|
Post by Dato Wan on Mar 26, 2008 22:50:32 GMT 7
Pohon maaf kepada sewmua kerana sudah lama tidak masuk berinteraksi dengan semua kerana saya terlalu sibuk menguruskan hal peribadi untuk menyesuai dengan hidup baru.Disini saya nak ingatkan semua mengenai sentimen politik orang Sik yang tidak mahu orang luar,Pada tahun 70an dahulu Haji Safirul orang dari Alor Setar telah kalag dan kini tiba giliran Datuk ManDesa dan Datuk Hasbullah pula .Mereka sungguh tak serik dan tak baca sejarah politik Sik.Dengar khabar kini ada orang luar yang berhasrat nak jadi ketua UMNO Sik.Langkah mayat saya dulu.Saya telah beberapa kali tegur pemimpin besar UMNO jangan guna slogan UMNO DAHULU,KINI DAN SELAMA-LAMANYA.Syirik hukumnya kerana hanya ALLAH SAW sahaja yang kekal selama..lamanya.UMNO BERSIFAT BAHARU.SEBAB ITULAH ALLAH downkan UMNO sedikit.Ada ulama dalam UMNO pun hanya makan gaji buta sahaja.Saya rasa TR layak jadi PM dan Kak RAFIDAH jadi TPM.Shahrizat ambil aleh Ketua Wanita.Tentang ketua Pemuda pula biar mereka masuk Universiti UMNO dahulu dan siapa yang lulus ujian baru jadi Ketua Pemuda.Nampak semua ini pelik tetapi dalampoliti semua boleh berlaku,kerana UMNO kini macam-macam ada.
|
|
|
Post by jton on Mar 27, 2008 13:05:50 GMT 7
tahniah dan syabas kepada dr. wan
semangat yang sebegini sepatutnya ada pada ketua umno, timbalan, naib serta seluruh kepimpinan dan ahli umno bahagian sik ini. ini tidak, kita buka jalan.. kita bagi laluan kepada orang luar untuk bermaharajalela di tanah pribumi kita.. apa nak jadi ni.. jangan biarkan semangat ini hanya ada pada bekas yb ahli parlimen kita ni..
kalau dr. wan dah kata kena langkah mayat dia dulu sebelum ada orang lain (orang luar) yang berhasrat nak duduk di kerusi ketua umno bahagian sik tu, saya pulak akan kata di sini, sebelum dr. wan mati dan mayat dia nak dilangkah, pastikan dulu nyawa j'ton ni tak wujud lagi dimuka bumi ciptaan allah swt..
dan sedikit peringatan yang tak perlu diperingatkan khususnya kepada sesiapa saja 'orang luar' yang ada hati nak lawan ketua umno bahagian sik.. fikir sendiri.. sik juga ada penghuninya.. mengapa perlu ada pihak lain yang datang kesini tanpa dijemput pun.. jangan mencabar pendirian yang telah dibuat, takut ada yang menyesal dikemudian hari.. seperti kata orang tua-tua.. menyesal dahulu banyak faedahnya.. menyesal kemudian sekupang habuk pun tak beguna dah..
makanya.. tak perlu la tan sri, dato seri, dato, datin, tuan, puan, cik dan apa saja lah gelarannya, yang bukan anak jati sik teringin-teringin nak jadi ketua umno bahagian sik.. sama jugak lah di kerusi-kerusi penting umno bahagian sik..
adios
|
|
|
Post by berusgigi on Mar 27, 2008 16:42:21 GMT 7
Amat bersetuju sangat dgn Cadangan Dato' dan lain-lain. Penduduk SIk bukanlah tongkoi kayu. Ramai kalangan bijak pandai Sik yg boleh jadi pemimpin UMNO Sik. Cuma kita perlu didik dengan baik. Saya percaya Dato' Wan boleh lakukan.
Keadaan UMNO sik amatlah teruk sekarang ini. Tiada hala tuju. Pemimpin tidak melaksanakan tanggungjawab sebliknya asyik memperkuatkan cengkaman terhadap jawatan yg dipegang. Semua ini patut dihapuskan.
Orang luar ibarat belanda datang menjajah. Selepas dapat kuasa & kekayaan, mereka pergi begitu saja. Jadi jgn sekali-kali pilih mereka dari luar sebagai pemimpin UMNO Sik.
|
|
akudahbosannganpaklah
Guest
|
Post by akudahbosannganpaklah on Mar 27, 2008 20:49:43 GMT 7
Amat bersetuju sangat dgn Cadangan Dato' dan lain-lain. Penduduk SIk bukanlah tongkoi kayu. Ramai kalangan bijak pandai Sik yg boleh jadi pemimpin UMNO Sik. Cuma kita perlu didik dengan baik. Saya percaya Dato' Wan boleh lakukan. Keadaan UMNO sik amatlah teruk sekarang ini. Tiada hala tuju. Pemimpin tidak melaksanakan tanggungjawab sebliknya asyik memperkuatkan cengkaman terhadap jawatan yg dipegang. Semua ini patut dihapuskan. Orang luar ibarat belanda datang menjajah. Selepas dapat kuasa & kekayaan, mereka pergi begitu saja. Jadi jgn sekali-kali pilih mereka dari luar sebagai pemimpin UMNO Sik. agreed bro... mcm ni la kita mau... xkisah la sesapa yg nak pegang jawatan tu.. janji depa mesti perjuangkan agama,bangsa dan negara.. drpd nak bolot harta kekayaan peribadi... hehehehe ;D
|
|
|
Post by gen2dberiss on Mar 29, 2008 8:44:46 GMT 7
besemangat pulak bila baca kenyataan dr. wan, syabas dan tahniah semangat macam ni perlu ada pada setiap masyarakat yang duduk di sik kalau pun pendatang tanpa izin tu diberi kuasa di sik ni, maka maruah dan nilai harga diri orang2 sik yang cerdik pandik tak ada lansung.. sampai masanya kita bangun semula
|
|
|
Post by berusgigi on Mar 30, 2008 8:02:58 GMT 7
PRU12 yg lalu digunakan sepenuhnya untuk mempengaruhi ketua-ketua cawangan dengan pemberian RM yang agak banyak. Tujuan pemberian tersebut adalah utk pemilihan ketua bahagian. Tidak heranlah apabila Parlimen sahaja telah menghabiskan duit melebihi RM1 juta. Apakah tujuannya? 1. Utk memenangi pilihanraya 2. Pemilihan ketua bahagian.
KIta lihat sekarang ini perjumpaan demi perjumpaan telah di adakan untuk mendapat komitmen ketua cawangan utk sokongan. Kita belum bercakap lagi tentang duit atau rasuah politik.
Jika inilah sikap kebanyakan ketua2 cawangan di Sik, satu hari nanti UMNO Sik akan punah dan saya jangkakan yg PRU13 ini UMNO SIk khasnya dan UMNO Malaysia amnya akan lingkup.
Kriteria utama untuk menjadi ketua UMNO di Sik ialah RM. Sesiapa saja yg ada RM, maka dialah layak.
Inilah yg terjadi sekarang. Bukan penduduk Sik dengan sewenang2nya boleh transfer keahlian mereka ke Sik dan dengan duit yg banyak mempengaruhi ketua cawangan utk jawatan ketua bahagian.
Saya sama sekali menolak org luar yg datang mcm belanda merampas hak orang tempatan. Apa gunanya UMNO Sik ditubuhkan jika org Sik sendiri melantik org luar menjadi ketua.
Kita tahu org luar hanya mahukan kuasa ddan jawatan. Tugas dan tanggungjawab adalah yg terakhir bagi mereka, malah tidak wujud langsung.
Jika ini diteruskan, generasi muda akan terus menjauhkan diri dari UMNO, malah generasi saya pun akan perlahan2 menjauhikan diri dari UMNO.
Saya harap Dato' dapat bantu mengambil apa-apa tindakan utk menghalang membenarkan org luar menjadi ketua di Sik.
Jika perlu kita gantikan kebanyakan ketua2 cawangan dengan yg baru yg lebih patriotik dan tinggi semangat perjuagnannya.
|
|
|
Post by Selumbaq on Apr 1, 2008 12:44:24 GMT 7
Memang ada org luaq nak masuk jadi kepala (apa saja kepala) di SIK ni. Depa dah susun pun barisan seraga depa. Nak tau sapa nak jadi apa ? Ni dia, Jawatan Ketua Bhg Man Desk, TKBhg Chad jugak, NKBhg Azizan jugak, KWanita Maiza, KPem Abang kepada Abang Cik anak Cikgu Det dan anak bapak. (Hanya orang yang dok di SIK saja yang tau maklumat ni) Kalau depa ni jadi sungguh la. Aku akan pohon kat MT suruh depa buat lagi satu Bahagian kat SIK ni. Bahagian Jeneri. Atau pangil DSAI mai tengok kot2 boleh bukak PKR Bhg Sik. Bab2 melayu berpecah ni biasala sekarang ni, dah jadi trend pun. Sebab perpecahan dalam UMNO ni bukan baru mula la ni tapi sejak zaman On Jaafar lagi nu. Jadi nak risau apa kalau ada perpecahan lagi. La ni dah ada 2 geng yang nak lawan geng Tok Mid. Ada lagi ka geng baru kat luaq sana nak beradu nasib, mai la lagi ramai lagi syok geng broka politik nak buat duit. Kesian kat depa, depa pun nak cari makan jugak. Dah la baru2 ni depa dah balun dah tapi tak cukup2 lagi. Dah la gadai tanah masa nak lawan PRU12 hari tu pun tak dan nak tebuih lagi, ni nak kena wak keluaq uit agi. Bo lui oooo... tapi apakan daya kalau hati sudah bekenan kata apa pun dah tak berguna lagi. MAI LA kecik tapak tangan Pungkok kereta di bukak.
|
|
|
Post by berusgigi on Apr 1, 2008 16:16:01 GMT 7
kalau masuk lawan tanpa guna wang boleh ka? Hahah ketua cawangan terima ka?
Heheh aku ingat depa pakat pangkah hingga ranap. Maklumlah pemimpin sekarang dilantik dan dipilih berdasarkan jumlah RM.
Kebolehan dan kesedaran di atas tanggungjawab yg diberi sudah tidak diambil kisah. Perjuangan ikhlas utk bangsa, agama dan negara sudah tiada dihati. Semua hanya berjuang atas dasar RM.
Aku kalau ada perti lain mcm UMNO, dah lama dah aku buka cawangan. PKR .... minta maap. Barua Amerika dan Yahudi
|
|
|
Post by org sik on Apr 2, 2008 0:32:47 GMT 7
sila baca ni "Hari ini....Paklah sekali membuktikan kelicikannya.....Pada PRU12 yg lalu...ramai kalangan org politik hanya memikirkan Paklah letak org dia n KJ jer....sebenarnya...plan Paklah bukan sekadar pilihanraya.....plan Paklah ialah Pilihanraya dan Pemilihan... Orang marah bila Paklah letakkan dua setiausahanya di Parlimen Sik....tapi orang tak tau hari ini S/U tersebut dah pun menjadi ahli UMNO Bahagian Sik dalam sekelip mata....masa pilihanraya dah ditabur wang ringgit kepada ketua cawangan....kita ingatkan tabur untuk pilihanraya...rupa2nya...untuk pemilihan.....hebat tak Paklah? Tidak mustahil jika Osman Desa tidak kekang...UMNO bahagian Sik akan menjadi kubu kuat Paklah untuk berkuasa....dan sokongan antara terawal akan datang dari sini.......Betoi kaa? " www.betoika.blogspot.com/
|
|
|
Post by jton on Apr 2, 2008 13:45:50 GMT 7
baguih baguih pasai pa nak usik diri.. bagi la sapa pun yang nak betanding di sik betanding.. kita jemput dengan segala hormatnya.. pak lah ka sapa ka.. kalau dah penentu tu kita dan atas kesedaran untuk membela agama, bangsa dan negara.. kita buat la keputusan dan bagi pak lah sendiri sekali lagi memahami keadaan sebenar di sik ni.. umno bukan bapak pak lah yang punya...
kita yang dok becakap di sini... dah buat ka belum apa yang sepatutnya kita buat.. usaha wajib dilaksanakan.. kalau kita tak usaha macam kita merelakan barua dan beroka yang dok ada tu dok main boneka teru terusan.. kita kena la usahakan supaya tok tok ketua cawangan yang bengong-bengong tu sedaq yang duit tu bukannya kekal untuk selamanya.. kita kena sedaqkan ketua-ketua cawangan yang mangkuk hayun semua tu supaya pikiaq pasai masa depan parti umno yang selalu kita semua pakat kata sebagai parti keramat tu... kalau tak lut jugak.. pakat dengan orang tempatan untuk tukar terus ketua cawangan.. sapa lagi yang nak bagi tau depa semua tu.. dah kalau kita yang merasakan diri ni sebagai pejuang dan pembela.. maka kita yang perlu buat semua tu.. jangan asyik dok buang masa tulis itu dan ini.. atau apakah kita ni jugak sama seperti depa yang kita dok kata ni..
lagi satu.. berkenaan dengan apa yang si selumbaq dedahkan.. renung balik dan kita tengok kombinasi yang dirancang oleh pihak lain yang mungkin si selumbaq tak tau dan orang lain tau...
ketua bahagian : YB Mulia Tajudin Ayam Timbalan : Yg Mulia Ismail Harun Naib : Yg Mulia anak tok napiah
ketua pemuda : Yg Mulia anak bu san chemara
ok dak kombinasi tu.. tu tak dikira dengan cadangan dan team lain seperti ki esso.. che add.. dr. mansor.. arshad.. azizan.. tok mid.. tok wan.. dan yang bangang lain nya..
hakikatnya.. kalau kita tak gunakan kesempatan yang dok ada ni untuk kita cuba usahakan supaya ketua cawangan ni bijak untuk membuat keputusan macam mana orang kelantan memilih kerajaan negeri.. sapa jugak yang betanding dan nak bagi apa sekali pun.. nak bagi duit ka.. gajah ka.. apa ka.. sebat ja lah.. undi jangan bagi kat depa..
dan saya jugak terfikir.. kalau saya diberi amanah untuk memilih barisan kepimpinan umno bahagian sik.. siapakah yang sepatutnya kita pilih.. ada sesapa yang boleh bantu saya ke arah itu.. saya jugak punya pilihan sendiri... takut tersalah pandang.. tolong sat..
soal nak bukak parti keadilan di sik ni.. pikiaq 2387 kali dulu.. sebabnya.. sendiri mau ingat la kan... keadilan bukan parti melayu.. depa ni nak juang apa.. tak tau la kalau selumbaq sendiri dah tak tau macam mana nak buat bagi umno tu kembali reliven kot? so pikiaq la pendek macam man desa..
cuba katakan!!!!
|
|
|
Post by pakteh on Apr 2, 2008 14:16:54 GMT 7
Memang kelihatannya banyak team tetapi percayalah....yang benar2 berkesan ialah dari UMNO sik sendiri dan dari kekuatan Dato' Wan (itupun perlukan 30 Bhg yang benar2 berani)....Yang lain2 tu kalau berminat nak jadi ketua...tunjukkan bukti kemampuan anda.... Mengapa? Kebiasaannya jika calon itu adalah dari restu pucuk pimpinan UMNO sik.....peluang untuk menang adalah lebih tinggi kerana kebanyakkan ketua caw. dan ahli mesyuarat di peringkat caw. hanya sekadar menyokong cadangan pertama sahaja dan cadangan ini biasanya dibisikkan lebih awal oleh wakil Bhg yg datang. Mungkin Tajudin akan memperolehi Sokongan yg agak banyak tetapi percayalah...harap2 YB dapat bersabar untuk sepenggal 2 lagi kerana....menjadi ketua diperingkat Bhg bukan sahaja memerlukan anda rajin tetapi kredibiliti, tahap profesional, dan banyak lagi kriteria yg hanya boleh anda kutip jika anda bermula dari Timbalan Ketua Bhg.....dan pengalaman dan tunjuk ajar yg akan anda terima dari Ketua Bhg. nanti akan menjadikan anda seorang Ketua Umno Bhg Sik yang hebat....jadi..bersabarlah.....
Bagi pakteh...dr. Mansor, Arshad, Che Ad, Ki Esso, Azizan takkan menjadi kudis kepada perebutan kerusi Ketua Bhg. Pertembungan mungkin datang dari Org Suruhan Paklah (Man Desa) yg direstui oleh Mid Man DAN.....Dato' Wan. Man Desa kita dah tau dah....berkempen baru2 ni pun hancoq.....xtau ambik hati org, tau taboq duit jaa....maka jadilah UMNO Sik seperti di zaman Mid Man....duit duit....dimana kau duit.... Dato' Wan pula memerlukan sokongan dari lebih 30 sokongan ketua caw. untuk bertanding....ADA TAK SEBANYAK TU??? Jton....kalau awk nampak dato' wan yg mampu halang Man des n mid man.....bertindak segera...ajak rakan2 anda yg berjawatan ketua caw. agar memberi sokongan kepada dato' wan.
p/s: setakat jam 3.15 ptg ni...xdak lagi ahli forum yg berapi2 menyokong Dato' Wan msg kepada saya untuk setuju datang pada perjumpaan nanti kecuali berusgigi...yg lain2...panas di forum ja kaa??....hehe..
|
|
|
Post by jebat on Apr 2, 2008 17:05:54 GMT 7
tak mendaftar dengan sesiapa atau apa cara yang dimaksudkan oleh pak teh, tak bermakna kita tak sokong dr. wan.. dah berapa cawangan yang pak teh pi ceramah dah, mintak depa buat kenyataan sokong dr. wan dan macam mana dengan cawangan pak teh sendiri?
pada pandangan dan pendapat saya, untuk memimpin umno bahagian sik bukan semestinya dr. wan sorang sahaja... masih ada ramai lagi yang pernah jadi pemimpin.. saya rasa pak teh jugak pernah melalui saat-saat bergelar pemimpin ketika masih menuntut atau berpesatuan.. pengalaman sebegitu jugak boleh diadaptasikan dalam menjadi pemimpin umno bahagian sik.. kalau pak teh juga saya fikirkan begitu, bagaimana dengan orang lain yang lebih hebat dari kita..
kenapa disebut calon-calonnya seperti dr. mansor.. azizan... arshad... tak adakah insan lain yang nama mereka masih belum disebut tetapi bukan makhluk asing dari bumi sik ni... kita mungkin terlalu taksub dengan dr. wan mungkin termasuk saya juga.. tapi dengan usia dan wataknya yang cukup berbeza dari dulu dan sekarang.. ada baiknya dr. wan bersara dan hanya menjadi penasihat kepada pemimpin pelapis..
berkenaan dengan si tajudin.. ops!!! YB Sdr. Tajuddin Bin Abdullah, ahli dewan undangan negeri belantik yang menjadi golongan minoriti dalam dewan.. baik jugak saranan untuk tidak terus berada di jawatan no satu bahagian sik.. memang tidak dinafikan akan mendapat pencalonan dan mendapat undian popular sekiranya bertanding.. tapi ada baiknya jangan terburu buru.. itu pun terpulang pada tuan punya diri.. kalau difikirkan layak.. apa salahnya...
|
|
|
Post by Selumbaq on Apr 3, 2008 13:12:32 GMT 7
UMNO Sik sahaja tak akan relevan sekiranya pucuk pimpinannya yang dok kat atas nu dah tak lagi relevan la ni. Jadi UMNO masih relevan ? Kalau PKR pun apa bezanya dengan UMNO la ni. Semua angota PKR la ni juga adalah bekas ahli UMNO. Apa beza Semangat 46 dulu dengan UMNO dan PKR. Dulu pun masa Ku Li bukak S46 ramai jugak Org UMNO masuk. Lepaih tu dia kalih balik. La ni ada menteri kabinet PLah yang dulu S46, terang2 lawan calon UMNO. Kita tak ambik peduli pun. Tak nak pikiaq sama ka kot-kot DSAI kalih pulak lepaih ni. Tak mustahil. Nama pun POLITIK, apa-apa pun boleh jadi. Had dok kwn tidoq sebantai pun boleh jadi tak kawan dah pasai POLITIK. Kalau la semua yang dok masuk forum ni buat satu team lawan dengan depa yang Selumbaq sebut dulu dan Jton sebut pulak lepaih tu macam mana. Baca penulisan sorang-sorang nampak macam ok ja, SEMANGAT. Tak tau la kalau dalam gelanggang sebenaq, nak ok ka dak. Tok Keramat dalam UMNO dah lari. Jadi UMNO bukan lagi Parti Keramat. La ni semuanya $$$$$. Jadi kita tulis macam ni $UMNO$ untuk ganti lambang keris tu sebab cina ngan hindu takut kat keris pasai tu la depa kata kat pengundi depa undi MCA da MIC macam undi Melayu (UMNO). Tapi kalau boh lambang baru tu semua org suka termasuklah orang $UMNO$ sendiri. Kalu nak betui2 hapuih politik $, gubal undang2 UMNO bagi semua ahli UMNO mengundi calon2 yang nak bertanding dari Presiden sampai ke Ketua cwg. Apa macam boleh ka macam tu. Kalau nak bagi $ untuk dpt undi larat ka dia nak bagi. Banyak mana sangat ada $. Kalau la ni pewakilan 1 cwg habih banyak pun 4 org saja, jadi calon mampu bagi $ untuk dpt undi. Mari kita semua ahli UMNO mengundi pulak tengok apa nak jadi.
|
|
|
Post by dato wan azmi on Apr 3, 2008 13:16:44 GMT 7
salam semua Jika orang Sik mahu saya pulihkan UMNO Sik memang saya mempunyai pengalaman memulihkan UMNO Sik semasa UMNO diharamkan dulu sehingga menjadi di antara 10 bahagian yg terkuat di Malaysia dengan keahlian melebihi 18 ribu orang. Untuk maklumat semua, ahli UMNO Sik kini hanya berjumlah 16,700 org sahaja. Sepatutnya ahli UMNO Sik sekarang ini berjumlah lebih daripada 20,000 org. Saya berkemampuan meningkatkan ahli UMNO ketahap itu, memulihkan cawangan2 yg tidak aktif dan menubuhkan cawangan2 yg baru. Jika mau jadi ketua bahagian perkara inilah yg perlu dibuat bukan dgn wang ringgit tetapi dengan SEMANGAT PERJUANGAN UMNO. di bawah kepimpinan sekarang UMNO Sik semakin hari semakin layu. Saya mencabar sesiapa yang berhasrat nak jadi Ketua UMNO bahagian Sik sila tampil berbahas secara TERBUKA dgn saya di hadapan ahli-ahli UMNO biar ahli2 UMNO sik buat keputusan.Janganlah jadikan WANG sebagai faktor penentu ini adalah RASUAH politik dan akan membawa KEHANCURAN kepada UMNO. Jika ahli2 UMNO Sik mahukan kepimpinan saya, silalah calonkan saya untuk menjadi ketua bahagian. Saya tidak berhasrat nak jadi wakil rakyat kerana sudah duduk di kedua dua Dewan tetapi hasrat saya ialah nak memperkasakan kembali UMNO Sik dan melatih kepimpinan yg baru yg boleh dan mampu meneruskan perjuangan UMNO. Tidak seperti pemimpin UMNO yg ada sekarang ini. Kebanyakan kartun belaka termasuk Doraemon dan pelawak pelawak dan broker broker Politik yg tidak ada kewibawaan langsung. Ini adalah kerana Ketua sekarang GAGAL membina kepimpinan. Selamat BERJUANG. Sila masuk ke website saya dan dengaq lagu lagu patriotik (UMNO) di alamat: tvradio.wanazmisik.com/lagu.html
|
|
akudahbosannganpaklah
Guest
|
Post by akudahbosannganpaklah on Apr 3, 2008 20:30:50 GMT 7
welldone dato.. mcm ni la baru pejuang umno sebenarnya.. yg berani ke depan perjuangkan agama,bangsa dan negara.. pakteh, berus gigi dll..apa tunggu lg?? dah boleh gerakan jentera kerja dah ni...dato dah palu gendang perang tu.. bersihkan kroni paklah kat sik ni..walaupun sik ni xda papa yg berharga pun...ni la my hometown hehehehe... pastikan kroni paklah xbleh jdkan sik ni sbg kubu kuat kerajaan imam besar hadari tu... ;D
|
|