Post by dato wan azmi on Sept 8, 2007 0:39:23 GMT 7
www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Tuesday/Hati/20070306102852/Article/indexv_html
TIGA wanita dari Sik, Kedah berganding bahu mengusahakan perniagaan kuih baulu menerusi aktiviti pemasaran lebih meluas ke luar daerah.
Mereka mendapat suntikan semangat Penyelaras Kumpulan Pembangunan Wanita (PKPW) daerah berkenaan, Mohd Zaidi Mahmud yang berusaha membuktikan produk tempatan mampu bersaing di pasaran.
Berbekalkan keyakinan diri, tiga wanita berkenaan diketuai Noraini Romli, 25, dibantu Mohd Zaidi, mengunjungi pihak pengurusan sebuah pasar raya besar terkenal di Sungai Petani bagi mendapatkan kebenaran memasarkan baulu di situ.
Berkat kesungguhan mereka, pihak pengurusan pusat beli-belah itu membenarkan tiga sahabat berkenaan berniaga di situ dengan menyewa satu lot yang menjalankan perniagaan setiap hari dari jam 9 pagi hingga 10 malam.
Noraini berkata, gerainya yang beroperasi di laluan pintu depan kompleks itu turut dilengkapi mesin pengisar dan ketuhar memasak baulu.
Dia yang dibantu Norhidayah Mahmud, 21, dan Hafizah Jaafar, 20, berkata, baulu keluaran pihaknya berbeza berbanding baulu yang lazim ditemui kerana ia diadun dengan enam jenis perisa iaitu oren, pandan, strawberi, biasa, coklat dan cappuchino.
“Suatu ketika dulu, baulu Sik terkenal dengan adunan perisa asli yang enak. Justeru, kami mengambil inisiatif mengembalikan kegemilangan kuih tradisional ini dengan membuat pembaharuan menyediakan perisa berbeza.
“Syukur Alhamdulillah, produk dihasilkan secara segar ini mendapat sambutan di pasaran selain pengunjung gedung perniagaan yang singgah untuk membeli-belah,” katanya.
Noraini yang juga ahli Kumpulan Pembangunan Wanita daerah Sik, berkata produk yang menggunakan label Temusik itu dibungkus dalam dua jenis bungkusan berlainan, setiap satu mengandungi 10 biji dijual pada harga antara RM1.50 dan RM2.
Usaha Noraini dan pembantunya memperkenalkan baulu Sik mendapat perhatian Ahli Parlimen Sik, Datuk Dr Wan Azmi Ariffin, yang menghulurkan bantuan RM2,000 sebagai modal pusingan di samping ketuhar dan mesin pengisar tepung.
Selain beroperasi di kompleks itu sejak dua tahun lalu, baulu Sik kini berjaya menembusi pasaran di pasar raya besar Carrefour Seberang Prai, Pulau Pinang yang dijual dalam jenis perisa serupa.
Baulu Sik yang diadun perisa berbeza selain mengekalkan keaslian rasanya berjaya menarik minat orang ramai terutama menjelang musim perayaan seperti Hari Raya Puasa, Tahun Baru Cina dan Deepavali.
Produk kuih tradisional dari daerah yang terkenal dengan kisah ‘Ranjau Sepanjang Jalan’ itu paling sesuai dijadikan hidangan pada musim perayaan selain sajian untuk minum petang.
Sementara itu, Mohd Zaidi berkata, kejayaan menembusi pasaran di pasar raya besar menunjukkan kuih tradisional Melayu diperakui kualitinya asalkan pengusaha mempunyai kreativiti menghasilkan produk yang dapat memenuhi cita rasa pelanggan.
“Bagi menjayakan matlamat satu kampung satu produk, pengusaha perlu mengamalkan pengurusan secara profesional yang merangkumi strategi pemasaran, kualiti produk dan jati diri yang tinggi,” katanya