|
Post by Dato Wan on Sept 6, 2007 18:35:10 GMT 7
Terima kasik Kak Long,kalau sudi jemput saya OK lah,juga silalah ke rumah saya di Kampong Sadu untuk kita sama-samaberbuka puasa.Sila bawa Ustaz dan Kak Mah bersama.
|
|
|
Post by berusgigi on Sept 17, 2007 13:14:34 GMT 7
Pihak TM sedang berusaha menarik kabel-kabel yg telah dicuri. Kalau boleh bawah tanah. Tetapi disebabkan ada kawasan2 yang diletakkan dibawah 'priority' tertinggi, maka pihak TM terpaksa menggantikan kabel ditempat tersebut dgn segera. Kawasn yg priority kurang terpaksa dibiarkan dulu. Contoh, Kulim & SP adalah kawasan priority tinggi; jika berlaku kecurian budget akan di belanjakan disana dulu. Utk makluman, kulim & SP adalah kawasan kecurian tertinggi
Bagi Sik, perancangan utk memasukkan talian telefon & broadband telah dirancang. Semua kawasan yg belun ada talian tel & broadband akan dimasukkan kedlm projek.
Kerja2 telah bermula dari tahun lepas dan sekarang telah memasuki fasa 2 melibatkan kg2 di sebelah kuala ruman, kota bukit, gajah putih dll. Di sebelah belantik pun projek sedang dilaksanakan.
|
|
alwi industrial designer
Guest
|
Post by alwi industrial designer on Oct 1, 2007 20:15:08 GMT 7
Saya mintaklah kalau datok wan buat blok untuk menerangkan sikit pasal sejarah Panglima Wan Ibrahim ni di internet. Bukan apa cuma nak bagi orang ramai tau sikit tentang tokoh panglima patani ni. Kalau boleh buat kajian yang lebih tepat beserta sikit dengan gambar-gambar yang berkaitan dengan tokoh ni.
|
|
|
Post by pakteh on Oct 2, 2007 13:53:26 GMT 7
rasanya...ruangan sejaran Panglima Ibrahim Mekong ni dah ada.....lihat page mula utk all topic tuu
|
|
|
Post by Dato Wan on Oct 31, 2007 10:56:43 GMT 7
Saya kini sedang membuat munasabah diri,saya sedang menilai diri sendiri sejauh manakah saya berjaya menjalankan tugas sebagai Ahli Parlimen ? Perlukah saya meneruskan usaha seperti sekarang ini atau berundur untuk memberi laluan kepada orang lain yang mungkin lebih berkemampuan dari saya.Sudi beri pandangan anda semua secfara jujur dan iklas.TK
|
|
|
Post by berusgigi on Oct 31, 2007 14:16:54 GMT 7
Dato', saya rasa dato' perlu teruskan usaha tersebut walaupun banyak halangan dan rintangan. Apa yg saya nampak semua program & perancangan Dato memakan masa utk nampak kejayaannya. Begitu juga dengan pemahaman pemimpin2 bawahan. Apabila sesuatu pgm itu sudah nampak kejayaannya barulah depa membuka mata dan tidak memperlekeh usaha2 Dato'.
Terus terang, saya tak nampak lagi pengganti yang boleh menggantikan tempat dato' sebagai ahli parlimen yg bertanggung jawab kepada rakyat bawahannya. Mungkin dari segi politik, dato' kurang berjaya tetapi dari segi melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat dan pengundi, dato telah berjaya.
Mungkin pemimpin2 politik lain tidak memperdulikan sangat kejayaan dato', tapi rakyat dibawah nampak dan berterimakasih.
Saya harap Dato' teruskan, cuma kalau boleh saya hendak juga dato' kembalikan ke gemilangan UMNO Sik spt dulu.
|
|
|
Post by pakteh on Nov 1, 2007 9:52:32 GMT 7
Memang susah untuk mengubah sesuatu terutamanya yg bergelar manusia jika telah sekian lama dibentuk dalam satu acuan. Segala benda yg baru sukar utk diterima melainkan acuan yg sama digunakan. Masyarakat Sik yg sekian lama diberikan IKAN amat sukar utk menerima KAIL. Mereka lebih suka ikan kerana tidak perlu bersusah payah. Untuk mencari pemimpin bukanlah sukar kerana semua akan mengaku boleh memimpin. Yang sukar ialah memiliki pemimpin yg seluruh hidupnya dicurahkan utk orang lain iaitu orang2 yg dipimpinya. Pemimpin sebegini rela dikutuk, dimaki, dihina, dan bermacam2 lagi perkara tidak baik semata2 inginkan masyarakatnya maju dalam segenap segi. Sejak sekian lama....berapa ramai SIK mempunyai pemimpin sebegini? ? 1? 2? 3? 4? 5? 6? or...berpuluh or beratus2? Renung semula zaman sebelum Dato' Wan....berbelas tahun dibawah Tok Mid....semusim bersama shahnon....apa kita ada??? sejujurnya Tok Mid membuat sedikit perubahan tetapi sebagai menteri penuh yg rapat dengan PM ketika itu....Sik sepatutnya menerima lebih pembangunan dari apa yg telah dilaksanakannya. Walaupun tidak semaju Kuala Muda, Kota Setar, Kubang Pasu dan Kulim...sekurang2nya...Sik perlu kelihatan cepat maju seperti Baling dan Pendang. Ini tidak berlaku pada masa lalu....MENGAPA......kerana faktor perancangan yg tidak menjurus kearah pembentukan jati diri masyarakat Sik itu sendiri. Sepatutnya modal insan atau kemajuan ILMU yg diberikan pada 15 atau 20 tahun dulu....dan kini kita sudah sepatutnya menuai hasil. TETAPI ITU TIDAK BERLAKU....Masyarakat Sik masih berfikiran seperti dulu...sukakan IKAN...tidak suka KAIL... Memang sukar untuk mengubah kebiasaan nak ikan xmau kail dalam masa hanya 3 tahun...bukan saja sukar tetapi dalam kebanyakkan kes....hampir2 mustahil kerana dalam diri sesetengah daripadanya....hanya ikan yg perlu ada...kail tidak perlu. Dato' baru 3 tahun cuba mengubah Sik...memang payah dan susah, memang letih dan meletihkan, memang marah dan membosankan tetapi Dato' Wan yang saya kenal tidak pernah berputus asa dengan perjuangannya. SEANDAINYA HARI INI DATO' BERHENTI DAN MENARIK DIRI... Tidak ada lagi kaum wanita membelai jari menyulam kraf dan tikar mengkuang, tidak ada lagi anak muda meredah hypermarket memasarkan produk, tidak ada lagi pemuda membelah tanah menanam pisang, menanam nenas, menanam longan, menanam kelapa. Tidak ada lagi pusat tuisyen utk pelajar yg kosnya dibiayai oleh hasil pisang....tidak ada lagi paluan gendang silat yg meremang bulu roma mencetus rasa berani anak SIK melawan jenayah. Tidak ada lagi satria mngatur langkah berjaga malam demi anak bangsa. JIKA HARI INI DATO' BERHENTI... Dimana anak2 muda yg dahagakan aktiviti sosial melepaskan gian mengetuk gendang...memetik gitar??? Siapa pula yg akan meneruskan semangat lagu2 kampung? Siapa pula yg akan mendidik petani2...tok2 imam...JKK kg dengan kemahiran IT. Tidak ada lagi pendidikan percuma...wireless percuma...Tidak ada lagi program IT di kampung2...DALAM ERTI KATA MUDAH....punah ranah hancoq musnah segala program ILMU yg ada...masyarakat SIK akan kembali seperti dulu....MAHUKAN IKAN....KAIL akan dilupakan... Biarpun 5% atau 10% yg berjaya dan mengikuti saranan DATO'....ia tetap kejayaan daripada dibiarkan sejak sekian lama dengan hanya....IKAN...IKAN...IKAN...langsung tidak terlintas...JORAN...JORAN...JORAN..... secara ikhlas SIK AMAT MEMERLUKAN DATO'.....dengan hanya 3 tahun...sudah terlihat misi dan visi masa depan....Insyaallah....SIK mampu setanding dengan daerah lain pada 2020 walaupun bukan 2010.
|
|
|
Post by pakteh on Nov 1, 2007 13:47:00 GMT 7
Jika nak beri laluan kepada orang lain....nak beri kat sapa??? takkan nak kena import dari luaq yg terbukti kebekersanan tugasnya? setakat nak beri kepada yg dok ada di SIK....minta maaf la Dato'....xdak yg layak kecualilah Dato' dah didik individu itu lebih awal...sejak dulu2 seperti berus gigi. Bagi saya...Dato' masih yg terbaik.
|
|
|
Post by berusgigi on Nov 1, 2007 16:37:00 GMT 7
Dato' telah merancang & meletakkan asas yg baik utk kemajuan Sik. Dan saya rasa ramai pemimpin tempatan menyokong dgn apa yg Dato lakukan, cuma mereka ini lebih menonjolkan diri sebagai pemimpin politik daripada sebagai pemimpin masayarakat. Sebab itu banyak pilihan atau keputusan mereka lebih cenderung kepada kepentingan politik.
Ada tiga perkara yg perlu Dato' dan semua pemimpin di Sik lakukan 1. Pembangunan fizikal Sik 2. Pembangunan modal insan 3. Kekukuhan UMNO Sik.
Dato sedang melakukan no 1 & 2. Dan asas2 telah diletakkan. Cuma masa sahaja yg diperlukan utk merealisasikannya. So Dato perlu sambung.
UMNO Sik semakin hari semakin lemah. Tiada aktiviti pengukuhan UMNO Bahagian & Cawangan Sik. Cawangan Pemuda sudah banyak yg berkubur. Puteri tidak berkembang. AHli masih di takok lama. Tiada pertambahan yg banyak. Yang penting semangat ahli semakin hari semakin lemah. Jadi kita perlu seseorang utk memimpin kepada kecermerlangan UMNO Sik. Dato telah membuktikan suatu masa dulu dan InsyaALlah, jika diberi peluang Dato akan dapat melakukan. Saya anggap tugas Dato utk UMNO Sik masih tidak selesai selagi UMNO Sik masih ditakok laaaaa ni
|
|
|
Post by pakteh on Nov 5, 2007 10:30:58 GMT 7
fahamilah sajak "PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI"
|
|
akudahbosannganpaklah
Guest
|
Post by akudahbosannganpaklah on Nov 16, 2007 9:58:53 GMT 7
so.. sapa yang nak jd calon kat sik ni? PRU dah dekat ni... ;D harap2 bukan kroni paklah n KJ hehehehe.. ;D
|
|
|
Post by jembalang tanah on Nov 25, 2007 9:50:33 GMT 7
PRU dah dekat?
baguih tu, peluang untuk orang orang UMNO bertelagah sesama sediri makin dekat jugak.
Mengenai calon!!! ada baik nya kita bagi peluang kepada muka baru pulak. YB sekarang bukannya tak ada visi dan misi..ada, cumanya bilakah kita nak rasa semua yang dibayangkan.
lagi pun, YB sekarang ni dah boleh dikatakan uzur. TDM pun dah bersara, apa lagi.. dah lama dah..
walau pun nak tukaq pemimpin, jangan la sampai nak kena makan daging import plak... lambat nak empuk.. silap silap buang dalam sungai saja, sapa yang rugi.. kita jugak.
mungkin pandangan saya ni tak disetujui oleh sesetengah dari kita, tak apa.. memang lah mana ada satu pun yang dipersetuji akan terus disetuji.. orang yang sentiasa bersama kita, kononnya memberi sokongan pada kita, tak mungkin dia juga bersetuju dengan apa yang kita putuskan.
apa pun, kita tengok sapa yang jadi kudang tunggang rakyat sik pulak untuk PRU kali ni, ada kala.. kita perlu merasai kekalahan, tapi kita dah laluinya, tak sikit pun memeritkan, sebab apa tak perit? sebabnya, orang-orang UMNO masih lagi memikirkan kepentingan diri sendiri walaupun kuasa ditangan orang lain, kalau zaman sebelum kemerdekaan.. orang melayu dulu bersatu dulu, dapatkan kemerdekaan, lepas dapat baru la kita buat sistem bangkangan untuk penambahbaikan..
entah la wahai UMNO Sik, macam kata orang tua dulu-dulu, macam kitab buruk. macam hidup segan mati tak mau
fikir-fikirkan lah wahai rakyat yang semakin dipinggirkan
|
|
|
Post by pakteh on Dec 28, 2007 10:33:12 GMT 7
PRU memang makin dekat...bukannya makin jauh....pakteh rasa sepatutnya dalam keadaan begini...orang2 pilitik memikirkan strategi dan apa saja cara yang baik utk memberi kemenangan kepada parti yang di tunjangi tak kiralaaa UMNO kaa PAS kaa DAP kaaa ADIL kaaa....semua sepatutnya sedang mencari jalan terbaik untuk menang....
Sayang sekali apa yg berlaku kepada UMNO Sik ialah banyak tertumpu kepada Siapa calon parlimen?..Siapa calon DUN Jeneri?...Siapa Calon DUN Belantik?....
Bila ini yang difikirkan...gerakkerja utk menambahkan sokongan kepada UMNO akan menjadi lemah dan kurang tumpuan, yang akhirnya akan memberi kelebihan kepada siapa sahaja yg bertanding melawan UMNO. Dalam erti kata lain, Menang jadi arang..kalah jadi abu...yg untung..parti lawan.
Lebih malang....yang ada bukan hanya memikirkan siapa calon utk PRU akan datang...TETAPI sudah berkira2 dan sibuk melobi untuk menjadi pemimpin didalam UMNO Sik.....sudah ada pergolakan untuk menentukan siapa ketua bahagian, siapa ketua pemuda, siapa ketua puteri, siapa ketua wanita dan siapa team itu dan siapa team ini........perbualan sesama rakan ditepi jalan juga sudah dicurigai dan sudah wujud perasaan saling tidak percaya sesama rakan......
Jika keadaan ini berterusan...pakteh percaya....memori hitam 1999 akan berulang....lebih pedih lagi....gelombang kekalahan hanya terjadi di Sik manakala rakan2 ditempat lain bergembira dengan kemenangan. Jika ini terjadi...jangan salahkan orang lain...salahkan diri sendiri yang mempunyai perasaan tamak dan pentingkan diri sendiri.....
Dalam pada itu pakteh masih percaya terdapat rakan2 yang benar2 ikhlas berjuang untuk UMNO, dan kelebihan yang ada gunakan sebaiknya utk memenangkan UMNO terlebih dahulu sebelum memikirkan utk membawa diri bertanding dalam apa jua jawatan pada pemilihan UMNO nanti. Jika jawatan tertinggi dalam setiap pergerakan yg ditandingi...semoga berjaya...NAMUN...ciptakan kemenangan utk UMNO terlebih dahulu pada PRU akan datang...
p/s: UMNO tidak ada masa lagi utk berpilih2 tentang siapa calon......tumpukan kepada usaha menarik pengundi dan sokonglah sepenuh hati siapa sahaja calon UMNO......Insyaallah....UMNO akan menang.
|
|
|
Post by pakteh on Jan 11, 2008 14:41:34 GMT 7
Kata orang
Hari ini kalau berbincang soal politik...isu yg timbul ialah siapa bakal calon di Parlimen itu dan Adun ini...xkira di mana....Kedah, Perlis, Penang....senang cakap...anginnya bertiup di seluruh negara. Di perlis ada yang bercakap isunya cukup besar hinggakan ada menteri yg bercakap secara terbuka...seterusnya..terbuka pekung didada....kalau orang lain sudah pasti ada tindakan disiplin...tapi yg bercakap ialah S/U UMNO.....Menteri penuh utk jaga undang2.....sahabat PM.....jadi....xtaula apa tindakan....( Kata orang laaa)
Kata orang.....MB Kedah pun xsesuai jadi MB dah....ada masalah....kena tukar.......( kata orang laaa...)
Kata orang....koh tsu koon melebihkan Cina di Penang...so...UMNO kena takeover penang.....(kata orang laaa)
Kata orang...Paklah kaki tidur.....xlayak jadi PM dah...cukup la satu penggal....kalau biaq lagi...hancoq negara....(kata orang laaa)
Kata orang....Di Sik ni...BN sukar nak memang....kalau menang pun...majoritinya sikit....itupun kena tengok sapa calonnya...kalau silap....KALAH.......(kata orang laaa)
kata orang.....Di sik ni....Calonnya utk ADUN tu la ada sikit2 kredibiliti walaupun kalau di tempat lain...mungkin jumlahnya berkali ganda....masalahnya cuma tang PARLIMEN.....susah sangat nak cari....buka kamus ni...kluaq nama Dato' Wan, buka kamus nu...nampak nama Tok Mid.....buka kitab nuu...kluaq nama Hasbullah....buka buku sains...kluaq nama Dr. Azhar.....last2....tutup buku...pejam mata...cuba mimpi tengok...kluaq muka sapa?.....
|
|
|
Post by habib on Jan 12, 2008 7:42:54 GMT 7
pak teh, pak teh.. soalan tu mudah sangat nak jawab, dan ada kamus yang pak teh buka ka sapa buka saya tak pasti, muka sapa tu.. hasbullah? ish.. pelik bunyinya, mungkin kitab tu tersalah tulis kot. tak pun tersalah cetak, kalau kedua-dua kemungkinan tu tak jugak betul maka memang sah la hasbullah sendiri yang mengada-adakan gambarnya di situ. mintak pak teh semak semula kitab yang sebut nama hasbullah, takut ada orang lain pulak yang pi dok buka, bertambah la bidaah hasanah pasai masalah hasbullah ni.
p/s : barang sesiapa yang memilih calon YB-YB bagi kawasan jajahan dan taklukan Sik ni makanya, ia adalah satu bidaah hasanah.
saya ni tak berapa pandai dalam soal kepolitikan ni, cumanya bila saya terbaca mengenai soalan pakteh pasai calon malon ni, maka selain yang dok ada ni rasana anak kepada Tan Sri Haji Hanapiah tu tak leh ka, dulu bukan dia ka yang jadi ketua pemuda sik? pi mana dia la ni. saya ni bukan apa, cuma dia tu ada bakat dan kelayakan ke arah tu.
salam maal hijrah
|
|