Post by pakteh on Jun 26, 2007 15:39:57 GMT 7
Saya sekadar buat searching at yahoo but ini yang terjumpa....
bayangkan...bangga pakteh bila Dato' Wan tergolong dalam 20% ahli parlimen yg update maklumat di bnbbc (maksudnya yg reti IT dan buat kerja la tu)
laporan ni kata 80% ahli parlimen tak update...ini beritanya
Hampir 80% ahli Parlimen tidak kemas kini laman web
Oleh: HELMI MOHD FOAD
KUALA LUMPUR 31 Ogos - Hampir 80 peratus penyokong kerajaan tidak mengemaskinikan laman web mereka dalam portal rasmi Kelab Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC).
Ini menyebabkan rakyat sukar untuk mendapatkan maklumat terkini secara maya dan telus mengenai aktiviti harian ahli Parlimen kawasan mereka.
Utusan Malaysia yang melayari setiap satu laman web ahli Parlimen dalam portal BNBBC.org.my mendapati sebahagian besar ahli Parlimen membiarkan ruangan yang disediakan untuk mereka tanpa sebarang maklumat terkini.
Sebahagian besarnya mencatatkan tarikh terakhir dikemaskinikan ialah pada 4 April lalu iaitu sehari sebelum laman web itu dilancarkan semula oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Ketua Whip BN.
Najib ketika berucap pada majlis pelancaran laman web itu berkata, segala maklumat aktiviti ahli Parlimen dalam laman web itu boleh dijadikan asas kepada laporan prestasi yang akan dihantar kepada Jabatan Perdana Menteri.
Bagaimana masalah untuk menyediakan laporan prestasi yang lengkap akan terus timbul apabila rata-rata ahli Parlimen hanya meletakkan ucapan ringkas pada ruangan mukadimah.
Antara lainnya ucapan mereka memberikan harapan agar rakyat mendapat manfaat daripada laman web tersebut dan mengetahui maklumat wakil rakyat tersebut serta kawasan yang diwakili.
Namun didapati tiada sebarang maklumat terkini disediakan pada ruang isu terkini apabila tertera ayat `kandungan sedang dikemas kinikan'.
Tiada sebarang maklumat juga disediakan pada ruangan `Aktiviti Minggu Ini' dan aktiviti yang telah dijalankan atau jadual kegiatan ahli Parlimen pada diari bulanan.
Selain itu, terdapat seorang Ahli Parlimen yang tidak menyediakan gambarnya sebaliknya hanya dipaparkan label `sample'.
Bagaimanapun Pengerusi BNBBC, Datuk Shahrir Abdul Samad (BN-Johor Bahru) menunjukkan contoh yang baik menerusi laman web beliau yang aktif menyediakan pelbagai maklumat tentang kegiatan yang dijalankannya.
Segala aktiviti beliau sepanjang bulan Ogos dimasukkan dalam diari bulanan.
Ir. Hamim Samuri (BN-Ledang) juga menunjukkan kreativiti apabila memaparkan gambar-gambar aktiviti yang dihadirinya dan berita-berita mengenai isu terkini serta aktiviti mingguan beliau.
Selain itu, antara ahli Parlimen yang aktif mengemaskinikan laman web mereka ialah Datuk Rosli Mat Hassan (BN-Dungun), Ahmad Shabery Cheek (BN-Kemaman) dan Datuk Wan Azmi Ariffin (BN-Sik).