|
Post by Dugung Derita on Dec 18, 2007 8:05:44 GMT 7
Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh
Terlebih dahulu ada adatnya hamba memperkenalkan diri untuk semua, kerana hamba ini adalah orang baru di sini. Datangnya hamba dari sebelah ulu daerah ini, dah nak sampai Siam pun. Walaupun hamba ini dok dekat dengan gunung, bukit dan rimba, hamba tidak pernah leka dengan arus kemodenan semasa, insyaallah.
Banjir!!! Itulah teriakan yang hamba dengari semalam. Rasa macam Tsunami datang lagi. Almaklumlah, kita tak pernah lalui saat getir menghadapi banjir seperti di Johor dan Kelantan tu.
Bukannya apa, cuma nya.. berhati-hatilah kepada sesiapa yang berada dikawasan yang seringkali dinaiki air dan kawasan rendah juga, kerana banjir kilat yang sering terjadi tidak dapat diduga. Lebih baiknya kita sentiasa berwaspada.
Apabila banjir berlaku, pastikan anak-anak kecil kita bersama kita. Jangan biarkan mereka bermain ketika banjir. Malang tidak berbau.
Selain berusaha sebegitu, berdoalah kepada Allah supaya dugaan yang diberikan tetap dirahmati dan membuka lebih pintu rezeki untuk kita terus hidup, beriman dan beramal di muka bumi-Nya ini.
Wassalam
|
|
|
Post by pakteh on Dec 18, 2007 11:38:49 GMT 7
Harap2 semua dpt bekerjasama saling bantu membantu ketika musibah banjir melanda. pakteh pun xtau la boleh balik ker tak?? Kalau hujan lagi...maknanya beraya di Arau laaa...selalu jadi pulau...hehe...mujurnya rumah pakteh dok kawasan antara yang paling tinggi but....keliling penuh ngan ayaq...kena beli stok makanan banyak2 laaa...
nak balik sik pun....kalau jalan gurun ok xpa la....jangan ada banjir dahhh... kawasan kg pakteh xla teruk tapi jiran2 la cam sungai kap, nami lama, tanjung piring...semua kena.....
|
|
|
Post by kaklong on Dec 26, 2007 16:10:07 GMT 7
Pada 24hb... sehari lepas kenduri kat rumah kaklong, ada seseorang call dalam kul 6 petang kat rumah.. kaklong tak pasti siapa. Katanya Sekujur mayat dijumpai di sungai sidam..Waris sedang dicari kerana mayat telah reput... mujurlah indentiti dikenal pasti iaitu Helmi Bin Halim ( lingkungan 20 ke 30an ) beralamat hadapan sek keb kota Bukit. Kebetulan dia mengenali abah serta tahu no tel terus menghubungi abah untuk kepastian... Pemanggil tersebut meminta abah memaklumkan berita berkenaan kepada waris mayat tersebut yang memang dikenali oleh abah. Mayat ini dikenalpasti kurang normal dan dimaklumkan oleh warisnya berulang alik bekerja di Jeniang melalui Titi hayun Berona. Mungkin juga ada kaitan dengan banjir yang melanda kerana mengikut pemeriksaan mayat itu telah beberapa hari meninggal sebelum hari raya lagi dan hanyut sehingga ke Sidam. Pengajaran disini, ibubapa perlulah menjaga anak-anak tidak kira semasa banjir atau tidak, mengambil tahu jika anak-anak tidak pulang kerumah, tahu tempat kerja, rumah kawan-kawan anak-anak.. tambah2 anak2 yang kurang normal perlu diberi perhatian gerak geri.. kemana dia pergi. Jiran-jiran, orang2 kampung jika ternampak atau terserempak dengan kanak-kanak, remaja, dewasa yang kurang normal, sila maklumkan kepada keluarga supaya, keluarga boleh bertindak untuk membawa pulang atau sendiri bertindak menghantar pulang kerumah bagi mengelak kejadian yang tidak diingini. Apapun hanya Allah yang lebih mengetahui.. kerana ajal maut itu ditangannya....
|
|
|
Post by pakteh on Dec 26, 2007 19:58:42 GMT 7
Al-fatihah utk mangsa lemas di Empangan Muda. Berkebetulan pakteh sempat melihat operasi menyelamat dan juga melihat sukarelawan (orang Kg) menemui mayat mangsa. Hanya kesabaran diminta kepada sanak saudara rakan taulan di pondok charok senduk. Kepada semua yang terlibat seperti tentara, polis, bomba, JPA dan orang2 kampung yang sanggup utk menjadi sukarelawan (utk menyelam mencari mangsa) dan semua penduduk kampung yang begitu prihatin, tahniah kerana terpanggil membantu dan pakteh dapat rasakan semuanya bersedih tetapi bersyukur kerana mayat dpt ditemui pada hari ketiga.
p/s: Yang pergi tetap pergi....yang tinggal ambillah pengajaran dari apa yang berlaku....
|
|
|
Post by gen2dberiss on Dec 27, 2007 7:54:05 GMT 7
Salam Takziah kepada keluarga mangsa lemas di Empangan Muda. Sesunggunya ujian dari Allah itu datangnya dari kepelbagaian. Hidup dan mati itu adalah urusan Allah. Kehidupan harus diteruskan. Allah sentiasa bersama-sama dengan orang-orang yang sabar dan redha.
Syabas dah tahniah kepada semua petugas keselamatan termasuk sukarelawan orang kampung yang bertungkus lumus membantu dalam usaha mencari dan menyelamat mangsa lemas tersebut. Keikhlasan dan khidmat yang diberi hanya Allah jua yang membalasnya.
Al-Fatihah untuk kedua-dua mangsa lemas di Sungai Sidam dan Empangan Muda, mudah-mudahan rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
SALAM TAKZIAH
|
|
|
Post by Elldiow on Sept 27, 2019 4:16:37 GMT 7
Generic Propecia Prescription <a href=http://cheapciali.com>cialis 5mg best price</a> Unisom In Singapore Billig Viagra Deutschland Flagyl Buy Online
|
|