|
Post by dato wan azmi on May 23, 2009 0:20:06 GMT 7
Setelah memakai pangkat Kapten Mezah ditukar ke batalion lain yang berkhidmat di Pulau Pinang. Dalam satu majlis jamuan yang dianjurkan oleh Persatuan Perniagaan Bumiputra dia diperekenalkan kepada seorang gadis yanh berketurunan DDK yang bernama Zaharah ahli keluarga Rause dari Pulau Tikus.Setelah berkenalan selama dua bulan mereka pun berkahwin.Dia amat pintar di dalam ilmu ketenteraan dan telah dinaik pangkat menjadi seorang Major.
|
|
|
Post by dato wan azmi on May 23, 2009 0:31:06 GMT 7
Setelah menamatkan perkhidmatannya dengan Angkatan Tentera Darat ,Ismail Muda pulang ke kampungnya.Dia berjaya memperolehi permit teksi dan dengan wang pampasan yang diterima dia membeli sebuah kereta Toyota Crown untuk dijadikan teksi.Salah seorang pelangan tetapnya ialah Salmah,seorang kerani yang berkhidmat di sekolah yang berdekatan dengan rumahnya. Tidak berapa lama Salmah pun menjadi isteri keduanya.Kedua-dua mereka dalah orang kuat Parti Keris di kampung itu.Walaupun berkaki palsu sebelah dia boleh bermain bola sepak dan terlah berjaya menubuhkan satu pasukan bola sepak yang disertai oloeh ramai anak-anak mua di kampung itu termasuklah anak-anaknya.
|
|
|
Post by dato wan azmi on May 25, 2009 21:22:16 GMT 7
Walaupun kawasan ini terletak jauh dari ancaman musuh,namun semangat juang untuk mempertahankan kedaulatan negara yang ditunjukkan oleh anak-anak muda adalah sangat tinggi.Mereka yang tidak menyertai pasukan tentera secara tetap,ramai pula yang masuk menjadi sukarelawan dsalam Pasukan Askar Wataniah.Mereka itu termasuklah Serikandi seperti Derma Taksih,Ani Ludin,Minah Cik Mat danramai lagi yang sanggup berkorban sedikit masa lapang yang ada.Mereka diberi senjata jenis STERLING untuk membuat latihan menembak;akan tetapi MinH Cik Mad hendak juga mencuba menembak dengan senjata SLR yang lebih kuat dan berat.Senjata ini kuat juga menampar dagu jika tidak dipegang secara betul.Setelah merayu beberapa kali,akhirnya Pegawai yang bertugas disitu pun mengizinkan kehendak Minah mencuba senjata itu.Selepas arahan diberi dia ,dengan enam butir peluri dimasukkan kedalam kelopak dia pun terus menembak secara automitk.Oleh kerana dia tersalah picit picu automikpegangannya tidakkuat dan kemas,senjata itu telah menyepak pipi dan dagunya.Setalah diperiksa didapati dua batang hadapan sebelah atas telah tercabut. Sehingga tua Minah Cik Mad tidak mempunyai gigi hadapan.Rakan-rakanya
|
|
|
Post by dato wan azmi on May 26, 2009 10:12:16 GMT 7
Tahir Ling dan beberapa orang rakannya telah dihantar berkhidmat di Lubuk Hantu,kawasan sempadan Sarawak dengan Kamlimantan.Di sana mereka ditetapkan dengan Ranjer.Tugas utama mereka ialah membuat kawalan di sepanjangan kawasan sempadan supaya tidak dibolosi askar-askar Indonesia. Tahir yang berpangkat Sarjen telah mengalami beberapa kali tempuran dengan tentera musuh dan platun yang diketuainya telah berjaya menumpas cubaan musuh melintasi sempadan.Tahir sendiri telah berjaya membunuh empat orang askar musuh.Dalam masa yang singkat sahaja beliau boleh bertutur dalam Bahasa Iban.Di Lubuk Hantu dia terlah bertemu dengan seorang anak gadis Iban yang kecik dan molek.Selepas beberapa bulan berkenalan gadis Iban itu pun memeluk Agama Islam dan terus berkahwin dengan Sarjen Tahir. Naemah isterinya cepat sekali mempelajari Agama Islam dan beliau aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan.Sarjen Tahir dan Naemah telah berjaya menyampaikan dakwah kepada penduduk tempatan;hasilnya mereka berjaya membawa masuk ramai keluarga Iban di situ menjadi keluarga Islam. Kejayaan mereka berdua telah dapat mengeratkan lagi perpaduan negara. Sebelum berkahwin dengan Tahir,Naemah sudah pun berkawan dengan seorang teruna keturunan Bidayu yang berugama Krritian.Oleh kerana John tidak berminat dengan Agama Islam,mereka pun tidak jadi berkahwin;tetapi masih bersahabat.Setelah ditukar ke Semenanjung,Sarjen Tahir ditempatkan di kem di kawasan ini.John yang berkhimat dengan Tahir dalam Batalion yang sama juga bertukar ke batalion yang sama. Semasa musim durian Tahir membawa John pulang ke kampungnya dan diperkenalkan kepada John seorang gadis orang Siam yang bernamna Giam Anak Perempuan Deng Lau;iaiitu rakan sekolah Tahir.John jatuh hati kepada Giam,akhirnya mereka berkahwin dengan Tahir menjadi keluarga pengaantin laki-laki. Setelah menjadi suami isteri John dan Giam menjalani kehidupan yang bahagian.Oleh kerana John tidak boleh bertutur dalam Bahasa Siam,maka mereka menggunakan Bahasa Melatu untuk bertutur sesama mereka.Anak-anak mereka bernama Kristian tetapi bercakap Melayu sesama mereka.John dan Giam berjaya membentuk ahli keluarga yang bersifat Satu Malaysia.
|
|
|
Post by dato wan azmi on May 26, 2009 12:24:12 GMT 7
Hampir setahun Malaysia menghadapi tindakan konfrantasi dengan Indonesia;akhirnya Sukarno mengalah kepada Tunku Putra.Begitulah hebatnya Tunku Putra,tanpa bertumpu darah dia tyelah berjaya membentuk sebuah negara yang lebih besar dan lebih beragam,kecuali sedikit pengurbanan yang dilakukan oleh perajurit-perajurit yang gugur semasa semasa bertempur dengan Angkatan Tentera Indonesia.Lagi sekali Tunku Putra telah berjaya menyatu padukan rakyat negara ini.
|
|
|
Post by dato wan azmi on May 26, 2009 12:38:21 GMT 7
Pembentukan Negara Malaysia memberi semangat baru kepada rakyat.auantuk mbertugas bertugas di Sabah dan Di Sarawak.Regimen SarawakRanjer ditempatkan di kawasan ini yang dahuklunya kem ini didiami oleh Tentera Commonwealth.Di kem ini Pasukan Sarawak Renjer yang terkenal kerani keberaniannya diberi latihan khusus untuk mempertahankan sempadan dengan Thailand pula.Askar-askar Iban begitu berdisplin sekali;kecuali apabila mereka berhadapan dengan binatang liar seperti kera,lutong dan biawak.Mereka dengan pintar sekali memburu binatang-binatang itu hanya dengan mengejar,mengepung dan menangkap binatang buruan itu hidup-hidup.
|
|
|
Post by dato wan azmi on May 27, 2009 10:02:12 GMT 7
Setelah Konfrantyasi ditamatkan Pasukan Sarawak Ranjer yang bertugas di kawasan ini ditukar pulang ke SDarawak dan Regimen itu dinaik taraf menjadi Regimen Peninjau Di Raja, Anak-anak muda yang berkhidmat di sempadan Negeri Sarawak ramailah yang bertukar kembali ke Semanjung dan ramai juga yang mengambil keputusan berhenti berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia.Setelah berhenti berekhidmat dengan ATM,mereka pulang ke kampung masing-masing. Ada di antara mereka yang meneruskan membuat kerja-kerja pertanian,ada yang mendapat permit teksi,ada yang bermohon menjadi penoroka FELDA,ada yang menjadi pemborong dan ada yang perniaga di pekan-pekan nat.Walaupun telah berhenti menjadi sakar sepenuh masa,kebanyakan mereka terus menjadi anggota Pasukan Simpanan Tentera Darat. Mereka juga bergiat aktif dalam bidang politik.Ramai juga di kalangan mereka yang berjaya memegang Ketua Cawangan Parti Keris;hanya sebilangan kecil sahaja menyertai Parti Bulan.Semangat juang yang diperolehi semasa bertugas dalam ATM membolehkan mereka memimpin masyarakat tempatan.Mereka juga berjaya mengerakan dan memulihkan koperasi-koperasi yang malap menjadi lebih bermaya lagi.Pendek kata bekas-bekas perajurit ini memainkan peranan yang pewnting dalam aspek politik ,sosial dan ekonomi tempatan.Mereka secara aktif turut membangunkan kawasan ini.Ramai di antaras mereka menjadi idola anak-anak muda.Salah seorang mereka itu ialah Ismail Muda atau Ismail Kayu. Segala masalah mereka dirujuk kepada Abang Ismail dan dia sentiasa bersama mereka samaada di rumah kenduri,di sawah padi bergotong royong,di padang bola berlatih bermain bola atau di masjid berderau mencuci kawasan masjid atau berderau memasak jamuan more dalam bulan puasa.Beliau telah berjaya memikat ramai anak=anak muda untuk menyertai perjuanganya di dalam Parti Keris. Anak-anak muda yang berada dalam Parti Bulan juga menghormati Ismail Muda kerana beliau tidak mengira fahaman politik untuk berkhidmat kepada masyarakat di situ. Begitu juigalah dengan rakan-rakannya yang lain. ,Mereka juga turut memberi sumbangan kepada pembangunan sisio-ekonomi/politik masyarakat di kampung masing-masing.Pendek kata bekas-bekas perajurit ini amat hebat sekali;dengan penuh displin mereka turut mencurakkan halatuju pembangunan negara.Mereka tidak banyak meminta,tetapi lebih banyak memberi.Itulah semangat perajurit sejati;sanggup berkorban apa saja demi bangsa ,negara dan agama tercinta.
|
|