|
Post by dato wan azmi on Jul 19, 2006 12:27:46 GMT 7
Sesiapa yang berminat mengenai perbahasan di Parlimen boleh baca dalam laman web BNBBC.ORG.MY,perbahasan saya dan soalan lisan saya di Parlimen boleh baca diperpustakaan Pusat Khidmat dan boleh mendapat salinan di pejabat saya,saya tak masuk dalam laman web kerana terlalu banyak.
|
|
|
Post by muhamad asraf on Jun 25, 2007 14:00:22 GMT 7
aiseh mcmana saya nak p pej khidmat dato.. saya balik kg pun setahun sekali dua ja.. bleh dato suh staf dato email soalan dan perbahasan dato kat dewan rakyat tu tak kat saya?... nak jugak tgk apa yg mp sik tanya kat dewan tu... kalo bleh ni alamat email saya asraf2921@gmail.com
|
|
|
Post by Dato Wan on Jun 26, 2007 11:20:10 GMT 7
Saudara Asraf,sila layani www.bnbbc.com.my untuk meneliti semua perbahasan dan soal jawab di Parlimen.atau pergi ke GOOGLE.COM cari WAN AZMI ARIFFIN untuk bahan yang saudar perlukan itu.
|
|
|
Post by muhamad asraf on Jun 27, 2007 8:28:26 GMT 7
tq dato.. nanti saya cx.. biasanya dato apa bidang yg selalu dato tanya atau bahas kat parlimen tu? dato xberminat nak tanya pape pasal bidang pertahanan negara? kalo dato berminat nak tanya soklan2 yg berkaitan pertahanan negara saya rasa saya bleh bantu dato sket prepare soklan tu... hehehe... tp soklan2 yg umum la xbleh detail sgt..kang saya kena osa plak dato
|
|
|
Post by Dato Wan on Jun 27, 2007 9:41:07 GMT 7
Saudar Asraf berbagai isu saya bangkit di Parlimen,pertahan negara salah satu.Saya sedang berusaha menempatkan satu batalion infantri di kawasan Gulau supaya FORWARD DEFENCE BASE kita akan menjadi lebih kukuh.Saya agak risau juga mengenai pergolokan yang sedang berlaku di Selatan Thailand.
|
|
|
Post by muhamad asraf on Jun 27, 2007 10:03:55 GMT 7
itu sebenarnya yang saya nak cadangkan kat dato... kalo ada satu kem askar kat sik ni secara langsung ngan xlangsung dia akan membawa pembangunan dan juga kemajuan ekonomi kat sik ni maklumla kuasa beli akan meningkat....ramai org luar akan datang dok sik ni...saya amat setuju la kalo dato fight utk wujudkan satu kem kat sik ni sbg forward base kita...
|
|
|
Post by pakteh on Jun 27, 2007 15:22:15 GMT 7
ada perbezaan x dengan kem gubir (kota our)?
|
|
|
Post by muhamad asraf on Jun 28, 2007 11:24:20 GMT 7
kalo xsilap saya la pakteh correct me if im wrong kem gubir tu post saja dia xda askar yg tetap dok sana depa tukar2 unit dari mana2 dok situ sat 12 melayu la pastu ntah brapa melayu lg la dok jaga kat situ hehehe yg dato cakap ni nak wujudkan satu kem tetap kat gulau ni at least kem ni bleh gak cover utk jaga kat gubir tu dah xpayah nak detail unit2 lain dah... dsamping tu kalo kem askar ni ada secara langsung ngan xlangsung akan membawa pembangunan ngan kemajuan kat pekan sik ni mcm skang kat pangkalan udara gong kedak tu la ni dalam kawasan kg ja mcm sik ni dah kerajaan letak su-30mkm kat situ dah upgrade jd main air base untuk tudm ni automatik la kawasan tu dalam masa 10-15 thn lg akan berkembang kemajuannya jd mcm butterworth tu kalo pakteh nak tau ketua tim projek su-30mkm dalam negeri tu org sik...lt kol suri hj daud tudm...dulu dia la salah sorang pilot yg bawa balik pesawat f-18 dr us tu... kalo xsilap saya juga dengar2 dia akan jd 1st commanding officer skuadron sukhoi tu...promote jd kol tudm la kot... org sik tu pakteh hehehe
|
|
|
Post by Berus Gigi on Jun 29, 2007 10:04:37 GMT 7
Mana Pat Teh tahu mengenaikapal terbang jet,naik rakit dari Nami ke Jeniang dia tahulah,Pasal teknologi rakit kta mendapat khidmat percuma dari Pak Teh.
|
|
|
Post by Dato Wan on Sept 11, 2007 11:34:15 GMT 7
Perbahasan pada 10hb.Sept yang dimulakan oleh YB Kepong dan Ketua Pembangkang.Lim Keat Siang,boleh dibaca di ruang RM9(tersalah masuk ke ruang yang menyentuh tajuk lain.Mulai hari ini semua perbahasan di Parlimen di muatkan di ruang ini.Perbahadsan hari ini,11hb.Sept.2007,bermula pada jam 11.30 pagi dan Lim Keat Siang terus menyambungkan perbahasannya.Pada pagi ini beliau membangkitkan beberapa perkara;diantaranya ialah peristiwaBatu Buruk di Tewrangganu.Beliau menuduh pihak polis yang mencetuskan huru hara di situ.Beliau lagi sedkaliu menpertahankan bekas Ketua Polis Negara,Tan Sri Hanif Omar.Beliau mendakwa pihak Polis kini sedang bergaduh dengan pihak Kementerian Dalam Negeri.Kegiatan rasuah yang berlaku dalam Pasukan Polis mengikut beliau masih lagi berluasa.Beliau juga membangkitkan isu Lagu Rap Negaruku(lihat GOOGLE-NEGARUKU RAP SONG) dan beliau juga membangkitkan peristiwa membakar Jalur Gemilang di Terangganu.YB.Larut,YB.Kinabatangan dan YB.Sri Gading bertikam lidah dengan beliau mengenai isu ini.Mereka bertiga meminta kerajaan mengambil tindakan tgegas terhadap peristiwa ini.Selepas Ipoh Timur berbahas,YB.Larut bangun berhujah dan dia terus bertikam lidah dengan Lim Keat Siang.Yb,Larut dibantu oleh Yb.Kinabatanagan dan mereka berterusan bertikam lidah dengan Lim Keat Siang.Rioh rendah Parlimen ini dan Lim Keat Siang terus bangun dan tidak mahu duduk walaupun tidak diberi jalan oleh Larut.Lim Keat Siang berhujag bahawa isuWe Meng Ching tidak sama dengan dengan kes Batu Buruk.Mereka masih lagi bertikam lidah dan dia perli YB.Larut kerana kalah dalam pertandingan jawatan dalam FAM.Yb.Kinabatangan turut bangun dan menyokong YB.Larut dan beliau diganggu oleh wakil PAS,Yb.Rantau Panjang.YB.Jerai mencelah dan berhujah mengenai pentingnya menghormati bendera.Yb.Kuala Terangganu juga bangun mencelah dan beliau menerangkan peristiwa di Batu Buruk itu.Yb.Larut terus berucap sehinnga jam 1.00 tengan hari dan dewan berhenti rihat.
|
|
|
Post by Dato Wan on Sept 11, 2007 14:22:43 GMT 7
Tepat pada jam 2.30 petang YB.Larut menyambungkan perbahasannya.Beliau menyokong penuh penghapusan yuran sekolah dan meminta pihak PIBG mengkaji semula yurannya.Yb.Padang Terap mencelah mengenai yuran sekolah yang tertunggak.Perbahasan diteruskan dengan menyentuh kebajikan persekolah pelajar-pelajar OKU. Beliau juga membangkit masalah pegawai-pegawai kontrek yang perlu diserapkan sebagai pegawai tetap,swedangakan terdapat kekosongan dalam perjawatan.Beliau menamatkan perbahasannya pada jam 3,29 ptg dan selepas beliau YB,Kota Melaka pula mendapat giliran berbahas dan beliau menyentuh mengenai perlantikan hakim-hakim.
|
|
|
Post by Dato Wan on Sept 12, 2007 10:53:32 GMT 7
Hari ini bertarikh 12 Sept.2007,tepat pada jam 11.30 pagi YB.Kinabatangan-Bong Mohktar Radin mendapat giliran untuk berbahas.Beliau menyentuh berepa perkara;diantaranya ialah isu mengenai mutu sukan negara.Mengikut beliau mutu sukan di negara ini menjadi merusut.Dia mencadangkan supaya akademi sukan didirikan untuk setiap bidang sukan ,di setiap negeri.YB.Sri Gading mencelah mengenai kekalahan YB.Larut kerana kalah dalam pertandingan jawatan FAM.Beliau juga menyentuh mengenai Laporan Ketua Odit Negara yang didedahkan diluar sebelum laporan ini dibahas di Parlimen.Isu masalah sempadan negara di Sabah juga dibangkitkan,kerana sempadan di Sabah senang dibolosi.YB.Kalabakan mencelah mengenai kedudukan di Pantai Sabah;banyak pengganas dari Indonesia senang sekalimasuk ke Sabah;khusus di kawasan Pulau Sebatek..Beliau juga menyentuh mengenai program pertanian di kawasan beliau;terdapat banyak tanah tetapi amat kurang projek yang dirancangkan di sana.Beliau juga meminta pihak kerajaan membuka semula rfancangan FELDA di kaswasan Kinabatangan.Agensi perlaksaan perlu menjadi lebih proaktif supaya perlaksanaan projek dapat cepat dilakukan.
|
|
|
Post by Dato Wan on Sept 12, 2007 11:52:37 GMT 7
Selepas Kinabatangan,tepat pada jam 12.00 th YB.Bintulu pula mendapat giliran.Beliau bercakap mengenai gangsterism di kawasan Sibu dan Bintulu.Di Kapit ganster mengawal semua perniagaan dan pihak polis tidak mengamb il sebarang tindakan dan mengikut beliau pihak polis di sana melindungi gangster.Jika ada mana-mana pihak membuat laporan ke Polis,mereka tidak dilayani.Beliau juga hairan bagaimana pegawai polis yang terlibat dengan kegiatan gangstar boleh dinaik pangkat.Terdapat di B intulu satu kes rogol tidak disiasat ooleh pihak polis.Pihak Polis di Sarawak,khususi MIRI dan di Bintulu banyak terlibat dengan kegiatan gangstar dan rasuah.Beliau mencafdangakan supaya Ketua Polis Negara mengambil tindakan untuk memecacatpegawai-pegawai polis yang terlibat dengan kegiatan salah laku. Ramai ahli-ahli lain mencelah mengenai isu salah laku segelintir anggota PDRM.Bintulu menyentuh juga mengenai disiplin pelajar. Guru-guru banyak menghadapi masalah displin pelajar dan tidak mengambil tindakan yang serious.Beliau amat bimbang megenai kegiatan samseng di sekolah-sekolah.Beliau mencadangkan supaya pihak kerajaan menubuhkan sekolahkhusus untuk pelajar-pelajar yang mempunyai masalah displin.Mengenai pertanian beliau amat bersetuju dengan BAJET 200projek di kawasanbeliau tidak dilaksanakan,terutama masalah taliair yang tidak diselenggara dengan sempurna.YB.Jerai mencelah dengan mengatakan sekarang ini pegawai pertanian tidak lagi turun padang.YB.Bintulu bersetuju dan minta pegawai janganlah duduk di pejabat sahaja.YB.Bintulu menamatkan ucapan nya pada jam 12.56 th dan ucapan ini di sambung oleh YB.Permatang Pauh.Beliau membangkit mengenai defisit negara dan mempersoalkanb sumber pendapatan negara.Ucapan beliau disambung pada jam 2.30 nanti.Berhenti rihat pada jam 1.00 t.h.
|
|
|
Post by Dato Wan on Sept 12, 2007 14:20:21 GMT 7
Saya tidak sempat mengikuti perbahasan wakil dari Permatang Pauh sepenuhnya kerana keluar berurusan di Putrajaya.Saya kembali ke Parlimen pada jam 3.00 petang dan sekaraqng ini wakil dari Batu Pahat sedang berucap.Beliau sedang membangkitkan masalah kebajikan dan perumahan untuk orang asli.Disamping itu beliau juga membangkitkan masalah ketirisan dalamprogram pembangunan orang asli.YB.Kuala Pilah mencelah dan membangkitkan perananan JKKK orang asli.Jerai memcadangkan peruntukan pembangunan diuruskan seperti FELDA.YB.Lipis juga turut membangkitkan masalah orang asli di kawasannya.(saya tidak mengambil bahagian dalam tajuk ini kerana kita di Sik tidak ada orang asli).YB.Batu Pahat menyarankan kerajaan perlu berbelanja dengan hemah.YB.Santubong mencelah mengenai capacity building.YB.Batu Pahat meneruskan hujahnya mengenai pentadbiran di hospital-hospital kerajaan.Banyak terdapat mesin-mesin di hospital kerajaan yang tidak diurus dengan sempurna.Saya mencelah men genai urusan tabung penyakit kronik yang kurang berkesan diuruskan.Batu Batu Pahat minta kementeriaan mengambil tindakandengan serious.
|
|
|
Post by Dato Wan on Sept 12, 2007 16:30:40 GMT 7
Pada jam 4.00 petang YB.Muar pula mendapat peluang untuk berbahas.Dalam ucapannya Muar menyentuh banyak mengenai sisitem pelajaran negara dan masalah murid-murid sekolah yang terlibat dengan gejala dadah.YB.Sundai Petani mencelah mengenai tidak adanya satu kajian yang menyeluruh mengenai masalah belia.;iaitu masalah belia rempit,belia dadah dan lain-lain.Yb.Ledang juga mencelah dan bangkit mengenai belia lepak yanhg telah dibuat satu kajian yang mendalam.YB.Muar setuju dengan cadangan itu.Beliau minta kementerian mengambil tindakan yang sewajarnya.Beliau juga mencadangkan supaya kerajaan perlu menjalankan ujian kesihatan;iaitu ujian air kencing,darah,dan lain-lain.Beliau menegaskan supaya semua belia yang berumur 16 tahum mempuyai rekod kesihatan.Kelab Rakan Muda wajar diperkembangkan lagi dengan menambah lagi peruntukan.Beliau tak bersutuju dengan istilah be the best beat the rest,tetapi be the best with the rest.Beliau juga menyarankan supaya kita semua perlu mendaulatkan kembali Bahasa Malaysia.'kerana kini Bahasa Kebangsaan sudah tercelar.YB.Tangga Batu juga mencelah mengenai isu penggunaan Bahasa Malaysia.,yang kini agak berkurangan.Anak-anak muda kini sudah hilang jati diri.YB.Sungai Petani mencelah dengan mengatakan bahawa Dewan Bahasa gagal memperkasakan Bahasa Melayu.Yb.Muar mempertahankan peranan DewanBahasa dan Pustaka.YB.Muar menamatkan perbahasannya pada jam5.12 petang. Yb.Seri Gading pula berucap dan beliau mulakan dengan menyentuh mengenai penyediaan Bajet 2008 yang amat baik.Beliau menyentuh mengenai sambutan kemerdekaan yang amat meriah,tetapi sektor swasta kurang mengambil bahagian.Beliau membangkitkan banyak sangat hiburan semasa menyambut kemerdekaan.Semangat jati diri di kalangan belia amat berkurangan semasa menyambut kemerdekaan.Persoalannya ialah bagaimana hendakmeningkatkan lagi jati diri.Budaya hendoism menular luas di kalangan mereka.Beliau menyentuh ucapan YAB Perdana Menteri yang menyebut masalah pegawai kontrek.Beliau membela pegawai-pegawai kontrek yang ditamatkan perjawatannya.Beliau mahu pegawai ini diserap terus sebagai pegawai tetap.Beliau mengkritik tindakan KSN yang tidak mahu mengambil berat di atas masalah ini.Beliau juga menyentuh mengenai peranan KSU-KSU.Sebanyak 400 orang pegawai kontrek ditamatkan perkhidmatannya.dan perlu diambil balik dengan segera.YB,Seri Daging akan meneruskan ucapannya selepas raya ini dan dewan ditangguhkan kepada 22.10.2007.Selamat meyambut RAMADHAN.
|
|