|
Post by Guest on Jul 25, 2005 12:29:00 GMT 7
Boleh tak kalau diwujudkan satu pusat sukan & rekreasi di setiap mukim?
|
|
|
Post by dato wan azmi on Nov 16, 2005 23:09:15 GMT 7
sememangnya lah hasrat saya berbuat demikian tetapi biarlah kita tumpukan di peringkat daerah dulu dan dalam RM9 ini saya akan cuba membangunkan di peringkat mukim.
|
|
|
Post by charen on Dec 20, 2005 15:13:09 GMT 7
Saya seorang keturunan Siam, apakah saranan YB Dato' untuk membangunkan belia keturunan Siam yang dilihat agak lesu?
|
|
|
Post by charen on Dec 20, 2005 15:22:53 GMT 7
Kerja-kerja menaikkan taraf Jalan Gurun - Sik sedang giat dijalankan. Tetapi ramai pekerja binaan mahir dari Daerah Sik terpaksa berhijrah dan bekerja di luar. Mengapakah perkara ini berlaku? Pihak JKR dan kontraktor sepatutnya mengutamakan pekerja-pekerja tempatan. Saya pohon YB Dato' melihat perkara ini secara serius.
|
|
|
Post by Dato Wan Azmi on Dec 23, 2005 10:12:28 GMT 7
Saya akan mengadakan satu perjumpaan dengan pemimpin2 belia Thai dalam daerah Sik pada bulan Januari 2006. Sila kemukakan apa jua cadangan.
|
|
|
Post by Dato Wan Azmi on Dec 23, 2005 10:15:22 GMT 7
Kerja-kerja menaikkan taraf Jalan Gurun - Sik sedang giat dijalankan. Tetapi ramai pekerja binaan mahir dari Daerah Sik terpaksa berhijrah dan bekerja di luar. Mengapakah perkara ini berlaku? Pihak JKR dan kontraktor sepatutnya mengutamakan pekerja-pekerja tempatan. Saya pohon YB Dato' melihat perkara ini secara serius. Pengambilan pekerja-pekerja untuk pembinaan jalan SIK-GURUN bukan di bawah bidang kuasa JKR atau bidang kuasa saya. Tanggungjawab sepenuhnya adalah di bawah pemborong utama projek ini. Syarikat ini, saya diberitahu dimiliki oleh orang besar Sik. Silalah berjumpa dan berbincang dengan individu itu. Saya tidak dapat sebut namanya dalam web ini.
|
|
|
Post by charen on Dec 25, 2005 18:36:09 GMT 7
YB Dato', sebenarnya saya sendiri sejak dari belia remaja dan kini melebihi umur belia tidak pernah ada peluang bekerja di Negeri Kedah. Sebagai anak kelahiran Daerah Sik saya agak terkilan apabila projek tersebut melalui kampung mentua saya tetapi saya kini bekerja di Pahang. Ramai lagi rakan-rakan saya yang terpaksa bekerja di luar Kedah dan ada yang ke luar negeri dengan meninggalkan keluarga mereka di kampung. Soalan saya bolehkah YB Dato' membawa masalah ini kepada pihak yang bertanggungjawab atau ke parlimen? Nak berjumpa dengan individu yang YB Dato' maksudkan pun, saya tidak mengenalinya. YB Dato', saya difahamkan projek jalan dari Durian Burung akan dijalankan tidak lama lagi, harap-harap ianya tidak menghampakan pengundi-pengundi Sik lagi...!!!
|
|
|
Post by PakUtih on May 4, 2006 11:04:04 GMT 7
Saya lihat mini stadium yang dibina di Bandar Baru Beris Jaya seperti melepaskan batuk ditangga....saiz padang bola sepak yang tak memenuhi standard yang mungkin tak layak untuk sekolah rendah sekalipun.....jadi apa gunanya mini stadium tersebut....mungkin ini diluar pengetahuan dato' atau dato' diberikan maklumat yg xjelas namun saya berharap dato' tinjaulah sendiri betapa penduduk beris jaya seperti dipermain2kan....mini stadium gah dibina tetapi tiada satu permainan boleh dimainkan....
|
|
|
Post by wanazmi on May 5, 2006 13:35:29 GMT 7
pak utih, mengenai pembinaan mini stadium ini, saya telah membuat bantahan kepada pegawai daerah yg dahulu. dia keras kepala nak bina jugak.
apa yg saya cadang ialah ubah dari mini stadium jadi kompleks sukan inilah satu contoh yg saya bahaskan di parlimen mengenai dgn sistem penyampaian yg tidak berkesan
banyak lagi contoh2 di sik ini yg mana sistem penyampaiannya adalah terlalu LEMAH dan perlu di kemaskinikan .
saya satu org tidak mampu berbuat sendirian. dan perlu bantuan dan sokongan padu dari rakyat. masuklah dlm laman web ini mengenai masalah kelemahan sistem penyampaian khususnya di daereh sik dan bolehlah saya kemukankan pada YAB MEnteri Besar KEdah untuk tindakan selanjutnya. terima kasih
|
|
|
Post by wanazmi on May 5, 2006 13:37:07 GMT 7
charen sila datang berbincang dgn saya secara lebih lengkap lagi supaya kita sama sama dpt mengemaskinikan segala perancangan yg terdpt di Sik dalam RMK9
termia kasih
|
|
|
Post by wan azmi on May 11, 2006 16:04:20 GMT 7
pak utih, diharap faham mengenai situasi pembinaan mini stadium itu (pegawai daerah yg dahulu ,dia keras kepala nak bina jugak.)
|
|
|
Post by Belia sik on Jun 11, 2006 15:06:47 GMT 7
Assalamualaikum Dato' saya amat berbangga dan ingin mengucapkan tahniah kepada Dato' kerana telah melancarkan laman web yang seperti ini. Dengan itu masyarakat sik akan dapat berkomunikasi dengan Dato' dengan lebih mudah, disertakan pulak dengan jaringan hotspot yang akan dilaksanakan tak lama lagi akan memamtapkan lagi penggunaan internet dikalangan masyarakat sik. Saya perhatikan masyarakat sik sudah dapat menikmati segala perubahan seiring dengan matlamat kita masyarakat celik it. Saya berharap Dato' dapat melakukan sesuatu untuk belia-belia kawasan sik yang mempunyai masalah untuk bersukan kerana tidak mempunyai kemudahan seperti dewan serbaguna dan padang yang khusus untuk aktiviti bersukan. Ini dapat menggalakkan aktivi hidup sihat di kalangan masyarakat sik dan dapat mengurangkan aktiviti yang tak berfaedah di kalangan remaja sik. Apapun syabas diucapkan kepada Dato' dan semoga Dato' terus berjaya dan berkhidmat untuk masyarakat sik.
|
|
|
Post by dato wan azmi on Jun 14, 2006 16:31:43 GMT 7
Assalamualaikum Dato' saya amat berbangga dan ingin mengucapkan tahniah kepada Dato' kerana telah melancarkan laman web yang seperti ini. Dengan itu masyarakat sik akan dapat berkomunikasi dengan Dato' dengan lebih mudah, disertakan pulak dengan jaringan hotspot yang akan dilaksanakan tak lama lagi akan memamtapkan lagi penggunaan internet dikalangan masyarakat sik. Saya perhatikan masyarakat sik sudah dapat menikmati segala perubahan seiring dengan matlamat kita masyarakat celik it. Saya berharap Dato' dapat melakukan sesuatu untuk belia-belia kawasan sik yang mempunyai masalah untuk bersukan kerana tidak mempunyai kemudahan seperti dewan serbaguna dan padang yang khusus untuk aktiviti bersukan. Ini dapat menggalakkan aktivi hidup sihat di kalangan masyarakat sik dan dapat mengurangkan aktiviti yang tak berfaedah di kalangan remaja sik. Apapun syabas diucapkan kepada Dato' dan semoga Dato' terus berjaya dan berkhidmat untuk masyarakat sik. sudan sedia 14 padang bola tahun 2006 10 lagi
|
|
|
Post by pak itam chawan on Jul 5, 2006 22:00:59 GMT 7
Pinta diusahakan di depan rumah anak yatim (Rumah Gemilang) sebuah padang permainan khusus utk puteri dan sebuah padang bola utk lelaki.Setiap petang ramai anak2 remaja datang bermain di 'stadium' yang mereka sendiri binakan.
Thank you for everything. My regards to you and Kak Piah.
|
|
|
Post by surializa on Apr 6, 2009 14:32:50 GMT 7
dato.. saya nak tau ttg asal usul keturunan hj wan ibrahim pattani.. menurut salasilah keluarga saya, kami adal sebahagian daripada keturunannya..
|
|