|
Post by berusgigi on Apr 6, 2008 11:51:38 GMT 7
Tuan Kita dah mula dah dan cuba mengumpulkan mana-mana ahli atau sukarelawan utk bantu merealisasikan. Kita mula secara kecil-kecilan. Dan InsyaAllah semua akan menjadi besar tidak lama lagi Bantu hebohkan dicawangan2
|
|
|
Post by remaja melayu on Apr 7, 2008 17:35:50 GMT 7
Saya rasa terharu masa pilihanraya kali ni. Kalahnya BN khususnya UMNO merupakan sejarah terburuk bagi orang melayu. Orang melayu khususnya di Kedah dah lupa kedudukan martabat depa sbg org melayu bak kata perpatah selagi air tak sampai paras hidung lagi tu depa tak melatah. Tapi sbg peringat juga kepada pemimpin umno. Depa kena sensetif la dengan org melayu khusunya di kws pendalaman ni. Pi la jengok selalu macam pemimpin pembangkang dok buat. Bagi information kat depa jgn tunggu pilihanraya saja. Ni lah tektik pembangkang nak hasut rakyat. Sepatutnya kita la kena awal dari depa.
|
|
|
Post by berusgigi on Apr 8, 2008 8:15:28 GMT 7
Pemimpin2 UMNO patut sedar dah dan start buat kerja. Buka politiking
|
|
akudahbosannganpaklah
Guest
|
Post by akudahbosannganpaklah on Apr 10, 2008 23:41:24 GMT 7
KETUA KETUA BAHAGIAN UMNO KEDAH DESAK PAK LAH LETAK JAWATAN Contributed by aah on Thursday, April 10 @ 21:47:04 MYT Topic: KOMENTAR-2
Hari ini 10 april 08 bertempat di Kelab Golf Cinta Sayang Sg Petani Kedah satu perjumpaan tertutup antara ahli ahli MKT yang diketuai oleh Dato Seri Najib dengan semua Ketua, Timbalan,Naib,Ketua Pemuda,Wanita,Puteri,Setiausaha,Bendahari dna ketua Penarangan Bahagian telah berlangsung dalam keadaan yang panas, tegang tetapi tenteram.
Sebaik sahaja selesai ucapan D S Najib lantai dibuka kepada semua hadirin untuk membuat soalan.Orang pertama membuka tirai ialah Setiausaha Bahagian Sungai Petani,beliau dengan lantang mengkritik Pak Lah ,Mahadir Khalid dan setiausaha politik MB Sdr Ali Yahaya, antara kritikannya ialah PAK LAH tidak layak memimpin umno dan perlu serah jawatan Presiden kepada D S Najib dengan segera.
Satu contoh kesilapan Pak Lah dan DET KHALID ialah membelakangi perlembagaan umno semasa memilih calon calon untuk bertanding dalam pilihanraya,Bahagian tidak pernah diminta untuk menghantar nama nama calon yang dipilih oleh Bahagian untuk dipertimbangkan oleh Perhubungan negeri, MKT dan Presiden.Apa yang berlaku ialah MB buat pilihan sesuka hati tanpa menghirau perasaan ahli ahli akar umbi.
Seterusnya keadaan menjadi makin gawat apabila Ketua ketua Bahagian mula berucap,kesemuanya menyatakan PAK LAH merupakan punca kekalahan teruk yang pernah dialami oleh umno.Mereka tanpa berlapik dan berselindung dan dengan nada keras menuntut PAK LAH dan mantan MB Kedah letak jawatan.Mereka juga mohon semua Bahagian mencalonkan D S Najib sebagai PRESIDEN dan Tan Sri Mahyudin Yasin sebagai Timbalan Presiden.
Selesai sesi soal jawab D S Najib menggulung dan membuat rumusan yang rengkas dan beliau akur dengan pandangan pandangan dan akan membawanya kemesyuarat MKT.
p/s: umno sik kata apa dlm perjumpaan tu? ada sapa2 yg bleh bgtau??
|
|
|
Post by berusgigi on Apr 13, 2008 8:18:05 GMT 7
UMNO Sik meleleee. Ketua pun nak bagi kat org luaq. Org Pak Lah plak tuu. Musti kuyup bawah kerusi sewaktu org lain dok hantam Paklah, KJ dan MK
|
|
|
Post by Pemuda Guaq on Apr 13, 2008 20:50:33 GMT 7
Salam,
Aku dari Jerai, lagi la malu........
To' Bad tak abih-abih nak menjilat.... Memang Jerai N Sik perlukan angin perubahan dalam kepimpinan bahagian. Darah segar perjuangan amat-amat perlu disuntik........
|
|
|
Post by notis on Apr 15, 2008 1:09:00 GMT 7
internet kat chalet dato down sebab ada kecurian cable... minta maaf sebab dia tak dpt nak jawab semua soalan. dia akan try secepat mungkin kalau ada apa apa soalan atau idea, boleh berjumpak dengan dia di chalet di SIK (serendah sikebun bunga) atau telefon dia informasi semua ada kat www.wanazmisik.comterima kasih
|
|
|
Post by kulim ex on Apr 20, 2008 11:24:43 GMT 7
dato... ingt lagi tak kawan dato masa sambut paklah kt airport dulu ms paklah kalah naib presiden 1993... dgq kata org kulim... dato dpt cr dia lg ka?
|
|
|
Post by Anak on Apr 28, 2008 17:38:55 GMT 7
Assalamualaikum, buah cempedak diluar pagar ambil galah tolong jolokkan. akal waras pasti hati detik betapa indahnya gurindam dulukala... PRU12 memberi isyarat yang pola undian sudah beralih ke arah Pakatan Rakyat(Pas,PKR & DAP). ada mengatakan ianya adalah tsunami politik kerana rakyat mula "sedar"..tapi apakah yg menyebabkan terjadinya tsunami.. tepuk dada tanya selera.. Pakatan Rakyat menjadi seperti ayam bertelur sebijik melalui jenteranya mula berkokok bahawa "suara keramat" (suara rakyat) 60% rakyat mlaysia berada disebalik panji mereka.. Berkata pula anak raja dalam blognya (new biology weapon in politic) bahawa ayam tadi terlebih kokok kerana 30% dari 60% itu hanya menyokong kerana tiada pilihan (sekadar memberi teguran)... Bergegarnya kota yap ah loy usah ditengking melayu island of the betel nut tree atau melayu di gangga negara sebagai pengkianat.. pesan guru saya jgn cepat melatah kerana takut kelemahan terdedah...kadang2 org melayu nie cepat melatah...niat dihati nak cubit sikit sahaja tak sangka mudarat hingga perlu dirawat....selalunya tabiat manusia kasihnya akan lebih bertambah jika org yg ditegur mengikut nasihat. Renungi diri kita, cari salasilah kita maka kita pasti kasih pada "kekasih" lama kita.. tetapi "kekasih" haruslah mempunyai hati seorng "kekasih"....
|
|
|
Post by nan on Jan 31, 2014 0:26:51 GMT 7
Alfatihah buat ayah saya.. Haji Wan Azmi Ariffin, yang telah kembali ke Rahmatullah pada 17 Jan lepas hari Jumaat.
Al-Fatihah.
|
|