|
Post by dato wan azmi on May 20, 2009 0:51:04 GMT 7
Berita mengenai usaha Tunku Putra dan rakan-rakannya,termasuklah Perdana Menteri Singapura,Donald Stephen dari Sabah,Temenggung Jugah Anak Bariang dari Sarawak dan DYMM Paduka Sultan Brunei Darul Salam untuk disatukan dengan Persekutuan Tanah Melayu,menjadi bahan mulut penduduk di kawasan ini. Berita mengenai pergabungan ini disebar luas melaluii berita-berita yang tersebar luas oleh radio,televisyion dan juga surat-surat khabar harian.Maka ramailah orang bercakap mengenai penubuhan sebuah negara baru yang akan dikenali sebagai Negara Malaysia. Perayaan menyambut Hari Kemerdekaan pada tanggal 31 haribulan Ogos pada tahun tidak akan dirayakan secara besar-besaran,hanya setakat menyasnyi lagu kebangsaan dan menaikan bendera sahaja. Sambutan penubuhan Negara Malaysia nanti akan disambut secara besaran.
|
|
|
Post by dato wan azmi on May 21, 2009 9:59:34 GMT 7
Pada malam tanggal 30 haribulan Ogos,tepat pada jam sembilan malam ,siaran langsung dibuat melalui televisyen dan radio .Tunku Putra disiarkan memberi ucapan sambutan kemerdekaan dandiakhir ucapannaya dia dengan resmi mengumumkan penbentukan Negara Malaysia yang terdiri dari Semenanjung Tanah Melayu,Sabah,Serawak dan Singapura.Negara Brunei Darul Salam menarik diri untuk bergabung dengan Malaysia dan alasannya tidak disebut oleh Tunku Putra. Pembentukan Negara Malaysia juga merupakan kemerdekaan untuk Negeri Sabah dan Sarawak dari kuasa penjajahan Kerajaan Inggeris. Dimaklumkan juga bahawa sambutan penubuhan Negara Malaysia akan disambut secara besaran pada 8 haribulan September di seluruh negara. Pada hari tersebut lagu MALAYSIA BERJAYA (MALAYSIA KITA SUDAH BERJAYA,AMAN MAKMUR DAN BAHAGIA.................DARI PERLIS SAMPAILAH KE SABAH.............KITA SUDAH MERDEKA). Lagu ini diajar di sekolah-sekolah,di semua pusat pengajian tinggi,semua persatuan belia juga turut belajar menyanyi lagu ini dan pemuda-pemuda Parti Keris juga tidak ketinggalan menyanyi lagu ini .Pada hari perayaan menyambut penubuhan Negara Malaysia lagu MALAYSIA BERJAYA dinyanyikan beramai-ramai selepas lagu NEGARA KU dinyanyikan.
|
|
|
Post by dato wan azmi on May 21, 2009 10:14:48 GMT 7
Di kawasan ini ,seperti apa yang telah ditetapkan ,perayaan sambutan penubuhan Negara Malaysia disambut dengan riah sekali.Pada sebelah pagi lapan haribulan ramailah penduduk di kawasan ini berhimpun di padang awam.Upacara dimulakan dengan bacaan doa oleh Tuan Imam Haji Abdul Rahman orang kuat Parti Keris,diikuti dengan upacara menaikan bendera Malaysia pada pertama kalinya ,diiringi dengan lagu kebangsaan Negara Ku yang dinyanyikan secara koir oleh kumpulan pemuda yang diketuai oleh Pak Da Kob dan selepas itu diikuti pula dengan lagu MALAYSIA BERJAYA. Selepas sahaja lagu-lagu itu dinyanyikan Tuan Pegawai Daerah pula membaca ucapan Yang Amat Berhormat Menteri Besar,selepas teks ucapan Menteri Besar dibaca,laungan MERDEKA sebanyak tujuh kali dilakukan diketuai oleh Mail Cu,ketua Parti Keris untuk kawasan ini.Selepas upacara itu ditamatkan semua para jemputan bergerajk pula ke rumah Pegawai Daerah untuk menjamu selera dan berihat sebentar sementara menunggu upacara yang lain dipersembahakan.
|
|
|
Post by dato wan azmi on May 21, 2009 10:52:35 GMT 7
Tepat pada jam sepuluh setengah pagi semua para jemputan bergherak pula menuju kembali ke padang awam. Di padang awam ini penuh sesak dengan orang ramai yang berhimpun awal pagi lagi untuk menyaksi pertandingan silat diantara mukim.Kumpulan gendang silat pulut yang diketuai oleh Pak Lang Mukseng pun mula memukul gendang dengan lagu Silat Petani. Peretandingan dimulakan dengan pasukan dari Myukim Teloi bertemu dengan Mukim Sok diiringgi dengan lagu Cepir.Kumpulan dari MukimTeloi telah memenangi pusingan ini.Setelah itu pasukan dari Mukim Sik pula bertemu dengan pasukan dari pasukan Mukim Jeneri yang diiringi dengan lagu Teloi. Dalam pusingan ini pasukan dari Mukim Jeneri telah berejaya menewas pasukan dari Mukim Sik. Oleh yang demikian untuk pertandingan johan adalah diantara pasukan dari Mukim Teloi dan Mukim Jeneri. Dalam pertandingan akhir ini Pak Lang Mokseng tidak bermain gendang.tetapi diserahkan tugas ini kepada kumpulan Pak Ngah dari Kampung Namek dan Ceng Tok Sajak dari Lubuk Bedil. Dengan lagu kerbau berlaga,mereka berdua memukul gendang dengan penuh semangat. Kumpulan dari Mukim Jeneri terdiri dari anak buah Penguhulu Pak Da Soh dan mereka semua adalah ahli Parti Bulan;manakala kumpulan dari Jeneri dalah anak buah Cik Mat Besah yang terdiri dari ahli-ahli Parti Keris.Pada permualan perlawaan mereka bertanding denga penuh tertib;tetapi apabila lagi kerbau berlaga itu menjadi sangat rancak,pesilat dari Mukim Teloi telah naik semangat dan melakukan gerakan yang tidak dibenar,Sebutir penumbuk telah dilepaskan kedaha pesilat dari Jeneri yang tidak sempat ditapis,Keadaan menjadi cemas dan riuh rendah dengan sorokan penuntun. Kumpulan dari Jeneri dengan ganasmenyerang kumpulan Telio.Mujurlah pada ketika itu Tuan Pegaeai Daerah tampil kehadapan dan berjaya menyuraiakn pergaduhan itu.Selepas itu pertandingan disambung semula ,tetapi kali ini tidaklah serancak seperti di awal pertandingan.Kumpulan dari Mukim Jeneri akhirnya telah memenangi pertandingan. Selepas peristiwa ini kumpulan dari Mukim Teloi dan dari Mukim Jeneri tidak pernah bertemu lagi. Lagu kerbau berlaga telah memisahkan dua kumpulan silat ini. Selepas pertunjukan pertandi
|
|
|
Post by dato wan azmi on May 21, 2009 13:59:32 GMT 7
Selepas pertunjukan pertandingan silat antara mukim,perlawanan tarik tali dan pertandingan menaikkan wau pula diadakan disebelah petang.Hanya mereka yang berbadan besar mengambil bahagian dalam pertandingan ini.Perlawan tarik tali dimenangi oleh peserta dari Mukuim Sik kerana kumpulan ini mempunyai semua peserta yang berbadan tegap. Pertandingan menaikkan wau pula memperlihatkan berbagai jenis wau;sepertii wau bulan ,wayu jalak budi,wau helang,wau kangkang,wau kapal terbang dan lain-lain lagi. Kanak-kanak juga tidak ketinggalan dalam pertandingan ini.Mereka kebanyakannya menaikkan wau kemetek dan wau kelawar yang berekor.Maka rioh rendahlah suasana di padang itu dengan paluan gendang silat dan dengan tepuksorak anak-anak muda. Disebelah malam pula diadakan tayangan gambar oleh Jabatan Penerangan , persembahan sandiwara cerita Hang Tuah oleh pemuda dan pemudi Parti Keris dan juga persembahan orkes gazal parti Kumpulan Candini dari Batu Lima. Begitulah riang sekali sambutan penubuhan Negara Malaysia yang disambutkan di peringkat daerah oleh penduduk-penduduk di sini .SA
|
|
|
Post by dato wan azmi on May 21, 2009 14:17:14 GMT 7
Selepas sambutan di peringkat daerah ,semua mukim mengadakan pula sambutan masing-masing.Sambutan di peringkat musim tidak juga kurang meriah.Sukan-sukan rakyat seperti berlari dengan sebelah kaki diikat,berlari dengan bergu kaki diikat,berlari naik upeh dan sebagainya.Bagi kaum wanita pula mereka mengambil bahagian dalam pertandingan kokor kelapa,menganyam ketupat dan pertandingan masakan serta gubahan hantaran pengantin. Pada lewat petang anak-anak muda pula mengambil bahagian dalam pertandingan sepak raga bulat. Meriah betul sambutan penubuhan Negara Malaysia yang diadakan di peringkat kmukim.Semua lapisan masyarakat mengambil bahagian,tanpa mengira umur,jantan dan fahamanpolitik.Orang-orang Parti Keris dan mereka yang menjadi ahli Parti Bulan sama-sama mengambil bahagian dalam sambutan ini. Sukan dapatmenyatuipadukan masyarakat dan sukan juga dapat menaikkan semangat juang ahli masyrakat di sini.
|
|
|
Post by dato wan azmi on May 21, 2009 22:20:15 GMT 7
Seminggu selepas penduduk-penduduk di kawasan ini merayakan pembentukan Negara BMalaysiamereka dikejutkan dengan satu berita yang disiarkan melalui peti telivisyen dan radio. Berita mengenai tangkapan seorang anggota komando Indonesia di Labis Johor.Dengan ini sahlah khabar-khabar angin yang menyrbut bahawa Indonesia akan menyerang Malaysia.Presiden Sukarno terlah mengistiharkan gerakan konfratasi terhadap Malaysia. Beliau menentang penubuhan Negara Malaysia yang merangkumi Sabah dan Sarawak .Sukarno mempunyai impian yang lebih besar untuk menubuhkan sebuah negara yang lebih besar;iaitu Indonesia Raya yang mengabungkan Semenanjung Tanah MelayuSabah dan Sarawak.Tindakan ketenteraan dilakukan oleh Sukarno dan operasi mengganyang Malayisia merupakan tindakan maliteri yang diambil oleh beliau.
|
|
|
Post by dato wan azmi on May 22, 2009 10:10:03 GMT 7
Suatu perhimpunan raksaksa telah diatur oleh Jabatan Peneranganbertujuan memberi penerangan kepada rakyat mengenai tindakan agresif oleh Sukarno .Semua pihak dijemput termasuklah semua paeertubuhan sukarela dan Parti Politik.Dalam perhimpunan ini beberapa orang tokoh tempatan dijemput berucap.Diantara yang berucap pada hari itu ialah pemimpin muda Parti Keris,Non Johari yang baru saja menamatkan perkhidmatan dengan Tentera Birtish.Dia telah berjaya meniupkan semangat juang kepada anak-anak muda yang hadhir dalam perhimupnan itu.Dengan nada yang serius dan diselang-seli dengan sedikit cerita-cerita lucu yang kelakar,semua yang hadhir terpukau dengannya. Apa bila ditanya oleh Non Johari siapakah anak-anak muda yang sanggup tampil kedepan untuk mempertahankan kedaulatan negara;maka begitu ramai sekali yang tempil kehafdapan pentyas dengan laungan MERDEKA,MERDEKA entah berapa kali dilaungkan mereka tidak terbilang banyaknya. Di samping Non Johari beberapa tokoh lain juiga berucvap seperti Harun Jusuh Ketua Pemuda Parti Bulan yang tidak kurang lebatnya meniupkan semangat juang,khususnya kepada anak-anak muda yang berada di situ. Majlis perhimpunan mengutuk tindakan Sukarno itu diakhiri dengan nyanyian lagu MALAYSIA BERJAYA yang bergema di seluruh kawasan padang awam itu.
|
|
|
Post by dato wan azmi on May 22, 2009 11:00:24 GMT 7
Mesyuarat bersama telah diadakan di antara Jawatankuasa Pemuda Parti Keris yang diketuai oleh Pak Dakob dan Jawatankuasa Pemuda Parti Bulan yang dipimpin oleh Harun Pak Da Soh untuk mengadakan satu perarakan menetang Sukarno.Setelah berbincang,merekaberpakat untuk mengerakkan semua pemuda di bawah kepimmpinan mereka untuk mengambil bahagian dalam perarakan yang akan sdiadakan itu.Mereka memutuskan agar semua yang akan mengambil bahagian berbasikal dengan membawa sepanduk-sepanduk ,berarak di seliruh kawasan ini.Pada hari yang ditetapkan itu,ramailah pemuda-pemuda dari kedua pihak berhimpun di padang awam dan mereka mukla bergerak selepas sahaja menunaikan solat zuhur. Mereka berkayuh sambil menyanyi lagu MALAYSIA BERJAYA dan lagu NEGARU KUsepanjangan perjalanan.Di setiap buah kampung yang merekalalu,ramailah penduduk kampung yang keluar memberi sokongan kepada mereka.Ada juga ramai orang-orang dewasa dari kedia pihak turut serta dalam perarakan ini.Terbukti dengan jelas bahawa mereka kini bersatu menentang musuh yang sama.Perarakan berakhir pada jam tujuh petang dan mereka berkumpul pula di masjid untuk mengerjakan solat majrib dan solat hajat. Nasi kawah bersama dengan gulai daging bercampur dengan rias batang pisang disediakan oleh pihak pengurusan masjid itui.
|
|
|
Post by dato wan azmi on May 22, 2009 11:08:45 GMT 7
Pada keesokan harinya ramai diantara pemuda-pemuda itu berhimpun di persekitaran Pejabat Daerah,mendesak pihak kerajaan untuk mengambil mereka beerkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia.Tuan Pegaeai Daerah berjanji untuk menyampaikan hasrat mereka untuk kepada Menteri Pertahanan.Mereka disuruh berdaftar dan beratus orang telah berbuat demikian.Diantara mereka itu ialah Ismail Muda dari Kampung Bendang Tebal dan beberapa rakannya ahli Parti Bulan. Beberapa orang pemudi juga turut berdaftar seperti Minah Cik Mad, Derma Taksiah dan beberapa orang lagi anak gadia yang sanggup berjuan untuk mempertahankan kedaulatan negara.
|
|
|
Post by dato wan azmi on May 22, 2009 11:22:27 GMT 7
Mereka yang telah berdaftar untuk menjadi askar ditemuduga dan dibuat ujian kelayakan.Hampir kesemua mereka telah berjaya dalam ujian kelayakan itu dan dihantar ke Port Dickson untuk menjalani latihan ketenteraan;kecuali golongan pemudi yang tidak dipilih,akan tetapi mereka diserapkan kedalam Pasukan Askar Wataniah. Maka Ismail Muda dan beratus anak muda dari kawasan ini yang terdiri dari pemuda-pemuda Parti Keris dan Parti Bulan sanggup secara sukarela memasuki tentera darat.Setelah menamatkam latihan asas ketenteraan di Port Dickson mereka dihantar berkhidmat dengan Regimen Askar Melayu Diraja di seluruh perusuk negara untuk mempertahankan ibu pertiwi yang tercinta.
|
|
|
Post by dato wan azmi on May 22, 2009 11:30:28 GMT 7
Mezah Awang Hamad yang memasuki Maktab Tentera di Sungai Besi telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dan dia dihantar ke perbatasan Sarawak.Sebagai seorang Ketua Platun dalam Batalion Ketiga Askar Melayu Diraja Mezah telah menunjukan kebolehannya memmipin anak buah embuat rondaan di kawasan sempadan Sarawak dengan Kalimantan. Banyak kali platun yang dipimpin oleh Mezah bertembung dengan askar-askar Indonesia di kawasan sempadan itu.Mereka telah berjaya menghalang pencerubuhan askar-askar Indonesiamelintasi sempadan negara. hsil kejayaan ini Mezah terus dinaikkan pangkat Kapten.
|
|
|
Post by dato wan azmi on May 22, 2009 11:52:33 GMT 7
Seluruh kawasan perairan negara pula Angkatan Tentera Laut Diraja amat berkesan sekali menghalang pencerubuhan Tentera Laut Indonesia.Di bawah pemerintahan Laksmana Madya Aziz Wahab,anak Tok Wahab Tuli dari Kampung Caruk Padang,Angkatan Tentera Laut telah berjaya mempertahankan kawasan perairan negara supaya tidak dicerubuhi tentera laut musuh.Laksamana Madya Aziz Wahab yang dikenali juga sebagai HARIMAU MALAYA telah berjaya memintas banyak buah kapal perang musuh dan beberapa pertempuran telah berlaku di perairan negara di sebelah pantai barat Walaupun armada musuh lebih besar dan kuat,tetapi dia dengan kecekapan dankemahiran yang dipelajari di Dartmouth England telah membolehkanya mengatasi pencerubuhan musuh dengan berkesan sekali. Pernah pada satu hari dia telah mengejar keluar kapal musuh hanya dengan menggunakan kapal frigate yang dipimpinnya sendiri.
|
|
|
Post by dato wan azmi on May 22, 2009 23:58:24 GMT 7
Setelah berjaya menjalani latihan asas ketenteraan di Por Dickson,Ismail Muda telah ditempatkan dengan Batalion Kelima Regimen Askar Melayu Di Raja yang bertempat di Labis. Semasa bertugas dengan pasukan ini dia telah menunjukan prestasi yang amat cemerlang dan dalam masa yang singkat sahaja dinaikkan pangkat Koperal.Beberapa tempuran telah dialaminya dan dalam operasi-operasi tersebut Koperal Ismail Muda telah berjaya menewas tiga orang Komando Indonesia.Dalam pertempuran terakhirnya dengan gerumbulan musuh dia telah terkena jerangkap samar yang dipasang oleh musuh.Kaki kirinya terpaksa dipotong.Setelah sembuh dia terpaksa memakai kaki palsu.Setelah itu dia diberitugas-tugas perkeranian sahaja, Dia dikenali Koperal Ismail Kayu oleh rakan-rakannya kerana badannya keras seperti kayu dan semasa berkawad badannya tegap seperti pokok kayu.
|
|
|
Post by dato wan azmi on May 23, 2009 0:09:19 GMT 7
Laksmana Aziz Wahab amt terkenal bukan sahaja kerana pangkatnya,tetapi juga mempunyai bentuk badan yang cantik.Dia amat senang mengurat wanita-wanita yang cantik.Diantara wanita yang dapat didampingi ialah Ratu Cantik dari Pulau Pinang ,seorang wanita Cina yang amat cantik danpenuh dengan daya tarikan seks. Dia berjaya berkahwin dengan wanita itu.Beberapa bulan setelah berkahwin dia membawa isterinya pulang ke kampung Caruk Padang. Terkejut besar penduduk-penduduk di kampung itu apabila mereka melihat bini beliau memakai gaun pendek yang menampakkan lutut yang gebu.Ramailah sanak saudaranya mengatakan dia sudah tidak lagi menjadi Melayu. Setelah ini dia jarang pulang ke kampung.Jika pulang pun dia tidak lagi membawa isterinya .
|
|