Post by berusgigi on Mar 17, 2008 12:12:51 GMT 7
Assalamualaikum semua,
PRU12 telah selesai. Keputusan telah dibuat. Sepatutnya kita menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka. KEdah di perintah PAS (masih org Melayu) tetapi di P. Pinang sudah diambil DAP - terang-terang anti Melayu. Selangor diambil PKR yang mana bukan parti Melayu. Ianya campuran dan menerima konsep DAP. Di Perak belum tahu tetapi jika PAS yg dipilih menerajui negeri, bermakna ianya hanya sebagai boneka kerana majoriti kerusi pembangkang adalah DAP. So kita kena terima hakikat keputusan yang telah kita lakukan.
Balik kepada faktor kekalahan besar BN, saya setuju dengan beberapa posting yang dibuat. Faktor Pak lah dan KJ adalah yang teratas. Ada banyak faktor lain spt layanan kpd TDM, pembatakan projek mantan PM sebelum, ke egoan pemimpin atasan, kes spt ECM Libra, Pantai dll, polisi luarnegara, HINDRAF, dan mcm2 lagi.
Kekalahan ini mungkiin meyedarkan pemimpin atas tetapi nampaknya sehari dua ini, mereka masih cuba meletakkan kekalah tersebut di bahu rakyat serta juga cuba ditonjolkan sebab-sebab lain spt perlaksanaan projek yg tidak berapa baik. Ini menambah lagi kemarahan rakyat kepada pemerintah.
UMNO agak goyah buat masa ini. Cara terbaik ialah PM kena ambil tindakan spt yg dilakukan oleh Tunku Abd Rahman dulu. Kepercayaan rakyat kepada beliau sudah tiada. Seseroang lain perlu diberi mandat untuk mengembalikan kepercayaan tersebut.
Balik kepada Sik. Sehari sebelum penamaan calon, nama Dato' Wan masih dalam senari pertama DUN Belantik. Tetapi Tajudin adalah orang kuat KJ, last minute lobby telah berjaya dengan nama beliau telah diumumkan sebagai calon. Tetapi kita perlu bersyukur kerana Dato Wan tidak dipilih kerana PRU12, rakyat memilih PAS untuk memerintah. So kalau Dato Wan jadi calon dan menang DUN belantik pun, beliau hanyalah DUN pembangkang.
Tajudin adalah orang kuat KJ di Sik. Ini perlu diberi perhatian. Ura-ura beliau nak ambil alih jawatan ketua Bahagian perlu di tolak. Seorang yg tiada pengalaman dalam pentadbiran Bahagian tidak perlu tergopoh gapah. Jika dilihat dari segi performance beliau dlm Pemuda, amat buruk. banyak cawangan pemuda bubar atau tidak aktif. Tiada cawangan baru. Cawangan yang dulunya hebat, sekarang hanya mensyuarat di atas bontot kereta. Bermakna Pemuda Sik amat lemah dibawahnya. Tiada aktiviti2 berkualiti yg dilakukan beliau untuk memperkukuhkan Pemuda Sik. Yang dia lakukan hanyalah memperkukuhakn kedudukannya. Saya orang pertama akan sanggah beliau jika beliau berhasrat utk jadi ketua bahagian.
Balik kepada Ketua Bahagian. Tidak pernah saya jumpa seorang ketua bahagian yg begitu gila kuasa. Tiada apa yg dilakukan utk memperkuatkan UMNO sik. Beliau hanya kerja beri duit untuk mendapat sokongan. Sebab itu kualiti & moral UMNO sik amat rendah kerana apa-apa saja aktiviti atau program yg hendak dibuat, soalan pertama ialah ada bayar tak? Beliau lah org yang mensabotaj PRU12. Bayangkan seorg keuta bahagian yg mensabotaj bahagian dia sendiri. Apakah kita perlu lagi org seperti ini?
Untuk memulihkan UMNO Sik, kepala kenalah diganti dengan yang lebih baik dan berpengalaman. Nun ada diluar sana yg biasa membawa UMNO sik ke arah kecemerlangan. UMNO sik yg mempunyai ahli terbanyak. UMNO Sik yang kuat. Kita perlu orang seperti ini utk membimbing kita generasi baru untuk mencemerlangkan UMNO Sik.
Kita semua perlu mainkan peranan sebagai ejen perubahan. Perubahan perlu dimulakan di cawangan. Mana-mana ketua cawangan yang masih memerintah cara lama dan hanya mementingkan diri, perlu dibuang. Seterusnya ketua bahagian perlu di pilih dari orang-orang yg betul ikhlas perjuangannya.