|
Post by afza7977 on Aug 9, 2007 14:48:14 GMT 7
salam semua apa dah jd ni? dah 2 kali kabel telekom utk telefon rumah kat kg namek kena curi ni....satu kg terputus hubungan telefon dah la telekom lambat nak ganti nak tepon orang tua kat kg pun susah tp lg susah kot2 ada emergency nanti macamana?saya rasa bukan kg namek jek yg ada masalah ni mesti kat tempat lain pun jd jugak dah ramai ke pencuri kabel kat sik ni? harap pihak polis sik rajin2 la meronda kat tempat yg selalu kena curi kabel tu amik tindakan proaktif sket stadi dia punya modus operandi pencuri kabel tu
|
|
|
Post by kaklong on Sept 7, 2007 13:15:51 GMT 7
:)ermmm kaklong pun ada masalah yang sama macam afza.... Kata dato sekarang nih mereka tengah pasang wayar bawah tanah. banyak2 ler bersabar. Macam dato kata guna H.p wat masa la nih.
|
|
|
Post by berusgigi on Sept 17, 2007 13:35:41 GMT 7
TM memang kena ganti tapi ikut prioriy. Kulim & SP terletak diatas kerana banyak industri disana. Jika tak ganti segera, pelabur lari. Kebanyakn kes berlaku di Kulim & SP. SIk priority agak rendah, agak lambat diganti.
|
|
|
Post by afza7977 on Sept 19, 2007 7:55:42 GMT 7
dok agak dah pasai pa lambat ganti sebab sik ni xdak pape kepentingan ganti xpa xganti pun xpa buatla mcmana pun org sik ni tetap sokong umno maklumla org sik ni tipikal melayu tabiat xpa ngan jgn sampai pijak kepala sudah la sudah menjadi amalan jd senangla org amik kesempatan betui tak dato?
|
|
|
Post by pakteh on Sept 20, 2007 9:15:36 GMT 7
pakteh xberapa setuju dengan afza... Bagi pakteh Sik bukanlah tempat yg selamat untuk UMNO. Jika priority pasang kabel diberikan mengikut priority politik...Sik perlu didahulukan kerana sejarah politik Sik membuktikan UMNO tidak kuat dan boleh tumbang bila2 masa sahaja. Pilihanraya 1999 APA ADA PADA UMNO??? Pilihanraya 2004...Belantik masih ditangan PAS. So..Hanya orang yg buta politik boleh buat kenyataan "Buatla camanpun org sik tetap sokong UMNO tu". Kalau org sik buta kayu dan buta perut...sebab pa pilihanraya 2004 UMNO hanya menang tipis...sampai ada kiraan semula undi?? Pakteh setuju dengan berusli...perkiraan ekonomi diambil kira.... kawasan kulim dan sungai petani tu berada ditangga teratas.... Ini bukan bermakna Sik tidak diberi keutamaan...kebanyakkan kawasan di Sik ni sudahpun menerima kemudahan telefon....kalau xdak...boleh mesej di sini or pegi ke Pejabat Dato' Wan...Insyaallah. Salah UMNO ka kabel kena curi??? percayakah afza Idea Dato' Wan menubuhkan Rela Rakan Cop telah menurunkan/mengurangkan kadar kecurian dengan mendadak. Lebih manis..RELA tak kenal UMNO atau PAS...semuanya bersatu dibawah teraju Dato' Wan untuk memastikan Sik bebas jenayah. So...kg2 yg x aktif RELA tu...cepat2 la ikhtiarkan supaya ada...cam Dato' kata kat Kola ruman xaktif...Kaklong..tunggu pa lagi....
p/s: apapun keadaan...Sik tidak boleh dibiarkan ketinggalan dari segi pembangunan sosio/ekonomi. Sik perlu setanding dengan daerah2 lain....biarlah bila kedah maju...Sik juga maju. Pakteh masih terasa hati mengapa jalan Gurun-Sik tu hanya sampai jeniang ja 2 lorong? xtau la kot2 xbuat lagi masa pakteh lalu.... kalau memang betoi jening-sik 1 lorong jaa....sampai bila2 aku ingat benda ni....
|
|
|
Post by charens on Sept 20, 2007 14:37:28 GMT 7
Lambat menggantikan kabel telefon bukan salah UMNO tapi pihak Telekom yang lambat bertindak. Kat Kg Begia dah dua bulan tak digantikan. Nak telefon orang tua kat kampung pun tak boleh. Cas sewa bulan tetap berjalan harap Pak Menteri jangan selalu menguak dan keluarkan air liur tanpa ambil tau apa orang bawah buat. Arahan Pak Menteri menjalankan penguatkuasaan ke atas siaran astro Thai akan menyebabkan pengundi Siam di Parlimen Sik hampir 2,000 orang akan berada dalam delima apabila mereka membuang undi kelak. Perlu ingat majoriti kemenangan BN banyak bergantung kepada undian mereka (Parlimen 319 - selepas diputuskan oleh mahkamah, DUN Jeneri 640).
p/s: Saya setuju orang Sik dianaktirikan - Jalan Jeniang-Sik hanya dua lorong walaupun 'Orang Besar Sik' mengaut keuntungan hasil dari pembinaan jalan ini. Pelebaran jalan di masa akan datang akan menelan kos yang tinggi... pembaziran wang rakyat!!!
|
|
|
Post by pakteh on Sept 20, 2007 21:05:57 GMT 7
Pakteh setuju ngan charens...pengundi Siam banyak mempengaruhi siapakah yang akan menjadi wakil rakyat samada di Parlimen atau di DUN. Boleh dikatakan pengundi kaum siam menjadi undi pemutus dan inilah yang berlaku pada pilihanraya 1999 disamping pengundi melayu beralih arah. Jika pakteh turutkan emosi...100% pakteh akan terus bersetuju....
Namun apabila menyelak rasional disebalik yang berlaku...Pakteh kembali berfikir...apakah ini salah Ahli Parlimen...Salah ADUN salah UMNO atau salah siapa?? Adakah kerana Telekom lambat bertindak...kita boleh mengugut pemimpin? Bagi pakteh apabila ini dikaitkan dengan 2000 undi dari kaum siam....pakteh menjadi sedih kerana kita mengambil kesempatan dari masalah yang timbul dan pakteh percaya...Dato' telah mengambil tindakan yg sewajarnya. Jika diungkitkan penggunaan Astro ketika kempen dulu...rasanya ia telah selesai kerana tindakan larangan baru berlaku kini....dan sudah pasti ada batas undang2 yg perlu dipatuhi kini oleh YB Dato' Wan.
Harapan pakteh...biarlah bangsa Melayu dan Siam di daerah Sik membangun bersama...kita telah lihat dari semangat perpaduan yg wujud, keakraban, kerjasama dan dalam segala hal...kita berjalan seiringan. Malah jika ada 10 jiwa yg semangatnya seperti charens...sudah pasti jalan dihadapan adalah lebih bersinar..bukan hanya kerana Astro siam.
p/s: Anak2 pakteh hanya tengok chanel free...xdak Astro. Pakteh xdan tengok TV...kerja...
|
|
|
Post by charens on Sept 21, 2007 9:50:27 GMT 7
Untuk pengetahuan pakteh idea astro Thai sebenarnya dicetus oleh pihak Dato semasa kempen PRU 2004. Harapan saya agar pihak Dato dapat membela nasib mereka dan menyelesai permasalahan ini. Di sesetengah kampung diberitakan ramai yang terpaksa menurunkan piring astro dan menyembunyikan alatnya (decorder) kerana ketakutan. Keadaan ini menyebabkan pemimpin mereka sukar memberi penjelasan. Semasa PRU 2004 setiap kampung Siam diberi satu astro Thai...
|
|
|
Post by pakteh on Sept 21, 2007 14:30:46 GMT 7
yup..saya paham...masa PRU 2004 dicetus sebegitu. Masalah yg timbul kini rasa saya pihak atasan/berkuasa (saya xtau) baru mula mengambil tindakan kini. Pada 2004 mungkin xdak masalah tapi kini apabila ada tindakan undang2....kita kena terima realiti itu. cth mudah.....2006 Dato' Wan bagi kita tanam pisang montel....kita syok kerana untung....tiba2 mai 2007..kerajaan haramkan tanaman pisang montel....maka kita kena terima keadaan itu tanpa menekan Dato' Wan.
Cuma kini kita dimaklumkan bahawa Dato' Wan telah berusaha menyelesaikan isu Astro Thai ini dengan menghubungi kepimpinan negeri. Kita berharap akan ada berita baik utk kita semua.
p/s: Tahniah pada charens sebab selalu online. Boleh kongsi2 idea
|
|
|
Post by afza7977 on Sept 24, 2007 9:15:10 GMT 7
masalah disini bukan salah umno kalo kabel kena curi tu masalahnya kenapa lambat berganti? aku tau la umno xbleh ganti kabel yg hilang tu telekom jek yg bleh ganti tp apa gunanya wakil rakyat umno utk settlekan masalah ni? dia xbleh p bg pressure sket kat telekom tu suh cepat ganti? tp setelah pakteh cakap telekom ganti ikut priority maksudnya sik ni xde kepentingan la jd apa gunanya sik ni dok bawah umno? sebagai wakil rakyat sik dibawah naungan parti pemerintah xbleh nak bg pressure sket kat telekom tu? bukan telekom tu syarikat GLC ke? masalah sini saya rasa sejak thn 99 jek umno kalah kat sik ni sebelum tu dah bape lama umno dok pegang sik ni? ooooo kalo betui la pakteh cakap yg sik ni bukan kubu kuat umno saya rasa saya dah fahamla kenapa sik ni lambat sgt pembangunan dia dianak tiri oleh pemerintah umno yg dok kat loq staq tu coz sik ni bukan kubu kuat umno betui tu pakteh? patutla papepun lambat kat sik ni coz xde kepentingan kat kerajaan negeri kedah tu yg dia tau nak buat empangan jek kat sik ni nak wartakan sik ni jd taman negara satu hari nanti kot hehehehehe ;D
|
|
|
Post by pakteh on Sept 24, 2007 21:48:03 GMT 7
TM memang kena ganti tapi ikut prioriy. Kulim & SP terletak diatas kerana banyak industri disana. Jika tak ganti segera, pelabur lari. Kebanyakn kes berlaku di Kulim & SP. SIk priority agak rendah, agak lambat diganti. harap afza nampak bahawa pakteh cuma mengulangi apa yg berusli tulis iaitu priority sik agak rendah...siapa berusli tu..tanya dia...hehe.. sebenarnya pakteh pun tengah dok bengang ni...hina sangat ka sik ni...bayangkan buat jalan dari gurun 2 lorong bulih sampai jeniang pastu stop..1 lorong ja sampai sik. Dari durian burung plak...masuk daerah sik sikit..potong tang gulau terus ke baling....apa salahnya lajak sikit dari gulau tu terus ke sik....maknanya...SIK mendapat gurun/sik dan durian burung/sik/baling...dari gulau ke batu lapan baling tu..buat la jugak....KENAPA? pasai sik ni semua org jakun kaa...xreti apa2??? (kalau betol la camtu....kalau dah dlm perancangan nak buat...BILA???) tu baru bab jalan...bab kabel ni...wakil rakyat kita guna kabel paling kuat dah...secara peribadi pakteh tahu....tapi ada kawasan yg kekangannya begitu tinggi....so...lambat laaa.....apa2pun...mungkin berusli lebih tau jawab bab kabel nii... afza...kalau buat taman negara....maknanya betul la tu depa dok anggap org sik ni jakun...lepas ni banyak la org luaq mai melawat org jakun.....hehe dalam koridor utara...Sik dpt pertanian....tapi pakteh dok pikiaq pertanian apa yg boleh memacu sik sehingga maju setanding dengan daerah lain yg kena koridor utara. Tanam daun kethong laa....
|
|
|
Post by berusgigi on Sept 30, 2007 21:27:41 GMT 7
Kes kecurian kabel di Sik tidaklah sehebat dikawasan lain. Terutama di kawasan yang melibatkan kekuatan ekonomi kedah spt Kulim & sg Petani. Cuba bayangkan kalau kabel di curi di Kawasan Industri Kulim dan Telekom lambat menggantikannya. Pelabur akan lari ... ramai pekerja yg rata-rata datang dari kawasan spt Sik, Pendang dll. akan kehilangan kerja. SO siapa yg akan susah?
Saya tidak tahu procedure kerja syarikat lain. Tetapi yg saya tahu, Telekom tidak menyediakan budget yg banyak utk kes curi kabel kerana Telekom tidak tahu bila dan dimana kabel akan dicuri. Jika berlaku, maka pihak Telekom terpaksa menyediakan sumber wang segera yg memerlukan kelulusan pihak atasan dsb. Cuba bayangkan mcmna nak buat jika kita bekerja dalam keadaan sumber kewangan yg terhad?
Pada tahun 2006, pihak Telekom telah menyediakan hampir RM5 utk menyediakan infrastruktur telekomunikasi di Sik. Perancangan ialah semua kawasan ada kemudahan telefon. 2007, RM3 Juta telah dibelanjakan utk kawasan spt Kuala Roman, Kota Bukit, Carok Tok Pong dll. Ini tidak termasuk penggantian kabel yg sering dicuri. Target ialah semua kawasan di Sik akan ada kemudahan Telefon & broadband. Ini adalah atas sokongan kuat dari YB Dato Dr Wan Azmi.
Cuma kita sebagai rakyat di Sik, kalau boleh cuba bantu utk pengurangkan kadar kecurian. Anggaplah ini adalah harta keperluan awam yg patut kita jaga bersama.
Ramai ahli keluarga saya di Jeneri mengalami masalah yg sama di mana kable dicuri tetapi caj bulanan dikenakan. Dan mereka melaporkan kepada Telekom. Rebat diberi. Selesai masalah.
Caj RM25 sebulan adalah murah berbanding dgn prepaid talipon selular. Kita kena sekurang2nya maintain RM30 sebulan utk prepaid.
|
|
|
Post by pakteh on Oct 1, 2007 12:39:25 GMT 7
bermakna sepanjang 2006/2007... lebih kurang 8 juta utk org sik saja. untung la kita kerana Dato' Wan memberi sokongan kuat utk dptkan kemudahan tu. pakteh sokong hujah berusgigi....kalau pelabur lari dan kilang2 di kulim/ sp tutup....anak2 org sik yg hilang kerja....betul tak...kaum kerabat pakteh malah saudara mara terdekat pakteh pun bekerja di kawasan ni...biaq la pakteh xleh guna talian tetap yg penting henset leh guna. kilang2 tu perlukan sangat2 talian tetap...so..bagi depa dulu... ini namanya pengorbanan.
pakteh ada beberapa anak menakan yg kedua2 ibubapanya kerja kilang di Sp/kulim. bayangkan kalau kilang x beroperasi dengan sempurna....O.T xdak....itu xdak ini xdak...dapatlaaa gaji pokok..800 lebih sebulan....iskkk...kain baju raya camna??? bila pakteh teringat camtu....bergenang ayaq mata....biaq la kabel tu p ke kulim dulu...biaq la kabel tu p ke SP dulu....kaum kerabat pakteh yg dok di Sik ni xpa....motong getah dan ada benda lagi yg boleh diusahakan. cuma jangan hujan mai kerap sangat laa...itu xleh nak kata apa...ketentuan ilahi.
sampai lagu tu lahh pakteh pikiaq sebab ada benda pakteh kena sabaq..ada benda pakteh bulih hilang sabaq...
|
|
|
Post by berusgigi on Oct 8, 2007 11:03:28 GMT 7
Hang jgn dok teghiak kuat-kuat. Nampak Huduh.
|
|
|
Post by pakteh on Oct 8, 2007 21:22:06 GMT 7
haha...kuat2 dak laaa...tapi ghiau jenih control macho jaaa...haha
|
|