|
Post by dato wan azmi on Jul 31, 2007 20:29:03 GMT 7
Soalan lisan tahun 2007
|
|
|
Post by dato wan azmi ct on Aug 1, 2007 12:26:34 GMT 7
SOALAN-SOALAN LISAN DI PARLIMEN 2007
TARIKH : 21 Mac 2007
SOALAN : YB Dato Dr. Wan Azmi bin Ariffin (Sik) - Minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan had umur Kepimpinan Pertubuhan Belia.
JAWAPAN : Tuan Yang Dipertua,
Berdasarkan kepada tafsiran perkataan “ belia” mengikut Dasar Pembangunan Belia Negara, belia adalah mereka yang berumur antara 15 hingga 40 tahun. Menurut Dasar tersebut, ahli dan pemimpim sesebuah pertubuhan belia sewajarnya mematuhi had umur yang telah ditetapkan. Namun demikian, Dasar tersebut hanya dilihat sebagai suatu garis panduan umum dan tidak mempunyai kesan perundangan, pertubuhan belia tertakluk kepada peruntukan Akta Pertubuhan 1966 dan akta tersebut tidak menyatakan sebarang had umur ahli atau pemimpin sesebuah pertubuhan belia. Keadaan tersebut mewujudkan satu fenomena di mana pertubuhan belia memilih pendekatan tidak menetapkan had umur pemimpin pertubuhan belia dalam perlembagaan pertubuhan masing-masing walaupun terdapat sebilangan kecil pertubuhan belia yang akur dengan kehendak Dasar Pembangunan Belia Negara tersebut. Sehubungan itu, salah satu pendekatan Kementerian ini dalam menentukan had umur ahli dan pemimpin pertubuhan belia agar selaras dengan Dasar Pembangunan Belia Negara ialah memperkenalkan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2006. Akta tersebut menyatakan bahawa had umur seseorang belia dan pemimpin pertubuhan belia adalah tidak kurang 15 tahun dan tidak melebihi 40 tahun.
TARIKH : 26 Mac 2007
SOALAN : YB Dato Dr. Wan Azmi bin Ariffin (Sik) - Minta MENTERI PELAJARAN menyatakan kenapa Kementerian ini tidak menyelaraskan semua yuran-yuran sekolah.
JAWAPAN : Tuan Yang Dipertua,
Surat Pekeliling Pentadbiran BPSG Bil 1/98: Kutipan Yuran Di Sekolah-sekolah Bantuan Penuh (Pindaan kepada surat pekeliling pentadbiran BPSG Bil.2/92) telah menyeragamkan semua Yuran Sekolah yang perlu dikutip daripada ibubapa/penjaga murid setiap tahun sesi persekolahan baru bermula.
Walau bagaimanapun, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mengambil berat terhadap pandangan serta rungutan ibu bapa murid-murid terhadap kadar dan pelbagai jenisyuran yang dikenakan di sekolah-sekolah terutama pada setiap kali sesi persekolahan bermula. Dalam hal ini, KPM telah mengadakan perbincangan dengan semula Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) bagi menjelaskan penyeragaman yuran yang perlu dibayar untuk mengelakkan perbezaan bayaran yuran antara sekolah. Kementerian menetapkan yuran yang wajb di bayar adalah yuran-yuran berikut :
Bil Jenis Yuran 1 Yuran Khas 2 Yuran Tmbahan 3 Yuran Asrama (jika murid tinggal Di Asrama)
Selain daripada yuran-yuran di atas, kutipan-kutipan yang lain dianggap sebagai bayaran tambahan dan pihak sekolah tidak boleh menyenaraikan sebagai yuran sekolah termasuklah : a) Sumbangan PIBG b) Kelab Komputer c) Keperluan Asrama d) Kelas Tambahan e) Alat Tulis
Pada keseluruhannya, yuran sekolah yang telah ditetapkan adalah tidak membebankan. Kementerian ini mendapatkan bayaran-bayaran lain di sekolah-sekolah berpunca daripada sebilangan PIBG yang mengambil inisiatif sendiri menetapkannnn pelbagai tambahan bayaran bagi melaksanakan program-program khas di sekolah untuk anak-anak mereka. Keadaan ini menyebabkan terdapatnya perbezaan bayaran (bukan yuran) antara satu sekolaah dengan sekolah-sekolah yang lain.
TARIKH : 28 Mac 2007
SOALAN : YB Dato Dr. Wan Azmi bin Ariffin (Sik) - Minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah kerajaan berhasrat menetapkan harga minyak petroleum mengikut harga semasa pasaran antarabangsa.
JAWAPAN : Tuan Yang Dipertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, harga runcit minyak petrol, diesel dan gas memasak (LGP) di Negara ini adalah ditetap dan dikawal oleh kerajaan melalui Mekanisme Harga Automatik ( Autmatic Pricing Mechanism). Penetapan dan pengawalan harga ini bertujuan bagi memastikan ianya mampu dibayar aloh pengguna dan juga bagi mengelaka daripada berlakunya inflasi akibat kenaikan haraga pasaran dunia. Bagi membolehkan harga runcit petrol, diesel dan LPG ditetap dan dikawal, kerajaan memberikan pengecualian cukai dan membayar sudsidi, di mana semua kos yang melebihi harga yang ditetapkan adalah ditanggung oleh kerajaan.
Buat masa ini kerajaan belum bersedia untuk menetapkan harga produk petroleum di Negara ini mengikut harga pasaran antarabangsa. Walau bagaimanapun tindakan tersebut jika hendak dilaksanakan hendaklah secara berhemah dan berhati-hati. Ianya tidak boleh dilaksanakan hendaklah secara berhemah dan berhati-hati. Ianya tidak boleh dilakukan secara sewenang-wenangnya kerana ianya boleh membebankan rakyat apabila harga minyak mentah dunia meningkat secara mendadak.
TARIKH : 2 April 2007
SOALAN : YB Dato Dr. Wan Azmi bin Ariffin (Sik) - Minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan Prestasi pembangunan industri-industri kecil yang berkaitan dengan industri asas tani.
JAWAPAN : Tuan Yang Dipertua,
Kementerian ini menyedari bahawa industri asas tani mempunyai potensi yang begitu baik untuk meningkatkan pendapatan petani, penternak dan nelayan melalui aktiviti-aktiviti nilai tambah bahan mentah pertanian yang diproses menjadi produk yang boleh dipasarkan.
Dalam hubungan ini kementerian memberi penekanan kepada sektor ini memandangkan pertumbuhan nilai ditambah industri asas tani di dalam RMK-9 dijangka akan berkembang dari 3.6% kepada 5.7 %. Secara umumnya melalui program yang dijalankan oleh kementerian ini menerusi pembangunan infrastruktur, sokongan pembiayaan, pembangunan produk, pembangunan usahawan, penjenamaan serta promosi dan pemasaran telah berjaya melahirkan usahawan-usahawan baru.
Untuk makluman Yang Berhormat, bagi tahun 2006, seramai 1816 orang usahawan industri asas tani telah berjaya dilahirkan. Daripada jumlah ini seramai 529 orang usahawan yang mencapai pendapatan lebih RM 2000 sebulan.
TARIKH : 4 April 2007
SOALAN : YB Dato Dr. Wan Azmi bin Ariffin (Sik) - Minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan kenapa tong-tong gas ditambah beratnya dibahagian bawah.
JAWAPAN : Tuan Yang Dipertua,
Tujuan tong-tong gas ditambah beratnya di bahagian bawah adakah untuk mendapatkan berat silinder kosong yang seragam bagi memudahkan proses pengisian semula gas petroleum cecair di loji. Semasa prose pengeluaran silinder gas petroleum cecair di kilang, berat sesuatu silinder adalah berbeza. Walau bagaimanapun, ruang isipadu menyimpan gas petroleum cecair adalah sama bagi setiap saiz silinder iaitu 12 kg untuk sIlinder 12 kg dan 14 kg untuk silinder 14 kg.
Semasa proses pengisian, mesin akan mengesan secara outmatik. Jika silinder 12 kg, maka ia akan diisi sehingga berat keseluruhan 27.8 kg dan jika silinder 14 kg pula ia akan diisi 30.5 kg. Kesimpulannya setiap tong gas akan diisi mengikut kuantiti berdasarkan ruang isipadu menyimpan gas petroleum cecair iaitu 12 kg dan 14 kg mengikut saiz. TARIKH : 5 April 2007
SOALAN : YB Dato Dr. Wan Azmi bin Ariffin (Sik) - Minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan secara terperinci langkah- langkah yang sedang diambil untuk mengatasi masalah “Mat Rempit”.
JAWAPAN : Tuan Yang Dipertua,
Pihak Kementerian Belia dan Sukan telah mengambil langkah drastik untuk menangani isu ini dengan terlancarnya program Sukan Malam pada 21 Januari 2007 yang lalu. Namun program ini bukan sahaja tertumpu kepada Mat Rempit malah kepada semua belia yang di lihat lebih aktif pada sebelah malam. Objektif pelaksanaan Sukan Malam ini termasuklah menjadi platform pilihan aktiviti remaja di waktu malam, menyediakn ruang tempat bersukan, menanam nilai pembelajaran, sayang diri sendiri dan keselamatn orang awam serta satu usaha untuk membentuk remaja yang mempunyai nilai moral, personaliti di samping menangani masalah sosial negara.
Kita sedar setiap manusia mempunyai hobi yang tersendiri seperti memancing, bermain bola, hoki dan banyak lagi. Golongan ini pula mempunyai hobi atau kegemaran dalam perlumaab motosikal ataupun kereta, maka sukan malam adalah satu pendekatan baru untuk mengatasi masalah “Mat Rempit. Melalui sukan malam para peserta disediakan kawasan khas dengan diajar cara memandu yang selamat dan segala langkah keselamatan diambil dilihat satu usaha mengurangkan gejala berlumba secara haram di jalanraya yang bukan sahaja membahayakan diri sendiri tetapi juga pemandu lain. Diantara aktiviti sukan malam adalah pertandingan menghias motosikal cantik, membuat “willy” dengan kelajuan yang perlahan. Dengan itu tidak timbul masalah pemanduan secara bahaya dalam konsep sukan malam.
Program tersebut juga merangkumi sukan konvensianal dan x-games seperti bola jaring, futsal, bola keranjang, roller blade, roller skate dan basikal lasak BMX. Ini dapat memberi peluang kepada ‘ Mat Rempit’ dan para remaja yang meminati sukan tersebut tetapi mempunyai masa terhad kerana bekerja ataupun belajar pada. Waktu malam mereka akan lebih bermakna dengan program berfaedah di samping dapat bertemu rakan-rakan di gelanggang sukan. Buat masa ini cadangan perlaksanaan sukan malam adalah dalam kadar 2 kali sebulan di setiap negeri seluruh tanahair. Pada masa yang sama, pihak polis juga perlu terus mempertingkatan gerakan dan membanteras habis-habisan bagi menutup segala ruang untuk ‘Mat Rempit’ berlumba secara haram di jalanraya.
Kementerian mungkin akan menyediakan prasarana atau kemudahan khusus bagi golongan mat rempit sekiranya keadaan memerlukan. Namun pada permulaan perlaksanaan Sukan Malam, pihak Kementerian ingin terlebih dahulu sejauh manakah sambutan dan keberkesanan program ini untuk mengelakan berlakunya pembaziran prasarana dan wang rakyat. Dengan pelancaran Sukan Malam, ini terbukti bahawa pihak bahawa pihak Kementerian begitu prihatin dalam menangani isu ini dan tidak tertumpu kepada menghukum sahaja.
Pihak kementerian percaya dengan tidak menyekat kegemaran ‘ Mat Rempit’ ini mungkin boleh mengantikan Shahrol Yuzy Ahmad Zaini, Kuan Meng Heng mahupun pelumba kereta A1 negara Alex Yoong yang pernah menyertai perlumbaab peringkat antabangsa. Walaupun begitu, proses menghukum perlu juga diteruskan untuk tujuan mendidik jalanraya yang bukan sahaja membahayakan diri sendiri malah mengancam juga pengguna jalanraya yang lain.
Pihak Kementerian akan mengambil seberapa banyak langkah yang perlu demi kebaikan golongan belia supaya golongan ini bersama-sama dengan arus perdana membangunkan negara, menjadi insan yang berguna dan berjasa kepada masyarakat.
LANGKAH-LANGKAH YANG DIAMBIL TERMASUKLAH
1 Program kaji selidik peserta Program Sukan Malam - Kaji selidik ini akan dilakukan bagi mengenai pasti beberapa fokus remaja terhadap sukan malam dan mengenal pasti tingkah laku penting remaja sehari-hari. - Maklumat yang diperolehi akan digunakan bagi mengenal pasti aktiviti sampingan yang boleh dibangunkan bagi menarik perhatian remaja untuk terus menyertai program sukan malam. - Disamping itu, ianya dapat mengenalpasti dan memahami minat sebenar remaja bagi membangunkan aktiviti yang sesuai dalam bidang permotoran. - Salah satu daripada maklumat yang diperolehi dari program kaji selidik adalah mengenai minat peserta untuk menambah ilmu melalui program sukan malam.
2 Aktiviti Niaga - Pembukaan bengkel-bengkel seperti membaiki motor, pembukaan gerai niaga makanan dan minuman dimulakan bagi memberi peluang kepada peserta menambah atau meningkatan tahap ekonomi masing-masing. -Konsep SATU GERAI SATU PESERTA akan memberi satu alternatif kepada peserta untuk memajukan diri dan mengenali dunia perniagaan.
3 Kursus Mekanikal dan Automotif - Perbincangan telah dijalankan dengan pihak yang berkenaan untuk membuka satu kelas autmotif dan mekanikal di setiap hujung minggu secara percuma kepada peserta yang berminat dan memberi sijil berkaitan bagi memberi peluang kepada peserta untuk lebih berjaya dalam mencari pekerjaan kelak.
4 Program Mentor - Aktiviti ini melibatkan pembabitan individu yang dikenal pasti berpengaruh dalam kehidupan peserta dan boleh mempengaruhi sesuatu keputusan atau pegangan peserta. - Mentor juga boleh diambil bekas-bekas pelumba negara yang menjadi idola kepada para remaja ini di samping mewujudkan juga peluang pekerjaan kepada bekas-bekas pelumba ini serta menhargai pengalaman yang ada pada mereka. - Secara amnya, seseorang mentor akan melatih sekumpulan peserta dengan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang. - Ia bertujuan menyedarkan remaja terbabit bahawa, mereka tidak pernah disisihkan daripada masyarakat kerana ada pihak kementerian yang secara sukarela dan tidak pernah jemu menganjurkan program untuk mereka tanpa memikirkan pulangan semata-mata demi mendorong mereka melakukan aktiviti sihat.
5 Program ``KATAKAN TIDAK PADA LUMBA HARAM`` - Program ini yang berkonsepkan `pujukan` bertujuan untuk melambatkan `delaying` dan membendung `preventing` aktiviti tidak sihat lumba haram. - Dengan mengenakan syarat penyertaan ke program sukan malam adalah melalui konsep `mat rempit bersih`, peserta yang terlibat dalam sebarang aktiviti lumba haram tidak akan dibenarkan menyertai program suan malam melalui penyeliaan ketua-ketua kumpulan yang dikenalpasti ‘pro’ program sukan malam.
6 BIG BROTHER BIG SISTER - Program yang berkonsepkan ‘ikut mentor ini akan mengenal pasti ketua-ketua kumpulan motor yang ‘pro’ aktiviti sihat dan ‘bersih’ akan berupaya untuk menyemai hubungan ‘supportive dan ‘ caring’ dimana ianya merupakan satu elemen penting dalam menjauhi aktiviti tidak sihat.
7 CLUB HERO - Berkonsepkan akulah ‘juara’, program ini bertujuan untuk mendekatkan peserta dengan aktiviti-aktiviti sosial dan kemasyarakatan.
8. DARE TO BE YOU - Program bimbingan ini bertujuan untuk membimbing peserta dan meningkatan minat peserta untuk memperbaiki diri. - DARE TO BE YOU lebih bersifat satu cabarab kepada peserta untuk menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang. - Bantuan dari segi moral, kewangan dan kursus akan disediakan bagi membantu peserta untuk mencapai objektif yang akan disediakan oleh penganjur.
9. PROJEK ‘BREAKAWAY’ - Program ini yang akan berkonsepkan cabaran kepada peserta ‘kronik’ agar membebaskan diri dari terlibat di dalam aktiviti tidak sihat. - Ini dimulakan dengan mengenal pasti kekuatan ‘strenght’ peserta di dalam kehidupan, pekerjaan dan minat. -‘Probation’ dan selian serta kad laporan akan disediakan dan dijalankan secara rutin bagi membimbing peserta.
10 PROJEK SUKSES - Program ini yang berkonsepkan ‘entrepreneurship’ akan memberi peluang kepada peserta untuk mengikuti kursus keusahawanan dan berpeluang untuk membuka satu perniagaan yang akan ditaja. -Program ini akan membimbing dari aspek ilmu, pengalaman, infrastruktur dan seterusnya memasarkan produk. -Peserta yang berjaya akan dijadikan ‘role model’ dan menter kepada peserta lain.
TARIKH : 16 April 2007
SOALAN : YB Dato Dr. Wan Azmi bin Ariffin (Sik) - Minta MENTERI TENAGA AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan dan mengkaji semula bayaran Telefon sewaan bulanan telefon talian tetap walaupun kemudahan telefon ini tidak boleh digunakan disebabkan oleh kecurian kabel telefon.
JAWAPAN : Tuan Yang Dipertua,
Pelanggan talian tetap dikenakan sewa bulan mengikut peruntukan dalam Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Kaedah-kaedah Komunikasi dan Multimedia (kadar) 2002 dan bertujuan menampung kos penyediaan kemudahan komunikasi kepada pelanggan. Malangnya, pembekal kemudahan komunikasi, terutamanya TM, telah menjadi mangsa gejala kecurian kabel dan peralatan logam yang telah menjejaskan keupayaan untuk memberi perkhidmatan secara berterusan kepada pelanggan. Buat masa ini Kerajaan tidak bercadang untuk mengkaji semula bayaran sewa bulanan untuk gangguan kemudahan akibat kecurian kabel. Namun begitu TM, sebagai pembekal talian tetap utama sedang merangka Garispanduan untuk memberikan rebet kepada pelanggan yang terlibat dengan gangguan perkhidmatan ekoran kecurian kabel telefon. Selain itu, sebagai alternatif, TM akan berusaha menawarkan perkhidmatan telefon tanpa wayar.
TARIKH : 18 April 2007
SOALAN : YB Dato Dr. Wan Azmi bin Ariffin (Sik) - Minta MENTERI TENAGA AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan status pembinaan pejabat pos di pekan-pekan kecil di seluruh negara khususnya di Pekan Sik.
JAWAPAN : Tuan Yang Dipertua, Kementerian sentiasa prihatin terhadap pembangunan kemudahan-kemudahan perkhidmatan pos di seluruh negara, terutamanya di pekan-pekan kecil dan luar bandar. Pada masa ini terdapat 951 pejabat pos diseluruh negara meliputu 669 pejabat pos dan 292 unit pos mini yang dibangun dan dimendalikan oleh Poa Malaysia Berhad (PMB). Dalam merancang pembinaan pejabat-pejabat pos baru diseluruh nagara, PMB akan mengambil kira faktor-faktor berikut : 1) Keperluan perkhidmatan pos berdasarkan kepada kepesatan pembangunan seperti peningkatan taman-taman perumahan, premis-premis perniagaan dan pertumbuhan kilang-kilang di sesuatu kawasan baru 2) Keperlaun perkhidamatan pos berdasarkan ketiadaan pejabat pos atau pos mini di kawasan berkenaan atau perkidmatan pos sedia ada terlalu jauh untuk menawarkan perkhidmatan kepada penduduk sekitarnya. Di sepanjang tempoh RMK9, PMB bercadang untuk menambah pusat-pusat perkhidmatan kemudahan pos dengan membuka sebanyak 50 unit pejabat pos, 200 unit pejabat pos mini, 60 unit wakil-wakil pos dan 1,000 unit wakil penjual setem di seluruh negara yang dianggarkan kos perbelanjaanya antara RM 30, 000sehingga RM 300,000 seunit. Sehingga kini, sebanyak 61 unit pusat-pusat perkhidmatan kemudahan pos sedang dalam peringkat pembangunan. Sebagai tambahan, dalam usaha untuk memperbanyakkan lagi pos mini di luar bandar terutamanya di kawasan-kawasan terpencil, di bawah RMKke9, Kerajaan telah memperuntukan sebanyak RM4 juta di bawah Program USP Industri Pos bagi pembinaan pos mini bagi memperluaskan rangkain perkhidmatan pos di kawasan terpencil atau’underserved area’. Berhubung dengan status pejabat pos di Pekan Sik, PMB bercadang untuk menaikkan taraf pejabat pos berkenaan dengan memperuntukan sebanyak RM 100,000 bagi kerja-kerja pengubahsuain ruang-ruang tertentu termasuk membina kaunter perkhidmatan pos yang baru. Dengan menaikkan taraf pejabat pos tersebut, adalah dijangka penduduk di kawasan Pekan Sik akan menikmati kemudahan perkhidmatan pos yang lebih baik dan selesa.
TARIKH : 23 April 2007
SOALAN : YB Dato Dr. Wan Azmi bin Ariffin (Sik) - Minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan dasar- dasar tanam getah di bawah rancangan tanaman semula FELCRA.
JAWAPAN : Tuan Yang Dipertua,
FELCRA Berhad dalam penyataan dasar tanam semulanya telah menyatakan bahawa lading yang berumur melebihi 25 tahun dan mempunyai pokok-pokok yang tidak produktif serta ekonomik perlu ditanam semula. Bagi program Tanam Semula, FELCRA Berhad mensasarkan untuk menanam semula seluas 35,526 hektar lading yang melibatkan 17, 907 peserta dalam Rancangan- Malaysia Kesembilan (RMKke-9).
Bagi melaksanakan dasar yang telah ditetepkan, criteria tanam semula adalah apabila dirian pokok kurang dari 120 pokok per hektar, lading telah mengamalkan Sistem Torehan Kekerapan Rendah (LITS) dan hasi getah kurang 70 kg per hektar sebulan serta pokok telah ditoreh melebihi 15 tahun. Pembangunan projek adalah dilaksanakan melaiu Konsep Pemulihan dan Penyatuan di mana lading diurus melalui kaedah system saham. Pihak FELCRA akan mendapatkan sumber bantuan sedia ada atau pinjaman daripada Insitusi Kewangan.
Oleh sebab sebahagian kos pembangunan tanam semula perlu dibiayai FELCRA melalui pinjaman, maka para peserta terlibat perlu membayar balik hutang secara beransur-ansur apabila lading berhasil sehingga keseluruhan kos pembangunan diselesaikan.
TARIKH : 24 April 2007
SOALAN : YB Dato Dr. Wan Azmi bin Ariffin (Sik) - Minta PERDANA MENTERI menyatakan keseragaman Mahkamah Syariah di negeri-negeri dan juga kaedah perlantikan Iman di negeri-negeri dan juga kaedah perlantikan Imam di negeri-negeri.
JAWAPAN : YB DATO’ DR. ABDULLAH BIN MD ZIN, MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI, Tuan Yang Dipertua,
Keseragaman Mahkamah Syariah di negeri-negeri dapat dilihat dalam bebepa aspek antaranya : 1) Hirakki mahkamah yang terdiri daripada Mahkamah Rendah, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan. Ianya diperuntukan di dalam undang-undang pentadbiran setiap negeri. 2) Perjawatan Mahkamah Syariah diketuai oleh seorng Hakim Syarie dan urusan pentadbiran dan pengurusan diketuai oleh seorang Ketua Pendaftar Mahkamah Syariah dan dibantu oleh Penolong-Penolong Pendaftar. 3) Penggunaan Sistem E-Syariah. Makamah Syariah menggunakan kod fail kes dan warna fail kes secara seragan yang melibatkan kes mal dan kes jenayah. Sebagai contohnya kod-kod yang digunakan adalah seperti berikut : a) Kes Mal bermula dari 001 hingga 099 b) Kes Jenayah bermula dari 010 hingga 099 c) Kes Permohonan Sijil Faraid 040
Semua Mahkamah Syariah kini menggunapakai Sistem E- Syariah yang melibatkan pendaftaran kes boleh dibuat secara online dan dalam masa yang sama juga pertindihan kes oleh pihak yang sama dalm isu yang sama dapat dikesan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Perlantikan jawatan Imam di negeri-negeri seluruh Malaysia adalah di bawah bidang kuasa negeri. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hanya membuat perlantikan Pegawai Hal Ehwal Islam untuk ditempatkan di Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri (JAIN) melalui Perhidmatan Bersama dan ada kalanya pegawai yang dihantar itu dilantik menjadi Imam bagi kategori Perkhidmatan Gred S41.
Bagi jawatan Pegawai Hal Ehwal Islam di bawah Gred S41 iaitu Pegawai Sokongan, keseluruhannya dilantikoleh negeri-negeri kecuali di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Walau bagaimanapun, jika JAIN memerlukan pengisian jawatan Imam menggunakan pegawai kader JAKIM, JAKIM akan membuat perlantikan atau pengisian dengan mengambil kira kepakaran pegawai tersebut sebagai Imam dan juga seorang Hafiz.
|
|
|
Post by dato wan azmi on Aug 7, 2007 11:24:12 GMT 7
TARIKH : 2 Julai 2007
SOALAN : YB Dato Dr. Wan Azmi bin Ariffin (Sik) - Minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan adakah kementerian bercadang untuk meminda Akta RISDA. Jika ya, bila dan apakah perkara yang hendak dipinda itu.
JAWAPAN : Tuan Yang Dipertua,
Kementerian kini dalam proses untuk meminda Akta RISDA. Status terkini ialah Draf Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Pindaan) 2006 telah dikemukakan kepada Jabatab Peguam Negara untuk semakan dan dimuktamadkan.
Rang undang-undang tersebut akan dibentangkan di Parlimen selepas dimuktamadkan oleh Jabatan Peguam Negara dan diluluskab dalam Mesyuarat Jemaah Menteri. Berhubung pindaan yang dicadangkan adalah seperti berikut : a) Memansuhka Ordinan Kumpulan Wang Perusahaan Getah ( Penanaman Semula) 1952 dan memasukkan mana-mana peruntukan yang masih terpakai dari Ordinan tersebut di dalam pindaan Akta. b) Pindaan bagi peruntukan-perutukan lain dalam akta sedia ada selaras dengan dasar semasa kerajaan.
TARIKH : 3 Julai 2007
SOALAN : YB Dato Dr. Wan Azmi bin Ariffin (Sik) - Minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan apakah pihak kementerian bercadang untuk membawa turun ke peringkat akar umbi segala bidang penyelidikan yang berkaitan dengan bioteknologi.
JAWAPAN : Tuan Yang Dipertua,
Kementerian sentiasa mengadakan program kesedaran dan kefahaman kepada rakyat Malaysia bekenaan manfaat yang boleh mereka terima daripada pemakain proses atau produk bioteknologi, contohnya dalam bidang pertanian, pemuliharaan alam sekitar, penjagaan kesihatan serta penjanaan sumber tenaga baru daripada bahan-bahan terbuang (biomass).
Selain daripada itu, agensi-agensi yang terlibat seperti Malaysian Biotechnology Corpaorration Sdn Bhd (BiotechCorp) kini giat berusaha membawa produk-produk penyelidikan bioteknologi, sama ada dari universiti-universiti tempatan atau pusat-pusat penyelidikan seperti Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan lain-lain untuk dikomersilkan dan boleh digunakan oleh orang awam.
Bagi tujuan itu, BiotechCorp menawarkan Stastus BioNexus serta geran pengkomersilan kepada syarikat-syarikat yang layak, di samping mengadakan program-program latihan keusahawanan dalam bidang bioteknologi, contohnya latihan menguruskan hak milki intelektual.
Selain itu, MOSTI melalui Teknologi Park Malaysia (TPM) telah menubuhkan Pusat Biotek Herba di Raub, Pahang. Pusat Biotek Herba ini menempatkan pejabat pentadbiran, makmal dan Fasiliti pemprosesan herba. Pusat ini dilengkapi dengan peralatan dan mesin-mesin bagi memproses hasil tumbuhan termasuk bahan mentah, mesin mengestrak dengan kapasiti 1500 liter, mesin mengkapsul serta disokong oleh unit Kawalan Kualiti, makmal phytochemistry dan makmal microbiology. Di pusat ini juga terdapat sebuah makmal Kultur Tisu bagi meningkat pengeluaran tumbuhan generasi baru melalui kaedah kultur tisu.
Pusat ini juga menjalankan program pembangunan usahawan di mana usahawan-usahawan biotek herba akan diberi khidmat nasihat serta galakan untuk mengkomersilkan produk-produk mereka di Pusat ini. Setakat ini, Technologi Park Malaysia telah berjaya mengadakan perkongsian strategi dengan sepuluh (10) usahawan tempatan dibawah program ini. Pertukaran dokumen Memorandum Persefahaman diantara Technology Park Malaysia dengan usahawan-usahawan tersebut telah berjaya dilaksanakan semasa perasmian Pusat Biotek Herba, Technology Park Malaysia oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri pada Januari 2007.
TARIKH : 4 Julai 2007
SOALAN : YB Dato Dr. Wan Azmi bin Ariffin (Sik) - Minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan kenapa peserta rancangan tanaman semula getah di bawah FELCRA dibebankan dengan hutang sedangkan program tanaman semula getah di bawah RISDA tidak dikenakan sebarang hutang.
JAWAPAN : Tuan Yang Dipertua,
Kos pembangunan bagi menanam semula getah pada masa sekarang adalah pada kadar RM 10,500/hektar, iaitu melebihi bantuan yang disediakan p[ada RM 7, 000/hektar.
Peserta rancangan FELCRA perlu menyelesaikan hutang memandangkan FELCRA Berhad selaku agen pengurusan ladang perlu menampung perbezaan kos pembangunan tersebut dan kos tersebut dibiayai oleh FELCRA Berhad melalui pinjaman kerajaan dan perlu dibayar semula oleh peserta.
TARIKH : 9 Julai 2007
SOALAN : YB Dato Dr. Wan Azmi bin Ariffin (Sik) - Minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah pihak kementerian mempunyai perancangan untuk membina jalan raya bagi menghubungkan rancangan FELDA dengan Bandar-bandar utama khususnya seperti menghubungkan Rancangan Kedah Teloi Timur, Sik dengan Pekan Sik, Kedah.
JAWAPAN : Tuan Yang Dipertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, FELDA sehingga kini FELDA belum ada perancangan untuk melaksanakan pembinaan jalan raya bagi menghubungka rancangan FELDA dengan Bandar-bandar utama khususnya seperti menghubungkan Rancangan Kedah Teloi Timur, SIK dengan Pekan Sik, Kedah. Pembinaan utama jalan raya adalah terletak dibawah urusan Jabatan Kerja Raya.
Pihak FELDA hanyalah terlibat dalam melengkapkan infrastruktur di dalam kawasan rancangab seperti pembinaan jalan termasuk di perkampungan, pembinaan kemudahan asas dan sabagainya.
TARIKH : 10 Julai 2007
SOALAN : YB Dato Dr. Wan Azmi bin Ariffin (Sik) - Minta MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI menyatakan langkah-langkah yang diambil untuk membanteras secara keseluruhan Pendatang Asing Tanpa Izin yang boleh mengugat Keselamatan Negara.
JAWAPAN : Tuan Yang Dipertua,
Warga asing di Negara ini dikategorikan sebagai Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) apabila mereka melanggar syarat-syarat di dalam Akta Imigresen 1959 / 63 dan peraturan-peraturan yang berkaitan denganya : - masuk dan tinggal di Negara ini secara haram - tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan - menyalahgunakan Pas Lawatan / Permit Kerja yang dikeluar - masuk / tinggal di Negara ini atas dokumen perjalanan / visa palsu.
Usaha-usaha yang telah dijalankan oleh kerajaan untuk membanteras gejala PATI adalah seperti berikut :
a) Mengadakan operasi penguatkuasaan bersama antara Jabatan Imigresen Malaysia, Ikatan Relawan Rakyat ( RELA ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di mana sepanjang tahun 2006 sebanyak 4, 277 operasi telah dijalankan di seluruh Negara dan sebanyak 56, 009 orang PATI telah ditangkap atas berbagai kesalahan imigresen.
b) Memantau dan mendakwa majikan yang menggaji atau memberi perlindungan kepada PATI.
c) Memperkenalkan system biometric untuk mengambil dan menyimpan maklumat biometric PATI yang ditahan di depoh Imigresen bagi tujuan pengesanan kemasukan semula ke Negara asal. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, sehingga 31 Disember 2006 seramai 362, 958 orang PATI telah diusir keluar melibatkan warganegara Indonesia (46%), Filipina (16%), Thailand (8%) dan lain-lain warganegara (30%).
d) Mengenakan hukuman yang berat di bawah Akta Imigresen 1959 /63 ke atas PATI dimana sepanjang tahun 2006 seramai 17,532 orang PATI telah didakwa dan RM 7,867,034.00 bayaran kompaun telah dikutip.
e) Menjalankan pengawasan sepanjang persisiran perairan Negara yang telah dikenal pasti sebagai tempat pendaratan tradisional PATI dimana pengawasan ini dijalankan oleh Polis Marin, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Jabatan Laut Malaysia.
f) Mewujudkan Mahkamah Seksyen PATI untuk membicarakan dan menghukum PATI bagi mempercepatkan pengusuran PATI yang telah ditangkap sewaktu operasi penguatkuasaan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, sehingga 20 Mac 2007 sejumlah 4,007 orang PATI telah dihadapkan ke mahkamah untuk dibicarakan. Dari jumlah ini seramai 2,021 orang PATI (50%) telah dijatuhkan hukuman penjara 1,188 (29%) telah dijatuhkan hukuman penjara dan sebat antara 1 hingga 6 sebatan sementara perbicaraan 769 orang PATI (19%) telah ditangguhkan atas pelbagai sebab.
g) Melancarkan program iklan televisyen mengenai isu PATI yang disiarkan di RTM dan TV3 untuk mendidik dan mengingatkan orang awam tentang betapa seriusnya gejala PATI di Negara ini supaya mendapat kefahaman dan kerjasama orang awam untuk bersama-sama menangani gejala ini.
|
|
|
Post by Elldiow on Apr 26, 2019 6:30:29 GMT 7
direct isotretinoin where to order medication without rx West Lothian <a href=http://cialonlineno.com>viagra vs cialis</a> Tinnitus Propecia Generico Compra Tadalafil Propecia Online Amoxil
|
|
|
Post by Stevunetes on Sept 9, 2019 21:25:38 GMT 7
Generic Real Pyridium Where To Buy Internet Fish Doxycycline 100 Tablets Levitra 10 Mg Costo <a href=http://cialtadalaff.com>where to buy cialis online safely</a> Amoxicillin The Right Dose For Seniors Viagra Kauflich Erwerben Viagra Wirkung Cialis
|
|