|
Post by dato wan azmi on Jul 30, 2007 10:59:51 GMT 7
soalan lisan 2005
|
|
|
Post by dato wan azmi on Aug 1, 2007 10:47:48 GMT 7
SOALAN-SOALAN LISAN DI PARLIMEN 2005
TARIKH : 23 MAC 2005
SOALAN : YB Dato Dr. Wan Azmi bin Ariffin (Sik)
- Minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan adakah dan bilakah Akta RISDA akan dikaji semula.
Apakah bidang-bidang yang akan dikaji semula itu.
JAWAPAN : Tuan Yang Dipertua Kementerian ini memang mempunyai rancangan untuk meminda Akta RISDA bagi memperjelaskan peranan RISDA bagi memperjelaskan peranan RISDA selaras dengan perkembangan semasa. Kajian kea rah itu telah dibuat sejak tahun 2003.
Pada 1 Julai 2004, cadangan pindaan Akta telah dibentangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kabinet mengenai cara-cara meningkatkan pendapatan Pekebun Kecil Komoditi Industri (JKMPPK) yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri
Hasil daripada mesyuarat tersebut, jawatankuasa pada dasarnya bersetuju terhadap cadangan pindaan berkenaan. Susulan daripada itu, pihak kementerian sedang menyiapkan memorandum pindaan Akta RISDA untuk dibentangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri.
Terdapat lapan (8) tumpuan bidang yang dikaji untuk dipinda. Antaranya ialah fungsi RISDA dan Takrifan Kumpulan Wang.
Melalui cadangan pindaan ini, fungsi RISDA akan memperluaskan daripada tiga (3) kepada lima (5) dengan memasukkan :
1) Menjalankan apa-apa usaha peningkatan taraf sosio Ekonomi Pekebun Kecil dan penduduk luar Bandar. 2) Menceburi aktiviti hiliran dan huluan industri getah dan lain-lain aktiviti yang berkaitan dengan Pekebun Kecil dengan pindaan fungsi ini, ia akan memperluaskan skop, peranan, tangungjawab dan penglibatan RISDA termasuk dalam soal pembangunan luar Bandar dan sosio-ekonomi.
Manakala bagi pindaan takrifan Kumpulan Wang ia dipinda daripada “Kumpulan Wang Industri Getah Tanam Semula” kepada “Kumpulan Wang RISDA”.Pindaan ini memperjelaskan penggunaan Kumpulan Wang adalah untuk pembangunan Pekebun Kecil dan bukan hanya untuk program tanaman semula, serta sumber kewangan bukan hanya daripada aktiviti berasaskan getah. Enam lagi bidang yang dicadangkan untuk dipinda ialah : 1) Kuasa RISDA dalam membuat pelaburan. 2) Definisi Pekebun Kecil. 3) Komposisi Lembaga Pengarah. 4) Pemasuhan Semula peruntukan mengenai tatatertib dan surcaj. 5) Peruntukan untuk menubuhkan Jawatankuasa-Jawantankuasa RISDA. 6) Kuasa Menteri.
TARIKH : 14 APRIL 2005
SOALAN : YB Dato Dr. Wan Azmi bin Ariffin (Sik)
- Minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan adakah kaedah-kaedah pengurusan bahu-bahu jalan di jalan persekutuan akan dperbaiki lagi, memandangkan kebanyakan bahu-bahu jalan tersebut adalah kurang terurus.
JAWAPAN : Tuan Yang Dipertua,
Untuk makluman ahli Yang Berhormat, bahu-bahu jalan di jalanraya persekutuan adalah diurus mengikut kategori pembaikan berikut : 1) Kerja penyenggaraan bahu jalan termasuk dalam kerja dalam kerja rutin penyenggaran jalan yang merangkumi kerja “RE-GRADING”, membersihkan dari rumput-rumput dan tumbuhan serta meninggikan paras bahu jalan dengan bahan sesuai supaya selaras dengan Pavement jalan. Perlaksanaan kerja rutin bahu jalan pada jalan tertentu dikenalpasti dan dirancang mengikut program bulanan manakala tindakan segera untuk memperbaiki akan dilakukan pada bahu jalan yang telah rosak. 2) Melebar dan menurap bahu jalan mengikut keperluan terutamanya pada kawasan-kawasan berbahaya dan di tempat-tempat di mana terdapat kenderaan berat seperti lori menggunakan bahu jalan sebagai tempat meletakkan kenderaan. Bagi aktiviti rutin penyenggaraan bahu jalan, ianya dilaksanakan mengikut program rutin yang dirancang pada setiap bulan, manakala aktiviti menurap dan melebar bahu jalan adalah dilaksanakan setelah peruntukan dapat disediakan.
TARIKH : 20 JUN 2005
SOALAN : YB Dato Dr. Wan Azmi bin Ariffin (Sik)
- Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah pihak Kerajaan berhasrat mengkaji semula peraturan-peraturan keselamatan jalan raya terutamanya kepada penunggang-penunggang motosikal kerana kemalangan melibatkan motosikal makin meningkat.
JAWAPAN : Tuan Yang Dipertua,
Kemalangan yang melibatkan penunggang motosikal telah meningkat daripada 95,545 kes pada tahun 2003 kepada 98,075 kes pada tahun 2004 iaitu peningkatan sebanyak 2.6%. Sungguhpun begitu bilangan kematian penunggang motosikal telah menurun daripada 3,548 kes pada tahun 2003 kepada 3,487 kes pada tahun 2004 iaitu penurunan sebanyak 1.7%.
Kemalangan yang melibatkan penunggang motosikal bagi tempoh Januari hingga April 2005 telah mencatatkan kenaikan sebanyak 1.1%. Kematian bagi tempoh yang sama telah menurun daripada 2,004 kes kepada 1,973 kes iaitu penurunan sebanyak 1,6%.
Penurunan kadar kematian yang meibatkan golongan penunggan motosikal menunjukan bahawa program menangani isu kemalangan dan kematian golongan ini menunjukan kesan positif walaupun sejumlah 397,977 motosikal baru didaftar dan dilesenkan pada tahun 2004 iaitu pertambahan bilangan motosikal dengan kadar 6%.
Setakat ini ada dua peraturan yang ditujukan khususnya kepada keselamatan motosikal iaitu di bawah Motor Vehicles (Construction And Use ) Rules, 1958, kaedah 96a yang mewajibkan memasang lampu motosikal pada setiap masa dan Motorcycles (Safety Helmets) Rules, 1973, kaedah 4 yang mewajibkan pemakaian topi keledar ke atas penunggang dan pembonceng motosikal.
Pihak kerajaan sentiasa mengkaji semula peraturan-peraturan yang berkaitan dengan keselamatn jalan raya supaya dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya dan kematian akibat kemalangan jalan raya. Antara cadangan baru yang sedang dikaji ialah peraturan menahan lesan memandu secara serta-merta bagi kesalahan-kesalahan serius dan kerajaan juga akan melaksanakan kenaikan had umur bagi lesen memandu motosikal daripada 16 tahun ke 17 tahun. Penubuhan Jabatan Keselamatan Jalan Raya pada September tahun 2004 menunjukkan betapa serius kerajaan ingin menangani isu keselamatan jalan raya. Diantara insiatif baru yang dilaksanakan bagi golongan penunggang motosikal bagi tempoh 2004 hingga 2005 ialah: 1) Peningkatan kekerapan iklan kempen dalam media cetak dan elektronik; 2) Kempen galakan penggunaan topi keledar di kawasan luar bandar; 3) Kempen sasaran di tempat-tempat kerja untuk meningkatkan kesedaran mengenai peralatan keselamatan. 4) Kajian penggunaan pelekat pemantul cahaya (vehicle enchancement) untuk motosikal.
Jabatan Keselamatan Jalan Raya juga telah menyediakan Pelan Tindakan Keselamatan Jalan Raya 2005-2010 sebagai panduan bagi melaksanakan projek dan program keselamatan jalan raya secara terancang dan bersepadu. Pelan tersebut telah dibentang dan diluluskan oleh jawatankuasa kabinet mengenai keselamatan jalan raya pada 19 April 2005 dan sasaran yang ditetapkan ialah untuk mencapai indeks kematian dari 4.5 kematian bagi setiap 10,000 kenderaan berdaftar pada tahun 2004 kepada 2 kematian bagi setiap 10,000 kenderaan berdaftar pada tahun 2010.
TARIKH : 21 JUN 2005
SOALAN : YB Dato Dr. Wan Azmi bin Ariffin (Sik)
- Minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah pihak Kerajaan berhasrat mengenakan Hukuman yang lebih berat ke atas pengusaha-pengusaha makanan yang meniru sijil halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan apakah pihak Kerajaan bercadang untuk aspek pengawasan produk-produk halal.
JAWAPAN : YB DATO’ DR MASHITAH BINTI HJ IBRAHIM Setiausaha Parlimen Di Jabatan Perdana Menteri Tuan Yang Di Pertua,
Buat masa ini Kerajaan belum lagi berhasrat untuk meminda Akta berkenaan bagi mengenakan hukuman yang lebih berat kepada mereka yang meniru sijil halal JAKIM. JAKIM telah mendaftar logo halalnya di bawah Akta Cap Dagangan 1976 (Trade Mark ACT 1976) bagi mendapatkan perlindungan harta intelek di Perbadanan Harta Intelek Malaysia dan sesiapa yang menirunya akan dikenakan tindakan di bawah akta tersebut. Dari itu hukuman di bawah akta tersebut telah memadai.
Kerajaan pada masa ini sentiasa akan meningkatkan peranan JAKIM untuk pengawasan produk-produk halal termasuklah meminta JAKIM mengadakan sistem pengawasan yang terkini untuk memantau termasuk akan menambah pegawai dan kakitangan serta memperkemaskan prosedur termasuk mewujudkan sistem pengurusan mengikut Guide 65.
Kerajaan sentiasa berusaha memastikan logo halal tidak disalahgunakan oleh mana-mana pihak.Justeru itu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN &HEP) dan JAKIM sedang memantapkan usaha-usaha memamtau peyalahguna logo halal dengan kerjasama agensi-angensi yang berkaitan seperti Kementerian Kesihatan Malaysia, Pihak Berkuasa Tempatan dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN).
TARIKH : 22 JUN 2005
SOALAN : YB Dato Dr. Wan Azmi bin Ariffin (Sik)
- Minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah langkah- langkah yang akan diambil oleh pihak Kementerian untuk mengenalpasti teknik-teknik mengesan, mengawal dan mengatasi masalah serangan penyakit terhadap tanaman buah- buahan dan sayur-sayuran.
JAWAPAN : YB MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI, Tuan Yang Dipertua,
Di antara teknik-teknik pengesanan, pengawasan dan pengawalan serangan penyakit dan perosak yang telah dan sedang dijalankan oleh Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani di kawasan pengeluaran buah-buahan dan sayur-sayuran adalah seperti berikut : 1) Pegesanan penyakit Citrus Greening (CG) telah dijalankan disemua negeri melalui pemeriksaas symptom secara visual, pemantauan, mengambil sample untuk ujian Polymerasev Chain Reaction (PCR) bagi mengesahkan serangan penyakit Citrus Greening bagi tanaman limau. 2) Untuk buah mangga, Bancian Kehadiran Lalat Buah Mediterranean(Medfly), Bancian awal Kumbang telah dijalankan. Kaedah bancian yang digunakan ialah dengan teknik memerangkap lalat buah dengan menguna perangkap `medlure`. Bancian ini menunjukan tiada lalat buah Mediterranean yang dikesan. Manakala Kumbang penggorek biji mangga hanya dijumpai di kebun dan ladang terbiar. 3) Pengesan Penyakit Papaya Ringsport Virus (PRSV) dan Papaya Dieback dibuat melalui kaedah bancian, pemeriksaan simptom penyakit dan pemantuan telah dijalankan senbilan negeri di Semenanjung Malaysia. Pengesanan penyakit PRSV dibuat melalui ujian (Enzyme Link Immuno Sorbent Assay) manakala Papaya Dieback pula dibuat ujuan BIOLOG. 4) Pengesanan penyakit dan perosak sayur-sayuran dijalankan melalui bancian, pemantauan, perangkap lampu dan perangkap pelekat. Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani sentiasa mengesyorkan Amalan Pertanian Baik (GAP) oleh petani-petani dan juga pengurusan perosak secara bersepadu (Integrated Pest Management – IPM) untuk mengawal penyakit dan perosak. Ini termasuklah mengamalkan pengurusan tanaman baik, pembajaan mengikut syor, pengaliran dan saliran baik, Crop Rotation, pelekat berwarna, perangkap lampu dan Hormone. Kawalan penyakit dan perosak dengan racun kimia disyorkan apabila perlu terutamanya apabila serangga perosak melebihi tahap ambang ekonomi (Economic Threshold Level).
TARIKH : 23 JUN 2005
SOALAN : YB Dato Dr. Wan Azmi bin Ariffin (Sik)
- Minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan adakah pihak Kerajaan berhasrat untuk mengkaji semula kaedah-kaedah pengambilan pasir sungai dan kauri batu yang sekarang ini mengakibatkan banyak kesan-kesan negetif terhadap alam sekitar.
JAWAPAN : Tuan Yang Dipertua,
Kaedah-kaedah mengenai pengambilan pasir sungai dan kuari batu yang sedang diamalkan sekarang didapati masih berkesan tertakluk kepada langkah-langkah penguatkuasa yang rapi terhadap Akta, Enakmen dan peratuan-peraturan yang ditetapkan. Bagi aktiviti pengambilan pasir, Jabatan Pengairan dan Saliran telah mengeluarkan garis panduan yang menggariskan kaedah-kaedah pengambilan pasir tanpa menjejaskan kestabilan tebing sungai dan pencemaran air untuk diguna pakai oleh semua Kerajaan Negeri. Kelulusan permit dan penguatkuasa ke atas aktiviti pengambilan pasir adalah di bawah bidang kuasa dan tanggungjawab Pentadbir-pentadbir Tanah Daerah. Bagi meminimumkan kesan-kesan negetif terhadap alam sekitar, pemegang-pemegang permit dikenakan syarat-syarat tambahan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran seperti menghadkan kuantiti pengeluaran pasir dan memasang alat tapisan keladak (Turbidity Screen). Operasi kuari pula perlu mematuhi kaedah-kaedah kauri yang telah dirumuskan oleh Jabatan Mineral dan Geosaing serta syarat-syarat lain dalam kanun Tanah Negara. Walaubagaimanapun, setakat ini hanya empat (4) buah negeri sahaja iaitu Kelantan, Pahang, Perak dan Selangor telah menerima pakai kaedah-kaedah tersebut. Kedua-dua aktiviti berkenaan adalah tertakluk kepada keperluan Penilaian Kesan kepada Alam Sekitar (EIA) mengikut had-had yang ditetapkan iaitu 50 hektar bagi aktiviti pengambilan pasir sungai dan bagi aktiviti kuari batu pula yang terletak dalam lingkungan 3 kilometer dari kawasan kediaman, perniagaan atau perindustrian. Keperluan EIA ini menghendaki pihak pengusaha bagi kedua-dua aktiviti berkenaan menjalankan dan mengemukan Laporan EIA kapada Jabatan Alam Sekitar untuk pertimbangan selanjutnya. Laporan tersebut akan dinilai untuk pertimbangan kelulusan bersama-sama jabatan-jabatan lain termasuk Jabatan Mineral dan Geosains, Jabatan Pengairan dan Saliran, Pejabat Pengarah tanah dan Galian Negeri. Dalam hubungan ini, semua negeri digalakan supaya menerima pakai kaedah-kaedah bagi aktiviti pengambilan pasir sungai dan kauri batu yang telah dinyataka tadi. Jabatan Mineral dan Geosaing sentiasa membuat pemantauan yang rapi ke atas operasi kauri engan mengadakan lawatan pemerhatian sekurang-kurangnya sebulan sekali ditapak-tapak kuari. Begitu juga Jabatan Alam Sekitar dalam menangani isu-isu mengenai alam sekitar dalam industri tersebut. Sejak EIA dikuatkuasakan iatu pada tahun 1988, sebanyak 318 kuari telah diluluskan dan dipantau yang mana sebanyak dua buah kuari telah dibawa ke Mahkamah dengan dikenakan hukuman berjumlah RM 30,000.00. Maklumat Tambahan Negeri-negeri yang menerima pakai kaedah kuari adalah seperti berikut : Perak - tahun 1992 Kelantan - tahun 1997 Selangor – tahun 2003 Pahang – tahun 2004
- Kaedah-kaedah kuari a) Kawal Aspek keselamatan pekerja, harta benda dan operasi. b) Aspek penjagaan alam sekitar mengikut keperluan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. c) Keselamatan kerja-kerja peletupan batu d) Keperluan mengemukan maklumat-maklumat tertentu seperti pengeluaran bulanan dan rekod pemantuan alam sekitar.
TARIKH : 27 JUN 2005
SOALAN : YB Dato Dr. Wan Azmi bin Ariffin (Sik)
- Minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah langkah-langkah diambil untuk memberi kemudahan kepad pelajar-pelajar cemerlang di peringkat SPM Untuk memasuki terus ke insitusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tanpa mengikuti peraturan biasa.
JAWAPAN : Tuan Yang Dipertua,
Dasar Kementerian Pengajian Tinggi bagi kelayakan ke Program Ijazah Pertama adalah melalui kelayakan STPM atau setaraf seperti Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia, Matrikuasi UIAM, Pusat Asasi Sains Universitit Malaya atau GCE ‘A’ Level dan lain-lain. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa program Diploma yang ditawarkan di IPTA untuk pelajar lepasan SPM.
TARIKH : 28 JUN 2005
SOALAN : YB Dato Dr. Wan Azmi bin Ariffin (Sik)
- Minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan adakah pihak kerajaan berhasrat meminda Akta Kawalan Harga supaya lebih Banyak jenis barang pengguna dapat disenaraikan di bawah Akta ini dan apakah langkah- Langkah yang akan diambil untuk memastikan penyelarasan harga barang keperluan harian dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan lagi.
JAWAPAN : Tuan Yang Dipertua,
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal pengguna mengkaji dari semasa ke semasa akan keperluan untuk mengemaskinikan setiap undang-undang yang bawah bidangkuasanya. Dibawah Akta Kawlan Harga 1946, jenis barangan pengguna yang disenaraikan buat masa ini adalah barangan perlu yang sering digunakan semasa musim-musim perayaan seperti Hari Raya Puasa, Tahun Baru Cina dan Deepavali. Setakat ini, kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mendapati jenis barang yang ada disenaraikan adalah mencukupi. Persoalan sama ada barangan lain perlu ditambah pada senarai tersebut bergantung kepada kesuaian, permintan dan keadaan bekalan serta harga sesuatu barang tersebut. Bagi memastikan penyelarasan harga barang keperluan harian dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah mengambil langkah-langkah berikut:
1) Memantau harga 255 jenis barangan dengan membuat kutipan harga di 63 buah pusat kutipan di seluruh Negara. Kutipan dijalankan setiap minggu bagi mengesan trend perubahan harga barangan di pasaran dan sebagai indikator awal sekiranya berlaku kenaikan harga barangan. Oleh yang demikian Kementerian dapat merancang dan merangka tindakan awal yang diperlukan. Seramai 1600 orang kakitangan ditugaskan diseluruh Negara yang melibatkan barangan yang dilaporka dijual melebihi harga siling. 2) Bagi Barangan yang dikawal harganya secara pentadbiran (12 barangan), Kementerian memastikan barangan tersebut dilesenkan dan bekalan adalah mencukupi supaya harga sentiasa stabil. 3) Selain itu, Kementerian juga telah melaksanakan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan diwartakan. Barangan tersabut ditetapkan harga siling bagi mengawal harganya daripada meningkat mendadak kerana permintaan yang tinggi pada hari-hari musim perayaan dan untuk mengelakan pencatutan (profiteering).
TARIKH : 29 JUN 2005
SOALAN : YB Dato Dr. Wan Azmi bin Ariffin (Sik) - Minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah pihak Kerajaan berhasrat untuk mempertingkatkan perkhidmatan guru KAFA memandangkan mutu perkhidmatan guru-guru KAFA masih lagi di tahap yang rendah?
JAWAPAN : YB DATO DR. MASHITAH BINTI IBRAHIM Setiausaha Parlimen, Tuan yang Di Pertua,
Kerajaan telah sedang dan akan terus berusaha mempertingkatan perkhidamatan dari segi kecekapan dan kemahiran guru KAFA di seluruh Negara. Setakat ini kerajaa melalui JAKIM telah dan sedang mengadakan beberapa latihan/kursus seperti berikut : a) Lathan/kursus perguruan dan peningkatan profesionalisme guru KAFA anjuran JAKIM dengan kerjasam Jabatan Pendidikan Islam dan Moral Kementerian Pelajaran, Bahagian Pendidikan Guru dimana tenaga pensyarah terdiri daripada pensyarah Maktab Perguruan dan Pensyarah Institusi Pengajian Tinggi Tempatan. b) Latihan/kursus yang dikendalikan oleh Jabatan/Majlis atau Yayasan Islam Negeri-negeri dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Pelajaran Negeri dan Maktab-maktab Perguruan yang dilaksanakan semasa musim cuti sekolah. Tenaga Penceramah terdiri daripada pensyarah-pensyarah profesionalisme maktab-maktab perguruan sebagai pusat kursus. c) Jabatan/Majlis Agama Islam Negeri mengadakan latihan pengajaran dan pengurusan kurikulum dengan kerjasama JAKIM, Jabatan Pelajaran Daerah disamping memilih dan melantik guru-guru yang berkelulusan Pengajian Islam yang ada memiliki Diploma Perguruan berkhidmat sebagai guru KAFA di seluruh Negara. Berdasarkan tiga bentuk latihan yang diberi yang melibatkan agensi-agensi yang berwibawa maka dapat dinyatakan bahawa setakat ini guru-guru KAFA adalah terdiri daripada guru-guru yang terlatih dan mutu perkhidmatan guru-guru KAFA berada pada tahap yang baik dan memuaskan serta perlu dipertingkatkan lagi.
TARIKH : 30 JUN 2005
SOALAN : YB Dato Dr. Wan Azmi bin Ariffin (Sik) - Minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah langkah-langkah pihak Kerajaan untuk Mempertingkatan taraf Pembantu Pra Sekolah dan adakah pihak Kerajaan berhasrat menyerap kakitangan Pra Sekolah ini menjadi kakitangan sepenuh masa.
JAWAPAN : Tuan yang Di Pertua,
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mewujudkan perjawatan Pengurusan Murid dalam mempertingkatkan taraf pembantu prasekolah. Agensi pusat sedang dalam proses menemuduga calon-calon yang berkelayakan termasuklah pembantu prasekolah sedia ada untuk mengisi jawatan tersebut.
TARIKH : 5 JULAI 2005
SOALAN : YB Dato Dr. Wan Azmi bin Ariffin (Sik) - Minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk menyediakan tapak-tapak rumah bagi mereka yang terpaksa berpindah disebabkan oleh sesuatu projek pembangunan Kerajaan seperti pelebaran jalanraya atau pembinaan prasarana-prasarana lain di kawasan luar Bandar.
JAWAPAN : Tuan yang Di Pertua,
Sehingga kini projek-projek pelebaran jalanraya di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah tidak melibatkan perpindahan penduduk ke sesuatu tapak penempatan yang baru kerana pelaksanaan projek-projek ini hanya melibatkan proses pengambilan balik tanah sahaja. Walau bagaimanapun bagi pelaksanaan projek-projek tertentu seperti Projek Empangan Beris di Daerah Sik dan Projek-projek Pembangunan Infrastruktur dan Ekonomi di Kawasan Masyarakat Orang Asli, terdapat proses pengambilan balik tanah dan penempatan semula penduduk. Sebelum pelaksanaan penempatan semula penduduk ekoran pembangunan projek-projek tertentu, Kementerian akan memastikan langkah-langkah berikut dibuat : 1) memberikan pampas an atas tanah yang diambilbalik dan pampas an lain atas kerugian-kerugian tertentu ekoran perpindahan serta pengambilan tanah. 2) Mengenalpasti dan menyediakan tapak penempatan yang sesuai yang meliputi penyediaan rumah yang selesa dan dilengkapi dengan prasarana dan kemudahan asas yang baik dan mencukupi. 3) Merancang dan menyediakan peluang-peluang penjanaa ekonomi di kawasan penempatan yang baru seperti penyediaan ruang/premis niaga dan pelaksanaan program-program ekonom berasaskan pertanian.
TARIKH : 7 JULAI 2005
SOALAN : YB Dato Dr. Wan Azmi bin Ariffin (Sik) - Minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah langkah-langkah dan tindakan yang akan diambil oleh pihak Kerajaan untuk memastikan surat-surat dari JKKK yang ditujukan kepada Jabatan atau Agensi Kerajaan mendapat jawapan sewajarnya kerana pada masa kini terdapat rungutan surat-surat daripada JKKK tidak dibalas.
JAWAPAN : YB TAN SRI BERNARD GILUK DOMPOK Tuan yang Di Pertua,
Untuk makluman Dewan Yang Mulia ini, semua Jabatan atau Agensi Kerajaan telah diarahkan untuk melayani semua surat-surat pelanggan tanpa membeza-bezakan siapa pengirimnya. Oleh yang berkenaan Tuan Yang Dipertua, Kerajaan telah mengeluarkan Panduan Mengenai Piagam Pelanggan melalui Pekeling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 3 Tahun 1993. Tujuan utamanya ialah bagi membantu jabatan/agensi kerajaan memberikan perkhidmatan yang cepat, cekap dam menepati kemahuan semua pelanggan yang berurusan. Oleh kerana Piagam Pelanggan merupakan satu pernyataan komitmen secara bertulis agensi-agensi Kerajaan deangan orang ramai, maka Jabatan/Agensi Kerajaan akan mempertingkatkan segala usaha dan kualiti perkhidmatan untuk menepati kehendak pelanggan mereka selaras dengan perjanjian yang telah dibuat. Usaha-usaha penambahbaikkan dibuat secara berterusan bagi memenuhi harapan pelanggan yang kian meningkat terhadap perkhidmatan Kerajaan. Justeru itu, satu Panduan bagi mewujudkan Pejabat Perkhidamatan Pelanggan Di Agensi Kerajaan telah diperkenalkan melalui Pekeling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 1 Tahun 2005. Ketua-ketua Agensi juga telah diberi penerangan dan panduan untuk mengukur prestasi di agensi masing-masing melalui Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 2 Tahun 2005. iaitu Garis Panduan bagi menwujudkan petunjuk-petunjuk Prestasi Utama atau Key Perfomance Indicators (KPI) dan melaksanakan Pengukuran Prestasi Di Agensi Kerajaan. Kepuasan pelanggan telah dijadikan sebagai salah satu petunjuk utama dalam mengukur prestasi sesebuah agensi atau penjawat awam. Tuan Yang Di Pertua, semua tindakan ini akan diambil bertujuan meningkatan penyampaian perkhidmatan agensi Kerajaan kepada pelanggan. JKKK dari segi struktur pentadbiran Kerajaan terletak dibawah pentadbiran Pejabat Tanah dan Daerah, oleh itu sebarang masalah bolehlah disampaikan melalui saluran Mesyuarat JKKK Daerah untuk tindakan. Mengenai dakwaan terdapat rungutan mengenai surat-surat JKKK yang tidak dibalas, dakwaan tersebut adalah terlalu umum. Bagi membolehkan agensi yang terlibat diperlukan.
|
|
|
Post by kalidason on Oct 2, 2007 20:07:03 GMT 7
|
|
|
Post by mani arasu on Oct 2, 2007 20:09:36 GMT 7
|
|
|
Post by RamDaw on Nov 2, 2020 19:59:03 GMT 7
tablets zyloprim menanggapi <a href="http://cialis20walmart.com">tribenzor</a> upris
|
|
|
Post by Danil on Nov 15, 2020 12:25:44 GMT 7
<a href=https://south.life/>Природа краснодарского края</a>
|
|
|
Post by Charla on Apr 7, 2021 14:56:38 GMT 7
Hookup Women Employs Totally free Affairs? An Incredible Horizontal Reward!
Totally free hookup girls Hookup apps and sites on the web is the best solution if you're fed up with planning to pubs and night clubs just to be ignored, or even even worse, laughed at.
I realize what it's like because I've been there. I was solitary and needy in the time -- I required a brand new partner -- having said that i continued striving because I needed not one other selection. If you're a single person who wishes to hookup with sexy ladies without gonna those areas in which the girls are alone, then this article might just improve your life. It would describe why internet dating on-line is the ideal option if you're a male who is shy to strategy a lovely woman inside a pub or club.
|
|
|
Post by Flossie on Jun 14, 2021 5:33:48 GMT 7
Hookup Women Uses Cost-free Matters? An Excellent Horizontal Reward!
Free hookup females dating apps on the internet is the solution if you're sick and tired of planning to night clubs and organizations merely to be ignored, or even even worse, laughed at. I understand what it's like because I've been there. I was single and desperate back into the working day -- I required a new spouse -- nevertheless i kept on seeking because I had no other choice. If you're an individual person who wants to hookup with sexy girls without likely to those places where women are by itself, then this post may just change your daily life. It can describe why internet dating on-line is the perfect substitute if you're a masculine who may be shy to strategy a beautiful lady in the pub or membership.
|
|