|
Post by pak itam on Aug 11, 2006 20:37:54 GMT 7
Malam gelap gulita.Hitam berzulumat.Tiada yang terlihat oleh mata.Tiada cahaya.Masing-masing berubah warna menjadi hitam sehitam-hitamnya.Gelap adalah cahaya.Cahayanya ialah hitam. Bila hitam,bila gelap .......kita dapat lihat juga bila gelap dan bila hitam.Kita dapat lihat warna hitam dalam gelap.Itulah kebenaran,itulah kesungguhan,itulah kesahihan.Tiada terlindong walaupun kegelapan dan kehitaman membelenggui alam.Itulah fenomena hidup.Hidup akan terserlah walau macam mana sekalipun kita cuba lingdonginya,dengan apa cara sekalipun. Kebenaran mengatasi kebohongan. Begitulah akhir2nya seluruh penduduk dapat mengetahui kisah sebenar dari peristiwa Pak Senik dan Tok Hammad . Semua menjadi lega.Beburung menjadi lega.Cecacing juga berasa lega.Seluruh alam menjadi lega selega-leganya apabila dapat mengetahui cerita yang sebenar.Awan mendung pun berasa lega dan tidak singgah lagi mengintip peristiwa2 yang telah berlalu akhir2 ini. Rioh-rendah dan kegamatan pun mula reda. Kerancakan suasana menjadi tenang bagaikan seorang seniman asyik meng hayati lagu keroncong di malam terang benderang disinari bulan purnama.
|
|
|
Post by Dato Wan on Aug 13, 2006 16:12:57 GMT 7
Tok Haji Mekong berjaya memujuk Pak Senik dengan bantuan Jeha.Pada malam itu,kumpulan yang berhasrat memugar Bukit Serengge untuk ditanam dengan getah berkumpul di rumah Tok Haji Hammad Mekong.Tajuk utama mereka hanyalah fasal meneroka Bukit Serengge untuk ditanam dengan getah.Kejadian Awang Hammad menampar Pak tidak disentuh langsung.Pak Cik Peng bersetuju berjumpa dengan DO Pak Mad Deli unutk bermohon mendapat kelulusan meneroka Bukit Serengge.Tuan DO bersetuju mengadakan perjumpaan.Penghulu Hamik dengan pegawai pertanian Cik Lateh Kokonet akan turut sama dalam perjumpaan ini.Tarikh dan tempat perjumpaan telah diatur dan apabila sama ketikanya ramailah yang hadhir diperjumpaan itu.Pada majlis ini Pak Senik juga turut hadhir walaupun tidak dijemput.Majlis bermula dengan bacaan doa selamat oleh Tok Haji Sahak dan selepas itu diikuti pula ucapan aluan oleh Pak Cik Peng.Bermula sahaja ucapan itu,tiba-tiba Pak Senik yang duduk bercekong berhampiran kolah mengambil udhuk surau itu menrkam kehadan dan menjerit-jerit menentang sebarang cadangan memusnakan bukit kesangannya.Tuan DO dan rombongannya terkejut dan dengan pantas Awang Hammad sekali lagi menerpa ke Pak Senik dang mengilaskan tangannya dan menarik Pak Senik keluar dari majlis itu.Pergelutan diantara Pak Senik dengan Awang Hammad berlaku dibawah pokok rumia menerkam ke arah itu,meniggalkan Tuan DO Pak Mad Deli dan rombonganyaTuan DO menyuruh mata-mata Mad Noh bertindak menyeleraikan perdaguhan itu.Pak Senik dan Awang Hammad dibawa mereka dihadapan DO.Majlis perjumpaan itu bertukar menjadi mahkamah kecil,Tuan DO menjadi Tuan Hakim,mata-mata Mad Noh menjadi pendakwa dan Penghulu Hamik menjadi pembela.Setelah perbicaraan dijalankan dengan kedua-dua pihak memberi hujah-hujah masing,Tuan DOmembuat keputusan bahawa yang bersalah ialah Pak Senik dan Awang Hammad mendapat kepijian kerana sanggup menjaga keselamatan pegawai kerajaan.Pak Senik diputuskan oleh Tuan DO sebagai pengacau dan diarah oleh Tuan DO supaya berpindah kembali ke kampong asalnya Nami.Pak Senik tidak pilihan lain kecuali membawa Jeha berpiditinndah kembali ke kampong asalnya.Anak-anak tirinya yang laki-laki dimasukkan belajar di pondok Tok Ayah Haji Musa dan dua orang anak tiri perempuan ditumpang di rumah Tok Haji Hammad Mekong unutk terus belajar mengaji Koran di situ.
BAHAGIAN KEDUA;MULANYA TANAMAN GETAH DI DAERAH INI ------------------
Perjumpaan kali kedua diatur pula untuk berbincang dengan Tuan DO mengenai permohonan minta tanah Bukit Serengge unutk ditanam dengan getah.Kali ini perjumpaan dilakukan di Pejabat Tuan DO.Rombongan seramai lima orang dikepali oleh Pak Cik Peng dari Kampong Sadu,Cik Noh anak Tok Kapo dari Kampong Mandul,Awang Hammad dari Banggul Derdap.Hammad Cik Noh dari Banggul KiatTok Kaseng ank Tok Wan MasKampong Namek dan Baharung anak Penghulu Hamig berjaya merayu unutk mendapat kelulusan itu.Dalam peerjumpaan ini mereka bernasib baik kerana Tuan DO minta pandangan Cik Lateh Kokonet Pegawai Pertanian yang boleh sewdikit-swedikit bertutur Bahasa Inggeris.Hampir perbincagna diantara Tuan DO dengan Pegawai Pertanian Cik Lateh Kokonet dijalankan dalam Bahasa Inggeris.Semenjak dari itu Pak Cik PengCik Noh Tok Kapo,Tok Kasseng dan Tok Hammad Cik Noh sedar betapa pentingnya Bahasa Inggeris jika mahu berurusan dengan orang-orang atasan dalam kerajaan
|
|
|
Post by Dato Wan on Aug 13, 2006 21:10:10 GMT 7
Semenjak hari itu Pak Cik Peng selalu menasihati cucunya Awang Zeming supaya belajar rajin-rajin,masuk sekolah orang putih,kerja jadi DO,nanti senang mereka minta tanah.Tok Kaseng,Hammmad Cik Noh semua bersetuju dengan Pak Cik Peng.Anak cucu mereka akan dihantar mengaji di sekolah orang putih.Mereka semua berpakat pergi berjumpa dengan Tok Wahat Tuli Kampong CarokPadang kerana anaknya sedang mengaji di sekolah orang putih dan kerajaan akan hantar dia untuk sambung mengaji di England.Zeming Tok Kasseng,berjaya masuk sekolah orang putih di Ipoh,Mezah anak Awang Hammad belajar di Kuala Kangsar,Majik anak Cik Tok Kapo belajar di Alor Setar ,Awang Zeming anak Cik Peng dan Ca anak Hammad Cik Noh belajar di Sungai Petani.Mereka semua berlainan umur tetapi semua rakan sedarjah dengan Gobek,kerana Gobek tetap berada di Darjah Dua,sedangkan yang lain terus naik darjahCik Gu Deris tetap bersetia dengan Gobek dalam Darjah Dua.Cik Gu Deris mengubah sebuah lagu untuk menasihati murid-muridnya;semua muridnya boleeh menghafal lirik lagu itu dan boleh pula menyanyi.hanya Gobek seorang sahaja yang tidak boleh.
Lirik( Seni kata lagu MURID DARJAH DUA0)
Ayuhai lah murid darjah dua; Turutlah kamu ini petua' Belajar sekarang sebelum tua, Masa belajar akallah muda.
Hati bersih tidak keladak, Boleh ddibentuk panjang dan pandak, Menurut saja apa kehendak.
Rajinlah kamu setiap hari, Belajar ilmu gggguru ajari, Penat belajar pergi berlari, Malas dan jemu jangan hampiri.
Raaambut panjang di atas kepala, Mahu di gunting disikat pula, Ataupun di cukur habis segala, Jangan seperti rambut orang gila.
Kukulah panjang mahulah kerat, Gosok dan buang daki berkarat, Kalau biarkan panjang dan sihatOrang lah semua benci dan meluat. ( Lagu ini boleh didengari di Radio-TV Parlimen Sik,sila layari http://www.wanazmisik.com).
|
|
|
Post by pak itam chawan on Aug 14, 2006 9:26:36 GMT 7
Tok Wahab banyak memberi semangat supaya hantar anak ke sekolah orang putih.Dia suruh geng Pak Cik Peng pergi jumpa Tok Che Ngah dan Tok Mat Kereshum.Mereka berdua berasal dari negeri seberang,lari kesini kerana mereka bermusuh dengan orang2 Belanda yang menjajah Indonesia.Kedua mereka merupakan orang yang berpengalaman dalam selok-belok politik dunia.Anak2 mereka semua dihantar ke sekolah orang putih.Tindakan mereka itu memang tidak disetujui oleh masyarakat.Dituduhnya menghantar ke sekolah orang kafir.Bila besar tak tau asal keturunan.........nanti kepit mem orang putih.
Di masa itu semangat nak merdeka cukup tinggi.Kalau sebut pasal orang putih,masing-masing berdesing telinga . Semua yang berbau orang putih busuk khong. Semua keras kheng bila nak bertarong dengan orang putih. Semua nak belarak pergi jumpa Dato'Onn , nak minta berperang dengan orang putih.Anak cucu Wan Ibrahim memang terkenal dengan kecekalan dan kepahlawanan mereka.
Tapi geng Pak Cik Peng ni minda mereka terbuka sikit. Rasa nak maju berputik sejak mereka muda lagi . Mereka yakin dengan ilmu saja dapat menguasai alam ini. Hammad che Noh dah mula belajar berniaga sejak muda lagi.Di masa itu berniaga adalah kerja hamba,leceh. Adalah lebih baik berbendang dan menanam ubi,dan kerja ini mulia kerana berbudi dengan tanah.Siapa yang boleh memugar tanah bendang yang luas adalah wira.Boleh jadi senang.Berniaga ke hulu ke hilir adalah abdi.
Tapi adakah geng Pak Cik Peng dengan hasrat mereka itu akan dapat tantangan dari keluarga dan adik-beradik sendiri. Nanti mereka juga akan dituduh belot dan disamping itu sanggup mengkafirkan anak2 bila ke sekolah orang putih nanti. Pantang tok nenek mereka. Geli geleman mereka melihat mem2 orang putih mempamirkan uarat2 mereka. Busuk sebusuknya.Kafir.kafir,kafir.Lebih baik duduk di rumah baca Al-quran.Nanti masok sekolah orang putih nak sembahyang pun tak tau.Mandi junub pun tak tau. Lepas itu tak payah bersunat pula.Lingkup habis,lintang-pukang jadinya.Masyarakat jadi haru-biru.Hidup macam kerbau-lembu di padang.Tak dak silu-silu lagi.Habis rosak.
|
|
|
Post by pak itam chawan on Aug 14, 2006 20:52:26 GMT 7
Pak Cik Peng mengeluh panjang memikirkan masa depannya.Bagaimana dengan projek menanam getah di srengenge, bagaimana dengan anaknya yang nak dihantar kesekolah orang putih. Bermacam2 bagaimana-bagaimana memutar-mutar di kepalanya.Mengapakah kehidupan terjadi sebagini di dalam lewat usia tuanya. Apakah Allah nak mengujinya , dan ujian-ujian telah banyak dilaluinya sejak datuk nenek dulu lagi. Dia kenangkan datuk neneknya berpindah-randah dari Pattani , dia pikirkan Tok Che Ngah dan Tok Mad Keresyum membawa diri jauh di negeri seberang.Melarikan diri dari penjajahan Belanda . Mereka pula bukan sebarangan.Keturunan orang berada.Juga keturunan bangsawan seperti keturunan Wan Ibrahim Mekong juga.Dia teringat pada Tok guru Musa mengajarnya tentang penghijrahan.Dia teringat tentang kisah Nabi s.a.w berhijrah bersama Saidina Abu Bakar ke Yathrib . Dia juga teringin nak berhijrah . Penghijrahan yang akan dia ambil ialah melalui penghijrahan dari cara hidup lama ke cara baru.
Semalaman dia di rumah Tok Mad Keresyum menerima nasihat dari orang yang telah tersisih oleh masyarakat tempatan. Banyak Pak Cik Peng menerima pengetahuan baru dari Tok Mad Keresyum . Pak Cik Peng mula mengenali satu perkara baru.Dia mula mengenali apa itu politik . Semangat terbina dalam dirinya. Berkobar-kobar. Dia tidak akan menyesal menghantar anaknya Zeming ke sekolah orang putih. Besok dia akan hebahkan segala pengetahuannya kepada kawan2nya,lebih2 lagi Hammad Che Noh. Kafir atau tidak bukan dok kat sekolah. Tapi jati-diri anak2 tu yang lebih penting. Hammad Che Noh mudah di bawa berbincang kerana dia orang berniaga. Dia akan perkenalkan kepada Hammad che Noh apa itu politik. Dan Pak cik peng juga berhasrat supaya Zeming anaknya meminati ilmu politik.Dia boleh belajar dari guru2 orang putih di sekolahnya.
|
|
|
Post by pak itam chawan on Aug 14, 2006 21:08:24 GMT 7
Tekaan Pak cik Peng memenuhi sasarannya . Memang Hammad Tokche Noh mudah dibawa berbincang. Hammad setuju hantar anaknya Ca ke sekolah orang putih.Tapi anaknya ni pelek sikit ,tak seperti ayah dan emaknya.Hitam berkilat.Tapi itulah saja anak mereka. Agak susah juga emaknya nak melepaskan dia mengaji ke sekolah orang putih. Maklumlah tak pernah berpisah . Kerana anak tunggal,Ca ni sangat manja dan dimanjakan. Masa nak bersunat dulu,dia lari masuk hutan.Dia takut tok mudin Tok Che Teh.Sebabnya Tok Che Teh sokmo dok usek dia,nak potong buang telornya. Nasib baik Pak Cik Peng pandai memujuknya.Akhirnya dia usung beramai balik ke rumah.Ca diberi layanan istimewa. /color]
|
|
|
Post by pak itam chawan on Aug 15, 2006 10:23:23 GMT 7
;D ;D ;D ;D ;D ;D ;D ;D ;D
|
|
|
Post by pak itam chawan on Aug 15, 2006 11:09:49 GMT 7
;D ;D ;D ;D ;D ;D ;D ;D ;D ;D ;D ;D ;D ;D
Beberapa hari lepas bersunat, Ca dah cukup semboh dan siyor.Tapi masih berjalan mengengkang-ngengkang kerana geli tersentuh kepala dengan kain.Temoloknya masih besar,kerana Ca suka minum banyak air. Lukanya cepat siyor kerana dia minat makan ikan becat dan haruan .Sekarang dia dah jadi kawan baik Tok Che Teh mudim.Tok Che Teh pun dah pandai ambil hatinya.Tiap hari Ca mengengkang-ngengkang pergi rumah tok mudim. Dia selak kain tunjuk kat tok mudim .Tok mudim kagum dengan pahlawan Ca,cepat membesar dan boleh memuaskan nafsu isterinya. Tok mudim memberkaskan pahlawan Ca dengan daun pisang muda supaya temoloknya cepat kecut. Bila temolok dah mengecut dia dilihat lebih gentlemannya.Awang zeming lansung tak pergi rumah tok mudim , kerana mak dia gempar dia tok mudim akan potong sekali lagi.Padahal mak dia takut dia langkah tahi ayam.Kalau langkah tahi ayam,lambat siyor. Tiap2 hari dengar zeming keriau,kerana Huseng keling suka usek dia. Huseng selalu pergi tengok dia.Mereka hidup berjiran.Huseng gerepak Zeming bahawa kepala pahlawannya akan luroh .Kalau kepala luroh dia akan jadi pondan.Lepas itu Zeming kena pakai pakaian perempuan.Buboh mulut merah dan pakat kasut tumit tinggi.Tok Tanjung hari2 marahkan Huseng kerana suka mengusek anaknya. Kat huseng boleh kata apa saja,dia tak ambil kisah. Lagi marahkannya,lagi kerenyeh .Kerenyeh tak putus-putus.
Ca dan tok mudim makin akrab , hari2 Ca tak lepas peluang bersamanya. Ca bercita2 satu hari nanti dia akan jadi tok mudim. Dia nak ganti Tok Che Teh sebagai mudim,bila mata dia dah tak bergari lagi.Bila mata tak tajam , bahaya jadi mudim. Takut tersilap potong.Itulah langkah pertama ajaran tok mudim pada Ca. Ca menganggok bahawa dia paham.Dan berbagai pantang larang di ceritakan oleh tok mudim.Ca menganggok2 macam pokka tanda paham. Yang ca paling minat ialah ubah-suai orang2 tua. Orang2 tua banyak dah buat ubah suai dengan tok mudim. Tok Diah dah 3 kali ubah-suai.Bila buat ubah-suai ia akan kembali garang.Pick-upnya lebih mengancam.
Bila dah bersunat bermakna kain selimutnya dah tak ada.Jadi sentiasa terdedah kepada angin . Kesejukan angin membuatnya girang.Dia akan bangkit awal dari tuannya.Tiap2 pagi dia akan junjung kain tuannya. Ca melihat kepelekan berlaku dalam dirinya. Baru dia faham bahawa benda itu hidup . Esok Ca akan pergi bertanya lagi kat tok mudim .
Berbulan lamanya Ca bermesra dengan tok mudim . Kedua-dua mereka akan terlihat ketawa berdekah2 . Orang2 perempuan hairan melihat kedua2 mereka berdekah2,lebih2 lagi apabila balik dari mandi di telaga.Ca dah paham semuanya. Tok mudim dah tak silu-silu lagi memberi tunjuk ajar pada Ca. Bila Ca bermimpi tok mudim suroh cerita padanya. Tok mudim akan tambah ilmunya pada Ca. Setiap malam Ca menunggu mimpi supaya esoknya dapat dia ceritakan pada tok mudim.
|
|
|
Post by pak itam chawan on Aug 15, 2006 21:37:47 GMT 7
Dah separoh dari Srengenge dah di rogol oleh penduduk di ketuai Pak Cik Peng.Pokok balak dua tiga pemelok dapat ditumbang dengan kapak dan beliong dalam masa dua tiga hari juga. Lagi banyak pokok yang besar-besar belum lagi ditumbangkan .Pokok-pokok ini susah nak ditebang.Mereka perlu membuat ran dahulu.Membuat ran pun mengambil masa sehari suntuk.Mencari kayu dan rotan supaya ran itu teguh .Keselamatan penebang perlu dijaga . Makanan dan minuman ditarik dengan tali naik ke atas.Mereka akan turun apabila kerja selesai saja. Yang paling bahaya ialah kalau balak itu berlubang. Si penebang pernah jatuh kedalam lubang batang balak. Batang yang berlubang sesuai dibuat gendang di mesjid.Bunyinya boleh membelah bumi.Kanak2 kecil akan terjaga dari tidornya.Kera dan lutong diatas pokok akan tersungkur jatuh ke tanah.Terkejut. Bila habis menebas dan menebang kerja membakar dan memerun mengambil masa berminggu pula.Masa memunggah kayu dan memerun ini badan mereka akan tercalit penuh dengan arang.Kekadang susah nak membezakan orang dengan lutong. Suasana kampung pula penuh asap berjerubu .Apabila selesai kerja memerun,masing2 menunggu hari hujan untuk menajuk padi dan menanam biji getah.Di tempat2 yang terdapat banyak bahan bakar ditabur benih maman,labu,dan beraneka lagi jenis sayur2an.seterusnya mereka akan menunggu benih2 yang ditanam tumbuh.Berulang-alik ke Srengenge menjaga supaya pokok2 tidak di usek khinzir,kera,lutong.Masa padi masak sekali lagi mereka akan menghambat burung2 tiak.Masa padi mula muda isinya belum lagi keras.Masa itu kesing akan menyerang.Menghisap kering semua susunya dalam biji padi . Mereka ada cara untuk melawan musuh2 tanaman mereka.Bila padi masak dan dituai habis semuanya diangkut ke jelapang,pokok2 getah dah lebih sekaki tingginya. Jerami2 padi dipotong dan dilonggokdi perdu setiap pokok getah. Bila jerami2 itu reput ia akan menjadi baja untuk pokok2 getah. Melihat pokok getah yang lambat tumbuh , mereka mula berasa cemas . Sesetengah mereka mula tak percaya pada getah. Lebih baik tanam padi,tak kira lah padi apa,bendang ke padi huma.Paling lama 6 bulan dah dapat hasil. Ini dah 6 bulan baru setinggi lutut. Bila nak dapat hasilnya. Masing2 pakat2 menyalahi sesama mereka. Gamat juga jadinya. Masing2 menudoh buat kerja lembab.Buat kerja tak mendatangkan hasil . Masing2 menuduh buat kerja sia-sia.Suka melangkah pantang larang tok nenek.Durhaka kat tok nenek.Pijak kepala tok nenek.Itulah balasan bila tak dengar kata2 tok nenek. Pening kepala Tok Cik Peng dibuatnya.Semalaman tak dapat dia tidor dengan nyenyak ,walaupun ada isteri tertidor sebelahannya.
|
|
|
Post by pak itam chawan on Aug 16, 2006 8:59:51 GMT 7
Masing-masing merepek-repek.Semua serba tak kena.Penat lelah tak mendatangkan hasil.Buat kerja lembab.Otak selut.lembab berdengung.Srengnenge yang selama ini menjadi punca rezeki mereka habis musnah berkecai.Tak dak apa lagi yang tinggal.Binatang2 buruan mereka habis lari entah kemana.Punai tidak bunyi bersiul lagi.Pelandok .Mana pelandok.Juga sudah lari macam anak cucu Wan Ibrahim Mekong juga.Landak mampus habis dalam lubangnya.Mana itu semua ? yang tinggal getah setinggi kepala lutut.Otak kepala lutut.
Yang ditanam semua mendatangkan hasil,kecuali getah. Maman sudah di jerok,sudah berpasu-pasu,dah habis di belasah oleh perut mereka.Getah masih tinggi kepala lutut.Bayam habis di baham mereka.Getah masih tinggi kepala lutut.Timun huma sudah masak terhimpun di cerok dapur.Labu sudah banyak terhimpun di penjuru serambi rumah.Getah masih tinggi kepala lutut.
Di mana jerat untuk mereka pintal,habis musnah dibaham api di Bukit srengenge.Di mana rotan ...habis dijilat api di Bukit Srengenge.Di mana tongkat Ali untuk memudakan tenaga mereka.Di mana buah lemba untuk anak mereka makan.Habis musnah semusnahnya.Getah masih tinggi kepala lutut.Getah masih tinggi kepala tut.Getah masih tinggi kepala lutut.
Di mana nak cari pelandok.Dimana nak jerat ayam hutan.Dimana nak tangkap landak.Di mana perginya rusa,kijang dan yang lain2nya.Di mana terbangnya burung punai.Hingga akar urat minyak pun habis mampus.Pucuk2 ulaman hutan juga termusnah.Mana pucuk kulim,mana pucuk semamar,mana pucuk abang sayang.Mana kulat mata lembu,mana kulat sisir,mana kulat thong. Mana buah rotan,mana buah tapo,mana buah nering,mana buah duku.Yang tinggal buah pele di celah kangkang. Getah masih tinggi kepala lutut.
Bala,bala.Bala kerana nak langkah kepala tok nenek.Waktu malam khinzir penuh kampong.Sodok sana,sodok sini.Sejak tok nenek dulu khinzir tak pernah masok kampung. Habis musnah tanaman di sekeliling rumah.Anak pisang dicabut.Batas ubi disodok dan ditenggala.Berasa kembang air lior bila nak jamah pucuk pegaga.Habis dijijak binatang khinzir.Jelaka haram jadah. Taik khinzir berketul2 di sekeliling umah,bau masam dan busuknya tak terkira.Habis sengau lubang hidong.Tu tak kira hancing kencing khinzir lagi.Busuknya berasa malas nak bernyawa. Dulu makan nasi padi huma dengan gulai ikan keli campur timun huma cukup berselera,kini bila saja suap kemulut kembang air lior kerana teringat ketulan tahi khinzir dan hancingan air kencingnya.Butir cempedak yang disimpan dibawah rumah habis di kerosek oleh binatang khinzir.Waktu malam kalau tak bawa jamung,nahas tersepak tahi khinzir kering.Nasib tak baik mungkin tersungkur rebah. Buah durian juga dah tak teringin nak jamah.Tahi khinzir terlekat di celah-celah durinya.Kalau luruh sepuluh biji ,tujuh biji dibahamnya.Tahun ni tak terasa nak buat depok durian.Habis musnah semusnahnya.Sekarang ni kami semua dah dapat mengesan bila khinzir masuk kampung.Baunya dah sebati dengan lubang hidong kami. khinzir buat tak hirau saja kerana dia tau kami tak makan demo.Dia pun dah tau hukum Islam.Orang Islam tak makan khinzir.Jadi mereka bebas. Mereka tidak akan mau berjumpa . Silap haribulan kena samak. Sekali air selut,enam kali air biasa. Massalah datang bertubi-tubi.Tak habis-habis.Tapi getah masih lagi tinggi lutut.
|
|
|
Post by pak itam chawan on Aug 16, 2006 23:38:39 GMT 7
Tegang,suasana tegang.Sesekali tegang,sukar nak di kendurkan.Suasana harmoni dulu tidak lagi bergema di Banggol Derdap. Masing-masing pakat panas telinga. Masing-masing berperongoih. Ada-ada saja yang tak kena. Ikan keli dan haruan tidak lagi sama2 kodek membawa diri lari dari musuh. Aliran air sungai tidak lagi membisek halus menyedapkan telinga. Semua menjadi ganas. Seruling batang padi tidak berdengung indah.Sumpahan Srengenge cukup berbisa.Sumpahan Srengenge mengkeruhkan suasana.Setiap hari srengenge menyumpah dan menyumpah. Srengenge menyumpah kerana begitu sekali dia di rogol dan diperkosakan bergilir-gilir sebagai binatang buas kelaparan. Begitu biadab sekali. Begitu rakus sekali .Selepas dirogol,habis urat-saraf dan semua tali-perutnya di sentap keluar dari dedagingnya.Dicincang halus-halus kemudian dibakar sehingga rentong. Mereka dah tak kenal pesanan datuk nenek mereka. Kini ku sumpahkan kamu semua. Biar kamu semua hidup tak senang,bergaduh dan bergocoh sesama sendiri. Kamu ingat aku tak berperasaan. Kamu ingat aku Srengenge binatang jalang dan boleh diperkosakan sehendak hati mu. Biarkan,biarkan aku sumpah kamu.Biarkan aku puas menyumpah kamu.
Lebai Che Nik cukup risau dengan keadaan yang berlaku terhadap ahli keluarganya.Berpecah belah sesama sendiri kerana kepentingan yang sedikit. Dia sedar mereka dah lupakan ajarannya. Mereka lupakan Allah .Mereka lupakan RasulNya.Mereka lupa bahawa rezeki semuanya ditangan Allah.
Bila kokok ayam tiga kali,Lebai che Nik bangun mengambil udud . Dia terus bersembahyang tahjud.Membaca surah tersebak-sebak dengan air mata meleleh turun kepipinya. Dengan penuh kyusuk dia berdoa dalam sujudnya.Hiba dalam dirinya sudah tidak terkira.Luluh-lusuh dirasai dalam jiwanya. Selepas memberi salam dia terus membaca Yassin dengan penuh syahdu.Terhenti sekejap buat menyapu si air mata. Dia terus sambung membaca ayat demi ayat mengikut semua hukum tajwid yang dia telak termaklum alimnya.Beberapa kali dia terhenti buat menyapu si air mata. Dia mengangkat tangan menadah tinggi-tinggi memohon restu Ilahi supaya kaum keluarga boleh memulihkan keadaan.
Pagi dah cukup dingin .Lebai CheNik tertidor diatas sejadahnya setelah selesai memohon Allah mengkabulkan doanya. Dalam tidornya dia bermimpi awan putih berarak sekeliling kampong Banggol derdap dan juga kampong2 persekitarannya.Bulan purnama pula tersenyum manis mengasyik suasana.Dia terbangun mendengar azan subuh di lagukan oleh muazim.Dia cukup kenal suara itu.Semua orang kenal suara itu.Suara Pak lang sahak.Dia bangun dan terus duduk.Dia cuba mentafsirkan mimpinya semalam. Dia belum dapat kepastian mimpi tersebut. Rasa badannya pun tak menentu,seakan-akan nak demam rasanya. Tapi dia menggagahi diri ke mesjid untuk sembahyang subuh.
|
|
|
Post by pak itam chawan on Aug 17, 2006 9:16:59 GMT 7
Lebai Che Nik menghayunkan langkahnya penuh longlai.Berhenti sekejap memerhatikan kekandang kerbaunya. Anak kerbau dah membesar dan galak melompat-lompat di awal pagi. Ibunya mengibas2kan ekor menghalaukan lalat dan nyamuk yang tak jemu2 menghampirinya.Bayu pagi menghembus perlahan-perlahan,Lebai menyelimutkan tubuhnya dengan serban besarnya sekeliling meliputi tubuhnya. Terbatuk-batuk,keluar kahak tersangkut di kerongkong.Dia meludah kesebelah kirinya mengeluarkan ketulan-ketulan kahak tersebut. Dia mengaturkan langkahnya menuju ke mesjid. Sambil berjalan sambil dia membuangkan ranting-ranting mati yang gugur membelatkan laluan. Sesampai di mesjid dilihatnya ahli jemaah belum lagi berkumpul untuk sembahyang. Mungkin sesetengahnya masih bermandi junub di telaga.Yang ada cuma Pak Lang Sahak dan Imam Hammad. Puas mereka bertiga menunggu tiada sesiapa yang datang. Mungkin masih ada lagi yang sedang mengdakap isteri kerana kedinginan pagi. Mungkin malas bangun mandi junub kerana kesejukan.Yang ditunggu tiada juga tibanya. Mereka bertiga saja yang berjemaah pagi itu . Selepas berdoa dan bersalaman mereka beredar dari mesjid.Tiada sepatah kata yang diucapkan mereka.Masing-masing membisu saja.Keadaan memaksa mereka begitu. Kesejukan pagi menyejukan semuanya.Hati mereka rasa sejuk untuk berbicara.Ketulan-ketulan kata yang nak diucap beku dan keras begitu susah dicairkan. Mulut jadi kaku dan sukar nak memecahkan kata-kata yang tersimpan di dalam. Mata menjadi kuyu dan layu . Masing-masing membawa diri sendiri-sendiri. Tiada berita yang perlu dihebahkan. Sumpahan Srengenge masih berbisa. Sumpahan Srengenge tiada memberi ruang untuk menyatukan semula hati-hati yang dah retak entak ribuan retaknya.Srengenge tidak akan melupakan kedurjanaan yang menimpakan dirinya dan seisinya. Srengenge menyerang hati-hati mereka dengan keloh-kesah dengan penyesalan dengan dengki kedengkian . Waktu malamnya Srengenge akan menghantarkan ribuan khinzir menyerang kedalam kampong. Memusnahkan apa saja yang terlintas di hadapan. Kerosek habis apa yang tersimpan di mana saja. Kalau mampu kepakkan batang2 pokok yang telah membesar di seluroh kampong . Kemudian apabila pokok getah dah besar kepakkan pula anak2 getah. Kepakkan senirai-senirai . Sehingga dendam Srengenge menemui kepuasannya .
|
|
|
Post by pak itam chawan on Aug 18, 2006 14:11:48 GMT 7
;D ;D ;D ;D ;D ;D ;D ;D ;D ;D ;D
Sumpahan Srengenge berterusan.Belum puas Srengenge menyumpah.Rogol membuta-tuli.Tidak beradab . Tidak berperi-kemanusiaan . Tidak peri.-kebinatangan . Tidak berperi-kepokokan dan berperi-keunggasan. Makhluk perosak alam .Cuma untuk memenuhi hawa nafsu iblis dan syaitan.Iblis dan syaitan laknatullah.Semua dapat merasai sumpahan Srengenge . Rasa demam mengganggui seluruh tuboh Pak Cik Peng. Panas rasa menyala2 di dalam tubuh. To Hammad pun sama juga dan dah tiga malam dia berjarang air bercampur daun ubat dan biji kundur untuk menurunkan rasa panas dalam badan. To Cek Heng sakit kepala tak reda-reda.Tempekan asam jawa di dahi tak dapat juga menolongnya. Sakitnya bagai di tokak iblis. Yang batuk2 dan pening2 juga menyerang anggota2 yang lainnya. Semua dapat merasai sedikit sebanyak sumpahan Srengenge. Makan jadi tak selera.Minumair rasanya pahit.Tekak kering bagaikan parit dimusim kemarau.Merkah sana,merkah sini. Hidung berhingus dan lendir keluar bertali-tali. Jerok maman tak dapat membuka selera. Badan jadi kering kerana kurangnya air dalam badan. Mata putih pucat bercekong masuk ke dalam macam dah berbulan kelaparan. Tapi tiada siapa yang mati. Nyawa mereka masih panjang , mereka diberi masa untuk bertaubat . Allah maha pengasih lagi penyayang. Mereka perlu muhasabahkan diri . Allah lebih sayang kepada makhluk2Nya,melebihi 100 kali kasihnya ibu kepada seorang anak. Astagfirullahi-Azim.
|
|
|
Post by p on Aug 18, 2006 15:03:30 GMT 7
Hammad To Che Noh tiba2 diserang sakit lutut.Seolah2 rasa macam ditokak2 oleh sesuatu dalam tempurong lututnya.Beberapa jenis daun di ramun oleh Timah,ditumbuk dengan halia merah dan bebole dan dibungkuskan kepala lututnya.Sakitnya tidak terkira, kaki di bubuh dalam kain sarong yang digantung dengan tali di halang rumah.Dihayun-hayunkannya bagaikan anak kecil dalam buaian.Dah beberapa hari dia tidak keluar berniaga.Yang paling susah baginya ialah bila terasa nak buang air kecil dan nak berak. Tak boleh nak membengkokkan lututnya. Dunia terasa begitu sempit baginya.Ca anaknya tak dapat menolongnya bila hendak ketelaga dan setiap hari berada di rumah Tok Che Teh. Tok Che Teh pula sakit tulang belikat dan tak boleh nak pakai baju dan kalau nak mandi di telaga pun Tok Munah kena tolong cedok.Srengenge belum puas menyumpah.Sumpahannya tak memilih sasaran,siapa saja boleh terkena.
|
|
|
Post by pak itam chawan on Aug 18, 2006 17:25:42 GMT 7
Tertonggek-tonggek dan mengengkang-ngengkang Hammad Che Noh berjalan bagaikan ada sesuatu tersepit ke dalam lubang duburnya.Lututnya memang terlalu sakit macam di iris daging dari tulangnya . Di atas jemorang dia mengesot-ngesot mencari lubang untuk membuang air kecil. Allah,aduh, Allah ,aduh mengerang dia kesakitan . Sesekali memanggil emaknya yang telah lama meninggal.Banggol Derdap bagaikan diserang oleh sang geruda dari kayangan.
Srengenge menyumpah lagi.
Di waktu malam bukan saja khinzir menyerang masuk kampung,tapi binatang tikus, besar-besar perut betis menjelajah ke setiap rumah.Mekerosek apa saja yang mereka jumpai.Jumpa kain digigit kain.Buah labu yang berlonggok2 tersimpan di serambi di tebok di tinggal.Bukan nak makan tapi nak tunjuk sifat dengki mereka.Tikar mengkuang habis digigit.Benih-benih maman,labu,timun,bayam habis disepah-sepahkan dia atas para. Gelok2 di terajang terpelanting berguling-guling penuh rumah.Kucing yang ada di rumah lari lintang-pukang kerana banyaknya tikus datang mengganas. Di setiap rumah bunyi orang jerkah menghambat tikus. Penyakit mengganas,khinzir mengganas, tikus pun turut mengganas.Itulah sumpahan Srengenge. Srengenge terus menyumpah-nyumpah.Bunyi rioh-rendah seperti sorakan orang di hutan sebelah Bukit Srengenge.Rupa2nya bunyi kera2 dan lotong2 yang telah berhijrah ke hutan sana selepas Srengenge di bogelkan.Ketawa mereka bagaikan mengejek2 penduduk Banggul Derdap . Memberikan semangat kepada khinzir dan tikus supaya ganyang,ganyang dan ganyang . Dan selepas ini mereka pula akan serang banggol Derdap sepertimana penduduk Banggol Derdap menyerang Srengenge. Srengenge terus menyumpah.Sumpahannya berterusan.
|
|