|
Post by dato wan azmi on Jul 26, 2007 14:21:06 GMT 7
Soalan tahun 2004
|
|
|
Post by dato wan azmi on Aug 7, 2007 11:08:17 GMT 7
SOALAN-SOALAN LISAN DI PARLIMEN 2004
TARIKH : 6 SEPTEMBER 2004
SOALAN : YB Dato Dr. Wan Azmi bin Ariffin (Sik) - Minta MENTERI PERTANIAN menyatakan langkah-langkah untuk menaik taraf Prasarana pertanian dan adakah kementerian berhasrat memulihkan program IADP. JAWAPAN : YB MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI Tuan Yang Dipertua, Kerajaan sentiasa berusaha untuk meningkatkan lagi taraf prasarana untuk meningkatkan lagi kemajuan pertanian negara. Antara langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan adalah pembinaan dan penyelenggaraan sistem pengairan dan saliran, jalan-jalan ladang dan sebagainya. Bagi kawasan jelapang padi khususnya, program pembangunan infrastruktur sentiasa dititikberatkan. Pembangunan infrastruktur ini penting untuk meningkatkan kecekapan dalam pengurusan air dan meningkatkan tahap penggunaan jentera dan teknolagi semasa sesuai dengan pembangunan pesat di dalam sektor tanaman padi. Selaras dengan skop pembangunan infrastruktur di IADP jelapang padi meliputi program-program berikut :
1) Menambah pelbagai kemudahan infrastruktur untuk tujuan mekanisasi ladang. 2) Meningkatkan pengurusan di dalam sistem pengairan dan saliran di kawasan-kawasan bermasalah. 3) Membaiki, mengubahsuai dan membina struktur-struktur kawalan bagi melengkapkan lagi sistem pengairan. Sehingga tahun 2003 dianggarkan sepanjang 3, 643 km sistem pengairan telah dibina di IADP-IADP jelapang padi yang terdiri daripada 422 km taliair utama, 1, 076 km tali air kedua dan 2, 145 km tali air ketiga. Daripada jumlah tersebut kira-kira 45.0 peratus daripada kemudahan tersebut terutama tali air ketiga telah dinaik taraf ke peringkat tali air konkrit, dari segi saliran pula sepanjang 3, 756 km parit saliran telah dibina di keseluruhan IADP jelapang yang terdiri daripada 1,071 km parit utama, 1770 km parit kedua dan 1, 107 km parit ketiga .
Jalan ladang merupakan satu lagi kemudahan infrastruktur terpenting yang menjadi nadi penggerak kepada pembangunan kawasan-kawasan IADP. Selain daripada menjadi penghubung ke kawasan-kawasan pertanian baru, ia juga merupakan laluan untuk pengangkutan input dan output untuk dipasarkan. Oleh itu program pembinaan, penyelenggaraan dan menaik taraf jalan-jalan ladang sedia ada terus diberi perhatian. Sehingga kini sepanjang kira-kira 11, 691.7 km jalan ladang telah siap dibina di seluruh IADP jelapang padi. Melalui pembangunan dan kemudahan infrastruktur tersebut, seluas 347, 047 hektar kawasan padi mendapat kemudahan pengairan untuk tanaman dua kali setahun.
Kerajaan juga sentiasa memastikan program/projek yang dilaksanakan oleh IADP dapat memberi manfaat kepada petani-petani menerusi aktiviti-aktiviti sokongan seperti meningkatkan pembekalan benih, mempergiatkan aktiviti pengembangan dan latihan serta memperkemaskan sistem pengurusan ladang. Secara keseluruhannya, pada tahun 2003, sebanyak RM 93.50 juta telah diperuntukan untuk pembangunan projek-projek IADP jelapang padi khususnya. Daripada jumlah tersebut, RM28.09 juta diperuntukan untuk tujuan pengurusan, RM51.51 juta pembangunan infrastruktur, RM 9.47 juta untuk pembangunan pertanian dan RM 4.421 juta keperluan lain-lain program pembangunan seperti pembangunan teknologi maklumat dan sebagainya.
TARIKH : 15 SEPTEMBER 2004
SOALAN : YB DATO’ DR. WAN AZMI BIN ARIFFIN (SIK)
-minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah kerajaan berhasrat mengkaji semula Dasar Ekonomi Baru.
JAWAPAN : YB DATUK DR M KAYVEAS, TIMBALAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI Tuan Yang DiPertua,
Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilaksanakan dengan strategi serampang dua mata iaitu pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum dan penyusunan semula masyarakat bagi menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi telah tamat tempoh pelaksanaannya dalam tahun 1990. namun falsafah dan semangat DEB tetap terus dilaksanakan di bawah Dasar Pembangunan Negara dan Dasar Wawasan Negara bagi memastikan penyertaan seimbang dan saksama di kalangan kumpulan etnik di negara ini. Sasaran sekurang-kurangan 30 peratus daripada ekuiti korporat dimiliki oleh Bumiputera menjelang tahun 2010 terus menjadi matlamat kepada strategi penyusunan semula masyarakat.
Oleh itu, selagi terdapat penyertaan yang tidak seimbang di antara kumpulan etnik utama, maka menjadi tanggungjawab kerajaan bagi meneruskan agenda pengagihan. Malah di bawah Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan yang sedang dilaksanakan sekarang ini beberapa langkah strategik telah diperkenalkan iaitu : 1) Menubuhkan sebuah syarikat pelaburan baru iaitu Dana Harapan untuk menguruskan Dana Amanah Saham Nasional Kedua. Dana ini akan diuruskan oleh pengurus profesional dan berpengalaman untuk menarik dan mengembleng tabungan dan modal Bumiputera.
2) Memperuntukan sekurang-kurangnya 60 peratus daripada perolehan, kerja kontrak dan projek lain milik kerajaan kepada usahawan Bumiputera. Sehubungan dengan ini, usaha akan diambil bagi memastikan peruntukan tersebut hanya diberi bagi memastikan peruntukan tersebut hanya diberi kepada usahawan yang kompeten dan diyakini kebolehan dan keupayaan mereka.
3) Memastikan agensi pelaksana mempunyai mekanisme penyampaian dan pemantauan yang berkesan. Sehubungan ini, agensi Kerajaan yang berkaitan perlu mewujudkan sistem pemantauan bagi memastikan matlamat pelaksanaan program berkaitan penyusunan semula masyarakat tercapai.
Di samping itu langkah-langkah tambahan lain dilaksanakan oleh kerajaan bagi meningkatkan penyertaan dan pemilikan Bumiputera dalam sektor korporat seperti berikut:
1) Mengalakan penyertaan Bumiputera dalam sektor-sektar strategik yang menjadi pemangkin kepada pertumbuhan seperti ICT, perkhidmatan dan pembuatan. Bagi tujuan ini usaha sedang diambil untuk merangka pelan tindakan ICT Bumiputera di samping melipatgandakan pelaksanaan program-program pembiayaan usaha niaga Bumiputera dalam bidang ICT melalui skim teroka.
2) Melaksanakan program-program pembiayaan usaha niaga Bumiputera melalui Tabung Industri Kecil dan Sederhana, skim modal teroka dan skim pembiayaan bagi sektor-sektor strategik termasuk telekomunikasi, bioteknologi, elektronik, perkhidmatan dan sebagainya .
3) Menyediakan pelaburan ekuiti khusus bagi membangunkan syarikat-syarikat usahawan menengah Bumiputera yang terlibat dalam bidang perniagaan berdaya maju dengan matlamat ke arah penyenaraian di Bursa Malaysia.
4) Menyusun semula dana-dana usahawan bagi meningkatkan keberkesananya untuk membangun masyarakat perdagangan dan perindustrian Bumiputera.
5) Mengadakan latihan berterusan dalam bidang kemahiran, pengurusan, kawalan kewangan, pemasaran serta penyebaran maklumat dan seminar kesedaran mengenai cabaran globalisasi dan liberalisasi untuk membantu usahawan Bumiputera menjadi lebih kompetitif dan berdaya saing.
6) Mengalakkan syarikat Bumiputera menyusun semula perniagaan dan memperkukuhkan kedudukan mereka di samping mewujudkan lebih banyak usaha sama dan perkongsian pintar dengan syarikat bukan Bumiputera dan asing.
TARIKH : 16 SEPTEMBER 2004
SOALAN : YB Dato Dr. Wan Azmi bin Ariffin (Sik) - Minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan langkah- langkah yang sedang diambil untuk mempertingkatkan mutu kebersihan gerai-gerai makanan di tepi jalan. JAWAPAN : Tuan Yang Dipertua,
Aspek kebersihan dikawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti tempat-tempat awam termasuk juga gerai-gerai makanan di tepi jalan sentiasa diberi perhatian khusus oleh kerajaan. Antara langkah-langkah yang telah diambil bagi meningkatkan mutu kerbersihan gerai-gerai makanan tersebut adalah pengagihan peruntukan bagi aktiviti kebersihan di kawasan awam kepada semua PBT. Ia turut meliputi projek menaik taraf gerai, parit dan longkang. Melalui projek naik taraf ini, mutu kebersihan bagi setiap kemudahan tersebut dapat dipertingkatkan lagi.
Selain itu beberapa undang undang kecil seperti undang-undang kecil Penjaja, undang-undang kecil Establisymen Makanan dan undang-undang kecil Penyedian Makanan telah digubah di bawah akta kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Penguatkuasa ketiga-tiga undang undang kecil tersebut juga memberi tumpuan kepada aspek penjagaan kebersihan. Kementerian akan meneruskan aktiviti kebersihan di kawasan PBT termasuk juga penjagaan kebersihan gerai-gerai makanan Malaysia kelapan (RMK-8).
TARIKH : 29 SEPTEMBER 2004
SOALAN : YB Dato Dr. Wan Azmi bin Ariffin (Sik) - Minta MENTERI TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan adakah Kementerian berhasrat menaik taraf pejabat-pejabat pos di pekan-pekan kecil seperti Pekan Sik, Kedah Darul Aman.
JAWAPAN : Tuan Yang Dipertua,
Pos Malaysia Berhad sedang merancang untuk menaikkan taraf Pejabat Pos Sik dan pekan-pekan sekitarnya. Cadangan pembaikpulih taraf Pejabat Pos Sik ini telah dibincangkan bersama dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Majlis Daerah Sik pada 1 Julai 2004. Memandangkan tapak Pejabat Pos Sik termasuk dalam cadangan PBT untuk menaik taraf infrastuktur, maka usaha menaikkan taraf pejabat pos ini tertangguh sehingga tapak baru yang akan dicadangkan oleh Pejabat Tanah dan Galian Negeri ditentukan.
TARIKH : 11 OKTOBER 2004
SOALAN : YB Dato Dr. Wan Azmi bin Ariffin (Sik) - Minta MENTERI PELAJARAN menyatakan stastu perlaksanaan makmal- makmal Komputer Sekolah-sekolah di seluruh Negara dan beberapa buah sekolah lagi belum mempunyai makmal Komputer, khususnya di daerah Sik, negeri Kedah Darul Aman.
JAWAPAN : Tuan Yang Dipertua,
Sehingga 25 september 2004 status pelaksanaan makmal-makmal komputer sekolah adalah seperti berikut:
Fasa/zon Bil Makmal Sebut Harga Rintis 18 - Fasa 1 2127 36 Fasa 2 1917 - Fasa 3 1042 3 Jumlah Kecil 5104 39 Sekolah Baru/ Reka Bina/ Blok Tambahan 217
Jumlah 5321 39
Fasa/zon Pembinaan Pembaikan Makmal Siap Rintis - - - Fasa 1 14 8 198 Fasa 2 145 - 35 Fasa 3 309 - 138 Jumlah 468 8 371 Kecil Sek. baru/ Reka Bina Blok Tamb - - - Jumlah 468 8 371
Fasa /zon Pelaksanaan IT Operasi Rintis - 18 Fasa 1 198 682 Fasa 2 35 163 Fasa 3 138 97 Jumlah Kecil 942 3276 Sekolah Baru/ 161 56 Reka Bina/ Blok Tambahan Jumlah 1103 3332
Makmal-makmal yang didalam pembinaan dijangka akan disiapkan pada akhir tahun 2004.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, terdapat 66 buah sekolah di daerah Sik, Baling/Sik da Kuala Muda/Sik. Dari jumlah tersebut 46 sekolah telah beroperasi termasuk satu (1) Sekolah Kurang Murid (SKM). Terdapat 5 buah sekolah yang masih dalam pembinaan dan dijangka akan dapat beroperasi selewat-lewatnya pada hujung tahun 2004. Baki 15 Sekolah Bantuan Modal dan akan dibekalkan peralatan IT dalam RMK ke-9.
Status pelaksanaan projek pengkomputeran di daerah Sik, Baling/Sik dan Kuala Muda/Sik sehingga 30 Setember 2004 adalah seperti berikut :
Perkara Bil Pembelakan Komputer Sekolah Menengah 14 14 Sekolah Rendah 36 31 Sekolah Bantuan Modal 15 - Sekolah Kurang Murid 1 1
Jumlah 66 46
Pekara Dalam Akan dibekal Pembinaan dalam RMKke-9 Sek Men. - - Sek Ren 5 - Sek Bantuan model - 15 Sek kurang murid 1 1
Jumlah 5 15
|
|
|
Post by Nasri MI on Aug 8, 2007 11:27:03 GMT 7
Saya telah menbaca semjua soalan-soalan yang Datobankitkan di Parlimen,terima kasih.
|
|
|
Post by Dato Wan on Aug 27, 2007 9:45:57 GMT 7
Saudar Nasri MI,terima kasih kerana sanggup membaca soalan-soalan itu.Jika ada apa-apa komen sudi perturunkan di sini.
|
|