|
sketsa
May 7, 2007 14:33:34 GMT 7
Post by pak itam chawan on May 7, 2007 14:33:34 GMT 7
Sketsa 29 : TAKBIR !!!
Sedang ku menulis tak semena2 terdengar bunyi "TAKBIR" di luar rumah . Selalunya orang memberi salam . Aku dah mensyaki tentu kawan lama aku . Aku perhati dan perhati , langsung tak dapat mengenalinya . Wah , bila dah lama begitu pula jadinya . Mengambil masa untuk mendapat jawapan . Masih tak dapat mengenal . Jadi aku buat semesra2nya supaya tak mau dia sangka buruk pada ku . Kerana pernah terjadi sekali dulu .
Aku tak kenal kawanku yang hampir 50 tahun tak berjumpa . Dia datang kerumah sebegini juga . Aku memikir,memikir tapi langsung juga tak kenal . Macammana nak kenal dah berpisah 50 tahun dulu . Akhirnya dia berkata ," Kalau dia tak kenal, jom kita balik ." Dia mengajak drebernya membawa dia pulang . Aku jadi serba salah ,tapi Allah sayang pada ku . Aku secara tak sedar menjerit " Oii , Chat Gila " . Aku pun tak tau bagaimana terjadi begitu . Dia ketawa terbahak2 , begitu juga drebernya yang aku pasti belum memahami apa maksudnya . Memang dari sekolah dulu kami panggil dia chat gila . Dulu Cat Gila dah pernah jadi loyar dan sekarang dah dapat gelaraan Datuk . Lepas tu berbual dan berbual . habis makan minum ,habis minum makan . Lepas satu nostalgia timbulkan pula nostalgia lain.
Kali ni pun aku takut jadi seperti di atas juga . Sampai sut pun tak kenal ,dan Allah pun tak membantu aku . Aduuuh , memang benar dia bukan kawan lama aku . Lama aku bercakap2 kut2 ada peluang boleh kenal dia . Rupa2nya seorang penjual karpet . Aduuuh , berpeluhnya jadinya aku . Aku bimbang bila mengjengok kepintu kubur , malaikat tak mengenali aku . Peristiwa itu sudah tentu memberikan aku pengajaran ," Ada udang di sebalik batu " .
|
|
|
sketsa
May 7, 2007 20:31:05 GMT 7
Post by pak itam chawan on May 7, 2007 20:31:05 GMT 7
Sketsa 30 : DULU.........DULU , DULU
Dulu-dulu adalah masa yang telah berlalu . Kepergiannya juga jauh dan semakin jauh . Jarak masa bertambah setiap detik . Lagi dulu , lagi lama . Yang dulu pergi dan tak akan kembali . Tak usah bercakap banyak sangat pasal dahulu kerana dahulu tak dapat di cakau kembali . selagi masa berlari dia akan pergi , pergi , dan pergi . Tak payah nak kesalkan yang dulu , jangan terlalu gembira pasal dulu , kerana gembiranya juga dah berlalu . Yang dulu tetap akan pergi , pergi . Ya ! ia tetap akan pergi dan tak akan kemari .
Siapa yang menyanyi lagu " Terkenang Di masa Dulu" ? Oleh kerana telah berlalu , aku dah tak ingat lagi . Tak ingat bukan kerana aku dah tua , tapi benda tu dah berlalu terlalu jauh dan jauh . Magnet minda ku dah tak dapat menarik , bukan kerana minda dah lemah , tapi ia berlari keluar dari "magnetic field".
Betul tak kalau aku kata R.Azmi yang menyanyi lagu tersebut ?
Terkenang di masa dulu , Hatiku merasa rindu .............memang orang tua suka bernostalgik.
|
|
|
sketsa
May 8, 2007 7:31:29 GMT 7
Post by pak itam chawan on May 8, 2007 7:31:29 GMT 7
|
|
|
sketsa
May 8, 2007 9:34:30 GMT 7
Post by pak itam chawan on May 8, 2007 9:34:30 GMT 7
Sketsa 32 : LAMA TAK JUMPA ?
Tadi pergi ke pasar minggu . Di tempat aku di panggil Pekan Selasa . Pasar ini sangat bersejarah . Ia telah ujud sejak sebelum merdeka . Tapi lokasinya dah di pindah kebanyak tempat . Sekarang lokasinya dekat dengan traffic-light . Satu2nya traffic-light di daerah aku , satu daerah yang lebih besar dari negeri Perlis Indra Kayangan , yang sekarang dah jadi Darul-sunnah . Yang leceh sikit dengan pekan selasa ni ialah kebersihan . Langsung tak dijaga . Kadang-kadang busuk menikam terus ke lubang hidung . Lubang hidung aku yang dah usang pun , yang sama luas dengan lubang hidup Mat Nisfu , dapat menangkap bauan yang tak disenangi . Pegawai2 majlis tempatan bukan tak tau , tapi tak prihatin . Sikap orang kita kebelakangan ni aku pun tak paham . Bukan itu saja bau lori2 pengangkut sampah pun berbau hangit . Bila berselisih dengannya , hidung mesti di selindungi . Kalau tidak ropong kalau dibiarkan . Tu baru merdeka 50 tahun , dah nampak relai nadsu dan sikap kemerdekaan . Zaman penjajah dulu , masa aku bersekolah dan selepas tu bekerja , kecintaan pada negara cukup tinggi . Berjuang untuk merdeka mati-matian . Aduuh,aduuuh sedih sungguh .
Aku tak mau berleter panjang . Aku nak cerita balik pasai pekan selasa tadi . Banyak aku bertemu kekawan lama . Masing2 bertegur-sapa . Ayat lazim yang terkeluar ialah 'lama tak jumpa ? '. Ya lah bila dah tua ni , banyak masa dihabiskan di rumah . Buat kerja sendiri2 . Aku agak paling beruntung kerana dapat menambah ilmu melalui komputer ku . Selain menulis aku banyak membaca , banyak perkara2 baru dapat ku ketahui . Disamping tu boleh online TV seluruh dunia . Boleh membaca suratkhabar seluruh dunia . Berita sampai kepada ku lebih pantas . Boleh emel pada kawan2 dengan lebih pantas dan termurah . Emel Ajalmi di London sokmo2 . Aku berinteraksi dengan Tok Kaseng pun dengan emel . Guna telepon kena duit . Guna komputer menjimatkan .
Kekawan yang ku jumpa di pekan selesa dah senget2 semuanya . Aku pun dah sengat sikit , kerana penyakit arthritis aku . Tapi masih bisa jelajah sana-sini . Apa nak hiraukan , the world is ours .
Make sure that life after death is also ours . Free as the birds can fly . BORN FREE.
|
|
|
sketsa
May 8, 2007 14:46:25 GMT 7
Post by Dato Wan on May 8, 2007 14:46:25 GMT 7
Sebenarnya hidup di dunia ini adalah bertujuan membuat persiapan untuk mati.Jika kita gtidak mati,kita tidak boleh hidup kembali selama-lamanya.Persiapan untuk mati bukanlah menyediakan kain kapan dan wang ringgit untuk dibelanjakan semasa kita dikebumikan atau untuk membuat kenduri arwah;tetapi mencari jalan untuk pulang kepada NYA.Banyak orang tidak tahu mencari jalan kembali kepada Allah SAW dan banyak juga yang mendapat dan mereka lalui jalan yang membawa mereka menyimpang jaug dari Allah SAW.Jalan itu ialah jalan syaitan dan begitu banyak sekali jalan-jalan yang disediakian oleh syaitan yang nampak cantik dan indah tetapi sebenarnya jalan-jalan itu adalah palsu semuanya.Oleh itu marilah kita mencari jalan yang betul untuk kembali kepada NYA.
|
|
|
sketsa
May 8, 2007 16:50:47 GMT 7
Post by Dato Wan on May 8, 2007 16:50:47 GMT 7
Hari ini,8hb.Mei 2007,kami di Parlimen Malaysia berbahas pindaan Akta Belia Negara.Dalam pindaan akta ini had umur seseorang pemimpin persatuan belia ialah 40 tahun.Ada yang bersetuju dan ada juga yang tidak bersetuju dengan cadangan ini.Berbagai hujah dikemukan untuk menegakkan hujah-hujah kami.Ada seorang rakan Ahli Parlimen mengelar mereka yang sudah berumur yang masih mahu memimpin persatuan-persatuan belia sebagai pemimpin belia purba.Ada yang berhujah bahawa umur itu bukanlah pengukur;terdapat mereka yang berumur muda tetapi berfikiran tua dan ada yang sudah agak berumur tetapi maseh berfikiran muda serta masih mempunyai daya tenaga muda.Ada juga yang berhujah bahawa Rasullallah berumur 40 tahun semasa diangkat Allah SAW menjadi Rasul.Walau apa jua hujah yang dikeluarkan,had umur pemimpin belia ditetapkan pada umur 40 tahun secara teknikal.Bagi rakan-rakan yang sudah berumur tu,sekiranya berfikiran muda tentulah badan juga berasa muda seperti aku ni.Tetapi ingatlah kita tidak boleh menetukan hayat kita dan hanya Allah SAW sahajalah yang menentu hayat kita.Oleh itu kita hendaklah bersedia untuk mati pada bila-bila masa;tetapi hidup perlu diteruskan dengan penuh makna dan bernilai tinggi.Setiap saat hidup ini perlulah ditambah nilai ,samaada mencari kekayaan harta benda dan kekayaan ketakwaan.Terlalu ramai orang miskin kedua-dua perkara ini.Oleh yang demikian bekal untuk mati dan hidup semula amat sedikit sekali.Kesimpulannya ialah hidup mereka pun susah,mati pun susah dan untuk hiduo kembali pun susah.Semuanya susah dan juga menyusahkan orang-orang lain juga.
|
|
|
sketsa
May 8, 2007 17:22:36 GMT 7
Post by Dato Wan on May 8, 2007 17:22:36 GMT 7
Bangsa kita amat kaya dengan kesusahan.Susah hendak bercucuk tanam kerana takutkan khinzir,susah nak belajar kerana sudah tua,susah hendak berniada kerana tiada modal,susah hendak menyara anak belajar kerana tak mampu dan berbagai lagi susah-susah.Semuanya susah dan ada orang yang mempunyai banyak wang pun juga susah kerana takut kena bayar cukai dan mengeluar zakat.Orang yang senang ialah orang yang susah,kerana tidak perlu bayar cukai dan zakat,tidak perlu ada kereta untuk bayar cukai jalan dan tidak perlu mengambil insuran nyawa yang akan menjadi rebutan anak-anak apabila mati.Orang kaya senang menjadi susah tetapi orang susah amat susah menjadi orang senang.Dalam lain perkataan adalah senang nak jadi susah tetapi susah nak jadi senang.Susah dan senang bukanlah perkara biasa,tetapi ramai orang sudah biasa dengan kesusahan dan tidak mahu berusaha menjadi senang,kerana amat susah bagi mereka mahu menjadi senang.Orang senang pula amat mudah menjadi susah jika mereka tidak takut kepada susah.Orang yang berani dengan susah ialah orang susah.0leh yang demikian jika kita tskut susah,pasti kita tidak akan susah.Bukanlah susah jika nak menghuraikan susah.Adalah susah jika kita selalu nak duduk senang dan hidup kita akan menjadi senang jika kita sanggup bersusah payah.
|
|
|
sketsa
May 8, 2007 22:50:57 GMT 7
Post by pak itam chawan on May 8, 2007 22:50:57 GMT 7
|
|
|
sketsa
May 9, 2007 11:45:58 GMT 7
Post by Dato Wan on May 9, 2007 11:45:58 GMT 7
Sebenarnya senang sahaja nak jadi orang susah,berjumpalah dengan Yang Berhormat dan beritahu tentang kesusahan.YB dengan senang sekali akan cuba menyelesai kesusahan itu.Tidak perlu meminta sedekah di kaki-kaki lima di Kuala Lumpur.Berjumpa sahajalah dengan YB dan dengan senangnya akan menghulur.Rakyat yang susah senang berjumpa dengan wakil rakyat yang susah dan rakyat yang senang pula senang berjumpa dengan wakil rakyat yang senang.Kebanyakan wakil rakyat adalah susah,tetapi mereka senang berjumpa.Mereka yang susah berjumpa pula senang dijemput ke majlis yang diberinya sumbangana .Adalah susah nak jadi YB,susah juga nak menang jika tidak mahu bersusah payah,khususnya dengan rakyat yang susah.Rakyat yang senang pula susah nak diyakinkan kerana mereka tidak susah.Mereka yang senang ini selalunya menyusahkankerana apa yang mereka utamakan ialah kesenangan peribadi.Seseorang YB itu adalah susah hendak berhenti walaupun mereka itu susah,kerana ramai yang mengharapkan rezeki datang tergolek agar mereka menjadi senang.Senang sahaja nak kalah dalam pilihanraya;jangan bantu orang yang senang,pasti mereka senang berkempen menentang kita.Bagi orang yang susah pula mereka tidak senang menentang;malah senang mengikut sahaja.Mereka susah mempengaruhi orang yang senang,tetapi mereka senang mengikuti orang yang senang.
|
|
|
sketsa
May 9, 2007 14:16:19 GMT 7
Post by Dato Wan on May 9, 2007 14:16:19 GMT 7
Sekarang ini di kawasan kita adalah begitu senang mencari wang.Harga getah sekerap,harga buah pinang dan kopi adalah tinggi.Semuaorang sudah memiliki motosikal.malah kereta second hand dijual di meratakampong.Orang susah pun sudah senang membeli kenderaan-kenderaan tersebut;tetapi amat susah membayar cukai jalan .Kebanyakan motosikal tidak mempunyai insuran dan kereta tidak mempunyai cukai jalan.Kesemuanya menyusahkan pihak polis.Hendak mengambil tindakan pun susah dan tidak mengambil tindakan juga susah.Apa yang senangnya biarkanlah mereka sedemikian;tetapi ini akan menyusah orang lain pula.Apa susah pula,pergi berjumpa YB minta dia bayar,jika tidak jangan undi dia.Senang sahaja jalan penyelesaiannya.Kerana senang dapat wang,air daun tekum pun senang diperolehi.Jika susah sangat mendapat bekalan air daun ketum,senang sahaja mencari bahan alternatif;apabila lembu berak cepat-cepat hidukan tahi lembu,pasti boleh menghilang gian daun ketum.Sekarang ini daun ketumsusah diperolehi di kawasan ini,tetapi ada orang yang bersusah payah membawanya dari luar daerah ini,kerana di sana llebih senang memperolehinya.Ramai orang yang dahulunya susah kini sudah senang kerana mendapat banyak wang dari penjualan air tekum.Sebenarnya pokok ketum senang di tanam dan senang diproses.tetapi kini susah hendak diedarkan kerana pihak RELA sedang bersusah payah berjaga malam membentras aktiviti jenayah.Kini air daun ketum susah diperolehi,tetapi harganya sudah meningkat naik dan penjual-penjual ramai yang sudah menjadi senang.Namun demikian mereka amat susah kini menjalankan aktiviti penjualan air tersebut.Sungguh senang mengurangkan aktiviti ini,tetapi amat susah membuang tabiat buruk anak-anak muda kini.Mereka senang melakukanbagai jenayah tetapi amat susah membuang tabiat buruk itu.
|
|
|
sketsa
May 10, 2007 10:01:11 GMT 7
Post by pak itam chawan on May 10, 2007 10:01:11 GMT 7
Sketsa 34 : SUSAH/SENANG DAN WAKIL RAKYAT
Sumpah aku tak sanggup jadi wakil rakyat . Dari dulu lagi tak berapa berminat politik . Tension cukup tinggi . Calang2 orang boleh jadi biul .Orang macam aku la . Orang yang ketahanan minda tu mantap tak jadi masaalah . Dia boleh bertahan walaupun diserang bertubi2 kiri-kanan-depan-belakang-atas-bawah-siang-malam-pagi-petang-musim kemarau-musim hujan . 24 jam sehari macam tak cukup masa , kalau boleh ditambah jadi 48 jam ,jadi 72 jam sehari pun mungkin tak mencukupi masa lagi , kerana banyaknya masaalah masyarakat . Tak sudah2 , lepas satu , satu yang lain pula timbul . Masa berkhidmat sepenggal 5 tahun tak dan nak buat sesuatu . Kekadang halangan dari sesama separti pun boleh menyekat hasrat membuat sesuatu . Sesama parti lawan tu matelah lah .
Nak jaga hati pengundi pun bukan senang macam ABC . 2 orang manusia pun dah mempunyai berbagai perbezaan , ni kan pula berpuluh ribu orang pengundi . Pengundi pula ada yang jenis kopiah hitam , ada yang jenis kopiah putih , ada yang tak berkopiah , ada jenis kepala botak , ada jenis rambut putih , ada jenis rambut hitam , ada jenis rambut kerinting . Dan kepala juga berbeza . Ada jenis kepala bulat dan ada juga jenis kepala boyot. Bila terlintas perkataan boyot , aku teringat kat kawan lama ku . Aku panggil dia Sebi boyot . Pintar orangnya . Aku masih ingat kat dia , kerana aku dan dia adalah orang pertama mengambil subject Additioal maths di peperiksaan senior cambridge . Kami belajar cara persendirian , kerana masa tu takdak guru yang dapat mengajar. Kami dicabar oleh guru2 . Mengada2 kata mereka . Kalau lulus nak belanja ais kacang . Dulu ais kacang cukup TOP . Sebi dapat distinction, aku cuma lulus saja . Tapi kami cukup puas . Sampai hari ni yang nak belanja ais kacang belum lagi tunai janji . Janji tinggal janji . Dan mereka pun mungkin dah mati . Aku maafkan mereka .
Balik ke perkara asalnya . Pasal susah/senang dan wakil rakyat . Dalam parti pun ada puak2 tertentu . cantas mencatas tu perkara biasa . Ada yang gugur , tapi bangun semula . Ada yang gugur , gugur terus . Turun-naik dah jadi mainan . Dato' kita pun pernah dijatuhkan , tapi dia bangun semula . Nak bangun semula pun bukan senang , banyak pancaroba nya , banyak ranjau2nya , banyak duri dan onak . Kekadang lepas satu , mai dua . Mai tiga pun ada . Kemungkinan ada di mana2 , dan kemungkinan ada bila2 masa saja . Biarlah kita cari kebahagiaan diatas titik peluh sendiri , dan janganlah cari kebahagian diatas susah-payah orang lain .
Perjalanan hidup kita belum selesai , dan kita akan berjalan dan berjalan tak habis2nya . Kerana di akhirat nanti banyak lagi liku2 yang perlu kita lintasi , cerun2 yang mesti di turuni dan gunung-ganang yang perlu di jejaki .
BERBAIK SESAMA MAKHLUK , SESAMA MANUSIA DAN DENGAN ALLAH.
|
|
|
sketsa
May 10, 2007 10:08:14 GMT 7
Post by Dato Wan on May 10, 2007 10:08:14 GMT 7
Terdapat sebuah kampong di kawasan ini yang bernama Kampong Sungai Senang.Kampong ini adalah sebuah perkampongan tersusun yang dimajukan oleh kerajaan untuk menempatkan orang-orang yang susah agar mereka dapat hidup senang.Nama asal kampong ini ialah Sungai Senam,mengambil nama dari sejenis pokok yang tumbuh di sini yang digunakan kulitnya untuk mewarna mengkuang.Apabila bekas Timbalan Perdana Menteri,merangkap Menteri Pembangunan Luar Bandar Tun Ghafar Baba meresmikan projek di kampong,beliau tersalah menyebut nama kampong ini.Setelah saya memberitahu beliau bahawa nama kampong bukanlah Sungai Senang,tetapi Sungai Senam.Beliau secara selamba berkata bahawa memanglag dia sedar,tetapi adalah menjadi harapannya agar rakyat di kampong ini akan menjadi senang.Kampong Sungai Senam dengan itu secara resminya bertukar menjadi Kampong Sungai Senang.Walaupun bernama sungai,kampong ini terletak di atas bukit dan tidak ada sungai di situ,malah bekalan air amat bermasalah sekali.Penduduk di kampong ini senang mendapat wang tambahan kerana mereka dengan senang sekali dapat mencuri getah sekerap FELCRA.Hendak masuk ke dalam kebun getah FELCRA bukanlah susah kerana banyak jalan pertranian dibina untuk mereka senang membawa keluar hasil pertanian.Anak-anak muda pula senang mendapat wang tambahan dengan senang sahaja menjual pam dan paip air yang dicuri mereka.Pihak kerajaan pula dengan senang sekali menganti dengan pam dan paip-paip yang baru,Walaupun di kaki bukit air senang diperolehi dari mataair yang banyak terdapt di situ.Namun mereka lebih senang meminta bantuan air JKR .Pihak JKR pula dengan senang sekali menghantar air ke situ dengan lori walaupun lori-lori yang membawa air amat susah membawa air naik ke atas bukit kawasan perumahyan mereka.Walaupun mereka hidup susah tetapi senang memperolehi berbagai hiburan.Di antaranya ialah mereka senang sekali mengendap dicelah-celah dinding yang papan dinding sudah renggang.Sebenarnya dinding ini senang diperbaiki,tetapi mereka tidak berbuat sedemikian kerana mahu menunjukkan mereka masih lagi susah dan jika mengadu kepada kerajaan dengan senang sekali mereka diberi bantuan.Senangnya kerajaan memberi bantuan menyebabkan ramai rakyat yang mahu terus hidup sebagai orang susah.Amatlah susah bagi kami wakil-wakil rakyat menyelesaikan masalah ini.Jiika diberi subsidi,mereka mahu lagi dan untuk itu mereka pura-pura hidup susah.Jika tidak diberi mereka akan terus hidup susah.Semua orang akan mengaku susah jika ditanya dan jika dikata senang takut-takut pula susahmendapat bantuan.
|
|
|
sketsa
May 10, 2007 11:25:24 GMT 7
Post by pak itam chawan on May 10, 2007 11:25:24 GMT 7
Sketsa 35 : KENALI MANUSIA Saya banyak mengenali manusia melalui bacaan Hadis2 Nabi saw . Saya 100% mempercayai nya , kerana ia datang dari Nabi saw . Apa yang Nabi saw sabdakan adalah perfect . Sebagai seorang muslim kita tak boleh pertikaikan . Kita tanya orang cerdik-pandai dalam ilmu hadis supaya kefahaman kita tak buntu . Saya ingin perturunkan sebuah Hadis Qudsi . Memahaminya dapat menolong diri kita dan dapat mentafsir dasar2 hidup sebenarnya . Saya cuma boleh perturunkan maksud hadis tersebut . Dan tak berani mentafsirnya kerana saya bukan ahli dalam ilmu hadis . Sila hayati dengan hati yang suci dan jangan cuba mempertikainya kerana ia sangat bahaya . " Hairan melihat orang yang kenal akan mati , tapi masih boleh berseronok-seronok. " Hairan melihat orang yang paham begitu dahsyatnya hisab di akhirat , tapi masih ghairah menghimpun harta . "Hairan pada orang yang kenal begitu siksanya kubur , tapi masih boleh bergelak-ketawa. "Hairan melihat orang yang kenal adanya akhirat , tapi masih boleh bersenang-lenang di dunia. "Hairan melihat orang yang kenal dunia akan hancur pada hari kiamat , tapi masih boleh rasa tenang pada dunia ( comfort zone ) . "Hairan melihat orang yang alim dan pandai bercakap , disanjung oleh ramai orang , tapi masih jahil di hati. "Hairan melihat orang yang sibuk tentang diri orang lain , tapi lupa pada diri sendiri . "Hairan melihat orang yang tahu bahawa Allah melihatnya dimana-mana saja , tapi sanggup derhaka padaNya. "Hairan melihat orang tahu mati seorang diri , tapi masih berjinak2 dengan manusia . Kupasan oleh yang pintar ilmu hadis cukup menarik . POHON ALLAH KEKALKAN KEHAMBAAN KITA........AMIN
|
|
|
sketsa
May 10, 2007 14:32:06 GMT 7
Post by Dato Wan on May 10, 2007 14:32:06 GMT 7
Bagi orang orang beriaman dan dekat dengan Allah SAW senang memahami hadith di atas,tetapi bagi mereka yang tidak bereiman tentu susah memahaminya.Untuk memahami hadith tersebut kita perlulah bersusah payah sedikit belajar ilmu wahyu.Jangan kita yerlalu bersenang lenang sangat,kerana amat amat senang dinodai syaitan.Iblis dan syaitan susah menodai mereka yang senang dengan ALLAH saw.Perlu juga diingatkan bahawa orang-orang susah adalah tersangat hampir dengan kepapaan dan mereka ini kebanyakannya akan lebih senang melupai ALLAH SAW.Lebih baik jadi orang kaya supaya lebih senang berada dekat dengan ALLAH SAW daripda hidup dalam keadaan susah tetapi berada jauh dari Allah SAW.
|
|
|
sketsa
May 10, 2007 22:45:00 GMT 7
Post by Dato Wan on May 10, 2007 22:45:00 GMT 7
Malam ini,tarikh 10hb.Mei 2007,jam 11.25 malam kami masih berada di Parlimen dan berbahas suatu agenga penting;iaitu mengenai Laporan Jawatankuasa Khas mengenai perpaduan negara.Banyaklah isu-isu yang dibangkit oleh kami mengenaiperpaduan nasional.Seperti biasa Ketua Pembangkang YB Lim Keat Siang,wakil dari Ipoh Timur banyak membangkit mengenai status Malaysia sebagai sebuah negara Islam.Dia tetap berkeras dengan pendirian partinya DAP supaya negara ini kekal sebagai negara sekular.Ramailah kami dari UMNO bangun berujah dan menentang hujah dia.Kami tetap memperkatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam berasaskan banyak faktor-faktor yang tersurat.Malanagnya semasa kami berbahas isu ini,tiada seorang pun Ahli Parlimen PAS yang berda di Parlimen untuk bersama-sama berhujah menentang YB iPOH Timur.Begitulah keadaannya kita orang Melayu,walaupun berhadapan dengan isu yang menyentuh kepentingan bersama,namun perbezaan politik tidak dapat merapatkan perjuangan kita.Persoalkannya ialah siapakah yang sebenarnya memperjuangan Islam di negara ini.Sekarang baharulah saya tahu,siapa sebenarnya yang sentiasa memperjuangkan Islam di negara tercinta ini.WALLLAHHUALAM.
|
|