|
Post by pak itam chawan on Aug 18, 2006 21:50:04 GMT 7
Dalam suasana yang tak menentu di Banggol Derdap dan persekitarannya,berita kematian Pak Senik menambahkan lagi kepiluan sekeliling.Mereka hanya mendapat berita dua hari kemudiannya. Tiada siapa yang dapat pergi kerana masing-masing ada masalah tersendiri.Masing-masing tak sihat.Dengan sakit lututnya,dengan demamnya,dengan batuknya,dengan peningnya ,dengan sakit kepalanya dan sebagainya.Masalah khinzir dan tikus pun belum dapat di atasi.Cuma beberapa orang perempuan menjadi wakil penduduk ke sana. Anak menantu Jeha menjadi pengiring mereka.
Kematian Pak Senik cukup menyedihkan,lebih2nya ialah Lebai Che Nik dan Pak Cik Peng.Belum dapat mereka bermaafan sejak peristiwa lalu.Tambahan pula kematiannya bukan kerana sakit biasa.Pak Senik memerima bala yang cukup berat sebelum menghembuskan nafas akhirnya. Dia terpaksa bertarung selama lebih dua jam dengan seekor harimau garang.Semasa itu dia sedang mencari manisan lebah.Dia bersama kawannya.Mereka berdualah yang bertarung dengan harimau itu.Tapi Pak Senik tewas sementara kawannya terok dibelasah harimau.Dia dapat membawa dirinya pulang dengan badan berlumuran darah.Habis seluruh badan dicakar harimau. Pak Senik tak dapat di selamatkan.Dia meninggal di tempat kejadian. Kawan Pak Senik pun hampir menemui maut,kalau tidak dengan tetakan parangnya di domoi harimau itu. Harimau meraung kesakitan dan melompat lari entah kemana hala tujunya.
|
|
|
Post by DATO wan on Aug 18, 2006 23:04:35 GMT 7
(caangan matikan PAK sENIK LAGI,MASIH ADA PERANANNYA DI NAMI)
|
|
|
Post by pak itam chawan on Aug 19, 2006 8:43:13 GMT 7
tak pa,kita reserve episode tu bila buat editing nanti.
|
|
|
Post by dato wan on Aug 19, 2006 20:20:01 GMT 7
Sebulan berlalu,setelah semua hasil tanam termasuk p;adi huma siap dipunggut,kenduri beras baru dijalankan bergilir-gilir,bermula di rumah Tok Haji Hammad Mekong dan penyudah di rumah Huseng Kapak Api.Tok Cik Ya hanya dijemput mengepalai doa di beberapa buah rumah sahaja,sedangkan Tok Haji Sahak mendapat jemputan setiap malam.Seperti biasa selepas membaca doa dan menjamu selera,dia akam membawa beberapa lagu semangat dan dakwah.
|
|
|
Post by DATO WAN on Aug 21, 2006 10:42:56 GMT 7
Sebulan berlalu,setelah pagar dan renbat kebun getah perperbaiki ,turus pagar yang reput dimakan anai-anai diganti dan renbat buluh lama diganti dengan yang baru,mereka begitu riang sekali melihat anak-anak pokok getah tumbuh membesar dengan subur.Pada suatu malam hampir waktu subuh.apabila orang-orang muda kembali bertatang ,orang-orang tua sudah beberapa kali kaleh tubuh,kanak-kanak...........dan taktibau terbang tinggi,tiba-tiba Jusuh dan Huseng Kapak Api berlari menuju kerumah Awang Hammad,terus naik ke atas jemuran sambil memberi salam kepada Awang Hammad.Ketika itu Awang Hammad sudahpun terjaga dari tidur dan terus menjawab salam Jusuh,kerana dia cam suara Jusuh yang garau itu.Dia bertanya khabar dan diberitahu oleh Jusuh bahawa kerbau-kerbau sedang berada dalam kebun getah mereka.Tanpa berlenggah dia terus mencapai golok badeknya dan mengarah Jusuh dan Huseng Kapak Api supaya mengikutnya ke kebun getah di Bukit Serenggege.Sampai sahaja di pinggir kebun mereka dapat mendengar keretok kerbau dan mengecam bahawa keretok itu adalah keretok kerbau jantan Tok Cik Ya sedang menggisil anak-anak getah dengan tanduknya yang panjang dua hasta.Suara jirikan Jusuh yang tersangat kuat itu telah mengemparkan kerbau-kerbau dan semua berlari menuju ke becah kelubi Tok Haji Hammad Mekong,kecuali kerbau jantan Tok Cik Ya yang mengaleh hala dan terus menerpa kearah Awang Hammad,tanpa disedari golok badiknya dihunus,dihayunnya terkena keting kaki belakang kerbau itu.Walaupun mengalami kecederaan kerbau jantan itu dapat berlari kearah kawan-kawanya dan hilang masuk kedalam becah paya kelubi dan hilangan dari penglihatan mereka.
|
|
|
Post by amzar on Aug 21, 2006 10:55:08 GMT 7
INI SEBELUM KEMATIAN PAK SENIK
Pak senik masih teringatkan Banggol Derdap, Kg Sadu, namek tapi yang paling Pak Senik takkan lupa ialah kawan-kawanya seperti pak cik peng, memang angkara cadangan pak cik peng bukit serenggenge dirogol, diterjah, diludah, ditelanjangi hingga nampak semuanya, gara-gara idea rakannya jugak semua penduduk banggol derdap nampak ghairah menanam getah. Bukan pak senik tak nampak keuntungan menanam getah, tapi pak senik lebih nampak kesannya kepada serenggenge, sebab itu pak senik sanggup bukak bunga silat, sanggup berkerat rotan dengan rakan baik, sanggup jual muka depan tuan DO. DO dah putuskan pak senik pindah ke Nami, pak senik rela, biarkan kenangan di banggol derdap hanya kenangan indah, kenangan ketika serengenge masih tersergam indah, masih lunak dipandang, bukan seperti nenek tua yang dah jatuh giginya, pak senik tak sanggup melihat serengenge begitu, pak senik rela diarah pindah ke Nami. Bukan teruk sangat pindah ke Nami, banyak saudaranya yang sama-sama pindah dari lubuk kemahang dulu menetap di Nami. cuma Jeha yang takut untuk ikut pindah. hampir-hampir pak senik ceraikan Jeha malam sebelum berangkat. Jeha takutkan siam perut hijau. Jeha termakan cerita orang bahawa siam perut hijau makan orang. pak senik katakan kepada Jeha jika siam makan orang mengapa makin banyak orang melayu ke Nami?. hingga pagi pak senik berhujah meyakinkan Jeha hinggalah akhirnya Jeha setuju. Di Nami pak senik gembira dengan sambutan orang kampung. kaum kerabatnya masih ramai di Nami, mereka sama-sama memugar tanah lebih kurang serelong di hujung kampung untuk pak senik mendirikan rumah baru. Pak senik hanya mampu bersyukur, hanya seminggu berpindah, pak senik sudah mempunyai rumah baru. dinding buluh dianyam kelarai, tiang kayu bulat di ambil di bukit Juang. atap cucuh didermakan Hamood, kebetulan tak jadi buat dangau di juang, tanah yang baru dpugarnya. bukan senang nak buat atap cucuh, lebih mudah jahit atap rumbia, sebab atap cucuh kena jemur lama, baru tahan dan tak bocor bila hujan. melihat bukit Juang, pak senik teringatkan serengenge, tak jauh bezanya, rimbanya masih terpelihara. pelanduk, rusa, kijang, napoh, landak mudah ditangkap. hanya tahan jerat, pagi tahan malam dah boleh rasa manisnya daging rusa. sama seperti di Lubuk kemahang. Kalaulah serengenge dibiarkan seperti bukit juang, mungkin aku masih di banggol derdap, fikir pak senik. Bagaimana rupa serenggenge kini, khabarnya dah dogol, dah ditanam getah dan paling menyedihkan khabarnya binatang yang dulunya menghuni serengenge sudah tiada. Cuma pak senik terasa gembira apabila mendengar berita harga getah asli dipasaran dunia mendadak naik. ini bermakna lagi 3 hingga 4 tahun penduduk banggol derdap akan kaya raya, mereka tak perlu teruk bekerja lagi. hanya perlu turun selepas subuh dan pulang sebelom matahari terpacak dikepala. dalam fikiran pak senik kini tertanam satu azam, biarlah dulu dia dihalau oleh tuan DO, biarka, kini pak senik akan membuktikan dirinya ialah kelapa yang berguna, dicampak kelautan sekalipun akan menjadi pulau. sampai hari yang difikirkan sesuai, pak senik meminta Hamood mengumpulkan orang-orang kampung kerana ada perkara penting yang ingin disampaikan. berita pak senik ingin menyampaikan maklumat penting sampai keseluruh kampung. Hamood sendiri tidak mengetahui apa sebenarnya yang ingin di sampaikan oleh pak senik. Pak su dohat, pak long cek ne, pak su hamad, tok nehat, tok cik aik, tok mail, pak long jakpa, semua tertanya-tanya. selama menetap Nami, pak senik lebih senang bermain dengan kanak-kanak, mengapa kali ini dkumpulkan semua orang, jika nak kawinkan anak, mengapa tidak ada khabar langsung, tak sabar rasanya menanti pengumuman pak senik, apa yang ingin diumumkannya
|
|
|
Post by Dato Wan on Aug 22, 2006 10:38:51 GMT 7
Setelah kembali dari Banggol Derdap untuk melawat dan berjumpa dengan anak-anak tirinya yang mengaji di pondok unutk dibekalkan beras.Pas Senik bersempatan melihat sendiri hasil pengeluaran getah dan hasil pendapatan penduduk -penduduk Banggol Derdap yang begitu tinngi sekali ,sehingga mereka boleh dan mampu membeli basikal ,lampu gasolin dan menghantar anak-anak mengaji di luar.Setelah berbincang dengan Pak Cik Peng,dia memdapat keyakinan mereka akan dibantu cara-cara menanam getah.Setelah pulang ke Nami Pak Senik berkempen rumah-kerumah megenai tanaman getah.Orang-orang Siam di seberabg Nami,di Kuala Beris dan di Kubang Kesom juga diajak bersama menanam getah.Ketua Siam,Deen Seng dari Nami Seberang,Deen Phrak dari Kubang Kesom sdam Pak Khiuw dari Kuala Beris bersetuju dengan cadangan itu.Pada masa yang ditetapkan semua mereka berkumpul di rumah Hammud dan berbincang dengan panjang lebar dan bersetuju meminta bantuan Pak Cik Peng unutk meminta tanah dari Tuan DO.Pak Cik Peng bersetuju memberi pertolongan yang diperlukan itu.
Setelah kelulusan permohonan tanah diperolehi mereka semua berbicang tentang cara-cara memugar Bukit Dada Ayam.Dipersetujui orang-orang Melayu memugar di sebelah matahari naik bukit itu dan orang-orang Siam di sebelah matahari jatuh.Pak Senik ditugaskan untuk mengepalai kumpulan merenteh kawasan orang Melayu dan dibantu oleh Tok Wahab Rimau.Kerja-kerja merenteh di kawasan Siam dikepalai oleh Deen Seng.Pak Senik dipilih untuk membuat kerja merenteh kawasan sempadan kerana dia dan Tok Wahab Rimau sahajalah yang benar-benar mengetahui kawasan ini,kerana mereka berdua sahaja yang selalu memasuki ke bukit ini unutk menjerat pelanduk dan meracitt burung punai.Pada suatu petang takala mereka berdua dalam perjalan pulang setelag kerja merentes di kawasan atas Bukit Dada Ayam siap dilakukan,Pak Senik Berjalan di dahapan dan diikuti di belakang oleh Tok WahabRimau,dengan tiba-tiba seekor harimau betina membawa anak menerkam dan mengerkah kepala Pak Senik.Ketika itu Tok Wahab Rimau sedabg membuang air kecil dan setelah mendengar jeritan Pak Senik .dia terus menerpa kearah Pak Senuik dan melihat harimau itu sedang bergelut dengan kawannya.Dengan pantas dia menghunuskan parangnya dann menetak belakang harimau itu,dengan sekali hayun harimau betina itu terlentang dan terus tidak bernyawa lagi.Pak Senik sudah tidak sedar dan Tok Wahab Rimau terpaksa memikulnyauntuk dibawa pulang.Setelah sampai dipinggir kampong Tok Wahab Rimau berjaya mendapat bantuan dari beberapa orang kampung itu yang sedang pulang dari mencari buag keranji di kawasan berhampiran.Setelah sampai dirumah Pak Senik,berita kemalangan ini terus tersebar di seluruh kampong .Semus penduduk berhimpun mengziarahi Pak Senik.Peristiwa Pak Senik di kerkah oleh harimau betina dicerita secara teliti oleh Tok Wahab dan bagaimana dia membunuh Semua orang terpegun dengan keberanian Tok Wahab dan Hammug gelarkan dia Tok Wahab Rimau dan selepas itu semua orang di kampong ini mengenali dia sebagai Tok Wahab Rimau.
|
|
|
Post by amzar on Aug 22, 2006 20:05:18 GMT 7
Pak Senik wira baru, namanya harum semerbak, sana sini dicanang orang, Pak Senik wira sejati, sanggup menggadai nyawa semata-mata mahu melihat tanaman getah menjadi realiti. selepas kejadian Pak Senik diserang harimau, semua sepakat bahawa kawasan baru yang ingin dibuka perlu dibincangkan dan diminta bantuan Paksu Hamad Pak Khojah. kepakarannya diakui ramai apabila banak tokei cina yang ambil balak mendapatkan bantuan beliau. tidak ada mentera yang melanggar agama tetapi sekadar memohon keselamatan dari Allah agar dielakkan bala bencana, itu katanya apabila ditanya. Selepas itu tidak ada lagi kejadian yang tak diingini berlaku kecuali sekali dua beberapa anak muda dikejar khinzir. bertempiaran lari memanjat pokok tetapi tidakmenjadi ketakutan kepada mereka bahkan menjadikannya sebagai satu bahan gurauan. Tanaman getah subur menghijau, Pak Senik bangga walaupun nyawanya hampir melayang. Kini pak Senik banyak berehat dan hanya sesekali melayan budak-budak bermain chaplong. bukannya Pak Senik buang tabiat tetapi seronok katanya melayan kanak-kanak. Edik, Chok, leman, Amek, Madeng, Mizi, Zol, lie, Zamri, Musa, Puk, dan ramai lagi gembira dilayan mesra oleh Pak Senik. bukan semua orang mahir membuat chaplong. buluh yang terbaik perlu dicari. peluru yang betul juga penting. memang guna kertas pun chaplong akan meletop, ada kampung lain gunakan buah cenerai tetapi itu juga tidak berkesan kerana saiz buah cenerai tidak sama. peluru terbaik dan terhebat dan sama hebatnya dengan senjata canggih amerika ialah buah Jemarong, yang tumbuh subur di tepi sungai muda. saiz buahnya sama sekata dan amat pedih jika terkena tembakan peluru jemarong. paling penting, saiz buah sama memudahkan chaplong dinaik taraf menjadi seperti M16. ditambah laras terpacak di atas dan mampu dimuatkan 30 hingga 50 peluru jemarong serentak, ini hebatnya buah jemarong, dalam pertempuran sesiapa yang mempunyai chaplong M16 pasti digeruni kerana kemampuan memuntahkan puluhan peluru tanpa henti sedangkan chaplong biasa perlu diisi peluru setiap kali selepas tembakan. M16 paling hebat dibuat oleh Pak Senik, itulah sebabnya ramai kanak-kanak berlumba-lumba mengambil hati Pak Senik. namun Pak senik yang berabad lamanya hidup faham dan tidak kedekut untuk membuat untuk semua kanak-kanak tersebut M16.
|
|
|
Post by Dato Wan on Aug 23, 2006 10:27:59 GMT 7
Berita mengenai tanaman getah mula tersebar di seluruh daerah,sehingga ke Jeneri.Lahak dan beberapa orang rakannya dari Kampong Masjid san Kampong Kuala Jeneri telah pergi berjumpa dengan Pak Cik Peng untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi mengenai tanaman getah.Mereka dibawa melihat sendiri kebun getahh di Banggul Derdap dan amat tertarik dengan hasilanya.Pak Cik Peng dan Cik Noh Tok Kapo bersetuju memberi nasihat dan bantuan bermohon tanah dari Tuan DO dan bersetuju membawa mereka pergi mengutip biji-biji getah di ladang Orang Putih derkat dengan Pekan Gurun.Sekembalinyadari Banggul Derdap Lahak telah menjemput ramai rakan-rakanny a untukberbincang mengenai tanaman getah.Mereka semuas bersetuju dengan cadangan tersebut,kecuali seorang sahaja menentang;iaitu Cik Hin.Mengikut pendapatnya tanaman getah tidak sesuai dengan orang Melayu kerana orang Melayu tidak ada pengetahuan mengenai tanaman getah.
|
|
|
Post by Dato Wan on Aug 24, 2006 10:53:24 GMT 7
Lahak,Cu Li,Pak Teh Leh dan beberapa orang kwawan-kawan pergi berbincang dengan Tok Guru Haji Mad Lala mengenai cadangan mereka menanam getah.Setelah berbincang panjang lebar Tok Guru Haji Mad Lala bersetuju membawa mereka bertemu dengan Tok Guru Haji Seman dari Kemelong untukmendapat nasihat dan pandangan mereka.Kedua mereka perenah belajar di Pondok Gajah Mati dan pernah mendengar kisah tanaman getah yang banyak mendatangkan hasil.Tok Guru Haji Seman dan anak-anak buahnya sedang menanam getah di kawasan berhampiran di kaki Bukit Enggang.Mereka juga telah pergi melihat sendiri tanaman getah yang diusahakan di Bukit Serenggege.Semasa berada di Banggul Derdap mereka ditemukan dengan Pak Cik Peng .Awang Hammad dan Tok Haji Hammad Mekong yang kesemuanya sanggup memberi bantuan yang diperlukan.Biji-biji getah beneh deli diperolehi mereka dari Pak Cik Peng.Semasa berada di Banggul Derdap mereka juga bertemu denganTok Cik Ya,kerana Tok Cik Ya adalah rakan Tok Haji Mad Lala dan mereeka berdua adalah ahli Parti Bulan.Tok Cik Ya cuba mempengaruhi mereeka mengenai perjuangan Parti Bulan untuk menegakkan sebuah kerajaan Islam apabila negara mencapai kemerdekaan.Tok Cik Ya memberitahu mereka bahawa dia menentang keras Parti Keris kerana parti itu berkerjasama dengan kafir dalam pemerintahan negara.Katanya juga bahawa orang-orang Parti Keris adalah jahat kerana kerbau jantannya mati dibunuh oleh puak-puak itu dan tanpa usul periksa dia menuduh Huseng Kapak Api yang selalu berbalah dengannya mengenai hal-hal politikdiatas kematian kerbau jantannya yang terputus keting tempuh hari.Walaupun Huseng Kapak Api sudah beberapa kali menafikan tuduhan itu dan dia anggup menjunjung Koran,Tok Cik Ya tidak berubah terhadap tuduhannya bahawa Huseng Kapak Api yang dipersalahkannya.Pergaduhan di antara Tok Cik Ya dengan Huseng Kapak Api,berpunca dari kematiaan kerbau jantan dan berterusan kedalam politik membuat masyarakat kampong ini berbahagi dua dan kerukunan hidup yang mereka nikmati selama ini sudah mula nampak detik-detik perpecahan.
|
|
|
Post by pak itam chawan on Aug 26, 2006 14:43:50 GMT 7
Di Srengenge suasana masih lagi tak tenang . Kali ini kera dan lutong menjadi ancaman pokok-pokok getah yang baru tumbuh dan mula berpucuk . Pucuk-pucuk muda di kepak dan dimusnahkan oleh pengundi hutan di sempadan Srengenge. Mereka lompat dari satu pokok ke pokok yang lain dan menyebabkan anak-anak getah yang sebesar lengan itu patah. Penduduk Banggol Derdap terpaksa menahan perangkap di bahagian sempadan Srengenge , kerana itulah sahaja keadah yang terlebih baik. Sehari berpuluh-puluh ekor dapat ditangkap mereka. Dan tidak ada jalan lain hanya dibunuh semuanya . Akhir ini mereka mendapat satu idea baru . Lebai Che Nik yang mendapat idea ini . Dia berpikir begitu lama kerana kesian melihat binatang2 itu dibunuh , angkara dari perbuatan mereka memusnahkan Srengenge. Setiap ekor yang ditangkap di pakaikan dengan baju lama anak2 mereka dan di lepaskan semula. Kera-kera yang lain cabut lari jauh ke hutan apabila melihat kera-kera yang berbaju ini mengikuti mereka. Kemudiannya angkara ini dapat diselesaikan , kerana kera-kera dan lotong juga tak berani menghampiri lagi kebun getah di Srewngenge.
|
|
|
Post by pak itam chawan on Aug 26, 2006 17:58:21 GMT 7
Sumpahan Srengenge masih tertinggal sikit-sikit lagi. Lebai Che Nik pula sakit kepala lututnya . Telah seminggu berjengkit-jengkit , kekadang mengengkang-ngengkang sama seperti Hammad Che Noh dulu. Sudah seminggu tidak pergi berjamaah di mesjid. Sembahyang bersendirian di rumah . Itu pun terpaksa duduk atas bendul , kerana lutut sakit bila dibengkok. Hajat hatinya setiap hari nak ke Srengenge melihat subur pokok getah yang telah ditanam. Tapi apa kan daya . Terpaksa merengkok kat rumah. Nasib baik juga kerbaunya tak perlu lagi subsidi rumpat. Kerbaunya bebas di baroh kerana belum lagi masa untuk menanam padi. Pagi-pagi dilepasnya dan waktu petang kembali sendiri. Kerbaunya cukup rap dengan suruhan tuannya.
Semalam isterinya tumbok bole dan halia dan membungkus kepala lutut Lebai Che Nik. Dia redho dengan kesakitan yang dirasainya. Allah akan menyembohkan sakitnya ap[abila tiba masanya. Setiap sakit ada ubatnya. Sakit akan menghapuskan dosa yang ditanggong badan . Orang alim suka apabila jatuh sakit kerana sakit melupuskan dosa, itupun kalau mereka redho. Hidup dan mati di tangan Allah. Kita cuma diberi umur untuk sementara waktu saja. Ajal kita di tangan Allah.
Waktu malam penuh tetamu datang ke rumah Lebai Che Nik . Sanak saudara yang jauh-jauh dari Bendang Man , Serendah , Kebun Bunga dan Teloi dan Tupai akan bermalam di rumahnya. Besok lepas subuh berjalan kaki balik ke rumah masing-masing. Musim itu musim buah berangan . Mereka masing-masing bawa buah berangan . Digoreng rioh-rendah dalam kuali . Gamat bunyinya. Lepas itu rioh-rendah pula bunyi ketokan buah-buah berangan tersebut. Apabila tidor pula bunyi rioh-rendah pula masing-masing kentut . Lepas seorang seorang kentut , kerana buah berangan hambat angin dalam perut . Ikut nasib masing-masing,kerana kekadang mengeluarkan bau yang tak seirama. Tidak boleh memarahi sesiapa . Kalau tak tahan sumbat saja lubang hidung.
|
|
|
Post by pak itam chawan on Aug 27, 2006 10:01:14 GMT 7
Sana busuk,sini busuk.Rata-rata dan di segenap pelusok Banggol Derdap dipenuhi oleh bau busuk . Busuk kentut buah berangan pun tak sehebat busuk yang melanda Banggol Derdap sekarang ini. Makan dan minum pun jadi tak berselera kerana bau busuk berpuing-puing penuh kampung dan menjelajahi ke segenap lubang hidung yang bernafas . Perempuan2 yang baru mengandung bermuntah-muntahan . Bunyi teranan muntah terdengar di mana saja ada perempuan mengandung . Masing-masing menutup hidung dengan kain basahan kerana tak tahan bau yang suka menunjah-nunjah masok ke lubang hidung . Suasana bagaikan di negara arab yang majoritinya berfurdah. Itulah kesan dari bangkai-bangkai kera dan lutong yang dibunuh oleh penduduk kampung. Burung-burung ereng berterbangan memenuhi udara kerana berpesta dengan bangkai-bangkai yang berselerak dibuang di pinggir Srengenge. Sebelum ini belum pernah ternampak ereng-ereng sebagitu banyak di kawasan Srengenge. Entah-entah ada juga ereng dari bukit Enggang , Bendang Man dan juga dari kawasan yang jauh-jauh , kerana ereng dapat menghidu bau berpuluh-puluh batu jaraknya. Lebai Che Nik berterima kasih kat ereng-ereng yang datang membaham bangkai-bangkai di Srengenge , kalau tidak lebih lama lagi mereka terpaksa berfurdah. Besok malamnya hujan turun dengan lebatnya . Itulah pertolongan dari Allah untuk menyelamatkan penduduk Banggol Derdap. Saki-baki bangkai yang berlebihan di tinggalkan ereng-ereng dibawa lari oleh arus air jauh -jauh . Waktu paginya cuaca cerah dan bau busuk dah hilang dan tak lagi memasuki lubang-lubang hidung . Semua berasa lega . Dan perempuan yang mengandong pun tak lagi muntah-muntah. Dan kentut saja yang akan berbau busuk. Itupun kalau buah berangan masih belum habis lagi.
|
|
|
Post by berusgigiiiiii on Aug 27, 2006 12:54:47 GMT 7
Haji Mad lala buka pondok di Kg Raja, bersebelahan kg MEsjid. Itupun di atas tanah kerajaan berhampiran dengan satu kubur lama dan tembok tanah yang dikatakan dibini oleh Raja Bersiong. Haji Mad Lala ni baik dengan Haji Aziz, orang Kuat Sultan Kedah pada masa itu. Jadi dia dapat bantuan dan sokongan dari haji Aziz. Malahan Sultan pernah datang ke pondok tersebut dan menganugerah pingat JP kepada Haji Mad Lala.
Pada masa tu kawasan Kg MEsjid dan Jeneri ni masih dipenuhi hutan lagi. Dan pokok getah dah mula ditanam oleh orang-orang yang berhijarah masuk kesana. Lahak,Cu Li,Pak Teh Leh dan beberapa orang kawan-kawan dah tanam getah mengikut kemampuan masing-masing. Dan getah dah mula mendatangkan hasil dan ramai penduduk dan mula seronok menoreh disamping menanam padi secara kecil-kecilan dan bergotong royong.
|
|
|
Post by Dato Wan on Aug 28, 2006 13:17:44 GMT 7
Getah tumbuh dengan suburnya di seluruh kawasan ini.Cik Hin yang dahulu menentang tanaman getah mula berubah pendiriannya dan beliau berpakat dengan beberapa orang pengikutnya meneroka kaki Bukit Hangus unutk membuka kebun getah.Orang-orang luar dari kawasan ini dibawa masuk menerokai tanah disini.Kemasukan orang-orang luar yang dibawa oleh Cik Hin telah mengwujukan suasana tegang diantara penduduk asal Bukit Hanggus dengan pendatang dari luar.Perubutan kawasan selalu berlaku dan pergaduhan ini juga berlaku disebabkan oleh pengaruh politik,kerana kebanyakan orang-orang Cik Hin adalah ahli Parti Bulan ,tetapi orang-orang sal kebanyakanya ahli Parti Keris yang diketuai olehustaz Abu Seman.Pengaruh Haji Mad Lala juga sangat kuat disini.Dia menggunakan kedudukanya dan darjah kebesaranya iaitu Jaksa Pendamai unutk menyokonh permohonan tanah anak-anak buahnya.
Susu getah mengalir dan membawa pendapatan dan rezeki yang banyak di seluruh daerah ini.Kanak-kanak tudak lagi bermain bola dengan buah limau kedansa yang dihempas menjadi lembut.Bola kini diperbuat dari getah yang beku dalam cawan,dilenyek nipis,dilipat dua dan digigit ditepi seperti kueh karipap dan ditiup sehinnga mengelembong bulat.Tali-tali getah ditari dari daun-daun torehan dan dibalut disekeliling bulatan getah sehinnga menebal menjadi bola yang lembut dan ringgan disepak.Setiap biji bola ini boleh digunakan selama tiga empat hari bermain.Dengan terghasilnya bola getah ini kanak-kanak tidaklah lagi bermain gasing kayu atau bolabuah limau kedangsa. Setiap kampong sudah adapasukan masing-masing .Kumpulan Ali Debasa dari Banggul Kiat adalah diantara pasukan yang sangat digeruni .Oleh kerana kehebatannya Ali Debasa dilantik oleh Cik Gu Madnor atau juga dikenali dengan nama Pak Nor unutk menjadi ketua pasukan bola sepak sekolahnya dalam pertandingan melawan psuikan Pak Da Soh dari Teloi yang diketuai loheh anaknya Harung.Kedua-dua pasukan ini pantang bertemu,kerana setiap kali berlawan pasti penyokong kedua belah pihak akanbergaduh dan sahaja fasal permainan bolasepak tetapi juga berkaitan politik,kerana kumpulan Pak Da Soh adalah pengikut Parti Bulan,sedangkan peyokong kumpulan lawan mereka kebanyakanya adalah aahli Parti Keris.
|
|