|
Post by dato wan azmi on May 27, 2009 11:28:05 GMT 7
Sesuai dengan keadaan di Kota Aur,pemuda-pemuda Parti Keris di bawah ketua mereka Mansor Mutulili telah menaikkan bendera parti itu dengan menggunakan sebatang buluh beting yang diikat di atas pokok cenderai berhadapan dengan kawasan surau di kampung itu.Apabila ditiup angin,bendera itu berkibar dengan megah.Setiap orang yang lalu lalang di situ akan menulih memerhati bendera itu berkibar ditiup angin.Di sebelah bendera ini dipasang mereka busul angin yang apabila berputar akan mengeluarkan bunyi yang nyaring. Melihat apa yang telah dibuat oleh pemuda-pemuda Parti Keris di situ,Salleh Debu pun mengajak anak buahnya dalam Parti Bulan untuk menaikan bendera parti itu,supaya tidak kalah kepada lawan mereka.Batang pinang yang panjang ditebang dan dijadikan tiang bendera.Tiang batang pinang ini mereka naikkan di atas sebatang pokok cempedak yang tumbuh tidak jauh dari kawasan surau.Mereka juga memasang busul berhampiran bendera itu.Busul mereka lebih besar dari busul lawan dan apabila ditiup anginianya menghasilkan bunyi yuang lebih kuat dari busu awan mereka. Busul-busul kedua pihak akan berbunyi dengan kuat sekalki;jika angin bertiup kencang busul-busul itu akan menghasilkan bunyi yang amat nyaring sekali dan kerap kali mengganggu orang-orang yang berjemaah di surau itu. Tiada siapa yang berani membuat teguran,kerana kedua pihak terlibat.
|
|
|
Post by dato wan azmi on May 27, 2009 11:48:31 GMT 7
Selepas menaikkan bendera mereka,Salleh Debu dan anak buahnya bergotong membina pintu gerbang di muka masuk ke jalan kampung mereka.Puinti gerbang ini dihiasi dengan lambang bulan termasuklah wau-wau bulan berbagai saiz.Semua yang lalu lalang disitu akan terpaksa lalu di bawah pintu gerbang itu;kecuali beberapa orang kuat Parti Keris sepertiKob Sumbu dan Mansor Mutulili apabila lalu di sini mereka sanggup meyimpang dari pintu gerbang itu dan sanggup mengheret basikal mereka melalui semak pokok kapal terbang.mereka tidak mahu berjalan di bawah bendera parti lawan . Setelah berpakat pemuda-pemuda Parti Keris bersetuju membina juga pintu gerbang.Mereka pun bergotong royong membina dua pinti gerbang,sebuah di pertengahan jalan dan sebuah lagi di hujung jalan.Mereka hiaskan kedua -dua pinti gerbang ini denganlambang dacing dan lambangf keris. Kedua-dua pintu gerbang ini lebih cantik dan lebih hebat dari pintu gerbanglawan mereka. Apabila ahli-ahli Parti Bulan melalui kawasan ini mereka juga menyimpang dari kedua-dua pintu gerbang ini. Di hujung jalan mereka terpaksa menyimpang melalui kawasan paya. Kedua-dua pihak tidak cuba merusakkan pintu gerbang yang lain dan mereka bersetuju menaikan bendera secara bergotonh royong. Di sebelah kanan jalan dipasang dengan bendera Parti Bulan dan di sebelah kiri pula dipasang dengan bendera Dacing.
|
|
|
Post by dato wan azmi on May 27, 2009 13:37:35 GMT 7
Masuk malam yang ketiga setelah pintu-pintu gerbang itu dibina,mereka yang hendak pergi ke surau untuk menunaikan solat subuh telah melihat api bernyala kuat di pintu gebang muka jalan.Mereka pun berlarimenuju ke tempat kebakaran itu.Oleh kerana api itu bernyala dengan kuat;,mereka tidak boleh berbuat apa-apa ,hanya sekadar memerhati dari jarak jauh. Pintu gerbang itu terbakar dengan cepat kerana kebayankan bahan binaan adalah diperbuat dafri kertas,plastik dan buluh.Salleh Debju telah diberitahu mengenai kebakaran ini dan dia dan beberapa rakannya berlari denghan pantas menuju ke tempat itui.Apabila mereka sampai sahaja di situdidapati seluruh binaan pintu gerbang itu telah menjadi abu;hanya yang masih ada ialah bara-bara api sahaja. Keadaan menjadi cemas kerana Salleh Debu menuduh pihak lawan yang membakar pintu gerbangnya.Dia dan rakannya berlari puila menuju kearah pintui gerbang pemuda Parti Keris.Mansor Mutulili dan beberapa orang pemuda Parti Keris sedang berkawal di situ dan pertengkaran pun berlakulah di antara dua pihak itu. Mereka saling tuduh menuduh dan hampir berlaku pergaduhan jika tidak diberitahu oleh Tok Imam Nawang bahawa dia terserempak dengan Mad Yik anak Tok Mad Duketong yang kurang siuman berlari membawa jamong. Dia minta mereka menyiasat tentang kebakaran itu.Pada kesokan harinya terbuikti sepwerti apa yang dilihat oleh Tok Imam Nawang,Mad Yiklah yang membakar pintu gerbang itu setelah mereka berjumpa bekas jamong di rumahnya. Keaadan menjadi tenteram kembali;tetapi Salleh Debu tetap tidak puas hati dengan menuduh bahawa Mad Yok telah diupah oleh pihak lawannya. Setelah berbincang mereka pun membina semula pintu gerbang itu,tetapi tidaklah sebesar yang terbakar itu.
|
|
|
Post by dato wan azmi on May 27, 2009 13:50:12 GMT 7
Pada satu petang sekumpulan perayu undi wanta Parti Keris telah masuk ke kampong ini untuk merayu undi.Secara tyiba-tiba mereka terserempak dengan Mad Yik anak Mad Duetong,bertelanjang bulat berlari menyuju kearah metreka sambil memegang kemaluanya.Mereka berlari lintang pukang dikejar oloeh Mad Yik.Ada yang berlari masuk ke dalam kawasan bendang dan ada yang berlari masuk kedalam semak.Riuh rendahlah jerikan wanjta-wanita itu. Setelah mendengar jerikan yank kuat itu Mad Duketong yang berada berhampiran dengan sawah padi terus menerkam kearah mereka dan dilihat anaknya sedang mengejar wanita-wanita itu.Dengan pantas dia dapat mengangkap anaknya ,diikat tangan anaknya,dibawa pulang dan dimasukkan kedalam bilik pasung yang disediakan di bawah rumahnya.
|
|
|
Post by dato wan azmi on May 27, 2009 14:01:32 GMT 7
Selepas peristiwa ini wanita-wanita perayu undi dari Parti Keris tidak lagi berani memasuki kampung ini untuk merayu undi.Hanya pemuda-pemuda sahaja yang berani masuk ke situ. Mereka tidak merayu,tetapi telah banyak kali membuat kerja-kerja gotong royong membersih kawasan tanah perkuburan dan juga menebas di bahu-bahu jalan.Mad Yik dilepaskan oleh bapanya dan dia juga turut bersma menebas semak-semak di tepi jalan. Pada satu petang semasa dia memasuki semak di tepi jalan ,seekor ular kapak betina yang sedang megeram telornya mematuk betisnya setelah dia terpijak ular itu yang sedang mengeram telornya.Mad Yik terus di bawa ke hospital di Sungai Petani.Mulai hari itu ular kapak dikenali sebagai Kapak Sungai Petani oleh penduduk di kawasan ini.
|
|
|
Post by dato wan azmi on May 27, 2009 14:22:22 GMT 7
Semakim hampir dengan hari mebuang undi semakin rancak kempen dijalankan oleh kedua pihak.Setiap mala mereka berpeluang mendengar ceramah-ceramah yang disampaikan kebanyakan nya oleh penceramah dari luar kawasan ini.Pihak Parti Bulan lebih kerap mengadakan ceramah berbanding dengan Parti Keris.Tajuk ceramag mereka tertumpukan isu pembinaan empangan dihulu Sungai Muda yang mereka anggapkan sebai zalim dan tidak memberi manafaast kepada penduduk tempatan.Isu berkerjasama dengan kafir dalam memerintah negara juga ditekankan mereka. Isu orang Parti Keris menjadi kafir kerana berkerjasama dengan Parti Kafir amat sukar ditentang olehpenceramah-penceramah dari Parti Keris.Isu wanita menjadi wakil ditimbulkan juga,kerana mengikut penceramah mereka seorang wanita itu tidakbnoleh menjadi imam.Orang-orang dewasa dan wanita banyak yang terpengaruh dfengan dakyah ini.Pemuda-pemuda parti itu tidaklah sefanatik sangat;cuma kumpulanSalleh Debu sahaja yang berpejang kuat denganpegangan itu.
|
|
|
Post by dato wan azmi on May 27, 2009 15:31:11 GMT 7
cuma Salleh Debu dan beberapa orang rakannya berpegang kuat kepada kefahaman politik itu.
|
|
|
Post by dato wan azmi on May 27, 2009 15:44:46 GMT 7
Setelah membuat penganalisa secara terperinci ,Bilik Gerakan Pilihan Raya Parti Keris telah membuat keputusan untuk melipatkali gandakan kempen di kawasan sebelah utara.Pak Da Kob,ketua pemuda parti itu telah memilih Wang Zeming untuk berjumpa dengan Salleh Debu kerana mereka mempunyai pertalian keluarga.Wang Zeming meminta bantuan dari Tok Bomoh Awang Doi bersama berjumpa dengan Salleh Debu.Tok Bomoh Awang Doi jjuga beerkeluarga dengan Salleh Debu dan disamping itu dia memperolehi bekalan kulit kayu medang dan akar kayu tunjuk langit sebagai bahan ubatnya dari Salleh.Setelah mereka bertemu ,setelah diterangkan kepada Salleh mengenai segala isu yang dibangkitnya,dia pun bersetuju untuk kurang berkempen. Setelah diketahui oleh Haji Cik Lah Kecik mengenai peerkara ini dia peergi berjumap
|
|
|
Post by dato wan azmi on May 27, 2009 15:52:49 GMT 7
mengenai perkara ini,dia pun terus berjumpa dengan Salleh Debu dan cuba menghalang perbuatan itu.Namun demikian Salleh Debu tetap juga dengan persetujuan yang telah dibuat dengan Wang Zeming. Haji Cik Lah Kecik tidak beputusasa;dia terus berkempen kepada sahabat-sahabat Salleh Debu;akhirnya mereka besetuju memulauikan dia.Oleh kerana dia dipulau,maka diambil keputusan untuk tidak berkwempen lagi,tetapi dia masuki kawasan hutan , mencari ikan untuk but pekasam dan mencari rotan manau untuk dijual.
|
|
|
Post by dato wan azmi on May 28, 2009 11:46:30 GMT 7
Pejabat PilihanRaya Parti Keris juga dimaklumkan oleh Ketua Penerangan parti itu bahawa ceramah-ceramah yang dianjurkan di kawasan utara itu didapati kurang mendapat sambutan,jika dibandingkan dengan ceramah-ceramah yang dianjurkan oleh parti lawan.Hanya anak-anak muda sahaja yang hadhir;manakala orang dewasa dan wanita amat kurang sekali keluar mendengar ceramah-ceramah yang dianjurkan itu. Didapati amat sukar sekali mempengaruhi pengundi dewasa dan pengundi wanita.Keputusan telah dibuat untuk meminta bantuan Pak Mad Etong untukpergi memberi ceramah di sana. Tiada pencermah lain yang boleh mempengaruhi pengundi -pengundi di situ;kecauali Pak Mad Etong kerana kebolehannya bersyarah dengan menggunakan ayat-ayat KORAN dan Hadith-Hadith yang begitu lancar sekali.Beliau juga pandai berjenaka dan kadang-kadang membawa beberapa lagu yang dikemari anak-muda ketika itu.Pendek kata Pak Mad Etong adalah seorang penceramah yang serba boleh dan dapat memukau siapa sahaja yang mendengar ceramahnya.
|
|
|
Post by dato wan azmi on May 29, 2009 10:35:19 GMT 7
Disamping pandai berceramah dengan menggunakan ayat-ayat Koran dan Hadith,serta pandai berkelakar,Pak Mad Etong juga pandai bercerita. Kesemua cerita yang disampaikan itu membawa banyak dan falsafah hidup. Diantara sebuah cerita yang selalu disampaikan ialah mengenai kisah ular sawa yang tersangat bisa. Mengikut cerita ini,pada satu hari dalam musim kemarau seekor ular sawa yang tersangat besar dan tersangat bisa telah menimba sebuah lubuk di sebatang sungai yang dipenuhi banyak ikan.Setelah beberapa hari ular sawa itu menghayun perutnya menimba lubuk itu,akhirnya air sungai itu pun menjadi kering,Maka terdapat banyak sekali ikan-ikan yang berkelimpang di seluruh batang sungai itu,ASpabila melihat begitu banyak sekali ikan-ikan terdampir,mereka pun beramai-ramailah mengutip dan mengumpul ikan-ikan untukdibawa pulang ke rumah .Setelah sudah banyak ikan dapat dikumpul,maka manusia itu pun mulalah berpesta besar.Sedang mereka berpesta itu,tiba-tiba terbang seekor burung gagak melintasi kawasan itu dan memerhati dari udara segala gelagak manusia berpesta.Dia tersangat iri hati melihat temasha itu dan terus diberitahunya kepada ular sawa bahawa kerjanya menimba lubuk itu hanya sia-sia sahaja,kerana yang mendapat banyal k keuntungan ialah manusia. Burung gagak itu terus membakar emosi ular sawa ,sehingga ular itu naik marah dan dengan bengis sekali dia turut ke arah kuala sungai,Setiap bekas tapak kaki manusia yang terdapat di sepanjangan sungai itu dipatuknya,akhirnya manusia yang bekas kaki dipatuk ular itu semuanya mati.Begitulah betapa kuatnya bisa ular sawa itu. Ramailah manusia yang dibawa untuk dikebumikan setelah menjadi mangsa patukan ular sawa itu.Sekali lagi gagak terbang di situ dan dilihatnya begitu ramai sekali manusia mengusung jenazah ke kubur.Dengan segera burung gagak itu pun terbang pula mencari ular sawa dan setelah bertemu dengan ular sawa itu diberitahunya bahawa manusia sedang berarak dan berpestra setelah mereka berpesta dengan jamuan ikan yang begitu banyak mereka perolehi dari hasil kerja ular sawa itu. Tampa usul periksa ular sawa itu naik marah dan memuntahkan kesemua bisanya kerana dia rasa bisanya itu tidak lagi mempunyai kesan. Setelah dimuntahnya bisa itu,ular-ular air yang berkeliaran di situ pun merebut-rebut mengambil bisa ular sawa itu.Ular-ular air ini tersangat gembira kerana mendapat secara percuma bisa dari ular sawa,Mereka pun bernari-nari di tepi sebuah telaga, sangat asyik dengan kekuatan yang baru diperolehi dan akhirnya bisa-bisa itu terjatuh dari mereka.Ada yang terjatuh ke dalam telaga dan sambil ikan-ikan keli berenang bisa-bisa itu sedikit tersangkut kepada kepala mereka;sebahagian bisa yang lain terjatuh di atas tanah. Ketika itu lalu pula ular tedung senduk dan segali gus ular itu mnegisap bisa-bisa itu dan sedikit yang tertinggal menjadi habuan kalajengking dan semut api. Oleh yang demikian sampai hari ini ular swasa dan ular air tidak lagi mempunyai bisa.Ikan keli ,semut api dan kalijengkeng mempunyai sedikit bisa dan ular tedung senduklah yang amat berbisa.
|
|
|
Post by dato wan azmi on May 29, 2009 10:48:48 GMT 7
Intipati cerita ini ialah kita jangan cepat mendengar mendengar fitnah,seperti fitnah yang dibawa oleh burung gagak itu.Kita perlu membuat usul periksa dahulu,barulah bertindak dan jangan jadi seperti ular sawa itu yang cepat sangat melatah.Jangan pula meniru perangai ular air yang tersangatgairah sewtelah mendapat kuasa,kerana cara ini kuasa yang diperolehi akan tidak dapat pertahan lama. Jadilah seperti ular tedung senduk,sambil menyusur akar sambil memerhatikan keadaan sekeliling dan tidak pula cuba merebut bisa yang ada pada ular sawa itu.Akhirnya dengan senag dia mendapat bisa tanpa banyak berusaha.Begitu juga dalam politik,kita jangan sangat senang mendengar fitnah,jangan sangat gairah dengan kuasa yang diperolehi dan yang paling penting sekali kita perlu bersabar dan jangan jangan menjatuh pihak lain dengan fara yang tidak sihat.Itulah salah sebuah cerita yang selalu disampikan oleh Pak Mad Etong.
|
|
|
Post by dato wan azmi on May 29, 2009 13:54:52 GMT 7
Kerap kali apabila Pak Mad Etong mengakhiri sesebuah cerita itu dia menasihati mereka yang hadhir supaya jagan menjadi burung gagak yang gemar menabur fitnah. Katannya lagi burung gagak kini banyak terdapat di kebun-kebun getah.Nanti apabila pokok-pokok getah ditebang untuk membangunkan projek pwerumahan.gagak-gagak ini akan berpusu ke kawasan bandar kerana di sna terdapat banyak sampah sarap. Sambil berbunyi hak,hak,hak gagak-gagak ini akan menjuntut berbagai hak.Oleh kerana bilangannya agak ramai ,ada yang berani masuk ke rumah orang untuk mencuri makanan dan kadang juga mengganggu bayi-bayi dalam buian. Untuk anak-anak muda Pak Etong selalu berpesan supaya mereka tidak jadi sepeerti anak kambing yang jatuh telaga. Tanah yanh dilunggok di tepi telaga selepas kerja-kerjaengali telaga dilakukan,disangkanya busut.Maka anak-anak kambing itu pun tersangat gembira berlari-lari dan memanjat himpunan tanah itu.Oleh kerana tanah itu belum lagi kejap,maka terjatuhlah anak-anak kambing itu kedalam telaga. Ada orang yang pergi menjengguk;setelah didapai yang berteriak itu hanyalah anak kambing,menjadi serba salah;hendak menolong hanya anak kambing dan jika tidak berasa kesian .Begitulah misalannya,orang muda jangan terlalu ghairah sangat apabila memperolehi sesuatu kedudukan ,khususdnya kedudukan dalam politik. Jika terlalu gopoh,pasti akan cepat tersungkur seperti anak-anak kambing. Tiada siapa yang akan membantu,hanya perasaan kesian sahaja yang diluahkan mereka.
|
|
|
Post by dato wan azmi on May 29, 2009 14:10:18 GMT 7
Pak Mad Etong berada di kawasan ini selama tga malam dua hari.Pada sebelah malam,dia memberi ceramah di tempat-tempat yangditentukan oleh Kob Sumbu dan di sebelah siang hari pula dia ditemani oleh Kob Sambu dan beberapa orang kuat Parti Keris masuk ke kampung untuk merayu. Orang-orang muda amat senang bertemu dan berhujah,akan tetapi orang-orang dewas amat sukar untuk diajak bersembang. Kebanyakan mereka sudah dipaku rapat oleh Haji Cik Lah Kecik.Mereka amat takut menjadi kafir;malahan pula merekamempunyai penuk keyakinan bahawa sudah terjamin dapat masuk syurga kerana berada dalam Parti Bulan .
|
|
|
Post by dato wan azmi on Jun 2, 2009 2:21:07 GMT 7
Keadaan pwengaruh politik di bahagian utara ini menjadi tertambah runcing apabila Non Johari orang kuat Parti Keris dari kawasan selatan turut sama membantu di sebelah utara. Dalam ceramahnya Non Johari telah menyebut beberapa perkataan dalam Bahasa Melayu yang bunyinya seakan-akan ayat Al KORAN; iaitu seperti kuah tumpah di atas piring dan air bah tangga menjadi reput. Ceramah Non Johari mendapat tentangan ,khusunya dari orang=orang dewasa. Segala apa yang disampaikan oleh Pak Mad Etong termusnah begitu sahaja.Mereka marahkan Non Johari kerana maun-mainkan ayat KORAN. Walaupun beliau bwbwrapa kali cuba memperjelaskan bahawa apa yang disebutkan itu bukanlah ayat=ayat Koran tetapi Bahasa Melayu yang disampaikan untuk tujuan bergurau sahaja. Haji Cik Lah Kecik mengambil peluang ini untuk menambah lagi kutukannya terhadap orang-orang Parti Keris yang dianggapnya tersangat jahil dari segi agama.
|
|