah2 labu menggunakan kenarang.Mereka pergi-balik mengandar pulang buah labu.Penoh di atas jemboran Tok Imam. Sebahagian dari buah labu di rebus oleh orang pompuan untuk di jamu pada hari itu. untuk dicicah dengan manisan tebu dan juga dengan nyior kukur.
Tok Imam tak akan lupa pada Makseng,Jusoh dan Lebai Che Nik.Kepada mereka akan dikirimkan labu rebus.Supaya labu rebus dapat menyegarkan semula dalaman perut Jusoh.Untuk Makseng supaya sedikit dapat disuap kepada anak2 kecilnya yang berdua itu.Moga2 anak2nya subur macam buah labu dan kulit mereka jadi halus macam isi buah labu.Untuk LebaiChe Nik untuk dimakan dengan susu kerbaunya. /color]
|
|
|
Post by Dato Wan on Jul 30, 2006 12:53:05 GMT 7
Lebai Cik Nik sangar gemar makan buah labu,kerana buah labu boleh membuat seseorang itu sihat dan pulih segera dari sebarang penyakit dalaman.Petua ini dia perolehi dari Tok Guru Haleng swmasa belajar di pondok dahulu.Apabila membaca Koran Surah Yunus dalam ayat dibawah ayat HAILLAHAILLA INNAKA INI KUMTUMMINAZALIMI.maka Allah tumbuhkan pokok labu di pantai itu,setelah Nabi Yunus membaca doa itu,maka ikanpun muluah Nabi Yunus ditepi pantai.Apabila Nabi Yunus makan buah labu,seluruh anggota badannya menjadi kuat kembali.Salah satu rahsia kekuatan orang tua-tua di kampong ini ialah mereka gemar makan buah dan pucuk labu.
|
|
|
Post by pak itam chawan on Jul 30, 2006 14:04:49 GMT 7
Semua datang melihat Jusoh pada malam itu.Bulan terang benderang menyuluhi seluruh kampong.Burung hantu berbunyi rioh-rendah sekeliling kampong.Sahut menyahut sesama mereka.Sesekali terdengar bunyi kuang di rimba , juga bersahut-sahutan sesama sejenis.Menandakan bahawa musim mengawan sudah tiba.Semua yang hadzir duduk mengelilingi pelita damar di tengah rumah. Masing2 membawa cerita2 tersendiri.Sekejap dengar sebelah sana,sekejap dengar sebelah sini . Cerita2 lucu Saad Cik Wan menarik perhatian yang hadzir . Macam2 kisah yang dibaharikan dan tak jemu2 mereka mendengar.Melompat dari satu cerita ke satu cerita, dari satu kisah kesatu kisah.Bila sampai ketempat yang lucu,masing2 ketawa terbahak2,tercerenyeh nampak gusi masing2.Tok Debasa yang gigi rompong pun turut tertawa sehingga dia pula menjadi tumpuan ramai.Turut pula ketawa terbahak2 melihat gigi rompongnya.Suid anak Jusoh meleleh air lior kerana asyik mendengar celoteh Saad Cik Wan yang tak jemu2 berkisah macam cerita orang2 tua tentang kisah Abu Nawas.
Suid mendongak mendengar Saad Cik Wan menyambongkan ceritanya.Benda kekuningan pekat meleleh keluar dari lubang hidung sehingga hampir2 mencecahi bibir mulut atasnya.Sebelum cecair pekat kekuningan itu melompat kebibirnya,diserotnya masuk semula kelubang hidong. Begitulah seterusnya benda pekat kekuningan itu keluar masuk lubang hidong Suid. Entah berapa kali dia serot begitu tidak bergerak dia,kerana terlalu asyik dengan drama yang dibawa Oleh Saad.
Bila sudah dijamu air kopi bergula manisan tebu dengan pisang rebus dicicah nyior kukur, masing2 meminta diri untuk pulang.Masing2 ada tugasnya di esok hari.
Perut Jusoh dah tak meracau lagi.Dia lena dengan nyenyak didakap oleh Mak Siah.Lepas tu Jusoh pula mendakap Mak Siah.Begitulah bersilih-ganti hingga ke subuh.
|
|
|
Post by pak itam chawan on Jul 30, 2006 14:33:20 GMT 7
Bila semua gelong dah di pokah,air bendang berlari2 menuju ke baroh.Mereka berkumpul disitu buat sementara waktu dan mereka kan mengalir seterusnya ke sungai. Ikan yang ada juga lari menyelamatkan diri.Terkodek2 keli dan haruan menuju ke baroh.Yang terperangkap dalam kubang dan tak terdaya nak keluar akan terperangkap di situ. Dan mereka akan menjadi makanan beberang dan ular dan biawak.Kalau tidak, waktu panas besok akan mati dan burung2 bangau dan kakak-tua akan mengutip bangkai2 semuanya.
Dan pada pagi itu penduduk kampong beramai2 ke baroh membawa serkap dan jala.Semua ikan yang berhijrah ke baroh akan mereka tangkap menggunakan serkap dan jala.Haruan dan keli akan dikurong kerana mereka payah mati.Ikan sisik,lampam,anak si'a akan disiang untuk membuat budu. Sedap budu ikan sisik,lampam dan anak si'a tiada ada saingnya. Sedap pula dimakan dengan pulut kukus di waktu pagi.Lebih menyeronok lagi bila pagi itu hujan turun.Nafsu makan mereka akan melonjak.
Lepas sekor,sekor ditangkap mereka.Rioh-rendah suara mereka.Badan2 mereka berlumuran selut hingga penuh kepala mereka berselut.Nampah jauh-jauh macam monyet kehitaman yang melompat-lompat di Bukit Srengenge.Kalau terjumpa ikan becat,berebut-rebutlah sesama mereka.Kerana mereka tahu khasiat ikan becat.Orang2 pompuan pula suka menangkap belut. Belut banyak di dalam baroh.Orang pompuan pula sangat berminat memakan belut.Mereka pun tahu itu khasiat untuk mereka.Cekak-mencekak bersungguh-sungguh kerana tak mau terlepas dari tangan.Cekakan orang pompuan memang kuat.Bila mereka dapat mencekak,mereka tidak akan lepas.Mereka menghurut-hurut badan belut membuangkan selut yang terlekat dibadan sebelum memasukkannya ke dalam sumpit yang mereka bawa kemana2 saja.
|
|
|
Post by pak itam chawan on Jul 31, 2006 20:32:10 GMT 7
Di pagi tersebut Suid tidak turut sama menangkap ikan di baroh.Dia pun bangun lewat pagi itu kerana berjaga hingga ke separoh malam menonton adegan2 dari Saad Cik Wan.Apabila bangun dia terus berselimut bertelanjang pergi ke telaga.Sekali-sekala tersengeh2 juga Suid kerana teringat kisah2 yang diceritakan Saad Cik Wan semalam.
Benda pekat kekuningan yang tersumbat di lubang hidongnya masih berkeluar-masuk.Begitu sayang sekali Suid kepadanya. Disimpannya semalaman . Sekali-sekali apabila diserotnya terkuat sedikit sebahagian darinya termasuk kelehernya.Suid terus menelannya saya.Kemasinan benda itu terasa enak di kerongkong.Seolah-olah menelan biji2 cendol rupanya.
|
|
|
Post by pak itam chawan on Jul 31, 2006 22:38:04 GMT 7
Jenoh sungguh ikan yang mereka tangkap.Keli ,haruan ,sisik,becat,si'a,belut dan yang menyodok mendapat banyak anak kemeras.Anak kemeras sedap dibakar dengan nyior kukur dan dibungkus pula dengan daun kunyit.Buanya cukup harum dan harumannya boleh menusuk masok kesegenap lubang- lubang hidong ,bila ditiup oleh angin. Hari itu mereka masing2 makan besar.Ikan keli sekali-sekala kalau dibuat gulai dengan ubi keling boleh membelasah seperiok nasi.Gulainya perlu dimasukkan daun limau purut untuk membukakan selera.Makan nasi lebih berselera lagi kalau hujan turun lebat di waktu makan.
Masing2 rioh-rendah menuju ke sungai menyucikan badan sambil menyiangkan ikan2 yang mereka tangkap,kecuali keli dan haruan.Keli dan haruan dicelop dalam air buat sementara sebelom mereka pulang.Yang pompuan mandi di pengkalan bahagian bawah dan yang lelaki di bahagian atas .Memang aturcaranya begitu . Jarang2 pompuan pergi mandi bahagian atas. Selepas siap berselerah masing2 pulang ke rumah .
Suid duduk bertenggek di atas perdu buruk di tepi telaga,memerhati mereka berderet2 pulang. Rugi juga dia tak ikut bersama.Kalau dia pergi sudah tentu dia akan memungut anak2 udang bendang untuk emaknya membuat kerabu mentah bersama pucuk ketereh . Di campor dengan garam,belacan,hirisan daun2 pucuk cenohong dan ketereh dan di perah pula asam kerat lentang. Cukup mengiorkan.Suid berazam akan turun petang nanti kerana masih banyak lagi yang tak keluar kerana masih lagi menyusup2 di dalam rumput tebal. Kalau ada rezeki dia akan bahagikan dengan Lebai Che Nik.Suid akan membalas budi Lebai Che Nik kerana sudah dua pagi dia mendapat habuan susu kerbau Lebai Che Nik.Suid lebih beruntung kerana dia berjiran dengan Lebai Che Nik.
|
|