|
Post by dato wan azmi on Jul 30, 2007 11:00:16 GMT 7
soalan lisan 2006
|
|
|
Post by dato wan azmict on Aug 1, 2007 12:04:01 GMT 7
SOALAN-SOALAN LISAN DI PARLIMEN 2006
TARIKH : 30 Ogos 2006
SOALAN : YB Dato Dr. Wan Azmi bin Ariffin (Sik) - Minta MENTERI PELAJARAN menyatakan kemajuan yang telah dicapai dalam Pembangunan ICT di sekolah-sekolah khususnya di kawasan luar Bandar.
JAWAPAN : Tuan Yang Dipertua,
Dalam Rancangan Malaysia Ke-9, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah merancang untuk membestarikan semula sekolah secara berfasa melalui program Pembestarian Sekolah. Tumpuan Pembestarian adalah kepada sekolah-sekolah di luar Bandar. Melalui usaha pembestarian sekolah, KPM berhasrat untuk menyediakan infrastruktur yang mencukupi bagi pembudayaan ICT di sekolah.
Sehingga kini, Sebanyak 5,888 sekolah di bawah kategori luar Bandar telah menikmati kemudahan rangkaian school net iaitu, penyediaan capaian Internet jalur lebar untuk semua sekolah seluruh Negara. KPM secara berterusan mengadakan peraturan dan penambahbaikan terhadap kemudahan yang telah diberikan dan memastikan keadaan tersebut beroperasi dan digunakan oleh sekolah-sekolah.
Dalam proses untuk membestarikan semua sekolah, KPM telah mengadakan infrastruktur ICT seperti makmal/bilik komputer, komputer riba, projector LCD dan server. Sekolah-sekolah dihubungkan dengan jalur lebar untuk akses ke internet dan infrastruktur serta peralatan ICT dirangkaikan melalui rangkain setempat. Selain itu, KPM telah membangunankan dan membekalkan pelbagai judul perisian kursus dan program TV Pendidikan untuk membolehkan guru dan murid menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai.
TARIKH : 6 September 2006
SOALAN : YB Dato Dr. Wan Azmi bin Ariffin (Sik) - Minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan kepada pihak FELCRA mengutamakan pekerja-pekerja asing di ladang-ladang getah FELCRA di daerah Sik memandangkan terdapat masih ramai pekerja tempatan yang tidak diberi peluang untuk bekerja di ladang-ladang FELCRA.
JAWAPAN : Tuan Yang Dipertua,
Adalah menjadi dasar Kementerian ini dan FELCRA Berhad untuk mengutamakan peserta yang menyertai program pembangunan FELCRA Berhad menjadi pekerja di ladang- ladang yang dimajukannya. Sekiranya peserta yang terlibat tidak bersedia disebabkan faktor usia atau faktor-faktor halangan yang lain, FELCRA Berhad akan memberi keutamaan pula kepada penduduk tempatan yang berhampiran ladang-ladang tersebut bekerja.
Namun begitu, jika masih terdapat kesukaran mendapatkan pekerja tempatan maka lantikan pekerja tempatan maka lantilkan pekerja asing yang sah adalah dibenarkan sebagai pilihan terakhir. Pada masa ini, keperluan pekerja di ladang-ladang FELCRA Berhad adalah seramai 24,000 orang di mana 30% daripadanya diisi oleh pekerja asing. Untuk makluman Yang Berhormat FELCRA Berhad telah mengambil seramai 477 pekerja untuk bekerja di ladang-ladangnya di Daerah Sik dan daripada itu, seramai 35 orang adalah pekerja asing.
TARIKH : 9 September 2006
SOALAN : YB Dato Dr. Wan Azmi bin Ariffin (Sik) - Minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah langkah-langkah yang sedang dan akan diambil oleh pihak Kerajaan supaya pendekatan pembangunan berasaskan konsep Islam Hadhari dapat diperluaskan penerimaannya oleh masyarakat khususnya di kawasan-kawasan luar bandar. JAWAPAN : YB DATO’ DR. MASHITAH BINTI HJ IBRAHIM, Setiausaha Parlimen, Di Jabatan Perdana Menteri. Tuan Yang Dipertua,
Bagi memastikan kesemua rakyat di negara ini termasuk masyarakat luar bandar memahami dan menerima Pendekatan Islam Hadhari ini, beberapa langkah seperti telah, sedang dan akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat : 1) Menganjurkan seramah, seminar, simposium, konvensyen, perkampungan, sebaran melalui media cetak dan elektronik. 2) Menetapkan kumpulan sasaran yang jelas untuk diberi penjelesan oleh lapan agensi pelaksana Pendekatan Islam Hadhari. 3) Menggubal dan melaksanakan perancangan strategik pada peringkat Kementerian/Jabatan dan Negeri supaya kesemua perancangan, pelaksanaan dan pemantauan program/aktiviti berdasarkan Pendekatan Islam Hadhari termasuklah program pembangunan untuk masyarakat luar bandar.
TARIKH : 15 November 2006
SOALAN : YB Dato Dr. Wan Azmi bin Ariffin (Sik) -Minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan kenapa kadar upahan menoreh di ladang-ladang getah FELCRA tersangat rendah jika dibandingkan dengan harga getah yang mahal sekarang ini.
JAWAPAN : Tuan Yang Dipertua,
Kadar upah menoreh yang ditawarkan oleh FELCRA Berhad adalah setanding dengan kadar yang ditawarkan oleh Industri getah semasa. Di samping kadar upah meneroh yang ditetapkan, peroneh turut menikmati bayaran insentif torehan ganti/torehan lewat, mutu torehan dan elaun motosikal. Walau bagaimanapun, selaras dengan kenaikan harga getah semasa, pihak FELCRA Berhad telah bersetuju menaikkan kadar upah menoreh bagi mengekalkan penoreh menoreh di ladang-ladang FELCRA Berhad.
Bagi peserta projek FELCRA Berhad yang turut bekerja pula, mereka memperoleh dua sumber pendapatan iaitu gaji bulanan yang dibayar mengikut produktiviti hasil dan dividen tahunan dari ladang yang dimajukan oleh FELCRA Berhad.
TARIKH : 16 November 2006
SOALAN : YB Dato Dr. Wan Azmi bin Ariffin (Sik) - Minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan apakah langkah-langkah yang sedang diambil oleh pihak FELCRA untuk menyelesaikan masalah di FELCRA Pulau Belantik Satu, Mukim Sok, Daerah Sik, Kedah Darul Aman.
JAWAPAN : Tuan Yang Dipertua,
Masalah yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat dari Sik ialah mengenai kes pencerobohan pengeluaran kayu getah dan program tanam semula di FELCRA Pulau Belantik. Masalah kes pencerobohan pengeluaran kayu getah ini telah dirujuk ke Mahkamah Tinggi Alor Setar dan dalam tindakan penyelesaian. Setelah ada keputusan penghakiman, program tanam semula di projek tersebut akan dimulakan.
TARIKH : 23 November 2006
SOALAN : YB Dato Dr. Wan Azmi bin Ariffin (Sik) - Minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan kenapa bagi tempoh RMKke-9 pihak FELCRA hanya memajukan sejumlah 31 hektar tanah dengan melibatkan 16 orang peserta sahaja di Daerah Sik, Sedangkan masih terdapat beribu-ribu tanah terbiar yang masih lagi tidak dibangunkan di daerah ini.
JAWAPAN : Tuan Yang Dipertua,
Pada masa ini, FELCRA Berhad hanya mendapat persetujuan 16 orang pemilik tanah di Kg Sg Setar, Daerah Sik seluas 31 hektar untuk dimajukan dengan tanaman getah.
Usaha-usaha mengenalpasti kawasan tanah terbiar yang berpontensi untuk dimajukan masih diteruskan dan FELCRA Berhad dalam usaha memulih dan memajukan tanah terbiar yang bergeran perlu mendapatkan persetujuan pemilik tanah. Dengan persetujuan tersebut, maka program pemulihan dan penyatuan akan dapat dilaksanakan bagi tanah yang terlibat. FELCRA Berhad juga mengalu-alukan cadangan wakil rakyat setempat dalam mengenalpasti dan mendapatkan persetujuan pemilik tanah berkaitan.
TARIKH : 27 November 2006
SOALAN : YB Dato Dr. Wan Azmi bin Ariffin (Sik) - Minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan apakah pendekatan baru dalam rangka Pelan Pembangunan Wilayah.
JAWAPAN : Tuan Yang Dipertua,
Pelan Pembangunan Wilayah yang dilaksanakan di bawah kementerian ini masih mengekalkan 3 pendekatan atau konsep pembangunan wilayah sedia ada. Pertamanya adalah konsep Resource Setempat (in-situ development) dan konsep ke tiga ialah kombinasi di antara Resource and New Land Development dan in-situ development.
Konsep Resource and New Land Development adalah pembangunan wilayah yang melibatkan pembukaan kawasan baru bagi melaksanakan pembangunan ekonomi, pembangunan sosial, pertanian, industri kecil dan aktiviti dan aktiviti komersial serta kawasan penempatan baru. Contoh Lembaga Kemajuan Wilayah (LKW) yang menggunakan konsep ini ialah KEJORA, KESEDAR dan KETENGAH. Manakala Konsep Pembangunan Setempat atau in-situ development adalah pembangunan semula kawasan kawasan –kawasan luar bandar sedia ada. Pembangunan semula ini melibatkan penyediaan kemudahan infrastruktur dan khidmat sokongan untuk manfaat penduduk luar bandar, memberi tumpuan kepada pembangunan manusia, institusi sosial dan ekonomi penduduk setempat. Contoh LKW yang menggunakan konsep ini ialah PERDA dan KEDA.
Pendekatan pembangunan wilayah yang dikendalikan oleh Kementerian ini masih sesuai kerana matlamat pembanguan wilayah dalam RMKe-9 adalah untuk mendapatkan kesamaan sosioekonomi di antara bandar dengan luar bandar dan untuk mewujudkan keseimbabgan di antara wilayah membangun dan kurang membangun. Walau bagaimanapun menggiatkan lagi pembangunan wilayah, pendekatan terkini yang digunakan oleh Kementerian ini ialah pembangunan berkonsepkan Agropolitan. Agropolitan di definisikan sebagai pusat pembangunan paling rendah di luar bandar iaitu dengan penduduk kurang daripada 10,000 orang, mempunyai kegiatan ekonomi utama sebagai pemacu pembangunan. Kemudahan infrastruk, ekonomi dan sosial dibina bersama bagi mendapatkan sinergi untuk meningkatkan pengeluaran dan seterusnya meningkatkan pendapatan penduduk di kawasan luar bandar.
Pembangunan berkonsepkan Agropolitan di laksanakan di kawasan terpilih yang mundur, terpencil dan terbiar di beberapa negeri yang dikenal pasti memiliki kadar kemiskinan tegar tertinggi di Malaysia.
TARIKH : 4 Disember 2006
SOALAN : YB Dato Dr. Wan Azmi bin Ariffin (Sik) - Minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan adakah pihak Kementerian berhasrat mengkaji semula Akta FELCRA supaya FELCRA dapat bergerak aktif memajukan tanah-tanah terbiar.
JAWAPAN : Tuan Yang Dipertua,
Kementerian ini mendapati Akta FELCRA sedia ada telah mempunyai peruntukan yang mencukupi bagi menyediakan ruang bagi pihak FELCRA Berhad memejukan tanah-tanah pendudukan luar bandar yang terbiar dengan aktiviti yang menguntungkan penduduk terlibat
Pada masa ini, pendekatan dalam menangani masalah tanah terbiar adalah secara sukarela di mana pemilik tanah atau Pihak Berkuasa Negeri bersetuju atau membenarkan pihak FELCRA Berhad untuk memulih, menyatu dan memejukan tanah mereka supaya memberi pulangan yang menguntungkan kepada mereka.
Oleh itu buat masa ini, Kementerian ini berpandangan bahawa belum terdapat keperluan untuk mengkaji semula Akta FELCRA sedia ada.
TARIKH : 7 Disember 2006
SOALAN : YB Dato Dr. Wan Azmi bin Ariffin (Sik) - Minta MENTERI PERTANIAN DAN LNDUSTRI ASAS TANI menyatakan
JAWAPAN : Tuan Yang Dipertua,
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah menetapkan satu dasar pada tahun 1990-an untuk membubarkan semua IADP yang berasaskan tanaman bukan padi dan hanya mengekalkan IADP berasaskan tanaman padi. Salah satu IADP yang terlibat dalam pembuburan tersebut ialah IADP Lembah Kedah yang meliputi Daerah Sik, Baling dan Kuala Muda. Walaubagaimana semua program pembangunan yang telah dirancang diteruskan pelaksanaanya oleh Jabatan yang berkaitan dibawah Kerajaan Negeri Kedah dan bergantung kepada peruntukan Negeri dan Persekutuan. Dalam peruntukan 2007 Kementerian ini tidak mempunyai program pemulihan IADP (sistem pengairan yang berskala besar untuk Daerah Sik.
TARIKH : 12 Disember 2006
SOALAN : YB Dato Dr. Wan Azmi bin Ariffin (Sik) - Minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan apakah dasar FELCRA dalam program tanam semula getah. Adakah para peserta rancangan tanam semula getah FELCRA perlu berhutang sekali lagi.
JAWAPAN : Tuan Yang Dipertua,
Dasar FELCRA dalam program tanam semula getah adalah :
1) Ladang yang ingin ditanam semula berumur melebihi 25 tahun dan pokok-pokok tidak lagi produktif serta ekonomik untuk ditoreh 2) Kriteria untuk tanam semula adalah apabila dirian pokok kurang daripada 120 pokok per hektar, ladang telah mengamalkan Sistam Torehan Kekerapan Rendah (LITS) dan hasil getah kurang daripada 70 kg per hektar sebulan serta pokok telah ditoreh melebihi 15 tahun. 3) Pembangunan projek dilaksanakan melalui Konsep Pemulihan dan Penyatuan di mana ladang diurus melalui kaedah sistem saham. 4) Pihak FELCRA akan mendapatkan sumber kewangan yang mencukupi sama ada daripada sumber bantuan sedia atau pinjaman daripada Institusi Kewangan.
Pada kebiasaannya, peserta FELCRA memohon pertimbangan agar hasil jualan kayu getah dan Bantuan Tanam Semula RISDA diagihkan kepada mereka secara bulanan sebagai bayaran sara hidup sehingga tanaman baru berhasil. Ini menyebabkan sumber kewangan sedia ada tidak mencukupi kos pembangunan tanam semula dan memerlukan pihak FELCRA membuat tanaman.
Oleh sebab sebahagian kos pembangunan tanam semula perlu dibiayai FELCRA melalui pinjaman, maka para peserta terlibat perlu membayar balik hutang secara beransur-ansur apabila ladang berhasil hingga keseluruhan kos pembangunan diselesaikan.
|
|