Pertamanya sekadar salam perkenalan... Anakanda ini merupakan generasi ke 2 warga Bandar Baru Beris Jaya, Sik - Kedah.
- Struktur Pentadbiran Dan Kemajuan Ekonomi -
Itulah fokus utama anakanda dan rakan-rakan lainnya yang mengaggotai "gen2dberis". Sekiranya fokus ini boleh memberi manfaat yang amat berguna kepada gen2dberis, maka apalah kiranya kita bincangkan bersama demi kebaikan semua pihak.
Post by angkasawan sik on Nov 21, 2007 8:16:03 GMT 7
Waalaikum Salam gen2dberis!!!
Pertamanya syabas kerana menggunakan laman ini untuk tujuan murni anda. Pada dasar, sy memahami masalah yang ingin dikemukakan oleh gen2dberis ini. Mungkin takut dengan kelima-lima kepimpinan JKKK yang menerajui Bandar Baru Beris Jaya kini membuatkan gen2dberis tidak menyatakan secara terperinci masalah yang dihadapi.
Sekiranya kita inginkan perubahan dan kemajuan yang dimaksudkan, kita tidak perlu untuk takut dengan bayang-bayang sendiri.
Melihatkan penduduk Beris Jaya yang kini seperti kehilangan arah dan tujuan, maka wajarlah gen2dberis mewujudkan topik ini supaya dapat dibincangkan dan mungkin akan ada idea-idea baik yang dapat membantu menjadikan gen2dberis dan yang lain-lainnya merealisasikan Beris Jaya dan penduduknya berada ditahap masyarakat kelas pertama.
nampaknya demo ni generasi ke-2 penduduk beris yang pindah akibat projek empangan beris la ya. seronok dah dok diberis jaya? keja susah, masyarakat pun tak tentu arah? sabaq je lah...
rasanya gen2dberis perlu mewujudkan satu komiti untuk mencari jalan yang terbaik bagi memperbetulkan permasaalahan yang sedang dilalui. kita kena mula dulu, jangan mengharapkan pada orang lain, kerana orang lain tidak akan memperjuangkan kehendak kita melainkan kita sendiri. begitu jugak dengan YB YB ni, tok sah la dok harap kat depa, depa pun banyak keja lain yang nak dibuat. bukan nak pikiaq pasai beris jaya saja. udah la kawasan baru dibuka, nanti apa kata kampung kampung lain yang wujud semenjak zaman pemerintahan raja bersiong lagi nu.
oleh yang demikian, jangan kecewa, usaha murni yang ada perlu diteruskan, martabatkan maruah dan kuasa masyarakat beris, mana tau... boleh jadi contah dan teladan kepada masyarakat sik amnya. barulah pemimpin sik masa tu akan jadi seperti yang dikehendaki.
Nona Manis dan Gen2Beris,sila pergi ke pejabat saya di Siuk dan daftar untuk ikut kursus celik IT dan kursus-kursus kemahiran yang lain.Kita sudah tidak ada masa untuk menjayakan diri.Kita perlu meniungkatkan ilmu dan kemahiran untuk bersaing dengan kaum-kaun yang lain yang kini semakin aggresif.Untuk maklumat semua saya kini sedang membangun semula kampong asal di Sg.Batang.Kita tidak perlu merintih tetapi hendaklah mencari jalan bagaimana hendak keluar dari sindrom ketidak pembangunan itu,Kamu generasi muda seharusnya menjadi perintis pembangunan yang lebih dinamis.TK
Dari pendangan dan maklumbalas yang diberikan, saya turut gembira, dan harapan saya, pembangunan yang dirancangkan untuk penduduk beris ini tidaklah akan berlakunya sebahagian golongan tercicir kerana sikap pemimpin yang sedang menerajui kepimpinan di beris mempunyai kroni yang semakin hebat.
gen2beris.... sy ni hanya menantu ketika di bt seketol....seronok disana...2 tahun kawin....terus kena pindah ke beris jaya.....satu kawasan pembangunan terancang yg hebat. memang kalau yg tidak kuat.....susah utk hidup tetapi bagi yg bijak...insyaallah.... mungkin apa2 maklumat boleh dikongsi disini...
Post by belia 4B beris jaya on Dec 13, 2007 9:32:46 GMT 7
salam perjuangan untuk semua
nampaknya isu ini kurang mendapat perhatian daripada pengunjung web site ini. tak pa lah, mungkin akan datang nanti akan ada orang yang sudi membantu gen2dberis. terus kan perjuangan murni mu itu.
sungguh-sungguh pun, apa yang berlaku di bandar baru beris jaya tu hanya indah khabar dari rupa. kalau dengaq perancangan dan plan pembangunan, mungkin beris jaya ni umpama satu kawasan hebat dan terhebat di dalam daerah sik ni. tapi, apa yang ada, struktur masyarakat yang berpecah belah. institusi masjid yang tidak sempurna. apalah musibahnya penduduk beris ni ya.
yang penting untuk perubahan ni adalah perubahan sikap penduduk dan masyarakat itu terlebih dahulu. sikap untuk mementingkan penduduk asal seperti yang dipertahankan oleh sesetengah orang-orang sungai batang tidak perlu diteruskan. kerana apa, kerana di beris jaya tidak ada sorang pun penduduk asal yang datang meneroka, membuka kawasan beris jaya untuk kawasan perumahan seperti sekrang ni.
oleh yang demikian itu, sedarlah wahai penduduk2 beris jaya, tidak ada sesiapa lagi yang akan membantu untuk kemajuan diri anda di beris jaya tu. jangan soal pemimpin dijadikan alasan. kalau ternyata pemimpin-pemimpin yang ada pada masa sekarang ni belot, pecah amanah,tidak jujur dan sebagainya, jangan kita berdiam diri, kita majukan hal-hal begini kepada muka pengadilan.polis, bpr dan badan yang boleh membantu kita kan ada. kita boleh buat sampai tindakan undang-undang diambil. bukan untuk menganiaya mereka, cuma sekadar peringatan dan panduan kepada pemimpim yang akan menggantikan mereka.
masa kita masih ada, kita masih belum terlewat. dekat beris jaya bukannya ada HINDRAF, bukannya ada pengganas, yang ada cuma perosak masyarakat, benda kecik macam tu kan boleh dihapuskan.
sedar atau tidak, 80 % remaja di beris jaya sudah pun tersasar jauh dari apa yang kerajaan inginkan. soal ketom, soal ganja, soal rempit, soal samseng, soal apa lagi.. sebut saja.. semuanya ada, tapi bila diminta sekumpulan belia untuk ke seminar itu seminar ini.. nak cari sorang pun susah.
soal remaja yang dibangkitkan ini bukannya apa, cuma apabila saidina othman pernah berkata, pemimpin masa hadapan itu adalah remaja yang ada pada hari ni. kalau dah remaja beris jaya yang ada sekarang sudah begitu, apa akan jadi dengan kepimpinan masa depan. pemimpin yang dok ada pada hari ni bukannya pemimpin yang menongkat langit, sampai masa dijemput ke akhirat juga, cuma sekrang ni Allah swt tengah bagi ujian kepada mereka dan untuk meningkatkan dosa mereka diatas penganiaan yang dibuat oleh mereka-mereka.
panjang jugak saya menulis untuk pertama kali ini. sudah lah tu ya. lain kali kita jumpa lagi. maklumkan pada kepimpinan beris yang buta IT tu. suruh depa belajaq macam mana nak masuk sini. supaya depa tau orang lain jugak tau apa yang depa buat.
yup.... Untuk memanusiakan manusia adalah lebih susah daripada memanusiakan binatang. Maksudnya..binatang takdak akai..bila kita jaaq apapun..kalau dia ikut...terus ikut jaaa.... yang susahnya bila nak ajaq manusia...macam2 karenah ada...
saya sendiri nampak di beris jaya bagaimana bantuan dari kerajaan utk mengubah kehidupan supaya lebih baik dibiarkan dan ditinggalkan hingga rosak. sedangkan sebelum dapat...dialah yang paling memerlukan...
itu belum lagi masalah sosial yg saudara sebutkan. JKKK memang selalu menjadi rungutan....berapa kerat yg dalam agenda hariannya memikirkan nasib anak2 kg yang dipimpinnya??
program belia yang sepatutnya dirancang bersama saya rasa tidak berlaku dengan berkesan....saya nak tunjuk pandai nanti dikatakan saya orang luar walaupun dah 7 tahun lebih dah jadi org bt seketul.
kadang2 terfikir utk "biarkan siluncai terjun dengan labu2nya" tapi.....itulah....kepimpinan masa depan terletak ditangan belia hari ini.
Kalau dibuat program pun...ramai yg memikirkan program itu dibuat oleh puak ini, puak itu...itu program orang2 ini...itu program orang2 itu...banyak sangat prajudis..syak wasangka....tidak terbayangkah masih ada segelintir remaja, belia yang bersungguh2 dan ikhlas utk membantu??
askum. Kaklong tumpang nak bagi pendapat skit yer. Pada pandangan kaklong, walaupun bukan selalu pi kat beris jaya tu, Tapi tengok semua ada.... Sekolah cantik... masjid cantik... rumah-rumah pun comel-comel..... dewan... ada... semua prasarana untuk kemudahan awam dan penduduk lengkap. Kaklong pernah ikuti program ( apatah tak ingat dah... masa tu pm datang ) Boleh dikatakan sesiapa sahaja yang jejak kaki turun dari bas... akan berkata " iskkk bestnya.... lapang .. luas.. kemudahan semua ada.Pada orang seagama kita... wah... besarnya masjid diaa..... " Itu pandangan orang luar.... segala masalah yang berlaku dalam tu orang tak tahu... ..
Realitinya kaklong tak tau la.. kemudahan tu digunakan sebaik mungkin atau hanya segelintir sahaja yang guna. Jika segelintir sahaja yang guna memang rugi. So itu bukan salah sesiapa... salah penduduk itu sendiri.
Cuma masalah sekarang yang kaklong dengar2 penduduk disitu rata2 mengeluh pasal sumber kewangan dan pekerjaan yang rata2 hanya berpengalaman dalam pekerjaan tradisi. Tetapi pada kaklong generasi kedua ( anak-anak ) telah diberi pendidikan dan ada juga yang telah melepasi alam persekolahan dan menempuh alam pekerjaan. Mereka2 ini yang diharapkan dapat mencorak perubahan dalam keluarga sekaligus membantu untuk mengubah taraf kehidupan dan membantu ibubapa. Namun jika anak-anak semua keluar dari situ dan bekerja diluar... balik hanya seminggu sekali... dan tidak ada apa manfaat walaupun sekali sekali sahaja balik... hanya keluhan rasa sahajalah generasi pertama jika tidak ada apa2 perubahan. Nak harap siapa bagi duit... Malah bukan semua anak-anak yang bertanggungjawab pada keluarga. Yang tidak menjengok langsung pun ada.
Maka... amatlah perlu perubahan sikap penduduk disitu sendiri. Pada generasi pertama... perlu beri kesedaran perihal hal ini kepada generasi kedua. Dan generasi kedua perlu ada sikap prihatin untuk bertanggungjawab sekaligus berfikir serta bertindak bagaimana hendak membantu menaiktaraf sumber kewangan disitu. Sebelum itu perlulah terlebih dahulu menaiktaraf pemikiran dan kemahiran ( macam kata Dato Wan )barulah tahu apa yang perlu dilakukan. Bila semua dah ada bukan saja taraf kewangan boleh diubah malah dari segi apa sekalipun kalau pemikiran positif, mahu bertindak.
Pada kaklong... pihak yang kaklong nampak adalah belia-belia dimana mereka ini mempunyai peluang dan masa depan yang lebih cemerlang berbanding dengan orang-orang veteran yang hanya kalau nak kerja, bukan ada sapa nak terima, melainkan kerja yang ringan dan mudah macam menoreh. Dah dok kat beris nak menoreh apa lagi dah. So toksah dok pikiaq pasai kerja buat jkkk. Biar depa buat kerja depa. Belia2 yang ada boleh bentuk satu pasukan sendiri. Kumpul semua belia... lantik seorang yang boleh diharap... Cari maklumat, ambil anisiatif sendiri, cari kemudahan kursus.. kemahiran.. belambak-lambak... mau dengan tak mau saja... tanamkan sikap bertangungjawab. Ujudkan minat untuk membangunkan kawasan setempat. Nak bangunkan dari segi prasarana kaklong rasa dah cukup lengkap.. so bangunkan dari sudut lain iaitu dari sudut pembangunan dalam keluarga sendiri. Jika belia-belia ini ada kesedaran, ada ilmu ada pengalaman ada kemahiran.. tak mustahil mereka akan boleh mengubah corak penghidupan mereka walaupun tidak lulus peperiksaan. Mereka akan lebih bertanggungjawab pada keluarga. Ubah kehidupan keluarga.. bagi mak bapak senang skit. Lepas tu baru bentuk kawan-kawan.... masalah setempat.. lepas tu baru la cuba cuba dekatkan diri dengan pemimpin, JKKK, dapatkan peluang yang ada... kalau rajin dok pi cari.. depa pun lama-lama malu alah la....... dah tak pi cari... depa nak bagi sapa lagi yang lebih dekat.... Tidak mustahil dimana pun memang terdapat kroni.. kroni... Yang penting kita kena juga ada usaha sendiri... jangan diharap pada kroni-kroni ini untuk maju. Pada kaklong jika kita berkeupayaan berdikari dan akhirnya berjaya itu bukan sahaja membanggakan keluarga malah jika dapat dimanfaatkan pada setempat tentu akan lebih bermakna...
So untuk para belia dan penduduk beris.... ubah gaya hidup.. gaya pemikiran.. buang sikap dengki mendengki, cantas mencantas... bantu dan bertolak ansurlah sesama sendiri... bukan untuk orang lain... malah untuk bangsa dan sesama sedara sendiri....
Sebenarnya kaklong pun dalam usaha hendak mengubah gaya pemikiran belia-belia kita, kena ajak pi kursus, kena bagitau itu penting, ini penting, kena ajak beaktiviti untuk gaya hidup sihat, kena ajak bermasyarakat, kena ajak mesra alam... semua kalau kita rajin ajak.. lama2.. depa ikut la.. kita pun tumpang dapat pengalaman........ kalaupun pengalaman dan kemahiran serta pekerjaan itu tak dapat dimanfaatkan pada keluarga mereka sekarang ni pun sekurangnya dapat dimanfaatkan pada diri mereka sendiri dan generasi mereka pula nanti.
Apapun berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul... pada Gen2dberis.... cekallah dalam permasalahan ini dan bersabar menempuh dugaan dan cari jalan yang sebaik mungkin untuk dimanfaatkan pada generasi anda...
Kepada semua Gen Beris 2 dan kepada semua yang berminat membantu merteka,sila daftar nama anda di pejabat saya di Sik,tel 044692710.Saya bercadang nak adakan seminar mengenai masalah gnerasi 2 Beris dalam bulan Jan.atau Feb.2008 ini.DALAM SEMINAR INI BOLEHLAH KITA BINCANG DAN CARI JALAN BAGAIMANA NAK MAJUKAN DIRI KITA SEMUA.TK
Post by gen2dberiss on Dec 17, 2007 11:07:02 GMT 7
Terima Kasih kepada yang sudi untuk turut sama memperbincangkan persoalan yang dibangkitkan ini.
Pertamanya... Pak Teh, rasanya tak perlu untuk merasakan diri tu sebagai penumpang, kalau kita merasakan apa yang saya maksudkan itu tanggungjawab kita bersama, mengapa perlu untuk meletakkan diri Pak Teh sebagai orang luar yang nak masuk campur. Tak perlu berfikiran macam tu, kita berganding bahu untuk mencemerlangkan dan menggemilangkan Bandar Baru Beris Jaya sama-sama.
Saya mengharapkan Pak Teh akan bersama komiti gen2dberis untuk meneruskan misi ini.
Buat Kak Long.. mula-mula baca rasa macam nak marah ja bila ada orang luaq dok kata itu kata ini kat Beris Jaya ni, tapi.. itu kan pendapat. Bagus Kak Long, kalau ada ramai lagi orang yang macam Kak Long yang sanggup untuk membantu usaha kami ini, insyaallah usaha ini akan mencapai kejayaan.
Suka untuk saya mengingatkan sekali lagi di ruangan ini bahawa Bandar Baru Beris Jaya hanya seperti kata pepatah INDAH KHABAR DARI RUPA.
Kepada Dr. Wan, terima kasih banyak atas perhatian YB kerana pada saya, saya rasa Dr. Wan adalah orang yang mengambil berat perkembangan Bandar Baru Beris Jaya sejak dari mula sehinggalah sekarang.
Insyaallah saya dan rakan rakan seperjuangan akan menyertai seminar yang bakal diadakan oleh pihak Dr, Wan dan harapan saya bukan hanya sekadar tinggal harapan.
Gen2 Beris,sudi dapat daftarkan rakan-rakan yang berminat mengenai seminar yang dicadangkan itu dan srah nama kepada pejabat saya,supaya membolehkan pihak saya mengadakan seminar ini secepat mungkin.tk
ERmmmm... ;D kadang-kadang bila cakap menda yang betoi nih memang terasa nak marah... tapi jika cakap sekadar nak mengambil hati, memuji... bukan nak membawa kita kemana-manapun.... Hanya akan membiarkan kita terus dalam kealpaan.... Gen2dberis.. mungkin kaklong orang luar beris, tapi sebenarnya kita tetap berkongsi satu negeri, satu daerah dan seorang pemimpin yang sama. Jika orang kata sik mundur, miskin... kolot.... iskkk mau sakit telinga kaklong jugak... tapi itu dulu. La nih klu orang kata sik macam tu.. mau kaklong bawak pi tunjuk pembangunan yang dah ada kat sik nuh... Nak bagitau sik tak macam tu dah. Tambah-tambah dah pelbagai bentuk promosi memperkenal Sik telah dilakukan oleh pelbagai agensi, kerajaan dan pemimpin kita sendiri. Tapi jika tahap pemikiran masih lemah, masih kolot, ermmm bagi pembangunan yang macam mana sekalipun pun.... macam kata belia4b, pakteh, nona manis... tak menghargai dan tak tau nak guna rosak lagu tu ja. last-last masih dok takok tu jugak. Memang perlu dan penting seminar-seminar kesedaran, kursus motivasi, kemahiran dan latihan dalam pelbagai bidang untuk kita mengubah cara hidup selaras dengan pembangunan yang dibawa. Tidak dinafikankan timbul perlbagai konflik, puak-puak dalam hendak membangunkan prasarana, ke ilmuan, kemahiran, kesedaran malah dalam apa jua hal dan keadaan sekalipun. Tapi jika kita hendak memikirkan hal ini, sampai bila tidak ada kesudahan. So jangan dok pikiaq hal orang, kita yang dah mula nampak kelemahan-kelemahan ini, bertindaklah. Macam kata pakteh, nak memandai-mandai takut dikata dek orang. Tapi pakteh kalau kita tak memandai-mandai bukan ada orang lain yang nak memandai-mandai. Bila kita buat, last-last orang yang kata tu akan join. So buat pandai-pandai p la pakteh oit... bukan nak rugi pun.... Sebenarnya ramai pihak yang nak tampil, tapi masih tak tau cara, tak tau jalan... tak tau mana dulu nak pergi.... So bila dah terbuka forum yang macam nih.... Tambah pulak ada sokongan daripada Dato wan sendiri.... pakat2 mulakan dengan langkah yang pertama... So Gen2dberis cepat-cepatlah kumpulkan seramai yang boleh dan daftar untuk ikuti seminar yang Dato nak berikan tu... tentukan apa pengisian yang nak dalam seminar tu.... lepas seminar tu.. jangan lena pulak... teruskan dengan langkah dan tindakan yang selanjutnya.. Kita sendiri yang perlu bertindak untuk mengubah, orang lain sekadar beri pendapat, beri cadangan.... yang baik terima... yang tak boleh terima jangan tolak mentah2 mungkin ada manfaatnya jika difikirkan sejenak... Jika ada kesempatan Kaklong pun nak join jugak.... ilmu ni bukan nak rugi....
Berhubung dengan seminar yang ingin YB Dato' adakan, boleh atau tidak pihak YB Dato' mengeluarkan satu notis siaran kepada Pengerusi JIPK - Jawatankuasa Induk Pembangunan Kampung, Bandar Baru Beris Jaya supaya penyertaan daripada semua pihak akan lebih bertambah.
Memandangkan perkara ini merupakan masalah yang perlu ditangani bersama demi kebaikan semua pihak, maka ada baiknya pihak YB Dato' berbut demikian.
tanggal 24 haribulan disember 2007, mesyuarat agung koperasi pembangunan beris berhad kali yang berapa entah lah. satu lagi majlis rasmi yang membolehkan masyarakat luar melihat sikap dan teladan buruk yang dipertontonkan oleh warga tua nak mampus di beris jaya. masih ingin mengagong-agongkan sikap samseng tak dak denai, panas baran tak ubah seperti khinzir yang kesakitan dan apa saja perumpamaan yang boleh dikatakan bagi menggambarkan kebodohan dan kebiadapan segelintir manusia yang masih tak sedar-sedar diri ini.
kita dah tak duduk lagi di sungai batang, pasai pa kita nak kena jadi seperti orang zaman dulu-dulu, sedar tak.. kita sekarang ni dah terlalu hebat, dari segala sudut... pasai pa kita nak kena gaduh-gaduh dalam dewan mesyuarat, kalau kita perhatikan di dewan rakyat yang bersidang penggal demi penggal, perbahasan yang ada tu kalau nak ikut lebih panas dari bara yang menyala tu, tapi itu hanya sekadar perbahasan, cakap dimulut saja, nak teguq ka nak apa ka, bukannya dengan cara nak ajak betumbuk. kita kena kenai sama depan dan belakang. janan redah saja. orang kesian saja nak amik tindakan lembab tu. takut berlarutan dan berpanjangan sesama kita.
sebagai sorang ahli koperasi pembangunan beris berhad, saya juga amat tidak berpuas hati dengan apa yang terjadi pada hari mesyuarat diadakan. sepatutnya ada ahli lembaga pengarah yang digugurkan kerana tempoh perkhidmatannya sudah tamat. kenapa mesti dikekalkan manusia manusia ini. sedarlah wahai ahli-ahli koperasi pembangunan beris berhad. antara yang gugur dan dikekalkan kembali itu adalah man botak (terenas), memang dia juga ahli koperasi, tapi kalau untuk melihat koperasi pembangunan beris berhad ini lebih kecemerlangannya, ada lagi calon yang lebih baik dari dia. sama juga seperti jaafar batu seketul, mi.. tak ada apa pun yang boleh dibanggakan. dalam mesyuarat hanya angguk tak ubah seperti burung pelatuk. seperti pokka.
persoalan calon ahli lembaga pengarah ini dibangkitkan adalah kerana kita ingin melihat koperasi ini lebih matang dan jangan jadi pengikut setia kepada pengerusi koperasi ni. sekarang ni kita semua muda memberi kepercayaan kepada orang lain. kita tak yakin dengan kemampuan orang-orang kita. kerana apa? mungkin kerana suib tu penghulu, luas pengetahuannya. apa yang dia tau, dia cuma bermegah-megahan dengan sikap samseng taik kucing dia tu. tak pa la, kita tunggu tengok, samseng dia sampai sakat mana. berapa lori, berapa bas yang dia nak bawak mai di sik ni kalau dia kena cubit. silakan, pantang keturunan patih karma wijaya ni mengundur tapak kalau disebut musuhnya PENGHULU MUKIM SIK @ PENGERUSI KOPERASI PEMBANGUNAN BERIS BERHAD.
lagi satu yang sangat tidak berpuas hatinya, bilamana penerima rumah baru (rumah yang diberi ihsan selepas pertimbangan) turut sama menerima dividen ladang, sedangkan baru saja diumumkan sebagai penerima rumah baru pada majlis penyampaian dividen yang lalu. sokongan yang dibuat juga kepada individu yang menerima rumah tersebut mempunyai ketidakbenaran yang tersangat. belum sampai masanya perkara ini diketengahkan kepada pihak Badan Pencegah Rasuah, dan dengan serius saya ingatkan disini, sekali lagi berlaku penyelewangan yang nyata dan terus berlaku perkara-perkara yang melanggari peraturan dan perlembangaan koperasi, fikirkan kesan dan akibatnya.
banyak lagi yang nak ditulis ni, memandangkan saya juga ada kerja dan tugasan lain nak dibuat, maka kita akan bersambung lagi dilain waktu, banyak lagi pendedahan yang akan dibuat bukan sahaja saya bahkan ramai lagi sahabat-sahabat saya yang inginkan kebenaran.
akhir sekali, terima kasih kepada gen2dberis kerana sudi memperkenalkan web site ini kepada saya untuk kegunaan dan bermanfaat kepada seluruh masyarakat.
walaupun ideologi politik kita ini berbeza, adakalanya kita kena sama sama di satu landasan, kepada gen2dberis, shabas dan teruskan perjuanganmu.