|
Post by kaklong on Dec 26, 2007 15:36:49 GMT 7
adeh... Hiv positif ( memang sah ka positif )... ermm papun sabaq-sabaq ya... cari jalan penyelesaian... Bila sebut bab etika ni.. memang banyak beza... contoh owang kl makan kat hotel ... dok atas kerusi, pakai sudu.. owang kampung makan... dok sila kadang ada yang bertinggung.. makan guna tangan biasa ( itu biasa la , kaklong pun makan pakai tangan ) .... kadang pinggan nasi dok atas riba makan sambil tengok tv.... Klu suruh dengan garpu la... duduk atas kerusi.. tertib dia kata ghimaih.... So sama la bila masuk meeting mana la dia tau etika nih semua.... ada yang tak besa meeting pun ada... Yang besa kena la ajaq cara dan etika... cakap biaq sopan tapi teghang... Tapi kadang2 nih emosi lebih dari isu yang nak dibawa.. isu tu tak tera mana pun emosi ja lebih... tambah pulak tadak tv3 ka rtm ka ntv7 ka... so nak kontol hensem tu tak sempat la... Klu ada tv3 dok congak depan mata lain pulak ceritanya.... lagu tu la.. owang kita.... main redah ja tak kira apa kebenda... Dalam rukunnegara pun ada sebut kesopanan dan kesusilaan.. kalau semua tau pikiaq semua tu balik tadak la cacamarba dalam apa jua sekalipun..... tentu teratoq ja... masalahnya bukan senang nak bentuk sorang-sorang untuk beretika.... depa kata ghimaih... Apapun Hiv positif ( jangan dok letak pisau cukoq merata na ) pakat2 la cari jalan penyelesaian.... owang luar nih klu nak ilmu kami boleh pakat2 tolong pi ajaq... klu nak kacau masalah dalaman tu silap2 kena lempang lekat lima jari... Hiv positif maybe ada pihak bersesuaian yang boleh bantu masalah tu mereka yang lebih arif.... kita tengok apa komen Dato Wan... kot2 dia ada pandangan.... ( dia pun tak larat nak pikiaq masalah dalam umah orang nih ) pepandai jerk la...
|
|
|
Post by pakteh on Dec 26, 2007 20:18:01 GMT 7
Pakteh ni bukan ahli koperasi but insyaallah....nanti jadi laa kot kalau rasa ok...tapi kelmarin dulu dah hampir2 bertumbuk...aduih....but tak tengok depan mata la, kawan2 cerita...kebetulan balik cuti lama...hari ni baru mai...esok start keja.
Cara mudahnya...tak kira kita ni ulu ka....orang kampung piiaaww kaa..apa kaaa....kalau kita jaga adab dan adat Melayu.....Insyaallah...kita takkan memalukan diri sendiri. bangang seteruk manapun kita....jika berpegang kepada AMALAN DEMOKRASI.....Insyaallah....hati kita yg panas membara akan terpadam akhirnya dan menerima keputusan majoriti dengan berlapang dada.
Difahamkan isu bertumbuk terjadi kerana inginkan calon baru yg dipilih tetapi suara majoriti memilih calon lama.....bagi pakteh...walaupun sakit...kita kena terima...itu hakikat dalam kita berkoperasi....
setiap pemimpin tu ada kelemahannya...ada kelebihannya....mungkin yg baru lebih baik tetapi ada kemungkinannya akan lebih teruk, BEGITU juga dengan yg lama....ada kelemahannya tetapi pakteh percaya...kelebihan dan kebaikannya sudah pasti ada walau sedikit.
Rasa pakteh sejak ditubuhkan 7 tahun lalu (kalau xsilap)....koperasi beris jaya ni semakin berkembang.....malah ada perancangan masa depan yg agak jitu utk membangunkan ahlinya....ada beberapa projek pertanian sprt ternakan kambing, lembu, ikan yg pakteh rasakan kena pada masanya mengikut saranan kerajaan.
Apapun..sebagai orang luar (bukan ahli) apa yg pakteh nampak ni sekadar dari luar....dalamannya pakteh tak tahu apa2, hanya mereka2 yg terlibat saja yg tahu....tapi itulahhh..bagi pakteh...setakat isu yg kecil2.....janganlah dimusnahkan kejayaan dan bakal kejayaan yg telah dicipta dan akan dicipta.....
Dengan usia yg baru melangkau 7 tahun, bagi pakteh, KBJ telah berjaya dan sukses berbanding dengan koperasi lain yang dihuni oleh ahli2 profesional dan ditadbir oleh orang2 yg lagi hebat.
p/s: Hanya jauhari mengenal manikam
|
|
|
Post by gen2dberiss on Dec 27, 2007 7:41:32 GMT 7
Hai HIV Positif, kalau macam ni mau jugak rasanya aku tak mengaku kawan ni. Dan begitu jugak kepada semua rakan-rakan gen2dberis yang lainnya, yang dah menulis mahupun yang baru nak coba-coba menulis dalam ruangan ini, tolong jangan gunakan laman ini untuk kepentingan peribadi dan suka mengapi-apikan suasana.
Tujuan sebenar saya juga adalah untuk kebaikan, bukan nak tambah kekusutan yang dok ada. Seperti kata Pak Teh, kita ni amat bertuah, walaupun dikendelikan oleh golongan bukan profesional, tapi koperasi kita mencapai segandingan dengan koperasi-koperasi lain yang anggotai oleh golongan profesional, bahkan mungkin lebih dari itu.
Sekali lagi diingatkan, supaya jangan mempergunaka nama gen2dberis dan ruangan yang diperuntukan ini hanya untuk kepentingan sesetengah kelompok, individu dan jangan mewujudkan budaya hasutan dalam internet ini di ruangan ini.
Harap Maklum
|
|
|
Post by jong jong inai on Feb 17, 2008 12:41:16 GMT 7
Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Selamat menempuh pilihanraya umum ke 12 kepada semua masyarakat Bandar Baru Beris Jaya
Apa dah jadi dengan pemuda beris yang nampak seperti tidak bermaya untuk melawan tindakan pemuda pas memasang panji-panji mereka di sekitar Bandar Baru Beris Jaya?
Mungkin ada persoalan yang bermain di sesetengah fikiran pemerhati politik khususnya di Beris Jaya..
Sebenarnya bukan begitu, Pemuda UMNO/BN Beris Jaya bukan macam 10 tahun yang lepas, kelam kabut nak pasang bendera dan nak begaduh dengan orang, bukan jenis macam pemuda pemuda pas yang takut tak dak kawasan nak pasang bendera, sebab tu depa pasang awai..
Pemuda UMNO mempunyai strategi tersendiri untuk melawan PAS.. dan lagi pulak, apalah nak diherankan,, UMNO melalui Barisan Nasional akan memang.. dan PAS akan kalah teruk.. ha ha ha.. sebab tu Pemuda UMNO tak gentar..
Pemuda Beris akan memastikan saluran 3 pada hari pembuangan undi bagi pilihanraya ke 12 nanti akan menyaksikan kemenangan yang 'luar biasa' kepada 'CALON' BN yang bertanding... dan PAS tak akan ada harapan lagi dumuka bumi Beris lepas ni
sedarlah wahai pengundi dan penyokong PAS.. pangkah PAS bukan jaminan masuk syurga pangkah UMNO juga bukan jaminan untuk masuk syurga,,, dan kembalilah kepada rukun iman dan islam sekiranya kita mengakui diri ini beragama islam..tak disebut pun mengenai PAS dan UMNO
saya mengambil kesempatan ini untuk menyeru semua kaum dan masyarakat berisjaya untuk menyokong perjuangan UMNO dan BN dan menolak sekeras kerasnya Parti PAS yang hanya pandai untuk bermain kata-kata dan bukan untuk melaksakannya..
nak wat negara kebajikan konon... dok la ni pun Kerajaan dok tolong.. sabsidi sana sabsidi sini.. kalau dah nak laksanakan apa yang dok kata tu.. tok sah la ambik terima apa saja yang ternyata daripada pihak kerajaan..
maah le kalu ambo ni tersalah kecek dih..
|
|
|
Post by aku john on Feb 17, 2008 15:38:01 GMT 7
masalah beris ni dato wan azmi dah nampak masa dia jadi ADUN Jeneri dulu. (15 tahun dulu?)
dato wan pernah naikkan masalah yg akan terjadi kat beris jaya nanti bila semua dah berpindah, tapi semua pihak lepas pandang. semua tak mau ambik tau. tak endah.
yang ramai dok nampak dpt rumah baru, dapat pampasan.
lepas tu dato wan sudah tak menjadi ADUN lagi disebabkan perkara yg anda semua dah tahu dan tak payah cakap dah. yang pasti bukan sebab dia kalah dlm pilihanraya.
jadi apa dia boleh buat ?
boleh dikatakan perjuangan Dato Wan tergendala seketika sebab ada pihak yg tak senang hati kat dia.
sekarang dia sudah kembali!
|
|
|
Post by sukusuku on Feb 19, 2008 15:08:22 GMT 7
Assalamualaikum semua, kalau dah dok dalam UMNO tu baguslah kerana dengan menggunakan kad keahlian UMNO anda akan diberi diskaun sebanyak 50% apabila mengisi minyak di mana-mana sahaja stesen minyak, begitu juga dengan membeli barangan keperluan harian, tunjuk sahaja kad keahlian UMNO anda akan diberi potongan harga, mengenai harga sekerap ia akan dinaikkann 100% jika anda mempunyai kad keahlian UMNO,.
tidak lama lagi pihak kita akan mengedarkan bantuan makanan kepada semua penyokong UMNO untuk bekalan selama 5 tahun lagi.
siapa yang bagi rezeki kat kita, tuhan ka UMNO
kalau dok berkira nak tolong manusia tanpa mengira agama Allah tunggulah semua, bawalah kad UMNO kemana-mana kerana anda akan diberikan potongan selengkapnya.
Inilah perjuangan kita, perjuangan UMNO adalah untuk kebahagiaan kita di dunia ni, kalau kebahagiaan di akhirat setakat ni tak dan lagi kita nak buat kerana kita 1 daripada 14 buah komponen barisan,
tunggulah, bila tuhan beri hidayah kat kita baru kita pikir pasal Islam pulak. la ni kita pakai Islam Hadari dulu.
undilah mana-mana parti pun,
nak selamatkan dunia atau dunia dan akhirat.
perjuangan menegakkan Islam adalah wajib bagi setiap orang Islam
setakat ni kita tak dan nak tegakkan syariat dan hukum-hakam Islam lagi, pake hak penjajah tingal kat kita tu dulu la,
|
|
|
Post by budakjkgoget on Feb 19, 2008 15:19:18 GMT 7
pertama sekali aku mohon maaf la..maybe pendapat aku ni tak seberapa ok, tapi aku minta bagi budak2 muda beris jaya agar sentiasa berusaha tanpa mengharap kan bantuan. aku dengar dah ada koperasi kat situ, jadi aku harap koperasi tu akan membantu. kita kena ingat hidup di sg batang DLL tak sama dengan kat beris jaya, walaupun kemudahan tu nampak hebat tapi untuk menyesuaikan diri mmg sesuatu yang sukar. tapi insyaallah kalau kita berusaha pasti kita akan berjaya. cuma bagi aku org kat beris jaya tidak pandai menggunakan kesempatan untuk berjaya kat situ. kalau kita lihat lah, banyak kedai yang telah terbina kat simpang tiga berdekatan dengan jambatan sg teloi. tetapi yang banyak berniaga bukan nya orang beris jaya.. tetapi dari kg bersebelahan. knapa tidak diambil peluang.....
|
|
|
Post by Akak Long on Feb 22, 2008 16:42:44 GMT 7
;D kadang -kadang bila kita tak dak duit kita fikir macam2 nak buat, tapi bila kita ada duit kita lupa menda apa yang penting kita nak buat. So menda yang tak patut kita beli dan buat pun kita beli dan buat. Maybe masa pakat terima duit pampasan tak ramai yang fikir untuk ambil peluang melabur duit tersebut dalam perniagaan. Duit habis belanja.. macam tu saja.... Pada orang luar yang nampak peluang ini dan ada pulak modal, so masuk buat macam2 perniagaan... yang paling cepat peluang bisnes yang boleh buat kat situ adalah sprt kedai runcit, mini market... dan lain2 menyusul satu demi satu... Sekarang bila nak mula perniagaan, sudah banyak saingan jadi terpaksalah fikir satu anisiatif lain... Apapun harap beris jaya akan lebih jaya ddalam segalanya dibwah pimpinan Umno yang baru kelak
|
|
|
Post by AKAK LONG on Feb 22, 2008 17:10:35 GMT 7
sedara suku suku... kaklong tak bapa berkenan skit la dengan pendapat suku-suku... memang dengan mggunakan kad umno boleh dapat diskaun tapi tadak la sampai 50%, lepas tu tunjuk kad umno tadak la dapat kenaikan harga getah sekerap sampai 100%. Info mana mai tuh. Kaklong pun kompius napa suku-suku bagi info yang macam perli jerk nih. Soal hidup mati adalah ditangan allah, rezeki pun adalah satu nikmat yang dianugerahkan oleh allah. Mana2 parti yang berkuasa dalam malaysia ini tak kira la umno ke pas ker, dap ker sapa2 ker... hanya boleh membantu untuk memberi kesenangan dan kesejahteraan kepada rakyat tak kira dari apa segi. Tetapi hanya allah yang maha berkuasa untuk menentukan apa anugerah dan musibah yang akan diberikannya. Kita sebagai khalifah diatas muka bumi kenalah bersyukur dengan apa sahaja anugerahnya dan sebagai rakyat malaysia kita kena setia kepada raja dan negara, soal kepimpinan dan kerajaan, kita ikutlah sesiapa yang diberi peluang memerintah. Nak mengundi siapa, nak membangkang sesiapa masing2 diberi hak sendiri untuk menentukan. Pihak2 yang berkempen itu adalah tugas mereka, biarkan mereka dengan tugas mereka. Kalau kita nak ikut berkempen, orang pun tak boleh salahkan kita, itu hak kita. Jadi gunakan hak itu sebaik mungkin tanpa mengganggu gugat sesiapa atau memecahbelahkan sesiapa. Pilihlah yang terbaik diantara yang terbaik... tepuk dada tanya selera... Apapun kaklong harap sukusuku untuk pilihanraya ni undilah BN untuk menjadi memimpin kerajaan malaysia.. tapi untuk sejahteraan dunia dan akhirat... kembalilah hanya kepadanya iaitu allah s.w.t...
|
|
|
Post by sukusuku on Feb 24, 2008 13:35:36 GMT 7
betul la kak long kita kena undi BN, klau tidak makan pasir la kita, BN yang bagi kita makan, tengoklah tok wan pun tak terpilih, dah susah nak dapat makan. apa nak jadi dengan kepimpinan, kenapa tok wan tak terpilih, frust betul. kita protes tok sah keluar undi atau kita undi saja calon yang memperjuangkan islam, bukannya calon ikut islam hari-hari tertentu saja.
mari sama-sama kita tak perlu keluar mengundi........
|
|
|
Post by Atstunori Thomita on Feb 26, 2008 10:35:20 GMT 7
assalamualaikum
macam macam la yang ditulis dalam ruangan ni noh seronok membacanya
ada yang sedih ada yang benci ada yang kempen tak bagi keluaq mengundi (golongan setan mana ni) ada yang ikut calon baru (ni jenis cari makan) macam macam jenis manusia ada biasalah itu lah senario politik kita tak kan ada yang pasti selamanya
tak perlu emosional kita kena patuh pada keputusan pucuk pimpinan dan pada masa yang sama kita kena tau kat sik ni ada dua gajah tua masih masing nak tunjuk hebat maisng masing nak bagi padan muka so kita terima la senang ka calon calon paklah undi, undi kita kita bagi calon kita memang ka kalah ka hak kita
|
|
janganundicalonluar
Guest
|
Post by janganundicalonluar on Feb 26, 2008 13:58:05 GMT 7
NAK IKUT PUCUK PIMPINAN KONON, PUCUK PUN DAH NAK JADI DAUN, BUAT PEMILIHAN TAK KENA DENGAN TEMPAT LANGSUNG, ELOK-ELOK TOK WAN DAH BANYAK BERJASA DAN MEMBANGUNKAN SIK, NYA PILIH ORANG LUAR PULAK MASUK, ANAK SENDIRI KALAU KERJA KAT LUAR PUN BERAPA KALI BALIK TENGOK MAK BAPAK KAT UMAH, INIKAN PULA CALON, SIBUK DENGAN KEJA DIA, KITA SINI, TERKOTENG-KOTENG, SUDAH LA, BALIK LA KE NEGERI ASALMU, ORANG SIK MASIH RAMAI YANG LAYAK,
HIDUP TOK WAN, KITA PASTIKAN KITA UNDI PARTI DEPA PULAK. AJAR SIKIT KAT UMNO SIK, TAK KENANG JASA TOK WAN
|
|
|
Post by aku bosan dah on Feb 26, 2008 17:59:33 GMT 7
sungguh...org luaq ni masa nak tanding ja manis mulut lepaih menang tak jenguk kita pun di sini.
bagi aku calon baru ni adalah lebih baik dia kalah kerana dia adalah proxy KJ di Sik.
|
|
aku dah bosan jugak
Guest
|
Post by aku dah bosan jugak on Feb 26, 2008 18:02:59 GMT 7
NAK IKUT PUCUK PIMPINAN KONON, PUCUK PUN DAH NAK JADI DAUN, BUAT PEMILIHAN TAK KENA DENGAN TEMPAT LANGSUNG, ELOK-ELOK TOK WAN DAH BANYAK BERJASA DAN MEMBANGUNKAN SIK, NYA PILIH ORANG LUAR PULAK MASUK, ANAK SENDIRI KALAU KERJA KAT LUAR PUN BERAPA KALI BALIK TENGOK MAK BAPAK KAT UMAH, INIKAN PULA CALON, SIBUK DENGAN KEJA DIA, KITA SINI, TERKOTENG-KOTENG, SUDAH LA, BALIK LA KE NEGERI ASALMU, ORANG SIK MASIH RAMAI YANG LAYAK, HIDUP TOK WAN, KITA PASTIKAN KITA UNDI PARTI DEPA PULAK. AJAR SIKIT KAT UMNO SIK, TAK KENANG JASA TOK WAN Saya kira kalau Dato Dr Wan diletakkan di mana-mana DUN (BELANTIK ATAU JENERI) , InsyaAllah akan menang terutama di Jeneri dimana beliau mempunyai sokongan yg amat kuat. pada pilihanraya dulu, beliau hanya menggunakan jentera sendiri (tiada jentera UMNO) tetapi masih boleh menang. apa punya UMNO sik. tak boleh pakai. Banyak jasa dicurahkan tetapi nampaknya jasa dan kerja kuat bukan sebenarnya yang menjadi kiraan; sebaliknya siapa lebih kuat bodek yang menjadi kriteria utama utk jadi calonkalau di lihat, ramai org kuat KJ dicalonkan. aku dah BOSAN!!!
|
|
|
Post by akakLong on Feb 26, 2008 19:00:20 GMT 7
masing-masing nak bagi padan muka... ermmm kaklong pun pening.... sepatutnya mana-mana pemimpin yang diterima kita pakat2 kekalkan la yer... asal pun orang penempatan tu sendiri.. malah dah berjasa.. kita pun nampak... Buktinya dah membawa kemenangan pun untuk pilihanraya yang lepas.. nak tukar pun.. tukar tang mana yang kalah dah la... ye tak ? Pada yang berjasa mana la nak cukup untuk membangunkan sesuatu tempat dalam masa 5 tahun... tapi pada yang tak buat apa-apa.. kita pakat2 mintak cepat lah beredar bagi ganti owang lain pulak... Tapi Dato wan... kaklong nampak usaha dato... cuma masa dan keadaan tidak mengizinkan dato teruskan perjuangan... namun... jangan anggap perjuangan itu sudah selesai... kata bekas PM kita perjuangan belum selesai... kena cri cabang lain dato untuk selesaikan... mudahan allah sentiasa merestui perjuanganmu... dato wan... Lepas nih kita tengok pulak.. usaha calon kita yang baru jika beliau berjaya memenangi pilihanraya ini. Mudahan beliau diterima... Kalau memang betullah macam kata "janganundicalonluar" sesekali mai tengok... ermmm memang masa 5 tahun pejam celik2 takdan nak buat apa... sik dok macam tu jugak..... Dah tu pulak mana tahu pakat2 boikoit calon luar... tup tup tak menang... Erm...memang padan la muka kita semuaaaaaaaaaaaaaaaaa Jangan la hampa dok buat lagu tuh... NAYA....
|
|