|
Post by dato wan azmi on Apr 14, 2005 1:39:23 GMT 7
telah memohon sebanyak 7 juta tetapi lulus hanya 1 juta bagi tahun 2005.
saya akan berusaha untuk mendapat peruntukan tambahan.
|
|
|
Post by dato wan azmi on Mar 3, 2006 18:00:29 GMT 7
Dalam tahun 2006, sebanyak 1.3juta telah diperolehi untuk menaik taraf jalan kampung dan memperbaiki jalan yang rosak (Saya pohon sebanyak RM 5juta, tapi lulus sebanyak RM 1.3juta sahaja. Saya akan pohon lagi dibawah peruntukan tambahan nanti)
Saya juga sedang membuat persiapan untuk membawa masalah jalan pertanian di parlimen pada sidang yang akan datang supaya Kementerian KPLB dan Wilayah dapat mewujudkan dasar untuk membina jalan-jalan pertanian.
|
|
Warisan Ketuanan Sik
Guest
|
Post by Warisan Ketuanan Sik on Mar 9, 2006 11:20:49 GMT 7
Assalamualaikum YB Dato'.
Tahniah saya ucapkan kerana usaha dan semangat YB Dato' dalam melihat Daerah Sik ini membangun seiring dengan kemajuan di daerah-daerah lain.
Walau bagaimana pun, bagi memperkukuhkan lagi usaha YB Dato' saya sangat berharap supaya jalan-jalan kampung seperti di sebelah Mukim Teloi diantaranya.. Kampung Hujung Bandar, Kampung Teloi, Merbau Kudung dan Kampung Sri Dacing perlu diberi perhatian sewajarnya.
Selain itu, saya juga dapat melihat projek jalan kampung ini juga perlu diberikan tumpuan keada mukim-mukim lain yang masih lagi ketinggalan seperti di Landai, Belantek, Kota Aur, Danglau, Jeneri dan Chemara.
Saya amat berbangga mempunyai seorang Ahli Parlimen seperti YB Dato' kerana sentiasa perihatin terhadap kemajuan dan pembangunan Daerah Sik yang dicintai ini..
Terima kasih diucapkan..
|
|
|
Post by PakUtih on May 4, 2006 10:54:12 GMT 7
Assalamualaikum... mungkin apa yg saya katakan ini agak off topik tapi masih agak sesuai.....iaitu berkaitan jalan KG, apa yg saya ingin utarakan ialah jalan yang sesuai untuk penduduk Bandar Baru Beris Jaya menjalankan aktiviti ekonomi mereka di kg asal iaitu di bt seketul dan sg batang. penduduk yang mempunyai kebun getah terpaksa menaiki bot dan sampan yg tahap keselamatannya amat membimbangkan. Walaupun YB Dato' ada memberikan bot tetapi seperti diketahui....ianya dirosakkan oleh pihak tidak bertanggungjawab. sehubungan itu saya berharap satu jalan mini Tar dibina dari hujung kg bt seketul...(jalan sedia ada diturap batu crasaran oleh keda? kalau xsilap) hingga ke telaga batu...maksud saya mengelilingi empangan beris.... terdapat penduduk yg mengambil alternatif membuat jalan sendiri tetapi sekadar jalan tanah merah...berapa lama boleh tahan.... harapan saya yang amat menyanjung usaha murni Dato' dalam membangunkan penduduk Sik, dapatlah kiranya mempertimbangkan masalah yang dialami penduduk Beris Jaya ini.
|
|
|
Post by wanazmi on May 5, 2006 13:29:18 GMT 7
pembinaan jalan ini adalah dalam tindakan saya .terima kasih
|
|
|
Post by PakUtih on May 8, 2006 10:59:35 GMT 7
terima kasih atas jasa baik Dato'
|
|
AMINAH BINTI ABDUL LATIF KEMAS
Guest
|
Post by AMINAH BINTI ABDUL LATIF KEMAS on Jun 11, 2006 14:58:20 GMT 7
ASSALAMUALAIKUM ,DATUK TAHNIAH DUCAPKAN KEPADA DATUK KERANA TELAH BERJAYA MEMBUKA PUSAT KOMPUTER DIDAERAH SIK .SAYA AMAT BERBANGGA KERANA SAYA DAPAT MENGIKUTI PROGRAM INI MEMANDANGKAN SAYA AMAT TERLALU DAIF TENTANG IT INI.
|
|
SALMAH BT HASSAN KEMAS SIK
Guest
|
Post by SALMAH BT HASSAN KEMAS SIK on Jun 11, 2006 15:03:15 GMT 7
Assalamualaikum Dato, terimakasih diatas kepercayaan Dato kepada kami untuk menggunakan kemudahan yang disediakan ini .Untuk pengetahuan Dato kami bukanlah tidak mahu mempelajari komputer ini tetapi memandangkan kami tidak diberi peluang dan masa yang amat terhad kami tidak dapat menggunakannya Insyaallah kami akan mempelajarinya sebaik mungkin . Semoga Allah membalas jasa Dato.
|
|
|
Post by Na Jelutong on Jun 11, 2006 15:06:06 GMT 7
terima kasih di atas perhatian dato, terhadap masalah - masalah yang penduduk SIK pada ketika ini.
|
|
KHARIYAH BINTI HARUN KEMAS SIK
Guest
|
Post by KHARIYAH BINTI HARUN KEMAS SIK on Jun 11, 2006 15:07:35 GMT 7
Assalamualaikum Dato.Terima kasih atas jasa baik Dato memberi kemudahan kepada kami. Jasamu tetap kami kenang.
|
|
Noor azah bt ahmad sik
Guest
|
Post by Noor azah bt ahmad sik on Jun 11, 2006 15:15:15 GMT 7
nAssalamualaikum Dato'. Tahniah diucap kan diatas sumbangan dato' kepada rakyat sik terutama kg jelutong. jasamu tetap dikenang.
|
|
SOM BINTI MAT SALEH KEMAS SIK
Guest
|
Post by SOM BINTI MAT SALEH KEMAS SIK on Jun 11, 2006 15:23:24 GMT 7
ASSALAMUALAIKUM DATUK TERIMA KASIH SAYA UCAPKAN KEPADA DATUK DIATAS USAHA DATUK SELAMA INI. JASAMU TETAP DIKENANG.
|
|
|
Post by dato wan azmi on Jun 14, 2006 16:26:39 GMT 7
selagi hidup selagi berjuang terima kasih
|
|
|
Post by dato wan azmi on Jun 14, 2006 16:27:15 GMT 7
nAssalamualaikum Dato'. Tahniah diucap kan diatas sumbangan dato' kepada rakyat sik terutama kg jelutong. jasamu tetap dikenang. Bengkel ICT di kampung ini sedang disusun.
|
|
|
Post by dato wan azmi on Jun 14, 2006 16:30:17 GMT 7
ASSALAMUALAIKUM ,DATUK TAHNIAH DUCAPKAN KEPADA DATUK KERANA TELAH BERJAYA MEMBUKA PUSAT KOMPUTER DIDAERAH SIK .SAYA AMAT BERBANGGA KERANA SAYA DAPAT MENGIKUTI PROGRAM INI MEMANDANGKAN SAYA AMAT TERLALU DAIF TENTANG IT INI. Pekan sik sudah ada kemudahan jalur lebar cubalah duduk di arked mara sik
|
|