|
Post by dato wan azmi on Jun 30, 2009 11:57:29 GMT 7
Selepas pengundian dibuat,semua kertas undi dibawa dewan di pekan ini untukn dibilang.Kerja membilang kertas undi berlajan sehingga larut malam.Walaupun mereka penat,ramai juga penyokong-penyokong kedua belah pihak berada di dewan itu menunggu keputusan yang akan diumumkan.Menjelang jam sebela setengah malam keputusan telah dibuat dan Pegawai Daerah selaku Pegawai Pilihanraya terus membuat pengumuman mengenai peputusan itu.Seperti dijangkakan oleh banyak pihak,kawasan sebelah utara dimenangi oleh Uztas Hasmzah dari Parti Bulan mengalahkan Puan Sarimah dari Parti Keris dengan kelebihan undi melebihi seribu lima ratus undi.Di kawasan sebelah selatan dimenangi oleh Non Johari dengan kelebihan undi sebanyak dua ribu tiga ratus undi.Kerusi Parlimen dimenangi oleh Cuik Khir Johari dengan kelebihan undi sebayak empat ribu lima ratus dua belas undi.
|
|
|
Post by dato wan azmi on Jun 30, 2009 12:06:56 GMT 7
Kebnduri kesyukuran berlangsung selama seminggu dan kedua pihak mengadakan kenduri itu di beberapa tempat.Di pekan iniCawangan Parti Keris telah menyembeleh sebanyak dua ekor lembu di rumah Mail Cu .Kedua-dua calun Parti Keris yang menang dijemput hadir dan turut hadir juga dalam majlis itu ialah Tuan Pegawai Daerah.Ramailah yang datang untuk bersama dengan pemimpin-pemimpuin untuk merayakan kemenangan mereka.Di debelah pagi majlis dipenuhi dengan bacaan ayat-ayat suci ASl Koran oleh Tok Haji Sahak dan beberapa orang lagi gari jemputan.Di sebelah petang pula peertunjukan seni silat diadakan khusus untuk meraikan pemuda-pemuda yang ber kerja kuat dalam pilihan raya ini.
|
|
|
Post by dato wan azmi on Jun 30, 2009 12:17:50 GMT 7
Di kawasan Kampung Tupai Tok Penghulu Pak Da Soh turut juga mengadakan kenduri kesyukuran .Walaupun beliau agak mirip kepada Parti Bulan ,sebanyak tiga ekor lembu dokorbankan untuk tujuan itu.beliau telah menjemput kedua pihak menghadiri majlis kesyukuran ini.Maka ramailah ahli Parti Keris dan ahli-ahli Parti Bulan dari kampung-kampung persekitaran seperti Kampung Joget ,Kampung Sri Bulan dan Kampung Kerawai datang ke majlis ini. Kesempatan diambil oleh Pak Da Soh untuk memperkenalkan naknya Cik Harun yang baru pulang dari belajar diNilam Puri di Kelantan.Sebenarnya tujuan utama Pak Da Soh mengadakan kenduri ini ialah untuik memperkenalkan anaknya kerana Cik Hrunbaru dahaja memegang jaweatan ketrua pemuda Parti Bulan di kawasan ini dan dia berhasrat bertanding dalam pilihanraya yang akan datang.
|
|
|
Post by dato wan azmi on Jun 30, 2009 12:34:49 GMT 7
Masyarakat Siam juga tidak ketinggalan dalam negadakan majlis kesyukuran.Mereka telah berjaya mengutip sumbangan dan dua ekor kerbau telah dikorbankan di rumah Pak Deng Seng. Untuk jamuan orang-orang Melayu dia telah mengupah keluarga Mak Timah Simpang Begia untuk memasak dan bagu orang -orang Siam mereka sendiri yang memasak.Kedua-dua orang Yang Berhormatdijemput hadir , tidak juga ketinggalan yang dijemput hadir ialah Tuan PegawAI Daerah dan ketua-ketua Parti Keris di kawasan ini.Disebelah malam pula pertunjukan wayang kulit dari Paya Mak Eson diadakan.
|
|
|
Post by dato wan azmi on Jun 30, 2009 14:21:54 GMT 7
Parti Bulan juga tidak ketinggalan mengadakan kenduri kesyukiuran kemenangan calun merekaUstaz Hamzah yang bertanding di kawasan sebelah utara. Sebanyal lima ekor lembu telah dikorbankan di pondok Haji Mad Nahu di Kuala Beris.Orang-otrang Parti Keris tidfak dijemput,tetapi orang-orang Siam ahli Parti Keris yang menetap di seberang sungai dijemput.Tidak ramai orang Siam yang hadir ke majlis itucuma beberapa orang sahaja yang rapat dengan Haji Mad Nahu hadir kemajlis itu.Ketua Parti Bulan Kebangsaan jjuga dijemput,tetapi beliasu tidakdapat hadir dan diwakilinya Pak Ya Junid orang kuat parti itu. Dalam majlis ini YB Ustaz Hamzah telah berucap dan berterima kasih kepada penyokong-penyokongnya dan juga kepada mereka yang mengundinya.Beliau meminta kerjasama dari semua pihak agar terus memberi sojkongan kepada beliau dan juga sokongan kepada Parti Bulan. Beliau menekankan bahawa hanya Parti Bulan sahaja yang dapat melaksanakan Pemerintahan Islam di neg.ara ini .Satu hari kelak Parti Bulan tetap dapat memerintah negeri ini.Ucapan beliau diikuti denganlaugan ALLAH AKBAR oleh mereka yang berada disitu.
|
|
|
Post by dato wan azmi on Jul 1, 2009 10:10:52 GMT 7
Tan Ah Kow,ketua Parti Bulan di sini juga mengadakan majlis kesyukuran dengan menyumbang dua ekor lembu dan juga ayam untuk dijadikan lauk jamuan. Ramai juga yang hadir ke majlis ini termasuklah kakitangan Pejabat Daerah . Naga yang bertugas membuang sampah dan Goban tukang guntung rambut juga turut hadir. Goban mengambil korma daging lembu yang dimasak oleh Mak Yah Pak Mad Putih dan Naga hanya menghambil gulai ayam sahaja.SDelepas metreka berdua menjamu selera suatu pertenkaranan kecil berlaku kerana Goban dimarahi Naga kerana dia telah mengambil daging lembu yang haram dimakan mereka.Naga telah menyindir Goban dengan mengatakan bahawa Goban sudah terkeluar dari Agama Hindu.Sebenarnya Naga tidak mengatahui bahawa Goban sudah pun memelok Agama Islam atas daya usaha bapak sudaranya Cik Ros atau Darus yang sudah lama bertukar agama.Setelah diberitahu tentang keadaan yang sebenar,Naga pun terus meninggalkan majlis itu dengan bercakap bersendirian dalam Bahasa Tamil yang tidak difahami oleh sesiapa pun di situ.
|
|
|
Post by dato wan azmi on Jul 21, 2009 11:04:21 GMT 7
Walaupun Parti Keris mengalami kekalahan kerusi Dewan Undangan Negeri ,Pak Kob Sumbu dan ketua pemudanya Mansor Mutulili telah berusaha mengutip sumbangan dari ahli-ahli Parti Keris yang setia.Mereka telah berjaya mengumpul cukup wang untuk mengadakan kenduri kesyukuran. Seekor kerbau telah dikorbankan dan kerbau ini telah disembeleh oleh Sheikh Ramli guru ugama yang pengaruh di sini.Walaupun dia adalah seorang penyokong Parti Bulan,beliau tidak pernah mengeluarkan fatwa mengkafirkan orang-orang Parti Keris.Ramai juga orang-orang Parti Keris yang belajar agama dengannya. Kenduri ini diadakan di kawasan surau kampung itu.Semua anak kariah kampung itu dijemput;ramailah yang hadhir ke majlis itu termasuklah juga orang-porang Parti Bulan apabila mereka diberitahu bahawa yang menyembeleh kerbau adalah Sheikh Ramli.
|
|
|
Post by dato wan azmi on Jul 22, 2009 11:04:45 GMT 7
Perayaan kemenangan dalam pilihanraya yang sambut oleh kedua pihak berelangsung selama sepuluh hari. Pada 13 haribulan Mei ,jam satu tengah hari suatu berita yang dihebahkan oleh radio telah mengemparkan penduduk di sini.Pergaduhan kaum telah berlaku di Kuala Lumpur dan di kawasan-kawasan persekitaran dengannya. Parti pembangkang yang memperolehi kemenangan yang banyak di peringkat Parlimen telah menganjurkan perarakan kemenangan dalam pihinan raya ini.Mereka keluar dan berarak sambil mengutuk orang-orang Melayu.Oleh yang demikian ramailah orang -orang Melayu di kawasan persekitaran Kuala Lumpur keluar menentang mereka .Apabila mereka mendapat berita seorang wanita Melayu yang sarat mengandung telag dibunuh,mereka pun mulalah mengamuk di pusat bandar Kuala Lumpur.
|
|
|
Post by dato wan azmi on Jul 22, 2009 21:16:53 GMT 7
Berita dan khabar angin mengenai rusuhan kaum yang berlaku di ibu kota tersebar luas di kawaswan ini.Berbagai cerita dapat dipungut dan ianaya menjadi tajuk perbualan menjadi amat takut dan mereka bertiga telah pergi bertemu Mail Cu,ketua Partri Keris di Pekan ini.Pada malam berikutnya suatu perjumapaan telah diadakan di rumahnya.Orang-orang kuat Parti Bulan juga turut dijemput termasuklah YB Ustaz Hamzah dan Cik Harun Jusuh ketua pemuda Parti Bulan turut berucap dan mereka meraqyu agar semua penduduk di sini bersatu danbertenang.Pegawai PeneranganDaerah ini E
|
|
|
Post by dato wan azmi on Jul 23, 2009 10:39:00 GMT 7
Pegawai Penerangan Daerah,Encik Mad Isa juga turut memberi penerangan mengenai rusuhan kaun yang berlaku di Kuala Lumpur, beliau telah memaklumkan bahawa pihakkerajaan telah mengistiharkan keaadan darurat dan meminta semua pihak patuh kepada undang-undang ini.Pak Da Kob merayu kepada semua penduduk di sini untuk memberi perlindungan kepada masyarakat Cina dan Nidia di kawasan ini dan semua ytang hadhir bangun menyokong saraan Pak Da Kob itu. Tan Ah Kow,Naga dan Goban berasa amat lega apabila mendengar semua yang hadhir itu berhasrat melindungi mereka jika berlaku apa-apa perkara yang tidak baik.Berita ini dengan segera disampaikan kepada semuaanak buah mereka yang menetap di pekan kecil ini.
|
|
|
Post by dato wan azmi on Jul 23, 2009 10:52:37 GMT 7
Walaupun undang-undang darurat telah diistiharkan,ramai juga anak-anak muda terutama anak-anak murid guru silat Haji Hamad Titi Teras berazam juga hendak pergi ke Kuala Lumpur dan amat bersemangat berjuang bersama dengan orang-orang dari Sabak Bernam.Mereka ini sanggup mati berjihat membela bangsa dan agama.Kumpulan ini dikepalai oleh Majid Gayung dan mereka semua telah bersetuju untuk menaiki kereta api dari Pekan Gurun untuk pergi Ke Kuala Lumpur.Seperti dijadualkan seramai tiga puluh lima orang telah berangkat menaiki kereta api pada keesokan harinya.Apabila mereka sampai di Ipoh pihak keselamatan telah membuat pemeriksaan dan mereka tidak dibenarkan meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur,Oleh yang demikian mereka terpaksa pulang ,ada yang menaiki bas dan ada yang menaiki kereta api untuk pulang.
|
|
|
Post by dato wan azmi on Jul 23, 2009 11:39:14 GMT 7
Selang beberapa hari selepas kumpulan anak-anak muda ini pulang ke kampung masing-masing,satu berjumpaan guru-guru silat telah diadakan di rumah Pak Lng Moksin di Kampung Padang Pulut.Dalam perjumpaan ini mereka semua bersetuju membuka gelanggang silat untuk mengajar seni mempertahankan diri ini kepada ramai belia-belia yang berminat.Hampir di setiap kampung gelanggang silat dibuka dan ramailah anak-anak muda yang turun belajar ilmu seni silat khususnya di sebelah malam.Berbagai jenis silat diperkenalkan ,ada yang memakai alat senjata seperti keris dan pedang dan ada yang hanya menekankan kemahiran anggota badan seperti kaki dan tangan. Gelanggang yang mendapat sambutan yang ramai ialah yang diterojai oleh Cik Mad Dusun Raja yang mempunyai anak murid berjumlah seramai seratus dua puluh orang.Beliau terpaksa mengadakan tiga kumpulan,pagi ,petang dan malam.Seni silat yang diajar oleh Cik Mad Dusun Raja adalah seni silat pancat yang digabungkan dengan ilmu kebal.Semua muridnya boleh bersilat di atas bara api dan jika ditetak dengan alat senjata tajam badan mereka tidak ditembusi,malah berdarah pun tidak.
|
|
|
Post by dato wan azmi on Jul 24, 2009 10:42:35 GMT 7
Berjiran dengan Cik Mad Dusun Raja ialah Pak Lang Moksin Kampung Padang Pulut yang juga membuka gelanggang silat.Jenis silat yang diajar oleh Pak Lang Moksin ialah silat pulut;iaitu seni silat yang dipersembahkan dalam majlis kenduri kahwin.Seni ini tidaklah merupakan silat jenis lincah;namun ianya mempunyai beberapa buah penumbuk yang agak merbahaya juga. Ejek mengejek kerap berlaku di antara kedua kumpulan silat ini kerena jenis silat pulut yang diajar oleh Pak Lang Moksin dianggap silat lembek;hanya sesuai untuk persembahan sahaja,bukan untuk bertempur dengan musuh.Akibat persengketaan ini kedua orang guru silat itu tidak bertegur sapa dan cabar mencabar kerap berlaku diantara dua kumpulan silat ini.
|
|
|
Post by dato wan azmi on Jul 27, 2009 10:35:28 GMT 7
Cik Gu Saidin yang mengajar di Sekolah Rendah Kebangsaan juga turut sama membuka gelanggang silat.Jenis silat yang diajar oleh beliau ialah silat wali.Seseorang itu hanya berniat sahaja,sambil berdiri kearah Kiblat dan menyeru sesuatu roh itu dan dengan segera roh itu akan menjelama dalam bentuk silat roh itu.Jika roh Hang Tuah diseru maka gerakan silat ala Hang Tuah akan menjelma,iaitu suatu gerakan yang lembut tetapi amat hebat sekali.Jika roh Hang Jebat diseru maka gerakan adalah kasar dan bengis.Ramai juga anak-anak muda yang mempelajari silat ini.Ooleh kerana ramai yang berguru dengannya Cik Gu Saidin telah berubah ;kadang-kadang di dalam bilik darjah pun dia bersilat dan akhirnya guru besar terpaksa menghantarnya untuk mendapat rawatan di wad sakit jiwa di Hospital Besar.Setelah dia mendapat rawatan di wad sakit jiwa itu,semua yang belajar silat dengannya pun tidak lagi meneruskan silat itu.
|
|
|
Post by dato wan azmi on Jul 27, 2009 10:44:05 GMT 7
Gerakan membuka gelanggang silat hanya dapat mempertahan selama beberapa bulan sahaja.Selepas itu tiada lagi gelanggang baru yang dibuka dan gelanggang lama banyak terpaksa ditutup kerana sudah tidak lagi mendapat sambutan.Semuanya hanya hangat-hangat tahi ayam belaka.Gelanggang Cik Mad Dusun Raja sahaja yang masih bergiat tetapi bilangan murid tidaklah seramai seperti dahulu.
|
|