|
Post by dato wan azmi on Apr 14, 2005 1:32:49 GMT 7
Y.B Menteri Belia dan Sukan telah melulukan peruntukan untuk aktiviti itu.
Saya bercadang hendak melaksanakan salah satu dari projek berikut:
1) sukan senamrobik
2) sukan berkayak
sila beri pandangan anda.
|
|
|
Post by Shukri Haji Harun on May 2, 2005 11:49:11 GMT 7
Kami berpendapat sukan kayak lebih baik dari sukan senamrobik yang dicadangkan....
|
|
|
Post by Fauzi Dollah on May 2, 2005 11:50:59 GMT 7
Berkayak... supaya masyarakat Sik akan dapa memajukan sukan ini dan menjadikannya acara sukan di daerah ini..
|
|
Tok Neban JKKK Banggol Kiat
Guest
|
Post by Tok Neban JKKK Banggol Kiat on May 2, 2005 13:51:54 GMT 7
;D Saya lebih berpadangan kepada sukan Senam Robik.. kerana semua golongan boleh menyertai program ini yang akan memberikan faedahnya kepada golongan tua d muda... sekiranya sukan kayak... hanya golongan tertentu sahaja... semestinya saya sendiri tidak boleh untuk menikmati peruntukan ini... kerana saya tidak boleh berkayak... terima kasih dato atas perjuangan untuk golongan belia ini..
|
|
|
Post by dato wan azmi on May 8, 2005 23:26:13 GMT 7
terima kasih atas pandangan saudara semua. saya akan meneliti semua cadangan itu dan saya akan bermesyuarat dgn masjlis belia daerah untuk membuat keputusan...
|
|
|
Post by anak sik on May 20, 2006 12:54:24 GMT 7
Ybhg. Dato' Saya lebih menumpukan dr segi aspek minda cergas. Saya telah lama bekerja di luar sik, apabila saya balik ke Sik, saya bangga kerana saya dapat menggunakan talian internet di bangunan Arked Mara dengan percuma menggunakan Komp. riba bersama rakan2 dan dpt berinteraksi dgn Dato' secara terus. Inilah perkhidmatan ICT yang telah diperkenalkan oleh Ybhg. Dato' untuk masyarakat Sik bg menyahut seruan kerajaan Celik IT. Saya rasa ini adalah permulaan yg baik utk org Sik sprt saya khususnya pelajar2 Sik. Luaskan lagi liputan Boardband ini ke kwsn pendalaman . Tahniah Dato'.
|
|
|
Post by dato wan azmi on May 22, 2006 13:11:18 GMT 7
terima kasih atas pandangan saudara saya dalam proses untuk memperluaskan lagi wifi di pekan sik dan kalau boleh untuk semua sekolah sekolah di sik
|
|
|
Post by anak sik on Jun 11, 2006 16:02:48 GMT 7
Ybhg. Dato' Hari ini di Daerah Sik masih lagi belum dikenali di tempat lain di Malaysia. dulu orang kenal Sik dgn Menteri lepas tu Sik dgn 'nuts' la ni dah tak da. yang ada Air daun ketom. Banyak belia dah terjerumus ke lembah yang tak baik ini. bagaimanakah cara kita nak benteras masalah ini.. kadang-kadang mak bapa pun subahat sama. Susah nak lahirkan minda cergas kalau dah kena air daun ketom.. saya berharap agar Ybhg. Dato' dapat menyusun gerakan untuk membenteras gejala ini.
|
|
|
Post by dato wan azmi on Jun 13, 2006 14:08:01 GMT 7
|
|
|
Post by Dato Wan on May 10, 2007 19:24:39 GMT 7
Kumpulan ketiga pasukan bola sepak MAG <Malaysia Gemilang> akan dimulakan dalam bulan Jun 2007 ini.Saya berharap MAG Ketiga akan lebih hebat dari MAG 1dan MAG 2.
|
|
|
Post by asnora on Aug 7, 2007 12:40:50 GMT 7
Akum. Saya sokong pandangan Tok Neban... Saya memang anak jati sik, tapi keja kat sungai petani, tetap orang kedah asli. Bab balik kg... memang tak lepas peluang. Mana nak sama dok rumah taman. Kat sp nih, aada satu kelab belia senamrobik... pelopor dia wanita. Tiap2 ari sabtu dan ahad.. sejat jugak la orang kot belah nih pi senamrobik kat taman jubli. Terbuka pada sapa saja... memadai pakai baju sukan pi saja kat situ. Nak jadi ahli pun tak pa tak jadi pun tak pa.. ikut2 dulu.. lama2 nak jadi ahli pun boleh. So kat sik pun boleh buat macam tuh. Jadikan tempat reakreasi yang ada kat sik sebagai satu tempat untuk kita berhimpun jalankan aktiviti cergas ini. daripada pagi2 buta dok kedai kopi sembang kosong... hat pompoan pulak pagi2 buta buat ketupat basi sampai tak dan nak masak nasik dan basuh kain. Tapi yang pi motong tu... seminggu sari cuti la reles tension join senamribik.... rehatkan minda..
|
|