|
Post by atas pagar on Sept 18, 2006 21:38:26 GMT 7
Saya amat suka dengan Dato' kerana terbuka untuk membincangkan perkara ini. Syiar dan syariat Islam perlu difahami oleh semua umat Islam. Munakahat, Muamalat,Jenayat merupakan cagang-cabang dalam perundangan Islam. Mengapakah kita dengan adanya kuasa masih lagi bergantung kepada orang bukan Islam dalam bidang Muamalat misalnya. Sebenarnya apa yang saya nampak kerajaan tidak bersungguh-sungguh dalam hal-hal yang berkaitan dengan Islam, terlalu berlembut, sehinggakan orang bukan( orang besar ) Islam boleh bercakap mengenai Islam, sanggup menegur, tapi kita hanya minta jangan buat kecoh, itu sahaja.. Saya tak mahu UMNO hanya memperjuangkan bangsa sahaja ( apa jadi dengan bangsa Melayu PP) perjuangkan Islam terlebih dahulu, saya rasa penyokong parti lawan pun akan bersama kita jika kita memperjuangkan Islam ( didahulukan ) sesuai dengan kepimpinan Pak Lah berbanding Tun. Mengapakah ( menteri dari komponen BN ) mempertikaikan wang peruntukan untuk mereka, sehingga tak mahu minta maaf pulak tu. Saya rasa Pak Lah sanggup memperjuangkan semula Sekolah Agama Rakyat yang telah ditenggelamkan oleh pemimpin terdahulu. Perjuangkanlah bangsa kita yang seagama dengan kita, bantulah mereka. Kita juga yang akan untung, Terima kasih sekali lagi Assalamualaikum Tok Wan
|
|
|
Post by Dato Wan on Sept 20, 2006 19:12:34 GMT 7
Saya setuju sangat dengan pendapat saudara;biar kita bermula dengan pendekatan Hadhari dulu,biar mereka faham menegai Islamjika tidak amat sukar bagi kita.Perlu diingat kita bukan 100 peratus Islam.Kita sedang pestakan bidang muamalat.Terima kasig dan selamat menyambut Ramadhan.
|
|
|
Post by pakteh on Sept 22, 2006 10:49:45 GMT 7
Assalamualaikum....saya sendiri sebenarnya berminat dengan tajuk berkaitan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang sering dipertikaikan oleh pihak pembangkang. Pembangkang sering mengatakan Malaysia bukan negara Islam sebab tidak melaksanakan hudud dan melaksanakan undang-undang Islam sepenuhnya. Sebagai individu yang pengetahuan agamanya terbatas kepada diri sendiri dan keluarga, saya hanya boleh mendengar apa yang diperkatakan tetapi saya juga pernah diterangkan bahawa terdapat beberapa kategori negara yang perlu kita faham. Pertamanya negara Islam, wajib bagi rakyat negara tersebut mempertahankan negara dan WAJIB juga taat kepada pemerintah yang juga beragama Islam. Keduanya negara Kafir yang diperintah oleh orang kafir tetapi melayan umat Islam negaranya dengan baik. ketiga negara kafir yang zalim yg perlu diperangi. So, dimana kedudukan Malaysia sebab jika memilih yang pertama, WAJIB bagi rakyat taat kepada pemerintah sedangkan yang berlaku hari ini, pemimpin negara dihina dan dicaci. Takkan nak kata Malaysia negara dalam kategori 2 dan 3? Lagi 1, cuba ingat atau kaji (org tua2 dulu mungkin ingat). Bagi saya tanggungjawab kerajaan dari segi fardhu kifayah telah dilaksanakan, yang perlu cuba penambahbaikan kepada yang sedia baik. kekurangan dan kelemahan disana sini adalah dari kelemahan manusia sebagai makhluk Allah yang cuba dibaiki dari masa ke semasa. Jika dipertikaikan Malaysia tidak menurut undang-undang Islam, berikan satu contoh negara yang boleh kita contohi agar menjadi garis panduan terbaik untuk merencanakan jalan mula kepada pembentukan undang-undang tersebut. mungkin jika ada cadangan negara yang diberikan...kita boleh bincang lagi....buat masa ni, saya beranggapan Malaysia negara terbaik untuk didiami....saya bebas mengamalkan ajaran agama saya, saya bebas melaksanakan kerja saya, saya bebas bermain permainan kegemaran saya dan.....paling penting, pendidikan anak-anak saya dapat dipenuhi dengan baik. Alhamdulillah, baru 5 tahun dah boleh membuat karangan, menaip menggunakan komputer......bayangkan jika saya berada dinegara Islam yang dilanda perang saudara, kebuluran, kemiskinan dan sebagainya....adakah saya dan keluarga akan menikmati semua ini???.... Bayangkan juga...kita di Sik...kemudahan ICT dan rancangan kepada Minda Kelas Pertama begitu diambil berat oleh YAB Dato' Wan....takkan ini kita nak tolak? ?? fikirkan....
|
|
|
Post by sokong on Sept 26, 2006 9:54:40 GMT 7
Hidup Pakteh
mai ramai-ramai kita sokong tok wan, saya dengar khabar banyak sekolah di sik telah dipasang dengan wireless sumbangan datok, terima kasih datok, hidup tok wan
ict - untuk semua
|
|
|
Post by Kena Ubah on Oct 3, 2006 21:51:53 GMT 7
Saya setuju sangat dengan pendapat saudara;biar kita bermula dengan pendekatan Hadhari dulu,biar mereka faham menegai Islamjika tidak amat sukar bagi kita.Perlu diingat kita bukan 100 peratus Islam.Kita sedang pestakan bidang muamalat.Terima kasig dan selamat menyambut Ramadhan. Dalam hal ini, kerajaan perlu ubah daripada Islam Hadari kepada Masyarakat Islam Hadari. Islam adalah agama yang sempurna, tak boleh ditambah dengan perkataan lain, ramai orang keliru apabila Islam Hadari diwujudkan, seolah-olah Islam telah diperbaharui, Bagaimana orang Islam tidak memahami Islam sepenuhnya, kita perlu hadir ke majlis agama untuk lebih memahami Islam, belajarlah mengenai ilmu tauhid kerana ia merupakan tapak kepada keIslaman seseorang itu. Sekiranya asas tidak kukuh maka timbullah pelbagai istilah yang diberikan kepada Islam, Saya katakan di sini Islam bukanlah agama terbaik, sila beri respon.
|
|
|
Post by dato wan azmi on Oct 4, 2006 10:16:33 GMT 7
ISLAM ADALAH MERUPAKAN UGAMA TERBAIK,KERANA ALLAH BERFIRMAN ISLAM ADALAH UGAMA YANG PALING LENGKAP;MASALAHNYA IALAH PENGIKUT UGAMA ISLAM RAMAI YANG TIDAK BAIK KERANA BANYAK MENYIMPANG JAUH DARI ISLAM;SEPERTI SUKA BERGADUH,HASAD DENGKI,FITNAH DAN LAIN-LAIN SIFAT NEGATIF MASIH MENEBAL DALAM MASYARAKAT ISLAM.OLEH YANG DEMIKIAN YANG HENDAK DIHADHARAHKAN IALAH ORANG ISLAM,BUKANNYA UGAMA ISLAM.SAYA SUDAH BEBERAPA KALI BERHUJAH DI PARLIMEN BAHAWA ISTILAH YANG BETUL IALAH MASYARAKAT ISLAM HADHARI DA NSAYA SETUJU BENAR DENGAN PENDAPAT SAUDARA ITU.
|
|
|
Post by berus gigi on Oct 5, 2006 13:34:10 GMT 7
Saya setuju dengan Dato'. Islam sudah lengkap cuma yang perlu dilengkapkan ialah orang-orang Islam itu sendiri. Dari segi agamanya, ilmunya, ekonominya, teknologi, pertahanannya dll. Jika ini dapat dipenuhi maka Hadarah Islamiah itu telah dicapai. Zaman nabi dan Sahabat dulu, Hadarah Islamiah telah dicapai tapi hanya untuk keadaan semasa waktu itu. Tapi zaman sekarang sudah lain suasananya, tetapi Islam itu agama lengkap dan sesuai sepanjang masa. Cuma kita perlu tuntut dan maju mengikut landas-landas yang telah ditetapkan oleh Islam. Hari ini kita lihat perkara-perkara fundamental tentang ajaran Islam kita masih tidak dapat lakukan, macamana untuk menuju kepada satu tamadun yang tinggi?
|
|
|
Post by dato wan azmi on Oct 5, 2006 14:19:49 GMT 7
Amat tepat sekali fikiran saudara tu.Ulamak sekarang ni tidaklah seperti ulamak dahulu.Saya pernah menziarah Masjid Imam Bukhari di Taskent tempuh hari.Saya dapat lihat dan begitu terpegun bahawa Imam Bukhari bukan sahaja pakar dalam bidang Hadis ,tetapi beliau juga mempunyai kepakaran dalam bidang Biologi,begitu juga Al Jabar,pakat bidang Geometri,Ulamak sekaranh ini mempunyai ilmu yang terhap kepada sesuatu bidang saahaja.Mana ada ulamak sekarang ini yang pandai Matematik.Cuba lihat WWW.YUNUSYAHYA.COM,beliau cuba membuat pendekatan kefahaman Islam melalui kaedahsaintifik.Sila cuba ingat formula yang kita bincang dahulu;iaitu seperti berikut.Isi asas kandungan ugama Islam; ( 3+1+5+6+5=20),siapa boleh huraikan formula ini,silakan.
|
|
|
Post by dato wan azmi on Oct 5, 2006 14:20:47 GMT 7
Amat tepat sekali fikiran saudara tu.Ulamak sekarang ni tidaklah seperti ulamak dahulu.Saya pernah menziarah Masjid Imam Bukhari di Taskent tempuh hari.Saya dapat lihat dan begitu terpegun bahawa Imam Bukhari bukan sahaja pakar dalam bidang Hadis ,tetapi beliau juga mempunyai kepakaran dalam bidang Biologi,begitu juga Al Jabar,pakat bidang Geometri,Ulamak sekaranh ini mempunyai ilmu yang terhap kepada sesuatu bidang saahaja.Mana ada ulamak sekarang ini yang pandai Matematik.Cuba lihat WWW.YUNUSYAHYA.COM,beliau cuba membuat pendekatan kefahaman Islam melalui kaedahsaintifik.Sila cuba ingat formula yang kita bincang dahulu;iaitu seperti berikut.Isi asas kandungan ugama Islam; ( 3+1+5+6+5=20),siapa boleh huraikan formula ini,silakan.
|
|
|
Post by berus gigi on Oct 5, 2006 14:41:16 GMT 7
Dalam konteks Sik, saya rasa perlu dimulakan diperingkat remaja (sekolah). Kerana saya rasakan yang mereka ini masih ada minat untuk menuntut ilmu dan mahu menerima tunjuk ajar dsb.
Hari ini saya hadir dalam Mesyuarat Majlis Tindak Negeri (minggu lepas di Perlis), banyak peluang untuk orang-orang Melayu diberikan, tetapi saya rasakan yang semua ini tidak akan berjaya jika pemimpin-pemimpin bawahan di Sik masih ditakuk lama.
Kenapa saya rasakan begini? Ini adalah kerana mereka tidak menganggap yang kuasa yang diberikan kepada mereka sebagai satu amanah Allah dan pengikut. Jika mereka betul-betul berilmu, saya dapat rasakan yang Tamadun yang diimpikan kita semua dapat dicapai.
Cerita Raja yang sentiasa takut kerana pedang sentiasa berada di atas tengkuknya sudah tidak dihayati. Kalau mereka semua bersifat seperti Raja ini, sudah tentu apa yang hendak dibangunkan dapat berjalan dengan baik.
Maka, ilmu agama patut didalami oleh mereka ini terutama dari tentang tanggungjawab sebagai ketua dari sudut pandangan Islam. Jika ini dapat dihayati, saya rasa yang lain-lain akan berjalan dengan baik.
Saya masih berharap ini akan menjadi kenyataan! Tetapi semua perlu berkorban.
|
|
|
Post by ard on Nov 19, 2006 5:08:15 GMT 7
Assalamualaikum uncle... walaupun uncle rasa politik wang serta kepentingan peribadi jadi pilihan orang dalam perjuangan .. uncle tahu kat mana diri uncle berada.. teruskan perjuangan uncle majukan sik sebaik mungkin.. insyallah allah pandang. doakan saya dapat bersama dengan uncle utk contribute pada agama, bangsa dan negara dgn bidang masing2.. saya masih tinggal jauh dari kedah dan masih bermastautin dibumi org putih ni serta tak layak untuk comment apa 2 .. FYI, seketika bersama dgn uncle, auntie, mawi, rosli dll di serendah sikebun bunga tempat tercetusnya minda saya .. untuk terus berjuang untuk tidak tergolong dalam orang yang mengharapkan kail bersama dgn ikan.. kita pakat2 contribute untuk ubah taraf hidup semua bangsa kita insyallah.. .. doakan saya.. wassalam.
|
|
|
Post by berus gigi on Nov 20, 2006 15:50:17 GMT 7
Assalamualaikum uncle... Waalaikumussalam Ard, Terima kasih kerana prihatin. Dato' dan saya mengalu-alukan mana-mana bijak pandai yang mahu berjuang utnk memajukan bangsa agama dan negara. Contribution boleh dilakukan dengan pelbagai cara. Buat masa sekarang pelbagai projek membuka minda sedang dilakukan termasuk dalam bidang pertanian, ekonomi, pendidikan dan ICT. Dalam pendidikan pringkat rendah kita telah boleh berbangga kerana melahirkan kelulusan 5A dalam UPSR. Ini baru dilakukan secara kecil-kecilan. Bayangkan kalau dapat kita gembeleng tenaga keseluruh daerah Sik. 10 tahun akan datang, akan ada ramai cerdik pandai dari Sik. Kemelut kemiskinan sudah tidak lagi menjadi isu utama.
dengan uncle utk contribute pada agama, bangsa dan negara dgn bidang masing2.. saya masih tinggal jauh dari kedah dan masih bermastautin dibumi org putih ni serta tak layak untuk comment apa 2 .. FYI, seketika bersama dgn uncle, auntie, mawi, rosli dll di serendah sikebun bunga tempat tercetusnya minda saya .. untuk terus berjuang untuk tidak tergolong dalam orang yang mengharapkan kail bersama dgn ikan.. kita pakat2 contribute untuk ubah taraf hidup semua bangsa kita insyallah.. .. doakan saya..
|
|
|
Post by dATO wAN on Nov 21, 2006 10:15:08 GMT 7
Saya sedang membangunkan Kampong Masjid dan beberapa buah kampong lagi sebagai projek perintis sebagai pendekatan baru yang menyeluruh dari segi pembangunan insan ,ekonomi dan minda kelas pertama.Namun,kesemuanya agak lambat bergerak,macam siput.Kita perlu bergerak lebih pantas lagi,perlu ada sense of urgency.Orang Sik masih berasa selesa berada dalam kotak yang lama.masih bersifar peasantry.Cara saya masih banyak yang tidak dapat menerima;mereka masih mahu ikan dan tidak mahu diberi kail.
|
|
|
Post by pakteh on Mar 8, 2007 8:58:51 GMT 7
Sudah agak lama kita melupakan ruangan ini, dan mungkin ini ada sedikit kelapangan maka pakteh menjengok semua kesini. dan melihat kebelakang beberapa bulan yang lalu...pakteh rasakan Dato' Wan berjaya pada asasnya untuk membawa perubahan kepada penduduk Sik. Memang tidak semua melihat dan mengikuti tetapi kepada sesiapa yang inginkan perubahan...lihatlah kejayaan mereka setelah mengikut betul2 apa yang Dato Wan sarankan. Bayangkan bagaimana program memberi kail dirancang dengan baik dan kini...dengan kail tersebut...begitu banyak ikan dapat dipancing....dan saya percaya mereka2 ini jika hanya diberi ikan beberapa tahun lepas....sudah pasti....mereka masih mahukan ikan hingga hari ini. tahniah dan syabas...namun sayang...masih ramai yg tidak sedar dan malas dan membunuh bangsa sendiri. mengapa pakteh berkata begini? ...... program kelab ICT yang dato' usahakan agar semua penduduk kampung terima pelajaran ICT secara percuma dipandang sepi oleh segelintir JKKK. Syabas kepada Kampung Baru Danglau pimpinan Hj Ayat yg semangatnya berkobar2. Tahniah juga kepada Kg Danglau dibawah Walong yg begitu gigih dan kepada Kg Tupai...anda beruntung mempunyai JKKK seperti En. Zakaria....komitmen dan pengurusannya membolehkan anda menerima kemudahan dan pembelajaran ICT dengan mudah. kepada kampung2 lain...bila lagi? hafal2lah lagu warisan.....
|
|
|
Post by Dato Wan on May 10, 2007 18:38:31 GMT 7
PILIHANA RAYA UMUM HAMPIR TIBA,BANYAK ORANG SEDANG SIBUK NAK JADI YBSAYA SANGGUP BERUNDUR JIKA KITA ADA CALUN YANG HEBAT.DALAM POLITIK APA YANG PALING PENTING IALAH MENANG DALAM PILIHAN RAYA.SAYA AKAN MEMBERI SOKONGAN KEPADA SESIAPA JUA YANG BOLEH MENANG.bAGI SAYA BERHENTI SETAKAT INI PUN OK,DAN JIKA DISURUH TERUSKAN LAGI PUN OK.sudi beri pendapat anda.
|
|