|
Post by dato wan azmi on Jun 16, 2009 13:11:42 GMT 7
Di bahagian sebelah selatan kawasan ini suasana pengaruh politik amatberbeza dengan kawasan sebelah utara.Orang -orang kuat Non Johari seperti Pak Lang Huseng Lubuk Bedil.Pak Lang Usuk Jeniang danMajid Pak Sodah amat kuat berkempen untuk Parti Keris. Tenaga-tenaga muda yang diketuai oleh Pak Dakob begitu aktif sekali masuk kekampung-kampung merayu undi.Rumah Mak Bonda di Jeniang dijadikan markas mereka dan juga dijadikan tempat pertemuan semua jentera parti. Segala makan minum mereka ditanggung oleh Mak Bonda,seorang peyokong kuat Tunku Putra.Beliau dikenali hampir di seluruh kawasan ini;tiada seorang pun mengetahui namanya,akan tetapi semua memanggilnya Mak Bonda sahaja. Mak Bonda tidak banyak bercakap,cuma swekadar meniup semangat perjuangan kepada pekerja-pekerja pari sahaja.Seluruh bahagian rumahnya digunakan untuk pekerjaan parti.Beliau dan suaminya berpindah tidur di pondok kecil yang terletak di belakang rumahnya. Rakan karib Mak Bonda,Mak Timah Simpang Begia berugas sebagai tukang masak sukarela yang bertukus lumus memasak untuk semua pekerja Parti Keris. Semua petugas-petugas di bawah kelolaan Non Johari begitu kuat sekali semangat,kuat berkerja,kuat berkempen dan kuat merayu undi tanpa meminta sedikit pun wang upahan. Mereka berkerja sebagai satu pasukan dengan niat semata-mata untuk mencapai kemenangan dalam pilihan raya ini.
|
|
|
Post by dato wan azmi on Jun 17, 2009 9:51:55 GMT 7
Disamping memasak secara sukarela di Markas rumah Mak Bonda, Mak Timah Simpang Begia juga bertugas sebagai ketua perayu undi. Beliau dan beberapa orang ketua wanita tidak jemu-jemu masu ke kampung-kampung setiap petang untuk merayu undi. Mereka tidak mempunyai kenderaan khusus;kadang-kadang terpaksa menumpang basikal atau motosikal orang lain atau berjalan sahaja tanpa mengira penat dan lelah.Pada satu petang semasa mereka memasuki Kawasan Kampung Kalai;iaitu sebuah kampung yang didiami oleh orang-orang Siam,beberapa ekor anjing peliharaan orang Siam di situ telah mengejar mereka.Tiada pilihan lain mereka terpaksa berlari masuk kedalam wat tanpa membuang kasut yang dipakai.Ketua Sami di wat itu ,iaitu Tok Tan Bau terperanjat melihat wanita Melayu berlari dengan berkasut memasuki wat. Setelah diberitahu bahawa mereka ini adalah orang-orang Parti Keris dan berlari masuk kedalam wat kerana dikejar oleh anjing,maka Tok Tan Bau pun tidak jadi marah,malah mereka dijemput untuk duduk di atas kerusi dan diberi seorang sekotak air minuman.Disamping itu Tok Tan Bau juga menghulur sedikit wang derma kepada mereka.Dia juga membuat tilikan bahawa satu kerusi akan kalah ;Non Johari dan Khir Johari akan menang besar. Semenjak hari itu semua orang Siam yang memelihara anjing di kampung ini tidak lagi membiarkan anjing-anjing mereka berkeliaran kerana Tok Tan Bau telah memberi amaran supaya semua anjing-anjing peliharaan tidak boleh dibiarkan berkeliaran .
|
|
|
Post by dato wan azmi on Jun 17, 2009 10:02:48 GMT 7
Huseng Cu amat sibuk berkempen siang dan malam. Dia lebih memberi tumpuan kepada orang-orang ahli Parti Bulan,terutamanya golongan wanita warga emas.Setiap orang yang ditemui,akan diberitahu supaya memangkah Parti Bulan kerana bulan berada di atas.Begitulah Huseng Cu berkempen menyuruh orang yang ditemuinya supaya memangkah PartiBulan yang berada di atas. Oleh yang demikian kebanyakan orang-orang tua berpegang kepada kempen Huseng Cu apabila membuang undi nanti hendaklah memilih yang di atas.
|
|
|
Post by dato wan azmi on Jun 17, 2009 12:22:45 GMT 7
Huseng Lajak,Mad Nor Kole,Sarip Ane dan beberapa orang kuat Non Johari berpakat untuk mengadakan suatu ceramah besar-besaran bertempat di perkarangan rumah Mak Bonda.Cik Khir Johari,calun Parti Keris akan dijemput unuk memberi ceramah dan Pak Mad Etong juga turut diundang memberi ceramah. Pada malam yang ditetapkan itu,begitu ramai sekali orang menghadiri ceramah ini sehingga melimpah ke atas jalan raya.Seperti biasa Huseng Lajak menjadi pengerusi majlis;ddendan mukadimah yang panjang lebar dia bukan sahaja memperkenal calun-calun Parti Keris tetapi juga beresyarah mengenai perjuangan Parti Keris.Dia mengambil lebih dari satu jam bersyarah;terlajak dari masa yang dikhaskan kepadanya sebagai pengerusi majlis. Begitulah sudah menjadi kelaziman Huseng Lajak akan bercakap lajak dari masa yang diberi kepadanya. Kedua-dua calun tidak bercakap panjang sekadar meluahkan peraasan jika mereka menang tumpuan akan diberi untuk memajukan kawasan ini.Selepas calun berucap,tiba pula giliran Pak Mad Etong berucap. Beliau mengambil masa sehingga larut malam untuk menyampaikan banak perkara ytang menyentuh peranan Parti Keris dalam pembangunan negara.Beliau banyak berkelakar dan banya k bercerita;kedua perkara inilah paikan malam itu ialah cerita mengenai seorang tua ,dengan anaknya dan bersama mereka dengan menunnseekor kaldai.Mengikut cerita ini oleh kerana kaldi itu tidak boleh ditunggang lebih dari seorang kerana bentuk badannya agak kecil,maka orang tua itu memnyuruh anaknya menunggang dahulu kaldi itu.Apabila mereka sampai di sebuah kampung ,orang-orang kampung itu mengutuk anak itu kerana tidak bertimbang rasa dengan membiar orang tuanya berjalan sewdangkan dia begitu enak sekali berada di atas kaldai.Setelah mendapat kutuk bapanya menunggang pula kaldai itu.Setelah mereka samkpai di sebuah lain lain pula.penduduk-penduduk di kampung terus mengutuk sibapa itu kerana membiarkan anaknya berjalan. Setelah itu sibapa lalu turun dari kaldi dan mereka berdua pun berjalan tanpa menunggang kaldai itu.Semua orang kampung itu ketawakan mereka kerana tidak tahu mengguna binatang itu. Setelah habis berceriuta Pak Mad Etong pun terus membuat kesimpulan tentang tindakan Parti Pembangkang yang hanya tahu mengkritik sahaja.Semua orang yang hadir mendengar ceramah Pak Mad Etong tidak kering gusi mengikuti ceritan-cerita yang disampainya.
|
|
|
Post by dato wan azmi on Jun 17, 2009 21:56:35 GMT 7
Pada keesok malam ,Parti Bulan mengadakan ceramah untuk membalas ceramah yang diadakan oleh Parti Keris.Mereka memilih kawasan perkarangan rumah Imam Uztaz Mad Isa yang terletak tidak jauh daru rumah Mak Bonda. Beberapa orajuga penceramah ng penceramah tempatan dan juga penceramah luar dijemput,termasuklah calun mereka Haji Yussuf Rawa.Disebabkan oleh beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan,calun mereka tidak dapat hadir.Oleh yang demikian kehadiran keceramah ini tidaklah seramai yang dijangkakan.Lagi pun kawasan ini adalah kubu kuatParti Keris dan pengaruh Non Johari begitu kuat sekali. Ada seorang penceramah mereka yang ambil kesempatan ceramahnya bernyanyi lagu OH MAK BONDA ,semata-mata untuk menyindir Mak Bonda.Orang-orang Parti Keris termasuklah Mak Bonda tidak memarahi mereka,kerana mereka menganggap sebagai hiburan sahaja.
|
|
|
Post by dato wan azmi on Jun 18, 2009 10:09:24 GMT 7
Ustaz Mad Isa dan beberapa orang kuat Parti Bulan di kawasan ini tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku pada ceramah Parti Bulan itu.Mereka amat kecewa dengan cara ceramah disampaikan yang pada pandangan mereka adalah bercanggah dengan Islam. Bernyanyi dan menyindir adalah perbuatan yang bertentangan dengan ajaran Islam.Peristiwa diketahui oleh Non Johari dan diambil peluang ini untuk bertemu dengan kumpulan itui.Pak Lang Yusup diberi tuigas untuk bertemu dengan Ustaz Mad Isa kerana mereka berdua adfalah kawan karib seperguruan dalam silat gayung.Setelah dipujuk akhirnyaUstaz Mad Isa bersetuju bertemu dengan Non Johari.Perjumpaan ditetapkan dan mereka bertemu di rumah Pak Sarip Ranjer,seotrang pegawai Jabatan Hutan yang rapat dengan kedua belah pihak.Dalam pertemuan itu Non Johari telah berjaya memujuk Ustaz Mad Isa dan beberapa orang kanannya.Setelah penjelasan dibuat mengenai perjuangan Parti Keris yang tidak menafikan kedudukan Agama Islam dan cara-cara ianya membangunkan Islam,akhirnya Ustaz Mad Isa bersetuju menyertai Parti Keris. Pada kesesokan harinya berita Ustaz Mad Isa keluar dari Parti Bulan tersebar luas di kawasan ini.Beberapa orang kuat parti datang memujuk beliau supaya kembali ke Parti Bulan;namun Ustaz Mad Isa tetap dengan pendiriannya untuk tidak berada dalam parti itu.Tanpa penglibatan Ustaz Mad Isa jentera Parti Bulan di kawasan ini tidak dapat berjalan dengan berkesan dan melemahkan semangat ahli-ahli mereka di sini.
|
|
|
Post by dato wan azmi on Jun 18, 2009 14:23:00 GMT 7
Pada malam terakhir beerkempen ,Pak Da Kob dan anggota pemudanya telah mengaturkan satu majlis ceramah Pari Keris di perkarangan rumah Haji Hamad Mekong Kamkpung Bangguil Derdap.Kawasan ini adalah terletak bsersebelahan dengan kawasan pondok yang diuruskan oleh Tuan Guru Pak Cik Leh.Beliai adalah orang kuat Parti Bulan yang sangat berpengaruh di kawasan ini.Beliau jugaadfalah adik kepada Haji Hamad Mekong.Oleh kerana mereka berdua mempunyai perbezaan fahaman politik,perhubungasn mereka berduas tidfaklah begitu rapat.Oleh kerana kawasan ini terletak bersebelahan dengabn kawasan pondok,diputuskan hanya dua orang penceramah sahaja dijemput.Mereka itu ialah Haji Mad Sidam dan Pak Mad Etong,kerana hanya dua orang ini sahajalah yang mampu berceramah dengan menggunakan ayat-ayat Koran dan Hadith.seperti biasa,sebelum bersyarah Pak Mad Etong perlu mengambil minuman cap harimau itu dahulu.Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al Koran oleh Haji Sahak dan diikuti dengan ceramah yang disampaikan oleh Haji Mad Sidam.Dalam ceramahnhya Haji Mad Sidfam telah memperjelaskan dengan panjang lebar isu kafir yang selalu dibangkitkan oleh penceramah-penceframash Parti Bulan. Megikut penjelasannya kafir itu tergolong dalam dua puak;iaitu kafir harbi dan kafir zimmi,Kafir harbi boleh dibuat kawan kerana mereka tidak bermusuh dengan Islam,malah metreka sanggup berkerjasama dengan pemimpin Islam.Mengenai kafir zimmi pula,oleh kerana mereka bermusuh dengan Islam dan tidak taat kepada pemimpin Islam,adalah haram hukumnya.Orang-orang Parti Keris mendapat kerjasama dengan kafir harbi dan bukanya dengan kafir zimmi.Oleh yang demikian tuduhan yang mengatakan orang Parti Keris sudah menjadi kafir adalah tidak benar.Jika tidak kenyataan itu tidak benar,maka hukum kafir itu akan dikembalikan kepada orang yamg membuat kenyataan itu.Penerangan yang dibuat oleh Haji Mad Sidam begitu jelas dan senang difahami;akan tepati penjelasan ini tidak didengari oleh Tuan Guru Pak Cik Leh kerana pembesar suara tidak untuk menghormati kawasan pondok dan dia tidfak mahu menimbulkan pergaduhan dengan adiknya.
|
|
|
Post by dato wan azmi on Jun 21, 2009 0:13:17 GMT 7
Ramai juga penyokong kedua pihak menghadiri ceramah ini.Orang-orang Parti Keris duduk bersila di atas tikar yang dihampir di kawasan halaman rumah Haji Hamad Mekong dan kaun ibu duduk di atas jemuran.Orang -orang Parti Bulan duduk bercangkung di celah pokok kopi bersempadan dengan kawasan pondok.Ceramah berjalan dengan elok tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini;kecuali beberapa orang wanita warga emas melatah apabila dua batang gelegar jemuran patah.
|
|
|
Post by dato wan azmi on Jun 21, 2009 0:24:29 GMT 7
Beberapa orang kuat Parti Keris termasuklah Haji Hamad Mekong,Huseng Kapak Api,Haji Awang Hamd danAli Debasa tidak puas hati kerena calun Parlimen mereka tidak hadir dalam ceramah itu,Beliau hanya mengirim salam yang disampaikan oleh Pak Mad Etong. Setelah ceramah ditamatkan mereka telah meminta Pak Da Kob untuk menyuruh calun datang juga ke kampung ini pada keesokan harinya. Pak Da Kob berjaya dapat berhubung dengan calun dan dia berjanji untuk menunaikan permintaan mereka danbeliau menyuruh Pak Da Kob menyembeleh seekor lembu pada hari membuang undi dan disuruh masak nasigulai kawah dengan rias pisang.
|
|
|
Post by dato wan azmi on Jun 22, 2009 0:46:43 GMT 7
Pak Da Kob telah berjaya meminta peruntukan untuk lima ekor lembu untuk disembeleh pada hari membuang undi.Pada malam itu juga lioma ekor lembu diperolehi dan dihantar sekor ke Kampung Banggul Derdap,dua ekor sihanrat ke rumah Mak Bonda,seekor dihantar ke kawasan utara dan seokor lagi dihanrat ke kawasan Kampung Tupai. Selepas sahaja mereka menunai solat subuh,lembu-lembu itu pun disembeleh dan dimasdak gulai kawan bercampur rias pisang.Nasi dimasak dalam kawah dengan menggunakan beras yang dikumpul secara derma dari ahli-ahli parti.Ada yang meynyumbang beras.ada yang menyumbang kelapa dan ada yang menyumbang gula dan kopi untuk menjamu ahli-ahli dan pekerja parti.Kebanyakan masakan siap boleh dijamu pada jam sepuluh pagi.Ramailah ahli-ahli Parti Keris pergi makan nasi kawan itu setelah mereka membuang undi. Pada jam dua petang calun-calun pun tioba di Kampung Baggul Derdap dan mereka pun menjamu selera bersama dengan beberapa orang kuat Parti Keris.Ramai yang tidak pulang kerana mahu bersdalam dengan calun,Selepas menjamu selera calun-calun pun bangun bersalam dengan semua yang masih bereda disitu.Calun Parlimen berjanji jika dia mendapat kemenangan sebuah sekolah menengah akan dibina di daerah ini.Mereka yang berada disitu bertepuk gembira dan ramai-ramai mengatakan calun Parlimen khususnya akan menang dalam pilihan raya ini.Mereka agak bimbang mengenai calun di bahagian utara,kerana pengaruh Parti Bulan agak kuat di kawasan itu.
|
|
|
Post by dato wan azmi on Jun 25, 2009 0:11:13 GMT 7
Sehingga jam dua petang,tiada seorang pun penggundi Kaum Cina keluar untuk membuang undi. Tan Chon Hai ketua pemuda Parti Bintang tersangat risau tentang keadaan ini.Beliai dari awal-awal pagi merayu agar mereka keluar awal untuk mengundi memandangkan cuaca tidak bereda elok pD hari itudan hujam mungkin akan turuh diawal petang hari. Mereka memberi alasan tidak boleh keluar dari kedai kerana pasda hari ini;iaitu hari Sabtu pelangan begitu ramai sekali.Mereka berjanji untuk membuang undi di sebelah petang jerana pada masa itu pelangan-pelangan sudah berkurangan. Tan Chong Hai telah bertemu dengan Pak Da Kob untuk berbincang masalah ini.Setelah b erbincang dengan panjang lebar,mereka berdua bersetuju untuk meminta Haji Hamad Matloh untuk membantu mereka merayu agar pengundi kaum Cina keluar awal membuang undi.Haji Hamad Matloh dalah seorang Cina mualaf yang sangat berpengaruh di kalangan masyarakat Cina di sini.Semua orang Cina yang datang menetap di sini mendapat bantuan dan perlindungan dari beliau. Dia bersetuju membantu dan mereka bertiga mulalah bergerak dari pinti ke pintu.Semua yang ditemui mereka akhirnya bersetuju keluar mengundi awal setelah diminta oleh Haji Hamad Matloh.
|
|
|
Post by dato wan azmi on Jun 26, 2009 1:23:23 GMT 7
Di Kampung Kura ramai orang -orang Siam tidak dapat mengundi danmasalah ini telah diberitahu kepada Pak Deng Seng,Selaku ketua ,beliau sangaty mengambil berat tentang semua masalah yang dihadapi oleh anak buahnya.Tanpa membuang masa Pak Deng Seng terus pergi ke Kampung Kura untuk menyiasat mengrenai masalah ini.Setelah bertemu dengan pegawai pilihanraya yang bertugas di sity beliau diberitahu bahawa mereka yang tidak dapat mengundi adalah kerana nama mereka tidak disenaraikan sebagai pengundi di situ.Beliau dengan segera menghubungi ibu pejabat Parti Keris dan setelah dibuat semakan oleh Ibu Pejabat didapatyi mereka yang tidak boleh mengundi di Kampung Kura,tetapi menetap di situ adalah kerana pendaftaran sebagai pengundi dibuat di Wat Padang Peliang.. Apabila mereka berpindah dan menetap di Kampung Kura kerana berkahwin dengan orang di situ dan juga kerja membeli tanah di situ mereka tidak melakukan perpindahan pendaftaran sebagai pengundi.Setelah diterang oleh PK Deng Seng mereka pun fahamlah tentang masalah itu.Pak Deng dengan segera menyewa dua buah prewet sapu dan menyuruh mereka pergi mengundi di Wat Padang Peliang yang terletak tidak berapajauh dari Wat Kampung Kura. Mereka tidak bernasib baik kerana telah sampai di Padang Peliang belas minit lewat. Mereka terus pulang untuk bertemu dengan Pak Deng Seng di Kampung Bukit Minyak untuk memaklumkan kelewatan mereka. Pak Deng Seng tidak marah,tetapi dengan nada yang lembut memberitahu mereka agar jangan cuai dan perlu mengambil berat tentang pendaftaran pemillih.Mempunyai semangat yang tinggi sahaja tidak berguna jika tidak disusuli dengan tindakan yang betul. Dengan kata-kata nasihat ini mereka pun berjanji kepada Pak Deng Seng bahawa mereka akan membuat pemindahan pendaftaran dengan seberapa segera yang boleh.
|
|
|
Post by dato wan azmi on Jun 29, 2009 10:42:03 GMT 7
Lebih kurang pukul tiga setengah petang hujan mula turun dengan agak lebat juga.Di Kampung Landai keadaan menjadi kelam kabut sedikit kerena ketua Parti Keris di kawasan itu belum lagi membuang undi. Lah Man Ciktu telah keluar pergi mencari tiga orang anak buahnya yang tidak kelihatan di persekitaran pondok panas.Setelah pergi mencari di rumah mereka,dia diberitahu oleh isteri-isteri rakan bahawa suami mereka pergi ke hutan untuk meracit burung punai dan akan pulang disebelah petang untuk mengundi.Oleh yang demikian Lah Man Ciktu telah mengambil keputusan untuk mencari mereka kerana dia tahu pokok jerai tempat meracit burung-burung punai itu.Apabila dia sampai di pokok jerai itudidapati rakan-rakanya tiada di situ,tetapi bekas mereka meracit dapat dikesan.Dengan serta merta dia terus pulang dan apabila sampai ditebing sungai Landai dia terkejut melihatketiga rakan itu sedang berteduh di bawah pohon beretam. Dia terus berlari menuju kearah mereka dan diberitahu Awang Gonok salah seorang rakannya telah terjatuh pokok jerai semasa memasang getah lidi untuk menangkap burung punai.Dua orang rakan yang lagi itu terpaksa mengusung Awang Gonok untuk dibawa pulang.Mereka terpaksa berhenti rihat kerana kepenatan. Setelah melihat kedatangan Lah Man Ciktu metreka pun tersangat gembira dan bertiga mereka bergilir-gilir mengusung Awang Gonok untuk dibawa pulang ke rumahnya.Mereka sampai di rumah Awang Gonok ketika azam Magrib sedang dilaungkan.Oleh yang demikian Lah ManCiktu dan tiga orang anmak buah tidak sempat mengundi pada pilihanraya kali ini. Pada malam itu ramailah orang pergi menziarahi Awang Gonok dan mereka tidak memarahinya tetapi ramai yang perlikanya dan Lah Man Ciktu tidak kelihatan kerana dia tidur awal kerana keletihan.
|
|
|
Post by dato wan azmi on Jun 29, 2009 10:55:30 GMT 7
Huseng Cu juga sibuk dan diasemkat melawati hampir kesemua pondok panas Parti Bulan.Di setiap pondok panas yang dilawatinya dia turut membekal petugas-petugas disitu dengan gula,kopi,roti manyat dan rokok.Rupa-rupanya Huseng Cu telah menggunakan wang yang dihimpunnya diceramah-ceramagh partiitu.Dia tidak memberi tahu kerpada sesiapa kecuali Tok Cik Ya seorang sahaja yang mengetahui perkara ini. Walaupun dia memberi tumpuan kepada pondojk-pondok panas partinya,Huseng Cu juga turut menghulur juga pemberian kepada beberapa pondok panas Parti Keris kerana mereka yang bergtugas di situ adfalah juga kenalan rapatnya.
|
|
|
Post by dato wan azmi on Jun 30, 2009 11:37:23 GMT 7
Pada sebelah petang hujan turun agak lebat khususnya di kawasan sebelah utara.Ramai juga ahli-ahli Parti Keris yang bercadang hendak membuang undi di sebelah petang tidak dapat berbuat demikian kerana hujan Kenderaan yang membawa pengundi tidak dapat bergerak kerana jalan tanah merah menjadi begitu becak .Di sebelah kawasan selatan hujan tidaklah lebat dan pembuangan undi berjalan lancar sehingga tempat membuang undi ditutup .
|
|