|
Post by dato wan azmi on May 19, 2009 10:44:58 GMT 7
Pak Mad Etong adalah seorang penyelia Kelas Dewasa dan juga bertugas sebagai Setiausaha Kerja Parti Keris di Ibu Pejabatnegeri ini.Beliau sangat pintar berpidato dan berbahas mematikan hujah-hujah parti lawan. Beliau juga mahir di dalam bidang agama dan akan memetik ayat-ayat Koran dan Hadith Rasul semasa berucap.Disamping itu beliau begitu kelakar sekali menbuat semua orang yang hadhir tidak kering lidah dan kadang-kadang beliau turut menyampaikan beberapa buah lagi kegemaran anak-anak ketika itu speri lagu O FATIMAH lagu pop yeye.Anak-anak muda sangat terhibur dengan ucapan Pak Mad Etong itu dan orang-orang dewasa juga terpengaruh mendengar ucapannya.Satu perkara yang orang ramai tidak tahu mengenai Pak Mad Etong,perkara itu itu ialah dia perlu minum Tiger Stout dahulu sebelum dia boleh bersyarah.,jika tidak dia menjadi lesu dan monyuk.Selepas sepuluh minit dia mengambil air minuman itu ,Pak Mad Etong bertukar menjadi seorang yang gagah dan berani.Dia tidak hairankan sesiapa,asalkan ada pembesar suara di hadfapannya,Pak Mad Etong mampu berucap sehinnga masuk waktu subuh.Mereka yang duduk mendengar ucapannya itu tidak akan beranjak kecuali pergi membuang air kecil.Begitulah hebatnya Pak Mad Etong semasa bersyarah di hadapan khalayak ramai. Semasa berucap gerak geri seluruh tubuh badanya adalah seperti Etong sahabat Ekeng dalam cerita wayang kulit,Oleh yang demikian dia dikenali sebagai Etong. Watak Etong dalam cerita wayang kulit adalah suatu watak yang selalu mengena watak Ekeng.
|
|
|
Post by dato wan azmi on May 19, 2009 11:03:43 GMT 7
Disamping memberi ceramah ,Pak Mad Etong juga tiurut memberi kursus politik kepada ahili-ahli Parti Keris.Dalam kursus-kursus politi ni dia selalu memperingati mereka mengenai strategi politik Parti Keris. Katanya pada peringkat pertama mereka perlu mengikat kura-kura di kaki.Walaupun kura-kura adalah jinak,jika tidak diikatkan di kaki,ianya akan pergi (misalannya kepada ahli-ahli Parti Keris).Mereka perlu dijaga , diambil berat tentang kebajikan dan tatang seperti air di dalam dulang. Pada peringkat kedua,setelah semua kura-kura diikat ditangkap pula burung terbang.iaitu mempengaruhu mereka yang berada di atas pagar atau mereka yang berkecuali dengan menggunakan umpanm-umpan tertentu.Tahap ketiga iah meracik burung di rimba dengan menggunakan denak yang terlateh. Burung di rimba dimaksudnya ialah ahli-ahli parti lawan. Strategi ini amat berkesan sekali diamalkan dan banyaklah brung-burung yang terbang dan juga burung=burung di rimba dapat ditawan,
|
|
|
Post by dato wan azmi on May 19, 2009 12:28:15 GMT 7
Pak Mad Etong juga mengajar pemuda=pemuda Parti Keris tentang cara mana untuk menggangu ceramah=ceramah parti lawan jika ceramah-ceramah itu dipenuhi dengan maki dan hamun.Caranya ialah dengan mengumpul belalang di di masukkan kedalam botol yang diisi dengan najis manusia.Botol dogoncang dan apabila penceramah itu sedang memaki human ,botol dibuka dan belalang-belalang akan berterbangan menuju ke arah cahaya lampu letrik di atas pentas.Belalang-belalang itu ada yang jatuh di atas pakaian dan ada yang terbang hinggap di atas muka mereka.Suasana majlis menjadi kecuh disebabkan bau busuk najis manusia.Oleh yang demikian majlis terpaksa diberhentikan. Ada satu cara lagi yang boleh dilakukan;iaitu dengan menyapu lidi-lidi dengan najis manua dan lidi-lidi itu dicucuk di selukawasan
|
|
|
Post by dato wan azmi on May 19, 2009 12:38:27 GMT 7
dicucuk di seluruh kawasan yang lazimnya di mana orang -orang perempuan berkumpul untuk mendengar ceramah.Kawasan ini bereda di sebelah kawasan yang agak gelap sedikit.apaboila mereka berjalan kain baju kurung mereka yang labuh itu akan terkena lidi-lidi itu.Maka riuh rendahlah keadaan ,ada yang menjerit , ada yang memeki hamun dan mereka tidak lagi tertumpu kepada ceramah.Gangguan yang dilakukan oleh orang-orang perempuan ini juga berjaya menamatkam sesuatu majlis ceramah itu. Teknik untuk menyuraikan orang di dalam sesuatu majlis ceramah itu telah doperolehi oleh Pak Mad Etong dari sahabat karibnya Husin Serakma ,seorang pemimpin muda Parti Keris dari Negeri Kelantan yang berani dan pandai menyusun sdtrategi untuk melemahkan parti lawan.
|
|
|
Post by dato wan azmi on May 19, 2009 13:03:59 GMT 7
Begitulah suasana di kawasan ini, di sebelah malam hari dipenuhi dengan ceramah politik dari kedua pihak yang kadangkala menjadi kecuh dan di sebelah siang hari pula dapat dilihat kesibukan perlaksanaan projek pembangunan.Diantara salah satru projek itu ialah projek bekalan air masyrakat. Penduduk-penduk yang terlibat akan bergotong royong memasang apip air yang disalurkan secara graviti dari kawasan hutan tadahan.Jika tidak ada air terjun,telaga digali dan air dipam naik dengan menggunakan injin disel. Di anatara projek ini ialah di Kampung Sadu. Penduduk-penduduk di kampung dikehendaki membayar dua ringgit seminggu untuk membeli minyak disel. Semua mereka membuat bayaran sebnanyak apa yang ditetapkan itu oleh Cik Peng Pak Zeming,ketua kampung itu yang begitu aktif sekali membawa segala projek pembanguinan ke kampungnya. Hanya seorang sahaja yang enggan membuat bayaran.Beliau lah Husin Cu orang kuat Parti Bulan di kampung itu yang hampir setiap pagi mencuci prewet sapunya (teksi haram) dengan menggunakanm air dari bekalan itu.ASpabila diminta untuk membuat bayaran dia enggan membayar dengan alasanya bahawa kerajaan patut juga bekalkan minyak dissel,bukan setakat mengurek telaga dan memasang paip.Pada satu pagi sedang Husin Cu mencuci keretanya,Cik Peng dengan pantas berlari menuju ke rumah dia dan terus memotong paip kerumahnya.Maka keadaan menjadi tegang dan selepas itu Husin Cu tidak lagi menggunakan air itu untuk mencuci kereta prewet sapunya.
|
|
|
Post by dato wan azmi on May 19, 2009 14:43:24 GMT 7
Husin Cu bukanlah berasal darikampung ini.Dia yang berasal dari Siong telah berhijrah ke sini setelah berkahwin dengan dua sepupunya Leha anak Tok Yub.Semasa beliau tinggal di Siong,dia merupakan pengikut setia Ibrahim Libya;di sini beliau berkawan baik dengan Tok Cik Ya dan Awang Kecikl setelah menyertai Parti Bulan. Husin Cu selalu berulang alik ke rumah Awang Kecik.maklum sahajalah di rumah itu terdapat seorang anak dara tua yang diminatinya.
|
|
|
Post by dato wan azmi on May 19, 2009 14:54:05 GMT 7
Disamping membawa prewet sapu,Husin Cu juga merupakan seoranh aktivis politik Parti Bulan.Tugas utamanya ialah mengumpul derma dalam ceramah-ceramah politik parti itu.Dia akan menghulur ketayap putih yang dipakainya dengan memasukkan dahulu wang nya sebanyak sepuluh ringgit sebagai denak.Dengan nada yang kuat dia akan bertakbir ALLAH HUAKBAR dan melaung dengan perkataan FILSABILLILAH;maka ramailah memderma,terutama kaum perempuan.Setelah ketayapnya dipenuhi kebanyakkanya dengan wang kertas.dia akan bergerak ke kawasan yang agak gelap sedikit. Sebahagian dari wang itu dimasuikkan kedalam gulung lipatan kain pelekat yang dipakainya dan sebahagian lagi itu diserahkannya kepada penganjur majlis.
|
|
|
Post by dato wan azmi on May 19, 2009 15:06:18 GMT 7
Di kampung ini Husin Cu tidak berjaya menarik seorang punmenertai Parti Bulan kerana kampung ini adalah merupakan kubu kuat Parti Keris di bawah ketuanya Cik Peng Pak Zeming. Di kampung-kampung lain dia agak berjaya juga kerana dia begitu cergas sekali di dalam kegiatan kemasyarakatan. Di rumah-rumah kenduri dia berada di tempat membasuh pinggan mangkok,periuk dan belanga sehingga semua perkasasan itu siap dicuci , dilap kering dan disusun kemas.Disamping itu dialah yang membawa orang-orang sakit ke klinik secara percuma dengan prewet sapunya. Dari seni perhubungan kemanusian,Husin Cu amat bijak sekali dan begitulah juga denganpemimpin-pemimpin Parti Bulan. Walaupun mereka cekap dalam bidang seni peerhubungan kemanusiaan tetapi mereka lemah dari segi sains pengurusan kuasa.Ini bertentangan dengan pemimpin-pemimpuin Parti Keris yang amast mahir di dalam Sains Pengurusan Kuasa ,tetapi lemah di dalam seni perhubungabn kemanusian.
|
|
|
Post by dato wan azmi on May 19, 2009 15:11:33 GMT 7
Ceramah-ceramah sudah banyak dilakukan olehkedua-dua pihakiaitu pihak Parti Keris dan pihak Parti Bulan.Begitu juga mengenai pembangunan,banyak projek telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan.Kursus-kursus mengenai pilihanraya juga turut dilaksanakan di seluruh kawasan ini oleh kdua pihak.Pendek kata semua mereka sedang siap menunggu tibanya pilihanraya umum.
|
|
|
Post by dato wan azmi on May 20, 2009 12:13:08 GMT 7
Pada pertengahan bulan berikut Tunku Putra telah mengumumkan bahawa DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung telah perkenan untuk membubar Parlimen.Berita ini telah dihebahkan melalui berita yang disiarkan melalui telivisyen dan radio. Pada keesokan harinya semua surat khabar menyiarkan berita ini. Pilihan raya umum sudahtiba dan tarikh membuang undi adalah dua minggu dari tarikh ini.Oleh yang demikian dalam tempuh empat belas hari semua pihak akan sibuk berkempen dan menjalankan kerja-kerja yang berkaitan dengan pilihan rayaini.
|
|
|
Post by dato wan azmi on May 20, 2009 12:25:22 GMT 7
Pada keesokan harinya satu berjumpaan Parti Keris telah diadakan di rumah Puan Sarimah.Turut hadhir dalam perjumpaan itu ialah Encik Khir Johari ,ketua bahagian Parti Keris yang baru dilantik bersama dengan timbalannya Pak Non Johari.Dalam perjumpaan ini mereka telah berbincang dengan panjang lebar mengenai segala persiapan jentera pilihan raya parti ini. Setiap tugas diperhalusi dan setiap ahli yang diberi tugasan tertentu diminta memberi taklimat. Seperti biasa,Pak Dakob diberi tugas untuk mengawasi tugas-tugas pemuda seperti menaikkan poster,menyedia kawalan-kawalan keselamatan dan berbagai tugasan lain yang penting. Timah selaku setiusaha Pengerakan wanita ditugaskan untuk menyelaras semua tugas yang telah ditetapkan seperti kegiatan merayu undi dan menyemak daftar pemilih.
|
|
|
Post by dato wan azmi on May 20, 2009 12:31:23 GMT 7
Hari penaman calun telah ditetapkan.Dua hari sebelum penamaan calun dilakukan ,calun-calun dari kedua pihak telah diumumkan secara resmi oleh parti masing-masing.Bagi Parti Keris calun untuk kerusi Parlimen ialah Encik Khir Johari sendiri dan bagi dua kerusi Dewan Undangan Negeri pula calunnya ialah PuanSarimah yang kan bertanding kali yang kedua dan Pak Non Johari yang kali pertama akam bertanding di sini.
|
|
|
Post by dato wan azmi on May 20, 2009 12:44:42 GMT 7
Bagi parti lawan pula yangdipilih menjadi calun Parlimen ialah Yussuf Rawa ,ketua Parti Bulan dari Pulau Pinang dan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri sebelah utara ialah Ustaz Hamzah Latif dan bagi bahagian selatanHarun Jusuh mempertahankan kerusinya. Oleh yang demikian calun-calun yang bnertanding dalam pilihan raya ini adalah hebat-hebat belaka;bertemu buku dengan ruas adalah keadaannya pada pilihan raya kali ini.
|
|
|
Post by dato wan azmi on May 20, 2009 13:01:47 GMT 7
Setelah penamaan calun dilakikan,maka semua pihak pun mulalah berkempen dengan berbagai cara untuk mendapat pengaruh pengundi. Pak Dakob selaku ketua pemuda Parti Keris terus berkampung di pejabat piolihan rayas Parti Keris.Beliau dibantu oleh ramai anak-anak muda dan di anatara mereka itu ialah Wang Zeming yang kini berugas sebagai guru sementara di Sekolah Rendah Kebangsaan di pekan ini setelah memperolehi sijil Senior Cambridge,Tugas utama yang diberi oleh Pak Dakob kepanya ialah menyusun progrem belia-belia untuk mengambil bahagian dalam majlis-majlis peresmian projek,pengagehan poster,poster dan melayan penceramah-penceramah jemputan yang dijemput dari luar kawasan ini. Segala tugas yang diberi itu dipikulnya dengan penuh tanggung jawab.Segala aktiviti yang berkaitan dengan tugas pemuda disusun dengan baik.Oleh yang demikian segala aktiviti pemuda berjalan dengan lancar.Wang Zeming juga diberi peluang untuk mengatur ceramah-ceramah di peringkat kampung.Kadangkadang dia terpaksa berucap dan bersyarah sementara menunggu tibanya penceramah yang diundang itu.Walaupun dia berbadan kecil,tatapi suaranya agak kuat dan tidak memerlukan pembesar suara untuk berucap.
|
|
|
Post by dato wan azmi on May 20, 2009 15:01:32 GMT 7
Parti lawan memberi lebih tumpuan berkempen di sebelah utara ,kerana mereka mempunyai harapan yang cerah untuk menawan kawasan DUN ini. Tiga isu utama yang diberi tumpuan oleh mereka;iaitu isu pembinaan ampangan di hulu Sungai Muda,isu kafir yang kerap dibangkitkan dan isu calun Parti Keris adalah seorang wanita yang gagal dalam menyelesaikan banyak masalah yang dihadapi mereka. Cik Gu Sudin yang tidak bertanding pada pilihan raya kali amat aktif berkempen walaupun dia tidak dipilih.Di kawasan ini dia mempunyai ramai pengikut yang setia,sanak saudaranya juga ramai dan bekas anak-anak muridnya banyak yang menyertai Parti Bulan. Di sebelah selatan Puan Sarimah mempunyai pengaruh dan di sebelah utara harapannya untuk menang adalah tipis sekali. Walaupun demikian jentera pilihan raya Parti Keris tetap memberi tumpuan dan berusaha bersungguh-sungguh.Dalam ceramah-ceramah yang diadakan itu mereka mencuba mematikan hujah-hujah parti lawan;tetapi mereka sekadar mempertahan sahaja segala hujah dan tidak mampu menyerang parti lawan. Isu pembinaan ampangan dipergunakan sepenuhnya dan dikaitakan dengan perbvuatan yang lazim serta tidak memberi manafaat kepada penduduk tempatan.Rakyat di situ dipaksa berkorban untuk kepentingan orang lain.Air yang akan ditakungkan itu akan dialirkan ke kawasan lain;penduduk termpatan akan kehilangan banyak faedah dan banyak tanah-tanahmereka akan ditenggelami airBahagian sungai di sebelah bawah ampangan akan menjadi kering dan mereka tidak akan lagi boleh menangkap ikan-ikan air tawar seperti yang lazim dilakukan. Isu kafir tersangat berkesan dan kebanyakan mereka berpegang kuat kepada amanat bahawa membuat pakatan dengan kafir adalah kafir hukumnya.Jika menjadi kafir neraka jahanam adalah tempat tinggal mereka kelak. Menjadi ahli parti itu adalah sudah terjamin untuk masuk syurga. Saleh Debu dan Haji Cik Lah Kecik amat aktif berkempen dam mereka berdua sanggup mengeluarkan banyak sumbangan wang ringgit dan tenaga ,semata-mata untuk memenangkan calun mereka. Sesuati ramai.
|
|