|
Post by berusgigi on Mar 17, 2008 13:57:26 GMT 7
Tuan/Puan Saya sempat berdiskusi dgn anak calon pada mlm selepas pencalonan. Kita berdiskus mcmana untuk menembusi kawasa-kawasan yang adalah lubuk PAS. Tetapi nampaknya tiada apa tindakan susulan yang dibuat utk mendapatkan undi dari mereka.
Ada satu mlm saya pergi ke pusat gerakan calon parlimen di Sik. Makan sedikit nasi beriani. Pada awalnya niat untuk berbincang dengan sapa-sapa yg dikenali apa yg boleh dibantu. Tetapi, nampaknya ramai yg tak dikenali. Semuanya bercakap slang luar. Frust.
Anak calon pun buat-buat tak nampak.... tak kisah. Terus balik tidur. heheh padan muka aku.
Anyway, PRU 12 ini aku rasakan yg tidak banyak penglibatan penyokong2 UMNO yg bekerja tanpa mengira wang ringgit. Yg aku nampak semua yg buat-buat sibuk adalah mereka yg sentiasa kata ada ongkos, ada kerja.
2004 di Jeneri, pemuda2 tampal poster tidak pernah tanya pasal duit. Mereka yg hisap rokok hanya tanya ada rokok sebatang tak? Tapi 2008 lain jadinya.
Post mortem utk PRU12 ini senang jerr. 1. Calon luar org Sik tak mahu 2. Ahli UMNO marah kat Paklah & KJ 3. Pengundi Sik mahu Dato' Wan 4. Jentera UMNO bahagian tidak berfungsi langsung. 5. Tok Mid kempen utk adik ipar dia.
So apa kena buat? 1. Kembali berjuang dgn ikhlas 2. Tukar ketua2 cawangan yg malas dan pentingkan wang 3. TUKAR KETUA BAHAGIAN ... AMBIL DATO' WAN jadi ketua bahagian 4. Perkuatkan cawangan2 dan bahagian 5. Perkuatkan PEmuda, Wanita dan Puteri
|
|
|
Post by gen2dberiss on Mar 17, 2008 15:34:56 GMT 7
apa yang berusgigi nukil kan itu memang benar belaka dan ianya jugalah menjadi modal perbualan ahli-ahli umno yang masih sayangkan umno... di mana saja tak kira masa..
saya amat bersetuju dengan apa yang dikatakan dan disarankan.. cumanya, kita jangan hanya tahu berkata-kata.. satu tindakan drastik perlu diambil... bukan untuk kepentingan sesiapa.. hanya kita melihat kepentingan bangsa melayu itu sendiri.. ini pula bukan bermaksud, parti melayu yang lain tidak boleh melaksanakan misi ini... cumanya.. parti umno ini sudah lebih 50 tahun berpengalaman dalam menguruskan orang melayu... seperti sebelum ini juga.. saya suka menjelaskan yang bukan umno itu yang menjadikan suasana ahli-ahli pada hari ini bertaburan.. hanya kepimpinan di peringkat pusat.. negeri dan bahagian itu sendiri yang menjadikan dan merelakan perpecahan dalam umno...
dan akhirnya.. saya mohon agar dr. wan dan mana-mana pihak yang ingin melihat umno kembali kepada perjuangan asalnya.. untuk memartabatkan bangsa melayu agar duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan bangsa-bangsa yang lebih maju dari kita.. ayuh kita mulakan segera.. pemilihan umno tak lama lagi.. kita mulakan diperingkat bawah dan kita pastikan barisan kepimpinan umno selepas ini adalah dikalangan orang-orang yang ingin membela umno... bukan untuk kepentingan diri 300 peratus...
adios
|
|
|
Post by berusgigi on Mar 23, 2008 11:22:50 GMT 7
Saya telah mula menjalankan gerak kerja utk tujuan tersebut. Cuma ianya hanya setakat kemampuan saya sahaja yang hanya free pada weekend. Itupun tak tak tentu lagi jika terdapat panggilan kerja.
Perbincangan telah dibuat dan ramai bersetuju akan keperluan yg disebutkan diatas. CUma kita perlu canangkan Nama Dato' wan sebagai yg layak utk ambil alih.
Kita akan cuba di kawasan Jeneri. Mohon juga mana-mana pihak yg sanggup sahut cabaran ini utk kawasan lain spt Sik, Belantik etc
|
|
akudahbosannganpaklah
Guest
|
Post by akudahbosannganpaklah on Mar 23, 2008 19:10:57 GMT 7
1st aku cadangkan apa kata umno sik kuarkan statement dulu sama ada sokong paklah lg ka ataupun sokong ku li n mukhriz?? then pasai cadangan nak tukar ketua umno sik tu...dah xdak calon lain ka kat sik tu??? bg la peluang dato wan nak berehat sama...dah lama dah...cam tun m kata... hehehehe ;D
p/s: nak tgk umno sik ni dibawah pengaruh paklah n kj ke tak ni...hehehehe
|
|
|
Post by pakteh on Mar 24, 2008 8:32:59 GMT 7
UMNO SIK TAKKAN KELUARKAN.....JANGAN MIMPI LA HAMID OTHMAN NAK BUAT....NAK TUNGGU TAJUDIN....TAKKAN DIA NAK KATA GITU KAT KHAIRY (ORG YG LETAKKAN DIA DI BELANTIK).....
Kalau Dato' Wan...aku YAKIN 100%.....dia dah keluarkan kenyataan dalam BERNAMA dan myKMU supaya diadakan perhimpunan KHAS UMNO dan biarkan semua wakil memilih siapa presiden...itu makna tersurat......makna tersirat..sendiri tau la kott...
|
|
|
Post by berusgigi on Mar 30, 2008 8:13:04 GMT 7
UMNO Sik remote controlled. Ketua Bahagian Sik boneka saja..
|
|
|
Post by gen2dberiss on Mar 31, 2008 8:05:15 GMT 7
kalau dah macam tu, kita sendiri kena bangkit dah hadapi mereka jangan biaq depa dok memperkotakkatikkan kemampuan kita lagi..
nak tunggu sampai bila lagi.. nak biaq nasi dah jadi bubuq... umno sik ni rasanya belum sampai nasi jadi bubuq..
tak kan dengan TSH (ketua bahagian) kita sampai nak buang umno.. umno tetap umno.. kita yang perlu berada di barisan kepimpinan tu.. kita ganti semua yang menjawat jawatan pengampu bertaraf menteri tu..selagi depa ni dok ada.. selagi tu kita akan terus berbicara disini.. dan hasilnya.. masa kita terbuang dan sapa sapa pun tak akan pandang kita.. dan apa yang orang sik dapat kalau kita hanya dok berdiskusi disini.. faedah apa yang depa rasa.. itupun kalau kita ni nak dok dalam barisan pejuang la..kalau kita nak selalu bagi statement.. sama la kita ni macam TSH dan sebahagian jawatankuasa umno yang lain..
ada sesapa yang boleh senarai pendekkan calon calon yang layak duduk di 3 kerusi panas umno bahagian sik (ketua, timbalan & naib), kerusi ketua pemuda, ketua puteri dan ketua wanita..
kalau kita semua dah bersedia dan telah pun menerima perubahan kerajaan di negeri kedah ni akibat acara mementingkan diri sendiri dalam pilihanraya umum yang lalu.. kita semua (sesiapa saja yang mengaku jadi warga umno sik) perlu menerima satu lagi kenyataan dimana perubahan kepimpinan umno akan terjadi jugak lepas ni.. kita terpaksa mengorbankan TSH yang begitu banyak berjasa sehinggakan umno sik jadi macam ayam berak kapur... bukan TSH sorang ja ramai lagi..cumanya, dimana kuasa seorang ketua bahagian yang major dalam bidang keagamaan untuk membentuk peribadi mulia dan berdedikasi tinggi kepada orang2 bawahnya...
dah lama dah.. kata mantan perdana menteri malaysia... cuba bayangkan.. TSH dalam ucaptamanya dalam perhimpunan agung umno bahagian sik nanti.. dia buat macam tun buat dalam persidangan terakhirnya.. kita akan lihat betapa ramai makhluk umno sik yangt akan menangis.. mungkin jugak tangisan tu lebih lagi dr tangisan perpisahan TDM.. yang bezanya di sik ni.. semua orang sedih kerana bukan sekrang ni masa yang sesuai utk TSH letak jawatan... sepatutnya 5 tahun yang lepas dulu..
:-)
|
|
|
Post by berusgigi on Apr 1, 2008 8:03:50 GMT 7
Pakteh, paggey la semua buat satu perjumapaan. Heheh aku akan join
|
|
|
Post by pakteh on Apr 1, 2008 9:16:47 GMT 7
Assalamualaikum... ok...kita boleh adakan perjumpaan dan berbincang....matlamat perjumpaan bukan nak menjatuhkan sesiapa atau mengangkat sesiapa...kerana tu tugas ketua cawangan dan perwakilan yg diamanahkan... sebagai ahli UMNO sik...kita leh jumpa sambil minum2 kopi....apa arah tuju sepatutnya yg baik utk UMNO Sik bagi pandangan mata kita....bukanlah kita ni golongan yg hebat tapi...apa salahnya sembang2..borak2...utk kebaikkan UMNO....itu lebih baik dari sesetengah orang yg berkumpul dan berbincang utk cantas org itu dan pancung orang ini....
saya cadangkan pada tarikh: 5 April (Sabtu) Jam: 9.00 Malam....Tempat....nanti saya maklumkan.... Msg or call sy utk comfirm kehadiran: 017-4812202 (pakteh)
p/s: Sesiapa sahaja dijemput kerana matlamat kita....borak2..sembang2...apa yg terbaik utk UMNO Sik.....(sebagai ahli di akar umbi...ramai diantaranya telah membuktikan kuasa mereka pada PRU12 yg lalu)...so..takdak team org itu or team org ini.....TQ
|
|
|
Post by barujer on Apr 1, 2008 9:20:50 GMT 7
|
|
|
Post by berusgigi on Apr 1, 2008 16:10:19 GMT 7
Aku join
|
|
|
Post by anakpakdin1 on Aug 30, 2008 16:41:37 GMT 7
assalamualaikum... salam p'kenalan...sy org beris jy..the true beris jy coz asal usul family sy mmg org sg btg,mama n abah sy org sg btg...so bila mati,tanah dkt sek.keb.BBBJ tu la tmp sy. well bak kt org muda2, it's cool to know that people talk about your hometown..wlaupun ada rs cam x sedap dibaca.tp itu pendapat masing-masing....sebab manusia ni mmg cam tu,ckp cam poyo jer,tp action nyer? hampeh... aper pun,klu ada tulisan sy yg org lain tak best baca, lain kl jgn baca!!!!!!!!!!
|
|
|
Post by anakpakdin1 on Aug 30, 2008 16:54:01 GMT 7
salam.. pernah dgr lagu warisan??alah lagu nie klu gi kursus JASA @ BIRO TATANEGARA glamour ar..sy rs kita org melayu patut paham lagu nie,bkn aper supaya kita nie sedar diri skit..ni sy ksi lirik dia..nangis siot ms nyanyi lagu ni kat kursus BTN dulu..
Anak kecil main api terbakar hatinya yang sepi air mata darah bercampur keringat bumi dipijak milik orang
nenek moyang kaya raya tergadai seluruh harta benda akibat sengketa sesamalah kita cinta lenyap di arus zaman
indahnya bumi kita ini warisan berkurun lamanya hasil mengalir ketangan yang lain pribumi merintih sendiri
masa depan sungguh kelam kan lenyap peristiwa semalam tertutuplah hati terkunci mati maruah peribadi sudah hilang
kini kita cuma tinggal kuasa yang akan menentukan bangsa bersama berbakti pulih kembali harga diri
kini kita sudah tiada masa majulah dengan gagah janganlah terlalai teruskan usaha melayukan gagah dinusantara ....melayukan gagah di nusantara
so pikir2 lah...kita nak ker jadi kuli dlm rumah sendiri?bersatu la wahai org melayu..
|
|
|
Post by gen3dberis on Sept 10, 2008 10:44:02 GMT 7
salam untuk semua
rasanya dah lama forum ni dilawati.. mungkin hanya dilawati tetapi tidak diberika apa-apa kenyataan oleh pengunjung setianya.. masing-masing punya keinginan kan?
pertamanya, salam ramadhan untuk semua umat islam di muka bumi ni.. semoga mendapat keberkatan di bulan yang mulia ni..
sebenarnya hamba masih tertanya-tanya kemanakah perginya "Pahlawan, Pejuang & Pembela" di laman ini untuk menangkis hujah yang tidak benar yang dilemparkan oleh pengunjung blog ini... ada lagi ke dah mati? kalau dah mati tu, didoakan mudah-mudahan rohnya dicucuri rahmat dari Allah SWT jua...
anakpakdin1 macam watak baru je dalam blog ni.. mai kot mana? baguslah.. ada jugak anak anak watan BBBJ dok masuk sini ye.. hamba pun tak kenal tuan hamba ni siapa.. tapi itu bukan persoalannya... kalau tuan hamba merasakan kenyataan kenyataan yang diberikan disini semuanya hampeh.. apa lah kiranya tuan hamba plak memberikan kenyataan kenytaan yang tidak hampeh pulak.. bukan apa, mungkin kebanyakan anak-anak BBBJ yang sering mengunjungi blog ini hanya yang berfikiran cetek dan tak sama dengan pemikiran anakpakdin1 ni...
seperti yang dikatakan oleh anakpakdi1 lagi.. tak ada action.. ye lah.. yang dok bagi pendapat tu pun dah berfikiran bak katak dibawah tempurung... apa sangat tindakan yang boleh diambil... dok saja ja lah... tapi pada perkiraan dan hemah hamba, hamba merasakan anakpakdin1 ni mungkin lah manusia yang dicari cari untuk mengembalikan kegemilangan yang sepatutnya dikecapi oleh masyarakat BBBJ...
dan hamba amat berharap supaya anakpakdin1 ni tidak jugak seperti pengunjung blog yang lain... hanya tau bercakap dan tak reti nak bertindak..
ADIOS
|
|
|
Post by pakteh on Sept 10, 2008 13:40:01 GMT 7
Salam gen3dberis... dulu ada gen2dberis....hehe....aper2 laa..nampak nick awak baru register kat mykmu.net... yup..ramai yang masuk sini but pakteh pun selalu masuk.... pasai BBBJ ni....pakteh dah create beberapa orang pemuda dikalangan anak jati BBBJ untuk menyertai pakteh dalam bidang perniagaan...Alhamdulillah...sudah menampakkan kejayaan... mengapa pakteh ceritakan ini...untuk bangkit dari kemelut yang melanda...org BBBJ perlukan sumber kewangan yg kuat...barulah boleh hidup disebuah bandar yg segala2nya perlukan duit....bisnes ini masih terbuka kepada sesiapa sahaja dan org BBBJ..... TQ
|
|