|
Post by Berus Gigi on Sept 26, 2006 13:17:33 GMT 7
Kalau boleh bagi alamat tuan, saya boleh tolong check. Kalau ada phone rumah lagi bagus.kalau area chepir saya rasa sudah ada kemudahan.
|
|
|
Post by dato wan azmi on Sept 27, 2006 10:08:21 GMT 7
Saudara tenat dialup sudi beri number tel. kepada Berus Gigi.Untuk maklumat saudara Berus Gigi adalah orang besar dalam TM.
|
|
|
Post by Dato Wan on Sept 7, 2007 18:05:40 GMT 7
Hari ini bertarikh 7hb.Sept.2007 YAB Perdana Menteri telah membentangkan Bajet untuk tahun 2008.Twerdapat banyak perkara baru dalam bajet ini.Saya akan melaporkan pada setiap hari perbahasan bajet ini.Sudi juga jika anda ada apa-apa pendapat dan pandangan perturunkan di sini.Saya amat memerlukan ide dan maklumat untuk digunakasn dalam perbahasan nanti.TK
|
|
|
Post by Dato Wan on Sept 10, 2007 10:48:38 GMT 7
Hari ini bertarikh 10hb.Sept.2007 jam 11.30 pagi bermulalah perbahasan Bajet 2008.Perbahasan hari ini dimulakan oleh YB. kEPONG(DAP),beliau kurang bersedia dan mendapat gangguan dari ramai YB yang lain.Kepong membangkitkan isu Malaysia sebagai sebuah negara Islam.Kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara Islam atau sebagai sebuah negara sekular adalah tidak jelas mengikut pandangan beliau.Dari segi perbelanjaan untuk pendidikan yang berjumalah 24 peratus dari jumlah peruntukan,Kepong mempertikai bilangan sekolah bistari yang rendah.Kemudahan jalur lebar di sekolah-sekolah masih terhad tidak seperti di Singapura (Untuk makluiman semua kita di Sik,saya sudah sediakan kemudahan jalur lebar tanpa wire di semua sekolah di seluruh daerah Sik dan di Pekan Sik saya sudah menyediakan kemudahan yang serupa).Pada keselurahnaya perbahasan KEPONG kuarang menarik dan beliau kerap mendapat gangguan dari ahli-ahli lain.
|
|
|
Post by Dato Wan on Sept 10, 2007 11:57:59 GMT 7
Selepas YB Kepong berucap ,ketua pembangkang Lim Keat Siang pula diberi peluang untuk berbahas.Beliau memulakan ucapannaya dengan isu tunjukan perasaan di Terangganu pada 9 hb.Sept.2007.Beliau membangkitkan kekejaman pihak polis dalam menguraikan rusuhan tersebut.Isu ini ditentangkan secara tegas oleh YB.Sri Gading.Beluau juga membangkit masalah operasi mengurangkan jumlah ternak khinzir di Melaka tempuhhari..Beliau juga membangkitkan isu politik wang dan UMNO.Lim Keat Siang menuduh pihakPolis yang membuat provokasi di Terangganu dan juga di Melaka.Lim Keat Siang tidak menyentuh mengenai pencemaran alam sekitar ,tetapi memperjuangkan hak penternak-penternak khinzir di situ.Dia tidak bersetuju di atas tindakan Kerajaan Negeri Mekala mengurangkan bilangan ternak khinzir dari 130000 ke 40000ekor.Beliaumendesak supaya pihak kerajaan mengatasi masalah pencemaran alam sekitar disitu.YBTanggaBatudan YB Sri Gading berlawan hujah dengan Ketua Pembangkang.sedih sekali tiada seorang pun wakil Parti PAS turut bangun berhujah dengan DAP.YB Yasin juga turut berhujah dengan Lim Keat Siang.Beliau mencadangkan agar setiap orang wakil DAP mengambil lima ribu ekorseorang untuk mengurang ternakan khinzir di Melaka.Seterusnya beliau mengatakan bahawa Bajet 2008 adalah merupakan bajet yang tidak tulus.Isu PKFTZ juga dibangkitkan dan beliau membangkitkan skandal PKFTZ yang berjumlah 4.6 billion ringgit..
|
|
|
Post by Dato Wan on Sept 10, 2007 14:04:06 GMT 7
Tepat pada jam 2.20 petang Ketua Pembangkang meneruskan perbahasannaya megenai dakwaan skandal PKFTZ;Isu pengambilan balik tanah tidak dilakukan tetapi diperolehi secara membeli walaupun tidak diluluskan oleh Kementeriaan Keewangan.Beliau telah mendakwa hahawa bekas menteri pengangkutan dan Menteri Pengangkutan telah menyalahkan guna kuasa.Beliau telah ditegur oleh Speaker kerana isu ini sedang disiasat oleh Jawatankuasa Kewangan Negara.Lim Keat Siang tetap meneruskan hujahnya.Beliau juga telah menuduh bekas Menteri Pengankutan Lim Liong Sik telah mengeluarkan surat bond tanpa pengetahuan kabinet.(Kesemua ini telah berlaku semasa Tun Mahathir jadi Perdana Menteri.Jawatan kuasa Kewangan Negara tidak berpuas hati terdapa penjelasan yand diberi. Selepas berhujah panjang lebar Lim Keat Siang telah membentangkan Bajet ala DAP.Dalam Bajet DAP ini,dasardasar utama bajet ini ialah penggunaan perolehan dari industri minyak dan gas asli.,pembangunan praserana wilayah dan bandar.Belaujuga mengatakan bahawa pembangunan ICT juga terlalu lambat.Lim Keat Siang tidak membangkit pun mengenaipembangunan sektor luar bandar dan juga sektor pertanian.Beliau juga mendesak supaya semua kontrek kerja kerajaan diberi secara tender terbuka.Pada amnya beliau banyak berhujah untuk kepentingan penduduk bandar ,kebajiakn penduduk luar bandar tidak banyak yang disentuhnya.
|
|
|
Post by Dato Wan on Sept 10, 2007 15:08:47 GMT 7
Jam 4;30 petang Lim Keat Seang,ketua pembangkan masih lagi berucap.Sekarang ini beliau menyentuh mengenai Perbankan Islam di Malaysia.Nampaknya beliau amat berminat dalam bidang ini dan mengaku kejayaan kerajaan mengujudkan sistem perbankan Islam.Beliau juga mencadangkan beberapa langakah yang perlu diambil oleh kereajaan untuk memperkasasakan Sistem Perbankan Islam di Malaysia.Beliau menyarakan supaya lebih banyalk pelajar-pelajar di beri biasiswa untuk belajar di luar negara mengenai Sistem Perbankan Islam.Sistem kehakiman juga disentuh oleh beliaukhususnya mengenai terdapat banyaknya kes-kes tertunggak.
|
|
|
Post by dato wan azmi on Jun 3, 2010 12:42:16 GMT 7
Marilah kita bersama meneliti Rancangan Malaysia 10 yang akan dilancarkan nanti.Bagaimana pula MODEL EKONOMI BARU dapat memanafaatkan otrang Melayu.SDudi dapat semua memberi pandangan.
|
|
|
Post by Elldiow on Sept 3, 2019 19:32:13 GMT 7
Propecia Rogaine Combined Hair Loss Tips For Lasting Longer <a href=http://levipill.com>how to buy levitra in usa</a> Pittsburgh Page Get Viagra Quick
|
|