|
Post by dato wan azmi on May 9, 2005 22:39:01 GMT 7
YAB Perdana Menteri mempunyai idea dan wawasan-wawasan RM9 seperti berikut:
1) semua perancangan projek pembangunan perlu mengambil kira aspek tambah nilai
2) keperluan kemajuan dalam bidang yang berkaitan dengan teknologi komunikasi maklumat (ICT) hendaklah diberi keutamaan
3) perubahan sistem nilai perlu bergerak ketahap atas
4) berbagai kemahiran baru khususnya dlm bidang ekonomi perlu diwujudkan.
5) pembangunan sektor perkhidmatan hendaklah dipertingkatkan
6) pembangunan teknologi biologi, hendaklah diberi keutamaan supaya ianya menjadi teraju penting dlm pembangunan sektor pertanian.
7) segala tindakan adalah kearah mengurang dan menghapuskan pemikiran subsidi.
8) perubahan minda iaitu, berfikir secara baru adalah untuk mengwujudkan landasan set minda yang baru
9) segala kegiatan ekonomi mesti mempunyai daya saing yang tinggi
10) pembangunan kaum wanita perlu juga digerakkan sebagai penggerak penting dalam proses pembangunan negara.
NOTA :
sudi dapat memberi pandangan mengenai 10 perkara ini supaya saya dapat cantumkan untuk dijadikan garis panduan bagi persiapan RM9 yg akan dikemukan kepada pihak kerajaan.
Setiap perkara itu jika boleh perlu disokong dengan cadangan2 projek secara lebih khusus
terima kasih
|
|
|
Post by Pemerhati on May 22, 2005 9:09:28 GMT 7
1) semua perancangan projek pembangunan perlu mengambil kira aspek tambah nilai TEXT - Satu pusat ekonomi perlu di wujudkan untuk setiap mukim atau peti undi.
2) keperluan kemajuan dalam bidang yang berkaitan dengan teknologi komunikasi maklumat (ICT) hendaklah diberi keutamaan - Kemudahan telekomunikasi perlu diperhebatkan. Kemudahan access broadbang(jalurlebar) spt streamyx perlu sampai sehingga ke peringkat kampung untuk tujuan tersebut.
3) perubahan sistem nilai perlu bergerak ketahap atas - Pendidikan perlu diperhebatkan di peringkat bawahan terutama kanak-kanak
4) berbagai kemahiran baru khususnya dlm bidang ekonomi perlu diwujudkan. - WUjudkan atau perkemaskan pusat latihan untk penduduk Sik. Pusat tersebut mesti di Sik.
5) pembangunan sektor perkhidmatan hendaklah dipertingkatkan - Pengwujudan pusat ekonomi di setiap mukim atau peti undi adalah penting. Maka dengan itu sektor perkhidmatan boleh dimajukan. Korporat2 perlu memainkan peranan penting disamping sektor awam. 6) pembangunan teknologi biologi, hendaklah diberi keutamaan supaya ianya menjadi teraju penting dlm pembangunan sektor pertanian. - Kebanyakan penduduk Sik tidak tahu apa itu bio teknologi. Perlu ada awareness kepada mereka, Mungkin mereka boleh mengambil bahagian dalam sektor ini terutama pengamal perubatan traditional.
7) segala tindakan adalah kearah mengurang dan menghapuskan pemikiran subsidi. - Seminar kesedaran dan pemahaman perlu digerakkan untuk tujuan ini.
8) perubahan minda iaitu, berfikir secara baru adalah untuk mengwujudkan landasan set minda yang baru - Pendidikan perlu ditekankan kepada generasi muda
9) segala kegiatan ekonomi mesti mempunyai daya saing yang tinggi -
10) pembangunan kaum wanita perlu juga digerakkan sebagai penggerak penting dalam proses pemba
|
|
|
Post by Dato Wan Azmi on Oct 6, 2005 20:49:51 GMT 7
terima kasih di atas maklum balas yg diberi, dan semua cadangan itu, saya akan masukkan ke dalam RM9.
sekiranya saudara perlu mendapat maklumat secara terperinci, sudi berhubung dgn saya di pejabat khidmat saya di Sik.
|
|
|
Post by Dato Dr Wan Azmi on Mar 6, 2006 16:09:44 GMT 7
1) semua perancangan projek pembangunan perlu mengambil kira aspek tambah nilai TEXT - Satu pusat ekonomi perlu di wujudkan untuk setiap mukim atau peti undi. 2) keperluan kemajuan dalam bidang yang berkaitan dengan teknologi komunikasi maklumat (ICT) hendaklah diberi keutamaan - Kemudahan telekomunikasi perlu diperhebatkan. Kemudahan access broadbang(jalurlebar) spt streamyx perlu sampai sehingga ke peringkat kampung untuk tujuan tersebut. 3) perubahan sistem nilai perlu bergerak ketahap atas - Pendidikan perlu diperhebatkan di peringkat bawahan terutama kanak-kanak 4) berbagai kemahiran baru khususnya dlm bidang ekonomi perlu diwujudkan. - WUjudkan atau perkemaskan pusat latihan untk penduduk Sik. Pusat tersebut mesti di Sik. 5) pembangunan sektor perkhidmatan hendaklah dipertingkatkan - Pengwujudan pusat ekonomi di setiap mukim atau peti undi adalah penting. Maka dengan itu sektor perkhidmatan boleh dimajukan. Korporat2 perlu memainkan peranan penting disamping sektor awam. 6) pembangunan teknologi biologi, hendaklah diberi keutamaan supaya ianya menjadi teraju penting dlm pembangunan sektor pertanian. - Kebanyakan penduduk Sik tidak tahu apa itu bio teknologi. Perlu ada awareness kepada mereka, Mungkin mereka boleh mengambil bahagian dalam sektor ini terutama pengamal perubatan traditional. 7) segala tindakan adalah kearah mengurang dan menghapuskan pemikiran subsidi. - Seminar kesedaran dan pemahaman perlu digerakkan untuk tujuan ini. 8) perubahan minda iaitu, berfikir secara baru adalah untuk mengwujudkan landasan set minda yang baru - Pendidikan perlu ditekankan kepada generasi muda 9) segala kegiatan ekonomi mesti mempunyai daya saing yang tinggi - 10) pembangunan kaum wanita perlu juga digerakkan sebagai penggerak penting dalam proses pemba pembangunan projek ekonomi satu kawasan satu produk sedang giat dijalankan dikawsan-kawasan berikut:- a) Kg. Masjid Jeneri - Projek Pertanian Teknologi Nuklear (pisang montel, kelapa matag, jagung) b) Kg. Bunga Ceper - Tanaman longan c) Kg. Hujung Bandar Sik - Pokok Vanilla d) Kg. Ceper - Herba untuk ubat kanser e) Kg. Kenangan - Omega 3 dari ikan keli f) Kg. Charok Kelian Sik - Jagung madu g) Kg. Cemara - Pokok kemuning cina Pembangunan teknologi komunikasi pusat "hotspot" untuk jalur lebar internet dipersekitaran kawasan Pekan Sik berpusat di kompleks MARA Sik. Berbagai kursus motivasi dan pendedahan sedang giat dilakukan untuk membina minda baru : tumpuan utama kepada pelajar-pelajar SPM dan golongan wanita. Disamping pusat latihan kemahiran yang ada seperti Pusat Giat MARA dan Pusat Latihan KEDA, kerajaan telah meluluskan sebuah kolej komuniti dalam RM-9 ini untuk daerah Sik. Pembangunan teknologi biologi mendapat bantuan dan khidmat nasihat dari MINT dan USM. MINT terlibat dengan pengeluaran benih-benih menggunakan kaedah tisu kultur dan USM terlibat dengan kajian perubatan keatas pokok-pokok herba yang banyak terdapat khususnya di kawasan Ceper. Kemudahan perpustakaan elektronik juga sedang dibangunkan untuk membolehkan belia-belia dan para pelajar memperluaskan sumber pengetahuan mereka. Projek perintis perpustakaan elektronik dilaksanakan di Sekolah Menengah Sik dan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Sik.(Belia-belia boleh menoreh getah sebelah pagi dan belajar pada sebelah petang dan malam melalui internet- kan hebat!). Saya boleh memberi seseorang itu air tetapi saya tidak boleh memaksa seseorang itu meminum air itu. Setuju atau tidak?
|
|
|
Post by Dato Dr Wan Azmi on Mar 6, 2006 16:11:34 GMT 7
1) semua perancangan projek pembangunan perlu mengambil kira aspek tambah nilai TEXT - Satu pusat ekonomi perlu di wujudkan untuk setiap mukim atau peti undi. 2) keperluan kemajuan dalam bidang yang berkaitan dengan teknologi komunikasi maklumat (ICT) hendaklah diberi keutamaan - Kemudahan telekomunikasi perlu diperhebatkan. Kemudahan access broadbang(jalurlebar) spt streamyx perlu sampai sehingga ke peringkat kampung untuk tujuan tersebut. 3) perubahan sistem nilai perlu bergerak ketahap atas - Pendidikan perlu diperhebatkan di peringkat bawahan terutama kanak-kanak 4) berbagai kemahiran baru khususnya dlm bidang ekonomi perlu diwujudkan. - WUjudkan atau perkemaskan pusat latihan untk penduduk Sik. Pusat tersebut mesti di Sik. 5) pembangunan sektor perkhidmatan hendaklah dipertingkatkan - Pengwujudan pusat ekonomi di setiap mukim atau peti undi adalah penting. Maka dengan itu sektor perkhidmatan boleh dimajukan. Korporat2 perlu memainkan peranan penting disamping sektor awam. 6) pembangunan teknologi biologi, hendaklah diberi keutamaan supaya ianya menjadi teraju penting dlm pembangunan sektor pertanian. - Kebanyakan penduduk Sik tidak tahu apa itu bio teknologi. Perlu ada awareness kepada mereka, Mungkin mereka boleh mengambil bahagian dalam sektor ini terutama pengamal perubatan traditional. 7) segala tindakan adalah kearah mengurang dan menghapuskan pemikiran subsidi. - Seminar kesedaran dan pemahaman perlu digerakkan untuk tujuan ini. 8) perubahan minda iaitu, berfikir secara baru adalah untuk mengwujudkan landasan set minda yang baru - Pendidikan perlu ditekankan kepada generasi muda 9) segala kegiatan ekonomi mesti mempunyai daya saing yang tinggi - 10) pembangunan kaum wanita perlu juga digerakkan sebagai penggerak penting dalam proses pemba Tindakan susulan ke atas cadangan-cadang di ataspembangunan projek ekonomi satu kawasan satu produk sedang giat dijalankan dikawsan-kawasan berikut:- a) Kg. Masjid Jeneri - Projek Pertanian Teknologi Nuklear (pisang montel, kelapa matag, jagung) b) Kg. Bunga Ceper - Tanaman longan c) Kg. Hujung Bandar Sik - Pokok Vanilla d) Kg. Ceper - Herba untuk ubat kanser e) Kg. Kenangan - Omega 3 dari ikan keli f) Kg. Charok Kelian Sik - Jagung madu g) Kg. Cemara - Pokok kemuning cina Pembangunan teknologi komunikasi pusat "hotspot" untuk jalur lebar internet dipersekitaran kawasan Pekan Sik berpusat di kompleks MARA Sik. Berbagai kursus motivasi dan pendedahan sedang giat dilakukan untuk membina minda baru : tumpuan utama kepada pelajar-pelajar SPM dan golongan wanita. Disamping pusat latihan kemahiran yang ada seperti Pusat Giat MARA dan Pusat Latihan KEDA, kerajaan telah meluluskan sebuah kolej komuniti dalam RM-9 ini untuk daerah Sik. Pembangunan teknologi biologi mendapat bantuan dan khidmat nasihat dari MINT dan USM. MINT terlibat dengan pengeluaran benih-benih menggunakan kaedah tisu kultur dan USM terlibat dengan kajian perubatan keatas pokok-pokok herba yang banyak terdapat khususnya di kawasan Ceper. Kemudahan perpustakaan elektronik juga sedang dibangunkan untuk membolehkan belia-belia dan para pelajar memperluaskan sumber pengetahuan mereka. Projek perintis perpustakaan elektronik dilaksanakan di Sekolah Menengah Sik dan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Sik.(Belia-belia boleh menoreh getah sebelah pagi dan belajar pada sebelah petang dan malam melalui internet- kan hebat!). Saya boleh memberi seseorang itu air tetapi saya tidak boleh memaksa seseorang itu meminum air itu. Setuju atau tidak?
|
|
|
Post by rasidkasmani on May 20, 2006 9:30:36 GMT 7
Assalaimulaikum Dato', Seperti yang telah kami cadangkan bagi sawah terbiar di kg. Bukit Cham. Saya berharap agar Dato' masukan perancangan pembangunan RM9. Antara perancang kami untuk tahan terbiar ialah: tanaman kelapa, limau masam, herba (Pokok Cerita) dan seterusnya jadikan ia kawasan perlancongan pertanian. Di rumah saya sekarang ini, saya telah menanam pokok cerita di pasu-pasu sebagai persediaan apabila ia diterima oleh Dato'? Sekian terima kasih. mohd rasid kasmani e-mail: rasidkasmani@yahoo.com 019-4664721
|
|
|
Post by rasidkasmani on May 20, 2006 9:40:11 GMT 7
Assalamulaikum Dato' Jutaan tahniah kepada Dato' kerana mempunyai perancangan yang rapi dalam memajukan Sik dengan membuka Forum seperti ini. Banyak laman wab yang saya lawati belum pernah ada seorang ahli parlimen malaysia buat seperti Dato'. Dato' adalah orang pertama. Semoga allah sentiasa bersama Dato'
sekian terima kasih
|
|
|
Post by PakUtih on Jun 1, 2006 9:19:23 GMT 7
Assalamualaikum...semoga Dato' sihat dan sejahtera.... berkaitan dengan RMK9, saya suka menjurus kepada PERUBAHAN MINDA, saya tertarik kerana saya berpandangan perubahan minda/mind set ini amat penting dan perlu bagi penduduk di daerah Sik. saya mengambil contoh dari segi kebersihan...acapkali saya luahkan ketidakpuasan hati saya kepada rakan2 kerana saya saya tidak tahu dimana tempat yang sesuai...dengan adanya FORUM ini (mungkin yg pertama dibuat oleh ahli parlimen Malaysia) saya rasa saya dan tempat untuk mengadu.... kebersihan tandas awam disekitar seliaan majlis daerah Sik amat mendukacitakan...atau...paling memalukan dan menjijikkan....sebagai anak Sik yang bekerja diluar dan sering melawat daerah2 lain di seluruh negara...memang saya amat malu....dan kelemahan ini jelas diletakkan di bahu pengurusan MDS serta PENDUDUK DAERAH SIK. Paling menyedihkan..bangunan tabung haji....tandas yg dijaga saya rasa cuma ditingkat bawah sahaja....ARAS 2 (Dato' tahu dimana) tidak dijaga dan dicuci mengikut yang sepatutnya...sampah tidak dibuang walau berhari2....sinki tidak dicuci dan INI BOLEH MENJEJASKAN IMEJ ..... seperkara lagi.... saya melihat pembangunan lanskap di daerah Sik BEGITU BERCELARU DAN TIDAK DIJAGA DENGAN BAIK. pekan Sik bukanlah besar jika nak dibandingkan dengan bandar2 lain TETAPI MENGAPA sampah2 masih bertaburan di tepi jalan, rumput2 dibiarkan panjang....pokok bunga tidak terurus....malah BETOL SEPERTI KATA RAKAN...masih seperti pekan koboi walau ada sedikit perubahan bangunan.... mungkin perlu ada perubahan minda dikalangan kakitangan MDS. mereka boleh mencontohi daerah lain yg lebih tersusun dan kemas dalam menjaga keindahan lanskap....lihat saja dataran sebelah trafiklight......kusam dan membosankan. p/s: mungkin Dato boleh berbuat sesuatu??
|
|
|
Post by Dato Dr Wan Azmi on Jun 10, 2006 9:59:01 GMT 7
Terima kasih kerana memberi perhatian dan teguran. Saya akan mengambil perhatian dan memberi maklum balas ini kepada pihak-pihak yang berkaitan. Saya juga bersetuju bahawa pekan Sik ini lebih teruk dari pekan koboi. Nampaknya pihak majlis daerah duduk tidor sahaja. Saya terpaksa gerakkan mereka dengan semangat yang baru supaya mereka tidak lagi duduk dibawah tempurung. saudara juga boleh tulis surat kepada pihak2 yg berkenaan dan saranan kepada saya.
|
|
|
Post by org sik on Aug 29, 2006 16:01:41 GMT 7
Sebenarnya saya masih tidak berpuas hati dengan MDS, saya tak pasti struktur organisasinya bagaimana, tetapi saya percaya, lemah kepala lemahlah ekor dan ekor hanya menurut kepala sebab kepala yang menunjuk arah dan jalan, ekor hanya mengikut. Mungkin Dato' boleh PRINT apa yang saya tulis dan kepilkan dengan surat dari Dato' utk makluman kepada YDP MDS. Saya pernah melihat pekan Baling suatu masa dahulu dan saya percaya ramai orang Sik melihat pekan Baling suatu masa dahulu. Sejarah pernah tercatat PKM bermaharaja lela disana, dan ramai pemimpin hari ini ada yg pernah berdemostrasi di Baling suatu masa dahulu kerana kemiskinan penduduk. Disitu juga pernah tercatat peristiwa hitam MEMALI. tetapi itu dulu, bandingkan Sik dan Baling kini. Pasti ramai yang percaya bahawa Sik sudah jauh ketinggalan. Orang kampung di Sik lebih suka ke pekan baling untuk beli barang. Dah glamer bahawa baju di Baling murah. pinggan di baling murah dan semuanya murah di Baling. Di Sik apa ada? itu mungkin bukan perancangan MDS sahaja tetapi saya masih sedih melihat pekan Sik yg begini kecil tak terjaga. rumput tumbuh terbiar panjang. sampah merata-rata. memang la orang Sik masih pengotor, buang sampah merata-rata tetapi ada pekerja yang ditugaskan, mengapa masih kotor?. sikit sangat bajet yg MDS dapat? kalau hasil cukai tu mungkin rendah sebab xdak sumber ekonomi yg kukuh di Sik tapi pada saya.....APA YG ADA TU JAGALAH BAIK-BAIK. Di Beris Jaya, tanggungjawab sapa yg uruskan pokok2 tu....jangan hanya masa MB nak Mai baru tanam pokok...pastu terbiar sampai mati.....Jangan hanya bila PM nak mai baru tanam pokok....skang ni Dato boleh pi tengok.....pokok ada yg mati dan layu...kalau tak disiram minggu ni...mati pokok tu...berapa harga sebatang pokok bunga?. RM5.....upah tanam....RM3....upah korek...RM5....pi mai pi mai....setiap pokok yang mati.....RM10 ker RM20 melayang.....duit sapa?. di pekan sik sendiri pokok2 bunga terbiar.....mahal harga bukan sapa peduli....sebab tu MDS xdak duit.....duit dibazirkan kerana pengurusan xcekap. setiap pekerja MDS perlu ada jati diri untuk menaikkan imej Sik. walaupun angkut sampah...tapi angkut betul2....jangan ada sampah tertinggal...daerah miskin tetapi jika diurus dengan baik....akan baik jadinya.....ini belum bab tandas dan longkang bangunan tersumbat lagi.... mungkin perlu orang baru yang uruskan MDS....seperti company yang hampir lingkup....ambik ja orang baru yg ada jati diri utk majukan Sik.....jangan hanya makan gaji tetapi Sik tetap Sik 20 tahun dulu.....
|
|
|
Post by Dato Wan on Aug 30, 2006 9:51:18 GMT 7
Saudara Orang Sik,saya bersetuju sangat apa yang saudara perkatakan mengenai MDS.Saya sudah beberapa kali sampaikan apa yang saudara sebut itu;nampaknya tidak ada banyak perubahan.Saya akan print mesej saudara dan akan hantar kepada MB untuk tindakan beliau seterusnya.Terima kasih.
|
|
|
Post by neter on Aug 30, 2006 14:07:36 GMT 7
Mengenai Streamyx. Saya ingin memberi cadangan kepada datuk supaya meminta telekom memperluaskan cengakaman streamyx hingga ke Chepir. Buat masa ini talian streamyx hanya sekitar 5 km dari Pekan Sik sahaja. Kami yang berada lebih dari 5km dari Pekan Sik terpaksa menggunakan dialup saja untuk melayari dan membaca forum datuk ni.
Harap datuk dapat membawa perkara ini ke atas, terima kasih
|
|
|
Post by Dato Wan on Aug 30, 2006 16:11:35 GMT 7
Saudara Neter,kemudahan STREAMYXsudah ada di kawasan Cepir,saya sudah pasang di chalet saya.Untuk maklumat saudara kemudahan jalur lebar percuma kini boleh digunakan di Pekan Sik.Sila saudara cuba menggunakan kemudahan ini di sekitar Arked Mara Pekan Sik(lihat signal PKAPS).Terima kasih.
|
|
|
Post by netter sik on Sept 1, 2006 15:18:20 GMT 7
rasa saya streamyx bukan hanya setakat 5 KM dari pekan Sik tetapi 5 Km daripada setiap box telekom kat tepi jalan tu...maknanya banyak kawasan yg dapat di daerah sik.....tq
|
|
|
Post by tenet dialup on Sept 25, 2006 21:33:58 GMT 7
Saya dah tanya telekom, cahlet tok wan pakai line 603 tak sama la, sebab tu kawasan lain tak boleh, kalau lebih 5 km kena siasat dulu, tak pe lah, tunggu saja..
cukup dengan yang ada saja, hidup melayu
|
|