|
sketsa
Jun 16, 2007 22:08:33 GMT 7
Post by pak itam chawan on Jun 16, 2007 22:08:33 GMT 7
Sketsa 96 : MAU PINDAH UNIVERSITI MALAYA ?
16/06: ‘Pindah UM tindakan gila, kurang ajar’ – Ungku Aziz Category: General Posted by: Raja Petra Oleh Au Yeong How dan Harithisya Shamsuddin Utusan Malaysia
Bekas Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Profesor Diraja Ungku Aziz menyifatkan cadangan untuk membeli dan membangunkan tapak UM sebagai suatu yang ‘gila dan kurang ajar’.
Malah tegasnya, pihak-pihak terbabit langsung tidak mempunyai sifat patriotik kerana sanggup menawarkan harga bagi khazanah negara yang tidak ternilai itu.
‘‘Ini suatu cadangan yang gila. Individu tersebut fikir dia boleh beli apa sahaja yang dia mahu kerana ada banyak wang. Saya sendiri tak kenal orang yang cuba berbuat demikian.
‘‘Saya tidak fikir mana-mana universiti di luar negara sanggup dibeli oleh mana-mana individu hanya untuk kepentingan peribadi mereka kerana mereka sangat menghargai gedung ilmu,’’ ujarnya.
Sehubungan itu, Ungku Aziz menyeru semua graduan universiti berkenaan bersatu hati menentang sekeras-kerasnya cadangan tersebut.
‘‘Semua pihak perlu bangkit dan memainkan peranan bagi mempertahankan maruah Universiti Malaya.
‘‘Saya juga berharap perkara ini juga ditentang oleh pemimpin tertinggi kita. Kita harus bersama-sama mempertahankan maruah negara,’’ tegasnya ketika dihubungi di sini hari ini.
UM ditubuhkan kira-kira seabad lalu iaitu pada 1905 di Singapura. Universiti yang terletak di Petaling Jaya ketika itu merupakan cawangan UM Singapura di Kuala Lumpur yang ditubuhkan pada 1957.
Apabila UM berpindah ke Kuala Lumpur dan ditubuhkan pada 1962, bekas tapak universiti berkenaan di Singapura telah diganti oleh National University of Singapore.
Sementara itu, pakar sejarah dan ahli akademik, Profesor Datuk Dr. Khoo Kay Kim mengingatkan pihak-pihak yang terbabit supaya tidak menjadi terlampau materialistik sehingga mengabaikan warisan negara.
“Jika tapak kampus dijual kepada pihak luar, seluruh rakyat khususnya bekas graduan UM dan para pelajar universiti ini pastinya berasa kecewa dan mereka akan memprotesnya.
“Kita menghargai warisan negara ini. Lebih-lebih lagi dasar kerajaan yang mengutamakan warisan negara dan usaha pemuliharaannya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurut ahli sejarah itu lagi: ‘‘UM ialah tempat untuk kita mengutamakan idea baru dan menanam nilai-nilai murni di kalangan mahasiswa dan mahasiswi demi kepentingan negara,” tegasnya.
|
|
|
sketsa
Jun 17, 2007 8:15:51 GMT 7
Post by pak itam chawan on Jun 17, 2007 8:15:51 GMT 7
Sketsa 97 : YOU ARE GREAT PAK UNGKU
Ungku Aziz gembira KUALA LUMPUR 16 Jun – Profesor Diraja Ungku Aziz gembira dengan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mahu Universiti Malaya (UM) dikekalkan di tempat asalnya di Lembah Pantai di sini.
Menurutnya, selain beliau, seluruh pelajar dan alumni UM juga harus menyokong kuat kenyataan Perdana Menteri itu.
‘‘Kita menyokong kuat kenyataan Perdana Menteri agar UM tidak dipindahkan, malah kita semua harus menentang sebarang cubaan pihak luar untuk memindahkan universiti ini ke tempat lain,’’ katanya di sini hari ini.
Perdana Menteri hari ini menegaskan, kampus UM tetap kekal di Lembah Pantai dan tidak akan dipindahkan ke mana-mana tempat lain.
Ungku Aziz berkata, episod yang berlaku itu seharusnya menjadi pengajaran kepada semua pihak supaya perkara itu tidak berulang lagi pada masa akan datang.
‘‘Universiti tidak boleh dijual beli oleh mana-mana pihak sewenang-wenangnya. Bukan suatu perkara mudah untuk memindahkan satu universiti dari satu tempat ke tempat yang lain,’’ tambahnya.
Semalam, Profesor Diraja itu melahirkan rasa marah dan kesal dengan cadangan sebuah syarikat hartanah untuk membeli dan membangunkan tapak UM dan menganggap cadangan itu sebagai sesuatu ‘gila’ dan ‘kurang ajar’.
|
|
|
sketsa
Jun 17, 2007 14:10:08 GMT 7
Post by pak itam chawan on Jun 17, 2007 14:10:08 GMT 7
Sketsa 98 : MAJLIS FATWA DAH HARAMKAN ROKOK !
650 juta diramal mati akibat rokok 16-06-2007 04:13:56 PM KUALA LUMPUR: Kira-kira 650 juta orang diramalkan akan mati dalam beberapa tahun ini akibat tabiat merokok penyebab kematian kedua tertinggi di dunia, kata Menteri Kesihatan Datuk Dr Chua Soi Lek hari ini.
"Paling membimbangkan ialah ribuan orang yang tidak pernah merokok akan mati setiap tahun akibat penyakit kerana menghidu asap rokok.
"Rokok membunuh 50 peratus pengguna setianya dan turut mengancam orang lain yang berada di sekeliling mereka," kata menteri itu.
Beliau memberikan gambaran ini dalam ucapannya pada pelancaran Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2007 peringkat kebangsaan di Taman Tasik Titiwangsa di sini.
Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit kementerian berkenaan, Datuk Dr Hasan Abd Rahman mewakili beliau pada majlis itu.
Dr Chua juga berkata, Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengesahkan bahawa tembakau kini adalah penyebab kematian kedua tertinggi di dunia.
Bercakap kepada pemberita selepas majlis pelancaran, Dr Hasan berkata, kementerian mengenakan kompaun bernilai RM106,320 ke atas 2,386 orang kerana merokok di kawasan larangan dalam empat bulan pertama tahun ini.
Di samping itu, katanya, sebanyak 506 kes dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan sama dan dari jumlah itu, 117 dikenakan denda berjumlah RM25,000.
Beliau berkata mana-mana individu yang didapati bersalah merokok di kawasan larangan boleh dikenakan kompaun dari RM100 hingga RM5,000.
Dalam pada itu Dr Hasan tidak menolak kemungkinan suatu hari nanti menghisap rokok diharamkan sama sekali di negara ini.
Beliau berkata, langkah itu bagaimanapun akan dilakukan secara berperingkat-peringkat bermula dengan "Kempen Tak Nak" yang akan diteruskan kementerian sejak dilancarkan tiga tahun lalu. BERNAMA
TAK NAK !
|
|
|
sketsa
Jun 17, 2007 18:28:55 GMT 7
Post by pak itam chawan on Jun 17, 2007 18:28:55 GMT 7
Sketsa 99 : DULU , KU BAWA SERINGGIT
Aku masih di darjah dua . Aku dah mulakan 'globe trekker' . Paling jauh yang aku berani pergi ke Gurun . Dua kali naik bas , dua kali turun bas . Dari Sik menaiki 'The Yen transport Company' . Kepunyaan Nyak Gam . Bas kepala panjang , tempat duduk berkayu . Duduk sebelah menyebelah . Kona kiri orang kanan bangun . Kona kanan orang kiri juga turut terbangun . Naik sampai ke kuala begia . Kemudian kena naik feri ( rakit) ke seberang , ke pekan Jeniang . Sambung dari Jeniang ke Gurun naik The United transport Company ( UTC ) . Paling terkenal di masa tu sebagai bas Pak Salim . Sebelum sampai ke Gurun kena melalui satu kawasan paling bahaya . Dikenali sebagai kebun teh . Tempat masyhur dengan komunis . Pak Salim lalui sehari 2 kali sahaja . Dua trip sahaja . Gerun bila melintasi kawasan itu . Dah jadi trauma bila sampai kat situ . Muka jadi pucat . Badan menggeletar . Dan kote orang lelaki jadi kecut serta-merta. Yang pompuan pula mula nak terkencing . Pelik tapi benar .
Satu hari aku mintak mak aku seringgit . Dia tanya nak buat apa ? Aku kata nak gi Jeniang .Sebutan Jeniang pun aku belum betul lagi waktu itu . Aku sebut 'Geniang' . Nak buat apa kat sana ? Nak buat latihan globe trekker . Aku jawab bermaksud begitu la . Nak ikut Pak pilus . Pilus ialah dreber bas . Mak senang hati membenarkan aku pergi . Tapi dia pesan jangan mandi di sungai jeniang , kerana banyak buaya kat situ .
Pagi itu suasana jaong saja . Berbekal seringgit aku mula globe trekker ku . 15 sen tambang ke jeniang , bermakna aku perlu habiskan 30 sen untuk tambang bas . Aku rasa gembira macam anak afrika dapat menaiki bas . Hebat macam orang boleh pi ke Mekah menaiki kapalterbang . Penumpang tak banyak . Perut bas Pak Pilus tak pun penuh . Aku dah tak perak lagi . Bila sampai di kuala begia, aku turun . Disitu lah terminal bas . Berhenti dekat warong kecil kepunyaan pak mat sampan . Pak mat kenal aku , aku berkawan dengan anak2nya yang bernama Rais , Hijazz dan Ahmat . Pak mat asal orang seberang .
Di warong pak mat aku minum kopi O (kopi asli) dan sebiji cucur kembong . Perutku berasa lega kerana tadi aku cuma makan sebiji cucur kodok . Aku dapati anak2 pak mat tiada di kedai . Cuma aku boleh berbual sekali sekala dengan Pak mat . Dia sibok melayani tetamu . 15 sen aku bayar kat Pak Mat untuk kopi dan cucur kembong . Lepas tu aku melangkah kaki ku ke Pekan Jeniang . Kena naik feri ( rakit) . Sampai di seberang sana aku rasa macam miami beach . Pantainya luas berpasir , dan di tepinya terletak sebuah sekolah rakyat . Bangunan kayu bulat . Dekat situ ialah pekan jeniang . Di sungai penuh dengan feri ( rakit ) . Berpuluh-puluh . Rakit kehulu ke hilir membawa penumpang dari jauh . Rakit yang dijual di ponggah naik ke atas lori entak kemana di bawanya . Aku tak tahu ,kerana ilmu geografi ku belum sempurna . Aku lupa nak habar tambang naik feri . 5 sen sehala .
Di pekan jeniang aku kehulu ke hilir . Bila berasa haus aku order ais kepai . Dua biji ais kepai aku balon . Sebiji 5 sen , jadi aku bayar 10 sen . Untuk mak di rumah aku beli 10 sen ikan tamban kering . Harganya murah dari Sik . Aku hitong2 ada 21 ekor tamban kering . Murah . Sedap digoreng , makan dengan pulut kukus dan kelapa parut . Orang Sik kata nyor kuko . Aku juga beli roti akar nyior , warna merah macam akar nyior di lumur dengan gula . Keras . Aku juga beli rojak . Dibubuh dalam tin susu cap junjung . Diikat dengan tali buat macam tangkai . Harganya juga 10 sen . Aku kira duit ku . Aku cuma tinggal 5 sen selepas di tolak harga tambang bas dan feri , bila balik nanti . Lepas tu aku stop membeli . Ikan kering di sebelah kiri dan rojak di sebelah kanan , aku mengorak langkah . Aku akan pulang dengan bas pak Pilus . Aku harus sampai cepat , takut tertinggal . Tapi aku pasti Pak Pilus tetap menunggu ku . Aku terlebih dulu dah buat appointment dengannya .
5 sen yang aku buat saving . Aku bubuhkan dalam akaun tabung buluh ku .
SIKIT2 LAMA2 JADI BUKIT
Budak2 sekarang tak reti nak nilai 5 sen.
|
|
|
sketsa
Jun 22, 2007 14:31:47 GMT 7
Post by pak itam chawan on Jun 22, 2007 14:31:47 GMT 7
Sketsa 100 : IMBAS KEMBALI CELOTEH DI PERHIMPUNAN AGONG UMNO.........DATUK MUFTI SHUIB & LLNYA
VCD Mufti paling panas 18-11-2006 03:45:42 PM Oleh SALHAN K. AHMAD KUALA LUMPUR: Datuk Mufti Shuib muncul sebagai pembahas paling popular apabila cakera padat video (VCD) rakaman ucapan beliau di perhimpunan agung Umno kelmarin masih lagi menjadi buruan perwakilan dan orang ramai semalam.
VCD itu paling laris dijual berbanding VCD pemimpin-pemimpin Umno lain termasuk presiden, timbalannya dan ketua-ketua tiga sayap pergerakan parti itu -- Wanita, Pemuda dan Puteri.
Sehingga gerai jualan ditutup jam 8.30 malam tadi setelah tamat perhimpunan tersebut, 1,460 keping VCD beliau terjual berbanding 100 hingga 500 keping bagi pemimpin dan perwakilan lain.
Rakaman ucapan ketua bahagian Ampang, Selangor itu mendapat sambutan hangat dipercayai sebagai kenang-kenangan lawak jenaka dan pesanan seorang lama Umno.
Antara ucapannya yang paling menarik minat para perwakilan, sewaktu beliau mempersoalkan dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan presiden parti itu seorang yang "lembik."
"Kalau awak rasa dia lembik, try-lah," katanya, disambut deraian ketawa para perwakilan termasuk Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Badawi sendiri.
Semasa membahaskan usul ucapan dasar presiden itu, ahli Umno berusia 68 tahun itu juga berusaha menaikkan keyakinan diri para perwakilan dengan membandingkan mentaliti kelas satu orang Melayu sekarang berbanding kelas tiga pada zamannya.
"Melayu kelas tiga inilah yang telah memberi pusaka perjuangan kepada mentaliti kelas satu yang ada di dewan ini.
"Tetapi kelas tiga ke, kelas satu ke, kita naik satu kapal terbang. Duduk di depan ke, duduk di belakang ke, kalau jatuh, jatuh bersama. Kalau naik, naik bersama," katanya sambil disambut tepukan gemuruh perwakilan.
Beliau juga berkata, setiap suku kaum rumpun Melayu pada zaman mudanya juga masih dikenali mengikut jenis pekerjaan masing-masing.
"Kalau orang Jawa (jadi) tukang kebun. Kalau orang Minang, jual selipar, jual songkok, jual capal. Kalau orang Melaka, jual nasi lemak. Kalau orang Bawean, (jadi) driver, supir (pemandu) atau jadi penjaga kuda lumba.
"50 tahun Umno berjuang, si Jawa tukang kebun sudah menjadi district officer, pegawai-pegawai daerah, dan menteri besar pun," katanya, merujuk Menteri Besar Selangor yang berketurunan Jawa, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo.
Semasa menyampaikan ucapan penggulungan hari ini, Naib Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak turut mengagumi kaedah penyampaian rakan lamanya itu.
"Cara orang lama pukul ni lain sikit," katanya. "Beliau juga ada menyebut bagaimana negara New Zealand tak ada hasil bumi tapi boleh keluarkan coklat terbaik."
Perkara itu dibangkitkan oleh Mufti kerana keupayaan berfikir amat penting untuk memajukan diri, bangsa atau negara sesorang, kata Najib lagi.
Gurindam yang disampaikan perwakilan Pahang, Wan Iqbal Afdza Wan Abd Hamid semasa mencadangkan usul agama dan sosial semalam menduduki tempat kedua terlaris apabila 1,280 unit VCD rakaman ucapannya terjual.
Dalam ucapannya, selain bersajak dan berseloka beliau turut memetik hadis dan ayat-ayat al-Quran untuk menguatkan beberapa hujah agama dan sosial yang cuba dikaitkannya dengan kehidupan orang Melayu masa kini.
Paling memukau perhatian, bait-bait puitis Wan Iqbal seperti berikut:
Pok amai-amai belalang kupu-kupu, bilangan penagih makin ramai telan ecstacy makan syabu, Pok ama-amai belalang kupu-kupu, masalah rempit belum selesai, ada datuk rogol cucu.
Pok amai-amai belalang kupu-kupu, makin banyak alim pandai ada juga kaki tipu. Pok amai-amai belalang kupu-kupu, tengok dekat dia pandai ada mengaku nabi Melayu.
Pok amai-amai belalang kupu-kupu, harap kita pada Pak Lebai, jaga-jaga hadis palsu. Pok amai-amai belalang kupu-kupu, yang haram dia bantai orang hulur dia sapu.
Pok amai-amai belalang kupu-kupu, makin meningkat kes cerai banyak pijat dalam kelambu.
Enjit-enjit semut siapa sakit naik atas, beg tangan kena ragut selipar di masjid kena kebas, Enjit-enjit semut siapa sakit naik atas, ajaran Ayah Pin dia ikut, masuk syurga jalan pintas.
Di tangga ketiga carta jualan VCD, dengan jumlah 980 unit, ucapan pembahas usul dari Kelantan Md Alwi Che Ahmad yang mempertikaian usaha sesetengah orang Melayu yang ingin menghapuskan hak keistimewaan mereka sendiri. "Sekarang mereka (Cina) ada kerakyatan, dulu tidak. Sekarang mereka boleh berniaga, dulu tidak. Dulu tarik lanca. Dulu angkat najis, tapi itu dulu. Tapi yang hairan ada orang Melayu yang sanggup bercakap untuk membuang hak keistimewaan orang Melayu. Melayu apa ini?" kata anggota parlimen bagi Ketereh, merujuk usaha beberapa pihak, termasuk Parti Keadilan Rakyat, yang mencadangkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) digantikan dengan Agenda Ekonomi Baru (NEA).
"Ini adalah negara kita, kita adalah tuannya. Tapi kita tidak pernah lupakan orang lain, tidak pernah. Semua orang Melayu ada kawan Cina, tapi belum tentu orang Cina ada kawan Melayu."
Beliau juga menyentuh sensitiviti hubungan antara kaum dan agama.
"Saya ada sebut di dalam Parlimen, saudara nak makan apa yang kami tak makan, makanlah. Nak makan seekor, nak makan dua ekor, nak makan sekali dengan ekor-ekor, makan. Tapi jangan sembelih depan masjid. Jangan bawa siang hari depan kami, kami tak boleh makan, kami loya," katanya.
"Jangan lupa kita dari rumpun Melayu. Kita tidak pernah minta mereka masuk agama kita. Kalau nak (memeluk Islam), dipersilakan. Paksa, tidak ada sama sekali. Saya kata tadi, kamu boleh buat apa kamu suka, tapi jangan heret anak kami masuk agama kamu, tak boleh."
VCD ini diterbitkan unit rakaman Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Setiap satu keping memuatkan tiga ucapan perwakilan yang rata-rata mengambil masa 10 hingga 20 minit untuk membahaskan usul masing-masing, manakala ucapan pemimpin yang melebihi 90 minit dimuatkan dalam dua keping VCD.
Ketua unit berkenaan Kevin Wong berkata kepada mStar Online, beliau terpaksa berulang-alik untuk mengambil salinan-salinan baru VCD tersebut untuk dijual di gerai berkenaan di aras tiga PWTC memandangkan sambutan hangat pembeli.
Jelasnya, video tersebut dirakam terus daripada siaran langsung persidangan yang dikendalikan unit berkenaan.
Selain rakaman video, unit berkenaan juga menjual lebih 4,000 foto para perwakilan dan orang ramai yang hadir, tambah Wong.
Pilihan pembeli termasuklah foto-foto perwakilan dari pergerakan Puteri Umno yang rata-ratanya dianggotai gadis-gadis muda.
|
|
|
sketsa
Jun 22, 2007 14:54:14 GMT 7
Post by pak itam chawan on Jun 22, 2007 14:54:14 GMT 7
Sketsa 101 : JAGA KESIHATAN ANDA
Vitamin dan mineral – penjamin kesihatan badan “Hidup bukan setakat untuk hidup tetapi hidup mesti sihat” -- Martial
Vitamin dan mineral adalah khasiat pemakanan utama yang diperlukan untuk mengekalkan kesihatan yang baik. Zat makanan atau nutrien ini memainkan peranan penting dalam pelbagai proses tubuh dan membantu menyokong pertumbuhan dan perkembangan, menguatkan sistem imun dan mencegah penyakit kronik.
Apakah vitaman dan mineral?
Vitamin biasanya dibahagikan kepada dua kategori berdasarkan kepada keterlarutannya: larut lemak dan larut air. Vitamin larut lemak – A, D, E, dan K – memerlukan lemak diet betul-betul diserap dan diangkut di dalam tubuh. Vitamin larut lemak disimpan dalam bahagian sel lemak dan tisu badan.
Vitamin larut air – C dan vitamin B kompleks (seperti vitamin B6, B12, niasin, riboflavin, dan folat) diserap di dalam usus perut dan tidak disimpan dengan jumlah yang besar di dalam tubuh. Vitaman C atau B yang tidak digunakan oleh badan dibuang (kebanyakannya menerusi air kencing). Jadi, kita memerlukan bekalan baru setiap hari.
Vitamin adalah bahan organik (dihasilkan oleh tumbuhan dan haiwan) dan mineral pula adalah elemen bukan organik yang berasal dari tanah dan air dan diserap oleh tumbuh-tumbuhan atau dimakan oleh haiwan. Sesetengah mineral diperlukan dalam jumlah yang besar (lebih daripada 100
mg/hari) seperti zat kalsium dan fosforus. Mineral lain seperti kromium, kuprum, iodin, besi, selenium dan zink, yang dinamakan mineral surih, hanya diperlukan dalam jumlah yang sedikit setiap hari (kurang daripada 15mg/hari atau dalam mikrogram sahaja).
Perubahan berlaku
Kajian diet di kalangan penduduk Malaysia mendapati bahawa kebanyakan kita tidak mengambil vitamin dan mineral tertentu secukupnya terutamanya vitamin B, kalsium, zat besi dan iodin.
Kita juga harus sedar bahawa apabila umur meningkat, tubuh kita mungkin mengalami kesukaran untuk menyerap dan menggunakan sesetengah nutrien yang wujud semula jadi dalam makanan.
Kalsium juga menunjukkan penurunan yang berkaitan dengan usia di kalangan wanita selepas menopaus (putus haid), sebagai tambahan kepada penurunan yang berlaku semasa menopaus.
Vitamin dan mineral utama
Berikut adalah ringkasan beberapa vitamin dan mineral utama dan sumber makanan masing-masing.
Vitamin A
Vitamin A, yang mengelakkan masalah mata dan menggalakkan sistem imun yang sihat, penting untuk pertumbuhan dan perkembangan sel dan mengekalkan kesihatan kulit. Vitamin A juga dikenali sebagai vitamin antijangkitan, kerana ia diperlukan untuk fungsi sistem imun yang normal.
Sumber yang kaya vitamin A termasuk produk tenusu, organ dalaman, keledek, minyak ikan kod dan bijirin yang diperkuat. Sayur-sayuran hijau juga mengandungi karotenoid, walaupun pigmennya dilindungi oleh pigmen hijau daripada klorofil. Oleh itu, lobak merah, tomato, labu, mangga, betik, tembikai, cekur manis, cili merah, pucuk paku, kailan dan sawi kaya vitamin A.
Vitamin C
Vitiamin C diperlukan untuk membentuk kolagen, iaitu tisu perantara yang menghubungkan sel-sel. Vitamin C penting untuk kesihatan tulang, gigi dan gusi serta saluran darah. Ia membantu tubuh menyerap zat besi dan kalsium, menyembuhkan luka dan untuk fungsi otak. Vitamin C selama ini dipercayai mampu mencegah atau mengubati selesema, tetapi umumnya, vitamin C dalam dos yang tinggi tidak membawakan kesan yang ketara dalam kejadian selesema yang biasa.
Sumber vitamin C yang baik termasuk cili hijau, brokoli, betik, oren, mangga, jambu batu dan banyak lagi buah-buahan lain. Mengambil dua hidangan buah-buahan sehari pasti akan memberi anda vitamin C yang secukupnya. Perokok pula mungkin memerlukan jumlah vitamin C yang lebih banyak berbanding individu biasa.
Vitamin D
Kekurangan vitamin D mungkin boleh menyebabkan riket, reumatoid artritis, sklerosis berbilang dan kanser. Nutrien ini melindungi kita daripada terjatuh dan patah tulang, di samping menggalakkan penyerapan kalsium untuk mengelakkan osteoporosis. Vitamin D didapati daripada kuning telur, ikan laut dalam, minyak ikan dan makanan diperkuat seperti susu dan marjerin.
Vitamin E
Vitamin E adalah antioksidan yang membantu melindungi sel badan daripada kerosakan. Ia juga penting untuk kesihatan sel darah merah. Vitamin E boleh didapati dalam banyak makanan seperti olein sawit, kekacang dan sayur berdaun hijau. Begitu juga dengan bijirin dan roti gandum penuh.
Tiamina (B1), riboflavin (B2) & niasin (B3)
Kumpulan vitamin B yang penting ini membantu badan menukar karbohidrat menjadi tenaga dan diperlukan untuk membolehkan kulit, jantung, otot dan sistem saraf berfungsi dengan sempurna. Makanan yang kaya dengan vitamin B termasuk roti, nasi, mi dan bijirin, khususnya jenis bijian penuh. Selain itu, daging, pis, lentil, kekacang, produk tenusu dan sayuran berdaun hijau juga banyak vitamin B.
Vitamin B6 (Piridoksina)
Vitamin B6 diperlukan untuk fungsi otak dan saraf yang normal. Ia juga membantu badan memecahkan protein dan menghasilkan sel darah merah. Pengambilan vitamin B6 yang rendah dikaitkan dengan kecacatan fungsi imun, terutamanya dalam golongan yang berusia. Vitamin B6 mungkin membantu menangani kemurungan dan keresahan dan dengan gabungan folat boleh mengurangkan risiko penyakit jantung.
Pilihan makanan yang pelbagai mengandungi vitamin B6, dan ini termasuklah kentang, pisang, sayur kacang, bijian, kekacang, daging merah, daging ayam dan itik, telur, ikan, bayam dan bijirin bijian penuh.
Dipetik dari Jacob ( pembuat kraker )
|
|
|
sketsa
Jun 22, 2007 15:08:07 GMT 7
Post by Dato Wan on Jun 22, 2007 15:08:07 GMT 7
Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit;betulkan dengan yang sedikit akan menjadi b ukit,tidak mungkin.Setiao kali sedikit tanah ditambun dan setiap kali hujan turun pasti tanah itu akan dihanyut air.Ahkirnya tanah menjadi rata,mana mungkin jadi bukit.Dengan menyabung setiap kali hanya lima sen sahaja mana mungkin jadi kaya.Perlu tabung banyak-banyak,seberapa banyak yang boleh baharulah akan menjadi kaya.Sindrom 5 sen ini adalah suatu budaya negatif dalam masyarakat Melayu dan budaya menabung dengan nilai 5 sen ini tidak wujud dalam masyarakat lain.Anak-anak kita diasuh menabung lima sen ,sepuluh sen sahaja,sebab itulah kita tidak maju.Inilah yang dikatakan ekonomi Pak Pandir. Sesiapa suka makan ais kepal dari Kedai Cina,pasti terpaksa minum air bekas tangan orang itu;sebab itulah banyak yang menjadi lembab dan menjadi hamba orang itu.
|
|
|
sketsa
Jun 22, 2007 15:17:17 GMT 7
Post by pak itam chawan on Jun 22, 2007 15:17:17 GMT 7
Sketsa 102 : PENTINGNYA ILMU TAUHID
ILMU TAUHID
Pengenalan
Ilmu Tauhid merupakan ilmu induk bagi kesemua ilmu yang berkait dengan agama Islam. Ia juga dikenali sebagai Ilmu Usuluddin, Ilmu Kalam, Ilmu Sifat, Ilmu ‘Aqaid dan Al-Iman.
Sumber-sumber Ilmu Tauhid adalah Al Quran dan Al Hadith. Allah s.w.t. berfirman dalam Surah Al Baqarah (2: 163):
æóÅöáóÜåõßõãú Åöáóåñ æóÇÍöÏñ áÇøó Åöáóåó ÅöáÇøó åõæó ÇáÑøóÍúãóäõ ÇáÑøóÍöíãõ
Dan Tuhanmu adalah Tuhan yang Maha Esa; tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Hukum mempelajari Ilmu Tauhid ini adalah Fardu Ain ke atas setiap orang mukallaf serta mendirikan dalil sekurang-kurangnya secara umum.
Kesemua para Nabi dan Rasul (Selawat dan Salam ke atas mereka kesemuanya) bermula dari Nabi Adam a.s. hingga Nabi Muhammad s.a.w. menerima, mengamal dan menyampaikan Ilmu Tauhid.
Antara faedah mempelajari Ilmu Tauhid termasuk:
Untuk mengenali Allah dan membezakanNya dari segala ciptaanNya Untuk menetapkan Aqidah dan keimanan seseorang kepada Tuhannya yang Maha Esa Untuk menyelamatkan diri daripada menyekutukan Allah, yakni daripada perkara-perkara khurafat dan syirik (mengadakan sekutu kepada Allah) Untuk mengelakkan diri daripada dihanyutkan kepada taqlid atau ikutan sebarangan Untuk melahirkan manusia mukmin yang sebenar, yang mengakui bahawa kita adalah makhluk yang serba kekurangan, dan sentiasa berhajat dan bertawakkal kepada Allah Untuk mendorong kita untuk memperhambakan diri kepada Allah semata-mata, dan melakukan amalan-amalan baik hanya kerana Allah s.w.t. wallahuaklam.
|
|
|
sketsa
Jun 23, 2007 14:05:27 GMT 7
Post by pak itam chawan on Jun 23, 2007 14:05:27 GMT 7
Sketsa 103 : UMUR SUBSIDI
Kawan-kawan sebaya dah tinggal tak berapa ramai . Dapat saja berita dia nu dah meninggal . Lepas sorang , sorang kembali menemui Allah . Aku selalu doakan mereka supaya diampunkan segala dosa mereka dan mendapat tempat istimewa di alam barzach . Bila ada anak-anak mereka yang kenal aku , aku senang mendapat berita tentang diri mereka diakhir2 hayat . Ada juga anak-anak kekawan tak kenal sahabat bapa mereka . Kepada anak-anak aku , aku selalu ceritakan tentang kekawan2 aku . Kalau ada gambar aku tunjukkan gambar mereka . Pada orang tua suruh mereka bertanya khabar . Kekadang kesian juga kat mereka dengan keadaan dunia sekarang . Jadi sibok tak tentu pasal . Kejar kesana kemari . Ada2 saja kerja yang menyibokkan diri . Susah nak hidup releks dan bertenang diri . Sat-sat mesin basuh rosak , Sat-sat gas habis . peluang bereleks dah habis . Malam nak gosok kain-baju , letrik pula tergendala . Tak boleh hidup senang lenang macam orang zaman dulu . Orang2 tua boleh bereleks bergobek pinang . Hidup bahagia sambil berjuntai di atas jemboran rumah . Sekali-sekala menabor segenggam padi pada anak-anak ayam di tanah . Tiada ada tekanan . Tekanan kerja lansung tak ada . Dunia maju , laju . kereta laju . Masa pun laju . Sedar2 umur dah tua , dah dapat subsidi . Aku berjumpa kekawan ku yang masing2 dah dapat umur subsidi . Tok kaseng baru dapat 2 tahun subsidi . Chot dah dapat 6 tahun subsidi . Jid dah dapat 5 tahun subsidi . Alhamdulillah , kami masih boleh berkunjung dan bertanya khabar . Pasal penyakit tok sah kira la . Biasa la orang tua tu ada saja sakit . Mana nak cari orang tua sihat . Tak jumpa . Kami masing2 giat buat projek untuk akhirat , setakat ada masa yang berbaki . Insyaallah , Allah akan berkati sisa-sisa hidup kami . Aku selalu mengingati diriku dan juga kekawan bahawa ini zaman globalilsasi . Abad ke 20 dah berlalu . Kami kena buat check-up . Buat check-up pagi dan petang . Kami cepat lupa . Susah nak ingat . Pi ke kedai kena bawa bil nak beri barang . Aku kekadang terlupa nak bersarapan . Kawan ku , tak payah aku beritau sapa dia , terlupa nak pulang bersama bila pi ke Sungai Petani . Balik nak bas berasingan . Tak ingat yang pi tadi tu bersama isteri . Nasib baik isteri pun dah paham . Tapi alhamdulillah , kami tak lupa akan mati . Kalau kami lupa yang kami akan mati , jadi masaalah berat la . Alhamdulillah , Allahuakbar .
SETIAP YANG BERNYAWA AKAN MENGHADAPI MATI .........( maksud Al-quran )
|
|
|
sketsa
Jun 24, 2007 6:41:10 GMT 7
Post by pak itam chawan on Jun 24, 2007 6:41:10 GMT 7
Sketsa 104 : MERDEKA,MERDEKA,MERDEKA
22/06: Adakah kita sudah merdeka? Category: General Posted by: Raja Petra Di ambang 50 tahun Merdeka Keris Silau
Negara kita akan menyambut 50 tahun merdeka Banyak yang dicapai sebagai sebuah negara Kita ada menara berkembar tertinggi di dunia Proton pengeluar kereta kebanggaan negara Kita juga ada F1 litar sirkit lumba kereta Rumah papan sudah diganti rumah pangsa Pusat kerajaan sudah dipindah ke Putrajaya Pembangunan negara menjadi agenda utama Sungguh pesat pembangunan di merata-rata Sehingga terpaksa impot buruh Indonesia Dulu jalan sempit sekarang ada lebuhraya Dulu kedai runcit sekarang pasaraya Dulu hospital kerajaan sekarang hospital swasta Dulu tv hitam putih sekarang sudah ada tv warna Dulu ada satu dua channel sekarang tak terkira Dulu baca akhbar sekarang ada siber raya Dulu panggung Rex sekarang Golden Screen Cinema Kehidupan mewah dinikmati semua bangsa Tidak kira Melayu Cina atau India
Tapi itu semua pembangunan fizikal semata-mata Janganlah kita terlalu berbangga Di sebalik merdeka kita masih jadi hamba Lihatlah statistik yang disiarkan media Orang Melayu masih duduk di tempat pertama Jadi hamba kepada dadah ganja dan marijuana Di Pusat Serenti yang paling ramai orang bumiputra 65% dari penagih ialah Melayu Bumiputera Kadar jenayah sudah setanding negara Amerika Tiap-tiap hari ada kes bunuh dilapurkan di media Kita tak dapat bayangkan anak bunuh ibubapa Tapi sekarang sudah jadi macam perkara biasa Baik di bandar maupun di desa
Kita jadi hamba kepada material dan dunia Agar tercapai impian sanggup lakukan apa saja Hatta makan rasuah dan komisen berjuta-juta Rasuah sudah jadi sebati dengan mereka Kerana rasuah tak dapat dikawal pihak berkuasa Jenayah terancang masih bergerak bebas sentiasa Indeks rasuah semakin teruk malu kat Singapura Indeks moral juga tidak ke mana-mana Pelacuran sudah tidak dapat dikawal berleluasa 77% kes anak luar nikah ialah Melayu Bumiputera Majalah dan video lucah ada di mana-mana Bahan-bahan yang merosak minda remaja Sepatutnya lebih banyak universiti di Malaysia Semakin kuranglah jumlah penjara Namun penjara sesak macam pasaraya
Hiburan melampau sudah melanda kita Tengoklah pengaruh Akademi Fantasia Sanggup menangis kerana Mawi atau Mila Artis terkinja-kinja tanpa nilai jadi idola Bukan saintis, negarawan atau ahli sastera Remaja sudah kurang minat untuk membaca Kalau perpustakaan ditutup buat sementara Siapa pun tak marah atau demonstrasi di jalanraya Tapi kalau kita tutup semua TV sehari sahaja Alamat yang bagi cadangan kena pukul kepala
Merdeka bukan setakat mengibar bendera Bukan setakat menyebut Merdeka Merdeka Bukan naik motosikal ramai-ramai keliling kota Bukan hanya tunjuk kekuatan polis dan tentera Atau cuma pandai anjurkan konsert terbuka Sehingga tengah malam artis terkinja-kinja Syarikat arak pula sponsor arak percuma Ini bukan cara kita sambut merdeka Walaupun dihadiri oleh pemimpin negara Tetapi jiwa kita masih belum merdeka
Kemerdekaan hendaklah diisi ikut agama Hendaklah bersyukur kepada Allah Maha Esa Lihat semula perjuangan Nabi kita Bagaimana sahabat nabi kecapi merdeka Merdeka dari penghambaan sesama manusia Bilal ibni Rabah satu contoh cukup nyata Hamba tetapi mempunyai jiwa yang merdeka Setelah menerima nur dan hidayah Allah taala Itulah generasi al Quran yang terulung di dunia Islam membebaskan mereka dari cengkaman manusia Rom dan Parsi tumbang kepada Iman dan Taqwa Padahal sebelum itu mereka cuma pengembala
Di petik dari Malaysia-today.com
|
|
|
sketsa
Jun 24, 2007 6:50:16 GMT 7
Post by pak itam chawan on Jun 24, 2007 6:50:16 GMT 7
Sketsa 105 : LAGI PASAI MERDEKA
22/06: RM30,000 bagi setiap ahli Parlimen untuk kempen Merdeka Category: General Posted by: Raja Petra Setiap 219 ahli Parlimen negara ini akan menerima RM30,000 bagi mengadakan aktiviti-aktiviti ntuk menyambut 50 tahun kemerdekaan negara di kawasan masing-masing.
Menteri Budaya, Kesenian dan Warisan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata bahawa wang tersebut adalah bagi gotong-royong, perarakan, pertunjukan, persembahan dan kempen-kempen mengibarkan Jalur Gemilang.
Ahli Parlimen pembangkang juga akan diberi peruntukan tersebut, tambahnya.
Dr Rais berkata aktiviti-aktiviti tersebut akan diadakan minggu hadapan dan dalam bulan Ogos. “Pada masa lepas, hampir semua program-program dirancang oleh kerajaan dan disokong oleh kerajaan-kerajaan negeri.
“Kali ini, program-program tersebut akan diadakan oleh ahli-ahli Parlimen,” katanya. Disamping ahl-ali Parlimen, 78 badan korporat akan turut terlibat dalam sambutan tahun ini. - The Star
|
|
|
sketsa
Jun 24, 2007 7:01:01 GMT 7
Post by pak itam chawan on Jun 24, 2007 7:01:01 GMT 7
Sketsa 106 : ALTANTUYA OH ALTANTUYA , PASAI APA MAI KAT MALAYSIA
20/06: Masih Rahsia Category: General Posted by: Raja Petra Keris Silau
Dah dua hari berita yang sama Mungkin sama hari yang ketiga Perbicaraan pembunuhan wanita Yang berasal dari negeri Mongolia Diberi nama Altantuya @ Amina
Defendan utama ialah Razak Baginda Tiada kena mengena dengan istana Cuma namanya macam nama raja Dia adalah penganalisis politik negara Sangat rapat dengan orang nombor dua Sebab tu kita dengar banyak cerita Pelbagai versi bergantung kem yang mana Kem no 2 kata dia sudah dianaiya Kem tingkat 4 pun boleh tahan juga Kata ini nombor 2 punya angkara Budak-budak UTK tu kerja dengan dia Anwar kata ini semua pasal 500 juta Komisen beli kapal selam dan senjata Di Ijok Anwar cabar nombor 2 saman dia Nombor 2 kelu untuk berbicara Menghangatkan lagi spekulasi semasa Selepas beberapa hari baru nafi terlibat sama Tapi masih takut nak saman si Nana
Dalam perbicaraan hari kedua Saksi kata Altantuya minta 1.75 juta Dan tiga tiket penerbangan antarabangsa Bagi kami rakyat biasa 1.75 juta nak korek kat mana Tapi bagi orang macam Baginda 1.75 juta rasanya macam lekat celah gigi saja Kita pun tak tahu sebab apa Altantuya minta sampai 1.75 juta Kalau tidak katanya dia pecah rahsia Rahsia apa masih jadi tandatanya?
Malaysia-today.com
|
|
|
sketsa
Jun 26, 2007 9:56:06 GMT 7
Post by Dato Wan on Jun 26, 2007 9:56:06 GMT 7
Kes pembunuhan Altantuya sedang mendapat perhatian umum.Kes ini sedang dibicarakan,jadi biarlah proses undang-undang berlaku.Kita tidaklah boleh menghukum seseorang sebelum dia dibukti bersalah.Biarlah hakim,pendakwa dan pembela menjalankan tugas mereka.Kita tidak ada hak menjadi hakim ,pendakwa atau pembela.Apa yang pastinya ialah yang bersalah tetap bersalah dan jika tidak di dunia ini mereka dihukum,di akhirat nanti pasti menerimanya.Itulah hukumAllah SAW' Mungkin akan lebih banyak lagi orang-orang Mongolia akan dibunuh sedcara kejam,disebabkankezaliman dan kekejaman mereka yang lampua di bawah Kublai Khan dan Genghis Khan.Berjuta orang Islamtelah dibunuh denga kejam sekali oleh mereka.
|
|
|
sketsa
Jun 29, 2007 11:18:08 GMT 7
Post by pak itam chawan on Jun 29, 2007 11:18:08 GMT 7
Sketsa 107 : PKR & SEMANGAT 46
OPINION: By ABDUL RAZAK AHMAD New Straits Times
The unhappy exit of Ezam Mohd Noor from Parti Keadilan Rakyat follows other recent acrimonious departures of a number of Datuk Seri Anwar Ibrahim’s key associates. It all points to a party in the throes of a crisis, writes ABDUL RAZAK AHMAD
BEING a young political party is perhaps a good enough explanation of why numerous key stalwarts have left what is now known as Parti Keadilan Rakyat. Formed four years ago, in a merger of Parti Keadilan Nasional and Parti Rakyat Malaysia, PKR has members of varying political outlooks, which perhaps accounted for much of the party’s early internal turbulence.
There was Keadilan vice-president Marina Yusoff, who left in 2000, followed by deputy president Dr Chandra Muzaffar the year after. Three years later, information chief Ruslan Kassim quit to join Umno.
Others, including former secretary-general Anuar Tahir, supreme council member Saari Sungib and vice-president Saifuddin Nasution Ismail, quietly withdrew into the background, and then left the party altogether.
The turnover list goes on. Each had his own reason, but things did seem to settle down after Keadilan merged with PRM to form PKR.
In the last two months, though, have come the dramatic exits of three more key personalities: Datuk S. Nallakaruppan, who left in May this year, followed by former Parti Keadilan Nasional deputy president Abdul Rahman Othman and former Youth chief Ezam Mohd Noor.
Unlike those who left the party earlier, the party leaders can’t simply brush aside this trio’s exit.
In the past, most who quit the party did so relatively amicably. Few spoke out publicly against PKR. This time, Nallakaruppan, Abdul Rahman and Ezam have all made public critical allegations on the way PKR is being run. All three also left after Datuk Seri Anwar Ibrahim’s release from prison in 2004, an event that should have galvanised the PKR. But the unthinkable happened the day Ezam — perhaps the staunchest Anwarista of them all, who had stuck to his political father like white on rice — quit.
What gives?
The current problem in PKR appears to stem from the now very public spat between Anwar’s two closest proteges — Ezam and vice-president Azmin Ali. They’ve traded heated words in the media in recent days. Ezam went on to direct some of his ire at Anwar himself, telling Internet news website Malaysiakini that he no longer trusted Anwar’s sincerity in consolidating the party, and accusing Anwar of being controlled by Azmin.
"The problem boils down to a clash between Ezam and Azmin," says opposition insider Mohd Sayuti Omar.
"Ezam feels he’s not getting adequate attention from Anwar because Anwar listens too much to Azmin.
"Why this is so, when both of Anwar’s anak didik were for so long so close to each other that people called them his ‘Siamese Twins’, is the real question."
Sayuti notes that this rivalry between two political siblings for their mentor’s attention erupted into a no-holds-barred spat soon after Anwar’s release after the Federal Court overturned his conviction on sexual misconduct. It was at that point that Ezam began pushing for a new approach in PKR following the slide in the party’s performance.
The party won five parliamentary seats in 1999 but only one in the 2004 polls, when PKR president and Anwar’s wife, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, retained her Permatang Pauh constituency.
"I suspect Ezam wanted PKR to reverse the slide in support by adopting a more flexible and less emotional approach to politics. Perhaps this came to be seen as a surrendering of principles and a strategy driven by a personal agenda, which could have led to this clash," says Sayuti.
Anwar, on his part, appeared hesitant and in a bind as to which of his two quarrelling proteges he should side with. That he’s been leaning more towards Azmin created uneasiness not only for Ezam but several others in the party as well.
"This in part explains why Nalla and Abdul Rahman also left. It seems to be the ‘Azmin factor’," adds Sayuti.
Anuar — Keadilan’s first secretary-general — refuses to speak of PKR’s problems, but fondly recalls Ezam’s long association with the party.
He said that Ezam was one of the several critically important key Anwar lieutenants who fled to Indonesia after Anwar was sacked as deputy prime minister, while a small number of other core supporters, including him, stayed back to set up Keadilan.
"Only when the party was set up were they asked to return to take up the key leadership positions," says Anuar, who was recently appointed to Pas’ central committee.
Abdul Rahman, who has applied to join Pas, also no longer wants to talk about what’s wrong in his former party.
"I just wish PKR will remain strong. With the public now looking closely at the party, there’s no point hiding whatever problems they have."
The question now is where Ezam will go. A longstanding rumour is that he’ll rejoin Umno, where he once served as the Petaling Jaya Selatan deputy division chief.
Ezam has strongly rejected this in the past. But he recently seemed more open to the possibility, though adding that "friends" from Pas have also approached him.
Pas, incidentally, is where a number of Anwar associates, including former PKR stalwarts Anuar, Saari, Saifuddin and Abdul Rahman, have ended up, though many of them still support Anwar.
Pas, on its part, is trying not to create the impression that it’s actively encouraging immigration from PKR, as the parties are close partners.
Pas secretary-general Datuk Kamaruddin Jaafar, commenting on Abdul Rahman’s application to join the party, says he personally wished that PKR could have sorted out the problem, "but it would not be right for me nor anyone in Pas to comment on another party’s internal affairs".
"My concern is that there’s too much overplaying of the fact that he is from PKR, and I don’t want to create the impression that we’re in any way sabotaging the party," adds Kamaruddin.
Indications are that Pas isn’t about to interfere. A strong PKR is better to have as an ally than a fractured partner, especially as the next general election, due by 2009, is looming ever closer.
Still, many will wonder why a number of Anwar’s "boys" from the former Umno and Malay grassroots faction are more comfortable in the Islam- and Malay-centric Pas, instead of the more "universal" and multi-racial PKR.
For Anwar, how well and how quickly he manages to settle these woes will have a direct bearing on the future of the party set up all but in his name.
At the least, it wouldn’t look good for PKR to continue talking about wanting to contest 60 parliamentary seats in the next polls if it fails to put even its own house in order first. But the Ezam-Azmin spat, says Sayuti, has progressed to such an extent that it’s now difficult even for Anwar to fully resolve.
"The phenomenon I’m seeing in PKR now leads me to believe that it’s heading the way of Semangat 46," he said, referring to the short-lived Umno splinter party of the late 1980s.
|
|
|
sketsa
Jun 30, 2007 2:25:55 GMT 7
Post by pak itam chawan on Jun 30, 2007 2:25:55 GMT 7
Sketsa 108 : AWAS KENCING MANIS
Dari Metro
Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN
Kesedaran ibu bapa dan masyarakat terhadap diabetes jenis 1 di negara kita masih sangat rendah
JIKA anak anda kerap kencing dan sentiasa dahaga walaupun banyak minum, selalu letih serta tidak bertenaga, jangan anggap ia disebabkan keadaan cuaca negara kita yang panas.
Ini antara petanda penting kepada penyakit kencing manis jenis 1 yang khusus berlaku pada kanak-kanak.
Kebanyakan ibu bapa tidak menyedari gejala ini. Mereka menganggap perubahan tingkah laku ini berpunca daripada cuaca panas dan sifat semula jadi kanak-kanak yang sentiasa aktif menyebabkan mereka cepat dahaga.
Akibatnya pesakit hanya dibawa mendapatkan rawatan apabila menunjukkan gejala lebih teruk seperti hampir pitam atau tidak sedarkan diri.
Apabila memperkatakan isu kencing manis kanak-kanak, banyak persoalan timbul.
Ramai bertanya bagaimana kanak-kanak boleh dapat kencing manis, sedangkan mereka masih terlalu muda? Adakah kegemaran kanak-kanak terhadap makanan manis seperti gula-gula menyebabkan mereka menghidap penyakit itu?
Benar, kanak-kanak juga boleh menghidap kencing manis walaupun kebanyakan kes kencing manis (80 hingga 90 peratus) berlaku pada orang dewasa. Sebenarnya, kencing manis dialami kanak-kanak tidak sama dengan kencing manis pada orang dewasa.
Kencing manis dibahagikan kepada dua iaitu jenis 1 (berlaku pada kanak-kanak) dan jenis 2 berlaku di kalangan orang dewasa atau lebih dikenali sebagai diabetes mellitus.
Seseorang kanak-kanak dikatakan mengalami kencing manis jenis 1 apabila kelenjar pankreas berhenti menghasilkan insulin.
Ia boleh berlaku pada semua peringkat umur kanak-kanak bermula dari hari pertama dilahirkan hinggalah 18 tahun. Kajian menunjukkan hampir 15 peratus kes kencing manis jenis 1 berlaku pada kanak-kanak berumur di bawah lima tahun.
Insulin dihasilkan oleh kelenjar pankreas yang terletak di belakang perut. Tugas insulin ialah menurun atau merendahkan paras glukos (gula) dalam darah supaya sentiasa dalam had normal iaitu antara empat hingga enam mmol/liter.
Secara semula jadi, badan kita memerlukan glukos sepanjang masa bagi memastikan organ penting seperti otak, buah pinggang, hati dan otot berfungsi dengan baik.
Apabila kita makan, karbohidrat daripada makanan dipecahkan kepada glukos iaitu tenaga yang digunakan untuk membolehkan sel berfungsi.
Glukos dalam darah ini hanya boleh dipindahkan ke sel dengan bantuan insulin. Tanpa kehadiran insulin, glukos berkumpul dalam darah, menyebabkan paras gula darah menjadi tinggi. Bagi pesakit kencing manis jenis 1, kelenjar pankreas tidak dapat menghasilkan insulin.
Kegagalan kelenjar pankreas pesakit kanak-kanak boleh berlaku secara tiba-tiba dalam tempoh singkat tanpa menunjukkan tanda. Sehingga kini tiada siapa tahu mengapa dan bagaimana perkara ini terjadi.
Akibatnya, paras gula dalam darah pesakit menjadi tinggi dan boleh ‘melimpah’ masuk ke dalam air kencing. Ini menyebabkan pesakit kerap kencing (siang dan malam) melebihi lapan kali sehari, sentiasa dahaga walaupun banyak minum, letih (kerana gula dibuang ke dalam air kencing) dan berat badan turun mendadak.
Menurut Ketua Jabatan Pediatrik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) juga Perunding Endokrinologi Kanak-kanak, Profesor Fatimah Harun, jika keadaan ini dibiarkan, pesakit kanak-kanak menjadi semakin lemah, mengalami masalah kekeringan, boleh pitam dan pernafasan menjadi cepat.
Pernafasan cepat di kalangan pesakit kencing manis menandakan badan mereka mempunyai banyak asid keton (DKA) yang boleh membawa maut jika tidak diberi rawatan segera.
Secara umumnya, kesedaran ibu bapa dan masyarakat terhadap diabetes jenis 1 di negara kita masih sangat rendah kerana lebih 70 peratus kes yang dirujukkan ke hospital dikategorikan sebagai kes DKA (apabila keadaan pesakit sangat serius) berbanding 50 peratus kadar umum di seluruh dunia.
Bagaimanapun, di negara Eropah dan Scandinavia kadar kes DKA sangat rendah iaitu hanya sekitar lima peratus, yang menunjukkan kesedaran masyarakatnya terhadap penyakit ini sangat tinggi.
Apa bezanya diabetes jenis 1 dan 2? Diabetes jenis 2 berlaku pada orang dewasa disebabkan kekurangan hormon insulin atau badan gagal menggunakan hormon insulin dengan baik walaupun banyak insulin dihasilkan. Untuk lebih jelas sila rujuk Jadual 1.
“Diabetes jenis 1 jarang diberi perhatian, malah ada yang tidak tahu langsung mengenainya. Berdasarkan pesakit yang didaftar di PPUM sepanjang 1989 hingga 2006, jumlah pesakit diabetes kanak-kanak meningkat lapan kali ganda dalam tempoh 16 tahun.
“Sehingga kini, ada 200 pesakit kencing manis yang baru disenaraikan dalam Daftar Kencing Manis Di Kalangan Kanak-kanak dan Remaja Malaysia, tetapi dianggarkan jumlahnya melebihi 1,000 orang,” katanya dalam seminar diabetes Jenis 1 di kalangan pelajar anjuran bersama PTJ Kebajikan Perubatan, Jabatan Pediatrik PPUM dan Persatuan Diabetes Malaysia.
Tanda dan gejala
Kata Dr Fatimah, tanda kencing manis jenis 1 boleh dibahagikan kepada dua mengikut masalah dihadapi iaitu:
a. Apabila paras gula dalam darah tinggi
Kerap kencing sepanjang hari (hingga berbelas kali).
Cepat penat dan tidak bertenaga (kerana gula terbuang dalam air kencing).
Sentiasa dahaga dan tidak hilang, walaupun banyak minum.
Berat badan susut, walaupun makan banyak.
b. Apabila paras gula dalam darah terlalu rendah
Rasa lapar.
Menggeletar.
Berpeluh banyak.
Pucat.
Sukar menumpukan perhatian.
Boleh pitam.
Untuk mengelak masalah ini, pesakit perlu memastikan paras glukos darah sentiasa terkawal dan dalam julat normal iaitu antara empat hingga enam mmol/liter.
Pesakit perlu mengambil langkah penjagaan jika paras glukos darahnya ada pada lingkungan tujuh hingga lapan mmol/liter dan boleh mengalami komplikasi jika paras ini melebihi sembilan mmol/liter.
Bagaimanapun, pesakit masih boleh mengalami masalah jika keadaan terlalu terkawal kerana mereka berdepan risiko hipoglisemia (paras gula dalam darah yang rendah daripada disarankan).
“Kanak-kanak yang sihat dan tidak mengalami masalah kencing manis jenis 1 masih boleh mendapat kencing manis jenis 2 (diabetes mellitus) apabila dewasa, terutama jika terlalu gemuk dan tidak mengawal pemakanan.
“Biasanya, golongan seperti ini mempunyai tanda hitam seperti daki pada tengkuk. Jika ada tanda ini (gemuk dan tompok hitam), ambil langkah penjagaan seperti mengawal makan dan bersenam bagi mengelak atau melengahkan serangan kencing manis,” katanya.
Rawatan
Menurut Dr Fatimah, rawatan kencing manis jenis 1 sebenarnya lebih rumit berbanding kencing manis jenis 2. Sehingga kini hanya ada satu kaedah untuk merawat kencing manis jenis ini iaitu melalui suntikan insulin, penjagaan makan dan bersenam.
Insulin tidak boleh dimakan kerana asid perut akan memusnahkannya. Pesakit memerlukan empat suntikan insulin setiap hari yang disuntik di bawah kulit pada perut, tepi paha, punggung atau tangan.
Ada dua jenis insulin perlu diambil setiap pesakit iaitu insulin bertindak pantas (memberi kesan empat hingga enam jam) dan insulin basal iaitu insulin yang boleh bertahan 24 jam yang disuntik sebelum tidur.
Selain itu, pesakit perlu memeriksa paras glukos darah sebanyak empat kali sehari dengan mencucuk hujung jari dengan jarum. Membayangkannya saja sudah terasa sakit, apatah lagi bagi mereka yang perlu melaluinya. Namun inilah rutin harian bagi pesakit kencing manis kanak-kanak.
“Semua rawatan ini sememangnya menyakitkan, terutama bagi pesakit lebih kecil. Pesakit perlu diberi empat suntikan insulin sehari dan kerana kesakitan, ramai hanya memeriksa paras glukos darah sehari sekali.
“Selain itu, pesakit perlu mengawal pemakanan. Walaupun secara umumnya boleh mengambil semua jenis makanan, mereka tidak boleh makan sesuka hati atau pada bila-bila masa. Mereka perlu mematuhi jadual pemakanan dan mesti makan selepas diberi suntikan insulin,” katanya.
Kehidupan pesakit kencing manis jenis 1 memang mencabar. Setiap hari mereka perlu memastikan paras glukos darah mereka sentiasa dalam julat terkawal kerana paras ini boleh berubah-ubah dalam masa sehari.
Kawalan gula yang buruk (melebihi sembilan mmol/liter) boleh menyebabkan banyak komplikasi kepada pesakit; yang boleh berlaku dalam jangka masa singkat atau panjang. Masalah pengumpulan asid keton dalam badan antara komplikasi cepat yang boleh menyebabkan kematian.
Apabila paras insulin sangat rendah, sel mengalami masalah kekurangan tenaga (kerana tidak dapat menggunakan glukos). Dalam keadaan ini, badan menggunakan sumber tenaga lain seperti lemak untuk dipecahkan kepada glukos.
Ketika proses pemecahan lemak ini, asid keton dihasilkan yang boleh menjejaskan keseimbangan pH darah dan menyebabkan darah menjadi berasid. Keadaan darah berasid ini menjadi racun kepada sel badan dan boleh membawa maut.
Manakala komplikasi jangka panjang pula mengambil masa lama untuk berlaku iaitu antara 10 hingga 15 tahun selepas seseorang pesakit disahkan menghidap kencing manis, jika paras glukos darahnya sentiasa dalam tidak terkawal.
Antaranya ialah buta, kerosakan buah pinggang, kehilangan deria sentuh kerana saraf terjejas, strok dan kematian sel (gangren akibat kerosakan salur darah). Untuk lebih jelas, sila rujuk artikel komplikasi kencing manis).
Bagaimana pesakit boleh dibantu?
Di sinilah ibu bapa memainkan fungsi yang sangat penting. Ibu bapa perlu memastikan anak mereka makan mengikut masa dan menyediakan makanan sihat serta seimbang.
Mereka perlu mengawal pengambilan sumber karbohidrat anak kerana terlalu banyak makanan berkanji boleh meningkatkan paras glukos darah.
Manakala pengambilan sumber makanan lain seperti protein, lemak, mineral dan vitamin sama seperti kanak-kanak sihat. Namun mereka perlu berpantang mengambil makanan manis seperti gula-gula dan manisan bagi mengelak masalah.
Antara masalah yang kerap dihadapi ibu bapa ialah berasa kasihan ketika anak demam atau sakit. Ketika ini ramai ‘mengizinkan’ anak mereka tidak diberikan suntikan insulin.
Bagaimanapun, tindakan ini boleh membahayakan nyawa anak kerana ketika sakit, paras glukos darah menjadi lebih tinggi. Jadi ketika ini, pesakit sangat memerlukan insulin untuk merendahkan semula paras glukos darah mereka.
“Selain itu, ramai pesakit kanak-kanak tidak mahu makan selepas diberi suntikan insulin. Pujuk anak supaya makan sedikit demi sedikit kerana jika tidak makan, mereka boleh mengalami masalah hipoglisemia (paras gula rendah).
“Beban pesakit kencing manis sebenarnya turut dirasai seisi keluarga kerana ibu biasanya lebih memberi tumpuan kepada anak yang sakit. Justeru, seisi ahli keluarga sepatutnya turut serta dalam memahami penyakit dan rawatannya supaya tiada yang terasa disisihkan.
“Memang ada ibu bapa yang ‘letih’ kerana walaupun patuh pada semua arahan doktor dan pengambilan insulin, ia masih belum menjanjikan paras gula anak ada dalam keadaan terkawal.
“Namun, ia perlu diteruskan dan sentiasa memeriksa paras glukos darah anak. Segera bawa anak ke hospital jika paras glukos melebihi 15 mmol/liter,” katanya.
Pada masa sama, pesakit kanak-kanak perlu digalakkan bersenam. Bagaimanapun, pesakit perlu memeriksa paras glukos darah sebelum dan selepas bersenam.
Mereka perlu makan sedikit sebelum bersenam jika paras glukos rendah dan berhenti makan ketika bersenam bagi mengelakkan gejala hipoglisemia.
Sebaliknya, mereka tidak dibenarkan bersenam jika paras glukos tinggi kerana ia boleh menyebabkan pelbagai masalah tidak diingini.
“Pesakit kencing manis jenis 1 sebenarnya sentiasa diajar cara menjaga dan merawat diri dari semasa ke semasa. Mereka perlu datang menjalani rawatan susulan setiap tiga bulan supaya doktor boleh memantau keadaan mereka.
“Kalau boleh, kita mahu mereka jadi doktor diabetes kepada diri sendiri. Pesakit kencing manis yang terkawal sebenarnya boleh melakukan semua aktiviti seperti kanak-kanak normal,” katanya.
|
|