|
Post by dato wan azmi on Jun 14, 2006 16:32:41 GMT 7
Assalamualaikum Dato, terimakasih diatas kepercayaan Dato kepada kami untuk menggunakan kemudahan yang disediakan ini .Untuk pengetahuan Dato kami bukanlah tidak mahu mempelajari komputer ini tetapi memandangkan kami tidak diberi peluang dan masa yang amat terhad kami tidak dapat menggunakannya Insyaallah kami akan mempelajarinya sebaik mungkin . Semoga Allah membalas jasa Dato. saya tidak beri ikan tetapi beri kail
|
|
|
Post by shambelantik on Nov 12, 2006 10:52:45 GMT 7
Projek Eastern Highway Assalamualaikum...
Saya bagi pihak pemilik tanah dan ibu saya sendiri merasa tidak puas hati dengan cara pihak kontraktor yang memasuki tanah kami tanpa mengeluarkan atau memberi sebarang notis, walaupun telah di beri pampasan.Dengan cara ini, ia telah merosakkan harta kami,seperti pagar dan pokok kayu. Untuk pengetahuan pihak Dato gantirugi bagi pagar masih belum dibayar dengan sepenuhya lagi.Kami bukan tidak sukakan pembangunan,cuma kami mahukan hak kami sebagai pemilik tanah diberi dengan seadilnya.
|
|
|
Post by Dato Wan on Nov 12, 2006 12:29:37 GMT 7
Waalaikumsalam Tahniah kerana menggunakan kemudahan forum ini. Masalah ini telah saya ajukan/sampaikan kepada pihak Pejabat Tanah Sik.
harap maklum
|
|
|
Post by Dato Wan on May 10, 2007 19:20:33 GMT 7
Pada tahun 2007 sebanyak RM3 uta diperolehi untuk pembinaan jalan pertanian di semua mukim dalam Daerah Sik,sebanyak RM1.5 juta untuk pembinaan jalan kampong.Semua projek ini sedang dilaksanakan.Lebih banyak jalan pertanian akan saya pohon di pada tahun 2008.Kita perlu lebih banyak membina jalan pertanian untuk meningkatkan lagi produktiviti sektor pertanian di daerahsIK.Apabila jalan pertanian sudah ada,jangan pula tanah kita sewakan;harap usaha sendiri dan jumpa saya supaya kita boleh berbincang untuk memajukan tanah-tanah tersebut.
|
|
|
Post by awanlara on Oct 9, 2007 17:07:19 GMT 7
Tahniah kpd dato. kerna membudayakan celek komputer semoga warga SIK dpt menefaatkan kemudahan yg diberi. Warga Emas patut sama2 belajar kerana dlm alam siber kita boleh dpt yg baik atawa yg buruk, kita sajalah yang menentukan jalan mana patut diambil.
|
|