|
Post by pos1031 on Feb 27, 2008 21:20:10 GMT 7
Menang dah boleh menang kak long, undi pos 1031 dah sah menyokong kita, tapi kita nak tunjukkan kepada umno bahagian bahwa kesan daripada mengambil calon luar memberi kesan kepada penyokong. setelah ditolak dengan undi pos dan majoriti yang diperolehi bilik gerakan sudah dapat menjangkakan kemerosotan undi tersebut,
namun begitu, jasa tok wan jangan dilupakan, aku kasihan betul dengan tok wan ni, forum ni pun dah jadi forum sik, mana dia forum ahli parlimen sik, kesian sungguh, kurang bisannya kalau nak berbanding dengan forum ahli parlimen sik,
tk wan akan sentiasa memerhatikan forum ini, banyak perkara yang belum selesai, macamana tok wan nak tolong, dia bukan ahli parlimen, tak ada lagi perkataan "DATANG KEPEJABAT SAYA, KITA BOLEH BERBINCANG" ni yang aku sedih
sebagai ahli biasa bagaimana tok wan nak tolong, tak kan wakil baru nak melalui dia pulak kot, nanti orang kata ahli parlimen baru dok buat apa? fikirkan......
kesian tok wan, tiada lagi title ahli parlimen...
kita tak tahu apa akan berlaku lagi...
wakil baru dengan kronii dia, sudah tentu berbeza dengan tok wan, terbengkalai semuanya...
tok wan.... kami kesihan dekat mu sungguh niiiiiii.
oiiiiiiiii, nak waat lagu mana ni............
|
|
|
Post by apa dia on Feb 27, 2008 23:26:52 GMT 7
masing-masing nak bagi padan muka... ermmm kaklong pun pening.... sepatutnya mana-mana pemimpin yang diterima kita pakat2 kekalkan la yer... asal pun orang penempatan tu sendiri.. malah dah berjasa.. kita pun nampak... Buktinya dah membawa kemenangan pun untuk pilihanraya yang lepas.. nak tukar pun.. tukar tang mana yang kalah dah la... ye tak ? Pada yang berjasa mana la nak cukup untuk membangunkan sesuatu tempat dalam masa 5 tahun... tapi pada yang tak buat apa-apa.. kita pakat2 mintak cepat lah beredar bagi ganti owang lain pulak... Tapi Dato wan... kaklong nampak usaha dato... cuma masa dan keadaan tidak mengizinkan dato teruskan perjuangan... namun... jangan anggap perjuangan itu sudah selesai... kata bekas PM kita perjuangan belum selesai... kena cri cabang lain dato untuk selesaikan... mudahan allah sentiasa merestui perjuanganmu... dato wan... Lepas nih kita tengok pulak.. usaha calon kita yang baru jika beliau berjaya memenangi pilihanraya ini. Mudahan beliau diterima... Kalau memang betullah macam kata "janganundicalonluar" sesekali mai tengok... ermmm memang masa 5 tahun pejam celik2 takdan nak buat apa... sik dok macam tu jugak..... Dah tu pulak mana tahu pakat2 boikoit calon luar... tup tup tak menang... Erm...memang padan la muka kita semuaaaaaaaaaaaaaaaaa Jangan la hampa dok buat lagu tuh... NAYA.... org kampung bukan bodo lagi org kampung bukan percaya apa yg kami baca dan lihat di TV kami dah pandai pakai internet.. kami takkan sokong org luar buat apa sokong , bila dah menang bukan nak balik jenguk kami pun di sini.
|
|
|
Post by gen2dberiss on Feb 28, 2008 9:06:55 GMT 7
sabarlah wahai sahabat sahabat ku apa nak buat sekarang ni nasi sudah jadi bubur kalau dah jadi bubur tu apa yang kita patut buat, kita buat lah
semalam bila saya mula balik ke sik nak ikut perkembangan kempen pilihanraya ke 12 di sik tak lah sehebat pilihanraya yang lepas lepas baik penyokong BN dan PAS lebih kurang sama saja entah apa sebabnya
dan dalam perjalanan saya sempat melihat bekas Ahli Parlimen Sik, Dato' Dr. Wan Azmi Ariffin sempat mengunjungi pos pos dan bilik gerakan BN untuk turut serta berkempen untuk kemenangan calon barisan nasional
apa pun, saya juga amat bersedih hati, kekecewaan turut wujud dihati, bersimpati dengan sekurang-kurangnya orang orang sik, pemimpin UMNO bahagian sik dan seterusnya orang yang selayaknya diberi peluang untuk menjadi YB di kawasan sik ini.. tetapi, penilaian yang ada pada fikiran kita tak sama dengan apa yang Pak Lah fikirkan.. mungkin ada baiknya pemilihan calon-calon luar yang ditempatkan di kerusi Parlimen Sik dan DUN Jeneri..
tetapi mesti diingat, mentaliti masyarakat sik ini lebih kurang sama saja walaupun berlainan fahaman politik, siapa pun jua calon itu, dia mesti anak tempatan sik jugak, sebagai mengenangkan kembali sejarah yang lepas dalam pilihanraya umum ke 11, Ustaz Azizan yang juga pesuruhjaya pas kedah, dipertandingkan di kerusi parlimen sik, jugak kalah.. sebab orang luar tak faham sikap dan pemikiran orang sik ini..
sayang seribu kali sayang, kali ini Dato' Hasbullah Lebai Isa dan Dato' Othman Desa diberi kesempatan untuk memastikan maruah UMNO dan BN di sik dipertahankan.. mampukah calon ini melaksanakan tanggungjawab berat ini...
andai diberi mandat oleh masyarakat sik, makanya semua usaha YB sebelum ini harus diteruskan oleh mereka.. sayang kalau dibiarkan terhenti begitu saja
terpulangkah kepada anda semua, sebagai pengundi.. hak kita sebagai pengundi adalah terletak pada penilaian dan kehendak hati sendiri
selamat mengundi
|
|
|
Post by retak on Feb 28, 2008 13:42:29 GMT 7
Siapakah yang memecah belahkan umno sik. kemana perginya calon yang berwibawa, dr mansor pun boleh, cikgu salleh kenapa tak diberi peluang lagi sekali, tak kan depa ni nak jadi penyokong saja..
malu la, bekas calon mengangkat bendera, orang lain tidur sambil senyum,
entahla apa nak jadi dengan sik yang sedang membangun bersama tok wan ni
|
|
|
Post by kecewa on Feb 28, 2008 15:58:01 GMT 7
bukan apa....tapi kami kecewa kami kecewa sebab dato Wan Azmi telah di rampas dari kami selama 10 tahun sebab dia dibuang umno tanpa sebab kami kecewa sebab setelah menang Parlimen Sik kembali dari PAS dato wan azmi di buang begitu saja. dah la 10 tahun dia tak berpolitik kami kecewa dgn tok mid yang tak tau buat keja dan telah pecah belah kan umno sik dan membuat umno patah semangat dan pentingkan diri sendiri kami kecewa sebab sebelum tok wan azmi, tidak ada sapa pun jenguk kami di beris dan di kampung2 di Sik khususnya. Bagi politik nasional nama Dato Dr. Wan Azmi mungkin akan dilupakan, namun bagi masyarakat Sik , Dato Dr. Wan Azmi adalah pemimpin ulung kami , biar di platform mana pun beliau beradakami sungguh kecewa!!
|
|
|
Post by gen2dberiss on Mar 2, 2008 16:24:35 GMT 7
assalamualaikum wbt & salam sejahtera
berdasarkan pemantauan saya ke sekitar kawasan parlimen sik sempena kempen pilihanraya umum ke-12 ini, nampaknya siri kempen ini tidak seperti kempen pilihanraya umum sebelum sebelum ini... kurang semangat partinya, bukan sahaja di pihak barisan nasional sahaja malah pihak pembangkang pas juga.. entahlah, betul ke tidak, itu penilaian saya..
apa pun yang terjadi dalam tempoh 6 7 hari sebelum hari pembuangan undi ini, daerah kita dipenuhi dengan kenderaan-kenderaan mewah yang dibawa khas dari luar daerah ini hanya untuk menjadi sebahgaian jentera kempen kepada calon-calon barisan nasional yang bertanding.. dan yang 'hebatnya', bukan sahaja kenderaan, petugas-petugas yang ada juga adalah bukan dari daerah ini.. baguslah jugak, kesempatan yang ada ni membolehkan anak-anak sik yang diibaratkan 'tiada kemajuan dan pendedahan' ini boleh melihat berbagai jenis kenderaan mewah yang sebelum ini belum pernah dilihat mereka..
petugas-petugas ini bertungkus lumus menjalankan kempen untuk calon-calon masing masing sehingga lupa yang mereka semua tu bukannya pengundi bagi calon yang dibawa.. sayangkan?...dimana orang-orang sik khususnya ahli umno yang wujud sebelum wujudnya wajah-wajah petugas dan peyokong yang baru kelihatan semasa kempen pilihanraya kali ini..dimana mereka semasa calon bn bertanding tahun 2004 yang lalu.. bukankah kita berpegang kepada semangat parti? kalau ya, mengapa mereka hanya wujud kali ini..?
lebih mengecewakan, dengan kenderaan mewah yang bercermin gelap.. mereka memandu laju tak kira di jalan kampung atau kawasan pekan, mengejar masa mungkin... mereka tidak mempedulikan tentang keselamatan pengguna jalan raya yang lain... sampaikan ada penunggang motosikal hampir terbabas angkara pemanduan laju kenderaan mewah yang bernombor pendaftran dari selangor, kuala lumpur, penang dan lain lainya.. perlu diingat, hati masyarakt umno di daerah sik ini masih panas dan pedih dengan keputusan pucuk pimpinan meletakkan orang luar (bukan anak watan sik) di parlimen sik dan dun jeneri... jangan ditambah bara dihati insan insan ini dengan keadaan yang saya nyatakan tadi...
sebelum datang insan-insan ini tidak menjemput.. sebelum pergi insan-insan ini tidak meminta... dan sebelum terjadinya perkara-perkara yang tidak diingini, ada baiknya 'anda-anda' yang menjadi petugas dan sekritariat calon bn yang bertanding di daerah sik ini mengubah sikap anda sebelum terlewat... anda mampu mengubahnya...
saya hanya cuba melahirkan apa yang saya dengari dan saya perhatikan semasa saya mengikuti perkembangan siri kempen yang sedang berjalan..
saya hanya sekadar ingin menyatakan apa yang dirasai oleh sebahagian besar masyarakat di daerah ini.. ini daerah saya.. cuma saya jarang berada disini setelah tugas menjadi halangan... fikirkanlah bersama untuk kebaikan semua pihak demi memastikan hasrat pucuk pimpinan melihat calon yang diletakkan menang seperti diharapkan, insyaallah..
selamat mengundi.. pilihan anda menentukan segalanya...
|
|
timbaupihdaunkeladi
Guest
|
Post by timbaupihdaunkeladi on Mar 3, 2008 10:13:03 GMT 7
Assalamualaikum n Salam Sejahtera.. Pertama sekali tahniah kepada Dato' Wan kerana sifat macho dan jantan anda....biar tidak terpilih tetapi jati diri dan kecintaan kepada UMNO menyebabkan anda hanya tidur 2 or 3 jam sehari....semata-mata untuk memberi kemenangan kepada BN. Anda bukan calon PRU ke 12 tapi anda tidur jam 5 pagi....anda bangun awal dan terus bergerak......"HANYA JAUHARI MENGENAL MANIKAM" Apa yang berlaku hari ini ialah.....JAUHARI TIDAK MENGENAL MANIKAM"...jadi diletakkan orang2 yang dirasakan hebat namun SIK tidak melihat semua itu... HEBAT....DALAM SEJARAH SIK...INI PERTAMA KALI BERLAKU.... 1. Hati org SIK dihiris apabila diberi 2 orang luar 2. Hati orang SIk dihiris apabila hari penamaan...kami dilayan seperti jakun yang bangang tentang semangat oleh orang luar berambut merah memegang pembesar suara....cara pakaian tu bukan kami dari UMNO sik....KAMI MALUUUUUU 3. Kami tergezut tengok kereta mewah laju2 masuk kampung...cerminnya gelap...muka semua cerah2...bersih....rambut tersikat rapi.....KAMI YAKIN ORANG INI takkan turun ke bendang kami..tulung tutup gelong bendang....tulung tebang buluh pacak bendera....jangan mimpi orang ini nak tulung pasang gelegar rumah....jangan mimpi orang ini nak tulung jengok perdu pisang khinzir tolak.... 4. Orang ini rumahnya jauh.....cukup jauh untuk kita yang ada motor kapcai dan kereta proton buatan 1085 ni nak gi....dia jugak xcukup masa.....yang ada di SIK cuma S/Unya shj....SIAPA? sure rambutnya sersisir rapi...kemejanya saiz terpacak....jangan dok gi cerita la pasai thiang rumah patah.....dia cuma tau saham di KL.... 5. Orang ni paham ka bahasa orang SIK? 6. Pasai pa orang2 ni layan kami macam kami ni jakun tahun 70an???...kami terasa niii.... 7. Hari penamaan....terasa panas tekak....berenti la minum di kedai depan RUMAH CALON PARLIMEN..(rumah sewa). Terasa keciiiikkkk ja ati nii....yer laaa....tiba2 ja segerombolan orang yang mukanya bersih2...cakap hebat2.....kelakuan fuh.....kitalah hamba.....makan pun hilang selera....ITU BARU KAWAN2 YG DATANG HARI PENAMAAN......KALAU MENANG......sik hanya tinggai batu manikam. 8. Tua benar ker Dato Wan yang mengembalikan SIK ke tangan BN??? umurnyer 62.....calon kiter ni....65....xpa la.....sik memang layak dilayan sebegitu jer.... 9. SEMUA ORANG2 SIK...BELAJAR LER CAKEP E E.....KENG TERKENE APER2...SENENG NEK MINTEK TOLONG....
|
|
|
Post by AKU YG KECEWA on Mar 3, 2008 11:09:53 GMT 7
AKU SOKONG CAKAP KO AWALAUPUN AKU TAK BALIK G PADA HARI PENAMAAN CALON TAPI BAGI AKU MENCALON KAN ORG LAIN DALAM DAERAH SENDIRI IBARAT MENABUR GARAM DI DALAM KOPI. KEMANA HILANG PEMIKIRAN BAGI ORG YG MENGAKU CERDIK PANDAI DI DALAM POLITIK. MELETAKKAN ORG LUAR DI DALAM DAERAH SIK?..ADAKAN MEREKA AKAN TURUN PADANG SEPERTI KITA. MENOLONG ORG MENGAMBIL RUMPUT UNTUK LEMBU, KUTIP SEKERAP(GETAH BEKU KALAU ORG TU TAK PAHAM),?..TAPI YG AKU PASTI APA YG DIA AKAN LAKUKAN PASTI SARUNG TANGAN AKAN DIPAKAI. GELI22GELII...GELI AKU MENGENANGKAN NYA... AKU BUKANLAH PEMBANGKANG TAPI AKU ADALAH ORG PALING KUAT MENYOKONG BARISAN DARI MULA AKU MENGENAL LAMBANG BN...TAK PERNAH TERLINTAS SEKALI PUN UNTUK AKU MENYOKONG PEMBANGKANG..TIDAK SAMA SEKALI... NAMUN KALI INI AKU PASTI AKU TIDAK AKAN MENGUNDI..PASTI AKU TIDAK AKAN MENGUNDI...BUKAN BERMAKNA AKU TAK MENYOKONG BARISAN..TAPI AKU TAK MAHU JIKA AKU PEGANG KERTAS UNDI..PARTI LAIN YG AKU PANGKAH..LEBIH BAIK AKU TIDAK MENGUNDI...
AKU YG KECEWA.....
|
|
|
Post by aku lagi kecewa on Mar 3, 2008 22:07:06 GMT 7
Assalamualaikum n Salam Sejahtera.. Pertama sekali tahniah kepada Dato' Wan kerana sifat macho dan jantan anda....biar tidak terpilih tetapi jati diri dan kecintaan kepada UMNO menyebabkan anda hanya tidur 2 or 3 jam sehari....semata-mata untuk memberi kemenangan kepada BN. Anda bukan calon PRU ke 12 tapi anda tidur jam 5 pagi....anda bangun awal dan terus bergerak......"HANYA JAUHARI MENGENAL MANIKAM" Apa yang berlaku hari ini ialah.....JAUHARI TIDAK MENGENAL MANIKAM"...jadi diletakkan orang2 yang dirasakan hebat namun SIK tidak melihat semua itu... HEBAT....DALAM SEJARAH SIK...INI PERTAMA KALI BERLAKU.... 1. Hati org SIK dihiris apabila diberi 2 orang luar 2. Hati orang SIk dihiris apabila hari penamaan...kami dilayan seperti jakun yang bangang tentang semangat oleh orang luar berambut merah memegang pembesar suara....cara pakaian tu bukan kami dari UMNO sik....KAMI MALUUUUUU 3. Kami tergezut tengok kereta mewah laju2 masuk kampung...cerminnya gelap...muka semua cerah2...bersih....rambut tersikat rapi.....KAMI YAKIN ORANG INI takkan turun ke bendang kami..tulung tutup gelong bendang....tulung tebang buluh pacak bendera....jangan mimpi orang ini nak tulung pasang gelegar rumah....jangan mimpi orang ini nak tulung jengok perdu pisang khinzir tolak.... 4. Orang ini rumahnya jauh.....cukup jauh untuk kita yang ada motor kapcai dan kereta proton buatan 1085 ni nak gi....dia jugak xcukup masa.....yang ada di SIK cuma S/Unya shj....SIAPA? sure rambutnya sersisir rapi...kemejanya saiz terpacak....jangan dok gi cerita la pasai thiang rumah patah.....dia cuma tau saham di KL.... 5. Orang ni paham ka bahasa orang SIK? 6. Pasai pa orang2 ni layan kami macam kami ni jakun tahun 70an???...kami terasa niii.... 7. Hari penamaan....terasa panas tekak....berenti la minum di kedai depan RUMAH CALON PARLIMEN..(rumah sewa). Terasa keciiiikkkk ja ati nii....yer laaa....tiba2 ja segerombolan orang yang mukanya bersih2...cakap hebat2.....kelakuan fuh.....kitalah hamba.....makan pun hilang selera....ITU BARU KAWAN2 YG DATANG HARI PENAMAAN......KALAU MENANG......sik hanya tinggai batu manikam. 8. Tua benar ker Dato Wan yang mengembalikan SIK ke tangan BN??? umurnyer 62.....calon kiter ni....65....xpa la.....sik memang layak dilayan sebegitu jer.... 9. SEMUA ORANG2 SIK...BELAJAR LER CAKEP E E.....KENG TERKENE APER2...SENENG NEK MINTEK TOLONG.... aku sokong semua pendapat hang tu 100% betuldan nyata sekali terjadi kat sik kita ni... rasa sedih jugak la bila baca marah pun ada
|
|
|
Post by kaklong on Mar 7, 2008 13:50:38 GMT 7
Depa "sana" tau ka apa yang kita pakat dok kata nih..... kalau kita sama-sama kita ja tauuuuu, takdak makna apaaaaa... Mengundi tetap kena pegi mengundi.. takkan tak pi kot.. kalau pi tetap dah kena pangkah BN... takkan nak pangkah hat lain kot... Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa macam mana nih.... Dalam Dilemaaaaaaaaaa
|
|
|
Post by gen2dberiss on Mar 10, 2008 7:45:46 GMT 7
assalamualaikum dan salam sejahtera
pertamanya, kepada semua ahli umno yang setia pada parti tertua dan terbesar yang dicintai oleh kebanyakan orang melayu..jangan terlalu bersedih dengan apa yang sedang kita semua lalui.. memang perit, walau apa pun.. hidup perlu diteruskan..
gelombang perubahan besar dalam politik malaysia dan tak terkecuali di sik ini membuatkan hati-hati kita semua bagai terhiris, walaupun sebelum ni kita sangat tidak suka hal sebegini terjadi, tapi kita terpaksa merelakannya berlalu demi untuk terus memartabatkan umat melayu.. lepas ni kalau kita tak serik jugak.. tak tau lah.. kita mulakan dengan memuhasabahkan diri kita sendiri.. tak perlu nak mencari kesalahan dan menuding jari pada orang lain.. kita eratkan hubungan sesama ahli umno.. kita berikan kepercayaan kepada orang yang boleh mengepalai kita...
|
|
|
Post by org sik on Mar 10, 2008 15:01:14 GMT 7
kami tak sedih kami protest dan berjaya menunjukkannya
depa takbur
|
|
|
Post by kaklong on Mar 11, 2008 18:19:25 GMT 7
sedih sedih sedih sedih sedih sedih.... Apa sudah jadikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk.......
|
|
|
Post by org sik on Mar 12, 2008 0:28:54 GMT 7
sedih sedih sedih sedih sedih sedih.... Apa sudah jadikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk....... hang ni... tok sah dok sedih...aku pun gembira campoq sedih.. tapi gembira tu lebih banyak... masa ni lah kita bersatu balik, kuat kan UMNO sik kita tu.. zaman bermain politik jahat, bermain wayang kulit dah habis... bayangkan... undi tak dikembalikan kat parlimen sik sebanyak 1000 keping.. banyak tu org tak kembalikan maksudnya org protest.. dari org umno sendiri dan bukan dari pas depa nak tunjuk kat pucuk pimpinan kalau tak paham jugak, aku tak tau nak kata apa dah... dalam kedah, paling banyak undi tak di kembalikan adalah di parlimen sik 1,000 keping, banyak tu... tok sah dok sedih... mai kita ramai ramai kuatkan balik UMNO kat sik ni.. yg sakit teramat sangat.. tak bersemangat macam dulu dah aku rindu zaman lama... - nak mintak kat tok wan azmi lagi original UMNO mai pakat dengaq balik
|
|
|
Post by langkasuka on Mar 16, 2008 9:42:10 GMT 7
ni pasai, DAP dan Keadilan.. bicara kata kena jaga..jangan sampai kita lupa, kerana kata, bangsa binasa...
apa nak jadi jadilah....nak apa pun tak pa dah..bukannya melayu tak pernah lalui saat-saat getir sebelum capainya kemerdekaan negara..
dan semalam pemuda umno dan bn pusat akan mengambil tindakan ke atas mukris.. apa pulak nak ambik tindakan, bukan kah pak lah dah bagi rakyat malaysia kebebasan bersuara.. mengapa perlu diperkotak katikkan apa yang disuarakan.. apakah kita ingin meletakan diri kita dalam golongan orang-orang yang tidak jujur dengan percakapan sendiri...
mukris anak mahathir.. teruskan perjuangan mu.. biarlah siapa juga yang akan mengambil tindakan terhadap kamu.. kamu perlu untuk terus mendesak.. sejarah melayu juga pernah menyaksikan 2 pahlawan melayu jebat dan tuah yang dari satu guru dan bersaudara bertelingkah dan bergaduh kerana prinsip dan perjuangan masing-masing..
sekarang kita tengok pulak siapa yang berpihak kepada kebenaran... sedarlah wahai sekelian manusia... dunia kini sudah hampir ke zaman nya.. bermacam dugaan telah ditunjukkan di depan mata kita.. dah sampai masa nya kita melihat kemampuan diri.. bukan berkhusus kepada sesiapa.. sekali pun pak lah yang menerajui negara.. kalau dah tak boleh mentadbir negara, maka ada baiknya kita berundur.. sama juga di peringkat kepimpinan umno bahagian sik pun.. kalau dah tak boleh dan tak disokong rakyat dan ahli.. maka ada baiknya kita melepaskan jawatan dan memberi laluan kepada pihak yang berkemampuan untuk melaksanakan tugas tersebut... walau apa apa pun... kedudukan sebagai YB bukan sebagai kayu pengukur kepada seseorang untuk jadi ketua pemimpin dan rakyat... tidak semestinya YB perlu menjadi Ketua Bahagian...
ADIOS
|
|