|
sketsa
Jun 1, 2007 20:23:45 GMT 7
Post by pak itam chawan on Jun 1, 2007 20:23:45 GMT 7
Sketsa 66 : BUAH SETOL
Bila nak buah setol , kami dulu memunggal dengan sebatang kayu . Bila memunggal selalu mengenai sasaran . Itulah kepakaran budak2 dulu . Pandai memunggal . Musim buah setol cukup gembira . Bila buah dah menguning beramai2 berhimpun di bawah pokok . Masing2 membawa garam untuk bahan cicahan . Huseng Che Nik cukup pakar memunggal . Kayu memusing naik keudara ,betul2 kena pada ranting setol sekaligus menggoncang hingga luruh beberapa biji buah setol . Buah di himpun kemudian di makan secara jemaah . Selesai makan beramai2 turun mandi pula di sungai . Berenang ke hulu ke hilir . Panjat tebing dan terjun turun ke air sebagai superman . Semua mandi dalam sut semulajadi . Boleh kenali hak sapa panjang atau pendek , hak sapa besar atau kecik . Ada yang sudah di potong dan ada yang belum dipotong . Yang belum di sungailah tempat berlatih meloceh . Bila boleh loceh mudah dikerjakan tok mudim .
Hari ni ada orang berikan aku buah setol , besar2 penumbuk . Dah lama aku tak makan setol . Nak cari pokok setol pun agar susah. Semua dah ditebang , dijual sebagai balak . Dua biji habis ku makan mencicahkan sambal belacan . Tak sampai sejam perut aku mula memberontak . Senak sana-sini . Terasa masing-masing mengejar hang-aku ke hulu ke hilir . Senaknya terasa di setiap penjuru usus bertaliarus . Puas aku menahan kesakitan . Tekun dengan jari sana -sini . Habis sebotol minyak angin aku sapu . Perut berminyak , senaknya tak juga reda . Adoi , sakit mak .
Perut masa kanak-kanak dulu lebih hebat dari bila perut dah tua . Dulu tak pernah sakit . Antibodies cukup mantap .
Adoi , maafkan aku . Aku dah tak boleh tahan . Maaf yer . ?
|
|
|
sketsa
Jun 2, 2007 8:26:46 GMT 7
Post by pak itam chawan on Jun 2, 2007 8:26:46 GMT 7
Sketsa 67 : SAMBUNG PASAI BUAH SETOI
Semalam aku tak dapat meneruskan penukilan ku pasai buah setoi . Perut ku cukup hebat memberontak asbab buah setoi . Hampir setengah jam aku di bilik sentosa . Membuang angin , membuang lendir , membuang jejair entah apa nama yang patut aku beri , aku tak tau . Sketsa ku pasai buah setoi aku suruh cucu ku post saja ke laman web . Pagi ni saja baru ku baca kembali . Pagi ni aku masih lesu kerana kekurangan air dalam badan . Semalam entah berapa kali aku ke bilik sentiasa , menkemut2 lubang ajaib ku untuk menteramkan suasana pemberontakan . Revolusi yang cukup hebat melanda dalam usus . Sebagaimana juga berlakunya dalam sejarah dunia revolusi demi revolusi apabila sesuatu tahap ketenteraman awam tak dapat dikontrol . Ada saja isu yang boleh mencetus huru-hara dalam negeri . Pelarian anak negeri terpusu2 kesempadan negeri membawa diri dan nyawa untuk terselamat dari suasana gempar yang berlaku . Di sempadan penuh sesak , himpit menghimpit nak keluar dengan segera . Checking point menjadi sibok dan para pegawainya juga terkemut2 macam lubang ajaib ku . Lubang ajaibku juga terus menerus terkemut2 memberi laluan kepada sesapa yang dah siap diproses dokumen2 penting yang perlu di bawa bersama . Dengan peloh membasahi badan mereka mengeluarkan bau hangit yang tak terperi lagi . Dan begitula juga ketulan2 taik dengan hanyir lendir dan apa lagi yang tersangkut di badan memberi satu suasana yang cukup tak aman pada setiap lubang hidong . Kembog-kempis dibuatnya .
Hari ini aku rasa cukup tak selesa . Perutku dah kosong . Air kurang dalam badan . Sesekali terdengar letupan bom berbunyi di sana-sini . Mungkin ada lagi anasir subversif yang masih bermaharajalela di kaki2 gunung . Bom berangkai juga ada kedengaran . Sesekali serangkap samar berdentum terpijak oleh yang cuba menyelamatkan diri . Mayat mangsa tersebut mungkin akan mengeluarkan bau yang lebih busuk lagi . Hangit pengit . Lubang ajaib dah tak kuat lagi mengemut . Silap haribulan mangsa yang busuk itu menyelinap keluar tanpa disedari oleh lubang ajaib . Dan pelarian itu akan dibelasah sehebat2nya nanti .
Hari ini pula ada banyak lagi kenduri . Aku tak tau apa harus aku buat . Tak pi salah , pi lagi banyak serba salahnya .
Pastikan buah setoi tak mengamuk dalam balang anda . Kalau tidak tanggunglah revolusi yang akan berlaku . Pandai2lah . Jangan jadi macam aku . Diperbodohkan oleh buah setoi dua seduit . Aku tak marah pada buah setoi . Aku tak marah pada sesiapa . Aku cuma kesian pada lubang ajaib . Terpaksa buat kerja over-time . Terkemut2 saja .
Buah pelam putik pun kekadangnya boleh melancar revolusi . Buah kelubi cicah garam juga boleh menggugat keamanan dalam perut . Siksanya lubang ajaib . Kalau lubang ajaib berpenyakit buasir , parah jadinya . Boleh pi gitu saja .
Jaga kesihatan diri , jangan layan sangat selera kita . Biar ia meleleh air lior . Jangan layan . Biar pi kat dia .
Selamat jalan buah setoi .......... SAYONARA.................Lagu Jepun ni dinyanyikan oleh Suki Yaki .
;D ;D ;D ;D ;D ;D ;D ;D ;D ;D
|
|
|
sketsa
Jun 3, 2007 22:53:53 GMT 7
Post by pak itam chawan on Jun 3, 2007 22:53:53 GMT 7
Sketsa 68 : YA LEMAN
Depa kata jadi cikgu mudah . Pasai tu lani berlumba2 nak jadi cikgu . Ada yang berkelulusan injiniar , ada yang lulusan akauntan dan berbagai lagi ,sampai yang mengambil international studies dan pengurusan koperat pun pohon nak jadi cikgu . Memang untung murid2 dapat cikgu dalam pelbagai kelulusan . Tapi adakah cikgu tu cikgu sebenar . Ataupun kerana tak dak kerja ? Bukan senang nak jadi cikgu . Kerja cikgu tu senang apabila dalam diri cikgu ada minat menjadi cikgu . Bukan senang nak dok di kawasan sekolah . Masa belajar dulu pun hampir 12 tahun di sekolah , kemudian nak jadi cikgu pula , dok lagi di sekolah sampai ke pencen . Setengah abad di sekolah . Tak jemu ke ? . Tak dak buat lain ; hari2 tengok murid2 , main kapor , periksa buku . Itu saja . .....bukan calang2 orang boleh buat gitu . Yang paling hebat cikgu darjah 1 ; ngajar ABC dan 1,2,3 . Berpuluh2 tahun ngajar darjah satu . Dulu lagi hebat , cikgu darjah satu kena basuh taik dan kencing murid . Dulu tak dak tadika . Jadi pherak bila ke sekolah . La ni mengaji sejak dalam noi lagi . Dah hilang pherak . Dah pandai , tak pherak lagi . Tadi aku dapat jumpa banyak bekas cikgu di umah kenduri . Semua orhang panggil depa cikgu walaupun dah pencen berpuluh tahun . Aku juga bersyukur kerana dapat jumpa Pak Ngah Leman . Umur dah hampir 100 tahun . Pak Ngah Leman aku sanjung . Di rumahnya aku bersunat dulu . Dia kawan baik kedua arwah orang tua ku . Pak Ngah juga adalah seorang yang berjaya . Semua anak2 berjaya . Semua berpangkat . Ada professor ada pengetua sekolah ada pengurus bank yang lain2nya juga berpangkat tapi aku tak tau nak sebut jawatan depa . Aku kenal semua anaknya . Dan yang sokmo bersama ku ialah Ya Leman . Pernah satu sekolah belajar dulu . Dulu dia kerja cikgu . Seorang cikgu yang berjaya . Pernah jadi pengetua sekolah menengah . Masa tu kerjanya cukup mencabar . Maklumlah dia buka sekolah baru . Yang ada murid , kapor dan papan hitam . Bermula dari zero . Awat mudah ke buka sekolah baru ? Susahnya macam orang kampong dulu2 dok memugar tanah nak buat bendang , nak buat dusun . Sebatang balak berhari2 ditebang baru tumbang . Bukan ada gergaji enjin . Guna 'kapak lembab' . Aku cukup kesian kat Ya Leman . Dia terpaksa menghadapi berbagai masaalah . Sekolah tu jauh satu pasai . Di sekolah pula tak dak apa2 kemudahan . Lepas tu sekolah di serang pula histeria . Tiap hari menjerit2 budak2nya , ada yang terjun dari bangunan dan berbagai lagi . Pening kepala dibuatnya . Berpuluh2 tok bomoh di panggil , lepas sorang , sorang . Kalau tak silap aku mencecah hampir ke 100 . Makan masa lebih dari setahun baru hantu tak mai kacau budak2 . Sampai kepala Ya leman pun dekat nak botak. Tadi aku juga dapat jumpa Ya Leman , cukup ceria nampak dia . Dah dekat setahun dia buat pembedahan . Buang batu dalam hempedu . Mukanya pun dah berseri , dan nampak hidungnya pun mengerlit . Satu dari tanda2 yang dia masih bertenaga . Dia tak mati pucuk . Boleh lagi berseronok-suka . Nampak dia lebih bertenaga dari Zeming . Dia dan Zeming se angkatan dan satu keturunan . Keturunan dari Mekong . Dulu dia bertungkus lumus buat perjumpaan keturunan mekong . Buat kenduri besar . Makan 6 ekor kerbau dan seekor lembu dan berpuluh ekor ayam . Zeming banyak tanggungjawab , pasai tu dia nampak lebih tua dari Ya Leman . Banyak lagi boleh aku tuleh pasai Ya Leman . Tapi aku renti dulu , kerana mata ku cukup ngantuk , dah dekat 12 tengah malam .
Good-nite mekong .
|
|
|
sketsa
Jun 4, 2007 9:24:29 GMT 7
Post by pak itam chawan on Jun 4, 2007 9:24:29 GMT 7
Sketsa 69 : TAK RELEVEN
Orang kampong dah memiliki banyak vokalbulari bahasa asing . Dulu bercambah vokal2 bahasa Arab , sehingga sunat , wajib , makruh , haram dah dimiliki orang Melayu . Sehingga kadang2 tak tau apakah perkataan melayunya . Kita juga memiliki bahasa cina , sehingga tak tau apakah melayunya perkataan "toqe' , 'tekua' dan sebagainya . Kita juga memiliki bahasa Tamil , sehingga kita tak tau melayunya kata2 ' phoorah'. Kadangnya bila di melayukan membawa makna yang menyimpang terus dari makna asal yang kita pinjamkan itu. Kita pinjam dan kita sendiri pula memusnahkan yang aslinya . Perkataan 'borak' pada lazimnya orang paham menipu , pada hal borak itu benar . Nabi s.a.w menaiki borak dalam perjalanannya ke Baitulmuqaddis . 'Khalwat' ialah satu kerja yang cukup murni . Juga dilakukan Nabi s.a.w di Gua Hira' . Sekarang kalau kata berkhalwat tu sudah jadi satu perkara yang cukup sumbang . Hina-dina . Kalau nak , banyak lagi contoh2nya . Memadai itu saja . Dah tak releven . Nama anak2 juga sudah tercemar . Nak beri berbau arab , tapi maknanya masyaallah . Mengundang bala . Ada nama Norzina , masyaallah , tak rela aku nak sebut . Tak mau dok cerewet dah pasai ni , rasa malu . Direka di bentuk dengan pelbagai jenama , dikombinasi dengan ibu , datuk dan pelbagainya . Akhirnya tercipta sebuah rojak yang basi . Boleh memuntahkan . terkeluar segala lendiran yang bertali2 , liat dan susah putus . Busuk macam bangkai . Seolah-olah kita dah biasa dengan kekotoran . Macam kita ni bangsa kotor , bangsa pembohong . Lebih2 lagi dapat disaksikan segala kekotoran dalam masyarakat kita . Budaya jadi kotor . Anak2 melayu terjerumus dalam budaya negatif , dan sokmo pula dapat nombor satu . Merempit kita nombor satu , melepak kita nombor satu . Bukan saja yang muda , yang tua melepak berjam2 di kedai kopi . Di pusat serenti semua orang dah tau . Dan pihak atasan pula dengan rasuahnya dengan konspirasinya . Kezaliman rumahtangga juga kita 'number one' . Mencuri kabel berlaku di segenap kampong . Nak berkomunikasi dengan telefon menjadi payah . Kita tak membangun , kita meroboh , kita meruntuh , lupa diri , hilang keupayaan . Kerja buat tak berlapik keinsanan . Yang paling takut nanti ialah kekotoran menjadi darah daging . Menjadi huduh dan jijik . Kita menerima himpitan jiwa yang tersangat . Di lembukerbaukan .
kita harus cari jalan baru . Yang berlalu tak releven lagi . Kita bina bangsa baru beracuan lama . Jangan keluar dari acuan . Takut sesat terus .
Kalau tak mau hilang di dunia dan sesat di akhirat pandulah Al-quran dan Sunnah nabi s.a.w . Itu saja , yang lain bukan .
Its Now Or Never .
|
|
|
sketsa
Jun 5, 2007 11:26:37 GMT 7
Post by pak itam chawan on Jun 5, 2007 11:26:37 GMT 7
Sketsa 70 : CHECK STANDAD KITA
Esok-lusa kita akan sambut 50 tahun merdeka . Sambutan sokmonya pada tahun2 yang berlalu cukup meriah . Cukup hebat . Habis duit berjuta ringgit . Duit negara . Duit rakyat . Rakyat membayar segala cukai . Dari cukai belacan yang busuk dan segala barangan dan perkhidmatan . Adakah memadai nak tunjuk kemajuan kita pada hari tersebut , padahal masih lagi terdapat beberapa kekurangan dalam infrakstruktur pembangunan insan . Apakah salahnya kalau kita sambut cara sederhana , tak payah anak-anak sekolah berlatih dan beraptai berbulan untuk pertunjukan di hari tersebut . Duit dapat kita jimat , masa dapat kita manfaatkan untuk kerja2 yang lain . Kerja2 yang lebih bermakna . Tak payah pelajar2 kita membazirkan masa pembelajaran mereka . Ini pendapat aku . Aku ingat aku ada hak untuk bersuara , kerana negara kita negara demokrasi . Bersuara untuk kebaikan . Bukan untuk berbohong . Aku tau berbohong tu dosa , balasannya kena kerat lidah . Lidah dusta kena potong . Aku percaya balasan tu , kerana ia datang dari Nabi s.a.w . Kalau ada orang tak percaya , dia tu boleh pi .
Kita kena check standad pembangunan kita . Aku nak cakap satu perkara saja , yang lain2 tu tengok dan pikiaq yang mana patut . Perkara yang aku nak kata ialah pembangunan di kampong2 . Satu saja aku nak cakap iaitu pasai jalan mini-tar . La ni penuh kampung2 kita dah diturap dengan mini-tar . Ada yang masih elok dan ada yang penoh dengan lubang . Berlopak2 . Belum cukup masa hayatnya , dia sudah rosak . Dari pemerhatian ku , kerja buatnya tak ikut standad . Maknanya ada penipuan , kalau boleh saya pinjam kata penipu . Macam mana tak kata tipu kerana tebalnya tak ikut standad . Tempat2 yang nipis relai berkecamok di terajang oleh roda2 yang bergolek. Depa nak untung besar . Apa guna untung duit , tapi dari segi dosa rugi yang tak kesudahan . Balasannya ada sikit2 di dunia yang banyaknya ditangguh ke akhirat . Bila berdoa tu nak hasanah di dunia , nak hasanah di akhirat . Tapi kita cakap tak serupa bikin .
Dah 50 tahun merdeka , aku pikiaq dah tak releven lagi dengan mini-tar . Orang sik kata " Bho jerelus sebute keta , tak leh seliseh " . Sempit sangat , susah bergerak . Kemajuan yang penuh dengan kesusahan . Sekarang banyak dah ada kereta motor . Harga kereta secondhand lebih murah dari motosikal . Pi la kampong mana pun dah penuh kereta motor . Basikal orang tak naik dah . Malas nak kayoh . Padahal basikal ialah satu agen memberi kita sihat . Orang2 cina di Beijing masih banyak lagi kayoh basikal . Orang kaya2 pula la ni suka kayoh basikal . Depa kayoh basikal dalam rumah . Pakat semua anak bini berkayoh dalam rumah . Yang pelek lagi orang kita ni , di kiri-kanan jalan mini tu pakat himpit buat pagar . Buat pagar rapat dengan jalan . Lepas tu pula tanam pokok berderet di tepi jalan . Bila pokok tu besar , ranting2 tu hulur masuk kejalan , mengundang bahaya pada orang lalu-lalang . Lori masuk nak hantar binaan rumah pun payah . Tayar tindih jubin jalan , terpokah tar yang nipis tu . Maklumlah lori tu berat dengan pasir dan simen . Lima tahun pula buat tender lain . Kontrek lain pula dapat , buat gitu juga tak ikut standad . Bukankah itu pembaziran ? Pembazir tu ikhwan syaitan ...nauzubillah . Lain kali buatla luas sikit , sekurang2nya boleh kereta berselisih . Kalau mudah pun bukan orang lain , orang kita juga . Untuk paklong pakngah kita . Untyuk anak-cucu kita . Untuk bangsa kita . Tak rugi kita buat kebaikan . Ada balasan pahala di akhirat . Jangan kedekut buat pahala . Ia membantu kita di akhirat .
Yang sedih lagi jalan tu herot-petot ,buatla lurus sikit . Tuan tanah pun kenala korban sikit . Kalau sebatang pokok kita korban untuk ditebang ,cuba pikiaq berapa banyak pahala yang dapat . Duit tu duit la . Tapi pahala ikhlas kita mungkin lebih besar dari bukit enggang . Sesetengah tu pula tak bagi jalan nak masukkan paip-air . Awat ! paip tu akan dikambuih . Bukan nak biar melintang pukang . Bila kambuih pun bukan dia nak tumbuh akar dan curi baja2 pokok kita . Dia tak tumbuh akar . Nak pacak tiang letrik pun tak bagi . Bukan tiang tu nak beranting dan bercabang . Dia dok terpacak macam tu la sampai kiamat . Ni , semua paip air dan tiang letrik berderet di jalan yang sempit tu juga . Kita kena buka tirai sikit . Pikiaq dan renung jauh2 .Jangan berpikiran sempit . Macam katak di bawah tempurong . Aku masih ingat masa aku kecik2 dulu , tok chei aku beritahu : buang ranting kayu tengah jalan , buang duri tengah jalan boleh masuk surga . Ini harapan aku la ........sesuai dengan 50 tahun merdeka , baik lah kita ubah-suai jalan mini-tar . Buat maxi . Buat besar sikit . Dan buat bagi tahan lama . Maknanya buat bagi kukuh . Jangan kecoh , jangan tipu . Yang kita belanja tu duit kita . Duit kerajaan tu duit kita bersama . Kalau kita tipu , maknanya kita tipu 27 juta rakyat Malaysia . Kalau la begitu , bagaimanakah dosanya . Bukan kita tipu seorang rakyat Malaysia , tapi 27 juta rakyat Malaysia .....astagfirullah .
Aku ibaratkan sketsa ku ini ialah sebuah 'hantaran' untuk semua rakyat Malaysia . Yang hidup pasti akan mati..........kemudian kita akan hidup semula selama2nya .....abadan-abada .
MERDEKA DARI SEGALA DOSA
|
|
|
sketsa
Jun 5, 2007 20:38:08 GMT 7
Post by pak itam chawan on Jun 5, 2007 20:38:08 GMT 7
Sketsa 71 : PERBEZAAN PENDAPAT TAK MESTI KITA BERPECAH
Seperti ku katakan dulu , jalan mini tu herot-petot . Sempit dan tak lurus . Lepas tu konanya 90 darjah . Nak ikut sempadan tanah konon . Van yang panjang sikit susah nak kona . Nak elak parit ada pokok pinang di depan . Nak gostan belaga pula tiang pagar . Cukup susah . Kemudian tiba di depan ada satu kumpulan lembu dok tidoq . Berak dan kencing pun di situ . Ada juga juga kumpulam kambing . Perangai pun macam lembu juga . Dok jilat punggong betina pun masa tu juga . Nak kerabat pun di atas jalan juga . Nak salah sapa ni ? Nak kata tak ngaji , kebanyakan dah sampai ke tingkatan lima . Dulu tak banyak orang ngaji , lani semua dah ngaji . Sekolah menengah pun dah dekat dengan rumah . Ya lah lembu dan kambing tak mengaji . Tapi tuan dia semua mengaji . Pandai2 semua . Dah boleh ajak berdebat . Kalah kita . Hujjah demo kekadangnya macam minda kelas satu . Baguih la tu . Tapi dok bawa minda kelas ketiga . Tambat la lembu , kurung la kambing tu . Dok lepas macam tu , habeh makan tanaman orang . Habeh makan sayur orang . Buat jalan mini tu kotor dengan najis . Bila selisih motor , taik tertindih dan terpelanting kena muka orang yang lagi satu . Berkelahi pula depa berdua . Kerana taik lembu . Suasana akan jadi lebih hebat kalau perbezaan parti politik . Sokmo nak cari gadoh , Sokmo nak berbalah . Taik lembu tak membawa tuah . Kalau nak bagi taik lembu bertuah , ambil buat baja pokok . Dia memberi manfaat .
Lepas 50 tahun sambut merdeka ni , kita kena buat penilaian semula . Cari yang mana buruk . Kita buang jauh2 . Pilih yang mana baik . Kita buat pedoman . Cari lagi idea2 yang bernas , kita majukan lagi . Tak guna berpecah . Tak guna bergaduh . Tak guna berbalah . Bukankah tok nenek kita dulu ajar kita BERSATU TEGUH , BERCERAI ROBOH . Setiap orang kita ada ego . Aku juga ada ego . Tapi gunakan ego ke jalan yang baik . Begitu juga semua orang ada sifat pemarah . Aku juga ada sifat pemarah . Sifat mazmumah . Sangat gemar syaitan ,kalau kita ada sifat itu . Tapi kita gunakan marah pada tempatnya . Syaitan akan junggit . Dia lari jauh , kerana kita pandai guna sifat marah pada tempat yang sesuai . Kita bukan saja berbeza pendapat , kita berbeza segala2nya . Sampai tanda di ibu jari pun tak sama . Semua ada perbezaan . Itulah tanda begitu agungnya Allah Taala . Tapi kita kena ingat , kita dari satu keturunan . Dari Adam dan Hawa. Mengapa kita masih tak paham2 ? . Syaitan buat kita tak paham . Sebab kita banyak gunakan pedomannya .
UNITED WE STAND . Baru Allah turunkan nusrohNya .
|
|
|
sketsa
Jun 6, 2007 11:13:14 GMT 7
Post by pak itam chawan on Jun 6, 2007 11:13:14 GMT 7
|
|
|
sketsa
Jun 6, 2007 11:22:45 GMT 7
Post by pak itam chawan on Jun 6, 2007 11:22:45 GMT 7
|
|
|
sketsa
Jun 6, 2007 11:40:40 GMT 7
Post by pak itam chawan on Jun 6, 2007 11:40:40 GMT 7
|
|
|
sketsa
Jun 6, 2007 12:17:20 GMT 7
Post by pak itam chawan on Jun 6, 2007 12:17:20 GMT 7
|
|
|
sketsa
Jun 6, 2007 20:18:54 GMT 7
Post by pak itam chawan on Jun 6, 2007 20:18:54 GMT 7
|
|
|
sketsa
Jun 8, 2007 15:57:07 GMT 7
Post by pak itam chawan on Jun 8, 2007 15:57:07 GMT 7
Sketsa 77 : SUNGAI MENGALIR LESU
Sungai Sik , Sungai Chepir , Sungai batang dan lain2nya lebih tua dari ku . Dulu depa mengalir ganas . Depa memberi kegirangan dan keriangan kepada kanak2 bergelumang dalam perutnya . Memberi manfaat bukan saja kat lembu-kerbau tapi juga anak-cucu adam yang memerlukannya . Banyak ikan hidup dalam perutyna . Berenang ke hulu ke hilir . Riang macam kanak2 juga . Dalam airnya boleh suluh muka . Macam juga cermin suloh . Jernih bersinar2 . Boleh nampak wajah dalam air . P.Ramlee buat lagu nampak wajah dalam air . Lempar satu batu , wajahnya hilang . Pandai dia menghias diri . Pandai dia memberi manfaat pada makhluk2 lainnya . Zaman kanak2 tak boleh kalau tak kaitkan dengan sungai . Nak berakit bersampan kena pi sungai . Di setengah tempat nak berak pun pi ke sungai . Tapi taik hilang dalam sekelip masa . Disambar kaloi , lampan , anak sia , keli dan haruan dan lainnya . Taik tak boleh lama berendam dalam air . Ia najis , ia perlu dibersihkan . Ikan2 yang jadi pekerja jabatan taliair . Depa rajin buat kerja , jadi sungai jadi bersih . Bangkai pula tak dan sampai ke sungai . Cepat disambar oleh biawak dan ereng . Depa jadi pekerja pembasmian unsur2 busuk dan lambat reput . Sampah-sarap tak ada peluang nak ke sungai . Lebih awal di bakar untuk buat baja tanaman . Tergamak airnya dibuat minum . Airnya manis sepanjang alirannya kalau lebih dulu kita makan buah lemba . Ia buah ajaib , memaniskan rasa semua yang tawar . Itu nikmat yang orang sekarang dah tak tau .
Kini Sungai Batang dah jadi arwah . Dia ditelan jauh ke perut bumi . Kenangan hidupnya akan habis sedikit masa lagi . Orang dah tak nak sebutkan namanya lagi . Diberis2kan mereka . Bersamanya terkorban beribu2 makhluk halus dan besar . Semua dah jadi seredak tenggelam di patat air . Yang masih hidup mengalir lesu . Sungai Sik dan sungai chepir nampak cukup lesu . Baunya hapak dan hanyir . Airnya tak lagi ghairah . Liat kemasaman . Macam lendir . Busuk habis cerita . Tak lagi tergamak memasukkan dalam mulut . Jijik sejijiknya . Ketul taik pun ada terapung-apung si permukaannya . Tak dak lagi keli dan haruan . Tak dak kaloi dan anak sia . Jauh sekali anak seluang dan ikan baung . Ketul taik tersangkut di reba . Berhari2 di situ terkodek-kodek . Diulek oleh lesuan air yang mengalir . Di kepala taik taik yang tercungak diudara , dah mula ada naik kulat . Dah berkulat dan tak siapa pun ingin menjamahnya . Lelabi dan kekura pun dah habis diangkut oleh orang asli . Selalunya lelabi dan kekura lah yang cuba untuk menjamah . Tapi depa pun dah pupus . tak dak lagi generasi baru . Sampah yang tersangkut tok sah kiranya banyaknya . Semua pakai baling . Bukan di Baling , tapi membaling ke dalam sungai . Air di pengkalan bawah cukup hebat . Hebat dengan kebusukan dan kekotoran . Air mengalir lesu kerana pekatnya air . Lambat dia nak bergerak , dah tak cergas . Dah tua . Dah nak jadi arwah . Sedikt masa lagi ia akan dinamai sungai mati .
Setiap yang hidup akan mati . Sungai dulu hidup ceria , dah mula jadi lesu , juga akan turut mati .
" Di surga , sungai2 mengalir di bawahnya "...........Allahuakbar
|
|
|
sketsa
Jun 8, 2007 21:37:19 GMT 7
Post by pak itam chawan on Jun 8, 2007 21:37:19 GMT 7
Sketsa 78 : KECO
Dulu aku buat praktikal di KKB dan RWG . Dulu KKB cukup terkenal , sekarang orang dah tak tau apa itu KKB . Dulu RWG tak terkenal , tapi sekarang orang tau semuanya . KKB ialah Kuala Kubu Baru . Pegawai2 Polis dulu berlatih di sini . Walaupun kuala , tapi jauh di daratan . Di kaki pergunungan titiwangsa. Bangunan2 lama ala british tersergam indah . Kukuh hingga kini . Siling tak bocor , tak dak retak sana sini . Tak semacam di Putrajaya . Dah bocor , dah runtuh tanah di sana . Muda cet-cet . Baru cet-cet . Dekat kawasan ini lah JWW Birch kena bunuh . Dari KKB hingga ke RWG hutan belantara cukup tebal . Banyak terdapat wetlands . Di wetlands , paya kata orang kita , penuh dengan pokok paku jenis midin . Pucuknya kemerahan . Bila direbus airnya juga berwarna merah . Sedap di buat ulam ataupun masak asampedas campor ubi keledek . Aku tak payah beli sayur , aku kutip selang sehari . Orang sana tak pandai makan . Aku ajar kekawanku . Semua mereka makan . Aku buat promosi . Kami masak bergilir-gilir . Makan di kedai tak sedap . Aku masak cara aku . Kawan aku dari Terengganu (terengganukite) masak cara terengganu . Yang tak pandai masak , kerjanya basuh pinggan mangkok . Habis2 sangat suruh goreng ikan . Kami masak sehari sekali saja . Masak malam . Siang tak dan . Masak untuk 3 kali makan . Pagi makan nasi sejuk , siang pun sama , nasi sejuk . Nak makan sedap sikit cuma pada hari cuti . Hari ahad .
Hari ahad aku kutip keco . Kawan2ku semua tak makan . Di KKB terdapat banyak keco . Tak dak sapa pandai makan . Kerana kekawanku tak makan aku sapu semuanya . Akhirnya aku buat sayur keco campor nenas . Depa mula makan , tapi tak pandai lagi nak sedut . Aku terpaksa beri kursus . Depa yang sapu banyak aku dok sedut kat depa . Lenguh dedagu ku . Tapi tak apa , promosi ku berjaya .
Sekarang di kawasan kita pun dah takdak keco . Habis pupus . Bendang pun dah tinggal tak berapa banyak . Di paya2 pun tak dak keco , sebab dulu2 masa buat bendang orang kita guna racun . Racun rumput . Racun ulat . Racun belalang dan macam2 racun lagi . Habis anak-cucu keco mampuih . Ada juga orang jual di pekan selasa . Satu kilo RM 4 . Tapi rasa tak macam keco orijinal . Depa bela di dalam kolam . Sekarang dunia dah hilang orijinalnya . Semua tiru-tiruan . Kita pun tiru banyak budaya asing . Dari hujung kaki ke hujung rambut kita tiru . Budaya Melayu dah hilang .
Kata Melayu tak kan hilang di dunia ..................pegeh la .
Mana Hang Tuah ? Bukan nak ajak bermain keris , aku tak pandai . ..........nak ajak berdebat .
Alahai si Jebat ..........dah nasib mu .
|
|
|
sketsa
Jun 8, 2007 21:49:56 GMT 7
Post by pak itam chawan on Jun 8, 2007 21:49:56 GMT 7
Sketsa 79 : SEJARAH DATO' WAN JATOH
Limpahan Kurniaan Anwar
Namun, dalam masa yang sama Anwar telah pun mengumpul pasukan di setiap negeri. Di Kedah misalnya, hampir setiap Ketua Bahagian dipanggil berjumpa Anwar secara sulit. 90% Ketua Bahagian di Kedah ketika itu menerima imbuhan yang amat besar dari Anwar serta janji akan dilantik Menjadi Menteri Besar jika mereka mencalonkan beliau sebagai Timbalan Presiden UMNO.
Terdapat segelintir yang menolak tawaran dan imbuhan Anwar seperti Datuk Wan Azmi (EXCO Kanan Kedah ketika itu) kemudiannya "dilanyak" Anwar secukupnya selepas beliau menang jawatan Timbalan Presiden UMNO. Wan Azmi hilang jawatan EXCO. Anwar juga menggunakan segala jentera dan kekuatan pengaruhnya untuk memastikan Hamid Othman menang Ketua Bahagian Sik kemudiannya .
Dipetik dari Malaysia-today : Anwarisme (2) 4 Jun,2007
|
|
|
sketsa
Jun 10, 2007 9:16:31 GMT 7
Post by pak itam chawan on Jun 10, 2007 9:16:31 GMT 7
Sketsa 80 : PM BAHAGIA , NEGARA BAHAGIA
Abdullah, Jeanne selamat diijabkabul 09-06-2007 09:45:25 PM PUTRAJAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi diijab kabulkan dengan Datin Seri Jeanne Abdullah di kediaman rasmi Perdana Menteri, Seri Perdana, di sini hari ini.
Akad nikah disempurnakan oleh Imam Masjid Putrajaya Abdul Manaf Mat pada pukul 2.50 petang dengan disaksikan anak Perdana Menteri Datuk Kamaluddin dan menantu Khairy Jamaluddin.
Majlis itu dihadiri oleh anggota keluarga terdekat, menurut kenyataan yang dikeluarkan keluarga Perdana Menteri kepada Bernama pada pukul 3.40 petang.
"Perdana Menteri dan isteri ingin mengucapkan terima kasih kepada rakyat yang mendoakan kebahagian mereka," menurut kenyataan itu.
Foto keluarga Abdullah dan Jeanne Abdullah yang disatukan hari ini dalam upacara pernikahan. (Foto Utusan)
Dilahirkan di Kuala Lumpur pada 29 Julai 1953, Jeanne merupakan anak sulung daripada empat adik-beradik.
Beliau menerima pendidikan di Sekolah Menengah Assunta dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang pentadbiran dan perhotelan serta pernah bertugas sebagai pengelola kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri dan pengurus Kompleks Seri Perdana. Jeanne mempunyai dua anak perempuan Nadiah, 29, dan Nadene, 27.
Abdullah, 67, pula mempunyai dua anak, Kamaluddin dan Nori, hasil perkahwinannya dengan Datin Seri Endon Mahmood yang meninggal dunia akibat kanser payudara pada 20 Okt 2005.
Jeanne bersama rombongannya dilihat memasuki Seri Perdana pada pukul 2.20 petang untuk majlis akad nikah itu.
Tiada liputan media bagi acara penikahan itu atas permintaan keluarga Perdana Menteri.
Berita berkaitan Abdullah syukur majlis nikah berjalan lancar
|
|