|
sketsa
May 2, 2007 23:25:34 GMT 7
Post by pak itam chawan on May 2, 2007 23:25:34 GMT 7
Sketsa 15 : PEACE CORPS
Sepertimana yang aku sebut dalam sketsa ku yang dulu iaitu aku memang bencikan Amerika sejak zaman Kennedy lagi . Tak dak siapa pun mempengaruhi aku . Aku sendiri yang membencinya . Ia bukan wahyu , kerana aku bukan nabi . Ia juga bukan ilham ,kerana aku bukan orang alim . Dan aku juga bukan ahli khassaf , kerana amalanku tak seterror mana . Begitu juga aku bukan ahli abid , kerana aku bukan rajin berzikir . Aku cuma dapat paham bahawa ia cuma kasih-sayang Allah . Mungkin Allah melihat sedikit amalan ku yang ikhlas maka Dia (Allah) meanugerahkan aku sifat benci itu dalam diri ku . Orang berbondol2 memertabatkan kehandalan Amerika dari segenap bidang . Dia berkuasa , dia kaya , ada banyak senjata , ada banyak pakar dalam kesemua bidang . Sebutkan saja apa benda pun dia ada . Getah banyak dalam simpanannya , walaupun dia tak dak pun sebatang pokok getah . Begitu juga minyak banyak dalam simpanannya , walaupun negara2 Arab adalah gergasi minyak.
Di awal tahun 60an bersepah2 dia hantar anggota peace corps ke setiap pelusok dunia. Tak kira hutan atau rimba . Dalam semua ajensi ada saja orangnya. Bukan orang lembab yang dia hantar , tapi mereka terdiri dari cendekiawan2 . katanya nak membantu negara2 yang kurang maju . Kita tak tahu muslihat mereka . Kita layan mereka . Lebih2 lagi mereka yang datang ke negeri kita petah bercakap Melayu. Macam mana tak pandai , mereka diajar bahasa2 ibunda negeri2 yang mereka dihantar. Yang datang ke negeri kita di kumpulkan di Honalulu dan guru2 bahasa melayu dipinjamkan mereka dan dihantar ke honalulu untuk mengajar. Kita tak payah keluarkan duit , semuanya mereka tanggung. Salah seorang kawanku terpilih menjadi tenaga pengajar . Kerjanya cukup mudah , kerana mengajar orang pandai . Dalam sebulan dah pandai bercakap dan membaca. Ini satu peringatan kepada sesiapa yang nak jadi cikgu. Kerja cikgu menyeronokkan , kalau murid2 kita pandai. Kerjaya cikgu belum lagi teruji . Nak kenal bahawa kita cikgu yang baik dan kommited cubalah mengajar murid2 yang kurang kecerdasannya. Di situlah baru kita kenal kita ni sesuai atau tidak menjadi cikgu . Aku boleh tulis banyak tentang cikgu kerana aku bekas cikgu . Limabelas tahun aku mengajar di sekolah rendah sebagai guru bahasa inggeris dan juga limabelas tahun di sekolah menengah sebagai guru sastera. Aku pernah ngajar dari darjah satu sampai ke tingkatan 6 . Aku berminat ngajar bahasa inggeris dan sastera , tapi bila aku dapati prestasi ku dah menurun , aku cepat2 isi borang pencen . Aku pencen sebelum cukup umur pencen . Pencen awal . Pencen option. Aku takut berdosa kalau teruskan mengajar . ........wah mengapa pula sampai kesini ceritanya. Aku nak ceritakan tentang peace corps .
Anggota peace corps yang datang ketempatku aku kenali mereka .Seorang ialah jurutera dan seorang lagi ialah ahli sosiologi . Ahli jurutera itu kerjanya ialah mengorek lubang jamban dan membangunkan jamban . Masa itu orang kita masih berak merata2 . Dalam parit mereka buang , dalam semak2 mereka buang . Itulah kerjanya buat jamban . Yang seorang lagi tu kerjanya menulis .Entah apa yang dia tulis , aku pun tak tahu . Dan dia pun tak beri tahu pada aku. Dia bergaul bebas dengan orang2 kampong untuk mengutip bahan . Dari situlah mereka ada maklumat lengkap tentang semua negeri termasuk negeri kita.....wah kepenatan juga menulis sketsa pendek2 ni . Aku minta nak berenti dulu yer . Akan jumpa lagi di sketsa yang akan datang....dah rasa penat nak pi makan ubat ok ?
|
|
|
sketsa
May 3, 2007 7:27:57 GMT 7
Post by pak itam chawan on May 3, 2007 7:27:57 GMT 7
Sketsa 16 : AJALMI
Kepenatanku semalam menyebabkan diriku gelisah sepanjang malam . Hampir pukul 2 pagi baru dapat ku lelapkan mataku . Macam-macam muncul dalam mimpiku . Tak dapat nak ku ceritakan kerana sesetengah peristiwa itu aku tak ingat . Aku sekarang ni cepat sangat lupa . Ingatanku tak semacam dulu lagi. Bila dah tua ni macam2 kekurangan ada dalam diri . Tapi sebenarnya mengikut kata2 kawan ku Ajalmi yang bermastautin di England , yang pernah ku ceritakan dalam sketsaku nombor ke 13 , mengatakan melalui emelnya kepada ku , bahawa orang tua ni lebih istemewa dari orang muda. Bila aku membaca emel dari Ajalmi , aku sedar , memang ada banyak istemewanya pada orang tua . Aku akan cuba senaraikan kata2 Ajalmi itu .
1. Orang tua sangat istemewa kerana di atas kepalanya ada perak . ( When you grow old ,you have silver on your head.) 2. Orang tua ada batu dalam pundi2 kencing .( You have stones in the bladder) 3. Orang tua ada gula dalam air kencing .( You have sugar in your urine). 4. Orang tua ada emas dalam mulut .( You have gold in the mouth ) 5. Orang tua ada berbagai mineral dalam darah. ( You have lead in the blood ).
Dan banyak lagi barang2 istemewanya , tapi aku pun dah lupa , dan kerana itu tak dapat ku catitkan di sini. Cuba awak fikirkan apa lagi barang2 istimewa itu yang boleh didapati pada orang tua. Aku malas nak fikir perkara2 tersebut , kerana keistimewaan itu lah membebankan hidup kami . Hidup kami tercungap2 jadinya. Macam kereta tua , sat rosak sini ,sat rosak di sana . Bawa pi ke pomen , dia kata nak kena cari barang dulu . Mungkin boleh dapat di kedai keling botoi . Lepas itu alighment pula rosak . Ada2 saja . Lantainya bocor sana sini , musim hujan habis basah .
Setiap tahun Ajalmi balik ke Malaysia , dan setiap kali dia balik Ajalmi akan menjengah ke rumahku . Macam2 cerita yang dia bawa dan macam2 cerita pula dia nak dengar dariku. Selalunya dia bertanya " siapa lagi kawan kita yang dah mati ". Aku beri tau dia yang aku pun dah mati . Ajalmi tersentak terkejut " Mati apa ? ". Aku jawab ," MATI PUCUK". Kami ketawa terbahak-bahak. Dan tahun depan bila dia balik ada cerita lain pula, itupun kalau umurku masih panjang .
|
|
|
sketsa
May 3, 2007 14:22:32 GMT 7
Post by pak itam chawan on May 3, 2007 14:22:32 GMT 7
Sketsa 17 : UBI KAYU
Khinzir cukup gemar ubi kayu . Sekarang susah benar nak tanam ubi kayu , kerana khinzir . Kecuali dibuat pagar zinc . Pagar chain-link tak akan menjamin ubi kayu selamat . Ubi kayu mudah ditanam , tapi oleh kerana khinzir , semua kerja jadi susah . Khinzir MENGGEGAR sekarang ni . Projek tanaman semula terbengkalai kalau tidakdi jaga dengan rapi . kampong melayu menjadi sasaran khinzir . Kelmarin aku hampir2 berlaga dengan khinzir melintasi jalanraya . khinzir betol.
Seorang kawan ku yang kami gelar 'ubi kayu' dah lama meninggal.Entah apa dia digelar sebegitu aku tak tahu , mungkin ada kaitan dengan ubi kayu . Itu sudah pasti . Kalau dia masih hidup susah dia dibuatnya . Lebih-lebih lagi kalau khinzir tau dia 'ubi kayu' .
Daun ubi kayu boleh dibuat ulam dan dimasak buat sayur dan buat gado-gado . Isinya sudah memang maklum , boleh di pelbagaikan menu . Tapi yang paling aku gemar ialah bengkang ubi kayu . Juga sedap dibuat lepat . Gulai lemak campur udang kering dan cili padi menggamitkan selera . Orang jawa minat membuat tapai . Satu lagi yang orang jarang2 buat ialah keropok ubi kayu . Baru-baru ni aku dapat membeli keropok ubi kayu semasa aku singgah di perhentian PLUS di Sungai Perak . Masa tu aku dalam perjalanan ke UPM Serdang . Habis ku beli di gerai jualannya . Dan habis ku makan bersama anak isteri di dalam kereta , walaupun perjalanan ku baru saja sampai dekat Rawang , Selangor .
Orang tua2 dulu sangat menyanjungi sifat ubi . Kata mereka diam2 ubi berisi .
|
|
|
sketsa
May 3, 2007 18:20:54 GMT 7
Post by pak itam chawan on May 3, 2007 18:20:54 GMT 7
Sketsa 18 : SAJAK
Dulu aku cukup meminati sajak . Sajak2 Inggeris banyak yang ku hafal . Sajak Joelius Ceasar tak lekang di mulut . Lepas tu meminati sajak2 Melayu ciptaan Usman Awang , jihati Abadi dan T. Alias Taib menggoda jiwaku. Ketiga2 mereka sudak kembali ke Rahmatullah. Jihati Abadi , yang nama sebenarnya Yahya Husin adalah kawan baik ku . Jihati Abadi banyak mendorong aku meminati kesusasteraan Melayu . Dah lama aku tak menukilkan sajak , kerana sekarang aku minat membuat sketsa2 hidup . Oleh kerana dah lama tak nukilkan sajak ,jejari ku macam kaku saja dan tak rancak nak menari lagi . Keseimbangan jari dan mental menjadi tak seimbang dan rona2 jiwa tak meronta2 bagaikan filter ilham tersumbat di sana sini . Aduuh sayangnya kerana tak terpupuk terus menerus supaya cetusan idea tak mengalir lesu . Kini ia sudah lesu selesu-lesunya . Alirannya sepi tak serancak dulu. Biarlah aku lakarkan sebuah sajak untuk diriku dan kepada semua kita yang masih hidup. Ku namainya ADA ORANG .
ADA ORANG (Di tuju khas utk manusia)
ada orang hidup , tapi sudah mati ada orang mati , tapi masih hidup kita masih hidup dan belum mati memangnya mati ada di sisi.
ada orang bila sudah mati hidup kembali memang prosedurnya begitu. ada orang di masa hidup sudah pun tidak bernyawa lagi.
ada orang dalam hidup menunggu mati dan ada orang lansung tak mau mati dan ada yang tak sedar diri
ada orang pompuan jadi lelaki yang lelaki nampak lebih seksi maka si laki benci pada bini utk mengejar sesama lelaki.
ada orang cinta berahi ada orang miang macam keladi mereka ditipu syaitan di sana-sini.
dimanakah dan kemanakah orang itu ?
Eh eh seronok juga mengasah kembali bakat menulis sajak . Seronok,seronok pun dah dekat waktu maghrib. Harap ku berenti saja di sini .........marilah kita solat , marilah kita menuju kejayaan.
|
|
|
sketsa
May 3, 2007 21:46:30 GMT 7
Post by pak itam chawan on May 3, 2007 21:46:30 GMT 7
Sketsa 19 : CUTI BURUH & WESAK
Untung pegawai2 jabatan awam dapat cuti 2 hari . Bagi aku cuti dah tak hidup dalam diri. Tak dak sapa nak beri cuti kat aku . Bila aku nak cuti aku cuti . Aku sendiri yang buat memo cuti . Tak payah ambil surat cuti sakit . Masa kerja pun begitu , tak payah pakai punch-card . Bila nak rehat , aku rehat . Tak ada waktu yang menetapkan masa nak rehat . Dan kalu rehat panjang pun boleh , nak rehat sekejap pun boleh. Aku sendiri menjadi boss , aku sendiri menjadi kulinya . Tak ada kenaikan pangkat dan tak ada kenaikan gaji . Tempat kerja pun tak tentu hala . Boleh kerja kat sana , boleh kerja kat sini , boleh dimana2 saja sesuka hati . Aku boleh tidor masa bekerja , aku boleh bersiul masa bekerja , aku boleh menyanyi lagu hindustan masa bekerja , tak sapa yang nak kacau aku . Tapi bila iman meningkat aku berzikir slow,slow . Kalau aku berzikir kuat2 nanti orang tangkap aku ke bakai polis . Lepas tu polis akan hantar ku masuk university of Tanjung Rambutan. Boleh buat degree free kat situ . Bila dapat degree of Tanjung Rambutan tak dak sapa pula nak beri jadi boss .
Aku pakai uniform jeneral masa bekerja . Baju tu di beri oleh anak penakan ku yang baru pencen setelah 20 tahun bekerja sebagai pegawai tentera darat . Aku galas sebatang kayu bila saja berjalan masuk hutan . Habis kera dan lutong melompat melarikan diri ke segenap pelusuk hutan . Ada yang terkecing ketakutan melihat seorang jeneral tentera dengan senjata moden yang boleh di tembak dengan bunyi mulut saja, pong,pong,pong . Peminat ku mengekori ku sepanjang masa . Mereka ialah perajurit2 bawahan ,berpangkat sarjan ke bawah. Tau tak siapa mereka tu ? Nyamuk dan pacat lah jawabnya.
Aku gembira dengan tugasku sekarang . Aku boleh bertugas sepenuh masa . Aku jadi sihat , kerana berpeluh sampai ke keting setiap hari . Makan ku juga berselera , kerana badan sihat . Ulam pucuk setang adalah kegemaranku . Aku makan sampai taik jadi hijau . Air kencing pun bau pahit berdengung . Aku harap boleh hidup seribu tahun lagi kalau sihat begini . Eh,eh tak payah lah , nanti aku nyanyok pula kalau hidup lama . Terserahlah pada Allah , semoga Allah ampunkan segala dosaku dan semua muslimin dan muslimat yang masih hidup2 dan yang sudah mati.....Astaqfirullahilazim.
|
|
|
sketsa
May 4, 2007 12:47:05 GMT 7
Post by pak itam chawan on May 4, 2007 12:47:05 GMT 7
Sketsa 20 : JUMA"AT
Juma'at ialah raja segala hari . Banyak barakah di dalamnya . Kepada sesiapa yang pandai , kesempatan pada hari Juma'at di susun dan dipenuhi dengan segala aktiviti keagamaan . Yang tak pandai dan kekadang tak tau lansung buat dek saja . Malangnya apabila di kalutkan dengan segala kemungkaran . Wa ia zubillah .
Hinggakan beruntung kepada orang Islam apabila mati pada hari Juma'at . Azab kubur di ringankan . Buatlah pengecam , seseorang yang mati pada hari Juma'at tu adalah beberapa kebaikan yang menantinya di akhirat . Tapi kalau bukan Islam ,mati hari apa pun sama saja . Jangan kata mati , hidupnya pun tak bermanfaat . Oleh itu gunakanlah sebaik2nya hidup ini supaya tak kerugian di akhirat . Hassanah di dunia , hassanah di akhirat . Kekawan ku yang baik2 banyak meninggal di hari Juma'at . Kebanyakan orang2 alim banyak meninggal pada hari isnin , itu keistemewaan pada mereka . Aku pun pernah diceritakan oleh guru ku begitu , tapi aku dah lupa keistemewaannya . Aku pasrah pada Allah bilakah hari matiku . Walau bagaimanapun biarlah aku mati dalam iman .
Kita manusia adalah makhluk yang paling unik dan cukup menarik hati . Tapi ada orang tak tertarik dengan manusia , mereka lebih tertarik pada binatang liar , tumbuh2an dan lain2nya , sehingga umurnya dihabiskan untuk tujuan itu saja . Biasa la makhluk tertarik pada makhluk lain , tapi jangan lah lupa kita manusia , hayatilah kemana manusia akan tuju di akhir usia nanti . Kata alim ulamak di dunia ini ada 18 ribu makhluk ciptaan Allah . Tapi manusia lah sebaik-baik makhluknya . Darjat kita melebihi darjat maklikat . Hanya manusia hidup dalam berkebuyaan . Manusia akan hidup terus hingga keakhirat . Di kurun akhirat hidup kita abadab-abada . Dua kali kita dalam keadaan mati dan dua kali kita dihidupkan. Benih kita di tulang sulbi Nabi Adam Alaisalam dalam keadaan mati . Kemudian kita dihidupkan ke dunia yang fana ini . Kita di matikan sekali lagi , selepas diberi masa tertentu hidup di dunia ini . Kemudian di dalam kubur kita dihidupkan kembali , untuk menerima balasan .Balasannya kalau baik di dunia,baiklah di akhirat. Mati sangat digeruni oleh manusia yang tidak mengenali hakikat mati . Tapi sebaliknya kita tidak khuatir dan tak gelisah apabila mati , sebab kita memahami peristiwa2 yang akan menyusul selepas mati. Kita dapat menteramkan hati akan apa2 yang mungkin terjadi . Amal makruf dan nahi mungkar yang kita jalani dalam hidup ini , menemani maut tanpa resah gelisah. . Kita cukup pasti dengan pembalasan di akhirat . Oleh itu kita selalu bersikap menentang kezaliman . kita tentang kezaliman dengan kuasa kita , dengan tangan kita dan paling tidak dengan lidah kita ,ataupun kita bencikan di dalam hati kita.
Buatlah baik maksima mungkin , buat jahat dijauhi , adakan sangka baik terhadap Allah . Dekatilah Al-quran dan Al-hadiths .
Doakan sukses di dunia/akhirat .....AMIN
|
|
|
sketsa
May 4, 2007 14:25:07 GMT 7
Post by pak itam chawan on May 4, 2007 14:25:07 GMT 7
Sketsa 21 : SANDIWARA
Zaman aku kecil2 dulu sandiwara cukup popular di kalangan rakyat . Bahkan masih ada menora dan makyong , juga bertaraf sandiwara . Orang tergila2 dengan sandiwara macam orang muda sekarang tergila2 dengan AF , sure-heboh dan kelpebagaian konsert . Dalam AF5 pun ada sandiwara didalamnya . Aznil bersandiwara sakan dengan Aswad yang yatim-piatu , sementara pelajar2 lainnya didatangi oleh ibu-bapa masing2 . Kelicikan Aznil mencuit sanubari hati penonton , majoriti berlinangan airmata . Para pengkritik menangis , hanya Hattan terlihat linangan airmatanya memenuhi kelopak mata . Para pengajar juga turut sama bersedih . Orang kita cukup terpengaruh dengan suasana sandiwara , lebih2 lagi filem hindustan . Tapi kalau kita tau itu satu lakonan kita tak mudah terpedaya dengan sandiwara . Kebelakangan ini parti2 politik juga sering menuduh parti lawan bersandiwara . Bila ada satu2 isu , wah itu sandiwara . Masing2 saling tuduh menuduhi . Mereka bersandiwara dalam sandiwara politik . Orang yang paham tak mudah melenting , tapi yang fanatik congek kesana-sini . Menambahkan keroh dalam masyarakat , lebih2 lagi masyarakat Melayu yang taraf pembacaan mereka cukup rendah kalau dibanding dengan bangsa2 lain . Majoriti masih di peringkat 0.0000001 . Bukan aku nak 'exaggerate' , dan bukan satu 'falsehood' . Ia kes benar. Kalau tidak macam mana surat khabar tulisan jawi boleh terkubur . Utusan Melayu mati sebelum Malaysia merayai tahun ke 50annya . Semuanya kerana gara-gara sandiwara politik . Kita sekarang bersandiwara melampaui batas . Kerana kemewahan dunia yang sedikit kita sudah lupai diri . Kalau kita miskin dan kalau kita mewah , kedua2nya akan membuat kita lupa diri . Kecuali orang2 yang bertaqwa . Orang yang bertaqwa pandai menghisap segala selok-belok laluan hidup . Mereka tak mudah terpedaya . Mereka tak mudah tertipu . Miskin memudahkan jadi pasik , kemewahan mudah menjerumuskan ke lubang dosa . Sila rojok Al-Quran (Q.S 56: 45 , 46 ) .
Apabila miskin , terbalik jadinya fungsi kesabaran . Apabila mewah , terbalik jadinya fungsi kekayaan . kita berlumba2 dan berkelahi sehingga tak ada penghujungnya . Maka lalai lah kita sehingga ke penghujung hayat . Sedar2 kita dah terbujur di liang lahat ........Ya marobuka ? GEMENTARRRRRR seluruh tubuh .
Oleh itu hentilah bersandiwara . Kalau minat juga bersandiwara , biarlah sandiwara itu temanya betul , motifnya jelas , mesejnya biarlah benar , dan pastikan para pelakonnya tak syo-syok sendiri.
WALLAHUAKLAM
|
|
|
sketsa
May 4, 2007 15:56:20 GMT 7
Post by pak itam chawan on May 4, 2007 15:56:20 GMT 7
Sketsa 22 : WHAT IS YOUR AGE ?
Usia ku dan mencecah 66 tahun , sudah pasti kalau anda terdiri kelompok aku , maknanya kita sudah cukup tua . Kita dipenghujung hayat , bila2 masa saja maut akan tiba . Tapi Alhamdulillah kita masih ada kesempatan membuat persediaan untuk mati . Walaupun kesempatan itu hanya sedikit untuk menyadari kita tentang maut dan apa yang terjadi sesudahnya , untuk melakukan kebaikan di bahagian hujung penghidupan kita . Kita ambil kesempatan itu sebelum ia menjelang tiba . Jadi sebelum ia datang masih tersedia kita luruskan yang mana bengkok dan membenarkan yang salah . Kalau kita sudah membuat kesilapan , bahkan ada membuat jahat , kita perbaikinya . Apakala tidak juga mungkin , kita minta maaf saja kiranya sesama manusia dan kita bertaubat kepada Allah.
Manakala kita kurang beribadat kepada Allah , wah masih ada lagi masa sedikit untuk berbuat begitu . Lipatkan ganda usaha kita . Bukankah dalam permainan pun di saat2 terakhir bisa saja dong menjaring gol kemenangan .
Mengikut kaedah di saat ini maut akan datang dengan tiba2 . Kekadang datang tanpa diduga . Jadi sebelum itu kita masih dapat memberi sedikt makna pada penghidupan yang sependek ini.
BERAPAKAH USIA SAUDARA PULA ?
Wah , baru masih dalam lingkongan 40 tahun . Saudara masih termasuk dalam kawasan mujur . Berada di tingkat kematangan hidup . Pada usia inilah Nabi saw dilantik Allah sebagai Rasul . Selama 23 tahun Nabi saw menterjemahkan realisasi hidup dan mati . Oleh itu bangunlah untuk mengisikan pembangunan untuk kehidupan dan kematian . Beruntunglah saudara kerana tenaga masih ada . Binalah kehidupan yang salam . Kerana dengan salam didunia , saudara dapat mengharapkan salam di akhirat . Tapi perlu juga ingat bahawa maut juga masih dekat dengan saudara . Buah durian juga luruh masa berputik lagi .
BERAPAKAH USIA SAUDARI ?
Aduuuh , cantiknya saudari , masih dalam umur 20an . Kalau begitu saudari berada di dalam usia kecermelangan . Para lelaki sudah tentu mudah tertarik pada saudari , seperti semut tertarik pada gula . Banyak saja pemuda mengerlingkan saudari bila berselisih jalan . Keayuan saudari adalah modal besar , ia dapat memberi untung yang besar dan juga boleh memberi kecelakaan yang besar pada saudari . Saudari akan merasa bangga dengan buah dada yang lebar dan punggung yang mengiorkan . Setiap lelaki akan terpesona . Satu masa nanti saudari akan berkawin , dan tak lama slepas itu akan beranak dan beranak . Kecantikan akan melangkah surut dan surut dan surut hingga memusnahkan kecantikan . saudari tak dapat mempertahankannya lagi , walaupun habis wang diguna membeli ubat, saudari tak mengiorkan lagi . Mungkin suami pun sudah mula miang dengan gadis muda yang lain . Ciri2 tua sudah mula menghampiri saudari . Akhirnya saudari kalah dan maut memusnahkan keseluruhan tubuh badan yang dipuja dan dipuji . Bila mati , tidak ada mayat yang molek . oleh itu dengan segera kaum kerabat akan uruskan pengkebumian . Selepas itu seluruh jasad yang dulu cantik dan seksi di makan oleh ulat dan cacing.
BERAPAKAH USIA KITA ? HISAB BAIK2 & BUATLAH PERSEDIAAN.
|
|
|
sketsa
May 4, 2007 23:28:18 GMT 7
Post by pak itam chawan on May 4, 2007 23:28:18 GMT 7
Sketsa 23 : LARI KELUAR RUMAH LARI MASUK RUMAH
Dah biasa orang berkata : dulu lain , sekarang lain . Masa berlalu setiap saat , dan setiap saat berlaku perubahan . Tidak ada yang statik . Semua berubah . Dari muda kepada tua . Dari kecil kepada besar . Dari wangi kepada busuk . Dari hidup kepada mati . Sebutkan saja dan apa2 saja ,walau di mana pun berada , semuanya berubah dan berubah dan berubah . Sejak dulu2 lagi perjalanan matahari dan seluruh cekarawala yang besar2 tak henti menjelajah di angkasa raya . Sokmo bergerak mengubah tempat ketempat yang lain , di masa yang lain .
Dulu di masa negara kita di jajah masyarakat kita hidup miskin dan melarat . Cara hidup kita cukup daif . Kita miskin bukan saja wang , bahkan kita miskin segala2nya . Minda kita juga miskin . Hidup kita tidak tersusun . Cara hidup kita berselekeh . Kita berak sana , berak sini . Seperti juga lembu/kerbau juga berak sana,berak sini . Tak ada peraturan dalam gerak laku kita . Cuma tak berak ditempat tidor . Itu saja yang membezakan kita dengan lembu/kerbau . Sedikit tinggi derajat kita dari kerbau/lembu . Jadi bila saja nak tunai hajat kita lari keluar rumah pergi ke tepi2 parit ataupun ke dalam semak . Di situ kita tunaikan hajat . Tidak ada tandas yang tetap .
Apabila dah merdeka kita dapat lihat perubahan dalam tatacara hidup kita . Rumah2 kita lebih teratur , kebersihan terjaga . Kita dah ada yang kayaraya . Tidak lagi selekeh macam dulu . Gaya hidup pun bersih . Anak2 kita tidak lagi buncit2 perutnya . Tidak lagi bercacing . Wah,wah dah pun pandai berak di tandas . Tandas pun cantik pembikinannya . Ada mosaik . Berwarna-warni pula . Dibubuh pula bau2an yang mahal pula harganya . Aduuuh , nyaman sekali , walaupun berada dalam tandas . Dan sekarang kalau kita berada di luar rumah dan rasa macam ada benda hidup nak keluar melalui lubang ajaib kita , terkemut2 lubang ajaib kita supaya ia tak pantas keluar . Lepas itu cepat2 kita lari masuk ke dalam rumah untuk tunaikan hajat .
Itulah bezanya dulu dan sekarang . Dulu kita lari keluar rumah untuk tunaikan hajat . Sekarang kita lari masuk dalam rumah untuk tunaikan hajat .
Banyak rumah ada tandas dalam rumah , tapi aku buat tandas dan bilik air asing di luar rumah . Aku masih berlari keluar rumah . Anda bagaimana ?
|
|
|
sketsa
May 5, 2007 10:11:53 GMT 7
Post by pak itam chawan on May 5, 2007 10:11:53 GMT 7
Sketsa 24 : MIMPI KEDAMAIAN
Setiap insan yang hidup di dunia ini selalunya mau hidup damai . Jarang kita jumpai manusia yang suka pada keganasan , sekaligus gembira bila ada ganas sana , ada ganas di sini . Tapi manusia jenis ini ujud . Sejak dulu hingga ke kini jenis ini tetap ujud . Malah apabila dunia dah maju kita dapat rasai keganasan ini menular begitu cepat sekali . Setiap hari ada saja berita keganasan , bermula dari keganasan rumahtangga hinggalah sampai ke peringkat global , sehingga sanggup berperang dan membunuh sesama manusia . Beribu -ribu yang tak berdosa termasuk kanak-kanak dan orang awam terkorban dan mati katak . Mereka sadis . Sifat sadis tidak ada kasihan belas dalam diri . Mereka gembira membuat keaniayaan . Bila buat naya kat orang mereka akan merasa puas , dan mereka akan merayakan kepuasan mereka . Sedih tak timbul dalam diri mereka . Sesal tak timbul dalam diri mereka . Tapi mereka gembira melihat keadaan kedamaian itu hilang sama sekali .
Sedih kekadangnya melihat isteri yang dulu mereka sayangi di belasah sehingga hilang akal . Anak2 kecil pula di dera seolah2 mereka tidak ada perasaan . Seolah2 ...seolah...seolah , entah tak tau apa yang nak ku tuliskan di sini . Manusia yang telah hilang kemanusiaannya . Binatang pun ada belas kasihan . Kebinatangan menguasai kemanusiaan .
Manusia perlu pandai mengawal pemikiran dan kehendak diri . Pemikiran harus optimistik . Begitu juga kehendak harus optimistik . Janakan kedua2nya sepositif mungkin . Alirkan kedua2nya melalui sungai2 surga . Andainya tidak ia akan hanyut dalam sungai api neraka.....Nauzubillah .
Setiap hari ku impikan kedamaian , kerana ku tahu tidak ada MATI di akhirat .
|
|
|
sketsa
May 5, 2007 14:13:55 GMT 7
Post by pak itam chawan on May 5, 2007 14:13:55 GMT 7
|
|
|
sketsa
May 6, 2007 8:34:45 GMT 7
Post by pak itam chawan on May 6, 2007 8:34:45 GMT 7
Sketsa 26 : CARING , LOVING & Dunia bukan saja dah tua , tapi dah berusang . Sebagai panggung bersandiwara , segala alat perkakasnya dah diserang oleh pelbagaian kerosakan . Tiangnya sudah tentu diserang anai-anai dan menunggu masa saja untuk tersungkur runtuh . Sekaligus semua akan berkecai . Teringat aku kat lagu nyanyian R.Azmi . Liriknya berbunyi begini lebih -kurang : Dunia sekarang sudah terbalik , pemudi berbaju jarang , pemuda berbaju batik . Jadi di tahun 50an pun sudah terbalik , apa halnya dunia sekarang ini ? 2007 , dunia tanpa sempadan . Teknologi pun sangat tinggi . Handset ada dalam setiap kocek . Boleh berinteraksi dengan sesapa saja . Boleh bermesej dalam sekelip mata saja . Dulu terpaksa menulis surat , dipos , dan seminggu lebih baru sampai ke tangan penerima . Dan jawapannya tunggu pula minggu depan atau seterusnya. Semuanya bergerak perlahan . Sekarang serba-cepat . Ada motorsikal , boleh kesana kesini dengan mudah . Dulu jangankan bermotor , berbasikal pun jarang2 yang ada . Majoriti berkaki-dua . Kenderaan penuh jalanraya , dulu tunggu 3 jam belum ada lagi kenderaan yang lalu . Kekadang lengang sepanjang hari. Tak payah pihak polis buat ops-sikap , tak dak speed-trap , tak dak saman menyaman . Tak dak kematian di jalanraya beratus2 orang dalam sehari . Dengan teknologi yang semakin canggih , manusia moden juga turut canggih . Yang muda2 berasmara dengan mengunakan hujung-jari saja . Masing2 caring , masing2 loving , kemudiannya berwrestling . Masyaallah . Bila dah terlanjur anak dibuang saja di tangga2 surau dan mesjid supaya mudah di kutip orang . Yang dahsyat lagi dibuang sebai sampah untuk digonggong oleh anjing2 liar . Astaqfirullah ........nauzubillah. Dulu ada juga pemuda2 yang nakal , tapi taklah sehebat kini . Meragut tas2 tangan bukan saja di tempat yang sulit , tapi di depan kelayak ramai . Merempit menjadi kegilaan terbaru . ......aduuuuh,aduuuh hebatnya mereka . Boleh buat pertunjukan khas untuk mengutip dana untuk rumah2 PPRT . Dulu pemudi bertudung kemas , sekurang2nya berpakaian baju kurung . Pakaian mereka taklah ketat dan taklah singkat . ....tapi kini aduuh-aduuh seksinya mereka . Ketatnya , boleh nampak bentuk buah-dada dan punggung mereka . Berulas-ulas nampaknya , menonjol-nonjol . Mata lelaki pun terbeliak luas . Cuma iman yang tinggi dapat menangkis jolokan sinar2 iblis ke mata mereka . Ada pula yang pakai yang singkat , wah wah boleh nampak ke pangkal paha , oh mak aku dah nak kawin . Tak upaya aku nak kontrol nafsuku . Benda ku hidup mak , benda ku hidup mak . Aku bimbang hidup di zaman maju , aku bimbang pada cucu ku . Kerana bila lebih maju , lebihlah dugaannya , lebihlah hebatnya masyarakat , masyarakat akan puja madiyyah . masyarakat akan hanyut dalam kelazatan dunia , hilang nikmat akhirat . Ke mana akan ku pergi . Di sini tak sesuai lagi . Aku tak di ajar meminta mati . Halangilah segala mungkar , halangi segala trajedi ngeri . Ikut suruhan nabi : Kerkahlah dengan geraham , jangan tinggal sekali-kali dua benda ini , sunnahku dan Al-quran . BEKERJALAH SEOLAH KAMU AKAN HIDUP SERIBU TAHUN LAGI , BERAMALLAH SEOLAH KAMU AKAN MATI DI BESOK PAGI .
|
|
|
sketsa
May 6, 2007 22:45:05 GMT 7
Post by pak itam chawan on May 6, 2007 22:45:05 GMT 7
Sketsa 27 : BUKAN SENANG NAK FAHAM
Dalam kekalutan suasana kita tak dak masa nak ambil tahu tentang sesuatu . Dunia tanpa sempadan membuat kita lebih bangang kalau kita tak kejarkan masa untuk mempelajari benda2 baru . Kalau tidak faham2lah saja .
Walaupun begitu benda2 lama pun kita belum paham lagi . Konsep benda tak semua kita paham , konsep keilmuan banyak lagi tak paham . Konsep ketuhanan banyak yang tak paham . Bahkan konsep2 kata2 hikmat dan bidalan2 juga serupa . Sebutkan saja , banyak yang kita tak paham .
Kerana tak memahami konsep2 dalam hidup jadikan kita tak mampu melawan nafsu dalam diri . Kita tak kalut sangat kerana negeri kita tak dalam suasana perang , kita tak kebuluran , kita tak diserang oleh bencana alam , bencana gunung berapi . Tapi tak ada kepahaman hidup , kebodohan memamah segala sistem hidup . Sistem hidup jadi bercelaru . Beribu wajah tersumbat di penjara , di pusat2 serenti . Menjadi mendung sepanjang zaman . Belum menerima lagi titik-titik hujan untuk membasuh suci segala kekotoran yang bergelumang dalam masyarakat .
Entah bila , kita belum paham , bukan senang nak paham . Kejahilan adalah racun dalam kehidupan .
|
|
|
sketsa
May 7, 2007 9:39:23 GMT 7
Post by pak itam chawan on May 7, 2007 9:39:23 GMT 7
Sketsa 28 : MALAS , MALAS , MALAS
Entah mengapa hari ni aku dalam suasana kemalasan . Aku jadi begitu malas nak mengetik sketsa yang ku buat ini . Biasanya jejariku menjadi rajin bila berdepan dengan komputer ku . Aku pun tak tau apa sebabnya . Semalam aku bangun 5 pagi , katanya nak menulis sesuatu . Tapi tiba2 saja aku rasa macam ada benda hidup dalam perut ku , melonjak2 tak tentu pasal . Aku bukan sedang mengandung kerana aku bukan pompuan . Aku seorang lelaki pekasa . Aku jadi pekasa kerana aku ikut petua2 orang dulu2 . Kena kuat dan rajin langkah bendul . Selagi kita kuat melangkah bendul selagi itulah kita jadi pekasa .
Perut ku tak memberi peluang pada ku menulis sesuatu . Aku berlari ke tandas . Aku bersemanyam didalam tandas untuk meredakan kesenakan dalaman . Lubang ajaib ku mengemut2 melepaskan seketul demi seketul . Semalam aku terlampau kekenyangan . Anak2 ku pulang membawa bermacam juadah unutk ku . Aku sebenarnya bukan suka sangat makan banyak2 . Tapi untuk mengambil hati anak2 ku , aku suap apa saja yang disajikan . Anak2 ku gembira melihat begitu lahapnya aku memakan . Aku berselera kerana cucu2 ku berada di sekeliling ku . Kami makan bersama , aku suap depa , depa suap ku . Ku telan dan telan apa saja mereka yang mereka tonyoh masuk ke dalam mulut ku . Ku telan tak henti2 sehingga perut membuncit .
Hari ni ku terpaksa berehat macam ular sawa selepas menelan seekor anak kambing . Melengkor di atas tilam empuk yang disediakan isteri kesayangan ku . Kekadang cucu2 yang kecil datang merebahkan diri di pihak kiri dan kanan .
aduuuuhh....aduuuuhh....malasnya .
|
|
|
sketsa
May 7, 2007 11:19:06 GMT 7
Post by Dato Wan on May 7, 2007 11:19:06 GMT 7
Kebanyakan kawankawan sudah bersara;tetapi aku kini maseh ligat berkhidmat untuk bangsa dan negara.Kebanyakan mereka berpuas hati diatas kerjaya sebagai pendidik sahaja,tretapi aku mahu mencapai kejayaan yang lebih,lalu aku masuk universiti sehingga belajar di luar negara mencari ilmu.Sememanglah untuk mendapat apa yang dihajati itu aku perlu mengalami berbagai kepahitan hidup.Semasa aku belajar di Canada dahulu.wang biasiswa tidak cukup kerana aku sudah mempunyai tiga orang anak;jadi aku terpaksalah baut kerja,antaranya mengutip dam menjuak botol di negeri Mat Saleh itu.Kini umur ku sudah. melebihi enam puluh dan maseh lagi bertenaga.Aku mahu menasihati kawan-kawan janganlah berfikir hendak mati,tetapi selalulah berkat kepada diri sendiri dan mohon kepada ALLAH SAW untuk hidup selama seribu tahun;supaya lebih banyak bakti dapat kita curahkan kepada ugama,bangsa dan negara.
|
|