|
sketsa
Jun 10, 2007 9:36:11 GMT 7
Post by pak itam chawan on Jun 10, 2007 9:36:11 GMT 7
Sketsa 81 : INFO
INFO
Dalam sejarah Islam, masjid paling utama ialah Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah yang menjadi tumpuan masyarakat Islam seluruh dunia.
Ini diikuti masjid besar yang lain seperti Masjid al-Azhar di Kaherah, yang begitu makmur kerana menjadi pusat penyebaran ilmu.
Banyak lagi masjid lain yang tidak kurang hebatnya, malah ditambah dengan senibina yang mengagumkan, membuatkan banyak pihak jatuh cinta pada sesebuah masjid, sekali gus terpanggil memakmurkannya .
JOM KITA MAKMORKAN MESJID KITA
|
|
|
sketsa
Jun 10, 2007 9:51:05 GMT 7
Post by pak itam chawan on Jun 10, 2007 9:51:05 GMT 7
Sketsa 82 : ANDA STRESS ......... SILA CHECK
Masalahnya, ramai tidak sedar mereka mengalami tekanan. Antara tanda awal seseorang itu mengalami tekanan ialah:
Sakit kepala, perut, belakang badan
Masalah pencernaan.
Tapak tangan berpeluh.
Sukar tidur.
Bahu dan leher terasa tegang.
Jantung berdegup pantas.
Cepat penat.
Mula merokok (atau merokok lebih banyak) atau minum minuman keras.
Mula menjadi cerewet atau suka mempertikaikan tindakan orang lain.
Mengetap gigi ketika tidur.
Perubahan selera makan.
Cepat marah, resah, sunyi dan bosan.
Tidak dapat berfikir dengan tenang, sedih tanpa sebab.
Sukar mengingat, kurang kreatif, keliru.
Sukar menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.
Lebih suka menyendiri.
Jika dibiarkan berlanjutan, tekanan menyebabkan tekanan darah meningkat, kelesuan melampau, penurunan nafsu seks, keresahan, sakit seluruh badan, masalah berat badan dan paling menakutkan, ia juga boleh mengakibatkan penyakit jantung.
Secara umumnya tekanan boleh menjejaskan semua anggota badan seperti:
Otak — Sakit kepala, tidak boleh tidur, resah, perubahan personaliti, cepat marah, tidak bersemangat, sukar memberi tumpuan dan mengingat.
Otot — Ketegangan otot bahu dan leher, migrain, sakit belakang dan lain-lain otot.
Hati — memburukkan masalah kencing manis.
Rambut — Keguguran rambut yang teruk, botak dan kelemumur.
Mulut — Ulser dan mulut menjadi kering.
Jantung — Degupan menjadi cepat, pernafasan cepat, tekanan darah meningkat, serangan jantung.
Sistem pencernaan — Pedih ulu hati, mual, sakit perut, perut kembung, sembelit atau cirit-birit.
Sistem pembiakan — Lelaki mungkin mengalami masalah ereksi atau ejakulasi awal manakala wanita berdepan masalah kesuburan, haid tidak teratur, senggugut dan gejala menopaus menjadi lebih buruk.
Sistem imun — Menjadi lemah dan menyebabkan seseorang mudah mendapat jangkitan.
SENTIASA INGATKAN ALLAH DAN RASULNYA
|
|
|
sketsa
Jun 10, 2007 10:05:20 GMT 7
Post by pak itam chawan on Jun 10, 2007 10:05:20 GMT 7
Sketsa 83 : PANDUAN UTK SEMUA IBU (PETIKAN DARI DR. MOHAMMAD SULAIMAN IBRAHIM) Kurangkan sakit bersalin
Oleh DR MOHAMMED SULAIMAN IBRAHIM Perunding Anestesiologi Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru
MENGALAMI komplikasi ketika mengandung atau masalah ketika bersalin menyebabkan sesetengah wanita serik untuk mengandung lagi sehingga ada yang mengambil keputusan mahu ‘tutup kedai’.
Malah, ada juga berkata memiliki seorang anak sudah memadai asalkan mereka tidak perlu melalui pengalaman bersalin yang menyakitkan.
Memang tidak semua wanita bertuah dan dapat melahirkan anak tanpa masalah. Setiap wanita mempunyai pengalaman bersalin yang berbeza-beza. Bahkan bagi seorang ibu, pengalaman melahirkan setiap anak juga tidak sama.
Kesakitan ketika melahirkan anak menyebabkan ada sesetengah wanita fobia untuk mengandung lagi. Sebenarnya ada pelbagai cara untuk mengurangkan kesakitan bersalin.
Antaranya ialah kaedah Lamaze iaitu senaman tarik nafas untuk melegakan ketegangan otot, suntikan ubat, sedutan gas Entonox dan epidural.
Mengapa proses kelahiran bayi sungguh menyakitkan? Ia banyak bergantung kepada keupayaan individu menahan kesakitan. Daya ketahanan ini berbeza bagi setiap wanita dan kelahiran pertama dimaklumkan lebih sakit berbanding kelahiran seterusnya. Tempoh bersalin yang panjang juga boleh menyebabkan kesakitan berpanjangan.
Bayi dilahirkan melalui dua proses. Proses pertama (fasa pertama) membabitkan pengembangan serviks (muncung rahim) untuk membenarkan pergerakan bayi ke bukaan girl thingy. Penguncupan (kontraksi) yang menghasilkan pergerakan ini akan bertambah dan menjadi kerap (sekali dalam masa satu hingga tiga minit). Kesakitan ini boleh dirasai di bahagian pinggang dan di kawasan ari-ari membabitkan saraf T10-L1.
Peringkat kedua pula adalah proses kelahiran di mana bukaan girl thingy mencapai tahap maksimum iaitu 10 sentimeter dan bayi dilahirkan membabitkan saraf S2-4. Kesakitan maksimum ini menyebabkan ramai wanita sangat takut. Ini sebabnya remaja hari ini patut bersyukur dan mengingati pengorbanan ibu bertarung nyawa melahirkan mereka.
Kaedah Lamaze
Kaedah ini merangkumi cara berehat dan senaman tarik nafas yang dilakukan kebanyakan ibu ketika mengandung seperti diajar dalam kelas antenatal. Lebih baik jika suami turut mempelajari kaedah ini.
Kesakitan bersalin juga disebabkan ketegangan otot pelvis dan kaedah ini membolehkan otot pelvis berehat dan seterusnya mengurangkan kesakitan. Sebahagian wanita hanya memerlukan kaedah ini untuk mengurangkan kesakitan dan ia lebih semula jadi.
Ubat-ubatan
Suntikan ubat opiod iaitu yang sama kumpulan morfin diberi ketika sakit bersalin dan menghalang otak daripada merangsang deria kesakitan. Bagaimanapun, ubat opiod ini boleh menyebabkan khayal dan mengantuk. Malah, bayi yang lahir juga mungkin boleh mendapat kesannya dan biasanya bayi diberi ubat antidote iaitu naloxone sejurus selepas dilahirkan.
Sedutan gas Entonox (campuran gas oksigen dan nitrus oksida) memberi kesan sama iaitu menghalang deria rasa daripada mengalami kesakitan dan sampai ke otak, tetapi ia juga boleh menyebabkan wanita mengantuk dan kurang cergas ketika bersalin.
Epidural
Di negara maju seperti Amerika, suntikan epidural antara kaedah mengurangkan kesakitan bersalin paling popular dan penggunaannya melebihi 50 peratus. Di hospital yang mempunyai lebih 1,500 kes bersalin setahun, penggunaan epidural meningkat daripada 22 peratus pada 1981 kepada 51 peratus pada 1992.
Manakala hospital yang mempunyai antara 500 hingga 1,500 kes bersalin setahun menunjukkan peningkatan penggunaan epidural daripada 13 peratus pada 1981 kepada 33 peratus (1992).
Hospital yang mempunyai kes bersalin kurang daripada 500 setahun menunjukkan peningkatan daripada 19 peratus (1981) kepada 33 peratus pada 1992.
Setakat ini daripada 19,389 kes bersalin di Hospital Besar Sultanah Aminah Johor Bahru, hanya 85 kes menggunakan epidural. Manakala di Hospital Pakar Puteri yang mempunyai 19,389 kes bersalin setahun, kaedah ini mula digunakan secara aktif pada pertengahan tahun lalu.
Antara faktor yang menambah kesakitan ketika bersalin ialah kelahiran anak pertama, induksi bersalin (penambahan ubat Pitocin) untuk mempercepatkan bersalin, kehamilan pada usia muda, obes dan kesakitan tulang belakang sewaktu datang haid.
Suntikan epidural diberi apabila pesakit mula menunjukkan tanda hendak bersalin, tetapi tidak digalakkan untuk ibu yang acap kali bersalin dan bukaan servik mencapai lapan sentimeter. Ini kerana tempoh bersalin sangat cepat dan faedah suntikan epidural kurang bermakna.
Epidural menahan kesakitan bersalin dengan menghalang buat sementara waktu saraf yang bermula dari rahim ke otak. Ia tidak membawa kesan negatif kepada fungsi otak mahupun menyebabkan rasa mengantuk kepada ibu dan bayi di dalam kandungan.
Kebaikan suntikan epidural sangat banyak. Selain menahan kesakitan pada peringkat pertama dan kedua kelahiran, ia tidak memberi kesan mengantuk pada ibu, memberi bius untuk kelahiran secara forceps, jahitan episiotomi dan meneruskan khidmat pembiusan jika memerlukan kelahiran secara pembedahan caesarean.
Di samping itu, untuk ibu yang ada masalah kesihatan seperti sakit jantung dan tekanan darah tinggi, epidural adalah ubat tahan sakit paling selamat dan sangat diperlukan.
Apabila ibu sakit bersalin, tekanan darah naik, nafas menjadi cepat dan jika keadaan ini tidak dikawal, ia memberi kesan kepada ibu yang ada masalah jantung.
Epidural mengurangkan kesakitan dan menyebabkan salur darah mengembang, melancarkan peredaran darah kepada bayi dan secara tidak langsung mengurangkan risiko bayi lemas. Kajian terbaru menunjukkan suntikan epidural tidak mengganggu kelancaran proses bersalin dan tidak meningkatkan risiko memerlukan pembedahan caesarean.
Bagaimana suntikan epidural diberi?
Ibu mengandung akan diminta duduk atau mengiring mengikut keselesaan masing-masing selepas penerangan mengenai epidural diberikan.
Kemudian satu tiub halus (diameter berukuran 0.45 milimeter) dimasukkan ke bahagian belakang (lumbar) ibu dengan suntikan jarum di kawasan epidural (luar kawasan saraf tunjang dan cecair meninges).
Sebelum itu, suntikan ubat bius setempat diberi di kawasan kulit tempat suntikan jarum. Kemudian jarum epidural dialihkan dan meninggalkan tiub halus di kawasan epidural.
Melalui tiub halus ini, kadar pengaliran ubat bius — biasanya bupivacaine atau ropivacaine — memberi kesan kebas pada saraf yang meliputi kawasan rahim dan servik.
Kebanyakan orang dapat merasai suntikan pertama, tetapi hanya segelintir berasa gelisah. Ramai wanita langsung tidak merasai tiub yang dipasang di belakang badan.
Tiub ini dikeluarkan selepas bayi dilahirkan atau selepas jahitan episiotomi. Jika ibu terpaksa menjalani pembedahan caesarean, pembiusan epidural ini diteruskan sehingga selepas pembedahan.
Apakah yang berlaku ketika epidural?
Tahap kesakitan pada peringkat pertama kelahiran adalah berbeza-beza dan ia bergantung kepada bukaan servik (OS). Daripada bukaan OS sebanyak tiga sentimeter hingga ke bukaan penuh (10 sentimeter) kesakitan akan bertambah.
Kadar pemberian ubat bius epidural diberi melalui pam infusor. Selain mengurangkan kesakitan, ia menghasilkan rasa kebas pada bahagian bawah perut, ari-ari dan sengal di kaki. Pada peringkat kedua bersalin, walaupun terasa kebas, ia tidak mengganggu keupayaan meneran dan bersalin tetap.
Epidural adalah proses pembiusan selamat selagi kadar dan kuantiti ubat bius yang diberi mengikut jumlah betul. Kadar yang diberi bergantung kepada ketinggian fizikal dan kadar kesakitan pesakit.
Epidural tidak diberi kepada mereka yang ada risiko pendarahan seperti mereka yang ada haemofilia, sepsis (jangkitan kuman dalam darah), jangkitan pada kulit di bahagian belakang badan, pesakit jantung yang mengambil ubat mencairkan darah seperti warfarin dan aspirin, wanita lumpuh atau mereka yang pernah melakukan pembedahan tulang belakang.
Bagaimanapun, epidural tidak menjamin 100 peratus dapat mengurangkan kesakitan kerana kadangkala faktor posisi ketika pemberian epidural dan abnormaliti pada struktur tulang belakang yang bengkok (kifosis dan skoliosis) menyebabkan kesukaran mendapat posisi jarum epidural di kawasan lumbar tulang belakang.
Kadangkala, kekebasan hanya dirasai di sebelah badan. Ibu mengandung perlu mengalih posisi baring ke arah berlainan supaya mendapat kekebasan menyeluruh.
Di samping itu, selepas suntikan epidural, kekerapan pemeriksaan tekanan darah ibu, degupan jantung bayi, kadar kontraksi rahim diberi lebih perhatian bagi menjamin keselamatan ibu dan bayi.
Kebanyakan wanita yang memilih suntikan epidural menyatakan ia memberi kelegaan kesakitan. Hampir semua yang pernah diberi suntikan epidural ingin melakukannya sekali lagi pada masa depan. Kajian membuktikan epidural tiada kesan sampingan jangka panjang.
Rungutan atau dakwaan bahawa suntikan epidural menyebabkan sakit belakang kemudian hari adalah tidak benar. Ini kerana selepas bersalin normal tanpa epidural pun, sakit belakang tetap wujud disebabkan faktor berat badan, regangan pada kulit dan otot, serta postur ketika mengandung.
Kesan sampingan yang biasa dialami adalah tidak selesa akibat kekebasan pada bahagian bawah badan. Biasanya kebanyakan wanita dapat menerimanya sebagai ketidakselesaan sementara. Selain itu, ia boleh menyebabkan tekanan darah rendah (hipotensi) dan tidak dapat membuang air kecil dengan sendiri (mungkin memerlukan tiub kencing).
Biasanya pakar bius memberi ubat bius epidural berdos rendah yang berkesan untuk mengelak masalah ini. Sebahagian ubat bius epidural boleh juga menyebabkan kegatalan kulit dan ini dapat diatasi dengan menukar jenis ubat bius atau dirawat dengan ubat.
Kurang satu per seribu orang pula mungkin mendapat jangkitan kuman pada kawasan epidural. Biasanya ia tidak berlaku kerana prosedur epidural dilakukan dalam keadaan steril.
Ada juga mengadu mengalami sakit kepala yang kuat. Ia dinamakan ‘Post Dural Puncture Headadche’ — biasanya akibat prosedur epidural sukar yang menyebabkan berlaku kebocoran pada kawasan cecair meninges.
Keadaan ini boleh diatasi dengan berehat dan minum air secukupnya dan mengambil ubat tahan sakit seperti paracetamol. Jarang sekali ia memerlukan rawatan perubatan lain
KITA BERSANDAR PADA ALLAH
|
|
|
sketsa
Jun 10, 2007 11:11:37 GMT 7
Post by pak itam chawan on Jun 10, 2007 11:11:37 GMT 7
Sketsa 84 : DR. HARUN DIN MASUK DALAM KAABAH
Pengalaman Ustaz Haron Din Masuk Dalam Kaabah
[Nota: Diakhir tulisan ini anda boleh muat turun Rakaman Audio Kisah Pengalaman Masuk Dalam Kaabah oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din]
Bahagian Pertama (Kuliah Subuh di Mekah pada 18 April 2005)
Saya pernah tawaf di Baitullah seorang diri. Pelik tetapi benar. Waktu itu iaitu empat tahun sudah (2001) saya datang ke Mekah, Allah taala lah yang mengaturkannya, saya dapat peluang untuk masuk ke dalam Kaabah. Sebab saya datang atas tetamu tokey yang membuat dan membersihkan Masjidil Haram.
Pagi itu saya datang awal. Pengawal keselamatan baru memagar keliling Kaabah dan saya dapat masuk ke dalam pagar itu sebab saya ada Pass VIP. Ketika itu tetamu-tetamu lain tak sampai lagi. Ketika itu lah saya tawaf seorang diri di hadapan Kaabah. Lepas saya habis tawaf baru tetamu-tetamu lain sampai. Ketika itulah saya nampak Hajarul Aswad seterang-seterangnya, ia tidak lagi hitam tetapi sudah kemerah-kemerahan.
Bila pintu Kaabah di buka saya orang yang ke tiga masuk ke dalam. Pertama pembuka pintu Kaabah iaitu daripada Bani Syaibah.
Pembuka pintu itu sudah tua, dia melatih anaknya yang berumur lebih kurang empat tahun untuk membuka pintu Kaabah itu.
Sejarah pintu Kaabah itu, kalau orang yang lain tidak boleh buka. Dia hanya boleh di buka oleh pemegang kunci itu sahaja dari keturunan Bani Syaibah. Bila Nabi meninggalkan Mekah kerana berhijrah ke Madinah, Mekah di kuasai oleh Bani Syaibah. Bani Syaibah ini adalah keturunan yang di amanahkan untuk memegang kunci kaabah sejak turun temurun.
Bila nabi balik semula ke Mekah dalam tahun 7 hijiriah, berlaku peperangan pembukaan Mekah, nabi menang dan orang Islam berkuasa ke atas Mekah. Nabi menghantar Sayidina Ali untuk mengambil kunci pintu Kaabah daripada Bani Syaibah. Sayidina Ali pergi ke Bani Syaibah dan rampas kunci tersebut. Bani Syaibah serahkan kunci kepada Sayidina Ali tetapi bila pintu Kaabah nak di buka tak boleh. Sekejap sahaja datang Jibrail kepada Nabi membawa wahyu dari Allah. Al-Quran (An-Nisaa’:58)
Mahfumnya “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya”
Nabi bagi balik kunci itu kepada Bani Syaibah, walaupun ketika itu Bani Syaibah belum Islam lagi. Rupa-rupanya bila bagi balik, Bani Syaibah kata mesti dia seorang nabi. Kalau dia bukan seorang nabi pasti dia gila kuasa kerana memegang kunci ini adalah satu penghormatan turun temurun. Bila kunci ini dipulangkan balik, ketua Bani Syaibah terbuka hatinya memeluk Islam kemudian semua pengikutnya memeluk Islam sehingga hari ini.
Budak kecil tadi dibawa tangannya untuk pegang kunci oleh bapanya kemudian di buka dan di tolak pintu itu. Saya lihat di depan saya. Berapa besar pintu itu? Berapa tebalnya? Pintu itu dibuat dari Solid Gold beratnya 8 tan. Dia tolak senang sahaja, kemudian kami masuk.
Mula-mula sekali saya pergi sembahyang di satu ruang belakang pintu Kaabah yang menghadap ke arah Hajaral Aswad (dari dalam) iaitu di bahagian Multazam. Selama sejam saya berada di dalam Kaabah itu.
Di dalam Kaabah itu masih ada lampu yang digunakan pada zaman nabi dahulu. Zaman Kerajaan Umaiyyah ditukar lampu lain seterusnya zaman Kerajaan Abasiyah juga tukar lampu. Apabila lampu di tukar, lampu yang lama di simpan di dalam Kaabah. Berpuluh-puluh atau mungkin beratus-ratus lampu lama ada disimpan di dalam itu.
Bahagian Kedua (Kuliah Pengubatan pada 12-Feb-2007)
Saya membantu salah seorang yang terkaya di Saudi Arabia, multi-billionaire, semua projek di Saudi dia yang buat. Dia ada masalah keluarga mintak tolong saya ikhtiarkan. Allah nak tunjukkan bahawa masalah yang dihadapi itu telah terlalu lama, ada duit yang banyak pun tak boleh selesai.
Dia tunggu saya di airport Jeddah dengan jet peribadi. Saya tak pergi imigresen dia terus ambil saya dari tangga kapal terbang terus masuk ke jet dia. Sungguh kuat pengaruh dia, saya tanya passport saya bagaimana, tak ada masalah dia dah uruskan. Naik jet dia pergi ke Madinah. Saya selesaikan masalah dia dengan izin Allah SWT. Lepas itu biasalah adat orang Arab nak bagi itu nak bagi ini sebagai balasan.
Saya kata kepada dia, “Kalau kamu nak masalah itu selesai selama-lamanya dan tak berulang semula, jangan bagi pada aku apa-apa, kalau kamu bagi, aku boleh terima tetapi masalah itu akan berulang balik.”
Dia mintak maaf tetapi dia kata “Aku nak buat sesuatu untuk kamu apa yang kamu nak?”. Saya kata “Ok kalau begitu apa yang aku nak tolong bawak aku masuk ke dalam Kaabah.” Dia kata “Itu mudah sangat, esok pun aku boleh arah buka”. Saya kata “Tak apalah kamu arahlah”. Dia kata “Tak apa itu perkara kecil, mintak yang lain.” Saya kata “Tidak, itu paling besar pada saya. Kalau kamu boleh bawa masuk aku ke dalam Kaabah, itu sudah lebih daripada cukup.”
Akhirnya saya dapat masuk. Saya masuk dengan dia ke dalam Kaabah, itulah kenangan yang tak boleh saya lupa sampai hari ini.
Untuk mendengar sendiri terus dari mulut Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din sila muat turun audio rakaman dibawah ini
1. (Audio MP3: 4.8MB)
2. (Audio RealMedia: 2.5MB)
Petikan dari Darussyifa.org
|
|
|
sketsa
Jun 11, 2007 22:07:49 GMT 7
Post by pak itam chawan on Jun 11, 2007 22:07:49 GMT 7
|
|
|
sketsa
Jun 12, 2007 11:02:09 GMT 7
Post by pak itam chawan on Jun 12, 2007 11:02:09 GMT 7
|
|
|
sketsa
Jun 12, 2007 11:12:24 GMT 7
Post by pak itam chawan on Jun 12, 2007 11:12:24 GMT 7
|
|
|
sketsa
Jun 12, 2007 11:33:29 GMT 7
Post by pak itam chawan on Jun 12, 2007 11:33:29 GMT 7
|
|
|
sketsa
Jun 13, 2007 10:04:01 GMT 7
Post by pak itam chawan on Jun 13, 2007 10:04:01 GMT 7
Sketsa 89 : MEET PROF. SIDEK
Ufuk Minda: Penguasaan ilmu Barat biar berteraskan syarak Bersama Prof Sidek Baba
GLOBALISASI tidak saja mengukuhkan fahaman sekular, tetapi merintis jalan hidup yang liberal. Fahaman liberal tidak sama dengan fahaman kebebasan dan hak asasi. Dalam tradisi Islam kebebasan mesti dalam kerangka syarak.
Faktor syarak bagi seorang Muslim memberikannya pedoman supaya kehidupan berada dalam keadaan fitrah. Maqasid syariah sentiasa memberikan fokus untuk memelihara agama, keturunan dan harga diri.
Menjadi liberal sebenarnya ingin menjadikan kita sebagai sebahagian kebudayaan sekular. Ada aspek tradisi di Barat memiliki faedah berbanding yang tinggi. Tradisi berilmu, kecenderungan mengkaji dan menyelidik, tradisi berkarya adalah baik.
Tetapi, fahaman liberal yang berkembang mendedahkan diri umat Islam kepada fahaman kebendaan dan hedonisme.
Fahaman ini berbahaya kepada umat kerana asas tumbuhnya lebih banyak memberi kesan negatif terhadap pembangunan manusia dan membina jiwa kemanusiaan.
Budaya liberal itu terlihat dan tergambar dengan program dan perisian di media elektronik dan cetak, aktiviti kepenggunaan yang sedang berjalan, fesyen pakaian, pemujaan kepada artis dan kegemaran filem ganas dan seram yang mengkhayalkan, faham individualistik menjadi ketara, sikap oportunis yang menjadi-jadi dan akhirnya terbabit dalam skandal meruntuhkan rumah tangga serta masyarakat.
Makna kebebasan dalam Islam ialah selagi mana ia tidak melanggar batas syarak. Islam tidak menghalang umatnya berhibur, asal saja jangan timbul kealpaan kepada Allah.
Islam tidak menyekat penganutnya menghargai dan aktif dalam kegiatan seni, asal saja seni itu menampilkan keindahan yang menjadi fitrah kegemaran manusia, tetapi seni indah itu mendekatkan manusia kepada Allah.
Islam tidak melarang penganutnya bersukan, tetapi ia diatur dalam batas aurat, batas gaul dan juga batas waktu. Islam tidak mencegah umatnya melakukan pelancongan kerana darinya akan terlihat tanda kebesaran Allah pada alam, sejarah dan tamadun.
Kebebasan beretika perlu bagi manusia. Seperti juga diaturkan sistem jalan raya yang tertib, sistem trafik memberi pedoman, sistem pejabat teratur, sistem keluarga harmoni, sistem masyarakat tersusun, sistem negara telus adalah perlu supaya ia berjalan dengan subur dalam suasana yang baik.
Kerosakan atau kepincangan akan berlaku jika terdapat kalangan manusia cuba melanggar atau tidak mematuhinya.
Amalan beragama juga demikian. Walaupun perubahan dan kemajuan akan terus berlaku, asas penting dalam beragama tidak harus diremehkan.
Membangun ekonomi negara berasaskan keperluan syarak adalah usaha menarik membangunkan bank, takaful, sistem kewangan Islam di negara ini.
Ia mendidik masyarakat semua agama mengamalkan prinsip keadilan dalam sistem mualamah negara. Usaha ke arah memperkasa makanan halal adalah langkah bijak mendidik masyarakat Malaysia supaya pengeluaran makanan mestilah dalam kerangka kod etika yang boleh diterima semua.
Usaha itu harus dilanjutkan dalam bidang kebudayaan, seni, sukan, permainan, hiburan, dengan mengambil kira faktor syarak.
Kelemahan yang ada pada kita dalam beberapa hal ialah kesedaran dan keupayaan yang lemah untuk menghasilkan sesuatu berasaskan tuntutan jati diri sehingga mudah merelakan minat dan kecenderungan menerima apa saja datang dari Barat hingga akhirnya menjadikan kita keliru dan bercelaru.
Kebudayaan, seni, sukan, hiburan dan permainan pastinya memerlukan adaptasi.
Oleh itu, keinsafan mengenai budaya, seni, sukan, hiburan dan permainan harus mampu diolah secara kreatif dan inovatif hingga kita mampu membina sesuatu berasaskan acuan sendiri. Acuan yang menemukan faktor syarak dan faktor kreativiti hingga meninggalkan kesan harmoni yang tinggi.
Di sinilah letaknya tuntutan kefahaman Islam bukan hanya dalam batas istiadat dan upacara. Islam seharusnya difahamkan sebagai agama ilmu, agama kebudayaan dan agama tamadun. Pengalaman Islam bertarung dengan Barat bukan perkara baru. Dendam Salibiyyah yang berjalan sejak lama belum ada penghujungnya.
Pemahaman terhadap akidah, ibadat, syariah dan akhlak perlu dilihat dalam perspektif yang luas dan merangkumi.
Jangan sampai berlaku pemahaman kita mengenai Barat hebat sekali, pengertian kita mengenai Islam amat sedikit. Jangan juga sampai pemahaman kita mengenai Islam hebat dalam fardu ain, tetapi kerdil menguasai ilmu mengurus sistem. Ia bakal meminggirkan umat Islam.
Sewajarnya berlaku ialah kehebatan kita menguasai ilmu Barat sama hebatnya dengan pemahaman terhadap tamadun Islam itu sendiri. Pemahaman terhadap faktor syarak diikut dengan tradisi fikah yang terkini dan memiliki daya menyelesaikan masalah baru berbangkit berasaskan ijtihad dan ijmak ulama terkini.
Pemahaman kita terhadap masalah tidak hanya dalam lingkaran khutbah dan syarahan, tetapi diikuti tradisi mengkaji dan menyelidik sehingga kita memiliki kemampuan memberikan jawapan dan alternatif terbaik tanpa memandang remeh kepentingan syarak itu sendiri.
Hal ini penting diinsafi supaya umat Islam memiliki asas penting dalam memahami agama dan pada masa sama, terus meningkatkan kefahaman terhadap sains dan teknologi dipandu falsafah dan pandangan semesta Islami yang memungkinkan lahirnya corak perubahan dan kemajuan berasaskan acuan kita sendiri.
Ia perlu dirancang secara bijaksana dengan mengutamakan pembangunan modal insan yang menguasai ilmu dengan bersepadu dan memiliki upaya strategik yang tinggi ke arah perubahan.
|
|
|
sketsa
Jun 13, 2007 10:29:19 GMT 7
Post by pak itam chawan on Jun 13, 2007 10:29:19 GMT 7
Sketsa 90 : NOSTALGIA
THEN: VICTORY AVENUE The Kuala Lumpur railway station back in the 1950s. Features of old still standing tall THE Kuala Lumpur railway station, which opened in 1911, was planned by the British government as a transportation hub for the Federated Malay States.
Even though it stopped operating as a railway station in 2001 when KL Sentral took over, the building with its intricate Moorish-style architecture, remains one of the most loved and photographed in Kuala Lumpur.
As you can see from the picture on the top, taken in the 1950s, life was much more leisurely then. By the way, the name of the road at that time was Victory Avenue.
Fifty years on, the road is now called Jalan Sultan Hishamuddin but two buildings there remain relatively unscathed by time.
The one across from the old railway station still operates as the KTM Berhad headquarters.
NOW: JALAN SULTAN HISHAMUDDIN
The prominent Moorish-style buildings still standing 50 years on. Copyright © 2007 NST Online. All rights reserved.
|
|
|
sketsa
Jun 13, 2007 11:39:08 GMT 7
Post by pak itam chawan on Jun 13, 2007 11:39:08 GMT 7
|
|
|
sketsa
Jun 13, 2007 11:48:28 GMT 7
Post by pak itam chawan on Jun 13, 2007 11:48:28 GMT 7
|
|
|
sketsa
Jun 13, 2007 19:40:02 GMT 7
Post by pak itam chawan on Jun 13, 2007 19:40:02 GMT 7
|
|
|
sketsa
Jun 13, 2007 21:46:43 GMT 7
Post by pak itam chawan on Jun 13, 2007 21:46:43 GMT 7
Sketsa 94 : NAMA KUALA LUMPUR
13/06: Lumpur memenuhi Kuala Lumpur Category: General Posted by: Raja Petra Keris Silau
Kalau orang datang KL kali pertama Dia terus faham mana KL dapat nama Lumpur yang meliputi seluruh kota Setelah hujan lebat akibat La Nina Orang tua-tua pandai bagi nama Nama yang kekal tak ditelan usia Kuala Lumpur itulah namanya
Jenuh pekerja-pekerja Bandaraya Mengepam dan mencuci jalanraya Pak Lah respon seperti biasa Saya nak dibersihkan segera Seperti apa yang berlaku di Putrajaya Dan juga makhkamah di Jalan Duta
Tapi banjir bukan di KL sahaja Tetapi berlaku di Sydney dan China Kita tidak salahkan sesiapa Banjir kilat yang berlaku di tengah kota Walaupun itu kerja Menteri Kerjaraya Atau mungkin salah orang ramai juga Yang buang sampah merata-rata Mungkin juga global warming punya fenomena Cuaca sudah tidak menentu jadinya Kalau panas, lebih panas dari biasa Kalau hujan, hujan lebat dari biasa Kalau ada petir, lebih banyak dari biasa Bumi kita sudah hampir ke penghujungnya Hari Qiyamat sudah hampir tiba Yang akan berlaku bila-bila masa!
DIPETIK DARI MALAYSIA-TODAY
|
|
|
sketsa
Jun 16, 2007 12:08:21 GMT 7
Post by pak itam chawan on Jun 16, 2007 12:08:21 GMT 7
Sketsa 95 : PENYAKIT HATI MENGGANGGU-GUGAT
Biar aku cakap cara mudah . Biar senang orang paham . Cara simple , straight to the point . Kalau pusing2 lidah , cakap jadi berbelit-belit . Orang jadi bengong , dan tak erti apa yang kita cakap . Senang macam ABC . Tapi kekadang ada juga orang yang tak reti ABC . Jadi ABC pun tak mudah. Susah macam zaman dulu dok hapal ABC . Alif , Ba , Ta lagi susah . Dah banyak orang tak tau jawi . Hingga terpaksa tutup surat-khabar jawi . Kerana banyak tak tau baca jawi . Jadi nak cakap bagi mudah , bukan mudah . Susah juga nak cakap bagi mudah .
Lihat di mana-mana dunia hari ni penuh bercelaru . Susah kita nak paham pasai apa . Universiti makin banyak . Orang mengaji di univesiti pun cukup banyak . Maknanya banyak orang cerdik dalam dunia . Maksudnya dunia ni patut aman dan ceria . Tapi sebaliknya yang berlaku . Penuh pancaroba , penuh keganasan , penuh kezaliman , penuh hasad dengki , penuh penipuan dan penuh......penuh.......penuh.....penuh.....penuhhhhhh. Pembunuhan berlaku dalam setiap saat . Sebutkan apa saja yang negatif , semuanya berlaku dan berlaku . Tanpa henti , bahkan bertambah lagi dan lagi .
Sebab utamanya ialah hati-hati manusia . Hati-hati manusia ini mudah dirobek-robek oleh syaitan . Hati-hati manusia jadi sakit , bermasalah , dihinggapi oleh bertbagai penyakit yang membusukan . Manusia gundah-gulana , mengganggu-gugat kedamaian yang dipupuk dan dibelai . Menjadi musnah-semusnahnya . Penyakit hati menjadi lebih parah dari AIDS . Hati manusia rosak kerana syaitan dah dapat resepi untuk memusnahkannya . Syaitan tau mudah memusnahkan hati manusia dengan hanya-sanya , menggunakan dunia sebagai bahan kerosakan . Biar manusia bergelumang dengan segala nikmat dan sorak-sorai dunia . Hiburkan manusia , biar mereka ralit dengan segala yang syok-syok . Biar mereka gembira , kerana dengan bergembira manusia akan hilang panduan hidupnya . Hati manusia akan tertanam dengan bintik-bintik hitam . dan bila hati dah hitam mereka akan mudah dibawa ikut walaupun ke lubang biawak . Heretkan mereka ke mana-mana saja . Mereka rela ikut . Mereka akan mudah menjadikan syaitan pemimpin mereka . Bila dah sesat sesesatnya , mereka menjadi susah mencari pangkal jalan . Pikiran jadi buntu , kusut , tak ingat dan lupa asal kejadiannya . .....waiazubillah .
Allahuakbar , Allahuakbar , Allahuakbar .
|
|