|
sketsa
May 12, 2007 18:24:45 GMT 7
Post by pak itam chawan on May 12, 2007 18:24:45 GMT 7
Sketsa 36 : MEMETAMORPHOSIS MENTAL
Tengok tajuk berasa gerun , tapi tak dak apa . Gah saja . Sat lagi aku mulakan . Hari ni cuaca tak mengizinkan ku bekerja di luar . Hari ni juga aku berasa nak membaca saja . Aku gemar membaca di atas katil kerana ia lebih selesa bagi orang tua . Bila mata naik layu , buku diletak di dada dan mudah melelapkan mata . Bila mata dah pejam , hati membelek buku di dada . Harapnya begitulah .
Aku dapat membaca 2 buah buku yang isinya membincangkan tajuk yang lebih kurang sama . Bukan buku , 2 buah majallah . Kedua2 bahan membincangkan tentang minda , mental , pikiran . Nama berbeza tapi pada yang satu juga....lebihkurang begitulah .
Di sini aku eksposkan pendapat2 yang aku dapat kutip dari bacaan tersebut .
Manusia sejak dari dulu lagi berforum , berdebat dan menukar buah pikiran . Manusia berdebat dengan nabi2 sejak dulu lagi . Manusia yang mula berdebat ialah antara Habil dan Qabil . Akhirnya berlakulah pembunuhan pertama di dunia ini . Jadi akhirnya manusia tak dapat berdamai juga . Sepatutnya selepas berdebat , berforum dan sebagainya , manusia memantapkan mental kerana dia dapat membuat konklusi bernas dari hujjah yang diberi . Di ibaratkan sebagai memetamorphosiskan pikiran atau pun memasakkan minda kita . Ini tidak , sebalik pula yang berlaku . Jurang kepahaman dan pendapat tak dapat dikendurkan . Musuh yang kecil menjadi besar . Lepas itu masing2 merekrut ahli2 baru yang senyawa dengan adegan yang masing2 bawa. Mengapa begitu ? Kerana ego , kerana kepentingan diri sendiri . Yang utamanya syaitan dan iblis memisahkan kita . Buat lah apa saya , syaitan tetap bersama . Tapi dengan ilmu dengan akal dan dengan iman ,syaitan tidak dapat melangkahi 3 lapisan pagar tersebut . Baru manusia akan selamat .
Selalu lah minta berlindong dari gangguan syaitan .
|
|
|
sketsa
May 13, 2007 12:13:34 GMT 7
Post by pak itam chawan on May 13, 2007 12:13:34 GMT 7
Sketsa 37 : KENDURI ALA KENDURI
Cuti sekolah akan bermula tak lama lagi . Sokmonya banyak kenduri di musim cuti sekolah . Sebulan lagi sekolah nak cuti aku dah terima banyak jemputan , yang dekat dan yang jauh .
Buat kenduri memang digalakkan dalam Islam . Memberi makan orang2 miskin juga kenduri namanya . Aku tak tau yang mana lebih pahalanya ; kenduri kah , menjamu orang miskin kah atau pun bersedekahkah ? . Tapi yang ku paham semuanya terletak pada nawaitu .
Banyak orang suka buat kenduri , kurang sikit orang yang bersedekah dan kurang lagi orang suka menjamu orang miskin . Ada juga yang aku tahu , ada orang buat kenduri ala-kadar di rumah2 anak yatim . Diam2 jamuan tu tiba untuk dijamu . Kekadang tuannya tak datang cuma yang datang menghantar makanan ialah chef kontrak masakan . Penghuni rumah anak yatim pun tak kenal tuannya . Jangan kata tangan kanan , tangan kiri pun tak tahu . Sungguh ikhlas . Tak mau dipuja dan di puji . Yang bersedekah pun juga begitu , tiba2 saja cek melayang ke tangan AJK . Kekadang pula lori masuk ke kawasan rumah anak yatim , berkampit2 beras dan gula di hulurkan . Tuan empunya cuma diberi nama HAMBA ALLAH . Hebat orang2 yang tersebut diatas , moga Allah peliharakan mereka di dunia dan di akhirat .
Yang ku tahu banyak juga yang buat kenduri untuk menunjuk2 , dan ada berlawan2 dengan orang sebelah rumah . Ada juga yang tak mampu , yuran anak bersekolah pun kena jumpa wakil rakyat , tapi sanggup bergadai bergolok untuk berkenduri . Itu semua Tuhan tak suruh . Sewa pakaian pengantin beratus2 ringgit , dan belanja hangus yang lain terlangsai dalam masa tak sampai sekerat hari . Yang lebih malang lagi dicampor dengan larangan agama . Di setengah2 tempat berjoget dan menyanyi masih lagi ujud . Ada juga tak menjaga tata-tertib orang Melayu dan agama Islam . Semua itu akan jadi 'laghau' .
Di majlis kenduri besar2 pula , para hadirin di jamu tak sampai boleh belahak .....euuurrrrr . Gulai sepiring dalam hidangan , 2 kali jemput dah kemarau . Lebih2 lagi makan sehidangan dengan orang yang terpelahap . Selepas makan , balik singgah di kedai mamak . Baru boleh balun di situ dengan nasi kandarnya . Aku kekadang jadi bimbang bila nak pi kenduri . Jadi aku makan dahulu di rumah sebelum pi kenduri .
Yang ku rasa pelek lagi ialah dimajlis2 kenduri orang beri duit pada tuan rumah . Lagi besar kenduri , lagi banyak duit yang dapat kerana banyak orang dijemput . Yang dato'2 tu sampai berpuluh ringgit . Lepas tu jumlah beribu2 .Balik modal kata tuan rumah , dan ada juga kata untung buat kenduri besar . Kalau hujan turun lebat . Rugi orang tak boleh mai . Makanan pun banyak berlebihan , jadi basi , dibuang saya untuk ayam itek.
Di hari kematian pula aku pun hairan juga . Tuan rumah kena berbelanja besar untuk urusan kubur dan lain2nya hingga sembahyang pun perlu diberi upahan . Aku harap ustaz2 kena buat operasi baru supaya tak menyusahkan orang2 susah . Supaya boleh orang tertarik pada keelokan ajaran agama kita. Dan lepas pengkebumian pula dengan acara kenduri 7 malam yang cukup membebankan orang susah.
Mai kita buat check and balance , supaya segala ajaran Islam dapat di laksanakan semurni2nya .
Allah suka yang cantik2 , mai kita cantikkan ajaran Islam .
Wallahuaklam .
|
|
|
sketsa
May 13, 2007 20:21:57 GMT 7
Post by pak itam chawan on May 13, 2007 20:21:57 GMT 7
Sketsa 38 : PASAL ORANG MELAYU
Dimana boleh cari ramai orang Melayu ? Pastinya di Kelantan dan Terengganu (T'ganu kite ), di pasar malam , di pasar minggu , Akedami Fantasia , pesta lagu , Jom heboh , di Sungai Buloh , pusat pemulihan dulu di pudu , di jalan lumba haram . Sabu pun orang Melayu sapu , juga air daun ketum , ramai2 orang Melayu keluar di malam kemerdekaan dan di malam tahun baru .
Apa hobi orang Melayu ? Berlepak buang masa tak jemu2, bersembang hingga larut malam sambil hisap rokok , sedar2 ayam dak kokok . Depa juga gemar baca majallah mastika dan metro , itupun pasal cerita hantu , suka tengok telenovela dari pilipina dan peru dan cerita hindu , kerana heroinnya jambu2 . Depa juga suka berpusu2 ke pameran , walaupun pameran pasal hantu . Yang mereka suka makan ialah junk-food , kuaci dan maruku . Cerita gossip pula tak lepas chan . Kalau nak berlagak , Melayu masih nombor satu . Hantar sms habis ribu2 , hilir-mudek anak muda dah pun nampak celaru . Nak syok selalu . Puasa sehari ,bila raya berminggu .
Mudah tak jumpa Melayu di kedai buku ? Ada , tapi kurang. Kenapa jadi begitu ? Nak salahkan siapa , ibu-bapa atau guru ? Ataupun nak salah raja2 dan pemimpin dulu2 ? Nak harap kerajaan bantu selalu .
Sampai bila nak tunggu melayu maju ? Bimbang sangat takut melayu bertambah layu .
*** diubahsuai dari emel yang saya terima.
|
|
|
sketsa
May 14, 2007 7:12:08 GMT 7
Post by pak itam chawan on May 14, 2007 7:12:08 GMT 7
|
|
|
sketsa
May 14, 2007 9:19:47 GMT 7
Post by pak itam chawan on May 14, 2007 9:19:47 GMT 7
Sketsa 40 : MALAYSIA NEGARA KOMPLEKS
Tokoh akedamik Prof.Emiritus Datuk Dr. Khoo Kay Kim menyifatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang kompleks . Malaysia ada masaalah , tapi masaalah timbul kerana tak paham bukan kebencian . Beliau bercakap di London pada kumpulan Islam London City Circle . Tambahnya , Malaysia benar2 bersifat Asia .
Se begitu juga orang bukan Islam di Malaysia pada umumnya tak memahami Islam , kerana orang Islam berpendapat Islam tidak kena mengena dengan bukan Islam . Orang Islam di Malaysia belum memainkan peranan 'mubaligh' secara serius . Orang Islam tak menjelaskan Islam kepada bukan Islam . Orang Islam tak perlu menjauhkan diri daripada mereka . Mainkan peranan mubaligh secara teratur dan rapi . Beliau seterus berkata bahawa seorang fundalmentalis adalah seorang Islam yang baik . Beliau bukan pengganas .
Menyambung Prof berkata Malaysia ialah sebuah negara yang bertoleransi . Patung Buddha terbaring terbesar di dunia bukan di Thailand , tapi di negeri Kelantan yang dikuasai oleh kerajaan parti Islam .
Kerajaan Malaysia mempromosikan Islam Hadhari , idea Islam progressif . Tapi yang perlu di Malaysia bukan Islam Hadhari , tapi umat Islam hadhari . Umat Islam yang progresif yang hadhari boleh menerangkan Islam kepada bukan Islam .
Pasal rukunegara beliau berkata , para pelajar diminta menghafalnya , tapi bila ditanya tentang peraturan perundangan mereka tak tahu . Sehingga kini ia tak memberi kesan yang serius pada masyarakat.
Maklumat tersebut saya kutip dari Bernama 14 April , 2007 .
Mai kita sama2 pikiaq . Sejauh mana kita dah mainkan peranan sebagai umat Nabi s.a.w . Orang bukan Islam yang dah tua bongkok , tinggal di sebelah mesjid kita pun masih belum memahami Islam . Pernah tak kita jemput dia ke majlis2 kenduri yang diadakan berkali2 dalam setahun ? Biar dia sendiri melihat kehebatan Islam . Ini tidak , malahan menyebabkab dia tak mempunyai sangka buruk pada Islam . Kita tak pandai berdakwah . Benar sepertimana dikatakan Prof. Khoo .
Para sahabat dulu dikagumi oleh orang2 cina . Beramai2 mereka memeluk Islam kerana contoh peribadi muslimin mereka . Mereka tak boleh berbahasa cina . Tapi peribadi mereka diterjemahkan . Kita tak memberi contoh yang terbaik , dan mereka melari jauh dari Islam .
Saya bersetuju dengan saranan oleh Datuk Mufti Perlis . Iaitu saudara2 baru di bin @ di binti dengan nama bapa mereka sendiri . Bukankah dalam sejarah Islam Ali bin Abi Thalib ber bin kan bapanya yang bukan Islam ? .
Kita ambil panduan mereka2 yang telah bersusah-payah untuk memperkenalkan Islam .
Wallahuaklam .
;D ;D ;D ;D ;D ;D ;D ;D ;D ;D
|
|
|
sketsa
May 15, 2007 10:45:56 GMT 7
Post by pak itam chawan on May 15, 2007 10:45:56 GMT 7
Sketsa 41 : GADOH SANA , GADOH SINI.......GADUH SAJA
Jejariku rasa malas semalasnya bila nak tuleh pasai tajuk gadoh ni . Aku tak suka sangat pasai gadoh ni . Bila bergadoh dunia luas jadi sempit , rasa rimas dan tak tenang saja . Selesa jadi haru-biru . Buat kerja pun serba tak kena . Mana boleh kontrol emosi , lebih2 lagi ada panas-baran . Mula nak marah tak tentu pasai . Hudoh perangai ini . Muka jadi keriput empat-belas . Syaitan mulai mendekati kita bila bergadoh . Ini peluang ku kata syaitan . Kita pula dengan mudah berkompromi dengannya . Habis jadinya . Ada akal tak guna lagi , ada ilmu tak manfaat lagi dan ada iman pun gerafnya turun sampai ke buku-lali . Semua tak berguna lagi . Berkecai , berkecamok , berpuing2 emosi tak tentu arah di tiup oleh gelora yang melanda . Dibawanya kesana-sini-kesitu-kemari-buat u-turn dan berpatah-balik kesegenap penjuru ke setiap jalan dan denai yang dipenuhi semak-samun di setiap inci jalanan . Jati-diri dah mula pening , martabat dah hilang proporsyen , yang berkuasa bagaikan hilang kekuasannya , yang alim hilang kewarokannya , yang kaya jadi miskin benaknya , dan yang miskin terus bankrap dari segenap segi .
Dunia dah hilang kedamaian : gadoh & gadoh.......gadoh-gaduh .
|
|
|
sketsa
May 15, 2007 21:03:59 GMT 7
Post by pak itam chawan on May 15, 2007 21:03:59 GMT 7
Sketsa 42 : HASIL MENENTUKAN NILAI
Aku tulehkan tajuk , tapi aku tak tau apa nak tuleh seterusnya . Aku nak biarkan jejariku menjalankan tugasnya . Aku akan seperti biasa membiarkan ia berlari dan menari . Memanglah hasil menentukan nilai . Apakah nilai dasar yang ada pada semua makhluk Allah . Semua ada nilai dasar , tapi semua boleh memberikan nilai terbaik lagi . Ada yang bernilai statik dari hasil yang juga statik . Jemadad dan kebanyakan makhluk sebegitu . Tapi manusialah mengubahkan mereka menjadi terlebih bernilai . Tangan manusia mengubah dari tak bernilai menjadi lebih bernilai . Itu semua orang yang pernah masuk sekolah mengetahuinya . Tak payah aku nak suruh jejari ku menari dan menari lagi . Tongkol kayu yang tersorok di hutan , boleh di bawa ke kota . Kemudian di'diami' di dalam banglo besar yang kosnya berjuta . Ditempatkan di tengah banglo , di dalam cermin kaca .
Bagaimana pula manusia sendiri ? Kita tau hasil dasar kita . Tiap hari kita bermain dengan hasil dasar kita . Tapi kalau itulah hasilnya yang kita banggakan , ia tak memberi nilai pada kita . ....aku tak tau adakah saudara2 yang membaca sketsa ini memahami maksud saya .............baiklah aku terus-terang ................hasil dasar manusia ialah yang setiap hari kita dok buang tu......ia tak bernilai . Kita buang begitu saja kerana membusukkan . Berbanding dengan bunga , bunga lebih hebat dari kita , kerana wangi bunga mempesonakan kita . Pokok buah2an juga hebat . Hasil mereka ialah buah2an yang berebut2 manusia membelinya .
Dengan akal , ilmu dan iman manusia akan jadi lebih hebat lagi . Tak payahlah jejari saya menari lagi . Kerana semua dah bersekolah . Dah pandai main komputer pula tu .
Sebaik2 makhluk Allah ialah manusia .......baiki diri , kenali minda sendiri , buat yang terbaik dan tercantik , kerana Allah suka yang cantik .
CANTIK OH CANTIK
|
|
|
sketsa
May 16, 2007 10:00:25 GMT 7
Post by pak itam chawan on May 16, 2007 10:00:25 GMT 7
Sketsa 43 : 16 Mei , 2007
SELAMAT HARI GURU UNTUK SEMUA CIKGU DAN CIKGI DI DAERAH SIK
|
|
|
sketsa
May 16, 2007 11:05:47 GMT 7
Post by pak itam chawan on May 16, 2007 11:05:47 GMT 7
Sketsa 44 : HARI GURU
Dah 12 tahun aku tidak merayakan Hari Guru bersama murid2 sekolah . Kerana aku dah 12 tahun pencen . Masa berjalan begitu pantas , aku menghitung2 masa . Bila tiba Hari Guru aku tak boleh mendiamkan diri , sebaliknya aku cuba menggali kembali detik2 semasa mula aku menceburkan diri sebagai guru . Ada masam-manisnya ketika bertugas dulu . Itu sudah lumrah hidup . Allah menyediakan kita liku2 dalam hidup untuk mematangkan kita , dan kita kena pandai menjanakannya .
Guru dulu dan guru sekarang jauh berbeza . Dari segenap segi ada perbezaannya . Guru2 yang lebih awal dari aku mempolopori semangat menuntut kemerdekaan tanahair , membangunkan negara . Di zaman sekolah rakyat , kerajaan British tak ambil tahu tentang pendidikan orang2 Melayu . Di zaman itu guru adalah arkitek pendidikan . Mereka bukan saja arkitek dalam pelajaran , tapi juga arkitek membuat sekolah secara bergotong royong . Gaji guru diberi oleh orang2 kampong , disamping itu bahan makanan juga diberi oleh orang kampong . Tak dak cita2 nak tuntut kenaikan gaji . Kelas tambahan secara percuma di beri kepada murid2 . Sekarang elaun tuisyen menjadi isu . Elaun tambahan diberi untuk luarbandar . Dulu tak dak semua itu , walhal semua guru rakyat di zaman itu mengajar di luarbandar .
Tugas ku sebagai guru terhimpit antara zaman dulu dengan zaman canggih sekarang . Semasa aku pencen komputer baru nak berkembang . Banyak guru belum lagi mahir berkomputer . Guru2 yang berijazah pun tertumpu di sekolah menengah saja . Itupun setakat ijazah pertama . Sekarang dah bercambah macam goreng pisang . Di sekolah rendah juga dah ada yang dapat masters' . Dulu lulus darjah lima dah boleh jadi guru . Guru2 yang lulus LCE pun dah cukup hebat . Boleh mengajar bahasa inggeris . Tapi yang aneh sikit ialah guru sekarang belum cukup mahir dalam bahasa inggeris . Pelajar2 yang lulus A1 dalam bahasa inggeris belum begitu pintar berkomunikasi dalam bahasa inggeris . Kalau dulu yang dapat F9 dah boleh bertutur inggeris macam ayiak .
Teringat ku zaman dulu ada seorang posmen , namanya Ramaya . Dia cuma lulus LCE gred C saja , tapi boleh bercakap inggeris macam seorang professor . Kalau dia lulus LCE gred B atau A , dah tentu dia akan dapat jawatan guru . Dah tentu dia boleh ngajar bahasa inggeris .
Dulu juga guru2 berkelulusan LCE membaca Straits Times , dan guru2 Melayu pula membaca Utusan Melayu edisi jawi . Cuba bandingkan berapa banyak yang boleh menguasai bahasa inggeris dan guru2 Melayu yang membaca jawi .
BUKAN NAK MENGATA TAPI ITULAH SEBENARNYA
maaf kalau terasa
|
|
|
sketsa
May 16, 2007 14:24:22 GMT 7
Post by pak itam chawan on May 16, 2007 14:24:22 GMT 7
Sketsa 45 : KENAL & SAYANGKAN DIRI DOT,DOT,DOT
Kekadang susah juga nak kenal diri sendiri . Tak Jarang-jarang aneh juga melihat orang tak sayangkan diri sendiri . Dengan berbagai kerenah hidup di dunia ini , kita jadi tak keruan . Terlalai , terumbang-ambing , meraba-raba kekadang pada benda2 yang diketahui . Menjadi leka tak tentu pasal , terpinga-pinga bagaikan diayun gelombang mimpi yang tak sudah2 . Serba tak kena jadinya . Apakah baru saja terkejut dari peristiwa tsunami atau gunung-berapi ? phobia ? Tidak juga , kerana Malaysia terselamat dari gegaran yang sedahsyat itu . Sebenarnya kita dah lupa diri , tak pandai lagi melayani hidup ini semurni-murninya . Hidup menjadi compang-camping , berdiri terus jatuh , bila duduk terus rebah . Apakah malang terus melanda tak tentu hari siang , tak tentu malam. Siang gelap gulita , malam hitam gelemat . Matahari dan bulan menyisih diri . Bayu pagi menjadi ganas , angin lembut meronta-ronta dan membelasah apa saja yang tersua . Dimamah , dikunyah , dibaham ,ditelan . Pasir jalanan menjadi panas membakar tapak-tapak kaki , menghirup segala darah , meratah semua dedaging dan tetulang . Pedihnya sudah tak terasa lagi , sakitnya menjadi manis , lukanya tetap berdarah . Larian darah menganak-sungai , mengalir terus mengalir membawa jauh di lautan , bercampur dengan serba mak-nenek yang juga menjadi dentinasi bersama .
Itulah rintihan hati meraba2 dan masih lagi mencari untuk KENAL DIRI DAN SAYANG DIRI ,DOT , DOT ,DOT .
Sudahkah anda berbisik dalam hati ? Perasaan kasih-sayang ada di situ , tapi ingat Syaitan ada di mana saja .
Wallahuaklam .
|
|
|
sketsa
May 17, 2007 11:32:59 GMT 7
Post by pak itam chawan on May 17, 2007 11:32:59 GMT 7
Sketsa 46 : nuts
Sedikit masa dulu bau busuk nuts melanda seluruh negara . Secara kebetulan pula dalam nuts ada PUK***** . Suasana panas melompat2 sehingga berdengung telinga . Cukup panas sehingga setiap hari terpampang di muka suratkhabar . Jualan buku tersebut cukup laris , mulanya dijual RM 50 , turun RM25 , turun dan turun lagi . Diulang cetak berkali2 . Memenuhi pasaran , tapi tak terdapat di kedai buku . Cukup ajaib , dan ia merupakan sejarah kerana sebuah novel dapat dibeli walaupun di lorong2 dan denai dikampong2 yang tersorok . Kalau lah budaya membaca sampai ketahap itu , alangkah bertuahnya Malaysia , kerana rakyatnya gemar membaca . Di waktu itu tahap membaca rakyat Malaysia ialah puratanya sehelai muka surat dalam setahun .
nuts laris bukan kerana gaya penulisan absurd yang dihidangkan SN Shahnon Ahmad , bukan kerana 'kewangiannya' , bukan kerana teknik pengulangan penulisannya , bukan kerana mesejnya , bukan kerana temanya , sebutkan saja apa saja istilah yang ada dalam sastera , ia bukan kerana itu . Perkataan keramat PUK**** ialah penariknya . Masyarakat kita yang berbeza pahaman politik berdiskusi novel itu siang dan malam berdasarkan PUK***** saja . Nak kupas dari sudut lain masing2 tak reti . Malahan tak baca pun . Kalau baca pun 2 atau 3 mukasurat saja dah mula tak paham . Dah mula bau busuknya dan dicampakkan begitu saja . Sapa nak pegang lama2 . Bila tanya apa ceritanya ? Dia buka novel itu dan tunjukkan PUK**** yang terpampang besar di pendahuluannya . Bila ditanya lagi , dia tutp lubang hidongnya .
Susah nak memahami novel tersebut kerana adunannya cukup kompleks , bahasanya pun banyak jenis2 ayat 'mutasyabihat' . Aku bernasib baik boleh membacanya , kerana memang sastera bidang ku minati . Terimakasih Prof. HB. Jassin dan Prof. Gazali Dunia dan lain2nya kerana didikan mereka cukup bermakna . Drs. Jihaty Abadi aku tak lupakan mu . SELAMAT HARI GURU .
Mengikut penilaian ku novel ini akan terangkat darjatnya kalaulah pengarangnya tak masukkan perkataan PUK****. Perkataan tu melanggar tatasusila bangsa , walaupun PUK**** saja yang sesuai dinobatkan . Bukan senang nak tulis tentang seketul taik menghilir-mudek dalam perut , bergelumang dengan lindir2 yang liat menghiasi di segenap dinding usus . Bukan senang nak menaikkan wap2 busuk menyelubongi lubang hidung kita bila membacanya . Bukan senang nak menceritakan lubang ajaib tu terkemut2 apabila ketulan taik nak menujah keluar ke alam nyata . Bukan senang nak menceritakan bagaimana ketul2 taik itu berdialog sesama mereka . Bagaimana nak gambarkan bau busuk yang berbagai jenis dari berbagai jenis makanan . Bau jering dan genuak juga sudah memadai kepada lubang hidong kita . Tapi itu semua mudah pengarang menjelaskan satu persatu . Melebihi dari 250 mukasurat .
Perspektif aku tentang novel tersebut berbeza dari orang lain . Berbeza dari perspektif orang awam , berbeza dari perspektif orang2 politik , berbeza dari perspektif orang yang hanya melihat perkataan PUK**** , berbeza dan berbeza sekali . Yang tak bezanya mereka manusia dan aku juga manusia . Aku jarang melihat sesuatu dari perspektif " 7 orang buta dengan gajah " . Semua orang tau cerita 7 orang buta dengan gajah . Zaman dulu guru2 mengajar cerita tersebut berkali2 kepada murid . Ia berkesan kepada ku sampai sekarang . Begitu juga cerita2 pak pandir , mat jenin , si luncai dan lain2nya seperti nyanyian sonet lagu tiga kupang . Semua itu mengajar ku . Kertana nilai seni sasteranya cukup tinggi . Wah , berlanjutan pula jejariku menari . Baiklah perspektif yang ku dapat ialah tentang diri kita manusia . Kita semua adalah makhluk yang diliputi oleh najis , kita jarang sedar tentang ini , dan kurang pula kita membersihkan najis yang ada pada kita . Apakan tidak dah memang perut kita bersisi najis , dalam lubang hidong ada taiknya dipanggil taik hidong , dalam telinga ada taiknya dinamai taik telinga , dalam mata ada taiknya dinamai taik mata , dalam kuku ada taiknya dinamai taik kuku , anak lelaki yang belum bersunat pun ada tahi kalatnya . Macam2 lagi taik, termasuk taik gigi yang banyak orang telan setiap hari . Dan setiap hari kita bermain taik . Setiap pagi masuk jamban kita dipaksa bermain dengan taik . Olek kerana dah biasa bermain dengannya kita tak lagi rasa jijik . Tapi kalau suruh basuk taik orang , masyaallah ,lari kita .
Kesimpulannya , bersihlah diri dari sebarang taik . Kerana kita memang bertaik .
Dulu sedap makan taik minyak . Sekarang dah tak jumpa dah . Setengah orang dah tak kenal taik minyak . Aku suka makannya dengan nasi beras usang yang panas2 . Beras usang pun dah tak ada .
Pakailah sintok untuk membersihkan diri . Sintok pun dah tak kenal lagi . Jadi apa yang ada ?..............taik,taik sana-sini.
|
|
|
sketsa
May 20, 2007 0:12:13 GMT 7
Post by pak itam chawan on May 20, 2007 0:12:13 GMT 7
Sketsa 47 : " BINI KU MUDA "
Secara tak semena2 aku dapat bertemu dengan kawan lama ku . Dah hampir 27 tahun tak berjumpa . Dia lebih tua dari ku . Tiga tahun lebih tua dari ku . Tapi kami bersekolah sedarjah . Umur semasa bersekolah zaman dulu tak jadi masaalah . Ada yang perbezaan umur sampai 5 tahun .
Kami berbual panjang . Dari satu kisah kesatu kisah . Macam satu 'thriller' , sambung menyambung . Ada yang gembira , ada yang sedih dan banyak yang lucu2 . Semasa kami berpisah dulu dia belum lagi berkahwin , walaupun umurnya sudah mencecah 37 tahun .
Semasa umurnya 22 tahun dia diperjodohkan dengan seorang gadis comel , tapi dia menolak pilihan bapanya kerana dia belum ingin berkahwin . Dia memberitahu bapanya bahawa dia tak akan berkawin sehingga dia mencecah umur 33 tahun . Semasa umurnya meningkat 25 tahun baru perasaan nak berkahwin menjelma dalam dirinya . Tapi sebagai seorang insan mulia di pergi bertemu dengan seorang ustaz menanyai hukum-hakam tentang peristiwa dia dan ayahnya dulu . Ustaz memberitahu bahawa itu sebagai satu nazar , dia bernazar dengan tuhan dan bukan saja berjanji dengan ayahnya . Oleh kerana itu dia terpaksa membatalkan saja hasratnya. Masa berjalan terus sehinggalah kami berpisah dia belum lagi berkawin , dan dia tidak berminat lagi nak kawin . Selepas itu aku tak tau lagi ceritanya .
Bila bertemu kali ini kawanku menceritakan bahawa dia kawin semasa umurnya mencecah 39 tahun . Jodohnya ialah seorang gadis 20 tahun lebih muda darinya . Selepas berkawin dia merasa cukup malu kerana isterinya terlalu muda , sehingga dia tak sanggup berjalan bersama . Dia bersendirian dan isterinya bersendirian bila kemana2 saja .
Masa berlalu dan berlalu , dan tiba pada satu masa bila umurnya mencecah 45 tahun satu kelucuan berlaku dalam dirinya . Dia menceritakan padaku dan kami ketawa terbahak2 . Satu keluarga baru datang tinggal setempat . Selang beberapa hari saja mereka datang menjengah kerumahnya . Seperti biasa dia melayan mereka , isterinya yang muda itu menjamu mereka apa yang ada . Sambil minum2 mereka berbual berbagai tajuk seperti biasanya . Dan akhirnya mereka memberitahu hasrat mereka datang . Yaitu mereka nak menyuntik bunga di rumahnya . Dia kehairanan , sekaligus bertanya yang mana satu bunganya . Depa beritau bunga yang menghidang minuman untuk mereka . Kawan saya ketawa berdekah2 kerana lucu yang dapat dirasainya . " Kalau yang tu langkah mayat saya dulu ". " Dia tu isteri ku " " Bini ku muda !"
Kah,kah,kah,hoh,hoh,hoh, hah,hah,hah........ku ketawa lagi dan lagi . Kalau banyak lagi,lagi,lagi,lagi......jadi gila .
|
|
|
sketsa
May 20, 2007 10:28:12 GMT 7
Post by pak itam chawan on May 20, 2007 10:28:12 GMT 7
Sketsa 48 : MENGAPA MUNDUR ? MENGAPA ?
Bukan nak mengata , tapi memang orang kita ni masih mundur . Itulah hakikatnya . Yang berjaya pun dah banyak , tapi tetap ada tapinya . Percennya sangat sikit , yang tu lah yang membuat pening kepala . Pasai apa bila dah merdeka 50 tahun kita masih di takok lama juga . Kita kena buat checking . Kita selalunya kenalah check , macam kita bermain chess , selalu kita buat checking . Checking tu yalah muhasabah diri . Kerja ni jarang2 orang kita buat . Kita tak dilatih begitu . Sebab tu kita melatah kesana-sini . Kadang2 buat tak tentu pasai . Melulu saja .
Kenangkan hidup kita ni , pikiaq sebaik2nya . Curahkan seluruh idea ,citarasa , perasaan dengan segala resepi kehidupan dan gomoi sesungguh2nya supaya adunan itu menjadi yang tercantik . Pertamanya lihatlah cara hidup kita , asas hidup kita . Apakah halatujunya . Islam kah , Yahudi kah , Nasrani kah atau Majusi kah . Aku rasa cukup pelek ( hairan) melihat pemuda2 kita bersubang dan bertattoo . Mentelah lah yang berantai tu . Yang rock-rock tu . Yang heavy metal tu . Dan berbagai2 jemaah lagi . Apa yang mereka cari ? Yang PM kita suruh ialah cari Al-Ghazali dan Al-Shafie . Tapi Al apa yang mereka cari . Last-last sekali jadi ALPA . Line tak clear . Bila ALPA mereka leka dengan hiburan yang melampau . Bukan tak boleh berhiburan , tapi ada perenggannya . Di majlis2 konsert , wah hebatnya bangsa ku . Boleh dapat nombor wahid dalam dunia . Artis2 jadi pujaan mereka . Berbondong2 mereka pergi meng'ahlan wa sahlan' pujaan mereka . Habis duit sepoket , habis suara menjerit , habis badan di goyang menurut rentak irama yang didendang . Sembahyang ke mana , aurat kemana , muhrim-muhram kemana , malu kemana . Semuanya boleh kemana-mana saja . Semalamam di konsert , badan jadi letih , otak buntu , dan malas pula melanda . Malas bekerja , malas menjaga kesihatan diri . Dilanda berbagai penyakit . Penyakit sosial bertambah dan bertambah . Belum tentu hadnya . Lepas satu , dua yang datang . Mendatangkan malu pada masyarakat . Malu pada dunia dan akhirnya malu lah juga di akhirat . Semalu-malunya di depan Allah -azzawajal .
Astagfirullahiazim . Astagfirullahiazim . Astagfirullahiazim .
|
|
|
sketsa
May 23, 2007 10:11:09 GMT 7
Post by pak itam chawan on May 23, 2007 10:11:09 GMT 7
Sketsa 49 : GAJI NAIK
Hari isnin 22 Mei,2007 PM umum kenaikan gaji . Semua kakitangannya menyambut baik . Kenaikan yang tertinggi mengikut sejarah . Ia bermula dari 1 Julai . Tapi astro naik lebih awal lagi . Begitu juga tepong gandum . Astro mula naik Junlagi . Maknanya sebulan lebih awal. Pandai dia , selalunya dia terdepan . Barang2 lain cuma dok tunggu , buat marking-time . Walaupun diberi amaran oleh kerajaan , tapi mereka akan naik juga . Mereka akan berjaya juga . Kalu tak , mereka akan sorok-sana-sini . Akhirnya depa menang . Kerajaan akan surrender . Tengokla kalau tak caya sama aku . Kakitangan yang akan terima kenaikangaji berjumlah cuma 1.2 juta orang . Tapi yang akan tanggung kenaikan harga barangan melebihi 25 juta orang rakyat biasa . Nampak semacam membela yang sedikit dan mengabai yang ramai . Susah nak pikiaq . Tapi rakyat nampak tak kisah saja . Kalau berlaku sebegini di negeri2 lain , wah rakyatnya akan bangkit . Baik sungguh rakyat Malaysia . Hari selasa 23 Mei,2007 , aku sengaja buat tinjauan di pejabat2 kerajaan dan dua-tiga buah sekolah . Pergi bertegur-sapa yang aku kenal . Wadoooo, seronok betul mereka . Asyik dok kira berapa mereka akan dapat . Aku buat tak kisah saja . Pada hal aku juga dapat sebagai seorang pesara . Tapi aku tak gembira seperti mereka . Mungkin aku dah tua dan mereka semua lebih2 muda lagi . Yang aku dok pikiaq ialah pasai 25 juta lagi tu . Mereka akan menanggung beban kenaikan harga dari kenaikan gaji . Lepas tu aku berhijrah ke pekan hari , pekan selasa . Aku hilir-mudik membawa lututku yang sakit , nak cari reaksi orang ramai . Tak dak sedikit habuk yang ku jumpai . Tak dak pun reaksi mereka , walaupun di tempat mereka berlepak , di warong2 yang kotor dan becak disebabkan hujan yang turun semalam . Yang ada terdengar cuma pasai AF5 , Mila jadi separuh jutawan . Itu saja . Cuma aku dapat merakamkan satu peristiwa yang tak lah begitu ghairah dan berahi tentang kenaikan gaji . Dari seorang penjual mempelam sala . Dia melelong mempelam cukup murah . Setimba RM 5 ,beratnya lebihkurang 6 kilo . Kata2nya semasa melelong memikat jantungku ," Tuan2 gaji naik , mai beli mempelamku " . Terhiba sekejap benak ku menghidu harapannya . Aku beli setimba . Aku beri RM 6 ,dia sedekah kat aku lagi 2 biji . Kami sama2 bermesra . Jantung hati ku berdetik pilu . Kemudian anak ku juga membeli setimba beberapa jam selepas itu . Harganya menurun RM 3 setimba . Kemudian aku dapat ketahui harganya turun lagi sejam kemudiannya . Pasai kenaikan gaji tu kerajaan perlu tambah perbelanjaan RM 6.8 billion setahun . Tau tak RM 6.8 billion ? Ialah , 6,800 million . Orang kita banyak yang tak tau nak beza million dan billion . Dipukulnya semua sama .....juta saja . Dan kenaikan COLA pula ialah RM 1.2 billion . Jumlah semuanya ialah RM 8.000 billion .
Ini pendapat aku , tak kena mengena dengan orang lain . Kalaulah 8 billion tu digunakan untuk subsidi beras dan tepong setiap tahun , apakah cantiknya . Semua rakyat termasuk yang dapat naik gaji tu merasai harga beras dan tepong yang lebih murah . Kan kita semua makan nasi dan guna tepong untuk memasak kuih-muih ? Yang kaya pun makan , yang miskin pun makan . Semua dapat nikmat , tak dak yang nak meleleh ayiak-lior .
Pada aku kenaikan gaji tak akan menyelesaikan masaalah . Selagi sikap dan tabiat kita tak berubah . Berapa orang yang sanggup 'retain' standad hidup yang lama ? Tapi masing2 akan berubah mengikut cita-rasanya sendiri , semua akan berubah . Kita ubah standad kita sendiri . Kita ubah standad tu lah menyebabkan gaji tak cukup .
Dulu jarang ke supermarket . Dulu jarang makan di luar . Dulu cuma makan temenung , jarang2 beli tenggiri dan jenahak . Dulu ada TV 16 inci jenama sanyo . Tapi kini dah berubah . Pi shopping kat SP ataupun AS , kekadang lajak sampai ke sempadan Siam . Mulalah nak ajar anak makan di KFC . Mulalah nak tukar TV , ambil TV 35 inci jenama sony pula . Dulu pakai proton , kini wah kita ambil vios pula . Naik la standad sikit . Peristiwa demi peristiwa terus berjalan . Apa nak dikata ? Yang untung penjual kereta . Yang untung penjual TV . Yang untung tauke KFC .
Lima tahun lagi mereka akan tuntut kenaikan lagi . Aku pun akan dapat lagi . Kalaulah aku tak mati lagi .
Kalau masih tak pandai mentadbir duit sendiri , sampai mati pun tak boleh kawal hidup ini .
Jimat-cermat sanubari hati ku . Moga aku tak bankrup di dunia dan juga di akhirat .
|
|
|
sketsa
May 23, 2007 10:55:31 GMT 7
Post by pak itam chawan on May 23, 2007 10:55:31 GMT 7
Sketsa 50 : IMPOSSIBBLE IS NOTHING
Aku tengok Final FA Cup anatar Chelsea dengan Manchestar United . Aku tak tengok konsert Akhir AF5 , kerana masa siarannya serentak . Aku minat bola dari segala2nya . Aku tak berminat mendengar orang menyanyi menyalak2 macam.............( tak perlu aku sebut kerana ada orang tak suka perkataan2 seumpama itu ) . Bola tak lah melalaikan sangat seperti menyanyi ni , lagi pun bola boleh menyihatkan badan . Biasanya main bola satu jam setengah saja . Tapi konsert mengheret masa sampai 5 jam . Lebih2 lagi pengacara Aznil yang mengelolakannya . Dia boleh bercakap dan bercakap . Dulu orang pandai bercakap ialah penjual ubat ,aku dah lupa namanya . Dia jual ubat cap rumah api . Selalu mai ke pekan selasa .
Bai aku sambung pasai bola pula . Perjuangan Chelsea ialah atas kata2 hikmatnya 'impossibble is nothing ' . Dalam bahasa kita ialah : tak ada yang mustahil . Aku suka ungkapan itu . Ia melonjak kita ke mercu kejayaan . Sepertimana juga 'Malaysia Boleh ' . Tetapi kekadang kata2 tu satu pembohongan cuma . Kekadang bohongnya boleh dipakai juga . Terpulang kat kita mentafsirkannya . Kita tolak mustahil yang nyata . Mustahil yang nyata memang mustahil sungguh2 . Tak boleh masuk akal langsung ,kecuali akal yang dah compang-camping . Dalam hukum-hakam sokmo tok2 guru membahas hukum wajib , mustahil dah harus . Satu bidang pengajian yang cukup menarik . Ia perlukan otak yang dinamik . Calang2 otak , membuat seseorang ternganga saja . Yang abstrak tu paling membosankan otak yang dungu . Tak paham apa2 pun . Jadi buntu . Kita kena latih berpikiaq . Berpikiaq dan terus berpikiaq . Kalau malas berpikiaq otak jadi beku . Keras . Dengan berpikiaq kita boleh maju . Dia membawa kita berhijrah . Kalau tidak selama2nya kita hidup di bawah tempurung . Tak tau apa . Tak pandai guna kemudahan yang ada . Peluang yang ada . Kita mengabaikan peluang dan kemudahan yang ada . Kita jadi sebodoh2nya . Orang lain datang merampas peluang dan kemudahan yang ada . Lebih 2 juta rakyat asing datang ke negara kita . Mereka berkerja dan berkerja . Rakyat kita banyak yang menganggur . Mereka datang merampas hak kita . Peluang kita . Depa rajin dan tak pilih kerja . Mereka pandai menyesuaikan diri dengan kerja . Kita perbodohkan diri sendiri . Syok sana ,syok sini . Merempit sana , merempit sini . Yang lebih malangnya mampuih di tengah jalan . Masa tu tak mustahil lagi , ia jadi nyata . Mustahilnya ada di mana2 saja .
Mustahil kita tak akan mati . Tak mustahil kita akan hidup kembali . Setiap yang hidup akan mati . Lepas tu setiap yang mati akan hidup kembali untuk menerima balasan dari Allah .
Yang mustahil tetap mustahil. Mustahil kalau tak pernaya dariNya .
|
|