|
sketsa
Apr 30, 2007 23:08:49 GMT 7
Post by pak itam chawan on Apr 30, 2007 23:08:49 GMT 7
Lama tak jumpa kawan2 lama.Hari ni di umah Tok Kaseng dapat jumpa depa semua . Jid dgn isteri ,Zeming dgn isteri , Cha dgn isteri , lepas tu petang sikit Chot juga datang dgn isteri. Bila dah tua ni masing2 berdua2an. Bila tua dan tak sangka2 semua dah jadi tua belaka . Rasa2 masa berjalan cukup cepat sehingga kami semua dah jadi tua , dan dah pun masing2 mempunyai cucu. dan kami juga masing2 menunggu giliran untuk dijemput Allah bertemu dengan Nya. Dan dah pun ada kekawan kami dah pergi dahulu daripada kami. Non Lateh baru saja ke rahmatullah ( Al-Fatihah).Kami masing2 pun sedar akan kematian ni .Dan kami pun masing2 ada penyakit dalam diri. Makan ubat tu dah jadi rutin hidup. Kami sedar akan ketuaan kami ,tapi kekadangnya yang muda pula pergi dulu. Lebih2 lagi di musim durian sedang memutik ini , kami lihat buah2 yang putik jatuh ke bumi dulu sebelum besar dan masak.....selamat berjumpa kembali kekawan semua.
|
|
|
sketsa
May 1, 2007 7:44:14 GMT 7
Post by pak itam chawan on May 1, 2007 7:44:14 GMT 7
Aku melintasi Kampong Sadu . Mataku mendongak ke atas bukit . Ku nampak rumah Tok Tanjung Pak Cik Peng. Dulu ku sering saja ke rumah Tok Tanjung Pak Cik Peng. Kerapnya bersama isteriku , kami berbasikal berdua . Kami belum memiliki mobil . Kerap juga kami makan nasi tanakan Tok Tanjung . Ulam pucuk sudu rebus cukup sedap di palit kesambal belacan tumbok bikinan Tok Tanjong. Masa tu Zeming berada di Kanada . Masa nak balik aku sering di pesan oleh kedua mereka , 'Mari lagi,rasa hilang dendam kami kat Zeming,piah dan cucu2 kami'. Aku cukup paham mereka rindu pada anak cucu mereka yang berjauhan.
Di satu ketika Pak Cik Peng pernah memberi aku sepokok anak limau yang di tut . Aku berterima kasih padanya dan membawa balik. Aku ingat aku tanam di belakang rumah ku . Masa muda dulu pokok itu tak dijaga dengan rapi. Pokoknya dimamah oleh lembu dan tercabut akarnya. Kesudahannya pokok itu mati. Kalaulah pokok itu hidup hingga kekini sudah tentu ia memberikan aku banyak maknanya , sekurang2nya memberikan aku banyak ilham bernostalgia.
Mereka berdua dah lama meninggalkan ku dan isteriku juga pada Zeming & Piah dan cucu2nya. Semoga roh mereka ditempatkan bersama orang2 soleh/solehah.
Dalam ngelamunan itu aku tiba2 dah pun sampai ke rumah . Perut ku sarat dijamu oleh Tok Kaseng . Terasa macam ada benda hidup dalam perutku melonjak2 nak keluar . dah puas aku kemut2kan lubang ajaib ku supaya sempat aku sampai ke bilik air . Wah begitu enaknya bila hajat tercapai , jarang2 manusia sedar berapa nikmatnya Allah memberikan kita kepuasan sebegini . Kalau belum tahu , cubalah.
|
|
|
sketsa
May 1, 2007 8:09:39 GMT 7
Post by pak itam chawan on May 1, 2007 8:09:39 GMT 7
Dulu buku 555 ataupun dipanggil tiga-lima cukup popular. Di kedai mamak ada , di kantin2 sekolah ada , di kedai2 barang ada dan kekadang kat penjual2 kain yang menjaja ke kampong pun ada. Kita boleh beli barang dengan mudah menggunakan buku 555. Bukunya kecil selebar tapak tangan. Lepas makan kita tulis ,lepas mengambil barang kita tulis. Cukup bulan kita bereskan hutang.Urusan peniaga juga menjadi mudah , tak payah nak cari duit siling . Buku2 tersebut ada pemiliknya , dapat di kenali dengan warnanya dan juga nombor akaun tertulis besar di depannya. Masing2 mengenali buku masing2. Bila dah dekat dengan bulan penuh buku itu dah hilang warnanya . semuanya di lihat serupa kerana setiap hari di jamah oleh tangan pemiliknya beberapa kali dalam sehari. Dari situ kita dapat mengetahui berapa kotornya tangan manusia , kerana belum pun cukup sebulan buku yang mulanya cantik berwarna-warni dah nampak lusuh dan berkarat jadinya. Sebab tu lah kita nampak hari ini kemusnahan dunia ini adalah disebabkan oleh tangan manusia. Kejahatan tangan2 manusia memusnahkan berbagai2. Sungai jadi kotor , tandas awam jadi kotor , sebutkan apa saja semua jadi kotor . Kotor najis dadah pun pun pun pun apa nak jadi......APA NAK JADI ?
|
|
|
sketsa
May 1, 2007 10:24:49 GMT 7
Post by pak itam chawan on May 1, 2007 10:24:49 GMT 7
Kob vetenari ialah salah sorang kawan karib ku . Tahun sudah aku,Tok Kaseng dan Chot pergi ziarahnya di Kg. Kelompang dekat Tok Keling . Rumahnya pun sunyi , tinggal berdua dengan isterinya Bibah . Masa tu dia terlangtar di atas katil , sakit kencing manis . Kami kesian tengok keadaan dia , tapi dia dok ketawa berdekah-dekah macam biasa saja. Bibah layan kami dengan kueh2 melayu , dia nak bancoh kopi , tapi kami cuma minta air sejok. Kob seperti biasa menceritakan laluannya masa berubat di hospital , cukup ceria dia . Ada ketika kami ketawa terbahak2 apabila peristiwa2 lucu menggamit minda kami di masa dulu . Macam-macam kami luahkan kisah2 lama dan Bibah memerhatikan girang melihat telatah kami berempat . Seolah2 macam Kob tak sakit . Selalunya bila ziarah sahabat2 yang sakit , suasana tak lah segembira itu . Kami bagaikan berpesta di rumah Kob . Sudah tentu jiran disebelah rumah mensyaki sesuatu , tapi tak siapa datang menyapa . Kami rioh-rendah macamkan orang beribu . Seperti sama semasa kami bermain scabble dulu. Bila seorang berjaya menciptakan perkataan2 tertentu ramai-ramai bersorak macam Ronaldo menjaringkan gol untuk Brazil. Keadaan akan jadi lebih gamat apabila perkataan2 lucah dapat diciptakan. 80 % hidupku bersama Kob , sokmonya tidor di kuaters pejabat haiwan , kerana itu lah istana KOb .Ramai kekawan kesitu di waktu malam , biasanya bermain scrabble . Kami tak main vokalabri melayu , kami guna bahasa orang putih , sebab kami semua bersekolah inggeris. Sokmonya Tok kaseng menang , jarang2 kami menang .
Dalam kuaters Kob macam2 dia bela : ada ayam ,ada arnab dan ada juga musang . Bau hancing kencing dan berak binatang2 tersebut tak kami hiraukan , kami semua dah immune. Bila lapar kami makan roti cicah sardin , lepas tu buka botol air lemonade . Dulu bukan ada makanan2 yang special , dan pekan Sik pukul 8 malam dah sunyi . Tiada kereta motor , tiada orang melepak dan jauh sekali mat rempit. Yang ada kereta masa tu cuma Goban dan Pak yamin. Itu pun sebagai teksi utk ke Gurun ataupun ke Sungai Petani apabila ada orang yang dipatok ular kapak. Kekadang ada yang mati di tengah jalan tak sempat sampai ke sungai Petani. Begitulah sekali pahitnya hidup . Tiada letrik , tiada tv , yang ada cuma radio berbateri kering. Lagu pop zaman tu ialah lagu R.Azmi . Lagu 'pak hitam' ialah lagu kegemaranku di waktu itu. Mungkin sebab tulah aku di panggil pak hitam. Masa disekolah dulu aku dikenali sebagai nama itu.Aku cukup berbangga dengan gelaran itu because black is beautiful. Kulit hitam isinya putih : apakah benda itu ? cuba teka.
|
|
|
sketsa
May 1, 2007 12:28:55 GMT 7
Post by pak itam chawan on May 1, 2007 12:28:55 GMT 7
Orang muda sokmonya tak pandai menghargai masa . Masa dihabiskan begitu saja . Yang lebih aib lagi ialah masa digunakan untuk aktiviti yang merosakkan masa depan . Tak payahlah nak disebutkan aktiviti itu , semua orang dah mengetahuinya.Banyak orang dah bercakap dan menasihati para belia supaya pandai menghargai masa @ menmanfaatkan masa. Banyak kerja2 yang memberi manfaat kepada kita . Tapi mengapa kita enggan memilih kerja2 yang bermanfaat itu ? Kita semua ada otak.Kita semua ada akal , kita semua ada ilmu , lebih2 lagi kita diberi agama dan iman.
Sekadar kita ada ilmu kita masih lagi lembab. Sekadar kita ada akal kita masih tak sempurna selagi akal itu tidak digunakan sebaik2nya. Apabila ilmu , akal dan iman digarapkan maka sempurnalah seseorang itu. Jadi nak tau kita tu sempurna atau tidak , cuba hitungkan diri sendiri adakah ilmu , akal dan iman ada dalam diri kita . Kalu tidak gunakan ruang2 masa untuk memenuhi tuntutannya....insyaallah sempurnalah dirimu .
Masa itu emas. Pepatah arab berkata : Masa itu seperti pedang yang tajam ,kalau kamu tak pandai memotong , dia akan memotong tengkokmu. Time is golden , and it waits for no men.
Mafhum dari Al-Quran : Demi masa , sesungguhnya manusia dalam kerugian.
|
|
|
sketsa
May 1, 2007 14:13:11 GMT 7
Post by pak itam chawan on May 1, 2007 14:13:11 GMT 7
Budak2 gemar menonton filem kartoon . Di antara banyak2 filem kartoon aku gemar menonton ialah kartoon POPEYE . Sokmonya kisah yang dibuatkan adalah repeatitive , tapi walaupun actionnya diulang-ulangi cara persembahannya cukup menarik . Popeye yang kurus kering selalunya berdepan dengan Brutus yang berbadan besar dan kuat. Brutus sentiasa membuli Popeye dan merampas isteri popeye dalam segenap episod. Tapi dapat juga Popeye menewaskan Brutus . Sebab utama kejayaannya mengalahkan Brutus ialah kerana bekalan SPINACH sentiasa berada dalam koceknya.
Filem tersebut dibuat oleh Amerika untuk menggalakkan budak2 gemar memakan sayur2an. Sayur spinach ialah bayam dalam bahasa kita . Bayam memang banyak ditanam di Amerika. Mereka memang gemar memakan bayam .
Di negara kita pun bayam mudah di tanam . Di tebing2 sungai bayam tumbuh liar . Bayam kurang diserang oleh musuh2 dedaunan. Cubalah tanam sebatas dua di depan rumah . Sudah cukup untuk saraan sekeluarga. Dalam masa 3 minggu sudah boleh dipetik daunnya. Batangnya yang lembut boleh beraksi sebagai fibre untuk melawaskan usus2 perut.
Selain dibuat sayur atau ulam , daun bayam boleh dicelup dalam tepong ranggup dan digoreng . Ia menjadi ranggup macam kita goreng keropok. Anak2 kita juga tentu suka memakannya.
Kalau ingin melihat anak2 kita kuat macam popeye mengapa tidak kita jamukan anak2 kita dengan keropok bayam. Boleh kita namai dia keropok popeye.
Popeye the sailor man......heep-heep.
|
|
|
sketsa
May 1, 2007 14:59:53 GMT 7
Post by pak itam chawan on May 1, 2007 14:59:53 GMT 7
Aku kawin lambat . Kawan2 yang lebih muda kawin dulu dari aku.Zeming lebih muda dariku dah lama kawin dengan Piah . Jid yang sebaya ku dah pun mempunyai 2 orang anak . Tok Kaseng juga lebih muda dari ku , dah kawin dengan gadis Jawa dari Bukit Gambir , Muar Johor. Kob juga dah kawin dengan kekasihnya semasa dari sekolah lagi pun dah kawin. Aku bertekad nak kawin lewat sikit , lagi pun aku tak ada kekasih . Tak pernah ku bercinta dalam hidup ku . Lagi pun aku ni tak pandai nak cinta-cinta . Rasa macam geli geleman . Lagi pun aku sedar yang aku ni tak berapa handsome , tak kan lah ada gadis2 nak kan aku . Aku jadi malu kat perempuan. Aku kekadang jadi hairan pula pasal apa ada ibu-ibu di daerah ini sangat baik dengan aku . Selalu mereka menegor aku . Aku tak perasan. Mungkin mereka nak perlagakan aku dengan anak gadis mereka....maklumlah aku dah kerja . Bertaraf pegawai kerajaan pula tu. Aku masih tak perasan.
Di tempat kerja ku juga ada pegawai2 perempuan , tapi kami masing2 tak ambil tahu . Mungkin ada perkara pelik pada diri ku . Aku ingat mungkin kerana setiap hari aku tak pernah makan di kantin .Setiap hari aku bawa bekal . Memang masa itu membawa bekal pergi kerja merupakan satu perkara luar biasa . Setiap hari aku membawa bekal sekutul ubi rebus dan satu flask air masak. Setiap hari memang begitulah. Ubi tu ialah ubi menggala (potatoes). Ubi ni cukup berkhasiat dan mengenyangkan. Di rebus bersama kulitnya . Apabila masak cuma kupas . Kulitnya mudah keluar . Mungkin perangai ku itu di tuduh mereka berbagai2......gila ,sewel, kedekut, entah lah mungkin berbagai2nya. Semua itu tak pernah sampai ke telinga ku . Jadi tidak ada sangkaan buruk dari ku.
Lagi satu mungkin perangai ku berjalan kaki setiap hari .Selepas subuh aku masukkan pakaian kerja ku dan terus berjalan ketempat kerja yang jauhnya lebih kurang 10 batu. Aku akan terus berjalan sehinggalah tiba bas dalam perjalanan ku. Dreber bas dah mengenali aku , dia akan berhenti dan aku menyambung ketempat kerja menaiki bas. Aku biasanya sampai awal dari pegawai yang lain. Begitulah setiap hari berkerja , aku akan berjalan kaki dahulu , kecuali kalau hujan turun aku tunggu bas di perhentian bas.
Diri ku cukup sihat ketika itu . Berjalan kaki di pagi hari memang di rekomen oleh doktor . Makan potato rebus juga menambahkan banyak vitamin dalam badan. Ada satu lapisan antara kulit ubi dengan isi ubi mengandungi 90% bahan galian dalam seulas ubi. Aku juga membantu diriku dengan secamca madu lebah sebelum turun berjalan.....semua itu membantu kesihatan ku....madu lebah zaman dulu semuanya tulen , orang jarang menipu , harga nya pun tak tinggi . Penuh botol sekati antara 7 atau 8 ringgit saja.
Tak mau kah menjaga kesihatan diri ? Awat tak ikut aku....kah,kah,kah. Dah lama aku tak gelak begini.......ASTAQFIRULLAHI AZIM.
|
|
|
sketsa
May 1, 2007 17:04:33 GMT 7
Post by pak itam chawan on May 1, 2007 17:04:33 GMT 7
Di sekolah dulu ramai kekawan dari berbagai bangsa . Ada India , Pakistan , China , Benggali dan ada anak orang Gurkha. Nama yang aku tak lupa ialah Saravanan, Ghafoor Khan , Lim khooi khye , Bachan Singh dan anak Gurkha Bahador Prakash , Doraisamy dan C Navaratnam. Semua mereka adalah bintang2 sukan , dan aku juga termasuk sebagai bintang dalam erana sukan. Aku bermain kriket dan hoki utk Kedah Combined Schools. Malah kawan aku Md. Hashim terpilih untuk pasukan Malayan Schools waktu itu . Doraisamy dapat mewakili pasukan Malaya dalam hoki . Yang lain2 mewakili pasukan Kedah dalam acara masing2. Bachan dan Navaratnam sudah pasti mewakili Kedah dalam hoki dan kriket . Lagi satu nama yang aku tertinggal ialah Ooi Ah Bee . Main hoki macam thingy Fook loke , hero hoki piala dunia . Malaya di tempat keempat dunia masa itu. Peliknya sekolah kami tidak ada jagoh badminton , walaupun di masa itu Malaya dah beberapa kali mendapat johan dalam piala Thomas. Perlu juga disebut Mat tongkai , hooker dalam pasukan Rugby Kedah dan pasukan All-Blues . Pasukan bola kami juga tidak menyerlah , kami tidak ada bintang .
Tapi hari ni aku lihat pemuda2 Melayu khasnya tak suka melibatkan diri dalam sukan. Mereka majoritinya suka melepak , merempit dan jejari2 mereka sokmonya menghantar mesej melalui hp masing2. Kebanyakannya kita dapat lihat orang Melayu bersesak2 di pesta2 hiburan , sure heboh , AF ,dan ..dan.. Namakan saja apa pun pesta anak2 muda melayu lah yang dapat kita lihat.....kalau bermotor pun dengan mak we nya adalah orang2 Melayu........
Mari kita bersukan . Sekurang2nya badan sihat . dan di waktu malam kita boleh tidor awal kerana badan telah penat bermain. Tak lah ada peluang nak berjaga ke pagi memetik tali guitar yang berkarat tu.
Buatkan Malaysia gemilang cemerlang dan terbilang . Mari bersukan.
|
|
|
sketsa
May 1, 2007 20:17:28 GMT 7
Post by pak itam chawan on May 1, 2007 20:17:28 GMT 7
Sekarang ni artis disanjung melangit . Di muka tv nyanyian di siarkan tak henti2 . Bukalah saluran mana saja ada sajalah para artis menyanyi . Kadang2 naik meluat juga aku . Bukan aku tak pandai muzik . Aku juga belajar muzik . Setakat Do Re Mi dah boleh challenge yang dok petik guitar di bawah embun tu. Aku tahu juga pitch . Aku tahu yang mana flat dan yang mana sharp. Akubelajar juga tauge2 dalam note muzik tu . Tapi aku meluat mendengar lagu2 melayu sekarang ni . Macam dah hilang serinya.
Konsert ke 7 AF5 baru2 ni jadi kecoh . Para pengkritik memberi 4 lampu biru kepada Aizat yang juga calon favourite , tersingkir oleh kerana SMS peminat tidak menyebelahinya. Walaupun Aizat di beri 'standing obvation' oleh orang yang mahir seni suara dan para guru2nya yang kelayakan ,menandakan Aizat ada potensi dalam seni suara . Akhirnya Aizat kecundang gara2 SMS . Tapi kalau Aizat tu cantik/handsome sudah tentu dia tak tersingkir .
Kalau proses SMS ni di teruskan bermakna kita menyerahkan pemilihan stars di hari depan kepada mereka yang tak paham muzik. Tak salah pilih yang handsome , tapi biarlah bertempat. Kita nak pilih penyanyi , pilihlah yang pandai menyanyi.
Cuba tengok di Barat , banyak penyanyi yang berkaliber terdiri dari orang kulit hitam . Mereka di terima walaupun mereka hitam legam , dan nak kata cantik , memang tak cantik. Nat King Cole hitam , tapi suaranya masyaallah .Begitu juga The Platters , kelima2nya orang berkulit hitam . Sebut saja nama2 Samy Davis , Harry Belafonte dan beberapa nama penyanyi2 jazz semuanya berkulit hitam.
Kalau anda berkulit hitam dan tak handsome janganlah cuba nak masok Akedami Fantasia , awal2 lagi anda tersingkir.
Nak jaga mutu , janganlah serahkan pada orang yang tak mahir . Dalam apa saja lapangan , orang yang mahir harus memimpin.
Aku rasa lega mendengar dendangan lagu keroncong di waktu malam bulan terang benderang.........ngapa tak cuba dengar keroncong bila bulan terang benderang ? Tak cuba tak tahu. selamat mencuba.
|
|
|
sketsa
May 1, 2007 22:31:01 GMT 7
Post by pak itam chawan on May 1, 2007 22:31:01 GMT 7
Di zaman pemerintahan Kenneddy lagi aku dah mula bencikan Amerika. Mungkin masa tu Amerika dah menakluki Vietnam . Dasar Amerika lah rakyat Vietnam merana .Beratus ribu rakyatnya mati katak saja. Hampir 30 tahun berperang , negara Vietnam musnah sama sekali . Akhirnya Amerika meninggalkan Vietnam kerana gagal menjamin keamanan .
Begitu juga berlaku di Afghanistan dan terkini di Iraq pula. Amerika tak pernah berperang di tanahairnya sendiri , sokmo berperang di negeri orang . Dan ini akan berulang juga di Iraq sepertimana di Vietnam . Keamanan sukar ujud di sana . Setiap hari bunuh membunuh menjadi rutin hidup . Tidak siapa pun akan terselamat di sana.
Dalam sebuah hadis Nabi saw telah bersabda , bahawa satu ketika nanti jangan sesiapa pergi ke Furat ( Iraq ) , kerana dari 10 orang yang pergi , 9 orang akan mati . kata2 Nabi saw itu benar . Itulah yang akan terjadi.....lihat2lah. Biar Bush hantar lagi tenteranya untuk di bunuh.
Dunia sudah di penghujung zamannya . Dunia sudah tua . Sambil kita mencari rezeki untuk hidup ,janganlah kita lupakan akhirat....beramal lah sama dan jangan sangat leka dengan kelazatan dunia....kelazatan dunia cuma sedikit , kelazatan di akhirat abadan-abada.
Hari ini umur ku dah genap 66 tahun , aku tak pernah minta mati dan memang kita dilarang meminta mati , tapi mati akan tiba . Aku bertaubat utk diriku , utk kedua ibu-bapaku dan utk semua muslimin-muslimat yang masih hidup dan sudah mati .
QULLUL NAFSIN ZA IKATUL MAUT.
|
|
|
sketsa
May 2, 2007 9:28:40 GMT 7
Post by pak itam chawan on May 2, 2007 9:28:40 GMT 7
Orang sekarang suka berhutang . Berhutang beli rumah , beli kereta , beli perabot , berhutang nak ngaji di universiti dan berhutang kepelbagaian lagi . Sangat banyak kalau nak sebut . Dan aku pun dah tak suka nak sebut banyak2 . Tanpa berhutang hidup kita kini menjadi beku , menjadi stagnant . Susah nak cari orang tak berhutang . Bukan saja orang miskin berhutang , orang kaya pun berhutang .Hutang orang yang berstatus kaya tu lagi banyak ,lagi besar .Jumlahnya berjuta2 , beratus2 juta . Ada yang mati dalam hutang ,bukan dalam hutan. Dulu banyak perajurit2 kita mati dalam hutan mempertahankan negara . Mati mereka mati syahid. Tapi kalau mati dalam hutang , tak ada chan nak dapat syahid . Kalau anak-cucu tak tolong bayar hutang ,roh kita akan tergantung di langit . Begitu sekali beratnya kesan berhutang .
Lagi pula orang kita cukup pandai berhutang , tapi tak pandai nak bayar . Ini sokmo berlaku . Berhutang kat kawan , bila tak bayar kawan jadi musuh . Dulu banyak kedai2 runcit di kampong2 gulung tikar , sebab hutang kedai tak berbayar. Hasrat MARA menolong pekedai2 runcit di zaman awal kemerdekaan negara , terbengkalai . Itu adalah ekoran dari akibat hutang , tapi tak mau bayar.
Saman-menyaman di mahkamah kerana tak bayar hutang memang banyak . Malas aku nak pergi menyiasat kat mahkamah . Lagi pun bukan kerja aku . Buat pening kepala aja dok ambil tahu periok nasi orang . Tapi itulah yang berlaku . Ada yang di saman oleh bank .Dan akhir2 ni peminjam2 PTPTN pun di heret ke mahkamah . Penjamin2 pinjaman MARA juga turut terkena tempias itu , kerana pelajar2 yang mereka jamin tak mau bayar hutang . Walaupun mereka dah bekerja bertaraf pegawai di bilik berhawa dingin . Kerana tak mau bayar juga ada yang istiharkan diri sebagai muflis .
Dalam agama kita diharuskan berhutang dan wajib membayar. Memberi hutang pahalanya lebih besar dari bersedekah , dan risikonya pun besar juga . ....aduuuh . Jadi sebelum berhutang kita kena tau juga cara nak membayar. Biasanya orang yang nak berhutang cukup pandai bercakap dan banyak bercakap . Tapi selepas tu dia tak mau bercakap lagi dengan orang yang berinya hutang . Jangan berbohong bila nak berhutang . Cerita terus-terang , kalau perlu 50 ringgit jangan minta hutang 200 ringgit . Sebab cakap berbohong itu memusnahkan diri , kerana hutang itu dah bercampur-aduk dengan dosa berbohong.
Dulu banyak orang melayu hutang ceti . Bunganya berlipat ganda . Kekadang bunga tu tumbuh jadi pokok pula . Oleh kerana bunga ( riba') itu haram di sisi syarak , maka banyaklah geran2 tanah di lelong . Saban bulan terdengar loceng di goncang di Pejabat Tanah menandakan ada tanah yang di lelong .
Aku sekarang sedang menghisab hutang ku terhadap Allah. Hutang sembahyang ku , hutang puasa ku .....gerun aku memikirnya . Tapi sangka-baik ku terhadap Allah membuat hati ku berasa lega. Kata ulamak kita perlu ada sangka-baik kita dengan Allah....nak tau apa sangka-baik tu , kenalah jengok2 ke majlis2 agama , jumpa dan bertanya kepada orang2 alim. Mudah kita membyar hutang kita terhadap Allah . Tapi hutang kita sesama manusia ,masyaallah beratnya....aduuuuh......aduuuh. Allah tak dapat menerima keampunan kita kiranya kita berhutang sesama manusia . Hanya sanya orang itu sendiri memberi ampun kepada kita.
Pisang emas di bawa belayar, Masak sebiji di atas peti; Hutang emas boleh di bayar, Hutang budi dibawa mati.
Hutang emas boleh dibayar...........betulka tu....saya tak percaya. Lebih2 lagi emas harganya terlalu mahal sekarang.
Hutang budi dibawa mati....ini ku percaya.....budi baik dibalas baik,budi jahat dibalas jahat........kita akan terima di dalam kubur.
Takutilah azab dalam kubur .
|
|
|
sketsa
May 2, 2007 12:00:32 GMT 7
Post by pak itam chawan on May 2, 2007 12:00:32 GMT 7
Dosa dan pahala sudah cukup jelas pada kita . Itu pun bukan semua yang tahu . Yang tahu pun kekadang buat tak tahu . Dia balas saja , yang datang tu melintang ka membujur ke . Pada mereka sama saja . Mereka pandang mudah . Sapa nampak dosa , sapa nampak pahala . Tak dak apa benda pun . Selamba saja , otak dah jadi pinang kotai . Keras , payah nak di kerkah , dah jadi macam batu . huuh-huuh-huuh . Kena di kacik-kacik ,kemudian di bubuh dalam gobek , ditumbuk-tumbuk baru jadi lumat . Jadi serbok halus dan lait . Baru boleh dikunyah . Kotainya pun hilang . Itulah upahan kepada orang yang keras kepala . Di belasah dengan hebatnya dalam gobek . Janganlah kita keras kepala dgn hukum Allah. Ambil tahu tentang perintah Allah , then ikut apa yang disuruh dan tinggal kan apa yang di larang . Jangan bantah , jangan degil , jangan sekali-kali .
Macam mana pula yang makruh ? Jangan pandang ringan juga benda2 yang makruh . Walaupun buat benda2 makroh tak berdosa , tapi meninggalkan dapat juga pahala . Yalah kita masih makan bawang , petai ,belacan dan beratus lagi yang makroh. Makan lah tak per , tapi kita mesti pandai memproses benda tu supaya hilang kategori makrohnya . Apa perlu kita buat ? Senang jer , mudah jer . Gunakan api . Dibakarnya ataupun dimasaknya. Apabila kena api hilanglah makrohnya . Hilang makroh pada petai apabila dibakarnya , di gorengnya buat sambal bilis . Begitu juga belacan , bakarkan dulu , lepas baru tenyeh dalam sambal . Begitulah kaedah seterusnya. Mudahkan ? Ngapa tak cuba , mari kita jadi orang2 yang bijak . Kita ada otak , kita gilapkan otak kita . Lepas tu kita tak kan mudah tertipu . Sebab syaitan sentiasa ada di sekeliling kita untuk menipu anak-cucu Tok Adam . Syaitan dah berikrar dgn Allah untuk menipu . AWAS GANGGUAN SYAITAN .
Mari kita sama2 beristigfar , mudah2an diampunkan segala dosa kita.......Amin.
|
|
|
sketsa
May 2, 2007 14:41:52 GMT 7
Post by pak itam chawan on May 2, 2007 14:41:52 GMT 7
Zaman persekolahan di waktu penjajahan Inggeris dulu kami dilatih menjadi manusia rasional . Di sekolah inggeris murid2 dgn pelbagai cara keinggerisan . English-oriented katakan. Sokmo bercakap inggeris . Dalam tempoh setahun saja kami telah boleh bertutur dengan faseh , walaupun ada broken sikit sana-sini. But well-conversed . Majoriti ada semangat berhijrah ke negeri orang putih . Sekurang2nya ke London . Ada yang sudah kesampaian dan ada yang masih meneruskan cita-cita tersebut. Md.Pak Choh , salah seorang kawan aku cukup daring telah menyambut impian tersebut selepas Form Three . Dialah yang terulung diantara member2 aku . Dia pi ke Amerika Syarikat . Entah orang putih mana yang dia ampu untuk mensponsor dirinya. Kami yang lainnya ,buat marking-time biar selepas peperiksaan senior cambridge. Guru2 kami juga selalunya menceritakan tentang kehebatan di negeri Barat . Kebanyakan guru2 dulu banyak mendapat latihan perguruan di England . Ada yang ke Brindford Lodge dan ada yang ke Kirkby . Mereka semua hebat , kekadang hebat dari orang putih. Lain2nya adalah guru2 luar yang mendapat didikan barat . Depa punya english was very strong . Aku masih ingat lagi mereka , terutamanya V.S.Tupper , Noronna dan TS Nayar . Mereka pandai mengajar sebab itu murid2nya gemar belajar inggeris . Dan memang pun dasar inggeris nak memakmurkan bahasa ibunda dia . Tak macam kita , bahasa sendiri dipercecekan. Jepun dan Cina tak macam kita . Depa megah dengan bahasa mereka. Tapi bahasa lain depa belajar juga . Kawan2 senior ku juga ada yang terpilih ke England .Kebanyakannya depa ke Brindsford . Dan depa juga mendapat jodoh di sana , bukan kawin dgn mem inggeris , tapi orang Malaya juga. Maklumlah kami dulu tak dak sekolah campur lelaki pompuan. Yang lelaki masing2 di Boys' School dan yang pompuan di Girls' School . Jadi di England baru dapat bercampur lelaki pompuan. Kadang2 rasa pelek juga dulu tak campor lelaki pompuan , tapi sekarang dah campor semuanya , termasuk sekolah2 agama sekali.
Kawan ku yang kedua ke luar negeri ialah Ajalmi . Jadi dah 2 orang berhijrah . Yang lain jodoh tak sampai lagi. Sekarang kedua2 Md.Pak Choh dah menetap di Amerika , dan ajalmi pula menetap di England. Dah jadi rakyat sana dan menikah pun orang di sana. Md.Pak Choh menikah dgn anak gadis Amerika dan Ajalmi dengan anak gadis dari Perancis negeri Brigitte Bardot. Dulu Brigitte Bardot ialah bintang tersohor dunia.
Kelab Fraternity of Adventeruos dan Outward Bound School cukup kuat memupuk semangat pemuda2 meneroka dunia. Dan aku dapat merasainya sampai sekarang . Tapi umur yang sudah lanjut mengekat aku turut aktif menjelajah alam. Kat anak2 ku ada juga ku beri semangat , tapi tak menjadi .Kerana dunia sekarang dah tak aman seperti dulu. Dulu dunia aman tak ganas seperti sekarang. Dulu dengan 50 sen , kami boleh berbasikal pusing tanah melayu . Cuma bawa surat akuan dari guru besar , kami dapat bantuan dimana-mana sana . Makan free , tidur pun free. Kalau nak berjalan pun boleh, dan kami akan mendapat 'free-lift' oleh kenderaan2 yang berlalu. Sekarang orang tak berani nak beri orang tumpang kereta atau lori . Sekarang banyak penyamun jalanraya dan lebuhraya .Silap2 beri tumpung , kita akan kena samun.
Dunia dah berubah,payah nak jumpa keamanan . Kami yang dah tua2 ni hanya boleh bernostalgik saja . Harapnya kami dapat mencapai keamanan di akhirat. Aman di sana abadan-abada.
|
|
|
sketsa
May 2, 2007 22:01:07 GMT 7
Post by pak itam chawan on May 2, 2007 22:01:07 GMT 7
Ku ingin berikan tajuk pada sketsa2 ku yang dulu :
SKETSA
1 . Taulan 2 . Tok Tanjong 3 . Buku 555 4 . Kob Vetenari 5 . Demi Masa 6 . Popeye 7 . Kawin lewat 8 . Mari Bersukan 9 . AF5 10.Kiamat 11.Hutang Ceti 12.Yang Makruh 13.Kawin Dengan Mem
|
|
|
sketsa
May 2, 2007 22:18:36 GMT 7
Post by pak itam chawan on May 2, 2007 22:18:36 GMT 7
Sketsa 14 : PUTERI JANGAN MENANGIS
Mari kita releks , kita relekskan minda kita . Kita hayati sedalam2nya lirik lagu Puteri Jangan Menangis . Cuba cari maksud yang tersirat dan tersurat .
Puteri jangan menangis Hapus airmata Di wajah cantikmu
Puteri , kepergianku Tak akan lama Tahan rindumu
Puteri , seandainya saja Ku bisa menghentikan waktu Ku hentikan waktu
Bila kau rindukan aku puteri Coba kau pandangi langit malam ini Bila itu tak cukup mengganti Cobalah kau hirup udara pagi Aku di situ
Mungkin dengan perpisahan Kita akan mengerti Arti perpisahan
|
|