|
Post by charens on Aug 27, 2007 12:27:19 GMT 7
Sawaddi... Nampaknya para penulis hanya berminat mengenai aktiviti sukan sahaja. Bolehkah kita bincang mengenai aktiviti-aktiviti seperti seminar, kursus, motivasi dan lain-lain. Belia tidak sepatutnya hanya dikaitkan dengan aktiviti sukan sahaja. Belia adalah aset negara dan mereka perlu didedahkan dengan pelbagai aktiviti dan pengetahuan dalam semua bidang. Khob khun.....
|
|
|
Post by Dato Wan on Aug 27, 2007 14:10:45 GMT 7
Saya bersetuju sangat dengan Saudara Charens;pemimpin-pemimpin belia semua bawaklah anak buah anda untuk belajar ICT di pejabat saya.
|
|
|
Post by kaklong on Sept 6, 2007 16:19:57 GMT 7
;D SEbenarnya, aktiviti macam seminar, kursus latihan kemahiran banyak dianjurkan oleh badan2 kerajaan seperti kementerian belia, mara, keda, giat mara dan sebagainya. Menda tu kena la usaha pi cari sama. Tengok web... pi pejabat2 berkenaan.. tanya... Tak bleh nak harap semua tunggu orang bagi charen. Pi kat pejabat belia macam2 kursus dan latihan ada untuk para belia, pi kat mara pun bab2 keusahawanan ada. Bab motivasi nih badan kerajaan pun selalu anjur. Kita sebagai warga yang dahagakan ilmu kena selalu peka. Selalu tanya. Kadang pemimpin pun tak tau kehendak masyarakat tu macam mana. Kumpul orang bagi ramai, pi jumpa pihak2 berkenaan, bagitau apa yang kita nak untuk kumpulan belia tu, kursus ka, latihan kemahiran ka, motivasi ka, apa2 yang berkenaan, saya rasa ramai pihak yang akan tampil penuhi kehendak tersebut. Contoh macam dato, charen sebut ja... terus dia ajak pi belajaq ICT kat pejabat dia.... So kerana itu dalam masa yang sama kita sendiri kena main peranan, cari maklumat..... Kadang orang nak buat kursus, latihan atau motivasi nih dok risau takut peserta takdak.. tapi kalau charen kumpul peserta bawak usul pi kat mana2 badan yang berkenaan... saya rasa lagi la cepat kehendak tu tercapai. ;D
|
|
|
Post by charens on Sept 18, 2007 15:39:57 GMT 7
Sawaddi... Terima kasih Dato dan Kaklong di atas reaksi positif. Maklumat dan penerangan perlu diperluaskan lagi sama ada melalui pemimpin-pemimpin masyarakat atau belia. Kita berada di daerah Sik maka segala maklumat untuk membangunkan belia agak lambat. Contohnya berapa ramai belia kita yang sedar wujudnya web ini.... Kita kena tingkatkan lagi kesedaran di kalangan belia kita.
|
|
belia 4B beris jaya
Guest
|
Post by belia 4B beris jaya on Dec 13, 2007 9:11:08 GMT 7
salam untuk semua
lama jugak ruangan ini tidak tulis oleh sesiapa, adakah kerana kebanyakkan orang tak tau kat sini ada web untuk dikongsi bersama oleh orang-orang sik khususnya.
saya amat bersetuju dengan pendapat dari charens, kita perlu untuk memberi maklumat dan penerangan bukan sahaja berkenaan web ini tapi juga semua makluman berkenaan program-program pembangunan belia untuk belia dan beliawanis di sik ni. saya juga pengunjung baru setelah dimaklumkan oleh gen2dberis.
dan kalau boleh, dr. wan cuba minta pegawai belia dan sukan daerah sik untuk turut menyertai web ini supaya dia juga boleh menyalurkan pelbagai maklumat untuk dikongsi bersama oleh semua pihak.
adios
|
|